operasi datang lewat ke sekolah

10

Click here to load reader

Upload: syaaban

Post on 20-Jun-2015

27.335 views

Category:

Documents


16 download

TRANSCRIPT

Page 1: Operasi datang lewat ke sekolah

SMK Taman Indah

SMK TAMAN INDAH 73000 TAMPIN

N.SEMBILAN DARUL KHUSUS

OPERASI DATANG LEWAT KE

SEKOLAH

NAMA AGENSI : SMK TAMAN INDAH KOD SEKOLAH : NEA 5057 NO. TELEFON : 06-4414479 N0. FAKS : 06 -4413502 E-MAIL : [email protected]

BLOG : http://myhemsmti.blogspot.com

Orang yang cemerlang melihat setiap halangan sebagai peluang untuk mengasah potensi; manakala orang yang tidak cemerlang menganggap setiap halangan sebagai alasan yang menyebabkan kemundurannya.. Jadilah anda seorang yang berfikiran cemerlang…..

Page 2: Operasi datang lewat ke sekolah

SMK T1 2012 Page 1

“DISIPLIN TERAS KECEMERLANGAN”

“HIDUP YANG BERGUNA IALAH HIDUP YANG KETIKA PETANG MEMBAWA SULUH KERANA MALAM YANG AKAN SAMPAI”

- Fathiyah Abu Bakar

1.0 PENGENALAN

Program ini bertujuan untuk membendung gejala datang lewat daripada terus berleluasa. Gejala datang lewat merupakan salah satu fokus utama yang berkaitan dengan salah laku murid di sekolah kerana kekerapannya yang semakin meningkat. Jika tidak dibanteras, masalah ini akan membawa kesan negatif kepada murid, keluarga dan sekolah. 2.0 MATLAMAT

Program ini perlu diberi penekanan supaya masalah datang lewat dapat diatasi di samping menghindari pelbagai masalah disiplin yang lain. Program ini juga dirancang untuk membentuk budaya cemerlang dan menjana prestasi murid yang gemilang dalam bidang sahsiah, akademik dan kokurikulum. 3.0 OBJEKTIF 3.1 Membanteras gejala datang lewat ke sekolah. 3.2 Menyedarkan murid supaya mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan walaupun di mana-mana sahaja mereka berada. 3.3 Menyemai sikap menghargai masa dalam kalangan murid. 3.4 Membentuk budaya sekolah yang cemerlang dan melahirkan murid yang berdisiplin. 4.0 DEFINISI Datang lewat boleh ditakrifkan sebagai tiba ke sekolah selepas waktu yang ditetapkan oleh pengurusan sekolah. 5.0 SASARAN Semua murid sekolah berkenaan. 6.0 SUMBER TENAGA Guru-guru, pengawas, ibu bapa / penjaga, pemimpin masyarakat, Polis, pasukan RELA, orang awam. 7.0 IMPLIKASI Masalah murid datang lewat ke sekolah akan menimbulkan gejala negatif lain kepada murid. Murid akan hilang sikap bertanggungjawab, suka berbohong, berdolakdalik dan yang lebih buruk lagi, murid akan bersikap menentang. Murid sebegini akan ketinggalan dalam bidang akademik dan mungkin boleh menjerumuskan mereka ke dalam kegiatan negatif yang lebih buruk. Hal ini akan menjejaskan pencapaian sekolah dalam semua bidang.

Page 3: Operasi datang lewat ke sekolah

SMK T1 2012 Page 2

“DISIPLIN TERAS KECEMERLANGAN”

8.0 JENIS-JENIS DATANG LEWAT KE SEKOLAH

8.1 Datang lewat yang dirancang. 8.2 Datang lewat yang tidak dirancang.

9.0 ANTARA FAKTOR YANG DIKENAL PASTI MENJADI PUNCA MURID DATANG LEWAT KE SEKOLAH

9.1 Bangun lewat.

9.2 Kesesakan lalu lintas.

9.3 Kediaman di luar zon penempatan sekolah.

9.4 Sikap murid tidak menghargai masa.

9.5 Sikap ibu bapa / penjaga yang tidak prihatin terhadap ketetapan masa murid hadir ke

sekolah.

9.6 Sikap guru yang sambil lewa tentang kes datang lewat.

9.7 Kurang penguatkuasaan tentang peraturan datang lewat.

9.8 Jadual perjalanan bas sekolah yang mengambil murid-murid dari banyak kawasan

perumahan dan menghantar mereka ke sekolah yang berlainan.

9.9 Pengaruh rakan sebaya atau rakan tua.

10.0 STRATEGI PELAKSANAAN

10.1 Membentuk Jawatankuasa Khas untuk Operasi Datang Lewat Ke Sekolah (Rujuk

Lampiran Awas 5.3).

10.2 Membentuk Pelan Tindakan murid datang lewat ke sekolah.

10.3 Mengedarkan Surat Pemberitahuan Program Operasi Datang Lewat ke Sekolah

kepada ibu bapa/penjaga sekolah.

10.4 Memberikan taklimat mengenai program kepada semua guru. Menjelaskan

Pelan Tindakan yang dirancang dan didokumentasikan.

10.5 Memberikan taklimat mengenai program kepada semua murid semasa perhimpunan.

10.6 Memberikan taklimat mengenai program kepada Ahli Jawatankuasa PIBG.

10.7 Menghantar senarai nama pelajar yang kerap datang lewat kepada Guru Disiplin/Guru

Bimbingan dan Kaunseling - Rekod Harian dan Rekod Bulanan (Borang Awas 5.1,

Borang Awas 5.2 dan Borang Awas 5.3 ).

10.8 Melaksanakan Pelan Tindakan jika murid datang lewat ke sekolah.

Page 4: Operasi datang lewat ke sekolah

SMK T1 2012 Page 3

“DISIPLIN TERAS KECEMERLANGAN”

11.0 PROSES KERJA : PENGENDALIAN KES PELAJAR DATANG LEWAT KE SEKOLAH

Tindakan Guru Bertugas dan Pengawas :

1. Mencatatkan nama, masa dan tarikh pelajar datang lewat ke sekolah ke dalam Buku

Rekod Murid Datang Lewat.

2. Menyerahkan nama-nama murid yang datang lewat 3 kali atau lebih kepada Guru

Disiplin.

3. Siasatan dilakukan oleh Guru Disiplin. Sekiranya alasan yang diberikan munasabah (

lewat yang tidak dirancang), murid akan dihantar kepada Guru Bimbingan dan

Kaunseling.

4. Sekiranya alasan yang diberikan tidak munasabah (lewat yang dirancang), murid akan

dibawa ke bilik disiplin untuk diambil tindakan mengikut tatacara seperti yang

berikut :

Bil. Hari Lewat Tatacara Tindakan Tindakan

1- 2 Kali - Diberi amaran secara lisan - Direkodkan ke dalam buku rekod datang lewat

Guru Bertugas Pengawas

3 kali - Diberi amaran secara lisan - Dirotan 1 kali - Direkodkan ke dalam sistem data SSDM

Guru Disiplin

Kes Berulang

- Dirujuk kepada Guru Bimbingan & Kaunseling: - Hubungi ibu bapa / Penjaga - Mengikuti program lapor dan pantau - Akur janji pelajar dan ibu bapa/ penjaga

Guru Bimbingan & kaunseling Guru Disiplin PK HEM

CATATAN : Sekiranya kes terus berulang selepas akur janji bersama ibu

bapa, murid perlu dimasukkan semula ke dalam program lapor dan pantau hingga sikap berubah.

12.0 RUMUSAN Operasi murid datang lewat ke sekolah dapat membantu pihak sekolah meningkatkan tahap disiplin di sekolah dan seterusnya dapat membentuk budaya yang cemerlang serta meningkatkan prestasi pelajar dalam aspek sahsiah, akademik dan kokurikulum.

Page 5: Operasi datang lewat ke sekolah

SMK T1 2012 Page 4

“DISIPLIN TERAS KECEMERLANGAN”

Lampiran AWAS 5.1

CARTA ALIR OPERASI DATANG LEWAT KE SEKOLAH

PERINGATAN : KES RINGAN YANG BERLAKU 3 KALI TELAH DIKATEGORIKAN SEBAGAI KES

SEDERHANA DAN SEKIRANYA BERULANG BOLEH DIKATEGORIKA N SEBAGAI KES BERAT. SEKIRANYA KES TERUS BERLAKU – RUJUKAN KE S AKAN BERPINDAH KEPADA KATEGORI KES BERAT.

SIASATAN REKOD

KALI PERTAMA DAN KEDUA

KALI KETIGA

KES BERULANG

RUJUK :GURU DISIPLIN , GURU BIMBINGAN DAN

KAUNSELING

TINDAKAN

AMARAN DAN KERJA-KERJA AMAL

ROTAN SEKALI DAN REKOD DALAM SSDM

KES SELESAI

HUBUNGI IBU BAPA

PROGRAM L APOR DAN PANTAU

AKUR JANJI PELAJAR DAN IBU BAPA

KES SELESAI

Page 6: Operasi datang lewat ke sekolah

SMK T1 2012 Page 5

“DISIPLIN TERAS KECEMERLANGAN”

Lampiran AWAS 5.2

SENARAI SEMAK OPERASI PONTENG KELAS

BIL ITEM TANDAKAN ( / )

CATATAN (TARIKH DLL)

1 Pekeliling Panduan Mengatasi Masalah Pelajar Datang Lewat Ke Sekolah

2 Surat Panggilan Ibu bapa/ Penjaga Pelajar Ke Sekolah untuk perbincangan mengenai pelajar datang lewat ke sekolah

3 Tatacara Pengambilan Kehadiran Ke Sekolah

4 Surat –Surat Amaran Salah laku

5 Surat Janji Temu Kaunseling

Page 7: Operasi datang lewat ke sekolah

SMK T1 2012 Page 6

“DISIPLIN TERAS KECEMERLANGAN”

Lampiran AWAS 5.3

JAWATANKUASA KHAS MENANGANI PELAJAR DATANG LEWAT KE SEKOLAH Pengerusi : Pengetua

Timbalan Pengerusi I : Penolong Kanan HEM

Naib Pengerusi I : Penolong Kanan 1

Naib Pengerusi II : Penolong Kanan Kokurikulum

Setiausaha : Guru Bimbingan dan Kaunseling

Penyelaras : Ketua Guru Disiplin

Ahli Jawatankuasa : 1. Guru Bertugas Mingguan.

2. Guru Disiplin.

3. Guru Pengawas.

4. Pengawas – Skuad Khas.

5. Guru Tingkatan.

6. Pengawal Keselamatan Sekolah.

Page 8: Operasi datang lewat ke sekolah

SMK T1 2012 Page 7

“DISIPLIN TERAS KECEMERLANGAN”

Borang AWAS 5.1

OPERASI DATANG LEWAT KE SEKOLAH PROGRAM LAPOR DAN P ANTAU

Nama murid : ___________________________________________________

Tingkatan : ____________________

Bulan : ___________________

TARIKH HARI MASA CATATAN KAUNSELOR T/TANGAN

PELAJAR KAUNSELOR

Ulasan Guru Bimbingan dan Kaunseling :

______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

Disediakan oleh: ........................................................ Tarikh : ................................ ( Nama Guru B & K ) Disahkan : ....................................................... Tarikh : ................................. (Pengetua / PK HEM)

Page 9: Operasi datang lewat ke sekolah

SMK T1 2012 Page 8

“DISIPLIN TERAS KECEMERLANGAN”

Borang AWAS 5.2 REKOD HARIAN

SENARAI PELAJAR DATANG LEWAT KE SEKOLAH

TINGKATAN : ______________________________

TARIKH : ______________________________

BIL NAMA MURID LEWAT JANTINA BANGSA CATATAN

Pengesahan : ________________________________

Page 10: Operasi datang lewat ke sekolah

SMK T1 2012 Page 9

“DISIPLIN TERAS KECEMERLANGAN”

Borang AWAS 5.3

REKOD BULANAN SENARAI PELAJAR DATANG LEWAT KE SEKOLAH

TINGKATAN : ______________________________

BULAN : ______________________________

BIL NAMA MURID LEWAT JANTINA BANGSA KEKERAPAN

LEWAT TARIKH LEWAT

Pengesahan : ________________________________