panduan pencegahan penularan covid -19 pasca … pm/2... · garis panduan dan prosedur kebersihan...

49
PANDUAN PENCEGAHAN PENULARAN COVID-19 PASCA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BAGI KESELAMATAN WARGA TAMAN ASUHAN KANAK- KANAK (TASKA)

Upload: others

Post on 28-May-2020

21 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PANDUAN PENCEGAHAN PENULARAN COVID -19 PASCA … PM/2... · Garis Panduan dan Prosedur Kebersihan dan KeselamatanTASKA sepanjang Covid-19 (PPBM) 5. Akta TASKA 1984 dan Peraturan TASKA

FPPT.com

PANDUAN PENCEGAHAN PENULARAN COVID-19

PASCA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BAGI

KESELAMATAN WARGA TAMAN ASUHAN KANAK-

KANAK (TASKA)

Page 2: PANDUAN PENCEGAHAN PENULARAN COVID -19 PASCA … PM/2... · Garis Panduan dan Prosedur Kebersihan dan KeselamatanTASKA sepanjang Covid-19 (PPBM) 5. Akta TASKA 1984 dan Peraturan TASKA

SUMBER RUJUKAN

1. SOP: Panduan Keselamatan Pasca PKP Covid-19 UntukPusat Pendidikan Awal Kanak-kanak (NECIC)

2. Pakar Perunding Perubatan Kesihatan Awam

Ketua Sektor Kesihatan Kanak-Kanak

Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga (KKM)3. Panduan KKM Annex 27 & 364. Garis Panduan dan Prosedur Kebersihan dan KeselamatanTASKA

sepanjang Covid-19 (PPBM)

5. Akta TASKA 1984 dan Peraturan TASKA 2012

Page 3: PANDUAN PENCEGAHAN PENULARAN COVID -19 PASCA … PM/2... · Garis Panduan dan Prosedur Kebersihan dan KeselamatanTASKA sepanjang Covid-19 (PPBM) 5. Akta TASKA 1984 dan Peraturan TASKA

Objektif:

• Sebagai rujukan kepada pengusaha TASKAdalam mengambil langkah berjaga-jaga bagimembendung penyebaran penyakit COVID-19 apabila TASKA dibenarkan beroperasisemula seperti yang diperintahkan olehpihak berkuasa.

Page 4: PANDUAN PENCEGAHAN PENULARAN COVID -19 PASCA … PM/2... · Garis Panduan dan Prosedur Kebersihan dan KeselamatanTASKA sepanjang Covid-19 (PPBM) 5. Akta TASKA 1984 dan Peraturan TASKA

Kandungan :

1. PENGENALAN 2. LANGKAH-LANGKAH YANG

PERLU DIBERI PERHATIAN DAN DIAMBIL TINDAKAN

3. PERATURAN SEMASA MENGHANTAR KANAK-KANAK DI TASKA

4. PERATURAN SEMASA KANAK-KANAK DI TASKA

5. PERATURAN SEMASA MENJEMPUT KANAK-KANAK DI TASKA

6. AMALAN PENCEGAHAN JANGKITAN

7. LAMPIRAN

Page 5: PANDUAN PENCEGAHAN PENULARAN COVID -19 PASCA … PM/2... · Garis Panduan dan Prosedur Kebersihan dan KeselamatanTASKA sepanjang Covid-19 (PPBM) 5. Akta TASKA 1984 dan Peraturan TASKA

LANGKAH-LANGKAH YANG PERLUDIBERI PERHATIAN DAN DIAMBILTINDAKAN

• Sebelum Memulakan Operasi

PERATURAN SEMASA MENGHANTARKANAK-KANAK DI TASKA

• Sebelum menghantar anakke TASKA

• Ketibaan di TASKA

Page 6: PANDUAN PENCEGAHAN PENULARAN COVID -19 PASCA … PM/2... · Garis Panduan dan Prosedur Kebersihan dan KeselamatanTASKA sepanjang Covid-19 (PPBM) 5. Akta TASKA 1984 dan Peraturan TASKA

PERATURAN SEMASA KANAK-KANAK DI TASKA• Persekitaran Ruang

TASKA/Bilik/Ruang Aktiviti• Pelaksanaan

Pembelajaran/Aktiviti• Waktu Makan/ Menyusu• Waktu Mandi dan Menukar

Pakaian/Lampin• Waktu Tidur/ Rehat

PERATURAN SEMASA MENJEMPUTKANAK-KANAK DI TASKA

• Semasa Menjemput Anak Di TASKA

Page 7: PANDUAN PENCEGAHAN PENULARAN COVID -19 PASCA … PM/2... · Garis Panduan dan Prosedur Kebersihan dan KeselamatanTASKA sepanjang Covid-19 (PPBM) 5. Akta TASKA 1984 dan Peraturan TASKA

AMALAN PENCEGAHAN JANGKITAN

• Mesyuarat Dan LatihanKakitangan

• Apakah Tindakan Yang PerluDilakukan Jika Bergejala

LAMPIRAN• Lampiran 1: Apakah

Coronavirus?• Lampiran 2: Apakah Gejala-

Gejala Radang Paru-Paru(Pneumonia) COVID-19?

• Lampiran 3:Bolehkah Virus IniTersebar Dari Manusia KeManusia?

• Lampiran 4: PanduanPenjagaan Kebersihan di Taskauntuk Pencegahan Covid-19

Page 8: PANDUAN PENCEGAHAN PENULARAN COVID -19 PASCA … PM/2... · Garis Panduan dan Prosedur Kebersihan dan KeselamatanTASKA sepanjang Covid-19 (PPBM) 5. Akta TASKA 1984 dan Peraturan TASKA

LAMPIRAN• Lampiran 6: Borang Akuan

Pengisytiharan Kesihatan Kanak-Kanak

• Lampiran 7: Panduan PenggunaanPenutup mulut dan hidung

• Lampiran 8: Panduan MencuciTangan dan Penggunaan Hand Sanitiser

LAMPIRAN• Lampiran 5: Borang Akuan

Pengisytiharan Kesihatan Pekerja• Lampiran 9: Amalan Mengurangkan

Risiko Jangkitan Covid-19• Lampiran 10: Disinfeksi dan

pembersihan permukaan, pakaiandan peralatan.

• Lampiran 11: Annex 27: COVID-19: MANAGEMENT GUIDELINES FOR SPECIAL SETTINGS

Page 9: PANDUAN PENCEGAHAN PENULARAN COVID -19 PASCA … PM/2... · Garis Panduan dan Prosedur Kebersihan dan KeselamatanTASKA sepanjang Covid-19 (PPBM) 5. Akta TASKA 1984 dan Peraturan TASKA

Pengenalan

1. Apakah Coronavirus

2. Apakah gejala-gejala radang paru-paru(pneumonia) COVID-19

3. Bolehkah virus ini tersebar dari manusia kemanusia?

4. Siapakah yang berisiko untuk dijangkitivirus ini?

Page 10: PANDUAN PENCEGAHAN PENULARAN COVID -19 PASCA … PM/2... · Garis Panduan dan Prosedur Kebersihan dan KeselamatanTASKA sepanjang Covid-19 (PPBM) 5. Akta TASKA 1984 dan Peraturan TASKA

LANGKAH-LANGKAH YANG PERLU DIBERI PERHATIAN DAN DIAMBIL TINDAKAN

SEBELUM MEMULAKAN OPERASI

1. Lakukan langkah pembersihan dan disinfeksi(nyahkuman) secara menyeluruh di dalam dan di luarkawasan TASKA sebelum memulakan pengoperasian.Gunakan tatacara dari Garis Panduan PengendalianKanak-Kanak di TASKA dan Pra Sekolah, 2007.(Annex 36 dalam Garis Panduan Pengurusan COVID-19 di Malaysia)

Page 11: PANDUAN PENCEGAHAN PENULARAN COVID -19 PASCA … PM/2... · Garis Panduan dan Prosedur Kebersihan dan KeselamatanTASKA sepanjang Covid-19 (PPBM) 5. Akta TASKA 1984 dan Peraturan TASKA

Sambungan…2. Pastikan TASKA berada dalam keadaan yang

selamat dan bersih untuk kanak-kanak,kakitangan di TASKA dan juga ibu bapa (Lampiran4).

3. Pastikan Pengusaha dan semua kakitangan diTASKA dalam keadaan yang sihat dan bebas covid19 serta bersedia untuk bertugas.

4. Mengadakan saringan untuk gejala sepertidemam, sakit tekak dan batuk, sejarah perjalananluar negara baru-baru ini dan pendedahankepada pesakit positif COVID-19.

Page 12: PANDUAN PENCEGAHAN PENULARAN COVID -19 PASCA … PM/2... · Garis Panduan dan Prosedur Kebersihan dan KeselamatanTASKA sepanjang Covid-19 (PPBM) 5. Akta TASKA 1984 dan Peraturan TASKA

Sambungan…5. Pengisytiharan kesihatan hendaklah dibuat

samada kakitangan TASKA atau kanak-kanakatau ibu bapa atau penjaga atau keluargaterdekat secara langsung atau tidak langsungterdedah kepada mereka yang dijangkitiCOVID-19 atau penyakit berjangkit yang lainserta samada mereka baru pulang dari luarnegara. Borang pengisytiharan kesihatanhendaklah di isi sebelum TASKA dibuka.(Lampiran 5, Lampiran 6)

Page 13: PANDUAN PENCEGAHAN PENULARAN COVID -19 PASCA … PM/2... · Garis Panduan dan Prosedur Kebersihan dan KeselamatanTASKA sepanjang Covid-19 (PPBM) 5. Akta TASKA 1984 dan Peraturan TASKA

Sambungan…6. Kegagalan pengisytiharan maklumat dengan

benar boleh menyebabkan kanak-kanak/keluargatersebut digantung/dikeluarkan daripada premisTASKA. Keluarga berkenaan juga boleh dilaporkankepada pihak berkuasa.

7. Kehadiran setiap kanak-kanak dan pengasuh sertapelawat perlu dicatit atas tujuan memudahkanproses penyiasatan oleh Pejabat KesihatanDaerah.

Page 14: PANDUAN PENCEGAHAN PENULARAN COVID -19 PASCA … PM/2... · Garis Panduan dan Prosedur Kebersihan dan KeselamatanTASKA sepanjang Covid-19 (PPBM) 5. Akta TASKA 1984 dan Peraturan TASKA

Sambungan…

8. Pemeriksaan simptom hendaklahdilakukan setiap hari sebelum masuk kepremis untuk semua kakitangan dankanak-kanak TASKA.

9. Pelawat adalah tidak dibenarkan semasaoperasi sehingga keadaan pulihsepenuhnya.

Page 15: PANDUAN PENCEGAHAN PENULARAN COVID -19 PASCA … PM/2... · Garis Panduan dan Prosedur Kebersihan dan KeselamatanTASKA sepanjang Covid-19 (PPBM) 5. Akta TASKA 1984 dan Peraturan TASKA

Sambungan..10. Jangan membenarkan sesiapa masuk ke kawasan

TASKA, termasuk staf dan kanak-kanak, yang beradadalam situasi berikut:• Tidak sihat;

• Demam mahupun simptom “flu” seperti selesema, batuk, sakit tekak,kesukaran bernafas. Jika suhu badan 37.5°C dan ke atas, kakitanganatau kanak-kanak adalah dilarang untuk berada dalam TASKA;

• Catat bilangan kanak-kanak dan kakitangan yang tidak sihat setiap hariuntuk memantau status kesihatan kanak-kanak dan kakitangan diTASKA. Sekiranya didapati bilangan kes meningkat atau lebih daribiasa, lapor kepada Pejabat Kesihatan Daerah untuk penyiasatan.

Page 16: PANDUAN PENCEGAHAN PENULARAN COVID -19 PASCA … PM/2... · Garis Panduan dan Prosedur Kebersihan dan KeselamatanTASKA sepanjang Covid-19 (PPBM) 5. Akta TASKA 1984 dan Peraturan TASKA

Sambungan…11. Mereka harus balik ke rumah untuk berehat, dan hanya datang kembali

setelah pulih sepenuhnya.

12. Kakitangan dan kanak-kanak yang pernah dalam kontak rapat denganorang yang disahkan positif COVID-19 tidak dibenarkan hadir ke TASKAdalam tempoh 14 hari.

13. Staf, ibu bapa dan penjaga harus segera memaklumkan pihak TASKAsekiranya mereka ataupun anak mereka pernah berkontak rapat denganorang yang diuji positif COVID-19.

14. Semua kakitangan dan kanak-kanak yang baru pulang dari luar negaratidak dibenarkan hadir ke TASKA dalam tempoh 14 hari.

Page 17: PANDUAN PENCEGAHAN PENULARAN COVID -19 PASCA … PM/2... · Garis Panduan dan Prosedur Kebersihan dan KeselamatanTASKA sepanjang Covid-19 (PPBM) 5. Akta TASKA 1984 dan Peraturan TASKA

Sambungan…15. Panduan penggunaan penutup mulut dan hidung,

penggunaan hand sanitizer, langkah mencuci tanganditampal di sekeliling TASKA. (Lampiran 7, Lampiran 8)

16. Latihan kepada kakitangan harus dilakukan untukmemastikan semua bersedia mengambil langkah-langkah kebersihan dan keselamatan. Sila layariInfosihat atau Portal MyHEALTH dari KKM bagimendapatkan poster dan video sebagai panduan.

Page 18: PANDUAN PENCEGAHAN PENULARAN COVID -19 PASCA … PM/2... · Garis Panduan dan Prosedur Kebersihan dan KeselamatanTASKA sepanjang Covid-19 (PPBM) 5. Akta TASKA 1984 dan Peraturan TASKA

Sambungan…17. Apabila kanak-kanak kembali ke TASKA, SEMUA kakitangan

harus mengetahui:

a. Amalan kebersihan diri yang baik (Lampiran 7, Lampiran8, Lampiran 9)

b. Prosedur saringan gejala;

• Demam, batuk dan sakit tekak; • sejarah perjalanan luar negara baru-baru ini; dan• sejarah pendedahan kepada pesakit positif COVID-19 /

ahli keluarga rapat dengan gejala diatas.

Page 19: PANDUAN PENCEGAHAN PENULARAN COVID -19 PASCA … PM/2... · Garis Panduan dan Prosedur Kebersihan dan KeselamatanTASKA sepanjang Covid-19 (PPBM) 5. Akta TASKA 1984 dan Peraturan TASKA

sambunganc. Pengambilan suhu dengan betul

• Bacaan suhu ketika demam adalah 37.5°C dan keatas.

• Jangan gunakan termometer mulut. Gunakan“termometer tanpa kontak” seperti alatpengimbas suhu digital dan termometerinfrared.

• Semak garis panduan termometer untukmemastikan cara penggunaan yang betul, julatbacaan suhu biasa, dan arahan pembersihan.

Page 20: PANDUAN PENCEGAHAN PENULARAN COVID -19 PASCA … PM/2... · Garis Panduan dan Prosedur Kebersihan dan KeselamatanTASKA sepanjang Covid-19 (PPBM) 5. Akta TASKA 1984 dan Peraturan TASKA

sambungand. Cara membuat cairan disinfektan, disinfeksi dan

pembersihan permukaan, pakaian serta peralatan(Lampiran 10).

e. Hal-hal lain yang harus diperhatikan (Lampiran 11:Panduan KKM Annex 27 Appendix 1-3).

Page 21: PANDUAN PENCEGAHAN PENULARAN COVID -19 PASCA … PM/2... · Garis Panduan dan Prosedur Kebersihan dan KeselamatanTASKA sepanjang Covid-19 (PPBM) 5. Akta TASKA 1984 dan Peraturan TASKA

sambungan18. Latihan kakitangan juga harus merangkumi latihan di TASKA

untuk pelaksanaan aktiviti dengan anak-anak danperkongsian maklumat dengan ibu bapa dan pelawat, sertacara untuk berkomunikasi secara jelas dan tegas.

19. Memaklumkan dan memahamkan ibu bapa dan penjagamengenai tindakan yang akan dilakukan oleh TASKA,melalui telefon atau pesanan individu. Terangkan mengapaTASKA mengambil langkah-langkah ini dan bagaimana ibubapa dan penjaga dapat mempersiapkan diri dan anak-anakmereka untuk perubahan tersebut.

Page 22: PANDUAN PENCEGAHAN PENULARAN COVID -19 PASCA … PM/2... · Garis Panduan dan Prosedur Kebersihan dan KeselamatanTASKA sepanjang Covid-19 (PPBM) 5. Akta TASKA 1984 dan Peraturan TASKA

PERATURAN SEMASA MENGHANTAR KANAK-KANAK DI TASKA

SEBELUM MENGHANTAR ANAK KE TASKA

1. Mengambil suhu kanak-kanak sebelum menaikikenderaan (sekiranya ada).

2. Pastikan anak basuh tangan dengan air dan sabunselama 20 saat sebelum masuk kenderaan. (Nota:Penggunaan hand sanitiser dengan kerap adalah tidaksesuai terutamanya bagi kanak-kanak. Adalah lebihbaik menggunakan air dan sabun.)

Page 23: PANDUAN PENCEGAHAN PENULARAN COVID -19 PASCA … PM/2... · Garis Panduan dan Prosedur Kebersihan dan KeselamatanTASKA sepanjang Covid-19 (PPBM) 5. Akta TASKA 1984 dan Peraturan TASKA

sambungan3. Memakai penutup mulut dan hidung apabila keluar

dari kenderaan. Penggunaan penutup mulut danhidung adalah digalakkan.

4. Memastikan kanak-kanak adalah sihat sebelumdihantar ke TASKA. Jika sebaliknya, rehatkan kanak-kanak di rumah atau bawa ke klinik untukpemeriksaan kesihatan.

5. Bersihkan dan disinfeksi permukaan yang kerapdisentuh, di dalam kereta seperti tombol pintu,selusur tangan, tingkap dan tempat duduk secaraberkala.

Page 24: PANDUAN PENCEGAHAN PENULARAN COVID -19 PASCA … PM/2... · Garis Panduan dan Prosedur Kebersihan dan KeselamatanTASKA sepanjang Covid-19 (PPBM) 5. Akta TASKA 1984 dan Peraturan TASKA

KETIBAAN DI TASKA

1. Aturkan waktu ketibaan kanak-kanak supaya tidak tibaserentak.

a. Jadualkan waktu menurunkan kanak-kanak dalam bilangan kecil, dengan jarak waktu 5-10 minit.

b. Bilangan kanak-kanak disyorkan tidak melebihi 5 orang pada setiapwaktu.

2. Ibu bapa/penjaga tidak dibenarkan memasukikawasan TASKA.

a. Hanya turunkan anak di pintu masukb. Pengasuh TASKA akan menyambut anak.

Page 25: PANDUAN PENCEGAHAN PENULARAN COVID -19 PASCA … PM/2... · Garis Panduan dan Prosedur Kebersihan dan KeselamatanTASKA sepanjang Covid-19 (PPBM) 5. Akta TASKA 1984 dan Peraturan TASKA

sambungan3. Cadangan yang boleh dilakukan untuk ibu

bapa/penjaga yang menurunkan anak-anak:

a. Kanak-kanak dan ibu bapa/penjaga harus tunggu didalam kereta sehingga diberi isyarat untuk maju kehadapan.

b. Sediakan kawasan menunggu sewaktu menurunkankanak-kanak.

c. Penanda barisan berjarak 1 meter boleh digunakansebagai panduan semasa menunggu.

d. Ibu bapa/penjaga tidak boleh berkumpul di luarkawasan sekolah.

Page 26: PANDUAN PENCEGAHAN PENULARAN COVID -19 PASCA … PM/2... · Garis Panduan dan Prosedur Kebersihan dan KeselamatanTASKA sepanjang Covid-19 (PPBM) 5. Akta TASKA 1984 dan Peraturan TASKA

sambungan4. Saringan gejala dan pemeriksaan suhu semasa

ketibaan kakitangan dan Kanak-kanakhendaklah dilakukan seperti berikut:

a. Saringan gejala dan pemeriksaan suhu dilakukan di pintumasuk TASKA untuk setiap kakitangan, kanak-kanak danpelawat.

b. Jadualkan kakitangan TASKA untuk membuat pemeriksaankesihatan di pintu masuk.

c. Lantik sekurang-kurangnya 2 orang kakitangan yang bertugassecara bergilir-gilir (seorang sebagai “back-up”). Kakitanganharus mengamalkan kebersihan diri semasa pemeriksaan.

Page 27: PANDUAN PENCEGAHAN PENULARAN COVID -19 PASCA … PM/2... · Garis Panduan dan Prosedur Kebersihan dan KeselamatanTASKA sepanjang Covid-19 (PPBM) 5. Akta TASKA 1984 dan Peraturan TASKA

sambungand. Sekiranya kanak-kanak tidak sihat atau suhu kanak-kanak

adalah 37.5C atau lebih, maklumkan kepada ibu bapabahawa anak mereka mesti balik dan berehat di rumahsehingga sembuh sepenuhnya.

e. Pegambilan suhu badan hendaklah dilakukan sekurang-kurangnya 3 kali iaitu ketika menerima kanak-kanak keTASKA, sebelum waktu tidur dan ketika kanak-kanakdiserahkan semula kepada ibu bapa pada waktu balik dariTASKA.

Page 28: PANDUAN PENCEGAHAN PENULARAN COVID -19 PASCA … PM/2... · Garis Panduan dan Prosedur Kebersihan dan KeselamatanTASKA sepanjang Covid-19 (PPBM) 5. Akta TASKA 1984 dan Peraturan TASKA

sambungan5. Letakkan sanitizer tangan di tempat pemeriksaan dan

nasihati individu yang memasuki kawasan TASKAuntuk membersihkan tangan sebelum masuk. (Nota:Penggunaan hand sanitiser dengan kerap adalah tidaksesuai terutamanya bagi kanak-kanak. Adalah lebihbaik menggunakan air dan sabun.)

5. Pelawat adalah tidak dibenarkan. Pelawat yang inginberdaftar dan melawat TASKA boleh berurusanmelalui telefon dan cuba menerima lawatan dalammasa yang tiada kanak-kanak.

Page 29: PANDUAN PENCEGAHAN PENULARAN COVID -19 PASCA … PM/2... · Garis Panduan dan Prosedur Kebersihan dan KeselamatanTASKA sepanjang Covid-19 (PPBM) 5. Akta TASKA 1984 dan Peraturan TASKA

PERATURAN SEMASA KANAK-KANAK DI TASKA

PERSEKITARAN RUANG TASKA/BILIK/RUANG AKTIVITI

1. Pastikan ruang TASKA/bilik/ruang aktivti berada dalam keadaan yangselamat dan bersih untuk kanak-kanak dan kakitangan TASKA.

2. Tombol pintu, kerusi meja dan tempat yang selalu disentuhi oleh orangramai perlu dibersihkan sekurang-kurangnya dua kali sehari (tengah haridan sebelum tamat waktu operasi).

3. Buka tingkap dan pintu untuk membantu aliran udara. Secara amnya,elakkan penggunaan penghawa dingin sekiranya boleh kerana ia hanyamengitar semula angin di dalam bilik.

Page 30: PANDUAN PENCEGAHAN PENULARAN COVID -19 PASCA … PM/2... · Garis Panduan dan Prosedur Kebersihan dan KeselamatanTASKA sepanjang Covid-19 (PPBM) 5. Akta TASKA 1984 dan Peraturan TASKA

Sambungan4. Aturkan ruangan pembelajaran/aktiviti (meja, kerusi, dsb)

dengan penjarakan sekurang-kurangnya 1-meter antar satusama lain.

5. Bersihkan dan sanitasikan bilik serta semua peralatanselepas setiap sesi penggunaan.

6. Simpan dan ketepikan serta tutup rapi barangan yang tidakdigunakan, rak-rak, atau ruang simpanan untukmengurangkan sentuhan tidak sengaja bagi mengurangkanrisiko pencemaran.

7. Waktu pembersihan harus dijadualkan juga untukmemastikan ianya dijalankan dengan sebaik-baiknya. Waktupembelajaran/aktiviti mungkin terpaksa dihadkan.

Page 31: PANDUAN PENCEGAHAN PENULARAN COVID -19 PASCA … PM/2... · Garis Panduan dan Prosedur Kebersihan dan KeselamatanTASKA sepanjang Covid-19 (PPBM) 5. Akta TASKA 1984 dan Peraturan TASKA

PELAKSANAAN PEMBELAJARAN/AKTIVITI

1. Batalkan aktiviti berkumpulan.2. Aturkan lebih banyak aktiviti individu di sekeliling bilik.

Sekiranya boleh, asingkan buku-buku dan mainan dibeberapa kawasan di sekeliling bilik, bukannya di atas saturak sahaja.

3. Elakkan aktiviti yang memerlukan sentuhan di antara orang,contoh memegang tangan, bersalaman, “high 5”, dansebagainya.

4. Elakkan aktiviti yang memerlukan semua orang duduk diatas tikar.

Page 32: PANDUAN PENCEGAHAN PENULARAN COVID -19 PASCA … PM/2... · Garis Panduan dan Prosedur Kebersihan dan KeselamatanTASKA sepanjang Covid-19 (PPBM) 5. Akta TASKA 1984 dan Peraturan TASKA

sambungan5. Sebaliknya, ambil peluang untuk melibatkan kanak-

kanak dalam aktiviti kurang formal, contohnya:membaca buku atau bercerita atau main peranandengan satu atau dua pelajar dengan tidak melibatkansentuhan antara kanak-kanak pada setiap sesisepanjang hari.

6. Disinfeksi semua permukaan dan objek selepas setiapsesi penggunaan, sebelum giliran kumpulanseterusnya.

7. Meningkatkan kekerapan membasuh tangan danmemastikan bahan untuk membasuh tangan mudahdicapai.

Page 33: PANDUAN PENCEGAHAN PENULARAN COVID -19 PASCA … PM/2... · Garis Panduan dan Prosedur Kebersihan dan KeselamatanTASKA sepanjang Covid-19 (PPBM) 5. Akta TASKA 1984 dan Peraturan TASKA

sambungan8. Cadangan aktiviti sosial yang sesuai untuk penjarakan sosial yang

selamat:

a. Muzik, menyanyi, menari (secara solo)

b. Bercerita atau main peranan

c. Seni dan kraftangan mudah

d. Senaman setempat, pergerakan setempat, senaman duduk

e. Menonton video, bermain mainan komputer (1 komputer setiapseorang)

f. Permainan sosial: “Bingo”, Permainan uji pengingatan, “Guess Who”, “Connect Four”, Tic-tac-toe, dan lain-lain.

Page 34: PANDUAN PENCEGAHAN PENULARAN COVID -19 PASCA … PM/2... · Garis Panduan dan Prosedur Kebersihan dan KeselamatanTASKA sepanjang Covid-19 (PPBM) 5. Akta TASKA 1984 dan Peraturan TASKA

sambungan9. Elakkan aktiviti yang tidak sesuai untuk penjarakan

sosial yang selamat, contohnya:

a. Perkongsian mainan umum, bahan pengajaran danperalatan

b. Berkongsi bilik terapi atau bilik mainan

c. Lawatan ke tempat-tempat awam

d. Aktiviti luar seperti taman permainan, bermain air,permainan deria, dan lain-lain

e. Perhimpunan awam/ mesyuarat berkumpulan

Page 35: PANDUAN PENCEGAHAN PENULARAN COVID -19 PASCA … PM/2... · Garis Panduan dan Prosedur Kebersihan dan KeselamatanTASKA sepanjang Covid-19 (PPBM) 5. Akta TASKA 1984 dan Peraturan TASKA

WAKTU MAKAN/ MENYUSU

1. Kanak-kanak dan pengasuh seharusnya makan didalam bilik/ruang masing-masing untuk mengekalkanpenjarakan selamat.

2. Pastikan jarak kedudukan kanak-kanak adalah 1 meterdi antara satu sama lain. (Letakkan penanda di ataslantai berjarak 1 meter bagi memudahkan kanak-kanak menentukan tempat untuk mereka duduk atauberdiri.)

3. Jangan berkongsi makanan ataupun perkakas.

Page 36: PANDUAN PENCEGAHAN PENULARAN COVID -19 PASCA … PM/2... · Garis Panduan dan Prosedur Kebersihan dan KeselamatanTASKA sepanjang Covid-19 (PPBM) 5. Akta TASKA 1984 dan Peraturan TASKA

sambungan4. Sekiranya penggunaan satu lokasi tempat makan am

diperlukan, contohnya ruang makan umum, maka:

a. Jadualkan waktu makan kelas-kelas agar tidakbertindan dan bercampur.

b. Bersihkan permukaan (meja, kerusi) sebelum gilirankumpulan seterusnya.

5. Tukang masak ataupun pengendali makanan harusmemakai penutup mulut dan hidung atau penutupmulut plastik (spit-guard) dan elakkan berinteraksidengan kanak-kanak.

6. Makanan yang dibungkus secara individu digalakkan.

Page 37: PANDUAN PENCEGAHAN PENULARAN COVID -19 PASCA … PM/2... · Garis Panduan dan Prosedur Kebersihan dan KeselamatanTASKA sepanjang Covid-19 (PPBM) 5. Akta TASKA 1984 dan Peraturan TASKA

WAKTU MANDI DAN MENUKAR PAKAIAN/LAMPIN

1. Mandikan kanak-kanak SEORANG demi seorang.

2. Basuh (bilas) tandas atau kawasan yang digunakan

dengan cermat selepas setiap kali mandi atau sebelum

kanak-kanak lain menggunakannya.

3. Tukarkan baju kanak-kanak SEORANG demi seorang.

4. Semasa menukarkan pakaian kotor kanak-kanak,

pengasuh harus memakai penutup mulut dan hidung.

Page 38: PANDUAN PENCEGAHAN PENULARAN COVID -19 PASCA … PM/2... · Garis Panduan dan Prosedur Kebersihan dan KeselamatanTASKA sepanjang Covid-19 (PPBM) 5. Akta TASKA 1984 dan Peraturan TASKA

sambungan5. Terus memasukkan baju kotor ke dalam beg plastik dan

tutupkannya.

6. Untuk lampin terpakai, buang segera ke dalam tong sampahtertutup.

7. Pengasuh dan kanak-kanak hendaklah membasuh tanganselepas menyalin baju.

Page 39: PANDUAN PENCEGAHAN PENULARAN COVID -19 PASCA … PM/2... · Garis Panduan dan Prosedur Kebersihan dan KeselamatanTASKA sepanjang Covid-19 (PPBM) 5. Akta TASKA 1984 dan Peraturan TASKA

WAKTU TIDUR/ REHAT

1. Setiap kanak-kanak, secara individu, harus dikhaskankatil/tempat tidur, tilam, bantal, dan lain-lain yangdilabelkan mengikut nama masing-masing.

2. Kekalkan jarak kanak-kanak sebanyak 1 meter.

3. Sekiranya pengasuh diperlukan untuk membantu kanak-kanak sewaktu tidur siang, mereka perlu memakai penutupmulut dan hidung dan membasuh tangan sebelum danselepas membantu kanak-kanak tersebut.

Page 40: PANDUAN PENCEGAHAN PENULARAN COVID -19 PASCA … PM/2... · Garis Panduan dan Prosedur Kebersihan dan KeselamatanTASKA sepanjang Covid-19 (PPBM) 5. Akta TASKA 1984 dan Peraturan TASKA

PERATURAN SEMASA MENJEMPUT KANAK-KANAK DI TASKA

SEMASA MENJEMPUT ANAK DI TASKA

1. Asingkan waktu pengambilan balik semua kanak-kanak. Aturkan kumpulan kecilkanak-kanak (3-5 orang) dalam satu-satu masa untuk dijemput oleh ibu bapadengan jarak waktu 5-10 minit.

2. Ibu bapa/penjaga harus sampai ke sekolah sejurus sebelum waktu pengambilanyang ditetapkan untuk mengurangkan waktu menunggu, dan mengelakkanperkumpulan.

3. Sediakan ruangan menunggu untuk ibu bapa/penjaga mengambil anak-anakmereka. Letakkan penanda jarak 1 meter sebagai panduan ketika menunggu.

Page 41: PANDUAN PENCEGAHAN PENULARAN COVID -19 PASCA … PM/2... · Garis Panduan dan Prosedur Kebersihan dan KeselamatanTASKA sepanjang Covid-19 (PPBM) 5. Akta TASKA 1984 dan Peraturan TASKA

sambungan4. Memeriksa suhu setiap kanak-kanak, kakitangan, dan

pelawat yang meninggalkan kawasan TASKA.

5. Semua kakitangan dan kanak-kanak digalakkan membasuhtangan dengan sabun sebelum meninggalkan TASKA. (Nota:Penggunaan hand sanitiser dengan kerap adalah tidaksesuai terutamanya bagi kanak-kanak. Adalah lebih baikmenggunakan air dan sabun.)

6. Elakkan daripada membincangkan perihal anak dengan ibubapa/penjaga di dalam kawasan TASKA untukmeminimakan perkumpulan. Sebaliknya, berkomunikasimelalui panggilan ataupun aplikasi telefon / buku catatan.

Page 42: PANDUAN PENCEGAHAN PENULARAN COVID -19 PASCA … PM/2... · Garis Panduan dan Prosedur Kebersihan dan KeselamatanTASKA sepanjang Covid-19 (PPBM) 5. Akta TASKA 1984 dan Peraturan TASKA

sambungan

7. Kanak-kanak dan ibu bapa harus segera mandisetelah sampai ke rumah sebelum berinteraksidengan ahli keluarga yang lain (elakkan daripadabersentuhan atau berpelukan).

8. Baju yang dipakai di TASKA harus direndamdengan air sabun.

Page 43: PANDUAN PENCEGAHAN PENULARAN COVID -19 PASCA … PM/2... · Garis Panduan dan Prosedur Kebersihan dan KeselamatanTASKA sepanjang Covid-19 (PPBM) 5. Akta TASKA 1984 dan Peraturan TASKA

MESYUARAT DAN LATIHAN KAKITANGAN.

1. Kurangkan mesyuarat fizikal dan latihan kakitangan, terutamanya yang tidak diperlukan.

2. Kendalikan mesyuarat melalui emel ataupun sidang video sekiranya boleh.

3. Pilih latihan atas talian sekiranya boleh.

4. Untuk latihan yang perlu dan tidak dapat dikendalikan secara atas talian:

a. Jarakkan tempat duduk peserta latihan sekurang-kurangnya 1 meter.b. Elakkan aktiviti yang memerlukan kontak fizikal.c. Staf dinasihati supaya tidak berkumpul atau berbual.

Page 44: PANDUAN PENCEGAHAN PENULARAN COVID -19 PASCA … PM/2... · Garis Panduan dan Prosedur Kebersihan dan KeselamatanTASKA sepanjang Covid-19 (PPBM) 5. Akta TASKA 1984 dan Peraturan TASKA

APAKAH TINDAKAN YANG PERLU DILAKUKAN JIKA BERGEJALA

.

1. Mengisi Borang Akuan Kesihatan baharu.

2. Kakitangan atau kanak-kanak yang menunjukkan gejala adalahdilarang untuk berada di TASKA atau diasingkan (mengikutPeraturan 50 Peraturan TASKA 2012) dan dirujuk untuk nasihatperubatan (Peraturan 46 & 47 Peraturan TASKA 2012).

3. Kakitangan dan kanak-kanak yang dirujuk untuk nasihat doktorhendaklah mematuhi arahan seperti diperakui oleh pegawaiperubatan mengikut Peraturan 48 Peraturan TASKA 2012.

Page 45: PANDUAN PENCEGAHAN PENULARAN COVID -19 PASCA … PM/2... · Garis Panduan dan Prosedur Kebersihan dan KeselamatanTASKA sepanjang Covid-19 (PPBM) 5. Akta TASKA 1984 dan Peraturan TASKA

sambungan4. Kakitangan yang mengendalikan kanak-kanak atau

kakitangan yang bergejala harus memakai alat pelindungdiri- penutup mulut dan hidung (surgical mask 3 ply),sarung tangan dan lain-lain alat pelindung diri yangbersesuaian. Sebaik-baiknya kakitangan yang bergejaladiarah untuk mendapatkan rawatan/ kembali ke rumahuntuk rehat.

5. Elakkan bersalaman atau bersentuhan dengan orang lain.

Page 46: PANDUAN PENCEGAHAN PENULARAN COVID -19 PASCA … PM/2... · Garis Panduan dan Prosedur Kebersihan dan KeselamatanTASKA sepanjang Covid-19 (PPBM) 5. Akta TASKA 1984 dan Peraturan TASKA

sambungan

6. Pakai penutup mulut dan hidung sepanjang masa berada dalam TASKA dan apabila keluar.

7. Mengadakan penjarakan sosial dengan orang lain.

Page 47: PANDUAN PENCEGAHAN PENULARAN COVID -19 PASCA … PM/2... · Garis Panduan dan Prosedur Kebersihan dan KeselamatanTASKA sepanjang Covid-19 (PPBM) 5. Akta TASKA 1984 dan Peraturan TASKA

LANGKAH YANG PERLU DILAKUKAN SEKIRANYA TERDAPAT WARGA DALAM TASKA DISAHKAN POSITIF COVID-19.

1. Tutup TASKA serta merta

2. Berkomunikasi dengan ibu bapa, kanak-kanak dan kakitangan.

3. Jangan mendedahkan identiti kakitangan, kanak-kanak ataupun ibu bapayang dijangkiti dan berkomunikasi dengan cara yang mampumengelakkan stigma dan diskriminasi.

4. Berhubung dengan Pejabat Kesihatan berdekatan untuk mendapatkankhidmat nasihat.

5. Melakukan disinfeksi mengikut panduan KKM.

6. Buka pintu dan tingkap luar untuk membantu peredaran udara dikawasan tersebut.

Page 48: PANDUAN PENCEGAHAN PENULARAN COVID -19 PASCA … PM/2... · Garis Panduan dan Prosedur Kebersihan dan KeselamatanTASKA sepanjang Covid-19 (PPBM) 5. Akta TASKA 1984 dan Peraturan TASKA

sambungan7. Kakitangan kebersihan harus membersihkan dan

medisinfeksi setiap kawasan (contoh pejabat, tandas, danruangan am) yang digunakan oleh orang yang dijangkiti,dengan memfokuskan permukaan yang sering disentuh.

8. Sekiranya permukaan kotor, ia harus dibersihkan denganmenggunakan bahan pencuci atau air sabun sebelumdisinfeksi.

9. TASKA hanya beroperasi apabila tahap kebersihan dankeselamatan dipatuhi dan mendapat kebenaran dariPejabat Kesihatan Daerah.

Page 49: PANDUAN PENCEGAHAN PENULARAN COVID -19 PASCA … PM/2... · Garis Panduan dan Prosedur Kebersihan dan KeselamatanTASKA sepanjang Covid-19 (PPBM) 5. Akta TASKA 1984 dan Peraturan TASKA

TERIMA KASIH