anjuran - htampin.moh.gov.my

10
ANJURAN UNIT KAWALAN INFEKSI, HOSPITAL TAMPIN BERSAMA UNIT CDC JKNNS 17.OKTOBER. 2012

Upload: others

Post on 16-Oct-2021

6 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: ANJURAN - htampin.moh.gov.my

ANJURAN UNIT KAWALAN INFEKSI, HOSPITAL TAMPIN

BERSAMA UNIT CDC JKNNS 17.OKTOBER. 2012

Page 2: ANJURAN - htampin.moh.gov.my

PENGENALAN Simulasi penyakit berjangkit diadakan untuk memberi pengetahuan dan kesedaran kepada anggota kesihatan bagimana menguruskan sesuatu penyakit berjangkit untuk mengelakkan jangkitan itu merebak secara besar-besaran. OBJEKTIF PROGRAM 1) Memberi kesedaran terhadap mengawal wabak yang dijangkiti melalui penyakit

berjangkit dan menambahkan ilmu pengetahuan di kalangan anggota kesihatan.

2) Meningkatkan kefahaman terhadap konsep mengawal infeksi dengan mengamalkan “Standard Percaution”.

PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN No. Tarikh/Masa Aktiviti 1) 3 Oktober 2012

@10.00 pg

Perbincangan untuk mengadakan Simulasi Penyangkit Berjangkit bersama ketua unit yang terlibat iaitu: Jururawat U32 & U29 dari Unit Kawalan Infeksi Pegawai Perubatan UD 54 & UD44 dari Jabatan A&E Pegawai Sains dari Unit Patologi Penolong Pegawai Perubatan U32 iaitu Penyelia

Hospital Tampin Jururawat U36 Penolong Pegawai Perubatan U32 dari Unit Kenderaan Jururawat U32 dari Unit Promosi Jururawat U32 dari Wad 2 & 4 Penyelia SJSB Pengawal Keselamatan

Page 3: ANJURAN - htampin.moh.gov.my

No. Tarikh/Masa Aktiviti 2)

11 Oktober 2012 @ 3.00 ptg

Perbincangan bersama :- Pengarah Hospital Tampin Ketua Pen. Pengarah Unit CDC, JKN NS Ketua Pen. Pengarah Unit KPAS, JKNNS Semua Ketua Unit dan perserta terlibat .

3)

15 Oktober 2012 @ 10.00 pg

Mengadakan rehearsal Simulasi

4)

17 Oktober 2012 @ 10.00 pg

Simulasi dilangsungkan, diikuti post mortem

PEMERHATI Terdiri dari 4 orang iaitu • Dr Hamizar Iqbal bin Abdul Halim , Unit CDC, JKKNS • Dr. Sivarajah Ramasamy, Unit KPAS, JKKNS • JT Rafidah Makmor, Unit Kawalan Infeksi, HTJS • JT Mastura Abu Hassan Shaari, Unit Kawalan Infeksi, HTJS

Page 4: ANJURAN - htampin.moh.gov.my

Pada hari Simulasi ada juga dilatih anggota hospital sebagai “Controller” dan “Observer” dan tugas mereka ialah seperti berikut: Controller : Membantu peserta jika terlupa Observer : Memerhatikan 1st Triage : Dr Sivarajah (Pemerhati) JT Norela Abu Samah (Controller) JT Saraswathy (Observer) OSCC : Dr .Hamizar Iqbal bin Abdul Halim (Pemerhati) Dr Leow Ann How (Controller) Cik Radznahwati Azha Asura (Observer) Wad 2 : JT Rafidah Makmor (Pemerhati) JT NormahRaji (Controller) JT Noridah Shamsudin (Observer) Wad 4 : JT Mastura Abu Hassan Shaari (Pemerhati) JT NorAziah Ahmad (Controller) Tn Hj Ishak Ujang (Observer) Bilik Gerakan: Dr.SitiFaridahJusoh (WakilPengarah) KJ Nurul Aini Alias (Pemerhati) Pn. Nor Ashikin bt Sadar Mohd (Pembantu Tadbir) Bilik Operator: KJ SalmahYusof (Pemerhati)

Page 5: ANJURAN - htampin.moh.gov.my

SENARIO SIMULASI Pada tanggal 17 Oktober 2012, jam 10.00 pagi satu keluarga iaitu Ayah, anak lelaki dan anak perempuan datang ke 1st Triage di Jabatan Kecemasaan dan Trauma dengan aduan Demam tinggi (39°C )selama 5 hari dengan ILI symptom juga sesak nafas sedikit. Telah mendapat rawatan tetapi tidak pulih Mereka juga pernah melawat Negeri Thailand yang sedang dilanda penyakit H5N1. Mereka juga telah kehilangan seorang ahli keluarga seminggu lepas oleh kerana symptom ILI dan dimaklumkan oleh doktor bahawa kematian anaknya berpunca dari penyakit Selsema Burung. Pesakit (Ayah) ada penyakit HPT dan DM. Anak dua orang ILI symptom dan demam 38ºC Penolong Pegawai Perubatan (PPP) dan Pembantu Perawatan Kesihatan (PPK) teruskan dengan amalan “Standard Percaution” seperti memakai mask kepada pesakit dan pengendalian PPE untuk diri sendiri. Pada pukul 10.05 pagi, PPP memberitahu Penyelia Hospital dan bilik kecemasaan untuk rawatan selanjut dan bantuan untuk merawat 2 kes yang lain. Pesakit di tolak dengan kerusi roda dengan bantuan O2 ke Bilik OSCC melalui laluan Klinik Pakar. Penyelia Hospital memberitahu Dr.Siti Faridah tentang kes, 3 pesakit yang disyaki H5N1. Bilik Gerakan diaktifkan pada pukul 10.10 pagi. Dr.Siti mengarahkan kawalan laluan kepada Pengawal Keselamatan. Pada 10.15 pagi Pegawai Perubatan mengamalkan “Standard Percaution dan “Pengendalian PPE semasa merawat pesakit pertama (ayah). Semasa perbualan pesakit muntah, pengsan dan tidak sedar diri. Pada pukul1 0.20 pagi, PPP memberitahu tentang keadaan kes ke Bilik Gerakan iaitu intubated dan perlu hantar ke HTJS, perlu ambulan,dan pengambilan specimen. Pada

Page 6: ANJURAN - htampin.moh.gov.my

masa yang sama ia juga memberitahu perlu bantuan dari pihak Syarikat Sinar Jernih untuk membersihkan muntah. Pada 10.22 pagi Dr. Siti Faridah buat panggilan untuk ambulan, makmal dan Syarikat Sinar Jernih. Dr. Siti Faridah juga mengingatkan mereka untuk memakai PPE . Doktor Vimal Dass menelefon ke HTJS tentang kes rujukan. Pada masa yang sama PPP di 1st triage menguruskan kes yang lain melalui bilik Gerakan untuk kemasukan ke wad 2 dan wad 4.

Kes pertama dihantar ke HTJS pada 10.25 pagi Kes kedua anak lelaki di masukkan ke wad 4 dengan kerusi roda. Pesakit di terima pada pukul 10.25 pagi dengan pengamalan Standard Percaution. Kes di “clerk” oleh Dr.Chua. Kes dirawat di bilik Isolasi. Anak perempuan dimasukkan ke wad 2 dan Standard Percaution diamalkan.

Pada pukul 10.30 pagi Penyelia Hospital iaitu En.Shafie memastikan semua kes telah selesai di hantar ke HTJS atau di masukkan ke wad. En.Shafie memberitahu Dr.Siti Faridah kes-kes telah selesai pada pukul 10.32 pagi. Pada pukul 10.35 pagi, Dr.Siti Faridah isytihar “Stand Down” Pada pukul 10.40 pagi, Dr,Siti Faridah memaklumkan kepada Pengarah Hospital, Dr.Hatijah dan juga Pejabat Kesihatan Tampin. Di kontimenasi ambulan dijalankan dengan pemerhatian dua jururawat dari Hospital Tunku Jaafar Seremban dari Unit Kawalan Infeksi . POST MORTEM

Page 7: ANJURAN - htampin.moh.gov.my

Post mortem telah berlangsung pada jam 11.00 pagi dan dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah Hospital Tampin Dr.Siti Faridah Jusoh bertempat di Bilik Mesyuarat Banguan Warisan dengan kehadiran seramai 45 orang Ucapan Wakil Pengarah

Dr.Siti Faridah memulakan dengan ucapan salam dan terima kasih kepada semua anggota yang hadir terutama kepada pemerhati Dr.Hamizar Iqbal dari Unit CDC JKNNS dan Dr.Sivarajah dari Unit KPAS JKKNS tidak kertinggalan dua Jururawat dari HTJS Unit Kawalan Infeksi. Dr.Siti Faridah memaklumkan beliau sangat gembira sebab dapat mengadakan Latihan Simulasi selepas dua tahun. Ia juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada Dr.Hamizar Iqbal atas bantuan beliau dari segi kewangan dan tunjukajar untuk mejayakan Latihan Simulasi.

KOMEN PEMERHATI

1. Dr.Sivarajah

Dr,Sivarajah mengucapkan syabas kepada semua anggota warga Hospital Tampin dengan kejayaan mereka dalam latihan simulasi hanya satu perkara mesti ambil kira iaitu jangan “past jarum darah iaitu daripada seorang kepada orang lain. Di bilik OSCC ,Dr.Vimal yang ambil darah dan ia beri kepada pegawai Makmal .Ia akan menyebabkan tersusuk jarum

2. JT Rafidah , Unit KawalanI nfeksi HTJS

Pn.Rafidah memberitahu anggota amalkan “Standard Percautiondan “Don D’ Don PPE OK.

3. Dr. Hamizar Iqbal

Page 8: ANJURAN - htampin.moh.gov.my

Dr.Hamizar Iqbal mengucapkan tahniah dan syabas kepada anggota Hospital Tampin terutama Unit Kawalan Infeksi terhadap kejayaan mereka dalam latihan Simulasi dimana mereka meperolehi markah 95% Sebab-sebab mereka perolehi markah ini ialah:- Amalkan Standard Percaution Pengendalian PPE Menjaya menyelesaikan kes - kes dalam setengah jam. Hanya satu hendak memberitahu kesilapan iaitu tidak memberitahu anak-

anak pesakit , ayah telah hantar ke HTJS dan tentangkan mereka. UCAPAN PENUTUP Dr.Siti Faridah mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah memberikan kerjasama dalam menjayakan Latihan Simulasi. Post mortem berakhir pada pukul 12.30 tghari dengan makan tengah hari. DISEDIAKAN OLEH DISEMAK OLEH JT SARASWATHY a/p V. ALAGARSAMY DR. SITI FARIDAH BINTI JUSOH UNIT KAWALAN INFEKSI PEGAWAI PERUBATAN UD 54 HOSPITAL TAMPIN HOSPITAL TAMPIN

DISAHKAN OLEH DR. HATIJAH BINTI HJ MOHD TAN PENGARAH HOSPITAL TAMPIN

Page 9: ANJURAN - htampin.moh.gov.my

LAPORAN BERGAMBAR

Page 10: ANJURAN - htampin.moh.gov.my