pekeliling perkhidmatan bil. 5 tahun...

4

Click here to load reader

Upload: tranthuy

Post on 03-Mar-2018

226 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: PEKELILING PERKHIDMATAN BIL. 5 TAHUN 1983registry.usm.my/pentadbiran/m_turun/m_ling/service/PEKELILING... · PEKELILING PERKHIDMATAN BIL. 5 TAHUN ... Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun

________

PEKELILING PERKHIDMATAN BIL. 5 TAHUN 1983 ________

PENUBUHAN JAWATANKUASA KERJA TETAP, LEMBAGA PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN AWAM

1. Tujuan

1.1 Tujuan Pekeliling ini adalah untuk menubuhkan Jawatankuasa Kerja

Tetap, Lembaga Peperiksaan Perkhidmatan Awam dan memberi peruntukan

kuasa kepadanya dengan membuat pindaan-pindaan perlu kepada Pekeliling

Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 1982.

2. Pindaan kepada Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 1982

2.1 Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 1982 dengan ini adalah dipinda seperti berikut :

(a) Perenggan 2.2.1 Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 1982

adalah dipinda dengan memotong subperenggan (iii) dan (iv);

(b) Selepas sahaja perenggan 3 masukkan perenggan 3A baru seperti

berikut :

"3A. Jawatankuasa Kerja Tetap Lembaga Peperiksaan Perkhidmatan

Awam

Page 2: PEKELILING PERKHIDMATAN BIL. 5 TAHUN 1983registry.usm.my/pentadbiran/m_turun/m_ling/service/PEKELILING... · PEKELILING PERKHIDMATAN BIL. 5 TAHUN ... Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun

3A.1 Dengan ini sebuah Jawatankuasa Kerja Tetap adalah ditubuhkan

dengan mengandungi ahli-ahli seperti berikut:

Pengerusi ... Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam

atau Timbalan Ketua Pengarah

Perkhidmatan Awam I

Ahli ... … Peguam Negara atau wakil

Pengarah, Lembaga Peperiksaan

Kementerian Pelajaran

mukasurat 1

Page 3: PEKELILING PERKHIDMATAN BIL. 5 TAHUN 1983registry.usm.my/pentadbiran/m_turun/m_ling/service/PEKELILING... · PEKELILING PERKHIDMATAN BIL. 5 TAHUN ... Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun

3A.2 Tugas-tugas dan bidang kuasa Jawatankuasa Kerja Tetap adalah meliputi

perkara-perkara berikut :

(a) merangka sukatan dan peraturan bagi peperiksaan-peperiksaan perkhidmatan

dan jabatan yang disyaratkan oleh mana-mana skim perkhidmatan untuk

pertimbangan Lembaga Peperiksaan Perkhidmatan Awam;

(b) merangka dasar dan kriteria untuk sesuatu pengecualian peperiksaan

perkhidmatan untuk pertimbangan Lembaga Peperiksaan Perkhidmatan

Awam;

(c) mengkaji kelayakan-kelayakan akademik dari dalam atau luar negeri dengan

tujuan mendapat pengecualian daripada sesuatu peperiksaan perkhidmatan

yang disyaratkan, untuk pertimbangan Lembaga Peperiksaan Perkhidmatan

Awam;

(d) menimbangkan permohonan-permohonan pengecualian daripada menduduki

sesuatu peperiksaan perkhidmatan dan jabatan, sama ada untuk keseluruhan

peperiksaan atau untuk sabjek-sabjek tertentu di dalam sukatan peperiksaan;

(e) menimbangkan rayuan-rayuan berhubungan dengan sesuatu peperiksaan

perkhidmatan".

(c) Perenggan 4 Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 1982 adalah dipinda

dengan memasukkan perkataan-perkataan "serta Jawatankuasa Kerja Tetap

Lembaga Peperiksaan Perkhidmatan Awam" selepas perkataan-perkataan

Page 4: PEKELILING PERKHIDMATAN BIL. 5 TAHUN 1983registry.usm.my/pentadbiran/m_turun/m_ling/service/PEKELILING... · PEKELILING PERKHIDMATAN BIL. 5 TAHUN ... Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun

"Lembaga Peperiksaan Perkhidmatan Awam".

3. Tarikh berkuatkuasa

3.1 PekeIiling Perkhidmatan ini adalah berkuatkuasa mulai daripada 17hb Mei 1983.

TAN SRI OSMAN S. CASSIM,

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam,

Malaysia

JABATAN PERKHIDMATAN AWAM,

MALAYSIA,

KUALA LUMPUR

17hb Mei 1983.

mukasurat 2