pemerengganan

6
Pemerengganan Karangan Darjah Empat

Upload: siti-aisyah-mohamed-salim

Post on 22-Jul-2015

54 views

Category:

Education


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pemerengganan

PemerenggananKarangan Darjah Empat

Page 2: Pemerengganan

Perenggan dalam karangan amat penting!

• Syarat menulis perenggan:

• Perenggan hanya boleh terjadi dengan sekurang-kurangnya empat baris ayat.

• Satu ayat TIDAK boleh menjadi perenggan!

• Ceritakan segala apa yang kamu nampak daripada gambar tersebut. Kamu harus kreatif!

• Jangan terlalu banyak dialog dalam satu perenggan. Hanya boleh ada duasahaja di dalam satu perenggan.

Page 3: Pemerengganan

Contoh perenggan yang baik

Syazana tersenyum riang. Dia baru sahaja pulang dari sekolah. Pada

hari itu, dia telah mendapat pujian daripada gurunya kerana markah

ujiannya yang sangat baik. Syazana tidak sabar untuk memberitahu ibunya.

Ibunya pasti akan menghadiahkannya sepasang cermin mata yang baru.

Dia memang menginginkan cermin mata yang baru untuk dipakai di hari

raya.

Page 4: Pemerengganan

Lihat gambar di bawah. Ada dua jenisperenggan mengenai gambar ini.

Page 5: Pemerengganan

Contoh perenggan yang salah:

Tiba-tiba, Mary mengikut ibunya memasuki kedai baju yang baru.

Mereka mahu membeli baju untuk acara sambutan hari kanak-kanak nanti.

[Ayat ini betul. Namun ia tidak boleh dianggap sebagai satu perenggan

kerana ia terlalu pendek. Ingat: perenggan harus ada sekurang-kurangnya4 ayat!]

Page 6: Pemerengganan

Contoh perenggan yang baik