panduan pengemukaan penyata

30
0 PANDUAN PENGEMUKAAN PENYATA Jabatan Kastam Diraja Malaysia Kemaskini sehingga April 2015

Upload: vunguyet

Post on 11-Jan-2017

245 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

0

PANDUAN

PENGEMUKAAN

PENYATA

Jabatan Kastam Diraja Malaysia Kemaskini sehingga April 2015

1

ISI KANDUNGAN

1. PENYERAHAN PENYATA

1.1 Memfailkan Penyata (GST – 03) – Bagi Pembayar Cukai Yang Mempunyai Perisian Perakaunan …............................................................................................................................ 2

1.2 Memfailkan Penyata (GST – 03) – Bagi Pembayar Cukai Yang Tiada Perisian

Perakaunan ….……………………………………………………………………………………………………………….…… 11

1.3 Memfailkan Penyata (GST – 03) – Secara Manual ……………………………………………………………… 23

2

1. PENYERAHAN PENYATA

1.1 Memfailkan Penyata (GST - 03) – Bagi Pembayar Cukai Yang

Mempunyai Perisian Perakaunan

1. Log masuk ID (alamat emel).

2. Kata laluan (dinyatakan semasa pendaftaran).

3. Klik butang [Logon].

Nota : Sekiranya pihak syarikat gagal mengimport data (text file) dari Perisian Perakaunan ke penyata GST di dalam TAP, ini bermaksud (text file) tersebut tidak mengikut format yang ditetapkan di dalam Panduan Perisian Perakaunan. Sila berhubung dengan pihak vendor untuk sesi pengujian compatibility Perisian Perakaunan anda. Pengujian hendaklan dilakukan dengan Bahagian GST, Ibu Pejabat.

3

4. Skrin Customer Springboard akan memaparkan maklumat pembayar cukai.

5. Klik hyperlink [Account Id].

4

6. Skrin Account Springboard akan memaparkan maklumat pembayar cukai.

7. Klik tab [Periods].

8. Klik hyperlink [File Now] untuk memfailkan penyata bagi tempoh bercukai yang

diingini.

5

9. Klik butang [Next] : untuk menyambung langkah seterusnya.

10. Skrin Return Details akan memerlukan maklumat penyata.

11. Klik butang [Import] sekali sahaja: untuk mengalihkan semua data-data daripada

Perisian Perakaunan ke dalam Penyata (GST – 03).

6

7

12. Semua data-data yang dialihkan daripada Perisian Perakaunan akan terpapar di

skrin Return Summary.

13. Skrin Return Summary akan memerlukan pemohon untuk menyemak dan

mengesahkan maklumat.

14. Menyemak maklumat permohonan.

(Nota: Pemohon boleh memilih sama ada untuk Mengemukakan permohonan atau

Simpan dan Selesaikan Kemudian).

15. Untuk mengemukakan permohonan, klik butang [Submit].

16. Klik butang [OK].

8

17. Isikan medan [Password].

Nota: Pembayar cukai dikehendaki untuk memasukkan kata laluan.

18. Klik butang [OK].

Nota: Kata laluan mestilah sama dengan kata

laluan semasa log masuk TAP

19. Skrin Confirmation akan memaparkan maklumat penyata.

20. Klik butang [Print] : untuk mencetak maklumat penyata, salinan penyata yang

difailkan dan baucer

atau

21. Klik butang [Print Acknowledgment Receipt] : untuk mencetak resit akaun

atau

22. Klik butang [OK] : untuk kembali ke pembayar cukai [Account Springboard].

9

10

Voucher No.

11

1.2 Memfailkan Penyata (GST - 03) – Bagi Pembayar Cukai Yang Tiada

Perisian Perakaunan

1. Log masuk ID (alamat emel).

2. Kata laluan (dinyatakan semasa pendaftaran).

3. Klik butang [Logon].

12

4. Skrin Customer Springboard akan memaparkan maklumat pembayar cukai.

5. Klik hyperlink [Account Id].

13

6. Skrin Account Springboard akan memaparkan maklumat pembayar cukai.

7. Klik tab [Periods].

8. Klik hyperlink [File Now] untuk memfailkan penyata bagi tempoh bercukai yang

diingini.

14

9. Klik butang [Next] : untuk menyambung langkah seterusnya.

10. Skrin Return Details akan memerlukan maklumat penyata.

11. Isikan semua maklumat yang diperlukan.

15

12. Skrin Return Details akan memerlukan maklumat penyata.

Nota:

i. Untuk [Total Value of Standard Rated Supply]:

Nyatakan jumlah nilai sebenar bagi pembekalan berkadar standard. Anda

perlu mengikrar jumlah nilai bagi pembekalan berkadar standard (tidak

termasuk jumlah GST) bagi semua pembekalan bercukai.

Anda tidak perlu mengikrar pembekalan bercukai bagi barang yang mana

cukai tidak dipungut seperti pembayaran cukai digantung, pelepasan yang

diberikan, cukai input yang disekat atau barang yang diimport dibawah skim

ATS.

Nilai bagi barang atau perkhidmatan yang mempunyai nota kredit yang telah

dikeluarkan perlu ditolak daripada atau nota debit yang dikeluarkan hendaklah

ditambah dalam nilai pembekalan berkadar standard, sebagai contoh

pemulangan semula barang atas sebab tertentu.

ii. Untuk [Total Output Tax (Supply X GST Rate)]:

Nyatakan cukai output sebenar bagi pembekalan yang dibuat termasuk

pembekalan yang dianggap (termasuk hutang lapuk pulih dan pelarasan lain).

13. Skrin Return Details akan memerlukan maklumat penyata.

Nota:

i. Untuk [Total Value of Standard Rated Acquisition]:

Nyatakan jumlah nilai sebenar pengambilalihan berkadar standard.

Anda tidak perlu mengikrar pembekalan bercukai bagi barang yang mana

cukai tidak dipungut seperti pembayaran cukai digantung, pelepasan yang

diberikan, cukai input yang disekat atau barang yang diimport dibawah skim

ATS.

Nilai bagi barang atau perkhidmatan yang dikeluarkan nota kredit atau

menerima nota debit akan dikecualikan daripada pembekalan berkadar

16

standard di ruangan 6(a), sebagai contoh, pemulangan barang atas sebab

tertentu.

ii. Untuk [Total Input Tax (Acquisition x GST Rate)]:

Nyatakan cukai input sebenar (termasuk pelepasan hutang lapuk dan

pelarasan lain).

14. Skrin Return Details akan memerlukan maklumat penyata.

Nota:

i. Untuk [GST Amount Payable]:

Dikira secara automatik oleh sistem. Jika jumlah cukai output lebih besar

daripada cukai input, GST mesti dibayar mengikut penyata.

ii. Untuk [GST Amount Claimable]:

Dikira secara automatik. Jika jumlah cukai input lebih besar daripada cukai

output, GST akan dikembalikan.

15. Skrin Additional Details akan memerlukan maklumat tambahan.

16. Isikan semua maklumat yang diperlukan.

17. Klik butang [Next] : untuk menyambung langkah seterusnya.

17

18. Skrin Additional Details akan memerlukan maklumat tambahan..

Nyatakan jumlah sebenar nilai pembekalan tempatan berkadar sifar. (Tidak Termasuk

Cukai)

Nyatakan jumlah sebenar nilai pembekalan eksport. (Tidak Termasuk Cukai)

Jumlah Nilai Pembekalan Eksport hendaklah menyatakan nilai semua barang eksport

dan perkhidmatan di peringkat antarabangsa yang disediakan oleh anda mengikut

tempoh perakaunan.

Nyatakan jumlah sebenar nilai pembekalan yang dikecualikan. (Tidak Termasuk

Cukai)

Pembekalan yang dikecualikan seperti penjualan dan pajakan harta kediaman, tanah

untuk pertanian dan kegunaan awam, pengangkutan awam, kesihatan, pendidikan

swasta atau kewangan.

18

Nyatakan jumlah sebenar nilai pembekalan yang diberi pelepasan GST dalam

Perintah Cukai Barang dan Perkhidmatan (Pelepasan) 2014. (Tidak Termasuk Cukai)

Nyatakan jumlah sebenar nilai barang yang diimport di bawah Skim Pedagang Yang

Diluluskan. (Tidak Termasuk Cukai)

Nyatakan jumlah sebenar nilai GST Import yang digantung dibawah item 14. (Tidak

Termasuk Cukai)

Nyatakan jumlah sebenar nilai harta modal yang diperoleh. (Tidak Termasuk Cukai)

Contoh pembelian lori dan bangunan pejabat.

Nyatakan jumlah sebenar nilai pelepasan hutang lapuk. (Termasuk Cukai)

Nyatakan jumlah sebenar nilai hutang lapuk pulih. (Termasuk Cukai)

19. Skrin Industry Codes akan memerlukan maklumat industri utama.

20. Tentukan Nilai bagi Cukai Output mengikut Kod Industri utama.

21. Klik butang [Next] : untuk menyambung langkah seterusnya.

19

22. Skrin Return Summary akan memerlukan pemohon untuk menyemak dan

mengesahkan maklumat.

23. Menyemak maklumat permohonan.

(Nota: Pemohon boleh memilih sama ada untuk Mengemukakan permohonan atau

Simpan dan Selesaikan Kemudian)

24. Untuk mengemukakan permohonan, klik butang [Submit].

25. Klik butang [OK].

20

26. Isikan medan [Password].

Nota: Pembayar cukai dikehendaki untuk memasukkan kata laluan.

27. Klik butang [OK].

21

Nota: Kata laluan mestilah sama dengan kata

laluan semasa log masuk TAP

28. Skrin Confirmation akan memaparkan maklumat penyata.

29. Klik butang [Print] : untuk mencetak maklumat penyata, salinan penyata yang

difailkan dan baucer

atau

30. Klik butang [Print Acknowledgment Receipt] : untuk mencetak resit akaun

atau

31. Klik butang [OK] : untuk kembali ke pembayar cukai [Account Springboard].

22

23

Voucher No.

24

1.3 Memfailkan Penyata (GST - 03) – Secara Manual

1. Klik [Legislations & Guides].

2. Pilih menu [GST Forms].

25

3. Senarai borang GST akan dipaparkan. Pilih no. 5 (merujuk kepada Penyata Cukai

Barang dan Perkhidmatan) dan tekan butang [Download] di sebelah kanan untuk

memuat turun borang GST - 03.

4. Borang Penyata Cukai Barang dan Perkhidmatan GST – 03 akan dipapar. Baca Nota

Penting sebelum mengisi borang tersebut.

26

5. Klik butang [Save] untuk menyimpan borang GST – 03 samada di desktop, di

document ataupun di pendrive sebelum mengisi borang.

6. Lengkapkan borang menggunakan HURUF BESAR dan secara BERTAIP. Isikan

Bahagian A, Bahagian B, Bahagian C dan Bahagian D.

27

28

7. Setelah lengkap diisi, borang tersebut hendaklah dicetak.

29

8. Masukkan ke dalam sampul surat.

9. Poskan ke alamat seperti berikut.