page 1 of 1 universiti putra malaysia 28/10/2016

1
UTAMA | FAKTA & ANGKA | DIREKTORI KAKITANGAN | LOKASI | PETA LAMAN | SOALAN LAZIM | HUBUNGI KAMI . CARI . Jumaat, Oktober 28, 2016 | A- | A | A+| EN | RU | AR BERITA » Bapa terharu terima ijazah bagi pihak anaknya yang meninggal Oleh Azman Zakaria Foto oleh Marina Ismail SERDANG, 22 Okt: Walaupun anak saya sudah tiada dan tidak menikmati detik-detik konvokesyen, tetapi hakikatnya beliau telah menggembirakan kami sekeluarga. Saya amat terharu dengan kejayaannya mendapat ijazah master.Demikian kata-kata Zulkeply Harun, 60, bapa kepada Maizulina, 33, pelajar yang meninggal dunia 18 Oktober lalu, lima hari sebelum Majlis Konvokesyen ke-40 Universiti Putra Malaysia (UPM), hari ini. Maizulina yang memperoleh Master Sains (Komunikasi Kemanusiaan) meninggal dunia di rumahnya di Seremban, Negeri Sembilan akibat leukimia. Zulkeply bersama isteri, Maimunah Abdul Samad, 59, dan anak-anak mereka yang lain, hari ini datang ke majlis konvokesyen UPM dan menerima ijazah Master Sains anaknya itu daripada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Tuanku Canselor UPM. Zulkeply, pesara tentera berkata Maizulina mula dikesan menghidap penyakit beberapa hari selepas Hari Raya Haji pada pertengahan September lalu apabila beberapa helai rambutnya tercabut serentak ketika ditarik untuk menghilangankan angin di kepala. Arwah selepas itu sering lemah dan mukanya pucat. Kami awalnya membawanya ke klinik di Seremban sebelum membawanya untuk pemeriksaan di Hospital Shah Alam. Pemeriksaan darah mendapati beliau menghidap leukimia,katanya. Menurutnya, sebelum daripada itu, Maizulina tidak menunjukkan sebarang tanda menghidap penyakit. Pada awalnya Maizulina mahu menghadiri majlis konvokesyen tetapi pada Jumaat minggu lalu (14 Oktober) mengambil keputusan tidak hadir kerana mengetahui dirinya tidak sihat. Adiknya (Maizulaikah) datang ke UPM menghantar borang yang diisi Maizulina itu untuk memaklumkan ketidak hadiran itu,katanya. Katanya, Maizulina, anak kedua daripada lima beradik bercita-cita untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Kedoktoran (PhD). Ini semua ketentuan Allah,katanya sambil melahirkan penghargaan kepada UPM yang menguruskan pengijazahan anaknya itu hari ini dan dapat bertemu dengan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah. Maimunah pula berkata, beliau terharu dan berbangga dengan kejayaan anaknya itu kerana gigih belajar walaupun turut menjaga dirinya (Maimunah) yang susah bergerak akibat sakit saraf. - UPM RSS | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian | Notis Hakcipta | Peta Laman | Bantuan| Jumlah Pelawat : @2013 Universiti Putra Malaysia Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer, Safari, Firefox, Google Chrome dengan resolusi 800 x 600 dan 1024 x 768 (S1) Kemaskini Terakhir : 28 Oct 2016 MENGENAI KAMI PENYELIDIKAN AKADEMIK JARINGAN ANTARABANGSA KEHIDUPAN KAMPUS PERKHIDMATAN Page 1 of 1 Universiti Putra Malaysia 28/10/2016 http://www.upm.edu.my/berita/details/IJAZAHMENINGGALBM

Upload: buixuyen

Post on 12-Jan-2017

230 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

UTAMA | FAKTA & ANGKA | DIREKTORI KAKITANGAN | LOKASI | PETA LAMAN | SOALAN LAZIM | HUBUNGI KAMI

.CARI .

Jumaat, Oktober 28, 2016

| A- | A | A+| EN | RU | AR

BERITA »

Bapa terharu terima ijazah bagi pihak anaknya yang meninggal

Oleh Azman ZakariaFoto oleh Marina Ismail

SERDANG, 22 Okt: “Walaupun anak saya sudah tiada dan tidak menikmati detik-detik konvokesyen, tetapi hakikatnya beliau telah menggembirakan kami sekeluarga.

“Saya amat terharu dengan kejayaannya mendapat ijazah master.”

Demikian kata-kata Zulkeply Harun, 60, bapa kepada Maizulina, 33, pelajar yang meninggal dunia 18 Oktober lalu, lima hari sebelum Majlis Konvokesyen ke-40 Universiti Putra Malaysia (UPM), hari ini.

Maizulina yang memperoleh Master Sains (Komunikasi Kemanusiaan) meninggal dunia di rumahnya di Seremban, Negeri Sembilan akibat leukimia.

Zulkeply bersama isteri, Maimunah Abdul Samad, 59, dan anak-anak mereka yang lain, hari ini datang ke majlis konvokesyen UPM dan menerima ijazah Master Sains anaknya itu daripada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Tuanku Canselor UPM.

Zulkeply, pesara tentera berkata Maizulina mula dikesan menghidap penyakit beberapa hari selepas Hari Raya Haji pada pertengahan September lalu apabila beberapa helai rambutnya tercabut serentak ketika ditarik untuk menghilangankan angin di kepala.

“Arwah selepas itu sering lemah dan mukanya pucat. Kami awalnya membawanya ke klinik di Seremban sebelum membawanya untuk pemeriksaan di Hospital Shah Alam. Pemeriksaan darah mendapati beliau menghidap leukimia,” katanya.

Menurutnya, sebelum daripada itu, Maizulina tidak menunjukkan sebarang tanda menghidap penyakit.

“Pada awalnya Maizulina mahu menghadiri majlis konvokesyen tetapi pada Jumaat minggu lalu (14 Oktober) mengambil keputusan tidak hadir kerana mengetahui dirinya tidak sihat. Adiknya (Maizulaikah) datang ke UPM menghantar borang yang diisi Maizulina itu untuk memaklumkan ketidak hadiran itu,” katanya.

Katanya, Maizulina, anak kedua daripada lima beradik bercita-cita untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Kedoktoran (PhD).

“Ini semua ketentuan Allah,” katanya sambil melahirkan penghargaan kepada UPM yang menguruskan pengijazahan anaknya itu hari ini dan dapat bertemu dengan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Maimunah pula berkata, beliau terharu dan berbangga dengan kejayaan anaknya itu kerana gigih belajar walaupun turut menjaga dirinya (Maimunah) yang susah bergerak akibat sakit saraf. - UPM

RSS | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian | Notis Hakcipta | Peta Laman | Bantuan| Jumlah Pelawat : @2013 Universiti Putra MalaysiaPaparan terbaik menggunakan Internet Explorer, Safari, Firefox, Google Chrome dengan resolusi 800 x 600 dan 1024 x 768 (S1) Kemaskini Terakhir : 28 Oct 2016

MENGENAI KAMI PENYELIDIKAN AKADEMIK JARINGAN ANTARABANGSA KEHIDUPAN KAMPUS PERKHIDMATAN

Page 1 of 1Universiti Putra Malaysia

28/10/2016http://www.upm.edu.my/berita/details/IJAZAHMENINGGALBM