pembangunan indeks pematuhan akidah islam: · pdf file... (cina & india) di malaysia ......

10
Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB) Vol. 1: No. 4 (September 2017) page 94-103 | www.icohlcb.com | eISSN: 01268147 94 PEMBANGUNAN INDEKS PEMATUHAN AKIDAH ISLAM: INTEGRASI PROJEK GENOM MELAYU DENGAN AKIDAH ISLAM (ISLAMIC AQEEDAH-COMPLIANT INDEX DEVELOPMENT: INTEGRATION OF MALAY GENOME PROJECT AND ISLAMIC FAITH) Norazmi Anas 1 Engku Ahmad Zaki Engku Alwi 2 Zuriani Yaacob 3 Wan Rohani Wan Taib 4 Mohd. Hudzari Haji Razali 5 Abstract The Malay Genome Project (MGP) which is a study of the entire Malay DNA sequence will serve as the most excellent blueprint for the Malay race itself if only it is integrated with the Islamic pillars focusing on the issues of faith and maqasid shariah (Islamic foundational goals) that may arise. In fact, human genome research specifically the Malay Genome Project (MGP) has yielded important information about the mapping and sequencing the genes of the human genome. Scientists are able to understand, identify and isolate genes that are responsible for causing more than four thousand genetic diseases.Thus, this paper aims to analyze the recommendations and implications of integrating MGP with the Islamic ‘aqeedah (creed). Not only that, the researchers intend to identify the needs of developing Islamic ‘Aqeedah-Compliant Index (IACI) so that it will balance the development of human genome- related studies. In general, this study has successfully exposed the importance of MGP to public, identified the significance to link between the MGP and the Islamic faith and recognised the needs of IACI in further studies. Ultimately, this is seen parallel with the Malaysian government's main policy i.e. the Malaysian Shariah Index (MSI) in fulfilling the objective of Islamic principles and to end confusions and wrong perceptions about an issue. In addition, the IACI is considered a pioneer to be applied in other disciplines apart from contributing added values to current knowledge. Keywords: Integration, Malay Genome Project (MGP), Islamic ‘Aqeedah-Compliant Index (IACI) 1 Pensyarah, Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA, Cawangan Perak, Kampus Tapah, 35400 Tapah Road, Perak, Tel: +60122754160 E-mail: [email protected] 2 Professor, Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin, 21300 Kuala Terengganu, Terengganu, Tel: +60126013693 E-mail: [email protected] 3 Pensyarah, Akademi Pengajian Bahasa, Universiti Teknologi MARA, Cawangan Pahang, Kampus Raub, Jalan TRAS, 27600, Raub, Pahang, Tel: +60178913911 E-mail: [email protected] 4 Pensyarah Kanan, Institut Pembangunan (Kesihatan) Masyarakat, Universiti Sultan Zainal Abidin, 21300 Kuala Terengganu, Terengganu, Tel: +60169712549 E-mail: [email protected] 5 Professor Madya, Fakulti Perladangan & Agroteknologi (FPA), Universiti Teknologi MARA, Cawangan Melaka, Kampus Jasin, 77300, Merlimau, Melaka, Tel: +60192208486 E-mail: [email protected]

Upload: hadien

Post on 06-Feb-2018

235 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: PEMBANGUNAN INDEKS PEMATUHAN AKIDAH ISLAM: · PDF file... (Cina & India) di Malaysia ... 2015 anjuran Institut Alam dan Tamadun Melayu, ... (2015) menyatakan sumber ilmu pengetahuan

Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB) Vol. 1: No. 4 (September 2017) page 94-103 | www.icohlcb.com | eISSN: 01268147

94

PEMBANGUNAN INDEKS PEMATUHAN AKIDAH ISLAM:

INTEGRASI PROJEK GENOM MELAYU DENGAN AKIDAH

ISLAM (ISLAMIC AQEEDAH-COMPLIANT INDEX DEVELOPMENT: INTEGRATION OF MALAY

GENOME PROJECT AND ISLAMIC FAITH)

Norazmi Anas1

Engku Ahmad Zaki Engku Alwi2

Zuriani Yaacob 3

Wan Rohani Wan Taib4

Mohd. Hudzari Haji Razali5

Abstract

The Malay Genome Project (MGP) which is a study of the entire Malay DNA sequence will

serve as the most excellent blueprint for the Malay race itself if only it is integrated with the

Islamic pillars focusing on the issues of faith and maqasid shariah (Islamic foundational

goals) that may arise. In fact, human genome research specifically the Malay Genome Project

(MGP) has yielded important information about the mapping and sequencing the genes of the

human genome. Scientists are able to understand, identify and isolate genes that are

responsible for causing more than four thousand genetic diseases.Thus, this paper aims to

analyze the recommendations and implications of integrating MGP with the Islamic ‘aqeedah

(creed). Not only that, the researchers intend to identify the needs of developing Islamic

‘Aqeedah-Compliant Index (IACI) so that it will balance the development of human genome-

related studies. In general, this study has successfully exposed the importance of MGP to

public, identified the significance to link between the MGP and the Islamic faith and

recognised the needs of IACI in further studies. Ultimately, this is seen parallel with the

Malaysian government's main policy i.e. the Malaysian Shariah Index (MSI) in fulfilling the

objective of Islamic principles and to end confusions and wrong perceptions about an issue.

In addition, the IACI is considered a pioneer to be applied in other disciplines apart from

contributing added values to current knowledge.

Keywords: Integration, Malay Genome Project (MGP), Islamic ‘Aqeedah-Compliant Index

(IACI)

1 Pensyarah, Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA, Cawangan Perak, Kampus

Tapah, 35400 Tapah Road, Perak, Tel: +60122754160 E-mail: [email protected] 2 Professor, Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin, 21300 Kuala Terengganu,

Terengganu, Tel: +60126013693 E-mail: [email protected] 3 Pensyarah, Akademi Pengajian Bahasa, Universiti Teknologi MARA, Cawangan Pahang, Kampus Raub, Jalan

TRAS, 27600, Raub, Pahang, Tel: +60178913911 E-mail: [email protected] 4 Pensyarah Kanan, Institut Pembangunan (Kesihatan) Masyarakat, Universiti Sultan Zainal Abidin, 21300

Kuala Terengganu, Terengganu, Tel: +60169712549 E-mail: [email protected] 5 Professor Madya, Fakulti Perladangan & Agroteknologi (FPA), Universiti Teknologi MARA, Cawangan

Melaka, Kampus Jasin, 77300, Merlimau, Melaka, Tel: +60192208486 E-mail: [email protected]

Page 2: PEMBANGUNAN INDEKS PEMATUHAN AKIDAH ISLAM: · PDF file... (Cina & India) di Malaysia ... 2015 anjuran Institut Alam dan Tamadun Melayu, ... (2015) menyatakan sumber ilmu pengetahuan

Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB) Vol. 1: No. 4 (September 2017) page 94-103 | www.icohlcb.com | eISSN: 01268147

95

Abstrak

Projek Genom Melayu (PGM) merupakan kajian-kajian berkaitan keseluruhan jujukan DNA

bangsa Melayu dalam nukleus sel manusia yang mengandungi 23 pasang kromosom

melibatkan proses pemindahan sel, pemutasian, penjujukan dan pemetaan serta berfungsi

sebagai tanda pengenalan (blueprint) bangsa Melayu itu sendiri, manakala akidah Islam pula

menfokuskan isu-isu akidah yang wujud dan timbul dari kajian-kajian PGM dan Projek

Genom Manusia (HGP). Penulisan kertas kerja ini bertujuan untuk menghuraikan implikasi

dan cadangan dasar pengintegrasian PGM dengan akidah Islam seterusnya cadangan

pembangunan Indeks Pematuhan Akidah Islam (IPAI) sebagai tapisan kedua kajian-kajian

saintifik moden. Secara umumnya, kajian ini telah berjaya mendedahkan kepentingan PGM

terhadap masyarakat umum, diikuti menghubungkaitkan PGM dengan akidah Islam

seterusnya mengenalpasti keperluan pembangunan IPAI terhadap PGM. Akhirnya, ianya

dilihat selari dengan polisi utama kerajaan Malaysia melalui Indeks Syariah Malaysia (ISM)

seterusnya IPAI dilihat sebagai perintis untuk diaplikasi dalam kajian-kajian lain pada masa

hadapan serta memberi nilai tambah kepada ilmu pengetahuan semasa.

Keywords: Integrasi, Projek Genom Melayu (PGM), Akidah Islam, Indeks Pematuhan

Akidah Islam (IPAI)

2017 JHLCB

Pengenalan

Integrasi didefinisikan sebagai penggabungan atau penggabungan dua atau beberapa kaum

(unsur, bahagian dan lain-lain) menjadi kesatuan dan penyatuan (Kamus Dewan, 2005)

merujuk penyatuan ilmu pengetahuan dan agama Islam yang tidak terpisah antara keduanya,

manakala Projek Genom Melayu (PGM) pula merujuk kajian-kajian yang dipelopori oleh

Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Universiti Sains Malaysia (USM) bertujuan

menyediakan pengkalan data genom bangsa Melayu di Malaysia, mendiagnosis penyakit

khususnya penyakit genetik, penghasilan produk farmaseutikal untuk penyakit-penyakit

tertentu dan mengenalpasti asal-usul bangsa Melayu itu sendiri. Oleh itu, kajian ini

menyatupadukan PGM dengan akidah Islam supaya PGM yang dijalankan menepati serta

selari dengan akidah Islam itu sendiri.

Dapatan Utama Kajian

Analisis kajian mendapati bahawa terdapat enam fokus utama kajian-kajian PGM peringkat

nasional dan antarabangsa iaitu:

i. Asal-usul dan variasi bangsa Melayu berdasarkan geografi, takungan genetik dan

aliran gen serta pengaruh bangsa asing seperti Arab terhadap populasi bangsa Melayu.

ii. Perbandingan risiko penyakit bangsa Melayu dengan bangsa lain (Cina & India) di

Malaysia, diikuti Asia Tenggara seterusnya Asia.

Page 3: PEMBANGUNAN INDEKS PEMATUHAN AKIDAH ISLAM: · PDF file... (Cina & India) di Malaysia ... 2015 anjuran Institut Alam dan Tamadun Melayu, ... (2015) menyatakan sumber ilmu pengetahuan

Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB) Vol. 1: No. 4 (September 2017) page 94-103 | www.icohlcb.com | eISSN: 01268147

96

iii. Perbandingan profil dan hubungan populasi bangsa Melayu dengan orang Asli di

Malaysia, Indonesia dan Asia Tenggara.

iv. Kesesuaian ubat-ubatan tertentu dengan penyakit tertentu seterusnya penghasilan

produk farmaseutikal yang sesuai dengan penyakit-penyakit bangsa Melayu.

v. Penyelidikan-penyelidikan baharu berkaitan genom bangsa Melayu seperti HVP,

SSMP, Projek 1000 Genom dan GGB2020.

vi. Kebimbangan masyarakat Melayu serta bangsa lain terhadap isu-isu penyelidikan

genetik manusia.

Penelitian dan analisis yang telah dilakukan terhadap data-data temubual mendapati

informan-informan tidak mengetahui secara mendalam berkaitan PGM yang dilakukan oleh

penyelidik-penyelidik UA Malaysia berikutan dapatan kajian-kajian PGM tidak didedahkan

kepada masyarakat umum. Informan-informan hanya mengetahui PGM yang dijalankan oleh

UiTM dan USM sahaja seperti yang dibincangkan sebelum ini khusus kajian farmaseutikal

dan asal-usul bangsa Melayu yang hanya didedahkan dalam beberapa seminar ilmiah seperti:

1. Seminar Penyelidikan Pemikiran & Kepimpinan Melayu 2013 anjuran Institut

Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (IMPAK), Universiti Teknologi MARA (UiTM),

Shah Alam, Selangor bertajuk Bangsa Melayu dan orang Jawi menurut kitab Turath

Arab (Wan Kamal Nadzif, 2013).

2. Seminar Asal Usul Melayu dan Kelangsungan Kerajaan Melayu di Asia Tenggara

2015 anjuran Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia

(UKM), Bangi, Selangor bertajuk Asal Usul Melayu Dalam Pelbagai Perspektif

Kajian Terkini (Zaharah, 2015).

3. Seminar Asal Usul Dan Bukti Keintelektualan Melayu 2016 anjuran Perpustakaan

Negara Malaysia, Kuala Lumpur bertajuk Asal Usul Melayu Dalam Pelbagai

Perspektif Kajian Terkini (Zaharah, 2016).

4. Konvensyen Nasional Penyatuan Bangsa 2016 anjuran IMPAK, UiTM, Shah Alam,

Selangor bertajuk Merungkai genom keseluruhan manusia: Apakah kepentingannya?

(Salleh, 2016) dan Menjejaki Asal-Usul Bangsa Melayu dan Merungkai Sejarah

Silam Melaluinya (Zainuddin, 2016).

Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (IMPAK), Universiti Teknologi MARA

(UiTM) dilihat sebagai peneraju kajian-kajian berkaitan bangsa Melayu di Malaysia yang

berfungsi dan bertindak sebagai pemangkin perubahan bangsa Melayu/Bumiputera serta

kumpulan think tank atau pemikir untuk mengukuhkan bangsa Melayu/Bumiputera (IMPAK,

2017). Ia berdasarkan pengkalan data Respirotari Khazanah Melayu (RKM) yang berjaya

dibangunkan dan diwujudkan bagi menyediakan maklumat mengenai pencapaian dan

kejayaan bangsa Melayu dan seterusnya didokumentasikan sebagai satu bahan rujukan

disamping perkongsian maklumat kepada masyarakat (PTAR, 2017). Terdapat sebelas (11)

penyelidikan berkaitan genom Melayu disenaraikan dalam RKM iaitu Chambers & Edinur

(2013), Salleh et al. (2013), Wong et al. (2013), Juhari et al. (2014), Hatin et al. (2014), Loo

& Gan (2014), Nurhayati et al. (2014), Deng et al. (2015), Norhalifah et al. (2016), Salleh

(2016) dan Zainuddin (2016). Oleh itu, RKM dilihat sebagai sumber maklumat awam yang

boleh dicapai bagi mengetahui lebih lanjut tentang PGM.

Page 4: PEMBANGUNAN INDEKS PEMATUHAN AKIDAH ISLAM: · PDF file... (Cina & India) di Malaysia ... 2015 anjuran Institut Alam dan Tamadun Melayu, ... (2015) menyatakan sumber ilmu pengetahuan

Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB) Vol. 1: No. 4 (September 2017) page 94-103 | www.icohlcb.com | eISSN: 01268147

97

Selain itu, dapatan-dapatan PGM hanyalah sekadar ramalan / anggapan (prediction)

sahaja berkaitan penyakit dan ubatan tertentu, ianya masih lagi dipengaruhi oleh faktor-faktor

lain seperti faktor fizikal (tubuh badan) manusia itu sendiri yang berbeza antara satu sama

lain serta tertakluk pada kekuasaan Allah SWT sebagai penyembuh. Firman Allah yang

bermaksud: Kepunyaan Allah-lah kerajaan langit dan bumi, Dia menciptakan apa yang Dia

kehendaki. Dia memberikan anak-anak perempuan kepada siapa yang Dia kehendaki dan

memberikan anak-anak lelaki kepada siapa yang Dia kehendaki, atau Dia menganugerahkan

kedua jenis laki-laki dan perempuan (kepada siapa) yang dikehendaki-Nya, dan Dia

menjadikan mandul siapa yang Dia kehendaki. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui lagi

Maha Kuasa. (al-Syura, 42: 49-50).

Jujukan genom manusia hampir sama iaitu 99.9% tanpa mengira bangsa (berasal dari

Adam AS), tetapi 0.01% yang memberikan perbezaan dan variasi antara manusia dari segi

bangsa, sifat dan bentuk fizikal, warna kulit, kumpulan darah dan sebagainya yang

dipengaruhi oleh gen dominan dan resesif (Zaglul, 2010). Ianya bertepatan dengan firman

Allah SWT yang bermaksud: Dialah yang membentuk kamu dalam rahim sebagaimana

dikehendaki-Nya. Tak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Maha

Perkasa lagi Maha Bijaksana (ali-Imran, 3: 6). Dalam Tafsir Jalalayn dihuraikan perbezaan

bentuk dalam rahim itu sama ada lelaki atau perempuan, berkulit putih atau hitam dan

sebagainya.

Kepelbagaian bangsa sepatutnya tidak menjadikan seseorang itu bersifat etnosentrik

iaitu anggapan bahawa diri, kumpulan, keturunan, budaya, adat dan masyarakat yang

dilingkarinya lebih hebat berbanding orang lain serta mengagung-agungkan budaya dan

tamadun Barat (Kamus Dewan, 2015). Begitu juga dengan dapatan kajian PGM yang mampu

mengenalpasti potensi dan bakat bangsa Melayu itu sendiri, maka kita perlu menghormati

bangsa, adat dan budaya masyarakat lain yang berbeza dengan kita. Selain itu, kita juga perlu

sedar bahawa walaupun bakat dan potensi dikenalpasti, kelemahan dan kekurangan bangsa

Melayu juga dapat didedahkan kepada masyarakat umum. Oleh itu, sikap etnosentrik tidak

perlu wujud dalam diri bangsa dan masyarakat malahan saintis yang mengkaji tentang PGM

ini.

Seterusnya, integrasi kajian PGM dengan akidah Islam dilihat sebagai

menyatupadukan antara fizik dan metafizik, ilmu naqli dan aqli serta duniawi dan ukhrawi

bertepatan dengan epistemologi Islam yang mementingkan wahyu sebagai sumber utama

ilmu pengetahuan (Mujahidin, 2013; Saari, 2015). Kajian-kajian saintifik moden pada hari ini

dilihat mengikut acuan Barat sama ada dalam bidang Sains Tulen dan Sains Sosial yang

bersifat sekular serta gagal mencapai matlamat kemanusian sebagai khalifah Allah SWT

dalam mentadbir dan memakmurkan dunia ini (Hanafi, 2015). Toni (2015) menyatakan

bahawa epistemologi Barat yang bersifat sekular bermula selepas kejatuhan institusi gereja

iaitu pada Zaman Renaissance yang melahirkan pemikiran yang memisahkan antara Tuhan

dan manusia dan mengasingkan urusan keagaman dari kehidupan duniawi secara terpisah.

Budi (2016) menambah bahawa epistemologi Barat bersumberkan Empirisme, Rasionalisme

dan Kritisisme melalui logik pemikiran dan pancaindera manusia yang bersifat terhad,

terbatas dan lemah.

Page 5: PEMBANGUNAN INDEKS PEMATUHAN AKIDAH ISLAM: · PDF file... (Cina & India) di Malaysia ... 2015 anjuran Institut Alam dan Tamadun Melayu, ... (2015) menyatakan sumber ilmu pengetahuan

Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB) Vol. 1: No. 4 (September 2017) page 94-103 | www.icohlcb.com | eISSN: 01268147

98

Selain itu, Buseri (2015) menyatakan sumber ilmu pengetahuan dalam Islam hanyalah

Allah SWT, kemudian Allah menurunkan ilmu yang sedikit kepada manusia merangkumi dua

(2) jenis ilmu iaitu Qauliyah (al-Quran & al-Hadis) dan Kauniyah (alam semesta) yang juga

dikenali sebagai ilmu pemberian (Perennial Knowledge) dan ilmu yang dicari (Acquired

Knowledge). Gabungan kedua-dua jenis ilmu ini mampu menjadikan manusia hidup dalam

keadaan aman dan sejahtera dalam rahmat Allah SWT. Ianya bertepatan dengan Muslih

(2017) yang menyatakan bahawa sains Islam mempunyai tiga (3) asas utama iaitu asas logik

dan objektif sains, asas kemanusiaan dari sains dan asas keyakinan, keimanan, dan

keagamaan dari sains. Ketiga-tiga asas ini dilihat sebagai bersepadu yang bermatlamatkan

Allah SWT. Oleh itu, kajian integrasi ini dilihat selari dengan prinsip-prinsip nilai integrasi

yang dikemukan oleh Hanafi (2015) iaitu Istikhlāf (tanggungjawab), Tawāzun

(Keseimbangan), Taskhīr (Penaklukan) dan Hubungan Pencipta dengan CiptaanNya. Maka,

ianya mampu melahirkan teori, ilmu, perspektif, bidang dan dapatan baharu bagi meluaskan

korpus ilmu pengetahuan dalam Islam.

Analisis sorotan literatur dan kajian-kajian lepas mendapati bahawa HGP telah

mendatangkan pelbagai isu-isu kemanusiaan yang berkaitan keagamaan, etika dan undang-

undang seperti Teori Evolusi Darwin, Pengklonan Manusia, Teknologi Transgenik,

Bioterrorisme & Peperangan Biologi, HGP & Eugenik. Teori Evolusi Darwin dilihat

bercanggah dengan konsep dan prinsip penciptaan dalam wahyu Allah SWT menyebabkan

terdapat segelintir masyarakat yung menyokong teori tersebut menafikan kuasa dan

kewujudan Tuhan yang menciptanya manusia seterusnya menyebabkan keroskan akidah.

Selain itu, manusia yang berfahaman Darwinisme cenderung menggunakan logik akal dalam

kehidupan seharian menjadikan kebebasan sebagai asas melakukan sesuatu tanpa sempadan

dan etika kemanusiaan lantas menyebabkan berlakunya kemusnahan alam serta menjejaskan

tahap kehidupan manusia sejagat.

Selain itu, isu pengklonan manusia hangat diperdebatkan kerana ianya berkaitan

dengan bioetika, undang-undang dan keagamaan. Pengklonan manusia menyebabkan hak

genetik manusia terjejas dan bercanggah dengan fitrah kejadian manusia oleh Allah SWT

seterusnya mendatangkan masalah besar berkaitan nasab keturunan yang sah. Walaupun

begitu, terdapat dua (2) jenis pengklonan manusia iaitu Pengklonan Reproduktif dan

Pengklonan Terapeutik. Dari perspektif Islam, pengklonan reproduktif diharamkan sama

sekali untuk dilaksanakan kerana ianya menjejaskan hubungan kekeluargaan dan melanggar

fitrah kejadian manusia. Sebaliknya pengklonan terapeutik pula dibuka ruang untuk diterokai

kerana memberi manfaat besar terhadap kemaslahatan hidup manusia dari segi perubatan,

peningkatan kualiti hidup dan merawat penyakit. Walaupun begitu, ianya perlu mengikut

peraturan, etika dan Standard Operating Procedure (SOP) yang digariskan supaya

matlamatnya tercapai dengan baik tanpa merosakkan alam. Isu-isu yang dibincangkan di atas

membuktikan bahawa etika sains masih tidak mampu untuk mengawal penyelewengan

saintifik dan menyelesaikan isu-isu yang timbul dalam masyarakat sejagat khususnya

persoalan keagamaan dan ketuhanan. Oleh itu, cadangan pembangunan IPAI terhadap kajian

saintifik khususnya PGM dilihat alternatif utama selepas etika sains sebagai tapisan kedua

terhadap pemutlakan, pemanipulasian dan penyelewengan sains.

Page 6: PEMBANGUNAN INDEKS PEMATUHAN AKIDAH ISLAM: · PDF file... (Cina & India) di Malaysia ... 2015 anjuran Institut Alam dan Tamadun Melayu, ... (2015) menyatakan sumber ilmu pengetahuan

Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB) Vol. 1: No. 4 (September 2017) page 94-103 | www.icohlcb.com | eISSN: 01268147

99

Integrasi PGM dengan Akidah Islam

Dunia Barat telah menceroboh dunia Islam melalui ilmu-ilmu moden yang disalurkan melalui

saluran-saluran tertentu yang mengenepikan norma-norma kerohanian seterusnya

menyebabkan hilangnya halatuju umat Islam iaitu mengabdikan diri semata-mata kepada

Allah SWT (Che Azlina, 2004). Revolusi sains di Barat pada asalnya telah direncana oleh

puak-puak Yahudi selama dua abad melalui individu mahupun organisasi menyebabkan

perkembangan positif pada gagasan ilmu pengetahuan khususnya ilmu sains serta memberi

manfaat kepada manusia sejagat. Namun begitu, akibat pengaruh sekularisme dalam revolusi

ini, impak negatif dilihat lebih besar berbanding positif iaitu menyebabkan pemikiran

manusia yang berlandaskan agama khususnya Islam telah berubah. Agenda golongan Yahudi

untuk memusnahkan tamadun manusia yang berlandaskan agama dan kerohanian berjaya

direalisasikan melalui revolusi ini.

Ekoran kesedaran segelintir cendekiawan Islam tentang permasalahan ini, maka

pengintegrasian sains dengan asas Islam merupakan jalan terbaik serta perlu dilaksanakan

untuk mengembalikan manusia kepada fitrahnya (Abdul Rahman, 2003). Oleh yang

demikian, setiap orang Islam mestilah berhati-hati dalam mendalami sains dan sentiasa

menanamkan keyakinan di dalam fikiran bahawa kebenaran yang hakiki itu hanyalah terdapat

di dalam ayat-ayat yang diturunkan oleh Allah SWT (Zainal Kifli, 2005). Islam merupakan

dominan dalam semua cabang ilmu kerana Islam itu sendiri Ad-din yang bermaksud cara

hidup (way of life). Oleh itu, segala amalan dan perbuatan orang Muslim perlu berlandaskan

dua sumber asasi Islam iaitu al-Quran dan al-Hadis.

Perkataan integrasi didefinisikan sebagai penggabungan atau penggabungan dua atau

beberapa kaum (unsur, bahagian dan lain-lain) menjadi kesatuan dan penyatuan (Kamus

Dewan, 2005). Ia berbeza dengan konsep Islamisasi ilmu berdasarkan pendekatan yang

digunakan iaitu penggabungan, manakala Islamisasi melibatkan pendekatan penyaringan dan

pencernaan untuk menghasilkan ilmu baru berlandaskan Islam. Konsep integrasi ilmu pula

lebih menekankan sempadan atau kawalan iaitu ilmu-ilmu asing masih boleh dipelajari dan

diamalkan tetapi ianya perlu digabungkan dengan ilmu agama untuk mengelakkan daripada

berlaku penyelewengan, sekularisme dan kemusnahan alam. Konsep integrasi dalam korpus

ilmu pengetahuan masa kini melibatkan integrasi ilmu dan agama merujuk kepada penyatuan

ilmu pengetahuan dan agama Islam yang tidak terpisah antara satu sama lain (Mohd. Solikin,

2008; Muhamad Muda, 2008).

Senario semasa isu-isu HGP & PGM mempunyai kaitan dengan kepercayaan dan

agama khususnya umat Islam yang melibatkan hukum-hakam Islam, maka perlunya suatu

usaha untuk mengintegrasikan bidang sains ini dengan asas Islam bagi melahirkan

masyarakat yang celik sains Islam. Selain itu, konsep integrasi sains dengan asas Islam dilihat

selari dengan konsep ilmu pengetahuan yang dikemukan oleh Ibnu Khaldun dalam kitabnya

yang agung Muqaddimah. Pendekatan pragmatik-agama yang digunakan oleh Ibnu Khaldun

telah menyatupadukan fizik dengan metafizik, ilmu aqli dengan ilmu naqli dan duniawi

dengan ukhrawi dalam usaha menghasilkan insan kamil yang seimbang dunia serta akhirat.

Page 7: PEMBANGUNAN INDEKS PEMATUHAN AKIDAH ISLAM: · PDF file... (Cina & India) di Malaysia ... 2015 anjuran Institut Alam dan Tamadun Melayu, ... (2015) menyatakan sumber ilmu pengetahuan

Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB) Vol. 1: No. 4 (September 2017) page 94-103 | www.icohlcb.com | eISSN: 01268147

100

Oleh itu, integrasi PGM dengan akidah Islam sangat selari dengan falsafah ilmu Ibnu

Khaldun dan digunakan sebagai asas teori dalam kajian ini.

Keperluan Pembangunan IPAI

Indeks Pematuhan Akidah Islam (IPAI) merupakan satu indeks pengukuran dan penilaian

yang dicadangkan dalam kajian ini. Kajian-kajian lepas mendapati bahawa terdapat enam (6)

indeks yang dibangunkan berteraskan MS iaitu Indeks Pembangunan Manusia (Ethics-

arguemented Human Development Index, E-HDI), Projek Indeks Syariah (Index Shari’ah

Project), Indeks Pembangunan Manusia berteraskan Islam (Islamic Human Development

Index, I-HDI), Indeks Islamicity, Indeks Pembangunan Bersepadu (Integrated Development

Index-I-Dex) dan Indeks Pembangunan Ummah. Berdasarkan analisis kajian, terdapat dua (2)

indeks yang selari dan boleh dijadikan rujukan dalam pembangunan IPAI iaitu:

i. Indeks Pembangunan Manusia berteraskan Islam (Islamic Human Development Index,

I-HDI)

ii. Indeks Pembangunan Bersepadu (Integrated Development Index-I-Dex)

I-HDI yang dikemukan oleh Anto (2010) menyenaraikan dimensi dan indikator yang

selari dengan IPAI iaitu dimensi kepercayaan merangkumi indikator positif dan negatif.

Indikator positif dibahagikan kepada dua elemen utama iaitu Ibadah dan Akhlak merangkumi

nisbah pengunjung masjid per 1000 populasi Muslim dalam sehari, nisbah Muslim yang

berpuasa per 1000 populasi Muslim, nisbah zakat sebenar per zakat sasaran, nisbah Muslim

yang telah menunaikan haji per jumlah populasi Muslim dan nisbah tabung kebajikan sebenar

per KDNK, manakala indikator negatif menjurus perbuatan buruk (bad deeds) yang menilai

kadar jenayah, rasuah dan keganasan.

I-Dex yang dikemukan oleh Ruzita et al. (2014) dan Fakhri (2015) pula

menyenaraikan komponen, dimensi dan elemen yang sesuai diaplikasi dalam pembangunan

IPAI melibatkan tiga (3) dimensi iaitu Pembangunan Roh, Akhlak dan Praktikal Islam.

Dimensi Pembangunan Roh melibatkan tiga elemen iaitu Aspek Akidah, Jumlah Masjid dan

Jumlah Sekolah Agama, diikuti dimensi Akhlak melibatkan juga tiga elemen iaitu Tahap

Rasuah, Perkhidmatan Sosial dan Kerja Sukarela, seterusnya dimensi Praktikal Islam yang

menjurus kepada dua elemen utama iaitu Solat Lima Waktu dan Membayar Zakat.

Oleh yang demikian, kedua-dua indeks yang dibincangkan di atas boleh dijadikan

panduan dan rujukan utama dalam pembangunan IPAI di Malaysia seterusnya merealisasikan

IPAI dalam pelbagai bidang supaya ianya selari dengan kehendak syarak Islam.

Kesimpulan

Kajian integrasi PGM dengan akidah Islam dilihat berjaya mendedahkan kepentingan PGM

terhadap masyarakat umum khususnya bangsa Melayu itu sendiri, diikuti

menghubungkaitkan PGM dengan asas agama Islam iaitu akidah Islam seterusnya

mengenalpasti keperluan pembangunan IPAI terhadap PGM dari perspektif ahli akademik

UA di Malaysia. Selain itu, kajian juga dilihat selari dengan polisi utama kerajaan Malaysia

Page 8: PEMBANGUNAN INDEKS PEMATUHAN AKIDAH ISLAM: · PDF file... (Cina & India) di Malaysia ... 2015 anjuran Institut Alam dan Tamadun Melayu, ... (2015) menyatakan sumber ilmu pengetahuan

Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB) Vol. 1: No. 4 (September 2017) page 94-103 | www.icohlcb.com | eISSN: 01268147

101

melalui ISM seterusnya IPAI yang dicadangkan dalam kajian ini dilihat sebagai perintis

untuk diaplikasi dalam kajian-kajian lain pada masa akan datang seterusnya memberi nilai

tambah kepada ilmu pengetahuan semasa.

Penghargaan

Penghargaan kepada semua penyelia kajian Ph.D di UniSZA bertajuk Integrasi Projek

Genom Melayu dengan Akidah Islam dari Perspektif Ahli Akademik Universiti Awam

Terpilih di Malaysia.

Rujukan

Al-Quran & Terjemahan.

Abdul Rahman, A. (2003). Apa Itu Ilmu Sains. Pahang: PTS Publications and Distributor

Sdn. Bhd.

Anto, M. H. (2010). Introducing an Islamic Human Development Index (I-HDI) to Measure

Development in OIC Countries. Islamic Economic Studies, 19(2), 69-95.

Budi, S. S. (2016). Epistemologi Perspektif Islam dan Barat. Tasamuh, 7(2), 1-15.

Buseri, K. (2015). Epistemologi Islam dan Reformasi Wawasan Pendidikan. Jurnal Ilmiah

Peuradeun, 3(1), 77-102.

Chambers, G. K. & Edinur, H. A. (2013). Genetic relationships between Malays and Maori.

In The Changing Values of Malays, Maori and Pacific Islanders (pp. 6-37).

Wellington: Chair of Malay Studies & Victoria University Foundation.

Che Azlina, A. (2004). Islamisasi Sains: Signifikasi Dan Kepentingannya. In Prosiding

Konferensi Akademik Universiti Teknologi MARA Pahang (KONAKA) 2004 (pp.

183-187). Jengka: UPENA Cawangan Pahang.

Deng, L., Hoh, B. P., Lu, D., Saw, W. Y., Ong, R. T. H., Kasturiratne, A., ... & Teo, Y. Y.

(2015). Dissecting the genetic structure and admixture of four geographical Malay

populations. Scientific reports, 5, 14375.

Fakhri, S. (2015). Pembangunan Dalam Islam: Analisis Dalam Kerangka Maqasid Al-

Syariah. Prosiding World Academic and Research Congress 2015 (pp. 324-348).

Jakarta: Universitas YARSI.

Hanafi, M. M. (2015). Integrasi Ilmu dalam Perspektif Al-Qur’an. SUHUF Jurnal

Pengkajian Al-Qur'an dan Budaya, 3(2), 175-191.

Hatin, W. I., Etemad, A., Jin, W., Qin, P., Xu, S., Jin, L., ... & Zilfalil, B. A. (2014). A

genome wide pattern of population structure and admixture in peninsular Malaysia

Malays. The HUGO journal, 8(1), 5.

IMPAK (2017). Pengenalan IMPAK. Retrived from

http://impak.uitm.edu.my/v2/index.php/2015-08-06-06-09-47/pengenalan.

Juhari, W. K. W., Tamrin, N. A. M., Daud, M. H. R. M., Isa, H. W., Nasir, N. M., Maran, S.,

... & Razali, R. (2014). A whole genome analyses of genetic variants in two Kelantan

Malay individuals. The HUGO journal, 8(1), 4.

Kamus Dewan (2015). Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kamus Dewan. (2005). Edisi Keempat. Kuala Lumpur: DBP.

Loo, K. W., & Gan, S. H. (2014). Genetic, historical and linguistic perspectives on the origin

of the Kelantanese Malays. Gene, 545(1), 1-4.

Page 9: PEMBANGUNAN INDEKS PEMATUHAN AKIDAH ISLAM: · PDF file... (Cina & India) di Malaysia ... 2015 anjuran Institut Alam dan Tamadun Melayu, ... (2015) menyatakan sumber ilmu pengetahuan

Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB) Vol. 1: No. 4 (September 2017) page 94-103 | www.icohlcb.com | eISSN: 01268147

102

Mohd. Solikin. (2008). Integrasi ilmu dan agama menurut Isma’il Raji Al-Faruqi dan

Kuntowijoyo. Fakultas Agama Islam. Surakarta: Universiti Muhammadiyah.

Muhamad Muda. (2008). Islamic Studies in Malaysian Universities: A Review of Its Progress

and New Challenges. In Pembangunan Pengajian Tinggi Islam di Malaysia (pp. 1-

26). Bandar Baru Nilai: USIM.

Mujahidin, A. (2013). Epistemologi Islam: Kedudukan Wahyu sebagai Sumber

Ilmu. ULUMUNA, 17(1), 41-64.

Muslih, M. (2017). Sains Islam dalam Diskursus Filsafat Ilmu. KALAM, 8(1), 1-26.

Norhalifah, H. K., Syaza, F. H., Chambers, G. K., & Edinur, H. A. (2016). The genetic

history of Peninsular Malaysia. Gene, 586(1), 129-135.

Nurhayati, W. W., Azzura, A., Jehan, A. M. S., Norashikin, Z., Azimah, O. N., & Zuraina,

M. F. (2014). ACE and TPA25 Alu insertion polymorphisms in Minang Malays

subethnic groups in Peninsular Malaysia. BioTechnology: An Indian Journal, 9(7),

292-297.

PTAR (2017). Respirotari Khazanah Melayu. Retrived from

http://melayu.library.uitm.edu.my/.

Ruzita, M. A., Selamah, A. Y., Mohamed Aslam, H., Mustafa Omar, M. & Gapur, O. (2014).

The Integrated Development Index (I-Dex): A new comprehensive approach to

measuring human development. Islamic Economics: Theory, Policy and Social

Justice, 159-171.

Saari, C. Z., & Majid, M. K. H. A. (2015). Epistemologi Islam Menurut Ibn Khaldun. Jurnal

Usuluddin, 12(12), 73-94.

Salleh, M. Z. (2016). Merungkai genom keseluruhan manusia: apakah kepentingannya?.

Kertas kerja dibentangkan dalam Konvensyen Nasional Penyatuan Bangsa 2016,

Shah Alam. November 2016.

Salleh, M. Z., Teh, L. K., Lee, L. S., Ismet, R. I., Patowary, A., Joshi, K., ... & Adam, A.

(2013). Systematic pharmacogenomics analysis of a Malay whole genome: proof of

concept for personalized medicine. PloS one, 8(8), e71554.

Toni, A. A. (2015). Epistemologi Barat dan Islam. El-Wasathiya: Jurnal Studi Agama, 3(1),

9-24.

Wan Kamal Nadzif, W. J. (2013). Bangsa Melayu dan orang Jawi menurut kitab Turath Arab.

Prosiding Seminar Penyelidikan Pemikiran & Kepimpinan Melayu 2013. Shah Alam:

Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (IMPAK).

Wong, L. P., Ong, R. T. H., Poh, W. T., Liu, X., Chen, P., Li, R., ... & Sim, N. L. (2013).

Deep whole-genome sequencing of 100 southeast Asian Malays. The American

Journal of Human Genetics, 92(1), 52-66.

Zaglul, R. (2010). Buku Induk Mukjizat Ilmiah Hadis Nabi (terjemahan). Jakarta: Penerbit

Zaman.

Zaharah, S. (2015). Asal Usul Melayu Dalam Pelbagai Perspektif Kajian Terkini. Kertas

kerja dibentangkan dalam Seminar Asal Usul Melayu dan Kelangsungan Kerajaan

Melayu Di Asia Tenggara, Bangi. April, 2015.

Zaharah, S. (2016). Asal Usul Melayu Dalam Pelbagai Perspektif Kajian Terkini. Kertas

kerja dibentangkan dalam Seminar Asal Usul Dan Bukti Keintelektualan Melayu

2016, Kuala Lumpur. November, 2016.

Zainal Kifli, A. R. (2005). Mencari Kebenaran: Antara Kepercayaan Tradisional Sains Dan

Agama. In Prosiding Konferensi Akademik Universiti Teknologi MARA Pahang

(KONAKA) 2005 (pp. 79-84). Jengka: UPENA Cawangan Pahang.

Page 10: PEMBANGUNAN INDEKS PEMATUHAN AKIDAH ISLAM: · PDF file... (Cina & India) di Malaysia ... 2015 anjuran Institut Alam dan Tamadun Melayu, ... (2015) menyatakan sumber ilmu pengetahuan

Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB) Vol. 1: No. 4 (September 2017) page 94-103 | www.icohlcb.com | eISSN: 01268147

103

Zainuddin, Z. (2016). DNA: Menjejaki Asal-Usul Bangsa Melayu dan Merungkai Sejarah

Silam Melaluinya. Kertas kerja dibentangkan dalam Konvensyen Nasional Penyatuan

Bangsa 2016, Shah Alam. November 2016.