penanggungan

23
PENANGGUNGAN WIJAYA MALA MOHD AZLAN B. NASARUDIN SMPC YUK CHOY IPOH

Upload: van

Post on 06-Jan-2016

59 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

PENANGGUNGAN. WIJAYA MALA. MOHD AZLAN B. NASARUDIN SMPC YUK CHOY IPOH. Baharum terjatuh dari atas tiang agung ke atas geladak. Dia tidak dapat ditolong lagi. Mati serta merta. Kepalanya terhempas pada besi petak. - PowerPoint PPT Presentation

TRANSCRIPT

Page 1: PENANGGUNGAN

PENANGGUNGANWIJAYA MALA

MOHD AZLAN B. NASARUDINSMPC YUK CHOY IPOH

Page 2: PENANGGUNGAN

Baharum terjatuh dari atas tiang agung ke atas geladak. Dia tidak dapat ditolong lagi. Mati serta merta. Kepalanya terhempas pada besi petak.

Page 3: PENANGGUNGAN

Masnah yang menjadi janda dan dua orang anaknya yang menjadi yatim setelah kematian Baharom bertandang ke rumah Kapten Mamat. Rambutnya kusut membayangkan masa depan yang sangat gelap

Page 4: PENANGGUNGAN

Usahlah engkau menjadi orang kapal, anakku

Tapi mak, saya ingin menjadi kapten . Bawa kapal tinggi, setinggi pokok kelapa!

Page 5: PENANGGUNGAN

Masnah mula meluah kesedihan dan kehampaannya kepada Kapten Mamat setelah kematian Baharom. Dia berasakan bahawa dia tidak terpikul beban yang ditanggungnya.

Mengapa tiada orang lain berasakan seperti saya?

Engkau sama seperti orang lain. Engkau perlu lebih semangat berani

Page 6: PENANGGUNGAN

Masnah mempertikaikan sumbangan dan peranan persatuan dalam membela nasib ahlinya

Apa yang persatuan sumbangkan kepada kami?

Page 7: PENANGGUNGAN

Kapten Mamat memberi semangat kepada Masnah yang berputus asa dengan kematian suaminya. Beliau juga akan mengusahakan agar keluarga Masnah dibayar pampasan.

Mati pasti ada di mana-mana. Seribu orang doktor pun tidak dapat menyelamatkan satu nyawa jika sudah sampai ajalnya.

Page 8: PENANGGUNGAN

Tekanan perasaan yang ditanggung oleh Masnah menyebabkan dia pitam kali keempat. Isteri Kapten Mamat mengesyorkan dipanggil bomoh untuk merawat Masnah.

Panggilkan bomoh!

Page 9: PENANGGUNGAN

Kapten Mamat dan isteri memberikan pertolongan cemas kepada Masnah

Rendamkan kakinya dalam air suam. Jika dia sedar, beri minum air panas

Page 10: PENANGGUNGAN

Masnah melahirkan hasratnya untuk pulang ke kampung dan dipertsetujui oleh Kapten Mamat

Saya akan balik ke kampung, abang Mat

Page 11: PENANGGUNGAN

Kapten Mamat menasihati Masnah agar berjumpa doktor untuk memeriksa kesihatannya.

Pergilah berjumpa doktor Masnah. Setiap orang ada penyakit.

Page 12: PENANGGUNGAN

Kapten Mamat mengimbau kerja-kerja orang kapal yang perlu belayar mengikut jadual . Bertolak dari satu pelabuhan dan singgah di pelabuhan yang lain. Walau apa-apa pun yang berlaku, kewajipan mengangkut dan memunggah barang-barang keperluan beribu-ribu manusia tetap diteruskan.

Page 13: PENANGGUNGAN

Kapten Mamat juga mengemukakan teorinya tentang hukum alam dan ini menyedarkan Masnah tentang penanggungan setiap insan

Selagi kita masih hidup, segala-gala di depan mata. Itulah penanggungan. Tanggunglah samapai mati

Page 14: PENANGGUNGAN

Tema

Penanggungan seorang isteri pekerja kapal yang kematian suami akibat terjatuh dari atas tiang agung ke atas geladak kapal.

Page 15: PENANGGUNGAN
Page 16: PENANGGUNGAN

Latar Masyarakat

Pekerja Kapal Baharom dan Kapten Mamat merupakan pekerja kapal yang gigih dan bertanggungjawab, malah kadang-kadang mempertaruhkan nyawa dalam menjalankan tugas.

LLLLATAR

Ibu Tunggal Masnah terpaksa memikul tanggungjawab meneruskan kehidupan selepas kematian Baharom

Masyarakat Yang Prihatin Kapten Mamat mengambil akan penaggungan Masnah dan anak-anak selepas kematian Baharom. Beliau menyedarkan Masnah untuk menerima takdir yang menimpa Baharom.

Page 17: PENANGGUNGAN

Latar Tempat

Rumah Kapten Mamat

Masnah berkunjung ke rumah Kapten Mamat mengadu nasib malangnya.

Atas Kapal

Tempat berlakunya kecelakaan ke atas Baharom ke atas Baharom. Baharom terjatuh ke atas geladak dan kepalanya terhempas pada petak besi.

Page 18: PENANGGUNGAN

LATAR MASA

Tengah Hari

Waktu Masnah berkunjung ke rumah Kapten Mamat untuk mengadu rasa kekecewaan dengan kematian Baharom

Page 19: PENANGGUNGAN

WATAK DAN PERWATAKAN

• Balu kepada Baharom

• Mempunyai dua orang anak yang masih kecil

• Tidak dapat menerima hakikat musibah yang menimpa suaminya. Dia menyalahkan takdir atas musibah itu.

• Lemah semangat. Sudah 4 kali dia pitam apabila mengenang nasib yang menimpa keluarganya.

• Penyanyang. Tidak mahu berpisah dengan anak-anak walau apa-apa pun terjadi . Dia juga tidak mahu anaknya bekerja kapal kerana takut tragedi yang menimpa Baharom berulang.

Masnah

Page 20: PENANGGUNGAN

Kapten Mamat• Menjadi kapten kapal tempat Baharom bertugas.

• PrihatinMengambil berat tentang Masnah dan anak-anak selepas kematian Baharom. Dia akan memastikan Masnah dan anak-anak mendapat pampasan.

•BeraniBerani melihat mayat Baharom yang berlumuran darah akibat terjatuh dari tiang agung.

• Lembut HatiTidak sanggup melihat wajah dan tangisan Masnah dan anak-anak yang kehilangan tempat bergantung.

Page 21: PENANGGUNGAN

Isteri Kapten Mamat

• Berbudi Bahasa Menerima kedatangan Masnah dan anak-anak sebagai tetamu dengan baik

• Mudah Bersimpati Menangis apabila mendengar perbualan Bahar dan Masnah tentang cita-cita Bahar ingin mengikut jejak Bahrom bekerja di kapal.

• Prihatin Berusaha memulihkan Masnah daripada pitam

• Mempercayai institusi perbomohan Menyuruh dipanggilkan bomoh untuk memulihkan Masnah daripada pitam.

Page 22: PENANGGUNGAN

NILAI DAN PENGAJARAN

Page 23: PENANGGUNGAN