penaung - doa.sarawak.gov.my

48

Upload: others

Post on 16-Oct-2021

21 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENAUNG - doa.sarawak.gov.my
Page 2: PENAUNG - doa.sarawak.gov.my

PENAUNGYang Berhormat

Datuk Amar Douglas Uggah EmbasTimbalan Ketua Menteri Sarawak

Menteri Kewangan IIMenteri Pemodenan Pertanian,

Tanah Adat & Pembangunan Wilayah Sarawak

PENASIHATYang Berhormat

Datuk Roland Sagah Wee InnMenteri Muda Pemodenan Pertanian,

Tanah Adat & Pembangunan Wilayah Sarawak

Yang BerhormatDatuk Dr Haji Abdul Rahman Bin Haji Ismail

Menteri Muda Pemodenan Pertanian,Tanah Adat & Pembangunan Wilayah Sarawak

Yang BerbahagiaEncik Edwin AbitSetiausaha Tetap

Kementerian Pemodenan Pertanian, Tanah Adat & Pembangunan Wilayah Sarawak

PENGERUSIDr. Alvin Chai Lian Kuet

Pengarah Pertanian Sarawak

KETUA EDITORNurul Azzah Binti Zainal

PENOLONG KETUA EDITOR / PEREKA GRAFIK

Muhammad Aiman Wee @ Kong Tek Wee

SIDANG EDITORIntan Nazeerah Binti Abdul Nasser

Frankie LanyingAdrian Liaw Wen Jye

Siren LinggangNur Najwa Binti Hamsein

Justin Malik Bin Masiar @ PetonClare Hennevessa anak Hendrik

JURUFOTOCawangan Komunikasi dan Korporat

Page 3: PENAUNG - doa.sarawak.gov.my

PerutusanMenteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah SarawakSeluruh dunia telah dilanda pandemik COVID-19 pada awal tahun 2020. Penularan virus COVID-19 telah mengubah norma masyarakat dan memberi impak kepada aktiviti ekonomi di seluruh dunia termasuk Malaysia. Kerajaan Malaysia telah mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mulai 18 Mac 2020 hingga 9 Jun 2020 bagi membendung penularan virus dalam kalangan masyarakat. PKP telah menyebabkan larangan pergerakan, perhimpunan ramai, sekatan kemasukan pelancong ke dalam negara serta penutupan institusi pendidikan, premis kerajaan dan swasta kecuali perkhidmatan penting negara (essential services).

Pelaksanaan PKP telah menyukarkan golongan usahawan tani untuk memasarkan hasil pertanian yang memberi kesan kepada pendapatan seharian dan kelangsungan hidup mereka terutamanya di kawasan luar bandar.

Atas keprihatinan terhadap golongan usahawan tani, Kerajaan Sarawak telah memperuntukkan RM 2.3 juta untuk mengurangkan masalah lambakan hasil pertanian bagi memastikan kelangsungan pendapatan mereka.

Kerajaan Sarawak melalui Kementerian Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah Sarawak (MANRED) dengan kerjasama Jabatan Pertanian Sarawak (DOA), Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) telah membeli hasil tani yang tidak dapat dijual secara borong dan menjual kembali di pasaran. Kerajaan Sarawak juga melihat kepada aspek pemasaran hasil tani secara dalam talian selaras dengan norma baharu yang menggalakkan pemasaran dan pembelian dalam talian.

Keprihatinan Kerajaan Sarawak terhadap golongan tani terutamanya dalam situasi pandemik COVID-19 menunjukkan kepentingan sektor pertanian dalam memastikan pertumbuhan ekonomi Sarawak bagi meningkatkan taraf sosioekonomi rakyat serta mengukuhkan keterjaminan bekalan makanan di Sarawak.

Yang Berhormat Datuk Amar Douglas Uggah EmbasTimbalan Ketua Menteri SarawakMenteri Kewangan Ke IIMenteri Pemodenan Pertanian, Tanah AdatDan Pembangunan Wilayah Sarawak

Page 4: PENAUNG - doa.sarawak.gov.my

PerutusanPengarah Pertanian SarawakPenularan COVID-19 telah memberi kesan kepada usahawan tani di seluruh negara termasuk usahawan tani di Sarawak di mana golongan ini menghadapi masalah pemasaran hasil tani mereka.

Sehubungan itu, Kerajaan Sarawak telah memperuntukkan RM 2.3 juta untuk membantu usahawan tani di Sarawak melalui usaha sama Kementerian Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah Sarawak (MANRED), Jabatan Pertanian Sarawak (DOA), Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), hasil tani yang tidak dapat dijual secara borong telah dibeli dan dijual kembali dalam pasaran.

Antara inisiatif-inisiatif yang telah dilaksanakan oleh DOA adalah penganjuran Program Jualan Hasil Tani Terus dari Ladang dan pembelian secara borong hasil tani. Menerusi inisiatif tersebut, jumlah pembelian hasil tani di seluruh Sarawak adalah 423,541 kilogram dan bernilai RM 769,951.00. Selain itu, DOA juga telah membantu dari segi logistik seperti pengeluaran surat sokongan pergerakan. Sebanyak 860 surat sokongan pergerakan telah dikeluarkan oleh DOA. Hal ini membolehkan petani bergerak ke kawasan lain untuk menghantar atau membekal produk mereka kepada pengguna mahupun pembeli yang lain.

Semoga dengan usaha yang diambil oleh Jabatan dalam menangani kesan penularan virus COVID-19 di Sarawak dapat membantu golongan tani untuk kelangsungan pendapatan mereka seterusnya menjamin kesinambungan bekalan makanandi seluruh Sarawak.

Dr. Alvin Chai Lian KuetPengarah Pertanian Sarawak

Page 5: PENAUNG - doa.sarawak.gov.my

KandunganTanaman Padi di Tanjung Purun 6-7

Asas Penanaman Nanas 8-9

Bahagian Pengembangan Pertanian dan Aktiviti-Aktiviti 10-11

Mekanisma Pelaksanaan Agriculture Community Outreach Programme (AgriCOP) 12

Usahawan Berjaya Bahagian Miri 13

Lawatan Pemantauan Program Mekanisasi dan Automasi Agromakanan di Daerah Siburan 14

Aktiviti Kebajikan Pertubuhan Peladang Kawasan Sibu 15

Mesyuarat Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang di Negeri Sarawak 16-17

Projek Tanaman Kelapa Matag di Daerah Kuching 18-19

Usahawan Berjaya Bahagian Mukah 20

Pembelian Lambakan Hasil Tanaman Semasa PKP di Bahagian Miri 21

Sistem Tagang Sebagai Tarikan Ekopelancongan 22

Aktiviti Penjualan Hasil Pertanian Semasa PKP di Daerah Lundu 23

Usahawan Agromakanan 2020 24

Serunding Serai 25

Lawatan Kerja Pengarah Pertanian Sarawak ke Ladang Sacha Inchi 26-27

Usahawan Berjaya Bahagian Miri 29

Pisang Bersalut Coklat 30

Fertigasi Dan Hidroponik 31

Cendawan Tiram Kelabu 32

Lawatan Kerja Pegawai Pertanian Bahagian Ke Kebun Encik Polok Anak Lakeng 33

Lambakan Hasil Pertanian Semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 34-35

Pembangunan Modal Insan: Program Khas Bumiputera 36

Kraf Manik Seramik, Long Tuma Lawas 37

Memperkenalkan Teknologi Pengeluaran, Meningkatkan Pemprosesan Berkualiti dan Mengkomersialkan Produk Berasaskan Madu Kelulut

38-39

Kek Cheese Durian Kuning 40

Pengusaha Ban dan Kuih Muih 41

Majlis Penutupan dan Penyampaian Sijil Keusahawanan Kemahiran Pemprosesan Makanan 42-43

Resipi Taufufa 44

Resipi Muffin Pisang 45

Page 6: PENAUNG - doa.sarawak.gov.my

TANAMAN PADIDI TANJUNG PURUNOleh Addyson Anak Pemeli

Projek Tanaman Padi Berkelompok Tanjung Purun di bawah seliaan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Sri Gading terletak di Kampung Stunggang Melayu Lama, Lundu. Projek Tanaman Padi ini berkeluasan 140 hektar, mempunyai 15 blok yang melibatkan penduduk dari Kampung Stunggang Melayu Lama, Kampung Stunggang Melayu Baru, Kampung Stunggang Dayak, Kampung Kelaoh, Kampung Gerunggang, Kampung Temelan, Kampung Sileng Melayu, Kampung Sileng Dayak, Kampung Benggang, Kampung Sungai Lundu dan Kampung Kedaong.

Musim menuai di Tanjung Purun bermula dari bulan Mac hingga bulan Mei. Setiap tahun, PPK Sri Gading Lundu menyediakan perkhidmatan menuai padi menggunakan jentera jentuai berserta pengendali jentera. Pesawah perlu mengisi borang memohon perkhidmatan jentera jentuai terlebih dahulu dengan bayaran perkhidmatan yang dibuat terus kepada PPK Sri Gading. Sekiranya ada subsidi daripada kerajaan, pesawah hanya perlu membayar baki perkhidmatan mengikut bayaran yang ditolak daripada harga per hektar.

Pada tahun ini, musim pertama menuai padi di Tanjung Purun bermula pada 16 Mac 2020 dan tamat pada 24 April 2020. Musim pertama ini berakhir lebih awal daripada tahun-tahun sebelumnya kerana terdapat pertambahan dua (2) buah jentera jentuai.

Keluasan yang dituai dalam musim pertama pada tahun 2020, adalah seluas 54.5 hektar yang melibatkan 90 orang pesawah. Pada musim pertama ini, dianggarkan sebanyak 245 tan hasil padi telah dituai, yang terdiri daripada varieti Blackberry, Birih, MR219, MR269 dan lain-lain padi wangi. Purata hasil pengeluaran padi sehektar adalah sebanyak 4.3 tan metrik.

Selain itu, PPK Sri Gading menyediakan perkhidmatan mencari pembeli daripada pihak swasta yang berlesen seperti Antares Venture Sendirian Berhad untuk membeli padi dalam kuantiti dan pada harga yang dipersetujui antara pihak pesawah dan swasta.

Harga pembelian padi adalah dalam julat RM 1.80 hingga RM 3.00 sekilogram, manakala harga beras yang ditawarkan oleh pihak Antares Venture Sendirian Berhad kepada pesawah adalah seperti berikut:

Varieti Harga sekilogramMRQ76 RM 1.70Merah RM 1.90BlackBerry RM 1.80Putih biasa RM 1.30Beras Kampung RM 5.00 - RM 8.00

6

Page 7: PENAUNG - doa.sarawak.gov.my

Jentuai sedang menuai padi

Mengisi hasil tuaian ke dalam guni

7

Page 8: PENAUNG - doa.sarawak.gov.my

ASAS PENANAMAN

NANASOleh Wendy anak Luta

Nanas merupakan salah satu tanaman utama di Sarawak yang berpotensi untuk dimajukan sebagai sumber kekayaan baharu.

Nanas boleh ditanam dengan menggunakan bahan tanaman seperti sulur angin dan pangkal, sulur tangkai, jambul buah atau bahan tisu didik (tissue culture). Bahan tanaman tersebut boleh diambil dalam jangka masa 2- 3 bulan selepas buah dipetik.

Ciri-ciri pokok induk yang sesuai bagi penanaman menggunakan sulur ialah pokok yang sihat, berbuah besar, bertangkai pendek dan tegap serta berjambul tunggal. Sulur yang diambil adalah yang berukuran 30-60 sentimeter dan diasingkan mengikut saiznya, kemudian disusun di kawasan redup dengan pangkalnya ke atas untuk mengelak penyakit reput perdu (tempoh simpanan tidak melebihi 1 bulan).

Sulur-sulur tersebut perlu dicelup dalam campuran racun serangga seperti malathion dan racun kulat

seperti benomyl. Sebaik-baiknya sulur dipotong serong sedikit di bahagian pangkal dan daun-daun di bahagian luar dibuang bagi menggalakkan pertumbuhan akar.

Kaedah lain adalah teknik penyukuan iaitu memotong sulur kepada empat (4) bahagian dan dibiak di tapak semaian. Sulur yang telah dipotong dan direndam terlebih dahulu selama 10 minit dalam larutan racun kulat dan disemai dengan jarak 10 sentimeter x 10 sentimeter. Selepas 4-6 bulan, ia boleh dipindah ke ladang.

Dalam penanaman nanas, kepadatan tanaman bergantung kepada sistem tanaman (tunggal atau selingan) dan varieti nanas. Kepadatan tanaman boleh mempengaruhi pertumbuhan pokok, saiz dan kualiti buah. Kajian telah menunjukkan bahawa kepadatan tinggi boleh menghasilkan buah bersaiz kecil.

8

Page 9: PENAUNG - doa.sarawak.gov.my

Tanaman nanas memerlukan baja yang tinggi kandungan nitrogen dan kalium. Pembajaan nanas dilakukan secara berkala sepanjang tempoh penanaman. Baja diberikan dalam bentuk butiran atau cecair. Pembajaan baja butir dilakukan menggunakan teknik top/side dressing manakala baja cecair dilakukan secara semburan foliar ke permukaan daun.

Aruhan pembungaan dilakukan untuk membolehkan pembungaan sekata dan menyeragamkan penuaian hasil. Hormon yang biasa digunakan adalah seperti asid asetik naftalena, ethrel dan kalsium karbaid. Pokok yang sesuai untuk dilakukan aruhan pembungaan adalah pokok yang berumur sembilan (9) hingga sepuluh (10) bulan, sihat, subur dan mempunyai 35 hingga 40 helai daun segar.

Nanas boleh dituai antara 125 hingga 130 hari selepas berbunga bergantung kepada varieti. Berdasarkan kajian, nanas yang ditanam di atas tanah gambut adalah lebih besar (purata 2.3 kilogram) berbanding yang ditanam di atas tanah mineral (purata 1.5 kilogram).

9

Page 10: PENAUNG - doa.sarawak.gov.my

BAhAgiAn PengeMBAngAn PerTAniAnPengembangan Pertanian adalah perkhidmatan teras Jabatan Pertanian Sarawak. Pengembangan Pertanian merupakan saluran pemindahan teknologi pertanian bagi mengembangkan pengetahuan golongan tani dalam bidang pertanian seterusnya meningkatkan taraf hidup mereka.

Bahagian Pengembangan, Jabatan Pertanian Sarawak memainkan peranan yang penting dalam transformasi sektor pertanian di Sarawak ke arah pertanian moden melalui pelaksanaan aktiviti dan program pengembangan yang dijalankan oleh agen-agen pengembangan di seluruh Sarawak.

a) Pemindahan Teknologi Pertanian• Aktiviti bimbingan• Aktiviti latihan dan lawatan• Khidmat nasihat/rujukan• Tunjuk ajar• Demonstrasi (Petak Pemerhatian/Petak

Demo)• Latihan hands-on• Penyelesaian masalah

b) Perancangan Projek• Mengenal pasti masalah dan cara-cara

penyelesaian dengan menggunakan Analisis SWOT (Strengths Weaknesses Opportunities Threats) atau Penilaian Rapid Rural Appraisal

• Mengadakan perbincangan projek dengan petani

• Menyampaikan maklumat pertanian, Program Pembangunan, Aktiviti Pengembangan dan program-program kerajaan berkaitan pertanian

• Menyediakan jadual pelaksanaan projek bersama petani

• Menentukan aktiviti-aktiviti kritikal supaya diberi penekanan dalam kerja-kerja pengembangan

• Penyediaan pelan perniagaan, perancangan perladangan, pengurusan kewangan, matriks pengeluaran, analisis untung rugi dan pengeluaran

c) Pelaksanaan Projek• Bimbingan kepada petani tentang

pengurusan ladang dalam konteks amalan pertanian baik untuk memperolehi keuntungan yang optimum

• Pengukuhan institusi petani berorientasi komersial dan penubuhan entiti perniagaan

d) Pemantauan Projek• Lawatan pemantauan ladang untuk

mendapat maklum balas mengenai masalah dan membuat pengesyoran penambahbaikan

• Pengumpulan maklumat ladang dan penyediaan laporan bagi tujuan perancangan, pengesanan dan penilaian

• Memantau status pengeluaran komoditi tanaman atau industri asas tani setiap petani atau pengusaha mengikut projek secara berterusan

• Membuat analisis jurang (gap analysis) bagi menentukan tindakan susulan seterusnya

Oleh Eriyansah bin Latiff

Peranan utama agen pengembangan adalah untuk membawa perubahan kepada petani ke arah yang lebih baik dan moden melalui aktiviti pengembangan seperti berikut:

10

Page 11: PENAUNG - doa.sarawak.gov.my

Aktiviti Pengembangan yang telah dijalankan oleh Bahagian Pengembangan Pertanian peringkat ibu pejabat:

• Bengkel Latihan Pegawai Pengembangan• Lawatan Khidmat Nasihat• Latihan atau Kursus Pegawai Pengembangan• Lawatan Belajar Pegawai Pengembangan• Petak Demonstrasi (Petani Contoh)• Mesyuarat atau Perbincangan Pegawai Pengembangan• Agriculture Community Outreach Programme (AgriCOP)• Latihan-latihan kumpulan tertentu seperti yang disarankan oleh pihak atasan

11

Page 12: PENAUNG - doa.sarawak.gov.my

MEKANISMA PELAKSANAAN AGRICULTURE COMMUNITY OUTREACH PROGRAMME (AgriCOP)

Agriculture Community Outreach Programme (AgriCOP) dilaksanakan berasaskan kepentingan program pengembangan pertanian. Antara objektif program ini adalah:• Meningkatkan pengetahuan, kesedaran dan

kemahiran golongan sasar dalam sektor pertanian

• Memberikan pendedahan secara langsung mengenai teknologi pertanian kepada golongan sasar melalui pameran dan demonstrasi pertanian

• Meningkatkan pengeluaran hasil dan produk pertanian

• Meningkatkan pendapatan dan sosioekonomi golongan sasar

Program ini juga membantu merapatkan hubungan warga kerja Jabatan Pertanian Sarawak dengan golongan sasar iaitu keluarga tani.1) Strategi Pelaksanaan

• Latihan amali melalui taklimat dan demonstrasi

• Latihan in-situ dan selia lawatan ke ladang atau projek berjaya

• Pementoran usahawan tani berbudaya niaga (strong business acumen)

2) Komponen Program• Latihan dalam dan luar kelas• Lawatan (petani dan pegawai Jabatan)• Kos operasi• Peserta

Oleh Eriyansah bin Latiff

12

Page 13: PENAUNG - doa.sarawak.gov.my

Nama Usahawan Azah Binti Badengah

Lokasi Projek Kuala Lajong, Niah, Miri

Jenis Tanaman Tembikai (Fertigasi Terbuka)

Jenis Bantuan Biji benih dan baja

Luas Kawasan 0.5 hektar

Pasaran Miri

uSAhAWAn BerJAYABAHAGIAN MIRI

13

Page 14: PENAUNG - doa.sarawak.gov.my

Lawatan Pemantauan Program Mekanisasi dan Automasi Agromakanan

Lawatan pemantauan ke projek pembangunan bagi Program Mekanisasi dan Automasi Agromakanan telah diadakan di Pejabat Pertanian Daerah Siburan, Kampung Skuduk dan Kampung Chupak di Daerah Siburan.

Rombongan lawatan tersebut terdiri daripada pegawai-pegawai dari Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) selaku ketua rombongan, Jabatan Perikanan Malaysia (DOF), Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Pulau Pinang, IADA Barat Laut Selangor, Jabatan Pertanian Sabah dan Jabatan Pertanian Sarawak. Kedatangan rombongan tersebut disambut oleh Encik Laham bin Alias selaku Penolong Pegawai Pertanian Daerah Siburan dan kakitangan dari Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Siburan. Objektif utama Program Mekanisasi dan Automasi Agromakanan untuk memberi bantuan insentif dalam bentuk mesin dan peralatan pertanian seperti paddy thresher, power tiller, mini power tiller, knapsack sprayer, paddy bush cutter dan mini jentuai padi kepada golongan petani.

Penggunaan mesin dan peralatan pertanian dapat memudahkan aktiviti seperti penyediaan kawasan, pembajakan dan penuaian yang dahulunya dilakukan secara konvensional. Melalui mekanisasi dan automasi, para petani dapat meningkatkan produktiviti hasil pertanian.

Pemantauan projek adalah sangat penting dalam menentukan kejayaan pelaksanaannya. Penekanan diberikan kepada aspek kenampakan (visibility) dan impak pelaksanaan projek dari segi prestasi kewangan dan fizikal projekyang dijalankan. Selain itu, keberkesanan penggunaan teknologi atau inovasi terkini dalam sektor pertanian dapat dikenal pasti.

Oleh Adrian Liaw Wen Jye

Sesi bergambar ahli-ahli rombongan pemantauan di Pejabat Pertanian Daerah Siburan serta Kampung

Skuduk dan Kampung Chupak, Siburan

14

Page 15: PENAUNG - doa.sarawak.gov.my

AKTIVITI KEBAJIKANPERTUBUHAN PELADANG KAWASAN SIBUPada Julai yang lepas, satu kejadian kebakaran melibatkan 18 buah pintu dari Rumah Panjang Arip, Selangau dan 22 buah pintu dari Rumah Panjang Dingun, Sekuau-Stapang.

Rombongan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Sibu bersama dengan Ahli Jemaah Pengarah serta Ketua Unit Peladang Kawasan Sibu telah melawat dan menyampaikan sumbangan bantuan dalam bentuk keperluan asas dapur kepada Tuai Rumah masing-masing.

Sumbangan berkenaan adalah salah satu tanggungjawab khidmat sosial PPK Sibu kepada ahli-ahlinya. Diharapkan sumbangan ini dapat meringankan beban mereka yang terkesan.

Oleh Magdelin ak Bigap

15

Page 16: PENAUNG - doa.sarawak.gov.my

MESYUARAT JEMAAHPENGARAH PERTUBUHAN PELADANG

DI NEGERI SARAWAKOleh Magdelin Ak Bigap

Pertubuhan Peladang Negeri Sarawak (PPNS) dan dua puluh lapan (28) Pertubuhan Peladang Kawasan telah didaftar di bawah Pendaftar Pertubuhan Peladang.

Pertubuhan Peladang di semua peringkat di negeri Sarawak wajib mengadakan Mesyuarat Jemaah Pengarah enam (6) kali setahun. Menurut Peraturan 35(8), Peraturan-Peraturan Pertubuhan Peladang 1983 (Pindaan 2019), Akta Pertubuhan Peladang 1973, kuorum bagi Mesyuarat Jemaah Pengarah bagi Pertubuhan Peladang Kawasan, Pertubuhan Peladang Negeri dan Pertubuhan Peladang Kebangsaan ialah tujuh orang dan dipengerusikan oleh Pengerusi Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang berkenaan.

Menurut Peraturan 35(10), Peraturan-Peraturan Pertubuhan Peladang 1983, Akta Pertubuhan Peladang 1973, Pengerusi Jemaah Pengarah hendaklah mengeluarkan notis mengenai mesyuarat Jemaah Pengarah kepada setiap ahli Jemaah sekurang-kurangnya satu (1) minggu sebelum tarikh mesyuarat itu dan satu salinannya hendaklah dihantar kepada Pendaftar.

Pengerusi Pertubuhan Peladang Negeri Sarawak (PPNS), Yang Berhormat Datuk Dr. Haji Abdul Rahman Bin Haji Ismail bersama barisan Ahli Jemaah Pengarah PPNS

Antara perkara-perkara yang dibincangkan dalam Mesyuarat Jemaah Pengarah adalah seperti berikut:

1. Arahan daripada pihak atasan (Pendaftar/Menteri)

2. Keputusan-keputusan Mesyuarat Agung dan menentukan tindakan

3. Membentang dan meluluskan laporan kewangan

4. Perkara terkini mengenai transformasi pertanian seperti Projek Pertubuhan Peladang seperti Projek Usahawan Peladang, Projek Tanaman Teras dan lain-lain

5. Mengkaji dan membincangkan Laporan Jawatankuasa Kecil/Bahagian dan aktiviti seperti Bahagian Pertubuhan, Pengeluaran, Perniagaan Tani/Pemasaran, Kredit dan Simpanan

6. Menimbangkan permohonan menjadi ahli dan berhenti keahlian, permohonan kredit/pinjaman ahli dan permohonan Kumpulan Wang (Kumpulan Wang Kebajikan, Kumpulan Wang Ahli, Kumpulan Wang Pemajuan dan Kumpulan Wang Pendidikan)

7. Mengkaji dan membincangkan Pengurusan Pentadbiran, Program Latihan dan Pegawai dan Program Pendidikan Ahli/Anggota

16

Page 17: PENAUNG - doa.sarawak.gov.my

Mesyuarat Ahli Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang Kawasan Lawas pada 25 Jun 2020

Mesyuarat Ahli Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang Kawasan Serian pada 25 Jun 2020

Mesyuarat Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang Negeri Sarawak pada 21 Julai 2020

17

Page 18: PENAUNG - doa.sarawak.gov.my

Tanaman Kelapa maTagPRoJEK

DI DAERAH KUcHINGProjek pertama di Kampung Semilang mula mengeluarkan hasil pada tahun 2016 manakala projek kedua di Kampung Semilang, Sungai Tanju dan Sungai Batu mula mengeluarkan hasil pada tahun 2019. Kelapa Matag tersebut dipasarkan segar dalam bentuk kelapa muda atau kelapa tua.

Kaedah pemasaran adalah melalui peraih dan pemborong tempatan pada harga jualan RM1.20 untuk sebiji kelapa muda dan RM0.80 untuk sebiji kelapa tua. Sekiranya dapat dibuat jualan terus kepada pengguna, harga untuk sebiji kelapa muda adalah RM3.50 dan RM1.80 untuk kelapa tua. Hasil kelapa Matag dipasarkan di sekitar Bandaraya Kuching dan Kota Samarahan.

Oleh Norsiha Hj. Gani

Kelapa Matag (Cocos nucifera ‘Matag’) merupakan kelapa hibrid yang dihasilkan daripada pendebungaan silang Malayan Yellow Dwarf atau Malayan Red Dwarf dan kelapa Tagnanan. Ketinggiannya boleh mencapai 15 meter apabila matang. Daun, bunga dan buahnya berwarna sama ada hijau atau jingga pucat, bergantung kepada jenis pokok induk Kelapa Rendah Malaya.

Hasil purata bilangan buah kelapa adalah 25-30 ribu biji buah setahun sehektar dan sesuai untuk pelbagai kegunaan seperti air kelapa muda, pengeluaran santan dan kopra.

Daerah Kuching telah diperuntukkan sejumlah 10 hektar pada tahun 2012 bagi penanaman kelapa Matag dan kesemua projek tersebut telah dilaksanakan di Kampung Semilang. Peruntukan kedua diterima pada tahun 2015 dengan jumlah 22 hektar dan telah dilaksanakan di tiga (3) lokasi iaitu Kampung Semilang, Sungai Tanju dan Sungai Batu.

18

Page 19: PENAUNG - doa.sarawak.gov.my

PENGHANTARAN INPUT PERTANIANuntuk Projek Kelapa Matag Di Kampung Semilang

PeMASArAn TeMPATAn hASiL KeLAPA MATAg MuDA

PeMASArAn LuAr hASiL KeLAPA MATAg TuA

19

Page 20: PENAUNG - doa.sarawak.gov.my

Nama Usahawan Mesni Bin Lupoh

Lokasi Projek Kampung Judan, Mukah

Jenis Tanaman Cili (Fertigasi Terbuka)

Jenis Bantuan Sistem Fertigasi Terbuka

Luas Kawasan 1 hektar

Pasaran Mukah dan Sibu

uSAhAWAn BerJAYABAHAGIAN MUKAH

20

Page 21: PENAUNG - doa.sarawak.gov.my

PEMBELIAN LAMBAKAN

HASIL TANAMAN PETANIYANG TERJEJAS AKIbAT coVID-19 Oleh Mohamad Majehin Manan

Pandemik COVID-19 banyak memberi kesan kepada ekonomi negara termasuk sektor pertanian. Bagi mengurangkan beban yang ditanggung oleh para petani akibat pandemik ini, Jabatan Pertanian Bahagian Miri dan Pertubuhan Peladang Kawasan Subis telah mengambil inisiatif untuk membeli lambakan hasil pertanian. Hasil tanaman tersebut kemudiannya dijual kepada orang awam.

Hasil tanaman yang dibeli dari para petani dijual kepada orang awam

Konsep pasar tani

21

Page 22: PENAUNG - doa.sarawak.gov.my

PROJEK SISTEM TAGANGKAMPung DAnu, KuChing

Nama Kampung Kampung Danu, Kuching

Nama Sungai Sungai Sarawak Kiri

Panjang Sungai yang Ditagang 2.5 kilometer

Jarak Perjalanan dari Kuching 60 kilometer

Tahun Mula Projek 2015

Jumlah Ahli Tagang 67 orang

22

Page 23: PENAUNG - doa.sarawak.gov.my

PROJEK SISTEM TAGANGKAMPung DAnu, KuChing

Aktiviti PenjuAlAnHAsil PertAniAnSeMASA PerinTAh KAWALAn PergerAKAn

(PKP) Di DAerAh LunDu

Pada 20 hingga 27 Mac 2020, aktiviti penjualan hasil pertanian seperti sayur-sayuran, ikan dan buah-buahan di Pasar Tamu Daerah Lundu diberhentikan sementara waktu berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), namun dibuka semula kepada orang awam mulai 28 Mac 2020 bagi mengelakkan kekurangan rantaian makanan di daerah Lundu.

Oleh Nyiat Lan Anak Newrin

23

Page 24: PENAUNG - doa.sarawak.gov.my

uSAhAWAnAgrOMAKAnAn

2020Nama Usahawan Imun Binti Janau

Lokasi Projek Kampung Medong, Dalat, Mukah

Jenis Perusahaan Memproses produk makanan berasaskan rumbia

Jenis Bantuan Baik pulih atap dan lantai premis pemprosesan

Pengeluaran Hasil 1.3 tan metrik setahun

24

Page 25: PENAUNG - doa.sarawak.gov.my

SERUNDING

SERAI

Bahan-Bahan30 batang serai10 tangkai cili kering 300 gram ikan bilis 15 gram belacan 100 gram minyak masak 200 gram bawang merah5 gram asam jawa Garam secukup rasa

Cara-Cara Penyediaan

1. Potong serai dan ambil bahagian putih sahaja. Kemudian, cuci bersih.2. Hiris dan kisar sehingga halus.3. Potong cili kering, cuci dan rendam dengan air panas. Kemudian, toskan dan kisar halus.4. Bersihkan ikan bilis, buang perut dan tumbuk kasar.5. Kupas dan cuci bawang merah. Bahagi kepada dua bahagian. Sebahagian dihiris nipis dan

sebahagian lagi dikisar bersama belacan dan asam jawa.6. Panaskan minyak dalam kuali dan masukkan bahan kisar (bahan kisar bawang merah bersama

belacan dan asam jawa). Gaul sebati sehingga wangi.7. Kemudian, masukkan cili yang dikisar, masak sehingga agak pekat.8. Masukkan serai yang dikisar halus, hirisan bawang merah dan garam.9. Guna api perlahan dan gaul sehingga kering.10. Apabila sudah kering, angkat dan sejukkan sebelum dibungkus atau disimpan dalam bekas

kedap udara.

25

Page 26: PENAUNG - doa.sarawak.gov.my

LAWATAn KerJAPengarah Pertanian sarawak ke

ladang sacha inchiOleh Patrick Arik Anak Kendoi

sebagai makanan tambahan kerana ia tidak dapat dihasilkan sendiri oleh tubuh badan.

Serbuk protein daripada hampas kacang mengandungi sembilan (9) jenis asid amino dengan peratusan protein setinggi 57%. Protein daripada Sacha Inchi boleh menjadi alternatif kepada protein daging merah.

Daripada minyak omega dan serbuk protein tadi, pelbagai jenis produk dapat dihasilkan seperti produk makanan kesihatan, produk kosmetik, produk penjagaan kebersihan diri, produk bayi dan produk bakeri.

Daun Sacha Inchi yang dikeringkan pula dapat diproses menjadi teh hijau yang berkhasiat tinggi.

Tanaman ini berpotensi untuk menjadikan Sarawak sebagai salah satu pengeluar Vegan Omega dan Vegan Protein untuk pasaran tempatan dan antarabangsa.

Pengarah Pertanian Sarawak, Dr. Alvin Chai Lian Kuet telah mengadakan lawatan ke ladang tanaman Sacha Inchi (Plukenetia volubilis) di Rapak, Pantu, bahagian Sri Aman. Ladang ini adalah yang pertama di Sarawak dan diusahakan oleh Encik Maidin Kunji Koya. Sejumlah 10,000 pokok telah ditanam di kawasan seluas 20 hektar sejak tahun 2018.

Produk utama yang dapat dihasilkan daripada Sacha Inchi adalah seperti Healthy Snack Roasted Nuts iaitu kacang panggang yang mengandungi khasiat Omega 3 dan 6 serta protein tumbuhan yang tinggi bagi menambah nutrisi dalam tubuh badan.

Selain itu, minyak yang dihasilkan melalui proses perahan sejuk, mengandungi Omega 3, sebanyak 36% dan Omega 6, sebanyak 42%. Omega 3 dan 6 penting untuk kesihatan badan dan perlu diambil

26

Page 27: PENAUNG - doa.sarawak.gov.my

Minyak Sacha Inchi

Healthy Snack Roasted Nuts

Serbuk Sacha Inchi

Penerangan mengenai tanaman dan produk Sacha Inchi oleh Encik Maidin kepada Dr. Alvin Chai

27

Page 28: PENAUNG - doa.sarawak.gov.my

Nama Usahawan Lai Yun Siong

Lokasi Projek Kampung Usahajaya, Tukau, Miri

Jenis Tanaman Sayur-sayuran

Jenis Bantuan Input ladang (baja, racun dan biji benih)

Luas Kawasan 5.7 hektar

Pengeluaran Hasil 10 tan metrik sebulan

Profil uSAhAWAn BerJAYAbAHAGIAN MIRI

28

Page 29: PENAUNG - doa.sarawak.gov.my

Nama Usahawan Chong Teck Shin

Lokasi Projek Tukau, Miri

Jenis Tanaman Jambu batu

Jenis Bantuan Baja dan racun

Luas Kawasan 5.0 hektar

Pengeluaran Hasil 1 tan metrik sebulan

Profil uSAhAWAn BerJAYAbAHAGIAN MIRI

29

Page 30: PENAUNG - doa.sarawak.gov.my

PISANGBERSALUT COKLATBahan-Bahan 30 biji pisang kapok 30 keping kulit popia250 gram coklat masakan (untuk inti dan hiasan)1 biji telur (sebagai pelekat)Minyak masak secukupnya untuk menggoreng

Cara-Cara Penyediaan

1. Kupas kulit pisang dan potong kedua-dua hujungnya.2. Belah sedikit bahagian tengah pisang (secara memanjang)

untuk memasukkan coklat yang sudah dicairkan.3. Biarkan sebentar, untuk memastikan coklat menjadi keras

sedikit.4. Gulung pisang dengan kulit popia dan lekatkan kedua-dua

hujungnya dengan telur.5. Masukkan ke dalam bekas dan letakkan dalam peti sejuk

beku.6. Goreng sampai keperangan.7. Paipkan coklat di atas pisang yang telah digoreng sebagai

hiasan.

30

Page 31: PENAUNG - doa.sarawak.gov.my

PISANGBERSALUT COKLAT

FerTigASi DAn hiDrOPOniKOleh Jessyca Andrew

Fertigasi merupakan gabungan dua (2) kaedah pengurusan tanaman iaitu pembajaan dan pengairan, manakala hidroponik adalah kaedah penanaman tanpa menggunakan tanah.

Kaedah penanaman secara fertigasi dan hidroponik terbukti mampu meningkatkan hasil pengeluaran tanaman. Selain meningkatkan hasil pertanian, ia juga dapat mengelakkan penggunaan baja secara berlebihan.

Dalam Rancangan Malaysia Ke-11, sebanyak 62 unit projek fertigasi berstruktur dan 802 projek hidroponik telah dilaksanakan menggunakan peruntukan tahunan Negeri dan Persekutuan.

Pelaksanaan projek ini membolehkan pelbagai lapisan masyarakat seperti usahawan tani, para pelajar, agensi-agensi lain dan pegawai-pegawai

Plot Demonstrasi di IAS LayarPlot Demonstrasi di Pejabat Pertanian Bahagian

Samarahan

Plot Demonstrasi di Institut Pertanian Sarawak (AI)

kerajaan untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang teknologi pertanian moden.

Bagi memperkasakan dan menghebahkan manfaat-manfaat menanam secara fertigasi dan hidroponik, projek khas yang dinamakan Plot Demonstrasi telah dilaksanakan. Projek ini melibatkan pembinaan 14 unit struktur pelindung hujan yang dilengkapi dengan sistem fertigasi dan hidroponik. Plot Demonstrasi ini dibina di tujuh (7) lokasi:

Lokasi Bilangan Unit

Stesen Pertanian Bersepadu Layar, Betong

3

Pejabat Pertanian Bahagian Samarahan

2

SMK Spaoh, Betong 2Institut Pertanian Sarawak, Kuching 2Pusat Penyelidikan Pertanian Semongok, Kuching

2

Pusat Penyelidikan Pertanian Wilayah Utara Kabuloh, Miri

1

Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN), Kuching

2

31

Page 32: PENAUNG - doa.sarawak.gov.my

cENDAWAN TIRAMKELAbU

Cendawan Tiram Kelabu (Pleurotus sojar-caju) merupakan jenis cendawan yang mempunyai permintaan tinggi di pasaran tempatan dan luar negara. Penanaman cendawan ini memerlukan kelembapan tinggi pada suhu 28°C - 30°C dan tidak terdedah kepada cahaya matahari. Cendawan ini berkalori rendah, tinggi kandungan antioksidan, protein, mineral dan vitamin.

Syarikat Balau Agrotek milik Puan Rokiah Banseng giat mengusahakan pengeluaran cendawan ini di bahagian Sri Aman. Sejak tahun 2017 hingga kini, syarikat ini menerima bantuan daripada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) melalui Pertubuhan Peladang Negeri Sarawak (PPNS). Berikut adalah produk dan perkhidmatan yang ditawarkan:

1. Cendawan segar 2. Mushroom Growing Kit 3. Benih cendawan aktif4. Beg media matang aktif5. Kursus dan khidmat perundingan

Oleh Karen Lenggiau

32

Page 33: PENAUNG - doa.sarawak.gov.my

encik Polok Anak lakeng

LAWATAn KerJA

Pegawai Pertanian Bahagian Serian telah berkesempatan melawat ke kebun buah-buahan milik Encik Polok Anak Lakeng, bertempat di Sungai Sentubuh, Kampung Temong Putah, Tebedu. Encik Polok yang merupakan seorang pesara polis telah mula mengusahakan kebun buah-buahan ini pada tahun 1990. Kebun yang berkeluasan lebih kurang sepuluh (10) hektar ini telah ditanam dengan 400 pokok durian pelbagai varieti, 40 pokok langsat, kelapa dan pokok petai. Selain itu, beliau juga baru memulakan tanaman halia secara kecil-kecilan.

Sepanjang lawatan tersebut, Pegawai Pertanian Bahagian telah diberi taklimat ringkas berkenaan cara-cara penjagaan dan sejarah bermulanya tanaman buah-buahan di kebun tersebut. Pokok durian yang mula mengeluarkan buah sekitar tahun 1998 pernah mencapai hasil RM20 ribu semusim pada tahun 2018 yang lalu.

Jabatan Pertanian Bahagian Serian telah bekerjasama dengan Encik Polok untuk mendaftarkan beliau di bawah Program Ladang Kontrak dan menggalakkan beliau menyertai Program myGAP bagi menjamin kualiti dan kuantiti buah-buahan yang beliau hasilkan. Semoga dengan bimbingan, khidmat nasihat dan kerjasama yang terjalin akan meningkatkan hasil durian yang berkualiti dan mampu dijual di pasaran antarabangsa.

Pegawai Pertanian Bahagian ke kebun

Oleh Heidylia Joshua

33

Page 34: PENAUNG - doa.sarawak.gov.my

LAMBAKAN HASIL PERTANIANSEMASA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP)Oleh Sayang Diari

Jabatan Pertanian Bahagian Mukah mengambil berat tentang lambakan dan masalah pemasaran hasil pertanian sepanjang tempoh PKP. Justeru, Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) dan Jabatan Pertanian Daerah di Bahagian Mukah mengambil tindakan untuk membantu petani dengan membeli hasil pertanian tersebut.

Selain itu, pihak Jabatan juga membantu dari segi logistik seperti mengeluarkan surat sokongan pergerakan bagi membolehkan petani bergerak ke kawasan lain untuk menghantar atau membekal produk mereka kepada pengguna mahupun pembeli yang lain.

Inisiatif ini telah diambil oleh Jabatan bagi mengurangkan masalah lambakan hasil pertanian di bahagian Mukah, sekaligus memastikan para petani tidak mengalami kerugian serius dan kehilangan sumber pendapatan sepanjang tempoh PKP.

Pembelian lambakan keladi oleh PPK Darodi Kampung Penipah, daerah Daro

34

Page 35: PENAUNG - doa.sarawak.gov.my

Pembelian lambakan nanas oleh PPK Daro di Kampung Kut, daerah Daro

Pembelian lambakan tembikai oleh PPK Daro di TKPM Penipah, bahagian Mukah

Pembelian lambakan kelapa tua di bahagian Mukah

Pembelian lambakan limau madu

Pembelian lambakan keladi oleh PPK Darodi Kampung Penipah, daerah Daro

35

Page 36: PENAUNG - doa.sarawak.gov.my

PEMbANGUNAN MoDAL INSAN: PROGRAM KHAS BUMIPUTERA

Program Khas Bumiputera (PKB) merupakan satu program di bawah kluster Program Pembangunan Modal Insan yang telah diperkenalkan dalam Rancangan Malaysia Ke-11. Objektif program ini adalah bagi meningkatkan pengetahuan, kesedaran dan kemahiran peserta dalam bidang pertanian dan industri asas tani melalui kursus dan lawatan sambil belajar. Kursus ini diharap dapat mewujudkan peluang ekonomi berdasarkan sumber asas tempatan untuk menjana dan meningkatkan pendapatan sekaligus melahirkan kelompok petani dan usahawan yang berpengetahuan dan berdaya saing. Kumpulan sasar program ini adalah golongan wanita Bumiputera Sarawak dari kawasan luar bandar atau pedalaman.

Pada tahun ini, Jabatan Pertanian Bahagian Bintulu telah diberikan peruntukan untuk menjalankan dua (2) kursus PKB. Bahagian Agromakanan telah memilih Rumah Desmond Linus di kawasan Sungai Pandan, Sebauh sebagai lokasi kursus.

Seramai 30 orang peserta telah menyertai PKB yang merangkumi enam (6) buah rumah panjang di sekitar kawasan tersebut iaitu Rumah Desmond Linus, Rumah Hillary, Rumah Thomas, Rumah Seman, Rumah Michael Donald dan Rumah Gerang. Antara aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan adalah demonstrasi:

i) Pemprosesan telur masin

ii) Penghasilan kerepek pisang, kerepek ubi kayu dan kerepek keladi berperisa keju, manis atau bercili

iii) Pemprosesan jus asam jawa

iv) Penghasilan produk berasaskan pandan

v) Pembuatan serunding halia

Komponen program ini juga melibatkan kursus pengurusan rumah tangga di mana peserta didedahkan dengan kepentingan pengambilan makanan seimbang dan kebersihan tempat tinggal. Untuk program kali ini, seorang pegawai dari Kementerian Kesihatan Malaysia telah dijemput untuk memberi taklimat kesedaran berkenaan COVID-19.

Secara keseluruhan, kursus ini telah memanfaatkan para peserta dari pelbagai aspek dan diharap agar kemahiran dan pengetahuan yang dipelajari dapat digunakan sebaiknya.

Oleh Olivia Aren Clement

36

Page 37: PENAUNG - doa.sarawak.gov.my

KRAF MANIKSERAMIK,LONG TUMA LAWASOleh Latipah Binti Latip

Kraf Manik Seramik, Kampung Long Tuma telah dimulakan pada tahun 1993 dengan keahlian seramai 20 orang wanita. Manik agak sinonim bagi pemakaian semasa pesta-pesta kebudayaan oleh suku kaum Lun Bawang. Mengikut tradisi, manik diperbuat dari tanah liat sungai yang dibakar dengan api arang, dibentuk, diukir dan kemudian dicat dengan motif-motif tertentu.

Bantuan bahan pembungkusan dan peralatan pembuatan telah disalurkan oleh Jabatan Pertanian Sarawak kepada usahawan yang terlibat bagi menambah baik dan meningkatkan kebolehpasaran produk kraf manik ini. Antara jenis produk kraf manik seramik ialah loose beads, gelang, rantai, anting-anting dan rantai kunci.

Pembangunan produk kraf manik seramik amat penting bagi mengekalkan warisan kebudayaan suku kaum Lun Bawang dan menjana sumber pendapatan sampingan kaum ibu desa.

37

Page 38: PENAUNG - doa.sarawak.gov.my

MEMPERKENALKAN TEKNoLoGI PENGELUARAN, MENINGKATKAN PEMPRoSESAN bERKUALITI DAN MENGKoMERSIALKAN PRoDUK bERASASKAN MADU KELULUTOlehMonicaJessiSihoidanDayangRafiedahbintiAwangRapiee

Industri ternakan kelulut di Sarawak berpotensi dijadikan sebagai sumber pendapatan untuk meningkatkan taraf sosioekonomi pengusaha kelulut. Namun begitu, terdapat pelbagai cabaran yang dihadapi oleh para pengusaha kelulut. Antaranya ialah bilangan pengusaha yang semakin ramai, harga madu mentah yang tidak menentu dan lambakan stok madu mentah. Di samping itu, kebanyakan pengeluaran madu mentah yang belum menepati piawaian kualiti menyukarkan madu kelulut untuk menembusi pasaran antarabangsa.

Oleh itu, Jabatan Pertanian Sarawak memperkenalkan projek Key Focus Activity (KFA) yang bertajuk “Memperkenalkan Teknologi Pengeluaran, Meningkatkan Pemprosesan Berkualiti dan Mengkomersialkan Produk Berasaskan Madu Kelulut melalui Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) dengan menggunakan PPK Sri Gading sebagai Kajian Kes”. Objektif utama projek KFA ini adalah untuk mengukuhkan pemasaran produk kelulut Sarawak melalui PPK, serta memastikan kualiti madu bermutu tinggi, mematuhi piawaian MS 2683-2017 dan mempunyai kebolehpasaran yang tinggi.

Menerusi projek KFA ini, beberapa inisiatif telah dilaksanakan antaranya ialah merangka skim bantuan bagi program penternakan lebah kelulut seperti set koloni lebah kelulut, peralatan penyelenggaraan dan penuaian madu. Sebuah pusat pengumpulan dan pemprosesan madu juga telah dibina. Selain itu, Jabatan juga memberi latihan kepada para pengusaha kelulut dalam mendapatkan pensijilan Malaysian Good Agricultural Practice (myGAP).

Projek ini turut menarik perhatian agensi luar seperti Universiti Sains Malaysia (USM) dan Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) untuk menjalankan kolaborasi strategik bersama Jabatan melalui Program Innovation for Community (INNO4C) di bawah Dana Pembangunan Usahawan Bumiputera (DPUB) Sarawak 2019.

Bagi mengukuhkan rantaian pemasaran produk kelulut di daerah Lundu, PPK Sri Gading memainkan peranan sebagai pembeli madu segar daripada para pengusaha kelulut melalui model buyback guaranteed.

Lawatan Pengarah Pertanian Sarawak ke projek penternakan kelulut di Lundu

Survei pengusaha kecil kelulut dijalankan yang melibatkan 279 responden

Penyerahan mesin pemprosesan madu kepada PPK Sri Gading

Karnival kelulut di Miri

38

Page 39: PENAUNG - doa.sarawak.gov.my

Selain daripada madu kelulut, projek ini telah menghasilkan produk-produk hiliran seperti sabun, aromaterapi, balm, face mist, bee bread, lozenges dan serum propolis. Hasil penyelidikan dan pembangunan produk hiliran kelulut disampaikan kepada para pengusaha kelulut menerusi latihan in-situ, telah membantu beberapa pengusaha untuk mengeluarkan produk hiliran masing-masing.

PPK Sri Gading telah berjaya membuat pemadanan perniagaan dengan salah satu syarikat dari Brunei Darussalam dan menembusi pasaran Semenanjung Malaysia. Madu Kelulut Lundu telah didaftarkan Geographical Indication (GI) di bawah Perbadanan Harta Intelek Malaysia.

Karnival Kelulut telah diadakan di bahagian Miri sebagai salah satu inisiatif promosi bagi meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kebaikan madu dan produk hasilan kelulut. Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang karnival ini adalah bual bicara bersama pengunjung, demonstrasi pembuatan produk hiliran, jualan madu dan produk-produk kelulut. Karnival ini juga telah berjaya mewujudkan kerjasama antara Sarawak dan Brunei Darussalam melalui pemadanan perniagaan.

Kesungguhan dan komitmen semua ahli KFA telah membuahkan hasil apabila projek ini telah berjaya disenarai pendek ke peringkat akhir dan terpilih untuk sesi lawatan tapak.

SesiverifikasidanlawatantapakdiIbuPejabatJabatanPertanian

Latihan in-situ bersama pengusaha kelulut

Sesi pembentangan KFA

39

Page 40: PENAUNG - doa.sarawak.gov.my

KEK cHEESE DURIAN KUNINGOleh Dayang Nur Hayati Awg Bakir

Puan Maslizawati Binti Damit ialah seorang pengusaha kek lapis Sarawak di bahagian Limbang yang memulakan perniagaan pada tahun 2011. Pada tahun 2017, dengan menggunakan sumber asas tempatan, beliau telah menghasilkan Kek Cheese Durian Kuning yang pertama di bahagian Limbang.

Idea penghasilan kek ini tercetus apabila beliau memiliki lebihan durian kuning. Menurut beliau, permintaan kek ini semakin meningkat dan menjadi salah satu produk utama perusahaan beliau.

Beliau menerima bantuan projek daripada Jabatan Pertanian Sarawak berbentuk mesin serta peralatan pemprosesan. Setelah menerima bantuan tersebut, perusahaan beliau semakin berkembang dari segi penghasilan dan kepelbagaian keluaran produk.

40

Page 41: PENAUNG - doa.sarawak.gov.my

PENGUSAHA BAN & KUIH MUIH Oleh Pryscilla Limah Ak Andol

Puan Irine Seliman memulakan perniagaan kuih muih pada tahun 2010 dengan menjual kuih muih di kawasan rumah panjang berdekatan. Beliau aktif mengikuti pelbagai kursus yang berkaitan dengan pembuatan kuih muih, ban dan pastri yang dianjurkan oleh agensi kerajaan.

Pada tahun 2015, beliau mula berjinak membuat ban yang mendapat sambutan baik daripada pembeli. Pembuatan yang asalnya bermula dari rumah, seterusnya dikembangkan dengan penyewaan sebuah premis kedai sebagai tempat pembuatan kuih muih dan ban.

Beliau telah mendapat bantuan mesin dan peralatan dari Jabatan Pertanian Daerah Tatau pada tahun 2018 di bawah projek Mempelbagaikan Pendapatan Keluarga (MPK). Beliau juga telah mempelbagaikan jenis produk kepada produk sejuk beku seperti karipap, donat dan piza.

Kini, pasaran beliau adalah sekitar daerah Tatau, Selangau dan Balingian. Puan Irine Seliman adalah seorang usahawan yang berpandangan jauh dan sentiasa mencari peluang untuk mempelajari sesuatu yang baharu untuk mengembangkan perusahaan beliau.

41

Page 42: PENAUNG - doa.sarawak.gov.my

Majlis Penutupan dan Penyampaian Sijil Keusahawanan Kemahiran Pemprosesan Makanan

Pusat Latihan Industri Asas Tani (PL-IAT), Bahagian Agromakanan Jabatan Pertanian Sarawak telah menganjurkan Majlis Penutupan dan Penyampaian Sijil Keusahawanan Kemahiran Pemprosesan Makanan Sesi 9/2020 untuk 13 orang pelatih di Kuching. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Pengarah Pertanian Sarawak, Dr. Alvin Chai Lian Kuet.

Pelatih Zairul Annuar Bin Ibrahim yang berasal dari Miri telah menerima Anugerah Pelatih Terbaik. Beliau menunjukkan kecemerlangan dalam pelbagai aspek seperti kepimpinan, kemahiran, disiplin dan komitmen sepanjang pengajian di PL-IAT.

Program tersebut telah diadakan selama empat (4) bulan yang mana para pelatih telah menjalani latihan secara hands-on untuk meningkatkan kemahiran dari segi asas teknikal penghasilan produk yang berkualiti dan bernilai komersial. Pada masa yang sama, pelatih didedahkan dengan ilmu keusahawanan

sebagai persediaan untuk menjalankan perniagaan masing-masing pada masa akan datang.

Program ini menawarkan dua (2) bidang pengkhususan iaitu Pengkhususan Berasaskan Buah-buahan dan Pengkhususan Snek dan Makanan Ringan. Pengkhususan ini dilakukan supaya selari dengan visi Jabatan yang menekankan pengeluaran produk hiliran berkualiti berasaskan pertanian sebagai pengeksport bersih makanan.

Oleh Clare Hennevessa Hendrik dan Annie Gandin

42

Page 43: PENAUNG - doa.sarawak.gov.my

gambar semasa pertandingan(hasilan buah-buahan dan snek / makanan ringan)

43

Page 44: PENAUNG - doa.sarawak.gov.my

TAUFUFABahan-Bahan 1 kilogram kacang soya 12 gram Glucono Delta Lactine (GDL) 30 gram tepung jagung 500 gram gula apong 2 helai daun pandan 17 gram halia 6 liter air

Cara-Cara Penyediaan

1. Rendam kacang soya dalam air yang banyak hingga lembut selama 4-5 jam.

2. Buang air rendaman dan toskan.3. Kisar kacang soya menggunakan mesin pengisar dengan

sedikit air hingga halus.4. Tapis hampas kacang soya.5. Masak susu kacang soya sehingga mendidih.6. Larutkan tepung jagung dan GDL dengan sedikit air.7. Sediakan bekas untuk menyimpan susu soya.8. Masukkan campuran tepung jagung ke dalam susu kacang

soya dan tuang terus dalam bekas penyimpanan.9. Biarkan hingga menjadi pejal.

44

Page 45: PENAUNG - doa.sarawak.gov.my

Bahan-Bahan Bahan A 400 gram tepung gandum 6 gram serbuk penaik 6 gram garam

Bahan B5 biji pisang 292 gram gula halus 2 biji telur 120 gram mentega

Bahan C85 gram gula perang 36 gram tepung gandum 20 gram mentega

Cara-Cara Penyediaan

1. Panaskanoven190°C.Griskan20kertas/bekasmuffin.

2. Dalam mangkuk, campurkan tepung gandum, soda bikarbonat, serbuk penaik dan garam.(bahan A)

3. Dalam mangkuk yang berasingan, pukul pisang yang dilecek, gula, telur dan mentega cair.(bahan B)

4. Satukan (bahan A) dan (bahan B). Masukkan ke dalam bekasmuffinyangsudahdigris.

5. Dalam mangkuk yang kecil, gaulkan (bahan C) gula perang dan tepung gandum dan masukkan mentega.Tabur di atas muffinsebelumdibakar.

6. Bakar 18-20 minit atau hingga masak.

MUFFIN PISANG

45

Page 46: PENAUNG - doa.sarawak.gov.my
Page 47: PENAUNG - doa.sarawak.gov.my
Page 48: PENAUNG - doa.sarawak.gov.my