pekeliling am bil.116 2013 elaun bulanan dan kemudahan...

Download Pekeliling Am Bil.116 2013 Elaun Bulanan dan Kemudahan ...pendaftar.uthm.edu.my/v2/en/perkhidmatan/doc_download/980... · jadual Elaun Bulanan Tutor yang baru adalah seperti berikut:

If you can't read please download the document

Upload: dangnhu

Post on 05-Feb-2018

227 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Microsoft Word - Pekeliling Am Bil.116 2013 Elaun Bulanan dan Kemudahan Bagi Tutor DA41.doc

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

UTHM/PP/100-6/5/1 Jilid 3 ( 120 ) 6 November 2013

________________________________

PEKELILING AM BIL. 116 TAHUN 2013

_______________________________

ELAUN BULANAN DAN KEMUDAHAN BAGI TUTOR DA41

Sebagaimana yang telah diketahui, perkhidmatan Tutor wujud di Institut Pengajian

Tinggi Awam (IPTA) sebagai feeder kepada pensyarah di universiti. Penyandang

dibayar Elaun Bulanan bersandarkan kepada kod gaji DA41 Sistem Saraan

Malaysia.

2. Walaubagaimanapun bagi memudahkan urus tadbir Elaun Bulanan ini supaya

boleh dilihat bersekali dalam urus tadbir elaun-elaun lain, maka Jabatan

Perkhidmatan Awam Malaysia telah mengasingkan jadual elaun daripada kelompok

jadual gaji skim-skim perkhidmatan dalam Perkhidmatan Awam selaras dengan

pembatalan jadual gaji dalam Pekeliling Perkhidmatan Bil. 1 Tahun 2012.

3. Oleh yang demikian, struktur elaun bulanan yang berkuat kuasa dipinda agar

bersesuaian dengan pemakaian Elaun Bulanan, terhad kepada P1 sahaja. Oleh itu,

jadual Elaun Bulanan Tutor yang baru adalah seperti berikut:

Kod Gaji

Komputer SSM

Elaun

Bulanan

Peringkat

(P)

Amaun

Minimum

(RM)

Amaun

Maksimum

(RM)

Kadar

Kenaikan

Elaun

(RM)

SSM304DA41000 DA41 P1 2,111.28 4,237.78 225

4. Manakala penetapan elaun permulaan bagi perkhidmatan Tutor adalah

seperti berikut:

Bil. Kelayakan Amaun Elaun

Permulaan (RM)

1. Ijazah Sarjana Muda Kepujian 2,111.28

2. Ijazah Sarjana 2,622.32

5. Dimaklumkan juga bahawa Tutor adalah layak menerima kemudahan dan

elaun berdasarkan draf iklan yang dikeluarkan oleh pihak Jabatan Perkhidmatan

Awam seperti berikut:

Kemudahan:

- Cuti Rehat 25 hari setahun

- Faedah Rawatan Perubatan

- Cuti Belajar Bergaji Penuh

Elaun:

- Imbuhan Tetap (disandarkan atas Gred 41)

- Bayaran Insentif Wilayah (jika berkenaan)

- Elaun Bertugas Rasmi

6. Semua staf yang berkaitan, perlu mengambil maklum dan mematuhi

peraturan seperti yang terdapat dalam Elaun Bulanan dan Kemudahan Bagi Tutor

DA41.

Sekian, terima kasih.

DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA

Yang benar

SULAM BIN HAMID

Pendaftar

Samb: 7100

s.k. - YBhg. Dato Naib Canselor - Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa)

- Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) - Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) - Penolong-Penolong Naib Canselor

- Dekan-Dekan Fakulti - Pengarah-Pengarah Pejabat/Pusat

- Ketua-Ketua Pejabat/Pusat/Unit SH/MR/niw/06.11.2013/Pekeliling Am UTHM