pembabitan komuniti atasi belia berisiko 2 scenario.pdf · article 1 berita harian, rencana selasa,...

4

Click here to load reader

Upload: hatuyen

Post on 13-Feb-2018

218 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pembabitan Komuniti Atasi Belia Berisiko 2 SCENARIO.pdf · ARTICLE 1 Berita Harian, Rencana selasa, 12 julai 2016 @ 6:48 am Pembabitan Komuniti Atasi Belia Berisiko Pembangunan belia

ARTICLE 1 Berita Harian, Rencana selasa, 12 julai 2016 @ 6:48 am

Pembabitan Komuniti Atasi Belia Berisiko

Pembangunan belia kini memainkan peranan penting malah menjadi cerminan kepada

pembangunan negara pada peringkat nasional mahupun antarabangsa. Malah masyarakat Malaysia

semakin prihatin terhadap isu dan cabaran yang timbul dalam kalangan belia. Perhatian kepada

penyelesaian yang harus diambil juga dititikberatkan bagi memastikan negara dapat melahirkan

belia yang positif. Sokongan komuniti adalah satu daripada aset luaran belia yang diperlukan oleh

golongan belia dalam proses pembentukan diri mereka yang akan mencorak sesama belia kepada

komuniti. Belia adalah kelompok terbesar dalam agenda pembangunan negara.

Menerusi Indeks Belia Malaysia (IBM) 2015, ada menyatakan bahawa belia di Malaysia seramai

13.88 juta yang mewakili 45.8 peratus daripada 30.26 juta penduduk Malaysia. Bagi meninjau profil

dan punca kepada pembabitan belia dalam komuniti di sesuatu persekitaran komuniti pesat

membangun maka, Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) menjalankan Kajian

serta Projek Intervensi Bagi Menangani Isu Belia Berisiko Tinggi ke atas belia berisiko dalam

kalangan komuniti di Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA). Projek Intervensi Bagi

Menangani Isu Belia Berisiko Tinggi pada peringkat komuniti B40 (Kumpulan isi rumah

berpendapatan sehingga RM3,855.00), adalah satu projek penyelidikan yang dilaksanakan di

kawasan kejiranan bagi mengumpul profil belia berisiko dan seterusnya melaksanakan program

intervensi yang bersesuaian bagi membimbing belia yang terbabit dalam kes jenayah.

Definisi belia berisiko Istilah belia berisiko merujuk sebagai belia yang mempunyai kumpulan,

tinggal di kawasan setinggan atau flat, mempunyai ibu bapa tunggal, mengalami masalah ekonomi

dan ketinggalan dalam pelajaran. Kajian ini telah turut membantu dalam proses merangka strategi

bagi membolehkan kelompok kejiranan mengatasi masalah belia berisiko tinggi di kawasan Wilayah

Iskandar. Ia juga berjaya merungkai permasalahan golongan belia berisiko yang terbabit dengan isu

jenayah, gengsterisme dan isu sosial. Hasil dapatan data daripada Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor

sehingga Julai 2015, mengenai pembabitan belia dalam jenayah berat sebanyak 66 peratus

membabitkan belia yang berumur 15 hingga 30 tahun. Bagi jenayah harta benda adalah sebanyak

69 peratus belia terbabit dalam jenayah berkenaan.

Dapatan ini membuktikan bahawa isu jenayah sebahagian besar masih membabitkan kelompok

belia. Menerusi kajian projek juga mendapati 18.3 peratus daripada jumlah responden adalah

golongan belia yang keciciran daripada alam persekolahan. Perkara ini juga adalah satu daripada

punca pembabitan belia dalam jenayah. Kelompok belia ini yang dikesan menerusi Focus Group

Discussion (FGD) yang dilaksanakan bersama pihak IYRES menyatakan bahawa antara punca mereka

terbabit dalam jenayah adalah kerana mereka berasa bosan dengan sistem persekolahan yang

wujud pada masa kini. Malah, ada segelintir daripada kelompok belia yang ditemubual dikesan lebih

cenderung untuk melaksanakan sesuatu pekerjaan yang memberi imbuhan kepada mereka. Di

kawasan Wilayah Iskandar, belia yang keciciran lebih cenderung untuk bekerja di Singapura kerana

memberi pendapatan yang lumayan dan ia digelar sebagai 'Sindrom Singapura'. Bagi memastikan

Page 2: Pembabitan Komuniti Atasi Belia Berisiko 2 SCENARIO.pdf · ARTICLE 1 Berita Harian, Rencana selasa, 12 julai 2016 @ 6:48 am Pembabitan Komuniti Atasi Belia Berisiko Pembangunan belia

pembangunan ilmu dalam kalangan belia, maka pihak berkenaan malah masyarakat perlu

mengenalpasti usaha yang harus dipertingkatkan ke arah mengembangkan ilmu pengetahuan.

Perkara itu perlu mengambil kira pelbagai aspek agar mampu menjadi tunggak kepada

pembangunan dan kemantapan generasi belia. Seterusnya, menerusi usaha sama yang dijalankan

bersama IRDA dan agensi kerajaan seperti Jabatan Belia dan Sukan Johor, Polis Diraja Malaysia

(PDRM), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Pelajaran Negeri Johor, Jabatan Perpaduan

dan Integrasi Nasional (JPNIN), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat

(JKM), antara cadangan yang perlu bagi mengatasi isu belia berisiko tinggi adalah kerajaan melalui

Kementerian Pendidikan perlu merangka strategi bagi mengatasi isu belia tercicir daripada alam

pendidikan dengan mewujudkan aliran persekolahan khas yang lebih menjurus kepada bidang

kemahiran.

Selain itu, perlu diwujudkan pelaksanaan program mentor-mentee pada peringkat kejiranan untuk

menangani isu belia berisiko terutama belia di kawasan B40. Sehubungan itu, Jabatan Perpaduan

Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) perlu mengkaji semula penstrukturan Kelab Rukun Tetangga

(KRT) untuk membabitkan belia yang terdiri daripada pelbagai kaum. Persekitaran berisiko Pada

dasarnya, belia berisiko adalah kelompok belia yang sentiasa terdedah kepada sebarang

pembabitan dalam gejala sosial berpunca daripada persekitaran yang berisiko. Ia adalah seperti

belia yang terdedah kepada aktiviti najis dadah, latar belakang masyarakat daripada taraf sosio

ekonomi yang rendah, isu kemiskinan serta kelompok rakan sebaya yang datang dari masalah yang

dibawa dari institusi kekeluargaan masing-masing. Bertitik tolak daripada Indeks Belia Malaysia

2015, IYRES turut mencadangkan untuk menghasilkan Indeks Belia Johor (IBJ). Indeks ini akan dapat

menjadi kayu pengukur kesejahteraan belia Negeri Johor terutama yang berkaitan dengan pelbagai

perkara yang berkait rapat dengan domain yang terbabit dalam IBM. Sebagai contoh Domain

Pembangunan Kendiri, Identiti, Pendidikan, Hubungan Sosial Dalam Kalangan Belia Dengan Ibu

Bapa/Keluarga, Rakan Dan Masyarakat serta yang berkaitan agar selaras dengan pencapaian KPI

Nasional dalam mengukur pencapaian kesejahteraan hidup belia menjelang 2020.

Page 3: Pembabitan Komuniti Atasi Belia Berisiko 2 SCENARIO.pdf · ARTICLE 1 Berita Harian, Rencana selasa, 12 julai 2016 @ 6:48 am Pembabitan Komuniti Atasi Belia Berisiko Pembangunan belia

ARTICLE 2 Utusan Online, 16 April 2015

Kediaman untuk pasangan muda

KUALA LUMPUR 15 April - Rumah Transit 1Malaysia di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Pinggiran Bukit Jalil di sini, yang dikhaskan untuk pasangan muda baru berkahwin mula didiami oleh kumpulan pertama pada awal bulan ini.

Penyelia Bangunan Rumah Transit 1Malaysia, Mohd. Amirul Abdullah berkata, bagi peringkat pertama, hanya satu blok yang dibuka kepada pemohon yang berjaya manakala satu blok lagi dijangka beroperasi pada awal bulan depan.

“Sebanyak 32 pasangan telah memasuki rumah masing-masing manakala beberapa pasangan lain dalam proses membersihkan rumah dan mengambil kunci daripada pihak pengurusan.

“Mereka yang berjaya telah dimaklumkan oleh Jabatan Perumahan Negara melalui penghantaran surat kelulusan permohonan sejak sebulan yang lalu,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini, baru-baru ini.

Cadangan menyediakan rumah transit seluas 650 kaki persegi itu dibangkitkan semasa Perhimpunan Agung UMNO 2013 dalam usaha membantu pasangan muda yang baru berkahwin menduduki rumah lebih selesa dan mengurangkan beban hidup mereka.

Di bawah konsep tersebut, penghuni akan dikenakan sewa sebanyak RM250 sebulan dan hanya dibenarkan tinggal bagi tempoh dua tahun.

Bagi tujuan itu, dua buah blok PPR Pinggiran Bukit Jalil dinaik taraf dengan melibatkan 632 unit yang ditawarkan kepada pasangan yang baru berkahwin.

Bagi mengatasi masalah pengangkutan awam, RapidKL juga menyediakan perkhidmatan bas yang menghubungkan kawasan perumahan itu dengan Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Bukit Jalil laluan Ampang yang beroperasi dengan kekerapan setiap 30 minit.

Sementara itu, salah seorang penghuni rumah berkenaan, Rosli Abdul Aziz, 41, melahirkan rasa terima kasih dan teruja dengan bantuan serta kemudahan yang disediakan kerajaan kepada pasangan muda yang baru memasuki alam rumah tangga.

“Selepas berkahwin, saya dan isteri, Nawwar Syazni Roslan, 27, tinggal bersama ibu bapa kerana belum mampu untuk membeli atau menyewa rumah yang semakin mahal di ibu negara.

“Dengan adanya kemudahan ini, kami boleh mendiami rumah ini buat sementara waktu sekali gus meringankan beban perbelanjaan sebelum mencari rumah lain dalam masa dua tahun,” ujarnya.

Page 4: Pembabitan Komuniti Atasi Belia Berisiko 2 SCENARIO.pdf · ARTICLE 1 Berita Harian, Rencana selasa, 12 julai 2016 @ 6:48 am Pembabitan Komuniti Atasi Belia Berisiko Pembangunan belia

ARTICLE 3 Utusan Melayu, 27 Ogos 2014

Bina bandar belia bantu atasi masalah rumah

KUALA LUMPUR 26 Ogos - Kerajaan dicadang membangunkan projek bandar belia di pinggir Lembah Klang membabitkan pembinaan rumah mampu milik berharga di bawah RM150,000 untuk mengatasi masalah kesukaran memiliki rumah yang dihadapi golongan itu.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, memorandum berhubung cadangan itu akan diserahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk dipertimbang dimasukkan di dalam Bajet 2015 yang akan dibentang kelak.

Beliau yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata, sekiranya diterima, projek perumahan rakyat (PPR) dan projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) boleh dibangunkan secara tertumpu di kawasan berkenaan untuk dimiliki golongan muda yang masih bujang dan sudah berkahwin.

"Ketika ini, PR1MA dan rumah transit kita tahu masih tidak mencukupi manakala pasaran perumahan pula dibanjiri dengan rumah kos tinggi.

"Maka kami mencadangkan kerajaan bekerjasama dengan pemaju swasta menambah lagi tawaran perumahan awam dan rumah mampu milik melalui bandar belia di pinggir bandar terutama sekali sekitar Lembah Klang," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan cadangan Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Mohd. Razlan Mohd. Rafii agar kerajaan mewujudkan makmal kajian melalui Bajet 2015 bagi mendalami isu jurang pendapatan masyarakat yang menyebabkan wujudnya masalah golongan bumiputera khususnya generasi muda hari ini yang masih tidak mampu membeli rumah sendiri.

Mohd. Razlan dilaporkan berkata, makmal ini juga perlu mengkaji tahap permintaan yang tidak seiring dengan penawaran bagi rumah kos rendah serta rumah mampu milik yang masih tidak mencukupi dalam memenuhi keperluan warga ibu kota.

Sementara itu, jelas Khairy, pemilihan lokasi boleh ditentukan di kawasan yang mengambil masa perjalanan antara 45 minit hingga sejam ke pusat bandar untuk memudahkan golongan yang bekerja.

Selain itu katanya, pembangunan kemudahan lain juga perlu disertakan seperti pusat beli-belah dan pusat riadah untuk menarik minat golongan muda membeli rumah dan tinggal di kawasan berkenaan.

"Ramai golongan belia sekarang memilih untuk tinggal di kawasan bandar kerana bagi mereka di situlah tempat yang lengkap dan dapat memenuhi setiap keperluan.

"Justeru, di bandar belia itu ada pusat beli-belah, sukan, kerohanian, hiburan dan banyak lagi untuk tarikan yang jika berjaya saya yakin akan mengatasi masalah perumahan," jelasnya.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Khairy berkata, Pemuda UMNO akan melancarkan kempen Derma Darah Untuk Palestin bagi mendapatkan bekalan darah yang akan dihantar ke negara itu dalam misi bantuan selepas ini.

Menurut beliau, kempen tersebut dibuat kerana permintaan oleh agensi kemanusiaan di Gaza yang mengalami kekurangan bekalan darah untuk merawat penduduknya yang cedera akibat serangan Zionis.