panasonic melancarkan mentol led terkinipmpressroom.com/products/ledbulb2012dec/ledbulb_bm.pdf ·...

Download Panasonic Melancarkan Mentol LED Terkinipmpressroom.com/products/LEDBulb2012Dec/LEDBulb_BM.pdf · bahagian litar dijauhkan daripada badan di mana haba akan tertumpu. ... Mentol LED

If you can't read please download the document

Upload: duongnguyet

Post on 12-Feb-2018

229 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

  • 1

    Untuk Siaran Segera

    Panasonic Melancarkan Mentol LED Terkini Memperkenalkan Mentol LED Terkini yang tahan lama, menjimatkan tenaga dan mesra

    alam

    Kuala Lumpur, 29 November 2012 Panasonic Malaysia hari ini mengumumkan siri baru mentol LED, iaitu jenis pemantul, jenis kapsul, jenis lilin dan jenis lutsinar klasik moden, sejenis mentol LED inovatif baru yang memiliki tempoh hayat lama, menjimatkan tenaga, sekaligus memberikan anda penjimatan dalam jangka masa panjang.

    Mentol LED Panasonic dibangunkan dengan dua teknologi LED utama, iaitu teknologi

    rekabentuk optik dan teknologi lesapan haba tinggi. Teknologi optik menyebarkan

    cahaya menggunakan gabungan pakej LED yang disusun bagi membentuk bulatan di

    dalam sebuah glob besar bersama struktur pemantul berganda. Manakala, teknologi

    lesapan haba tinggi merupakan litar yang disusun di atas pakej LED bagi memastikan

    bahagian litar dijauhkan daripada badan di mana haba akan tertumpu.

    Teknologi LED dilengkapi dengan teknologi baru yang amat berkesan dalam menjimatkan

    penggunaan tenaga iaitu sehingga kira-kira 80% berbanding dengan mentol lampu pijar,

    memiliki jangka hayat 40 tahun (berdasarkan penggunaan selama 2.7 jam sehari), iaitu

    kira-kira 40 kali lebih lama berbanding dengan mentol lampu tradisional dan mesra alam

    kerana ia tidak mengandungi merkuri. Rangkaian mentol LED inovatif Panasonic adalah di

    antara yang paling cekap tenaga, ringan dan kecil di dalam industri ini.

    Jenis kapsul memberikan kecerahan tertinggi dengan sudut pancaran 160 untuk sebaran

    liputan cahaya yang luas. Jenis pemantul memberikan pencahayaan tertumpu dengan

    sudut pancaran fokus 120 dan sesuai digunakan sebagai lampu sorot. Kedua-dua jenis

    lampu ini dilitupi dengan kaca yang mengurangkan silau. Para pelanggan kini boleh

    menikmati cahaya yang lebih lembut serta selesa.

  • 2

    Jenis LED klasik moden yang memenangi pingat emas ini menyediakan cahaya berkilau,

    seperti mentol pijar yang lutsinar. Menggunakan teknologi pemancaran dan difusi cahaya

    proprietari Panasonic, mentol LED jenis klasik moden telah mencapai saiz, bentuk, posisi

    sumber cahaya, warna cahaya, kecerahan dan tebaran cahaya yang hampir-hampir sama

    dengan mentol lampu pijar. Mentol LED klasik moden telah memenangi anugerah emas di

    2012 good design award di Jepun dan 2012 product design award di Jerman,

    memenangi anugerah emas di 3 pertandingan rekabentuk kompetitif di A.S., Jerman dan

    Jepun. Antara sanjungan antarabangsa yang diterima oleh mentol ini adalah 2012

    universal design award di Jerman dan 2012 red dot design award juga di Jerman.

    Mentol LED jenis lilin menyerupai bentuk sebuah lilin, tetapi kecerahan cahaya 4W adalah

    sama seperti lampu tradisional 15W. Teknologi kecekapan tinggi membolehkan jangka

    hayat yang panjang, iaitu sehingga 15 000 jam.

    Mentol LED Halogen siri baru menawarkan pelbagai pilihan pencahayaan kepada para

    konsumer, rangkaian baru ditawarkan dengan 4W, 6W dan 7W, disediakan dalam 2 pilihan

    warna panas 2700K atau 3000K dengan pilihan sudut pancaran cahaya 24 dan 36.

    Sempena pelancaran ini, kami juga mengambil peluang untuk prebiu lampu meja LED

    baru kami. Lampu meja LED Panasonic kurang menyilau dan lebih selesa untuk mata

    bagi tempoh membaca atau menggunakan komputer yang lama.

    Lampu meja LED baru ini dilengkapi panel anti-silau khas dan pakej LED berkualiti tinggi.

    Panel anti-silau menyebarkan cahaya secara berkesan dan mengurangkan silau. Pakej

    LED berkualiti tinggi menghasilkan cahaya yang bebas UV dan bebas kerlipan. Hasilnya,

    lampu LED Panasonic kurang menyakitkan mata.

    Kami perhatikan bahawa permintaan untuk lampu LED semakin meningkat di Malaysia

    akibat polisi baru kerajaan yang melarang penggunaan mentol pijar serta para konsumer

    kini semakin peka mengenai isu-isu alam sekitar. Mentol LED inovatif lagi berkualiti tinggi

    kami menawarkan penjimatan tenaga serta bebas daripada merkuri. Maka, para

    konsumer akan menikmati penjimatan sambil mengurangkan impak ke atas alam sekitar

    melalui pemilihan jenis lampu mereka. kata Jeff Lee, Pengarah Urusan Panasonic

    Malaysia.

  • 3

    Berbekalkan matlamat untuk menjadi syarikat inovatif mesra alam No. 1 menjelang tahun

    2018, kami akan terus berinovasi dan menghasilkan lebih banyak produk eco yang

    menjimatkan tenaga, walaupun ia produk kecil seperti mentol lampu, untuk para

    konsumer.

    Latar belakang Panasonic Malaysia Sdn Bhd

    Panasonic Malaysia Sdn Bhd adalah sebuah syarikat jualan, perkhidmatan dan pemasaran untuk jenama Panasonic bagi rangkaian produk elektrik dan elektronik merangkumi audio visual, kelengkapan rumah, penyaman udara, kamera digital dan video, kelengkapan penyiaran profesional, sistem perniagaan, telekomunikasi, kesihatan dan penjagaan kecantikan hingga ke bateri dan lampu. Semua produk Panasonic boleh didapati menerusi pengedar sah kami di seluruh negara. Untuk maklumat lanjut berhubung jenama dan produk Panasonic, layari laman web kami di www.panasonic.com.my atau hubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan di 03-5543 7600.

    Bagi rakan media, sila muat turun siaran akhbar beserta gambar di www.pmpressroom.com Hubungan Media: Mazlee Mokhtar Eksekutif Kanan, Komunikasi Korporat & Penjenamaan Tel: 03 7809 7877 Faks: 03 7955 1857 Mobil: 019 383 7164 Emel: [email protected] Hubungan Produk: Bernice Wan Hue Soo Eksekutif, Jabatan Pemasaran Tenaga & Pencahayaan Tel: 03 7809 7614 Faks: 03 7955 2848 Mobil: 012 398 2186

    Emel: [email protected]

    ###