pembiakan hamster

6
Sebab- sebab hamster makan anak ialah : 1. Sebab Stress Jgn ingat manusia je ada stress hamster pun ada..hal ni sebab hamster melahirkan anak yg ramai so..dia kepenatan, lemah dan stress ( mcm giler meroyan le jugak ) so sbb tu la anaknya jd mangsa keadaan.. 2. Kekurangan protein Hamster ini habitat hidupnya di hutan, so dia makan jgk serangga selain bijirin or tmbuh2han..Jdi anaknya tu mungkin pganti utk sumber protein yang tinggi..Kalau dia makan anak dia mmg xtinggal sisa..smua dia ngap..Pgalaman aku pulak, aku terlupa nak asingkan sekor hamster yang mgandung, maklumla masa tu ada dlm 20ekor lbh...bila aku tgk dlm cage dia hanya ada sisa darah, mgkin hamster jantan pun turut kenduri anak2 yang baru lahir tu..yang ibunya plak mcm hepi je..yeke?huhu.. 3. Gangguan sekeliling Hamster juga nak privisi dgn anak2nya, tidak mahu diganggu..So kalau anda suka ayk tengok2 dia mst rasa terancam...jadi dia pun makan la anaknya sbb takut dirinya terancam.. Seeloknya ttp cage dia dengan kain agr psekitaran gelap dan terhindar dari gangguan sekeliling.. Dia kan habitat yang suka tinggal dlm lubang..mst xsuka chaya yang kuat! 4. Dipegang Kalau first time dapat anak hamster mst la excited, so rasa nak pegang, nak bilang dan mcm2 lagi..tp perlu diingat cara ini mgancam nyawa anak hamster sebab ibu hamster tidak dapat mgesan bau zuriatnya sebab dah ada bau tangan manusia...so jgn gatal2 tangan nak pegang n belek2..dah tumbuh bulu baru boleh pegang ya!

Upload: mr-paan

Post on 24-Jul-2015

737 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pembiakan Hamster

Sebab- sebab hamster makan anak ialah :

1. Sebab StressJgn ingat manusia je ada stress hamster pun ada..hal ni sebab hamster melahirkan anak yg ramai so..dia kepenatan, lemah dan stress ( mcm giler meroyan le jugak ) so sbb tu la anaknya jd mangsa keadaan..

2. Kekurangan proteinHamster ini habitat hidupnya di hutan, so dia makan jgk serangga selain bijirin or tmbuh2han..Jdi anaknya tu mungkin pganti utk sumber protein yang tinggi..Kalau dia makan anak dia mmg xtinggal sisa..smua dia ngap..Pgalaman aku pulak, aku terlupa nak asingkan sekor hamster yang mgandung, maklumla masa tu ada dlm 20ekor lbh...bila aku tgk dlm cage dia hanya ada sisa darah, mgkin hamster jantan pun turut kenduri anak2 yang baru lahir tu..yang ibunya plak mcm hepi je..yeke?huhu..

3. Gangguan sekelilingHamster juga nak privisi dgn anak2nya, tidak mahu diganggu..So kalau anda suka ayk tengok2 dia mst rasa terancam...jadi dia pun makan la anaknya sbb takut dirinya terancam..Seeloknya ttp cage dia dengan kain agr psekitaran gelap dan terhindar dari gangguan sekeliling..Dia kan habitat yang suka tinggal dlm lubang..mst xsuka chaya yang kuat!

4. DipegangKalau first time dapat anak hamster mst la excited, so rasa nak pegang, nak bilang dan mcm2 lagi..tp perlu diingat cara ini mgancam nyawa anak hamster sebab ibu hamster tidak dapat mgesan bau zuriatnya sebab dah ada bau tangan manusia...so jgn gatal2 tangan nak pegang n belek2..dah tumbuh bulu baru boleh pegang ya!

Antara tanda tanda hamster bakal melahirkan anak adalah perut yang membesar serta tahap keaktifannya yang meningkat. Ia juga akan kelihatan mundar mandir di dalam sangkar seolah olah mahu keluar. Setelah kelahiran anak (setiap kelahiran mungkin melibatkan satu, dua atau beberapa ekor anak), pisahkan hamster jantan (bapa) dan biarkan si ibu bersama sama anak anaknya sehingga mereka sudah boleh berdikari tanpa bantuan daripada si ibu.

Niat murni anda untuk menyatukan hamster jantan dan betina gagal kerana mereka bergaduh? Urm.... Satu fakta yang harus anda tahu, hamster sangat peka dengan

Page 2: Pembiakan Hamster

bau yang berbeza dengan dirinya. Kalau anda perasan, setiap kali anda panggil hamster anda pasti dia akan mengeluarkan muncung dan hidungnya dahulu untuk menghidu 'bau' anda. Jika bau yang bermain dengan dia, beri makan pada dia, sama, maka dia akan kenalpasti bahawa anda adalah tuannya! ;)

Soal hamster jantan dan betina ini pun hampir serupa. Cara terbaik untuk menyatukan mereka ialah:

Spesies- Pastikan spesies sama. Ini sangat mustahak. Janganlah memandai-mandai ingin kacukkan mereka kerana anda hanya akan mengakhiri hayat salah seekor hamster kesayangan anda. (Terutama kalau roborovski digandingkan dengan Syrian, habislah....)

Usia- Hamster yang masih kategori budak (baru lahir- 2 bulan) masih mahu bermain, berkawan, bergaduh. Mereka belum sampai ke tahap untuk 'disatukan'. Selalunya, hamster jantan akan mula mengejar hamster betina apabila usia mereka dalam 2 bulan keatas. Disaat ini, hamster betina akan buat mengada-ngada apabila dikejar hamster jantan. (Macam filem bollywood lak!)

Bau- Hamster sangat peka dengan bau! Kalau sebelum ini hamster jantan anda tinggal sendiri, tiba-tiba anda masukkan hamster betina ke dalam 'istana'nya, maka akan berlakulah pergaduhan yang besar diantara hamster jantan anda dan hamster betina tersebut kerana hamster akan mudah rasa terancam.Jadi, macam mana nak satukan mereka? Ikuti langkah berikut:

1. Sediakan satu bekas bersih dan isi sedikit air, anggaran air tersebut paras kaki hamster anda. (Bukan paras kaki anda ok!)

2. Ambil hamster jantan dan betina, masukkan ke dalam bekas tersebut. Pastikan bekas tersebut tinggi supaya hamster-hamster tersebut tidak keluar daripada bekas. Maklumlah, hamster ini tidak suka mandi dengan air. Mereka lebih suka menggolekkan badan mereka pada pasir wangi. (serbuk pasir berperfume).

3. Basahkan hamster anda dengan mengambil air dan dijirus kebadan hamster anda. Guna tangan sahaja. Tidak perlu guna gayung. (Matilah hamster tu kelemasan kalau guna gayung!)

4. Disaat ini, bau masing-masing akan hilang dan mereka akan mempunyai bau yang sama.

5. Selesai operasi membersihkan mereka, anda bolehlah lap mereka dengan kain kering. Pastikan bedding sangkar telah ditukar dengan bedding baru sebelum anda masukkan semula hamster-hamster tersebut ke dalam snagkar tersebut.

6. Masukkan hamster jantan dan betina ke dalam sangkar dan biarkan mereka saling kejar mengejar ibarat filem hindustan...Soalan- Hamster saya baru lahirkan anak-anak yang cute. Bau bedding pula sudah semakin busuk. Boleh ke saya tukar bedding sangkar tersebut? -Nabilah (Soalan telah diubahsuai supaya dimasukkan elemen drama! hehe)

Page 3: Pembiakan Hamster

Jawapan-JANGAN! Tolong jangan tukar bedding sangkar itu untuk minggu pertama dan kedua. Kalau anda tukar juga, anda berhadapan risiko kesemua anak-anak hamster yang baru lahir itu mati dimakan oleh si ibu. Ibu hamster sangat sensitif dengan bau anak-anak mereka. Itu sebab kita dilarang untuk pegang anak hamster yang baru lahir kerana jika kita pegang, selepas itu si ibu pasti akan makan anak dia. Disaat itu, menangis tak berlagu la anda!

Si ibu hamster juga tidak suka jika dia berada dalam keadaan bahaya. Bila anda kerap melihat, menggoncang sangkar disaat anak-anak hamster masih baru, kebarangkalian si anak akan dimakan oleh si ibu itu terlalu tinggi.

Apa yang harus anda lakukan?Biarkan sahaja sangkar itu berbau untuk minggu pertama dan kedua. Untuk masa akan datang, jika hamster anda sedang mengandung dan akan beranak tidak lama lagi, cepat-cepat tukar bedding sebelum hamster anda beranak. Kalau ada duit lebih, belilah bedding dengan haruman apple atau orange ke. Dan belilah sand bath yang berbau harum supaya ia tidaklah terlalu berbau busuk nanti bila sampai masanya. =D

Page 4: Pembiakan Hamster

Macam mana nak tahu hamster tersebut Jantan atau Betina?

Jantan

Organ seksual dan anus berjarak. 

Ada testis di bahagian belakang sekali. (selalunya testis ini akan jelas kelihatan bila hamster sudah berumur 2 bulan. Kalau baru lagi, boleh je nampak cuma tidak besar dan jelas la. =) 

Selalunya hamster Jantan akan kejar hamster betina. =D

Hamster jantan ini selalunya kurang agresif. (Tapi kalau roborovski, jantan betina sama je agresif! haha)

Page 5: Pembiakan Hamster

Betina

Organ seksual dan anus agak dekat

Tiada testis. 

Kebiasaannya, hamster betina akan agresif sedikit berbanding hamster jantan.Jawapan:

Assalamualaikum and Hi Illyas!Berikut adalah cara untuk mengenalpasti sama ada hamster anda sedang pregnant (mengandung) atau tidak.

Hamster anda akan lebih besar daripada kebiasaan.... (Betina la. kalau jantan yang besar, itu overweight ok!)

Hamster betina anda akan makan lebih banyak daripada biasa... (kalau makanan habis cepat daripada biasa, tandanya hamster betina sudah ada tanda-tanda dia mengandung. Almaklumlah, bukan si ibu je yang makan, tetapi anak2 dalam perut pun tumpang sekali! Tapi kalau hamster jantan yang makan banyak, itu buruk lantak!)

Hamster betina akan buat mula buat sarang. Dia kumpulkan bedding kat satu tempat dan kadang-kadang dia letak makanan-makanan kat situ. (standby la katakan...) 

Perut hamster betina besar kebawah hingga ke satu tahap boleh mencecah lantai sangkar. (Hamster adalah haiwan yang aktif. Selalunya, perut dia tidak akan cecah ke lantai. Tetapi kalau perut hamster betina anda sudah mencecah lantai, itu tanda dia sedang pregnant!)So, sudah bersedia ke nak menyambut kedatangan 'Hamster Junior'? Berikut, saya kongsikan beberapa tips penting yang anda perlu buat untuk menjaga hamster anda yang sedang mengandung...

Tambahkan kuantiti makanan. Hamster betina akan makan lebih banyak daripada kebiasaan. Jadi, anda perlu tambah kuantiti makanan yang diberi supaya hamster anda tidak kelaparan atau tidak cukup makan. 

Standby tukar bedding awal-awal elak sangkar busuk. Sebab, bila hamster junior sudah lahir nanti, anda dilarang menukar bedding kerana ibu hamster tidak suka diganggu 1 minggu pertama selepas dia lahirkan baby hamster. 

Tambahkan makanan yang berkhasiat kepada hamster anda. Boleh start bagi makanan yang kaya protein untuk hamster anda. 

Jaga paras air dalam bekas air. Pastikan air sentiasa mencukupi untuk keperluan hamster jantan dan betina. 

Page 6: Pembiakan Hamster

Digalakkan anda pisah hamster jantan dan hamster betina buat sementara waktu sebab hamster jantan akan cenderung untuk membuat seks dengan hamster betina tanpa mengira sama ada hamster betina sedang pregnant atau tidak. Jika ini berlaku, dikhuatiri, hamster akan mengalami pregnancy yang berulang. Bagi la hamster betina anda rehat seketika dengan menjarak pregnancy. =)