pemansuhan ppsmi

4
Pemansuhan PPSMI Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas. Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dimansuhkan mulai 2012 di sekolah rendah dan sekolah menengah Malaysia . TetapiBahasa Inggeris terus menjadi bahasa pengantar di peringkat universiti , matrikulasi dan tingkatan 6. Pemansuhkan itu diumumkan oleh Menteri Pelajaran Malaysia , Tan SriMuhyiddin Yassin pada 8 Julai 2009 setelah mendapat kecaman parti politik, ibu bapa cendekiawan, gerakan pelajar dan mahasiswa, pakar bahasa dan sasterawan di Malaysia . Selain itu kajian bebas antarabangsa turut membuktikan tahap pencapaian negara merosot dengan teruknya di kalangan 59 negara. Hasil kajian kajian 2007, kajian penting antarabangsa mengenai pencapaian Matematik dan Sains (pelajar Gred 8 atau Tingkatan 2) dilaksanakan membabitkan 59 negara olehTrends in Internationnal Mathematics and Science Study. [1] Hasil kajian 2007 menunjukkan skor purata pencapaian pelajar Malaysia dalam Matematik dan Sains merosot dengan ketara. Skor Matematik 2007 merosot kepada 474 mata berbanding 508 mata pada 2003 dan 519 bagi 1999, iaitu penurunan sebanyak 34 mata. Skor Sains pula merosot kepada 471 mata pada 2007 daripada 510 pada 2003 dan 492 bagi kohort 1999. Ini mencatatkan penurunan 40 mata antara 2007 dan 2003. Di kalangan 59 negara yang mengambil bahagian dalam kajian TIMSS 2007, yang dilaksanakan Sekolah Pendidikan Lynch, Boston College, Chestnut Hill, Massachusetts, Amerika Syarikat itu, ada negara yang skor purata pencapaian pelajarnya meningkat sedikit atau menurun sedikit. Kemerosotan skor purata pencapaian pelajar Malaysia sebanyak 34 mata bagi Matematik dan 40 mata bagi Sains adalah signifikan, mengikut laporan itu dan terbesar sekali di kalangan 59 negara itu. [2] Berdasarkan pelbagai pertimbangan, pemansuhan itu diputuskan oleh kabinet Malaysia. Sebelum itu Tan Sri Muhyiddin Yassin turut mendapatkan pandangan daripada penggerak dasar tersebut, Tun Dr Mahathir Mohamad . Beliau juga menemui pihak UNESCO di Paris untuk mendapatkan pandangan pelbagai pihak. Pemansuhan itu dibantah oleh pengagum bahasa Inggeris, mereka yang bertutur bahasa Inggeris di rumah, bersekolah di bandar dan lain-lain. [3] [4] Antaranya adalah Kelab Penyokong PPSMI yang menggelar kumpulan mereka PAGE (Parents Action Group for English) dan dipengerusi oleh Noor Azimah Abdul Rahim. [5] [6] Peruntukan RM5 juta disediakan untuk memantapkan bahasa Inggeris di sekolah-sekolah. Isi kandungan [sorokkan ] 1Beberapa perubahan dasar 2Faktor pemansuhan 3Pihak mendesak pemansuhan PPSMI 4Pandangan Tun Dr Mahathir 5Persediaan 6Bantahan 7Lihat juga 8Rujukan Beberapa perubahan dasar[sunting | sunting sumber ] Mata pelajaran Sains dan Matematik akan kembali diajar dalam bahasa Malaysia di sekolah kebangsaan manakala bahasa ibunda di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dan Tamil mulai 2012. Pengajaran dan pembelajaran dua mata pelajaran itu dalam Bahasa Malaysia akan diadakan secara bertahap di Tahun Satu dan Tahun Empat di sekolah rendah dan Tingkatan Satu dan Tingkat Empat di sekolah menengah yang bermula 2012.

Upload: egan-ash-arijenan

Post on 11-Jul-2016

217 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Sebab-Sebab PPSMI Dimansuhkan

TRANSCRIPT

Page 1: Pemansuhan PPSMI

Pemansuhan PPSMIDaripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dimansuhkan mulai 2012 di sekolah rendah dan sekolah menengah Malaysia. TetapiBahasa Inggeris terus menjadi bahasa pengantar di peringkat universiti, matrikulasi dan tingkatan 6. Pemansuhkan itu diumumkan oleh Menteri Pelajaran Malaysia, Tan SriMuhyiddin Yassin pada 8 Julai 2009 setelah mendapat kecaman parti politik, ibu bapa cendekiawan, gerakan pelajar dan mahasiswa, pakar bahasa dan sasterawan di Malaysia. Selain itu kajian bebas antarabangsa turut membuktikan tahap pencapaian negara merosot dengan teruknya di kalangan 59 negara.

Hasil kajian kajian 2007, kajian penting antarabangsa mengenai pencapaian Matematik dan Sains (pelajar Gred 8 atau Tingkatan 2) dilaksanakan membabitkan 59 negara olehTrends in Internationnal Mathematics and Science Study.[1]

Hasil kajian 2007 menunjukkan skor purata pencapaian pelajar Malaysia dalam Matematik dan Sains merosot dengan ketara. Skor Matematik 2007 merosot kepada 474 mata berbanding 508 mata pada 2003 dan 519 bagi 1999, iaitu penurunan sebanyak 34 mata. Skor Sains pula merosot kepada 471 mata pada 2007 daripada 510 pada 2003 dan 492 bagi kohort 1999. Ini mencatatkan penurunan 40 mata antara 2007 dan 2003.

Di kalangan 59 negara yang mengambil bahagian dalam kajian TIMSS 2007, yang dilaksanakan Sekolah Pendidikan Lynch, Boston College, Chestnut Hill, Massachusetts, Amerika Syarikat itu, ada negara yang skor purata pencapaian pelajarnya meningkat sedikit atau menurun sedikit. Kemerosotan skor purata pencapaian pelajar Malaysia sebanyak 34 mata bagi Matematik dan 40 mata bagi Sains adalah signifikan, mengikut laporan itu dan terbesar sekali di kalangan 59 negara itu.[2]

Berdasarkan pelbagai pertimbangan, pemansuhan itu diputuskan oleh kabinet Malaysia. Sebelum itu Tan Sri Muhyiddin Yassin turut mendapatkan pandangan daripada penggerak dasar tersebut, Tun Dr Mahathir Mohamad. Beliau juga menemui pihak UNESCO di Paris untuk mendapatkan pandangan pelbagai pihak.

Pemansuhan itu dibantah oleh pengagum bahasa Inggeris, mereka yang bertutur bahasa Inggeris di rumah, bersekolah di bandar dan lain-lain. [3] [4] Antaranya adalah Kelab Penyokong PPSMI yang menggelar kumpulan mereka PAGE (Parents Action Group for English) dan dipengerusi oleh Noor Azimah Abdul Rahim.[5][6] Peruntukan RM5 juta disediakan untuk memantapkan bahasa Inggeris di sekolah-sekolah.

Isi kandungan  [sorokkan] 

1Beberapa perubahan dasar 2Faktor pemansuhan 3Pihak mendesak pemansuhan PPSMI 4Pandangan Tun Dr Mahathir 5Persediaan 6Bantahan 7Lihat juga 8Rujukan

Beberapa perubahan dasar[sunting | sunting sumber]

Mata pelajaran Sains dan Matematik akan kembali diajar dalam bahasa Malaysia di sekolah kebangsaan manakala bahasa ibunda di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dan Tamil mulai 2012.

Page 2: Pemansuhan PPSMI

Pengajaran dan pembelajaran dua mata pelajaran itu dalam Bahasa Malaysia akan diadakan secara bertahap di Tahun Satu dan Tahun Empat di sekolah rendah dan Tingkatan Satu dan Tingkat Empat di sekolah menengah yang bermula 2012.

Strategi memartabatkan bahasa Malaysia (MBM) Strategi memantapkan penguasaan bahasa Inggeris (MBI) di semua peringkat

persekolahan. Tingkatan Enam dan matrikulasi kekal dalam bahasa Inggeris. Sistem dwi-bahasa bagi pelajar yang masih belajar PPSMI sehingga kohort terakhir PPSMI

tamat pada 2014.[7]

Tambahan waktu dalam bahasa Inggeris dan pengenalan kesusasteraan Inggeris.

Faktor pemansuhan[sunting | sunting sumber]

Kajian terhadap 10,000 sekolah di seluruh negara terutama di luar bandar di mana bahasa Inggeris pada mereka sebagai bahasa kedua dan sebagai bahasa asing.

Tahap pendidikan Malaysia menjunam ke ranking ke-20 berbanding 10 sebelum ini bagi bidang Matematik dan ranking ke-21 berbanding 20 dalam Sains.

Kerajaan mengambil kira kepentingan majoriti dan ini tidak bermakna kepentingan minoriti ketepikan.[8]

Hanya 8 % guru yakin untuk mengajar Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris. Sekolah berhadapan masalah kekurangan guru yang fasih bahasa Inggeris untuk mengajar kedua-dua mata pelajaran itu.

Hanya 58 % masa yang diperuntukkan untuk PPSMI telah digunakan oleh guru dalam mata pelajaran sains dan matematik. Selebihnya guru tetap / terpaksa menggunakan bahasa Melayu. Guru masih berbahasa Melayu kerana murid sukar memahami dan tidak lagi berminat. Guru sendiri tidak fasih memberi penerangan dalam bahasa Inggeris. Komputer dan LCD hanya menyusahkan dan sebenarnya tidak memudahkan pengajaran dan pembelajaran (P&P).Guru sains dan matematik cukup bimbang prestasi pelajar akan lebih merudum kerana gagal memahami apa yang diajarkan dalam bahasa Inggeris.

Sejarah menunjukkan ,dengan menggunakan bahasa Malaysia, mereka mampu menjadi doktor dan ahli profesional yang lain. Banyak doktor mendapat pendidikan dalam bahasa Malaysia sehingga ke peringkat universiti terutama bagi pelajar UKM.[9]

Kajian UNESCO (1958) jelas menunjukkan bahawa pendidikan dalam bahasa ibunda adalah lebih berkesan, dan penguasaan bahasa kedua boleh didapati sekiranya sekolah bermula dengan bahasa ibunda sebagai perantaraan pengajaran, berikutnya memperkenalkan bahasa kedua sebagai subjek dipelajari.[10]

Pihak mendesak pemansuhan PPSMI[sunting | sunting sumber]

Dasar PPSMI dianggap satu usaha tergesa-gesa tanpa kajian awal. Ia dicadangkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad pada Mei 2002 dan dipersetujui oleh Mesyuarat Kabinet pada Julai 2002. Sesetengah pihak melihatnya sebagai satu tindakan yang menggugat kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. PPSMI dilihat tidak adil kepada pelajar sekolah luar bandar, mengetepikan martabat bahasa kebangsaan serta melanggar Perlembagaan Persekutuan.

Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat  pernah meminta Kementerian Pelajaran mendengar permintaan daripada golongan guru dan pelajar yang mahukan pengajaran Sains dan Matematik diajar semula dalam bahasa Melayu.

Konvensyen UMNO Johor 2006 membantah PPSMI di sekolah-sekolah kerana dasar tersebut hanya menyebabkan bangsa Melayu kehilangan identiti dan jati diri.

Kongres Permuafakatan Melayu mendesak kerajaan mengembalikan semula PPSMI diajar dalam bahasa Melayu.Ahlinya terdiri daripada pejuang bahasa, budaya dan sasterawan Melayu yang cukup dihormati.

Page 3: Pemansuhan PPSMI

Bapa menteri tidak bersetuju dengan langkah kerajaan meneruskan PPSMI kerana ia mendatangkan kerugian dalam usaha pembinaan negara bangsa. Antaranya ialah Datuk Seri Dr. Rais Yatim.Walaupun kanak-kanak Melayu belajar Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris, tetapi pelajaran yang sama tetap diajar dalam bahasa Mandarin di sekolah Cina.

PPSMI ditentang dalam semua seminar bahasa, sastera dan kebudayaan yang dianjurkan oleh pelbagai pihak termasuk Dewan Bahasa dan Pustaka, Gapena, Persatuan Linguistik Malaysia, Persatuan Penterjemah Malaysia, Persatuan Sejarah Malaysia dan pelbagai pertubuhan bahasa dan sastera di Malaysia.PPSMI ternyata memecah belahkan orang Melayu dan digambarkan melalui tsunami politik 2008. Menteri pelajaran meremehkan pandangan cendekiawan Melayu dan menganggap hal ini sebagai permainan politik dengan menuduh pembangkang sebagai dalang.

Pada 7 Jun 2009 , Muktamar PAS ke-55 di Shah Alam meluluskan usul supaya kerajaan memansuhkan segera PPSMI.Kajian pertama keberkesanan PPSMI ketika Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan kajian kedua PPSMI oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah satu pembaziran.[11]

Pada 10 Jun 2009, Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (Shura) menggesa kerajaan Malaysia memansuhkan pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) kerana ia akan menjejaskan kedaulatan bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan dalam sistem pendidikan negara . Setiausaha Agung Shura Mohd Azmi Abd Hamid menyatakan Memorandum Bantahan terhadap PPSMI kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Engku Ibrahim Engku Ngah diserahkan pada 10 Jun 2009. Seterusnya menarik perhatian Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.[12]

Syarat lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)hanya akan menyekat peluang pelajar di bandar dan luar bandar untuk meneruskan pengajian di peringkat universiti. Pelajar yang tidak lulus Bahasa Inggeris tentu akan jadi mangsa sistem pendidikan.Kemerosotan pencapaian pelajar dalam bahasa Inggeris di peringkat Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak patut dijadikan alasan untuk meneruskan PPSMI..

Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya (UM) dan pemegang Kursi Tun Abdul Ghafar Baba, Profesor Datuk Dr. Zainal Kling berharap pemansuhan PPSMI akan menjadi penentu kepada kejayaan konsep 1Malaysia dengan kembali memartabatkan bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan.PPSMI wajib dimansuhkan dan kembali kepada asal di mana pengajaran di semua peringkat adalah dalam bahasa Melayu.Rakyat kembali yakin terhadap kesungguhan kerajaan memartabatkan bahasa dan membina bangsa melalui penggunaan Bahasa Kebangsaan yang tunggal.

Ketua Satu Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Gapena), Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Ismail Hussein menyatakan bahawa PPSMI jika diteruskan akan menimbulkan masalah kepada golongan cendekiawan.PPSMI hanya memberi keselesaan kepada kelompok bandar manakala pelajar luar bandar akan terus tertekan sehingga mewujudkan ketidakseimbangan bagi bangsa Melayu itu sendiri.Kelompok di bandar yang sebenarnya minoriti akan menjadi majoriti dan menguasai segala-galanya.[13]

Pengarah Institut Kajian Etnik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin menyatakan dasar PPSMI adalah satu kesilapan besar kerajaan kerana membuat keputusan tanpa menimbang pandangan rakyat terlebih dahulu. Kerajaan jangan meminggirkan rakyat dalam membuat keputusan berhubung sesuatu dasar pada masa hadapan. PPSMI mempunyai kaitan dengan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan. Penerusan dasar PPSMI dalam tempoh tiga tahun lagi adalah sesuatu yang merugikan pelajar Melayu terutamanya di kawasan luar bandar.[14] Pilihan raya ke-13 akan diadakan pada 2012 dan mungkin menjejaskan terus peluang Barisan Nasional - UMNO untuk menang.

PPSMI memberi kesan berganda kepada penggunaan dan pembangunan bahasa Melayu. Bahasa Melayu telah direncatkan dan dibuang dalam semua kuliah di

Page 4: Pemansuhan PPSMI

kebanyakan universiti dan kolej di [15] kecuali beberapa kuliah bahasa Melayu dan sastera. Hanya Fakulti Sastera dan Sains Sosial dan Pengajian Melayu yang menggunakan bahasa Melayu. Semua universiti baik IPTA apatah lagi IPTS sudah menghapuskan pengajaran dalam bahasa Melayu. Status bahasa kebangsaan menjadi bahasa pasar sahaja. [16]

Pandangan Tun Dr Mahathir[sunting | sunting sumber]

Ramai beranggapan jemaah menteri tidak berani memansuhkan 'dasar kontrovesi' ini selagi adanya Tun Dr Mahathir Mohamad. Tan Sri Muhyiddin Yassin memberanikan diri menemui beliau perbincangan dan musyawarah telah diadakan. Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO telah dimaklumkan pada bulan Jun 2009.

Persediaan[sunting | sunting sumber]

Masa 2 1/2 tahun (2009-2012) adalah tempoh membuat persediaan termasuk kelengkapan yang cukup, bahan yang digunakan, makmal bahasa yang baik serta guru-guru yang mahir.

Bantahan[sunting | sunting sumber]

Gerakan Memansuhkan PPSMI (GMP) mendesak agar PPSMI dimansuhkan secepat mungkin dan secara menyeluruh termasuk di peringkat universiti. Perkara itu diserahkan kepada Kementerian Pengajian Tinggi.