pa900.files.wordpress.com€¦  · web viewsulit*11 stpm 2017 [lihat sebelah *kertas soalan ini...

15
SULIT* 2 Bahagian A [15 markah] Jawab semua soalan 1 Senaraikan empat kompenan yang diambil kira dalam Indeks Kualiti Hidup Malaysia (IKHM) [4m] (a) …………………………………………………………………………………………………….. (b) ……………………………………………………………………………………………………... (c) ……………………………………………………………………………………………………... (d) ………………………………………………………………………………………. ……………. Skema jawapan Bi l Idea 1 Pendidikan 2 Pengangkutan dan komunikasi (pakej) 3 Perumahan 4 Kebudayaan dan hiburan (pakej) 5 Pendapatan dan pengagihan (pakej) 6 Keselamatan awam 7 Kesihatan 2 Jelaskan dua nilai yang diterapkan dalam Gagasan 1Malaysia bagi menyatupadukan rakyat. [4m] (a) ……………………………………………………………………………………………………... ……………………………………………………………………………………………………... (b) . ……………………………………………………………………………………………………. …………………………………………………………………………………………………….. Skema jawapan STPM 2017 [Lihat sebelah *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*

Upload: others

Post on 21-Sep-2020

11 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: pa900.files.wordpress.com€¦  · Web viewSULIT*11 STPM 2017 [Lihat sebelah *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat

SULIT* 2

Bahagian A [15 markah]

Jawab semua soalan

1 Senaraikan empat kompenan yang diambil kira dalam Indeks Kualiti Hidup Malaysia (IKHM) [4m]

(a) ……………………………………………………………………………………………………..

(b) ……………………………………………………………………………………………………...

(c) ……………………………………………………………………………………………………...

(d) ………………………………………………………………………………………. …………….

Skema jawapan

Bil

Idea

1 Pendidikan 2 Pengangkutan dan komunikasi (pakej)3 Perumahan4 Kebudayaan dan hiburan (pakej)5 Pendapatan dan pengagihan (pakej)6 Keselamatan awam7 Kesihatan

2 Jelaskan dua nilai yang diterapkan dalam Gagasan 1Malaysia bagi menyatupadukan rakyat. [4m]

(a) ……………………………………………………………………………………………………...

……………………………………………………………………………………………………...

(b) . …………………………………………………………………………………………………….

……………………………………………………………………………………………………..

Skema jawapan

Bil Idea Huraian1 Budaya

Kecemerlangan Pengamalan budaya cemerlang akan membawa Malaysia ke tahap kejayaan serta pencapaian yang lebih tinggi.

2 Ketabahan Setiap perjuangan atau pelaksanaan kerja memerlukan ketabahan dan ketekunan pemimpin dan rakyatnya.

3 Rendah Hati. Rasa rendah hati ialah satu sifat yang penting.4 Penerimaan Penerimaan akan memperlihatkan perlakuan yang positif menerima

sepenuhnya sesuatu perkara dengan hati yang ikhlas tanpa ada unsur-unsur terpaksa.

5 Kesetiaan Semua kaum perlu mengutamakan kesetiaan dan kepentingan kepada negara mengatasi kesetiaan kepada kaum dan kelompok sendiri.

6 Integriti Semua pihak perlu mengamalkan nilai-nilai integriti supaya sesebuah kerajaan mendapat kepercayaan dan keyakinan rakyat

STPM 2017 [Lihat sebelah *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*

Page 2: pa900.files.wordpress.com€¦  · Web viewSULIT*11 STPM 2017 [Lihat sebelah *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat

SULIT* 3

3 Senaraikan tiga strategi untuk menjayakan Dasar Sains Dan Teknologi Nasional ke-2. [3m]

(a) ……………………………………………………………………………………………………...

(b) ………………………………………………………………………………………………….......

(c) ……………………………………………………………………………………………………..

Skema jawapan

Bil

Idea

1 Meningkatkan keupayaan penyelidikan dan pembangunan 2 Mengkomersil hasil penyelidikan dan pembangunan dalam bidang sains dan teknologi3 Membangunkan modal insan dalam sains dan teknologi4 Memanggil balik saintis Malaysia di luar negara5 Mewujudkan budaya sains, inovasi dan keusahawanan teknologi di Malaysia6 Mengukuhkan institusi penyelidikan dan pembangunan dalam bidang sains dan teknologi.

4 Huraikan dua usaha kerajaan dalam memperkukuhkan Dasar Perindustrian Negara. [4m]

(a) ………………………………………………………………………………………………...........

……………………………………………………………………………………………………...

(b) ……………………………………………………………………………………………………...

……………………………………………………………………………………………………..

Skema jawapan

Bil Idea Huraian1 Menggalakkan pelaburan

tempatan dalam projek megaMenyediakan pelbagai kemudahan yang melibatkan modal yang besar, teknologi tinggi dan pekerja mahir

2 Menubuhkan Perbadanan Industri Berat Malaysia (HICOM)

Mengenalpasti dan menguruskan projek-projek kerajaan dalam bidang industri berat secara usaha sama

3 Mengadakan usahasama dengan pelabur asing

Bertujuan untuk melatih pekerja yang mengendalikan atau menguruskan projek dalam kalangan buruh tempatan bagi memanfaatkan pemindahan teknologi

4 Mewujudkan industri kedua berasaskan teknologi tinggi

Mempercepatkan pertumbuhan industri barangan gantian import peringkat kedua

5 Memberi pelbagai insentif Menyediakan kemudahan kredit, tarif, subsidi dan lain-lain agar kos pengeluaran dapat dikurangkan bagi menghadapi persaingan di peringkat global

STPM 2017 [Lihat sebelah *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*

Page 3: pa900.files.wordpress.com€¦  · Web viewSULIT*11 STPM 2017 [Lihat sebelah *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat

SULIT* 4

Bahagian B [20 markah]

Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini. Jawapan hendaklah dibuat pada kertas graf.

5 Berdasarkan maklumat dalam petikan di bawah, sediakan carta yang sesuai untuk menunjukkan jumlah penagih dadah mengikut sektor pekerjaan dan cara pengambilan dadah di Malaysia pada tahun 2012.

Kerajaan mengistiharkan Dadah Musuh No 1 negara pada tahun 1983 apabila kegiatan penagihan dadah amat serius dan membahayakan negara. Walaupun rekod menunjukkan penurunan kes dadah namun ancaman kepada rakyat dan negara mendesak kerajaan meningkatkan usaha membanteras najis dadah.

Sepanjang tahun 2012 seramai 15 090 orang penagih dadah telah direkodkan walaupun berlaku penurunan kes sebanyak 19.14% berbanding tahun 2011. Sektor pengurusan dan pentadbiran merupakan sektor paling sedikit dan seramai 354 orang penagih dadah direkodkan. Sektor kedua tertinggi merekodkan jumlah penagih ialah perkhidmatan dan perkeranian seramai 4415 orang berbanding sektor buruh am dan teknikal yang paling ramai jumlah penagih dadah pada tahun 2012.

Sektor buruh am dan teknikal merekodkan jumlah penagih seramai 4509 orang. Kebanyakan pekerja dalam sektor buruh am dan teknikal adalah pelajar lepasan sekolah yang bermasalah dan menyambung belajar di institut kemahiran terdedah kepada pengaruh rakan. Sektor jualan dan peruncitan mencatatkan jumlah penagih seramai 2131 orang. Kebanyakkan penagih dalam sektor ini mudah mendapat bekalan daripada pembekal barang jualan seperti rokok dan tembakau.

Pekerja industri dan perkilangan mencatatkan 3681 orang penagih dadah atau 24.39% daripada jumlah keseluruhan penagih dadah pada tahun 2012. Seramai 15 090 orang yang dikesan menagih dadah pada tahun 2012 menggunakan pelbagai cara mengambil dadah. Cara pengambilan dadah paling tinggi direkodkan ialah dengan cara hidu dadah. Seramai 72.19% penagih dadah menggunakan cara ini dan mengikut kajian yang dijalankan oleh pihak AADK cara ini paling cepat dan berkesan kepada penagih.

Cara hisap merupakan amalan tradisional dan lazim diamalkan penagih dadah terutama penagih baharu. Seramai 1763 orang penagih menghisap dadah cara ini dan sukar dikesan tanpa bukti yang kukuh. Pihak narkotik amat pakar dalam bidang mengesan penagih dan cara pengambilan dadah. Seramai 1545 orang penagih menggunakan cara suntik untuk mengambil dadah terutama penagih tegar yang mahu cepat rasa kesan dadah.

Ramai penagih tidak gemar menggunakan cara telan kerana kesannya lambat dan penggunaannya berulang kali dalam tempoh yang singkat. Cara ini hanya melibatkan 889 orang penagih pada tahun 2012 dan kebanyakan diamalkan oleh individu yang sering menggunakan cara ini untuk menghilangkan stres atau jiwa tidak tenteram.

(Sumber: Disesuaikan daripada Laporan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Kementerian Dalam Negeri. Malaysia. 2014)

STPM 2017 [Lihat sebelah *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*

Page 4: pa900.files.wordpress.com€¦  · Web viewSULIT*11 STPM 2017 [Lihat sebelah *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat

SULIT* 5

(Sumber: Disesuaikan daripada Laporan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Kementerian Dalam Negeri. Malaysia. 2014)

STPM 2017 [Lihat sebelah *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*

Cara pengambilan dadah

Page 5: pa900.files.wordpress.com€¦  · Web viewSULIT*11 STPM 2017 [Lihat sebelah *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat

SULIT* 6

6 Berdasarkan maklumat dalam petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan aliran peratus perubahan tahunan nilai perolehan sektor pembuatan mengikut produk keluaran kilang bukan berasaskan sumber di Malaysia antara tahun 2000, 2005, 2010 dan 2015.

Pembangunan ekonomi negara dijana oleh beberapa sektor ekonomi utama terutama sektor pembuatan. Kerajaan telah berjaya mentransformasikan ekonomi negara berasaskan pertanian dan komoditi kepada berasaskan industri. Sektor pembuatan secara umumnya melibatkan barang dan perkhidmatan dan terbahagi kepada berasaskan sumber dan bukan berasaskan sumber.

Bagi produk kilang bukan berasaskan sumber dalam sektor pembuatan produk tekstil, pakaian dan keluaran kulit mencatatkan nilai perolehan paling rendah pada tahun 2000 sebanyak RM 2324 juta dan nilai produk ini menurun sedikit kepada RM1818 juta pada tahun 2005. Walau bagaimanapun pada tahun 2010 perolehan produk ini telah meningkat kepada RM 2040 juta, begitu juga pada tahun 2015 telah meningkat sebanyak RM 125 juta berbanding perolehan pada tahun 2000.

Pada tahun 2000, produk sektor keluaran logam mencatatkan nilai sebanyak RM 2879 juta. Namun, pada tahun 2005 mengalami sedikit kenaikan nilai perolehan menjadi RM 4560 juta, manakala nilai perolehan pada tahun 2010 pula mencatatkan sebanyak RM 4189 juta. Sektor ini mencatatkan peningkatan nilai perolehan kepada RM 5981 juta pada tahun 2015. Permintaan dan kejatuhan harga besi dan keluli mempengaruhi nilai perolehan keluaran logam.

Produk elektronik pula menyumbang kepada peningkatan nilai perolehan walaupun sektor pembuatan mengalami pertumbuhan negatif pada tahun 2001. Sektor elektronik mencatatkan nilai perolehan sebanyak RM 23 043 juta pada tahun 2005 berbanding RM 19 863 juta pada tahun 2000. Produk ini terus meningkat kepada RM 37 702 juta pada tahun 2015 berbanding RM 33 309 juta pada tahun 2010. Peningkatan nilai ini didorong oleh permintaan yang tinggi dari negara Amerika Syarikat dan Asia Pasifik.

Pada tahun 2000 produk kelengkapan pengangkutan dan sebahagian besar pertumbuhannya dijana daripada industri automotif terutama keperluan alat ganti kenderaan, secara langsung meningkatkan nilai perolehan produk tersebut. Pada tahun 2015 mencatatkan nilai perolehan sebanyak RM 18 044 juta. Pada tahun 2010 mencatatkan nilai sebanyak RM 15 544 juta, manakala pada tahun 2000 nilai perolehan produk ini sebanyak RM 7417 juta dan bertambah kepada RM 10 667 juta pada tahun 2005.

Dalam tempoh menjelang tahun 2020, kerajaan mengkhususkan tumpuan kepada mempertingkat sektor pembuatan ke arah aktiviti yang mempunyai nilai tambah lebih tinggi dan meningkatkan keupayaan dalam penyediaan perkhidmatan berkaitan pembuatan.

(Sumber: Dipetik dan diubahsuaikan daripada Laporan Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perangkaan Malaysia.KL.2015)

STPM 2017 [Lihat sebelah *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*

Page 6: pa900.files.wordpress.com€¦  · Web viewSULIT*11 STPM 2017 [Lihat sebelah *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat

SULIT* 7

STPM 2017 [Lihat sebelah *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*

Page 7: pa900.files.wordpress.com€¦  · Web viewSULIT*11 STPM 2017 [Lihat sebelah *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat

SULIT* 8

Bahagian C [25 markah]

Pilih satu daripada tajuk di bawah ini dan tulis karangan yang panjangnya antara 300 hingga 350 patah perkataan.

7 Inovasi dalam disiplin sains dan teknologi banyak menyumbang kepada kehidupan masyarakat dan negara dalam pelbagai sektor. Jelaskan.

Skema jawapan

Pendahuluan

Inovasi dalam disiplin sains dan teknologi banyak menyumbang kepada kehidupan masyarakat pada masa kini dalam pelbagai bidang. Kehidupan manusia menjadi bertambah maju dengan adanya inovasi dalam disiplin ini.

Bil Idea Huraian

1 Domestik Penggunaan domestik: mesin basuh, ketuhar gelombang mikro, komputer, televisyen, dan lain-lain

Dapat memudahkan kehidupan seharian Menggambarkan kekayaan material masyarakat

2 Perindustrian Penggunaan mesin dan komputer dapat mencepatkan pengeluaran barangan

Penciptaan mesin automasi dan robotik dapat meningkatkan kecekapan dan kualiti produk

3 Pertanian Hampir semua aktiviti pertanian menggunakan sains dan teknologi Penghasilan baka / benih yang baik Penggunaan jentera membajak, menanam, menuai dapat percepatkan

kerja

4 Perubatan Penciptaan teknologi dalam perubatan kini sangat pesat Penciptaan ubat dan vaksin Penciptaan peralatan mengesan dan mengubati penyakit

5 Pendidikan Pengunaan komputer, LCD, dan teknologi dalarn pendidikan dapat meningkatkan mutu pembelajaran

Pendidikan jarak-jauh, e learning, televideo, dan sebagainya memudahkan pembelajaran

6 Pembinaan Penggunaan teknologi dapat meningkatkan kualiti pembinaan Teknologi kejuruteraan binaan tahan gempa bumi Penggunaan teknologi hijau dalam pembinaan

7 Telekomunikasi Kadar celik komputer dan ICT dalam kalangan masyarakat Malaysia semakin meningkat

Memudahkan perhubungan Meningkatkan pengetahuan dalam kalangan masyarakat

8 Ekonomi Melahirkan ramai usahawan berjaya melalui Internet

STPM 2017 [Lihat sebelah *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*

Page 8: pa900.files.wordpress.com€¦  · Web viewSULIT*11 STPM 2017 [Lihat sebelah *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat

SULIT* 9

Perdagangan / perniagaan semakin berkembang melalui aplikasi edagang

9 Keselamatan Penggunaan peralatan seperti pengawasan satelit dapat meningkatkan keselamatan negara

Penggunaan CCTV

10 Forensik Mengesan penjenayah Mengenal pasti penjenayah melalui kesan cap jari dan DNA

Kesimpulan

Kehidupan manusia menjadi semakin mudah dan maju dengan munculnya rekaan dan kaedah baru dalam menyelesaikan masalah dalam kehidupan manusia.

Skema

Pilih mana-mana 5 idea

STPM 2017 [Lihat sebelah *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*

Page 9: pa900.files.wordpress.com€¦  · Web viewSULIT*11 STPM 2017 [Lihat sebelah *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat

SULIT* 10

8 Kenaikan harga minyak mentah dunia secara berterusan turut menggugat kemakmuran dan kesejahteraan negara. Oleh itu, pihak kerajaan telah melaksanakan beberapa langkah untuk mengurangkan kesan yang dialami oleh rakyat. Bincangkan.

Skema jawapan

Pendahuluan

Kenaikan harga minyak secara berterusan mendorong pelbagai implikasi yang menjejaskan kesejahteraan Negara kita. Oleh itu, beberapa langkah telah diambil oleh kerajaan bagi menjamin kehidupan rakyat tidak terjejas ekoran gejala tersebut.

Bil Idea Huraian

A : Implikasi kenaikan harga minyak mentah terhadap kemakmuran dan kesejahteraan negara

1 Kos sara hidup meningkat

Harga barang keperluan dan perkhidmatan akan meningkat kerana minyak ialah kos perantaraan dalam proses pengeluaran dan penghantaran

Pengeluar akan mengalihkan beban yang ditanggung kepada pengguna apabila kos pengeluaran meningkat

Maka harga barang keperluasn akan dinaikkan untuk mengurangkan tanggungan pengeluar

Kuasa beli pengguna akan berkurangan /inflasi dan menyebabkan kos sara hidup meningkat

2 Kos pembangunan meningkat

Pendapatan negara akan berkurangan dan Pertumbuhan ekonomi menjadi lembap kerana negara akan

kehilangan modal untuk pembangunan. Harga bahan binaan turut meningkat kesan daripada peningkatan kos

pengangkutan dan pengeluaran. Kos pembinaan pembangunan infrastruktur turut meningkat

3 Kadar pelaburan akan menurun

Pelabur-pelabur enggan melabur kerana keuntungan berkurang akibat kos operasi yang tinggi

Kadar faedah pinjaman turut meningkat Menyebabkan pelabur akan menabung untuk mendapatkan pulangan

yang tinggi dan mengurangkan risiko pelaburan

4 Kadar pengangguran meningkat

Bagi meminimakan kos pengeluaran, pekerja-pekerja diberhentikan oleh majikan

Kadar pengangguran juga meningkat disebabkan firma mengurangkan pengeluaran yang berpunca daripada permintaan yang rendah

Keadaan ini menyebabkan kadar pengangguran meningkat

5 Nilai mata wang meningkat

Malaysia antara negara pengeksport ininyak dunia Eksport ininyak Malaysia mengatasi import sumber tenaga ini Peningkatan harga minyak akan menyumbang kepada peningkatan

nilai ringgit6 Pendapatan negara

meningkat Minyak menyumbang hampir 40% kepada pendapatan negara. Peningkatan harga minyak menyumbang kepada peningkatan pendapatan negara daripada perolehan pendapatan eksport Pendapatan juga meningkat kesan peningkatan nilai ringgit

STPM 2017 [Lihat sebelah *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*

Page 10: pa900.files.wordpress.com€¦  · Web viewSULIT*11 STPM 2017 [Lihat sebelah *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat

SULIT* 11

B : Langkah yang diambil oleh kerajaan untuk mengurangkan kesan yang dialami oleh penduduk

7 Pengurangan cukai Kerajaan boleh mengurangkan pelbagai cukai untuk merancakkan pertumbuhan ekonomi semula

Cukai yang dikurangkan akan meningkatkan kuasa beli dan permintaan pengguna.

Keadaan ini turut akan meningkatkan penawaran barangan oleh firma

Harga barangan dan perkhidmatan akan menurun dan seterusnya mengurangkan kos perbelanjan rakyat

8 Memperkasakan undang-undangkawalan harga

Pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna perlu memantau peniaga-peniaga yang menaikkan harga barang dan perkhidmatan dengan sewenang-wenangnya

Denda yang maksimum perlu dikenakan terhadap peniaga yang gagal mematuhi arahan yang telah ditetapkan oleh pihak kementerian terbabit

Menggubal dan meminda undang-undang terhadap harga barangan tertentu seperti barang keperluan asas.

Dengan menetapkan harga lantai dan harga siling bagi barangan tertentu seperti barangan keperluan asas dalam kalangan rakyat

Mengawal eksploitasi harga oleh penjual dan orang tengah

9 Bantuan kewangan / subsidi harga

Kerajaan turut memberi subsidi terhadap barangan keperluan asas bagi mengelakkan peningkatan harga berterusan

Harga barangan dapat dikawal melalui subsidi harga dan seterusnya mengurang kos sara hidup rakyat.

10 Menubuhkan pusat UTC / kedai 1Malaysia

Menjual pelbagai barangan di satu tempat dengan harga yang berpatutan

Menyediakan perkhidmatan kepada rakyat yang berpendapatan rendah seperti klinik 1Malaysia. - seterusnya dapat mengurangkan beban tangunggan rakyat dalam perbelanjaan

Kesimpulan

Setiap pihak harus berkerjasama membantu kerajaan dalam menangani kenaikan harga minyak agar kesejahteraan hidup rakyat akan terus dinikmati bersama.

Skema

Mana-mana 2+3/3+2

STPM 2017 [Lihat sebelah *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*