pembiakan ikan

19
PEMBIAKAN IKAN HIASAN

Upload: nik-husni-nik-hashim

Post on 02-Oct-2015

94 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

pembiakan ikan RBT 3109

TRANSCRIPT

PEMBIAKAN IKAN HIASAN

PEMBIAKAN IKAN HIASAN

2 CARA 1)BERTELUR

2) BERANAK

Spesis-spesis Ikan Hiasan yang Membiak SECARA BERTELUR

Bila ikan betina terangsang dengan pasangan jantannya, ikan betina akan mengeluarkan telur-telurnya dan ikan jantan akan memancutkan air maninya (milt). Persenyawaan secara luaran akan berlaku. 1) Spesis yang Menabur TelurJenis ini bersenyawa secara berkumpulan. Pilihan pasangan pun bebas.Selepas persenyawaan, telur-telur dibiar bertaburan tanpa menghiraukan sama ada ia terselamat atau tidak. Biasanya, sedikit sahaja yang akan menetas kerana kebanyakannya akan dimakan oleh pemangsa (termasuk induknya sendiri) atau dibawa arus ke merata tempat. Misalnya, ikan zebra danio akan memakan telurnya sendiri sebelum telur itu jatuh atau hanyut.2) Spesis yang Menanam TelurnyaSpesis ini suka bertelur di celah-celah tumbuhan atau menanam telurnya di dalam tanah untuk memastikan telur-telurnya selamat di musim panas.

Induknya mungkin mati tetapi bila musim hujan telur-telur akan mula menetas. Contoh-contoh spesis yang suka menanam telur mereka adalah seperti ikan pearl Argentina dan killifish3) Spesis yang Meletakkan TelurnyaSpesis ini juga dikenali sebagai egg depositors. Ada jenis yang suka meletakkan telur-telurnya di tempat yang tersembunyi. Misalnya, ikan kribs akan meletakkan telur-telurnya dalam gua kecil, manakala ikan jewel cichlid akan bertelur di dalam semak. Selepas menetas, ikan jantan dan betina akan menjaga anak-anak mereka.4) Spesis yang Membuat SarangJenis ikan ini suka membuat sarangnya sendiri

Contohnya ikan betta dan ikan sepat (gourami). Ia membuat sarang daripada buih yang disaluti air liurnya dan menggunakan serpihan tumbuhan akuatik yang timbul sebagai bahan tambahan.

5) Spesis yang Menggunakan MulutSpesis ini juga dikenali sebagai mouth brooders.

Contoh-contoh jenis ikan sebegini adalah seperti Egyptian mouth brooders, chocolate gourami dan arowana. 6) Spesis yang Unik Hanya spesis kuda laut (hippocampus) yang bertelur sebegini. Selepas persenyawaan, ikan betina akan memindahkan telur-telurnya ke dalam uncang pada perut ikan jantan. Perutnya akan kelihatan buncit. Telur akan dieramkan sehingga menetas. Anak-anak yang menetas akan dipelihara oleh kuda laut jantan. Ibunya akan melawat sekali-sekala sahaja.Pembiakan Ikan Secara BeranakKebanyakan spesis ikan ini tergolong dalam keluarga poeciliidae seperti mosquito fish dan merry widow . Terdapat juga spesis-spesis lain daripada keluarga-keluarga anablepidae (four-eyedfish), goodeidae (orange-tailed goodeid) dan exocoetidae (half-beak fish)Teknik-teknik PembiakanAnda boleh memilih berbagai teknik untuk membiakan ikan hiasan anda.

Asasnya adalah dengan memilih induk tertentu.(1) Pembiakan BeramaiTeknik pembiakan beramai atau harem breeding boleh digunakan pada awal kegiatan anda dan boleh juga digunakan apabila anda lebih berpengalaman.

Pada awal kegiatan anda, tentu anda akan membeli ikan di kedai. Anda akan memilih induk berdasarkan ciri-ciri yang biasa.SambunganInduk betina biarlah sekurang-kurangnya tiga ekor. Kalau boleh, pilihlah yang masih dara.

Kalau ikan betina anda sedang berisi, anda kenalah tunggu sehingga ia beranak.

Selepas itu, barulah boleh dijadikan pasangan untuk ikan jantan pilihan anda.SambunganDi dalam akuarium pembiakan anda, ikan jantan tidak perlu diasingkan.

Kadang-kadang pengasingan yang terlalu lama boleh berkemungkinan ikan betina mandul. Lepaskannya untuk bergaul bebas.

Ikan jantan sudah pasti berpesta. Biarlah ia memilih mana-mana yang disukainya.(2) Pembiakan DalamanPembiakan dalaman (inbreeding) bermaksud memilih induk-induk daripada kalangan keluarga terdekat sahaja seperti abang dengan adik, atau bapa dengan anak.

Tujuannya ialah untuk mengekalkan ciri-ciri yang diingini seperti bentuk badan dan warna yang serupa.(3) Pembiakan Mengikut Garisan dan PintasanPembiakan mengikut garisan dan pintasan (line breeding/line crossing) adalah sebahagian atau cabang daripada pembiakan dalaman. Dua anak ikan jantan akan dipilih daripada dua ibu berasingan (sepupu) atas dua dasarSambunganSeekor dipilih kerana bentuk badannya yang besar dan cantik, dan seekor lagi kerana mempunyai bentuk dan warna sirip yang menarik.Biakkan keluarga masing-masing.Sesekali, pilih baka daripada keturunan kedua-duanya untuk dibiakkan (line crossing). Dengan cara begini, anda dapat mengelakkan terlampau banyak pembiakan dalaman dan menyekat penyakit keturunan.(4) Pembiakan LuaranPembiakan luaran (outcrossing) berlawanan dengan pembiakan dalaman.Induk-induk diambil daripada garisan lain, bukan daripada keturunan yang sama. Bentuk asal genetik akan bercampur-aduk. Cara begini menghasilkan kacukan (hybrid) yang cantik.Teknik yang menjadi pilihan Kebanyakan penternak ikan memilih teknik line breeding untuk mengekalkan keseragaman pilihan asalnya.