pekeliling guru data

4

Click here to load reader

Upload: enmat-lazim

Post on 18-Jun-2015

4.798 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pekeliling Guru Data

KP(BS-DSR)8787/008/2/ ( ) 19 Disember 2007

Semua Pengarah Pelajaran Negeri

Y. Bhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan, SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL 14/2007:

PERLANTIKAN GURU DATA DI SEKOLAH MENENGAH DAN RENDAH

Sukacita dimaklumkan bahawa perlantikan jawatan Guru Data Di Serkolah telah mendapat kelulusan berdasarkan Bekalan B41 yang dikeluarkan oleh Bahagian Sumber Manusia ( B41/2008).

2 Perlantikan Guru Data meliputi semua sekolah menengah dan rendah kerajaan dan bantuan kerajaan. Perlantikan ini adalah secara hakiki dan dalam norma perjawatan, merujuk kepada surat No. Ruj. KP(PP)0050 Jld.55/(19) oleh Bahagian Sumber Manusia.

3. Sehubungan itu, Senarai Tugas Utama Guru Maklumat di Sekolah Ruj. KP(BPPP) 14/14/13 Jld. XVII(10) bertarikh 10 Januari 1998 dengan sendirinya adalah terbatal.

4. Matlamat perlantikan Guru Data adalah bagi melicinkan perancangan dan pengurusan data di peringkat sekolah, PPDK/PPG/PPD dan JPN. Jawatan seorang Guru Data diperuntukkan di semua sekolah rendah dan menengah.

5. Kriteria Perlantikan Guru Data:

5.1 Keutamaan pemilihan kriteria Guru Data hendaklah diberi kepada Guru Data sedia ada di sekolah yang mempunyai kemahiran dan komited terhadap pengurusan data.

5.2 Guru ini hendaklah telah dilantik dalam perkhidmatan oleh SPP. Walau bagaimanapun sekiranya sekolah tidak mempunyai Guru Data atau Guru Data yang sedia ada tidak mampu menjalankan tugas dengan berkesan, guru tersebut boleh diganti mengikut syarat Pemilihan Guru Data.

Page 2: Pekeliling Guru Data

5.3 Jawatan Guru Data yang disandang akan gugur jika Guru Data berpindah ke sekolah yang telah sedia ada Guru Data.

5.4 Sekiranya berlaku kekosongan jawatan Guru Data sekolah, pengisian jawatan tersebut hendaklah disegerakan iaitu dalam tempoh dua bulan. Pihak sekolah hendaklah mencalonkan Guru Data baru dengan segera kepada JPN/PPD ( Isi borang Pencalonan Guru Data ).

6. Syarat Pemilihan Guru Data.

6.1 Kelayakan

6.1.1 Mempunyai kelayakan akademik dalam IT/komputer/berkaitan ICT pada peringkat sijil/diploma/ijazah; atau

6.1.2 Mempunyai sijil berkaitan IT/komputer/berkaitan ICT; atau

6.1.3 Mempunyai sijil kursus berkaitan pengurusan data yang diperakui oleh KPM.

6.2 Kreativiti

6.2.1 Berpengetahuan tentang penjanaan data mentah yang ada dan mampu menghasilkan maklumat mengikut keperluan pengguna;

6.2.2 Berkemahiran dalam melakukan penyelenggaraan aplikasi dari segi teknikal dan operasi; dan

6.2.3 Mempunyai kebolehan minimum menganalisis data dari pelbagai sistem aplikasi berkomputer di sekolah.

6.3 Sahsiah/Disiplin/Sikap

6.3.1 Mempunyai kebolehan berkomunikasi dengan baik;

6.3.2 Bertanggungjawab, dedikasi, akauntabiliti dan boleh dipercayai;

6.3.3 Mempunyai ketahanan emosi dan mental yang tinggi;

6.3.4 Berpengetahuan dan peka terhadap tahap kerahsiaan data mengikut kedudukan pengguna;

6.3.5 Telah mengisi dan menandatangani Akta Rahsia Rasmi 1972.

6.3.6 Tidak pernah dikenakan sebarang tindakan tatatertib.

Page 3: Pekeliling Guru Data

7. Prosedur Perlantikan Guru Data

7.1 Sekolah akan mencalonkan nama guru yang layak kepada JPN dan perlantikan akan dibuat oleh BPPDP dengan kerjasama JPN;

7.2 Guru yang telah dilantik akan menjalani Kursus Pengurusan Data Sekolah anjuran KPM;

7.3 Unit ICT JPN dan Pegawai Pelajaran Daerah akan memantau prestasi Guru Data yang dilantik berdasarkan kualiti kutipan data pada peringkat sekolah dan memaklumkan kepada pihak pengurusan sekolah;

7.4 Unit ICT JPN dan Pegawai Pelajaran Daerah boleh mencadangkan pertukaran Guru Data sekiranya Guru Data sedia ada tidak mencapai tahap prestasi yang dikehendaki.

8. Penyelarasan Waktu Mengajar dan Pengurusan Data Sekolah

8.1 Guru Data adalah tergolong dalam kumpulan Guru Penolong. Walaubagaimanapun, Guru Data dikehendaki mengajar tidak melebihi 12 waktu dalam seminggu.

Sekolah Rendah :

12 waktu x 30 minit = 360 minit (6 jam) seminggu Sekolah Menengah:

12 waktu x 40 minit = 480 minit (8 jam) seminggu 8.2 Guru Data bertanggungjawab membantu pihak pengurusan

sekolah dalam aspek pengurusan data pada peringkat sekolah, PPD, JPN dan KPM. Oleh itu Guru Data dikehendaki memperuntukkan 4 waktu dalam sehari untuk tugas pengurusan data sekolah.

Sekolah Rendah :

4 waktu x 30 minit = 120 minit (2 jam) sehari / 10 jam seminggu

Sekolah Menengah :

4 waktu x 40 minit = 160 minit (2 jam 40 minit) sehari / 13 jam 20 minit seminggu

Page 4: Pekeliling Guru Data

9. Sila maklumkan kandungan Surat Pekeliling Ikhtisas ini kepada pegawai yang bertanggungjawab di Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah/ Gabungan, Pengetua dan Guru Besar di bawah pentadbiran Y.Bhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

DATO’ HAJI ALIMUDDIN BIN HAJI MOHD. DOM Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

s.k. 1. Y.B. Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein Menteri Pelajaran Malaysia

2. Y.B. Dato’ Hon Choon Kim Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia

3. Y.B. Dato’ Noh bin Hj. Omar

Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia

4. Y.B. Datin Paduka Komala Devi Setiausaha Parlimen Kementerian Pelajaran

5. Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran 6. Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran

7. Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

8. Ketua-Ketua Bahagian Kementerian Pelajaran Malaysia

9. Ketua Nazir Sekolah Kementerian Pelajaran

10. Penasihat Undang-Undang Kementerian Pelajaran

11. Pegawai Perhubungan Awam Kementerian Pelajaran