panduan permohonan permit - … permohonan pembaharuan permit b pendahuluan. 2|page panduan...

47
1| Page PANDUAN PERMOHONAN PERMIT SELAMAT DATANG KE SISTEM PERMOHONAN ATAS TALIAN e-PERMIT SPAN!! Dokumen ini akan menerangkan bagaimana untuk melaksanakan proses permohonan permit melalui sistem e-Permit SPAN. Penerangan akan berpandukan fungsi dan operasi bagi setiap antaramuka pengguna dan langkah terperinci akan diterangkan. Melalui pendekatan ini, ianya akan memudahkan lagi proses pemahaman pembaca. Secara kesimpulannya, dokumen ini merangkumi penerangan mengenai topik-topik berikut: 1. Panduan Permohonan Permit Baru 2. Panduan Permohonan Tambah Permit 3. Panduan Permohonan Pembaharuan Permit PENDAHULUAN

Upload: hoangtuyen

Post on 21-Apr-2018

305 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: PANDUAN PERMOHONAN PERMIT - … Permohonan Pembaharuan Permit b PENDAHULUAN. 2|Page PANDUAN PERMOHONAN PERMIT 1. Untuk mula menggunakan sistem e-Permit, sila pastikan url yang anda

1 | P a g e

PANDUAN PERMOHONAN PERMIT

SELAMAT DATANG KE SISTEM PERMOHONAN ATAS TALIAN e-PERMIT SPAN!!

Dokumen ini akan menerangkan bagaimana untuk melaksanakan proses permohonanpermit melalui sistem e-Permit SPAN. Penerangan akan berpandukan fungsi dan operasibagi setiap antaramuka pengguna dan langkah terperinci akan diterangkan. Melaluipendekatan ini, ianya akan memudahkan lagi proses pemahaman pembaca. Secarakesimpulannya, dokumen ini merangkumi penerangan mengenai topik-topik berikut:

1. Panduan Permohonan Permit Baru2. Panduan Permohonan Tambah Permit3. Panduan Permohonan Pembaharuan Permit

b

PENDAHULUAN

Page 2: PANDUAN PERMOHONAN PERMIT - … Permohonan Pembaharuan Permit b PENDAHULUAN. 2|Page PANDUAN PERMOHONAN PERMIT 1. Untuk mula menggunakan sistem e-Permit, sila pastikan url yang anda

2 | P a g e

PANDUAN PERMOHONAN PERMIT

1. Untuk mula menggunakan sistem e-Permit, sila pastikan url yang anda gunakanadalah seperti berikut:

https://epermit.span.gov.my/SPAN_ePermit/PublicLogin.aspx.

PERINGATAN : Laman SPAN e-Permit adalah sesuai untuk resolusi 1044 x 900 dengan

sokongan paparan Interent Explorer versi 7.0.

2. Di skrin Login, sila masukkan maklumat login dan kata laluan. Kemudian klik pada

butang Masuk.

Page 3: PANDUAN PERMOHONAN PERMIT - … Permohonan Pembaharuan Permit b PENDAHULUAN. 2|Page PANDUAN PERMOHONAN PERMIT 1. Untuk mula menggunakan sistem e-Permit, sila pastikan url yang anda

3 | P a g e

PANDUAN PERMOHONAN PERMIT

3. Sistem akan memaparkan skrin utama.

4. Pengguna akan dipaparkan dengan dua pilihan iaitu

a. Mohon Permit Baru

b. Mohon Memperbaharui Permit

5. Bagi pemohon yang ingin memohon permit baru dari kategori B, C, D and E buat

pertama kalinya dengan SPAN, sila klik butang Mula seperti di bawah

6. Sistem akan memaparkan skrin Kategori Permit.

Page 4: PANDUAN PERMOHONAN PERMIT - … Permohonan Pembaharuan Permit b PENDAHULUAN. 2|Page PANDUAN PERMOHONAN PERMIT 1. Untuk mula menggunakan sistem e-Permit, sila pastikan url yang anda

4 | P a g e

PANDUAN PERMOHONAN PERMIT

Page 5: PANDUAN PERMOHONAN PERMIT - … Permohonan Pembaharuan Permit b PENDAHULUAN. 2|Page PANDUAN PERMOHONAN PERMIT 1. Untuk mula menggunakan sistem e-Permit, sila pastikan url yang anda

5 | P a g e

PANDUAN PERMOHONAN PERMIT

7. Skrin ini akan menyenaraikan kategori permit yang ditawarkan oleh Suruhanjaya

Perkhidmatan Air Negara kepada pemohon yang layak. Untuk melihat syarat-syarat

bagi setiap kategori permit, anda hendaklah klik pada pautan Maklumat Lanjut

seperti di bawah.

8. Apabila anda klik pada pautan Maklumat Lanjut, sistem akan memaparkan satu

skrin yang akan menyenaraikan maklumat mengenai kategori permit tersebut untuk

pemohon mengetahui syarat-syarat untuk memohon permit tersebut. Maklumat yang

dipaparkan adalah seperti berikut

a. Senarai Semak (Checklist Items)

b. Maklumat Fi (Fi Proses dan Fi Permit)

Page 6: PANDUAN PERMOHONAN PERMIT - … Permohonan Pembaharuan Permit b PENDAHULUAN. 2|Page PANDUAN PERMOHONAN PERMIT 1. Untuk mula menggunakan sistem e-Permit, sila pastikan url yang anda

6 | P a g e

PANDUAN PERMOHONAN PERMIT

9. Untuk menutup skrin tersebut, klik pada pautan Close pada bahagian atas kanan

skrin. Pengguna juga boleh menekan kekunci Esc untuk menutup skrin tersebut.

10. Jika pemohon dapat memenuhi syarat-syarat yang diperlukan dan ingin membuat

permohonan, sila klik pada butang Seterusnya.

11. Sistem akan memaparkan mesej peringatan yang menyatakan bahawa setiap

penyerahan permohonon perlu disertakan dengan bayaran fi proses terlebih dahulu.

Pemohon boleh membuat bayaran fi proses melalui cara Wang Pos, Kiriman Wang,

Bank Draf, Cek atau Perbankan Internet. Bagi bayaran secara manual seperti Wang

Pos, Kiriman Wang, Bank Draf dan Cek, anda perlu memberi maklumat no rujukan

bayaran yang betul. Kegagalan pemohon untuk memberikan nombor rujukan yang

betul boleh menyebabkan permohonan dibatalkan secara automatik.

12. Untuk menutup skrin peringatan ini, sila klik pada pautan Close pada bahagian atas

kanan skrin atau dengan menekan kekunci Esc.

Page 7: PANDUAN PERMOHONAN PERMIT - … Permohonan Pembaharuan Permit b PENDAHULUAN. 2|Page PANDUAN PERMOHONAN PERMIT 1. Untuk mula menggunakan sistem e-Permit, sila pastikan url yang anda

7 | P a g e

PANDUAN PERMOHONAN PERMIT

13. Seterusnya, sistem akan memaparkan skrin Borang Permohonan Permit Baru

Secara Online. Skrin ini memerlukan anda untuk memasukkan maklumat asas

mengenai syarikat atau individu yang ingin memohon.

14. Langkah pertama yang perlu dibuat oleh anda adalah memilih jenis pemohon. Ini

kerana maklumat yang diperlukan adalah berbeza jika pemohon adalah individu atau

pun syarikat. Jika pemohon adalah Syarikat, skrin adalah seperti di atas.

Walaubagaimanapun, jika pemohon adalah Individu, skrin yang akan dipaparkan

adalah seperti berikut:

Page 8: PANDUAN PERMOHONAN PERMIT - … Permohonan Pembaharuan Permit b PENDAHULUAN. 2|Page PANDUAN PERMOHONAN PERMIT 1. Untuk mula menggunakan sistem e-Permit, sila pastikan url yang anda

8 | P a g e

PANDUAN PERMOHONAN PERMIT

15. Sila isikan maklumat yang tertera pada skrin tersebut.

a. Medan yang bertanda * adalah medan yang wajib diisi. Sistem tidak akan

membenarkan anda untuk mendaftar jika terdapat medan-medan wajib yang

tidak diisi.

b. Medan yang bertanda ** menandakan anda hanya perlu memasukkan

maklumat pada salah satu daripada medan yang bertanda **.

16. Jika kesemua medan wajib telah diisi, sila klik pada butang Seterusnya.

17. Sistem akan memaparkan skrin Permit Dipohon untuk membolehkan anda memilih

permit-permit yang ingin dipohon. Untuk memilih permit, klik pada butang Tambah

Permit. Anda akan dipaparkan dengan panel di bawah :

18. Sila pilih permit beserta negeri yang ingin dipohon untuk melaksanakan kerja.

a. Butang Batal berfungsi untuk menutup panel tersebut tanpa menyimpan

maklumat ke dalam pangkalan data.

b. Butang Simpan bertujuan untuk mengesahkan pilihan anda dan menyimpan

maklumat permit tersebut di dalam pangkalan data. Jika maklumat berjaya

disimpan, sistem akan menutup panel tersebut dan memaparkan maklumat

permit tersebut seperti di bawah :

Page 9: PANDUAN PERMOHONAN PERMIT - … Permohonan Pembaharuan Permit b PENDAHULUAN. 2|Page PANDUAN PERMOHONAN PERMIT 1. Untuk mula menggunakan sistem e-Permit, sila pastikan url yang anda

9 | P a g e

PANDUAN PERMOHONAN PERMIT

19. Jika ingin memohon untuk lebih dari satu permit, sila klik pada butang Tambah

Permit untuk menambah permit lain dan ulangi Langkah 18.

20. Untuk menghapuskan permit yang telah dipilih, sila klik pada kotak pilihan di sebelah

permit yang ingin dihapuskan. Kemudian, klik pada butang Hapus. Sistem akan

memaparkan mesej berikut jika hapus berjaya dilaksanakan.

21. Jika anda telah selesai memilih permit yang ingin dipohon, sila klik pada butang

Seterusnya untuk ke skrin lain.

Page 10: PANDUAN PERMOHONAN PERMIT - … Permohonan Pembaharuan Permit b PENDAHULUAN. 2|Page PANDUAN PERMOHONAN PERMIT 1. Untuk mula menggunakan sistem e-Permit, sila pastikan url yang anda

10 | P a g e

PANDUAN PERMOHONAN PERMIT

22. Skrin yang akan dipaparkan adalah skrin Maklumat Pemohon.

23. Sila isikan maklumat yang tertera pada skrin tersebut.

a. Medan yang bertanda * adalah medan yang wajib diisi. Sistem tidak akan

membenarkan anda untuk mendaftar jika terdapat medan-medan wajib yang

tidak diisi.

b. Medan yang bertanda ** menandakan anda hanya perlu memasukkan

maklumat pada salah satu daripada medan yang bertanda **.

c. Untuk memuatnaik dokumen, sila lakukan langkah berikut

i. Klik pada Browse untuk memilih fail yang ingin dimuatnaik.

ii. Klik pada Simpan untuk mengesahkan muatnaik. Jika muatnaik

Berjaya, nama dokumen tersebut akan dipaparkan pada senarai.

d. Untuk menutup panel kemasukkan data klik pada butang Batal.

Page 11: PANDUAN PERMOHONAN PERMIT - … Permohonan Pembaharuan Permit b PENDAHULUAN. 2|Page PANDUAN PERMOHONAN PERMIT 1. Untuk mula menggunakan sistem e-Permit, sila pastikan url yang anda

11 | P a g e

PANDUAN PERMOHONAN PERMIT

27. Klik pada butang Seterusnya untuk ke skrin Bayaran Permohonan Permit.

28. Skrin Bayaran Permohonan Permit menyenaraikan fi proses dan fi permit bagi

setiap jenis permit yang telah dipilih. Pada skrin ini, anda dikehendaki untuk

membayar fi proses terlebih dahulu untuk membolehkan permohonan anda diproses

oleh pihak SPAN. Fi permit hanya perlu dibayar jika permohonan anda telah diproses

dan diluluskan.

29. Terdapat beberapa cara yang dibenarkan untuk membuat bayaran iaitu:

a. Wang Pos

b. Kiriman Wang

c. Bank Draf

d. Cek

e. Perbankan Internet melalui M2U

f. Perbankan Internet melalui JomPAY

31. Jika ingin membuat bayaran fi proses melalui Wang Pos, Kiriman Wang, Bank Draf

atau Cek, sila pilih pada cara bayaran yang berkenaan. Sila ikuti langkah di bawah

untuk memasukkan maklumat bayaran.

32. Sila klik pada pautan Buat Bayaran pada setiap jenis permit yang dipohon. Satu

panel untuk memasukkan maklumat bayaran akan dipaparkan seperti di bawah.

Page 12: PANDUAN PERMOHONAN PERMIT - … Permohonan Pembaharuan Permit b PENDAHULUAN. 2|Page PANDUAN PERMOHONAN PERMIT 1. Untuk mula menggunakan sistem e-Permit, sila pastikan url yang anda

12 | P a g e

PANDUAN PERMOHONAN PERMIT

33. Sila masukkan no rujukan bayaran dan juga amoun bayaran. Kemudian klik pada

mana-mana butang berikut:

a. Butang Simpan untuk menyimpan maklumat bayaran di pangkalan data e-

Permit.

b. Butang Batal akan menutup panel bayaran.

c. Butang Reset untuk memadamkan kemasukkan data.

34. Sila ulangi langkah 32-33 untuk setiap permit jika anda memohon untuk lebih

daripada satu permit.

35. Anda perlu memastikan yang jumlah bayaran yang anda masukkan hendaklah sama

dengan jumlah fi proses yang dinyatakan oleh sistem. Sistem tidak akan

membenarkan anda untuk ke skrin yang berikutnya jika jumlahnya tidak sama.

Page 13: PANDUAN PERMOHONAN PERMIT - … Permohonan Pembaharuan Permit b PENDAHULUAN. 2|Page PANDUAN PERMOHONAN PERMIT 1. Untuk mula menggunakan sistem e-Permit, sila pastikan url yang anda

13 | P a g e

PANDUAN PERMOHONAN PERMIT

36. Jika ingin membuat bayaran fi proses melalui Perbankan Internet, anda perlu

mempunyai akaun Perbankan Internet. Jika anda mempunyai akaun Perbankan

Internet, sila pilih pada cara bayaran Perbankan Internet (M2U). Sila ikuti

langkah di bawah untuk membuat bayaran.

37. Sila klik pada pautan Bayar Yuran Proses Sahaja seperti di bawah.

38. Sistem akan memaparkan skrin Pengesahan Bayaran. Jumlah yuran proses yang

perlu dibayar bagi kesemua jenis permit yang dipohon akan dipaparkan dan system

akan menjana satu nombor rujukan untuk transaksi anda. Sila klik pada butang

Buat Bayaran untuk meneruskan transaksi.

Page 14: PANDUAN PERMOHONAN PERMIT - … Permohonan Pembaharuan Permit b PENDAHULUAN. 2|Page PANDUAN PERMOHONAN PERMIT 1. Untuk mula menggunakan sistem e-Permit, sila pastikan url yang anda

14 | P a g e

PANDUAN PERMOHONAN PERMIT

39. Seterusnya, klik pada butang Buat Bayaran untuk ke skrin Maybank2U .

40. Pop up Maybank2U pop up akan dipaparkan. Pada skrin Maybank2U Welcomesila login menggunakan kod pengguna dan kata laluan anda untuk sistemMaybank2U.

41. Skrin Online Ticketing akan dipaparkan. Sila sahkan maklumat bayaran yang

tertera pada skrin dan klik Continue. Pada skrin yang seterusnya, klik pada pautan

Request TAC Number untuk mendapatkan TAC Number dari Maybank.

Page 15: PANDUAN PERMOHONAN PERMIT - … Permohonan Pembaharuan Permit b PENDAHULUAN. 2|Page PANDUAN PERMOHONAN PERMIT 1. Untuk mula menggunakan sistem e-Permit, sila pastikan url yang anda

15 | P a g e

PANDUAN PERMOHONAN PERMIT

42. Apabila anda telah menerima TAC Number dari Maybank, masukkan TAC numberdan klik Confirm.

43. Pihak Maybank akan menghantar maklumat transaksi bayaran ke Sistem ePermit kepaparan Pengesahan Bayaran.

44. Klik pada butang Tutup untuk meneruskan proses.

45. Jika transaksi bayaran anda Berjaya, sistem akan memaparkan butang Seterusnya.

Jika transaksi bayaran anda Tidak Berjaya, sistem akan memaparkan butang

Bayaran dan Keluar. Klik pada butang Bayaran jika ingin membuat transaksi

bayaran sekali lagi. Jika ingin membatalkan permohonan, klik pada butang Keluar.

Page 16: PANDUAN PERMOHONAN PERMIT - … Permohonan Pembaharuan Permit b PENDAHULUAN. 2|Page PANDUAN PERMOHONAN PERMIT 1. Untuk mula menggunakan sistem e-Permit, sila pastikan url yang anda

16 | P a g e

PANDUAN PERMOHONAN PERMIT

46. Jika ingin membuat bayaran fi proses melalui Perbankan Internet, anda perlu

mempunyai akaun Perbankan Internet. Jika anda mempunyai akaun Perbankan

Internet, sila pilih pada cara bayaran Perbankan Internet (JomPAY). Sila ikuti

langkah di bawah untuk membuat bayaran

47. Pautan Bayar Fi Proses Sahaja akan dipaparkan di sisi pilihan bayaran. Klik padapautan tersebutk untuk meneruskan pembayaran.

Page 17: PANDUAN PERMOHONAN PERMIT - … Permohonan Pembaharuan Permit b PENDAHULUAN. 2|Page PANDUAN PERMOHONAN PERMIT 1. Untuk mula menggunakan sistem e-Permit, sila pastikan url yang anda

17 | P a g e

PANDUAN PERMOHONAN PERMIT

48. Skrin Pengesahan Bayaran akan memaparkan maklumat bayaran. Sila semak dan

pastikan maklumat bayaran adalah betul. Jika anda ingin memilih cara bayaran yang

lain, sila klik pada butang Ubah Cara Bayaran.

49. Sistem akan memaparkan jumlah fi yang perlu dibayar, nombor rujukan dank od

Biller (rujuk pada bahagian yang berwarna merah)

50. Maklumat ini adalah penting dan perlu diberikan sewaktu membuat bayaran di

sistem perbankan internet institusi kewangan yang dipilih. Untuk tujuan dokumen

ini, kami akan menggunakan Maybank sebagai contoh institusi kewangan. Untuk

memeruskan dengan bayaran melalui JomPAY, sila login ke perbankan internet

institusi kewangan yang dipilih.

Page 18: PANDUAN PERMOHONAN PERMIT - … Permohonan Pembaharuan Permit b PENDAHULUAN. 2|Page PANDUAN PERMOHONAN PERMIT 1. Untuk mula menggunakan sistem e-Permit, sila pastikan url yang anda

18 | P a g e

PANDUAN PERMOHONAN PERMIT

51. Setelah log masuk, cari menu JomPAY. Klik pada pautan JomPAY tersebut..

Page 19: PANDUAN PERMOHONAN PERMIT - … Permohonan Pembaharuan Permit b PENDAHULUAN. 2|Page PANDUAN PERMOHONAN PERMIT 1. Untuk mula menggunakan sistem e-Permit, sila pastikan url yang anda

19 | P a g e

PANDUAN PERMOHONAN PERMIT

52. Anda akan dibawa ke paparan JomPAY. Klik pada pautan make a one-off

payment .

53. Pada skrin ynag seterusnya, masukkan maklumat daripada Langkah 49 dan klik pada

Continue untuk ke proses seterusnya.

Page 20: PANDUAN PERMOHONAN PERMIT - … Permohonan Pembaharuan Permit b PENDAHULUAN. 2|Page PANDUAN PERMOHONAN PERMIT 1. Untuk mula menggunakan sistem e-Permit, sila pastikan url yang anda

20 | P a g e

PANDUAN PERMOHONAN PERMIT

54. Pada skrin yang seterusnya, klik pada pautan Request TAC Number untukmendapatkan TAC Number dari bank tersebut. Apabila anda telah menerima TACNumber dari Maybank, masukkan TAC number dan klik Confirm.

Page 21: PANDUAN PERMOHONAN PERMIT - … Permohonan Pembaharuan Permit b PENDAHULUAN. 2|Page PANDUAN PERMOHONAN PERMIT 1. Untuk mula menggunakan sistem e-Permit, sila pastikan url yang anda

21 | P a g e

PANDUAN PERMOHONAN PERMIT

55. Jika transaksi bayaran anda Berjaya, sistem akan memaparkan skrin seterusnya.

Salin nombor rujukan dan nombor rujukan JomPAY (seperti kawasan merah di

bawah) ke dalam system ePermit di kawasan kuning di bawah.

Page 22: PANDUAN PERMOHONAN PERMIT - … Permohonan Pembaharuan Permit b PENDAHULUAN. 2|Page PANDUAN PERMOHONAN PERMIT 1. Untuk mula menggunakan sistem e-Permit, sila pastikan url yang anda

22 | P a g e

PANDUAN PERMOHONAN PERMIT

56. Klik butang Simpan untuk melengkapkan proses bayaran.

57. Sila klik pada butang Seterusnya untuk ke skrin Maklumat Permohonan.

58. Pada skrin Maklumat Permohonan ini, sistem akan memaparkan ringkasan

permohonan dan anda boleh menyemak semula maklumat yang telah anda berikan

pada skrin-skrin terdahulu. Jika terdapat maklumat yang perlu diperbetulkan, sila klik

pada butang Kemaskini. Sistem akan memaparkan skrin Maklumat Pemohon

dan anda boleh mengemaskini maklumat anda.

59. Selain untuk mengemaskini, skrin ini juga mempunyai fungsi untuk mencetak

ringkasan permohonan anda. Untuk membolehkan pihak SPAN untuk memproses

permohonan anda, anda perlu menghantar salinan dokumen-dokumen dan juga

salinan ringkasan permohonan anda untuk tujuan pengesahan. Untuk mencetak

ringkasan permohonan anda, klik pada butang Cetak. Sistem akan memaparkan

skrin yang mengandungi ringkasan permohonan anda. Sila klik pada butang Cetak

dan sistem akan mencetak ringkasan tersebut. Ringkasan permohonan hendaklah

dihantar bersama-sama dengan dokumen-dokumen yang berkaitan ke SPAN.

Page 23: PANDUAN PERMOHONAN PERMIT - … Permohonan Pembaharuan Permit b PENDAHULUAN. 2|Page PANDUAN PERMOHONAN PERMIT 1. Untuk mula menggunakan sistem e-Permit, sila pastikan url yang anda

23 | P a g e

PANDUAN PERMOHONAN PERMIT

47. Jika kesemua maklumat adalah betul dan benar dan anda ingin untuk menghantar

permohonan tersebut, sila klik pada kotak pilihan di sebelah penyataan deklarasi dan

klik pada butang Hantar.

60. Apabila permohonan anda telah berjaya dihantar, sistem akan memaparkan skrin

berikut. Ini bermaksud, permohonan anda telah berjaya di hantar dan akan diproses

apabila kesemua dokumen-dokumen yang diperlukan diterima oleh SPAN.

61. Untuk kembali ke skrin utama anda, sila klik pada pautan Klik di sini untuk ke

laman utama dan sistem akan memaparkan skrin utama anda.

Page 24: PANDUAN PERMOHONAN PERMIT - … Permohonan Pembaharuan Permit b PENDAHULUAN. 2|Page PANDUAN PERMOHONAN PERMIT 1. Untuk mula menggunakan sistem e-Permit, sila pastikan url yang anda

24 | P a g e

PANDUAN PERMOHONAN PERMIT

62. Di laman utama, anda akan dapat melihat senarai permohonan yang telah anda

pohon melalui sistem e-Permit.

63. Jika anda baru menghantar permohonan, status permohonan adalah DIHANTAR.

Setelah dokumen lengkap dan telah diproses oleh SPAN, status permohonan akan

dikemaskini oleh sistem. Berikut adalah senarai status permohonan yang akan

dipaparkan oleh sistem:

a. Dihantar

b. Diluluskan

c. Ditolak

64. Jika status permohonan anda adalah Diluluskan, anda dikehendaki untuk membuat

bayaran fi permit bagi membolehkan sijil permit dikeluarkan.

Page 25: PANDUAN PERMOHONAN PERMIT - … Permohonan Pembaharuan Permit b PENDAHULUAN. 2|Page PANDUAN PERMOHONAN PERMIT 1. Untuk mula menggunakan sistem e-Permit, sila pastikan url yang anda

25 | P a g e

PANDUAN PERMOHONAN PERMIT

65. Untuk membuat bayaran fi permit, sila klik pada kotak pilihan pada bahagian kanan

permit dan klik pada butang Bayaran. Sistem akan memaparkan skrin Bayaran

Permohonan Permit.

66. Ikuti langkah 31-56 untuk melengkapkan proses pembayaran fi permit.

Page 26: PANDUAN PERMOHONAN PERMIT - … Permohonan Pembaharuan Permit b PENDAHULUAN. 2|Page PANDUAN PERMOHONAN PERMIT 1. Untuk mula menggunakan sistem e-Permit, sila pastikan url yang anda

26 | P a g e

PANDUAN PERMOHONAN PERMIT

1. Untuk mula menggunakan sistem e-Permit, sila pastikan url yang anda gunakanadalah seperti berikut:

https://epermit.span.gov.my/SPAN_ePermit/PublicLogin.aspx.

2. Di skrin Login, sila masukkan maklumat login dan kata laluan. Kemudian klik pada

butang Masuk.

Page 27: PANDUAN PERMOHONAN PERMIT - … Permohonan Pembaharuan Permit b PENDAHULUAN. 2|Page PANDUAN PERMOHONAN PERMIT 1. Untuk mula menggunakan sistem e-Permit, sila pastikan url yang anda

27 | P a g e

PANDUAN PERMOHONAN PERMIT

3. Sistem akan memaparkan skrin utama.

4. Pengguna akan dipaparkan dengan dua pilihan iaitu

a. Mohon Permit Baru

b. Tambah Permit

c. Memperbaharui Permit

5. Bagi pemohon yang ingin memohon untuk memperbaharui permit sedia ada dari

kategori B, C, D and E, sila klik butang Tambah Permit seperti di bawah.

6. Sistem akan memaparkan skrin Kategori Permit.

Page 28: PANDUAN PERMOHONAN PERMIT - … Permohonan Pembaharuan Permit b PENDAHULUAN. 2|Page PANDUAN PERMOHONAN PERMIT 1. Untuk mula menggunakan sistem e-Permit, sila pastikan url yang anda

28 | P a g e

PANDUAN PERMOHONAN PERMIT

7. Skrin ini akan menyenaraikan kategori permit yang ditawarkan oleh Suruhanjaya

Perkhidmatan Air Negara kepada pemohon yang layak. Untuk melihat syarat-syarat

bagi setiap kategori permit, anda hendaklah klik pada pautan Maklumat Lanjut

seperti di bawah.

8. Apabila anda klik pada pautan Maklumat Lanjut, sistem akan memaparkan satu

skrin yang akan menyenaraikan maklumat mengenai kategori permit tersebut untuk

Page 29: PANDUAN PERMOHONAN PERMIT - … Permohonan Pembaharuan Permit b PENDAHULUAN. 2|Page PANDUAN PERMOHONAN PERMIT 1. Untuk mula menggunakan sistem e-Permit, sila pastikan url yang anda

29 | P a g e

PANDUAN PERMOHONAN PERMIT

pemohon mengetahui syarat-syarat untuk memohon permit tersebut. Maklumat yang

dipaparkan adalah seperti berikut

a. Senarai Semak (Checklist Items)

b. Maklumat Fi (Fi Proses dan Fi Permit)

Page 30: PANDUAN PERMOHONAN PERMIT - … Permohonan Pembaharuan Permit b PENDAHULUAN. 2|Page PANDUAN PERMOHONAN PERMIT 1. Untuk mula menggunakan sistem e-Permit, sila pastikan url yang anda

30 | P a g e

PANDUAN PERMOHONAN PERMIT

9. Untuk menutup skrin tersebut, klik pada pautan Close pada bahagian atas kanan

skrin. Pengguna juga boleh menekan kekunci Esc untuk menutup skrin tersebut.

10. Jika pemohon dapat memenuhi syarat-syarat yang diperlukan dan ingin membuat

permohonan, sila klik pada butang Seterusnya.

11. Sistem akan memaparkan mesej peringatan yang menyatakan bahawa setiap

penyerahan permohonon perlu disertakan dengan bayaran fi proses terlebih dahulu.

Pemohon boleh membuat bayaran fi proses melalui cara Wang Pos, Kiriman Wang,

Bank Draf, Cek atau Perbankan Internet. Bagi bayaran secara manual seperti Wang

Pos, Kiriman Wang, Bank Draf dan Cek, anda perlu memberi maklumat no rujukan

bayaran yang betul. Kegagalan pemohon untuk memberikan nombor rujukan yang

betul boleh menyebabkan permohonan dibatalkan secara automatik.

12. Untuk menutup skrin peringatan ini, sila klik pada pautan Close pada bahagian atas

kanan skrin atau dengan menekan kekunci Esc.

Page 31: PANDUAN PERMOHONAN PERMIT - … Permohonan Pembaharuan Permit b PENDAHULUAN. 2|Page PANDUAN PERMOHONAN PERMIT 1. Untuk mula menggunakan sistem e-Permit, sila pastikan url yang anda

31 | P a g e

PANDUAN PERMOHONAN PERMIT

13. Seterusnya, sistem akan memaparkan skrin Maklumat Tambah Permit.

14. Pada skrin ini, sistem akan menyenaraikan nama syarikat mengikut permohonan yang

pernah dibuat menggunakan id pengguna yang digunakan. Langkah pertama yang

perlu dibuat oleh anda adalah memilih nama syarikat daripada senarai syarikat yang

dipaparkan. Sistem akan memaparkan maklumat nama syarikat, pendaftaran syarikat

, jenis syarikat dan tarikh ditubuhkan bagi syarikat yang dipilih seperti yang terdapat

di dalam pangkalan data ePermit.

15. Klik pada butang Seterusnya untuk meneruskan permohonan.

Page 32: PANDUAN PERMOHONAN PERMIT - … Permohonan Pembaharuan Permit b PENDAHULUAN. 2|Page PANDUAN PERMOHONAN PERMIT 1. Untuk mula menggunakan sistem e-Permit, sila pastikan url yang anda

32 | P a g e

PANDUAN PERMOHONAN PERMIT

16. Sila pilih jenis permit yang diingini. Kemudian, klik Simpan untuk menyimpan permit

tersebut. Klik Tambah Permit untuk memohon lebih dari satu permit.

17. Untuk meneruskan ke skrin yang berikut , klik pada butang Seterusnya untuk ke

skrin lain.

18. Skrin yang akan dipaparkan adalah skrin Maklumat Pemohon.

19. Sila kemaskini maklumat yang tertera pada skrin tersebut.

a. Medan yang bertanda * adalah medan yang wajib diisi. Sistem tidak akan

membenarkan anda untuk mendaftar jika terdapat medan-medan wajib yang

tidak diisi.

Page 33: PANDUAN PERMOHONAN PERMIT - … Permohonan Pembaharuan Permit b PENDAHULUAN. 2|Page PANDUAN PERMOHONAN PERMIT 1. Untuk mula menggunakan sistem e-Permit, sila pastikan url yang anda

33 | P a g e

PANDUAN PERMOHONAN PERMIT

b. Medan yang bertanda ** menandakan anda hanya perlu memasukkan

maklumat pada salah satu daripada medan yang bertanda **.

20. Jika kesemua medan wajib telah diisi, sila klik pada butang Seterusnya.

22. Skrin Bayaran Permohonan Permit menyenaraikan fi proses dan fi permit bagi

setiap jenis permit yang telah dipilih. Pada skrin ini, anda dikehendaki untuk

membayar fi proses terlebih dahulu untuk membolehkan permohonan anda diproses

oleh pihak SPAN. Fi permit hanya perlu dibayar jika permohonan anda telah diproses

dan diluluskan.

23. Sila ikuti langkah 31-56 seperti yang diterangkan untuk permohonan permit baru

untuk melengkapkan proses pembayaran fi proses.

Page 34: PANDUAN PERMOHONAN PERMIT - … Permohonan Pembaharuan Permit b PENDAHULUAN. 2|Page PANDUAN PERMOHONAN PERMIT 1. Untuk mula menggunakan sistem e-Permit, sila pastikan url yang anda

34 | P a g e

PANDUAN PERMOHONAN PERMIT

24. Setelah proses pembayaran fi proses Berjaya, sila klik pada butang Seterusnya

untuk ke skrin Maklumat Permohonan.

25. Pada skrin Maklumat Permohonan ini, sistem akan memaparkan ringkasan

permohonan dan anda boleh menyemak semula maklumat yang telah anda berikan

pada skrin-skrin terdahulu. Jika terdapat maklumat yang perlu diperbetulkan, sila klik

pada butang Kemaskini. Sistem akan memaparkan skrin Maklumat Pemohon

dan anda boleh mengemaskini maklumat anda.

26. Selain untuk mengemaskini, skrin ini juga mempunyai fungsi untuk mencetak

ringkasan permohonan anda. Untuk membolehkan pihak SPAN untuk memproses

permohonan anda, anda perlu menghantar salinan dokumen-dokumen dan juga

salinan ringkasan permohonan anda untuk tujuan pengesahan. Untuk mencetak

ringkasan permohonan anda, klik pada butang Cetak. Sistem akan memaparkan

skrin yang mengandungi ringkasan permohonan anda. Sila klik pada butang Cetak

dan sistem akan mencetak ringkasan tersebut.

Page 35: PANDUAN PERMOHONAN PERMIT - … Permohonan Pembaharuan Permit b PENDAHULUAN. 2|Page PANDUAN PERMOHONAN PERMIT 1. Untuk mula menggunakan sistem e-Permit, sila pastikan url yang anda

35 | P a g e

PANDUAN PERMOHONAN PERMIT

27. Jika kesemua maklumat adalah betul dan benar dan anda ingin untuk menghantarpermohonan tersebut, sila klik pada kotak penanda yang di sebelah penyataandeklarasi dan klik pada butang Hantar.

28. Apabila permohonan anda telah berjaya dihantar, sistem akan memaparkan skrin

berikut. Ini bermaksud, permohonan anda telah berjaya di hantar dan akan diproses

apanila kesemua dokumen-dokumen yang diperlukan diterima oleh SPAN.

29. Untuk kembali ke skrin utama anda, sila klik pada pautan Klik di sini untuk ke

laman utama dan sistem akan memaparkan skrin utama anda.

Page 36: PANDUAN PERMOHONAN PERMIT - … Permohonan Pembaharuan Permit b PENDAHULUAN. 2|Page PANDUAN PERMOHONAN PERMIT 1. Untuk mula menggunakan sistem e-Permit, sila pastikan url yang anda

36 | P a g e

PANDUAN PERMOHONAN PERMIT

30. Di laman utama, anda akan dapat melihat senarai permohonan yang telah anda

pohon melalui sistem e-Permit.

31. Jika anda baru menghantar permohonan, status permohonan adalah DIHANTAR.

Setelah dokumen lengkap dan telah diproses oleh SPAN, status permohonan akan

dikemaskini oleh sistem. Berikut adalah senarai status permohonan yang akan

dipaparkan oleh sistem:

a. Dihantar

b. Diluluskan

c. Ditolak

32. Jika status permohonan anda adalah Diluluskan, anda dikehendaki untuk membuat

bayaran fi permit bagi membolehkan sijil permit dikeluarkan.

33. Untuk membuat bayaran fi permit, sila klik pada kotak penanda pada bahagian

kanan permit dan klik pada butang Bayaran. Sistem akan memaparkan skrin

Bayaran Permohonan Permit.

34. Sila ikuti langkah 31-56 seperti yang diterangkan untuk permohonan permit baru

untuk melengkapkan proses pembayaran fi permit.

Page 37: PANDUAN PERMOHONAN PERMIT - … Permohonan Pembaharuan Permit b PENDAHULUAN. 2|Page PANDUAN PERMOHONAN PERMIT 1. Untuk mula menggunakan sistem e-Permit, sila pastikan url yang anda

37 | P a g e

PANDUAN PERMOHONAN PERMIT

3. Untuk mula menggunakan sistem e-Permit, sila pastikan url yang anda gunakanadalah seperti berikut:

https://epermit.span.gov.my/SPAN_ePermit/PublicLogin.aspx.

4. Di skrin Login, sila masukkan maklumat login dan kata laluan. Kemudian klik pada

butang Masuk.

Page 38: PANDUAN PERMOHONAN PERMIT - … Permohonan Pembaharuan Permit b PENDAHULUAN. 2|Page PANDUAN PERMOHONAN PERMIT 1. Untuk mula menggunakan sistem e-Permit, sila pastikan url yang anda

38 | P a g e

PANDUAN PERMOHONAN PERMIT

7. Sistem akan memaparkan skrin utama.

8. Pengguna akan dipaparkan dengan dua pilihan iaitu

a. Mohon Permit Baru

b. Tambah Permit

c. Memperbaharui Permit

9. Bagi pemohon yang ingin memohon untuk memperbaharui permit sedia ada dari

kategori B, C, D and E, sila klik butang Memperbaharui Permit seperti di bawah.

10. Sistem akan memaparkan skrin Kategori Permit.

Page 39: PANDUAN PERMOHONAN PERMIT - … Permohonan Pembaharuan Permit b PENDAHULUAN. 2|Page PANDUAN PERMOHONAN PERMIT 1. Untuk mula menggunakan sistem e-Permit, sila pastikan url yang anda

39 | P a g e

PANDUAN PERMOHONAN PERMIT

9. Skrin ini akan menyenaraikan kategori permit yang ditawarkan oleh Suruhanjaya

Perkhidmatan Air Negara kepada pemohon yang layak. Untuk melihat syarat-syarat

bagi setiap kategori permit, anda hendaklah klik pada pautan Maklumat Lanjut

seperti di bawah.

10. Apabila anda klik pada pautan Maklumat Lanjut, sistem akan memaparkan satu

skrin yang akan menyenaraikan maklumat mengenai kategori permit tersebut untuk

Page 40: PANDUAN PERMOHONAN PERMIT - … Permohonan Pembaharuan Permit b PENDAHULUAN. 2|Page PANDUAN PERMOHONAN PERMIT 1. Untuk mula menggunakan sistem e-Permit, sila pastikan url yang anda

40 | P a g e

PANDUAN PERMOHONAN PERMIT

pemohon mengetahui syarat-syarat untuk memohon permit tersebut. Maklumat yang

dipaparkan adalah seperti berikut

a. Senarai Semak (Checklist Items)

b. Maklumat Fi (Fi Proses dan Fi Permit)

Page 41: PANDUAN PERMOHONAN PERMIT - … Permohonan Pembaharuan Permit b PENDAHULUAN. 2|Page PANDUAN PERMOHONAN PERMIT 1. Untuk mula menggunakan sistem e-Permit, sila pastikan url yang anda

41 | P a g e

PANDUAN PERMOHONAN PERMIT

13. Untuk menutup skrin tersebut, klik pada pautan Close pada bahagian atas kanan

skrin. Pengguna juga boleh menekan kekunci Esc untuk menutup skrin tersebut.

14. Jika pemohon dapat memenuhi syarat-syarat yang diperlukan dan ingin membuat

permohonan, sila klik pada butang Seterusnya.

15. Sistem akan memaparkan mesej peringatan yang menyatakan bahawa setiap

penyerahan permohonon perlu disertakan dengan bayaran fi proses terlebih dahulu.

Pemohon boleh membuat bayaran fi proses melalui cara Wang Pos, Kiriman Wang,

Bank Draf, Cek atau Perbankan Internet. Bagi bayaran secara manual seperti Wang

Pos, Kiriman Wang, Bank Draf dan Cek, anda perlu memberi maklumat no rujukan

bayaran yang betul. Kegagalan pemohon untuk memberikan nombor rujukan yang

betul boleh menyebabkan permohonan dibatalkan secara automatik.

16. Untuk menutup skrin peringatan ini, sila klik pada pautan Close pada bahagian atas

kanan skrin atau dengan menekan kekunci Esc.

Page 42: PANDUAN PERMOHONAN PERMIT - … Permohonan Pembaharuan Permit b PENDAHULUAN. 2|Page PANDUAN PERMOHONAN PERMIT 1. Untuk mula menggunakan sistem e-Permit, sila pastikan url yang anda

42 | P a g e

PANDUAN PERMOHONAN PERMIT

21. Seterusnya, sistem akan memaparkan skrin Maklumat Pembaharuan Permit.

22. Langkah pertama yang perlu dibuat oleh anda adalah memilih jenis pemohon. Ini

kerana maklumat yang diperlukan adalah berbeza jika pemohon adalah individu atau

pun syarikat.

a. Jika pemohon adalah Syarikat, sila masukkan nombor pendaftaran syarikat di

medan No Pengenalan.

b. Jika pemohon adalah Individu, sila masukkan nombor kad pengenalan individu

tersebut.

23. Klik pada butang Cari untuk mendapatkan maklumat permit pemohon. Jika sistem

mempunyai rekod pemohon, sistem akan memaparkan senarai permit yang pernah

dipohon seperti dibawah

24. Sila klik pada kotak penanda pada bahagian kiri permit untuk memilih permit yang

ingin diperbaharui. Kemudian, klik Seterusnya untuk ke skrin lain.

25. Skrin yang akan dipaparkan adalah skrin Maklumat Pemohon.

Page 43: PANDUAN PERMOHONAN PERMIT - … Permohonan Pembaharuan Permit b PENDAHULUAN. 2|Page PANDUAN PERMOHONAN PERMIT 1. Untuk mula menggunakan sistem e-Permit, sila pastikan url yang anda

43 | P a g e

PANDUAN PERMOHONAN PERMIT

26. Sila kemaskini maklumat yang tertera pada skrin tersebut.

c. Medan yang bertanda * adalah medan yang wajib diisi. Sistem tidak akan

membenarkan anda untuk mendaftar jika terdapat medan-medan wajib yang

tidak diisi.

d. Medan yang bertanda ** menandakan anda hanya perlu memasukkan

maklumat pada salah satu daripada medan yang bertanda **.

27. Jika kesemua medan wajib telah diisi, sila klik pada butang Seterusnya.

Page 44: PANDUAN PERMOHONAN PERMIT - … Permohonan Pembaharuan Permit b PENDAHULUAN. 2|Page PANDUAN PERMOHONAN PERMIT 1. Untuk mula menggunakan sistem e-Permit, sila pastikan url yang anda

44 | P a g e

PANDUAN PERMOHONAN PERMIT

24. Skrin Bayaran Permohonan Permit menyenaraikan fi proses dan fi permit bagi

setiap jenis permit yang telah dipilih. Pada skrin ini, anda dikehendaki untuk

membayar fi proses terlebih dahulu untuk membolehkan permohonan anda diproses

oleh pihak SPAN. Fi permit hanya perlu dibayar jika permohonan anda telah diproses

dan diluluskan.

25. Sila ikuti langkah 31-56 seperti yang diterangkan untuk permohonan permit baru

untuk melengkapkan proses pembayaran fi proses.

Page 45: PANDUAN PERMOHONAN PERMIT - … Permohonan Pembaharuan Permit b PENDAHULUAN. 2|Page PANDUAN PERMOHONAN PERMIT 1. Untuk mula menggunakan sistem e-Permit, sila pastikan url yang anda

45 | P a g e

PANDUAN PERMOHONAN PERMIT

35. Setelah proses pembayaran fi proses Berjaya, sila klik pada butang Seterusnya

untuk ke skrin Maklumat Permohonan.

36. Pada skrin Maklumat Permohonan ini, sistem akan memaparkan ringkasan

permohonan dan anda boleh menyemak semula maklumat yang telah anda berikan

pada skrin-skrin terdahulu. Jika terdapat maklumat yang perlu diperbetulkan, sila klik

pada butang Kemaskini. Sistem akan memaparkan skrin Maklumat Pemohon

dan anda boleh mengemaskini maklumat anda.

37. Selain untuk mengemaskini, skrin ini juga mempunyai fungsi untuk mencetak

ringkasan permohonan anda. Untuk membolehkan pihak SPAN untuk memproses

permohonan anda, anda perlu menghantar salinan dokumen-dokumen dan juga

salinan ringkasan permohonan anda untuk tujuan pengesahan. Untuk mencetak

ringkasan permohonan anda, klik pada butang Cetak. Sistem akan memaparkan

skrin yang mengandungi ringkasan permohonan anda. Sila klik pada butang Cetak

dan sistem akan mencetak ringkasan tersebut.

Page 46: PANDUAN PERMOHONAN PERMIT - … Permohonan Pembaharuan Permit b PENDAHULUAN. 2|Page PANDUAN PERMOHONAN PERMIT 1. Untuk mula menggunakan sistem e-Permit, sila pastikan url yang anda

46 | P a g e

PANDUAN PERMOHONAN PERMIT

38. Jika kesemua maklumat adalah betul dan benar dan anda ingin untuk menghantarpermohonan tersebut, sila klik pada kotak penanda yang di sebelah penyataandeklarasi dan klik pada butang Hantar.

39. Apabila permohonan anda telah berjaya dihantar, sistem akan memaparkan skrin

berikut. Ini bermaksud, permohonan anda telah berjaya di hantar dan akan diproses

apanila kesemua dokumen-dokumen yang diperlukan diterima oleh SPAN.

40. Untuk kembali ke skrin utama anda, sila klik pada pautan Klik di sini untuk ke

laman utama dan sistem akan memaparkan skrin utama anda.

Page 47: PANDUAN PERMOHONAN PERMIT - … Permohonan Pembaharuan Permit b PENDAHULUAN. 2|Page PANDUAN PERMOHONAN PERMIT 1. Untuk mula menggunakan sistem e-Permit, sila pastikan url yang anda

47 | P a g e

PANDUAN PERMOHONAN PERMIT

41. Di laman utama, anda akan dapat melihat senarai permohonan yang telah anda

pohon melalui sistem e-Permit.

42. Jika anda baru menghantar permohonan, status permohonan adalah DIHANTAR.

Setelah dokumen lengkap dan telah diproses oleh SPAN, status permohonan akan

dikemaskini oleh sistem. Berikut adalah senarai status permohonan yang akan

dipaparkan oleh sistem:

d. Dihantar

e. Diluluskan

f. Ditolak

43. Jika status permohonan anda adalah Diluluskan, anda dikehendaki untuk membuat

bayaran fi permit bagi membolehkan sijil permit dikeluarkan.

44. Untuk membuat bayaran fi permit, sila klik pada kotak penanda pada bahagian

kanan permit dan klik pada butang Bayaran. Sistem akan memaparkan skrin

Bayaran Permohonan Permit.

45. Sila ikuti langkah 31-56 seperti yang diterangkan untuk permohonan permit baru

untuk melengkapkan proses pembayaran fi permit.