pembelajaran secara kontruktivisme
DESCRIPTION
Pembelajaran Secara KontruktivismeTRANSCRIPT
![Page 1: Pembelajaran Secara Kontruktivisme](https://reader035.vdokumen.net/reader035/viewer/2022081809/55cf8f5b550346703b9b7be2/html5/thumbnails/1.jpg)
PEMBELAJARAN SECARA KONTRUKTIVISME
![Page 2: Pembelajaran Secara Kontruktivisme](https://reader035.vdokumen.net/reader035/viewer/2022081809/55cf8f5b550346703b9b7be2/html5/thumbnails/2.jpg)
APAKAH KONSTRUKTIVISME ?
• pendekatan pengajaran berdasarkan kepada penyelidikan tentang bagaimana manusia belajar.
• setiap individu membina pengetahuan dan bukannya hanya menerima pengetahuan daripada orang lain
McBrien &
Brandt,• Murid membina pengetahuan mereka
dengan menguji idea dan pendekatan berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada, mengaplikasikannya kepada situasi baru dan mengintegrasikan pengetahuan baru yang diperoleh dengan binaan intelektual yang sedia wujud
Briner
![Page 3: Pembelajaran Secara Kontruktivisme](https://reader035.vdokumen.net/reader035/viewer/2022081809/55cf8f5b550346703b9b7be2/html5/thumbnails/3.jpg)
Konstruktivisme adalah satu fahaman bahawa murid membina sendiri pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada.
Dalam proses ini, murid akan menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru.
![Page 4: Pembelajaran Secara Kontruktivisme](https://reader035.vdokumen.net/reader035/viewer/2022081809/55cf8f5b550346703b9b7be2/html5/thumbnails/4.jpg)
Gambaran Pengertian Konstruktivisme
![Page 5: Pembelajaran Secara Kontruktivisme](https://reader035.vdokumen.net/reader035/viewer/2022081809/55cf8f5b550346703b9b7be2/html5/thumbnails/5.jpg)
IMPLIKASI DARIPADA PENGERTIAN KONSTRUKTIVISME
implikasi
PdP akan berpusatkan
murid
Pengetahuan hasil darIpada
aktiviti yangdilakukan oleh
murid
Gurusebagai pereka
bentukbahan pengajaran
Gurusebagai
fasilitator
![Page 6: Pembelajaran Secara Kontruktivisme](https://reader035.vdokumen.net/reader035/viewer/2022081809/55cf8f5b550346703b9b7be2/html5/thumbnails/6.jpg)
CIRI-CIRI PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME
![Page 7: Pembelajaran Secara Kontruktivisme](https://reader035.vdokumen.net/reader035/viewer/2022081809/55cf8f5b550346703b9b7be2/html5/thumbnails/7.jpg)
KELEBIHAN PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME
Murid
LEBIHBERFIKIR
LEBIHFAHAM
LEBIHINGAT
LEBIHYAKIN
LEBIHBERKEMAHIRAN
SOSIAL
LEBIHSERONOK
![Page 8: Pembelajaran Secara Kontruktivisme](https://reader035.vdokumen.net/reader035/viewer/2022081809/55cf8f5b550346703b9b7be2/html5/thumbnails/8.jpg)
BERFIKIR
Dalam proses membina pengetahuan baru, murid akan berfikir untuk
-menyelesaikan masalah-menjana idea-membuat keputusan
Sebagaicontoh, ini boleh dicapai melalui aktiviti penyelidikan dan penyiasatan seperti
-mengenal pasti masalah-mengumpul maklumat-memproses data-membuat interpretasi-membuat kesimpulan.
![Page 9: Pembelajaran Secara Kontruktivisme](https://reader035.vdokumen.net/reader035/viewer/2022081809/55cf8f5b550346703b9b7be2/html5/thumbnails/9.jpg)
FAHAM
Kefahaman murid tentang sesuatu konsep dan idea lebih jelas apabila mereka terlibat secara langsung dalam pembinaan pengetahuan baru.
Seorang murid yang memahami apa yang dipelajari akan dapat mengaplikasikan pengetahuan yang baru dalam kehidupan dan situasibaru.
![Page 10: Pembelajaran Secara Kontruktivisme](https://reader035.vdokumen.net/reader035/viewer/2022081809/55cf8f5b550346703b9b7be2/html5/thumbnails/10.jpg)
INGAT
Setelah memahami sesuatu konsep, murid akan dapat mengingati lebih lama konsep tersebut kerana mereka terlibat secara aktif.
Proses ini juga membantu murid untuk-mengaitkan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru.
![Page 11: Pembelajaran Secara Kontruktivisme](https://reader035.vdokumen.net/reader035/viewer/2022081809/55cf8f5b550346703b9b7be2/html5/thumbnails/11.jpg)
YAKIN
Murid yang belajar secara konstruktivisme diberi peluang untuk membina sendiri kefahaman mereka tentang sesuatu.
Melalui proses ini mereka lebih:-yakin kepada diri sendiri-berani menghadapi cabaran-menyelesaikan masalah dalam situasi baru.
![Page 12: Pembelajaran Secara Kontruktivisme](https://reader035.vdokumen.net/reader035/viewer/2022081809/55cf8f5b550346703b9b7be2/html5/thumbnails/12.jpg)
KEMAHIRAN SOSIAL
Murid yang berkemahiran sosial boleh bekerjasama dengan orang lain dalam menghadapi sebarang cabaran dan masalah.
Kemahiran sosial ini diperoleh apabila murid berinteraksi dengan rakan-rakan dan guru dalam membina pengetahuan mereka.
![Page 13: Pembelajaran Secara Kontruktivisme](https://reader035.vdokumen.net/reader035/viewer/2022081809/55cf8f5b550346703b9b7be2/html5/thumbnails/13.jpg)
SERONOK
Dalam proses pembelajaran ini, murid membina sendiri:-pengetahuan-konsep-idea secara aktif.
Ini menjadikan mereka:- lebih faham-lebih yakin-lebih seronok
![Page 14: Pembelajaran Secara Kontruktivisme](https://reader035.vdokumen.net/reader035/viewer/2022081809/55cf8f5b550346703b9b7be2/html5/thumbnails/14.jpg)
PERANAN GURU
Menggalakkan murid menerangkan idea mereka serta menghargai pandangan mereka.
Menstruktur pelajaran untuk mencabar persepsi murid.
Membantu murid menyedari kerelevanan kurikulum kepada kehidupan mereka.
Mentaksir pembelajaran melalui aktiviti harian di kelas, bukan hanya dalam bentuk ujian bertulis.
Menggalakkan murid membuat tugasan yang berbentuk penyelesaian, menganalisis, meramal, meneroka dan membuat hipotesis.
![Page 15: Pembelajaran Secara Kontruktivisme](https://reader035.vdokumen.net/reader035/viewer/2022081809/55cf8f5b550346703b9b7be2/html5/thumbnails/15.jpg)
Menggalakkan murid menerangkan lebih lanjut jawapan mereka.
Menggalakkan penemuan oleh murid melalui pertanyaan soalan bercapah dan menggalakkan murid menyoal murid yang lain.
Memberi masa secukupnya kepada murid untuk menjawab soalan setelah soalan dikemukakan.
Memberi masa secukupnya kepada murid untuk membuat perkaitan antara idea-idea yang telah dijanakan.
Menggalakkan pembelajaran koperatif dalam menjalankan tugasan tertentu.
Membimbing murid mendapatkan jawapan yang tepat.
![Page 16: Pembelajaran Secara Kontruktivisme](https://reader035.vdokumen.net/reader035/viewer/2022081809/55cf8f5b550346703b9b7be2/html5/thumbnails/16.jpg)
TERIMA KASIH