ogos 2013 amanat ketua pengarah ... file3 terutama yang berpendapatan rendah. teori ekonomi...

9
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, dan salam 1 Malaysia. Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala kerana dengan izin-Nya kita dapat meneruskan aktiviti kehidupan dalam keadaan sihat dan sejahtera. Pembaca yang dihormati sekalian, Kita sedang memodenkan industri perikanan negara secara lestari melalui amalan perikanan baik. Justeru, Kod Amalan Untuk Perikanan Yang Bertanggungjawab (Code of Conduct For Responsible Fisheries, CCRF) telah diwujudkan dan diamalkan secara global. Di peringkat Asia Tenggara, “Garis Panduan Serantau Untuk Perikanan Yang Bertanggungjawab Di Asia Tenggara” telah digubal. Buku mengenai CCRF ini telah diterbitkan oleh beberapa negara dalam pelbagai bahasa sebagai garis panduan dalam memastikan industri perikanan di negara masing- masing diuruskan secara bertanggungjawab. Sehubungan itu, Jabatan Perikanan juga telah menerbitkan empat siri buku CCRF iaitu “Operasi Menangkap Ikan Yang Bertanggungjawab”, “Akuakultur Yang Bertanggungjawab”, Amalan Lepas Tuai dan Perdagangan Yang Bertanggungjawab” dan Pengurusan Perikanan Yang Bertanggungjawab”. Kod Amalan Untuk Perikanan Yang Bertanggungjawab ini perlu dijadikan panduan oleh kita semua terutamanya pengusaha- pengusaha perikanan bagi memastikan hasil-hasil perikanan dapat dieksport ke luar negara. Ini adalah kerana negara-negara pengimport hanya menerima produk-produk yang berkualiti, selamat dimakan dan telah mendapat persijilan tertentu seperti Persijilan Kesihatan, GMP, HACCP, Halal, SPLAM, SAAB dan lain-lain sahaja. Persijilan ini adalah jaminan bahawa produk- produk perikanan sama ada ikan segar dan hasil pemprosesan telah dihasilkan melalui kaedah yang mematuhi syarat-syarat tertentu. Contoh bagi subsektor akuakultur dalam penggunaan benih, bahan dan peralatan yang dibenarkan bermula dari pelepasan benih sehingga dituai, akan diaudit oleh pihak yang dilantik. Bagi subsektor perikanan tangkapan, setiap aktiviti akan diaudit bermula dari aspek spesifikasi bot, pengendalian ikan di atas bot seperti penggunaan ais, penggunaan kotak ikan berinsulas sehingga dipasarkan. Sehubungan itu, semua warga perikanan, nelayan-nelayan, penternak dan pengusaha industri asas tani hendaklah dilengkapi pengetahuan-pengetahuan ini. Bagi nelayan, mereka juga perlu mempelajari Ilmu pelayaran dan perlu melelengkapkan vesel mereka dengan peralatan yang moden. Bagi warga perikanan, mereka perlu meningkatkan pengetahuan mengikut bidang masing-masing. Pembentukan kemahiran di kalangan pegawai- pegawai menjadi agenda Jabatan Perikanan bagi memastikan mereka dapat menjadi fasilitator kepada kumpulan sasar. Para pembaca yang dihormati sekalian, Cabaran kita pada hari ini ialah meningkatkan produktiviti hasil perikanan dan meningkatkan pendapatan kumpulan sasar. Ada dua mesej yang jelas iaitu memastikan sumber makanan yang mencukupi dan meningkatkan pendapatan kumpulan sasar Ogos 2013 http://www.dof.gov.my (bersambung ke muka surat 3) AMANAT Ketua Pengarah Perikanan 1

Upload: phunghanh

Post on 21-Mar-2019

221 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Ogos 2013 AMANAT Ketua Pengarah ... file3 terutama yang berpendapatan rendah. Teori ekonomi mengatakan, masalah ketidakcukupan makanan akan berlaku apabila jumlah permintaan yang melebihi

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, dan salam 1 Malaysia.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat AllahSubhanahu Wata’ala kerana dengan izin-Nya kita dapat

meneruskan aktiviti kehidupan dalam keadaan sihat dan sejahtera.

Pembaca yang dihormati sekalian,

Kita sedang memodenkan industri perikanan negara secara lestari

melalui amalan perikanan baik. Justeru, Kod Amalan Untuk

Perikanan Yang Bertanggungjawab (Code of Conduct ForResponsible Fisheries, CCRF) telah diwujudkan dan diamalkan

secara global. Di peringkat Asia Tenggara, “Garis Panduan

Serantau Untuk Perikanan Yang Bertanggungjawab Di Asia

Tenggara” telah digubal. Buku mengenai CCRF ini telah diterbitkan

oleh beberapa negara dalam pelbagai bahasa sebagai garis

panduan dalam memastikan industri perikanan di negara masing-

masing diuruskan secara bertanggungjawab.

Sehubungan itu, Jabatan Perikanan juga telah menerbitkan empat

siri buku CCRF iaitu “Operasi Menangkap Ikan Yang

Bertanggungjawab”, “Akuakultur Yang Bertanggungjawab”,

Amalan Lepas Tuai dan Perdagangan Yang Bertanggungjawab”

dan Pengurusan Perikanan Yang Bertanggungjawab”.

Kod Amalan Untuk Perikanan Yang Bertanggungjawab ini perlu

dijadikan panduan oleh kita semua terutamanya pengusaha-

pengusaha perikanan bagi memastikan hasil-hasil perikanan dapat

dieksport ke luar negara. Ini adalah kerana negara-negara

pengimport hanya menerima produk-produk yang berkualiti,

selamat dimakan dan telah mendapat persijilan tertentu seperti

Persijilan Kesihatan, GMP, HACCP, Halal, SPLAM, SAAB dan

lain-lain sahaja. Persijilan ini adalah jaminan bahawa produk-

produk perikanan sama ada ikan segar dan hasil pemprosesan

telah dihasilkan melalui kaedah yang mematuhi syarat-syarat

tertentu. Contoh bagi subsektor akuakultur dalam penggunaan

benih, bahan dan peralatan yang dibenarkan bermula dari

pelepasan benih sehingga dituai, akan diaudit oleh pihak yang

dilantik. Bagi subsektor perikanan tangkapan, setiap aktiviti akan

diaudit bermula dari aspek spesifikasi bot, pengendalian ikan di

atas bot seperti penggunaan ais, penggunaan kotak ikan

berinsulas sehingga dipasarkan.

Sehubungan itu, semua warga perikanan, nelayan-nelayan,

penternak dan pengusaha industri asas tani hendaklah dilengkapi

pengetahuan-pengetahuan ini. Bagi nelayan, mereka juga perlu

mempelajari Ilmu pelayaran dan perlu melelengkapkan vesel

mereka dengan peralatan yang moden. Bagi warga perikanan,

mereka perlu meningkatkan pengetahuan mengikut bidang

masing-masing. Pembentukan kemahiran di kalangan pegawai-

pegawai menjadi agenda Jabatan Perikanan bagi memastikan

mereka dapat menjadi fasilitator kepada kumpulan sasar.

Para pembaca yang dihormati sekalian,

Cabaran kita pada hari ini ialah meningkatkan produktiviti hasil

perikanan dan meningkatkan pendapatan kumpulan sasar. Ada

dua mesej yang jelas iaitu memastikan sumber makanan yang

mencukupi dan meningkatkan pendapatan kumpulan sasar

Ogos 2013 http://www.dof.gov.my

(bersambung ke muka surat 3)

AMANAT

Ketua Pengarah Perikanan

1

Page 2: Ogos 2013 AMANAT Ketua Pengarah ... file3 terutama yang berpendapatan rendah. Teori ekonomi mengatakan, masalah ketidakcukupan makanan akan berlaku apabila jumlah permintaan yang melebihi

21 Jun 2013Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman

Antara Jabatan Perikanan Malaysia yang diwakili

oleh YH Dato’ Ahamad Sabki Bin Mahmood, Ketua

Pengarah Perikanan Malaysia dengan Syarikat LKPP

Corporation Sdn. Bhd. yang diwakili oleh Pengarah

Urusannya, Datuk Md. Adnan bin Sulaiman untuk

menjalankan projek EPP# 6 – Zon Akuakultur

Berintergrasi yang melibatkan pembangunan

kemudahan infrastruktur di ladang penternakan di

Zon Industri Akuakultur Kg. Pulau Permatang Pauh,

Pekan, Pahang. Majlis diadakan di Ibu Pejabat

Perikanan Malaysia, Putrajaya.

29 Jun 2013YBhg. Datuk Mohd Hashim Bin Abdullah, Ketua Setiausaha

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia bersama

YBrs. Tn. Hj. Ismail Bin Abu Hassan, Timbalan Ketua Pengarah

(Pembangunan), Jabatan Perikanan Malaysia mengadakan

demonstrasi memasak produk makanan berasaskan kupang

bersama Dato’ Chef Ismail sempena Program Promosi Makan

Kupang di Port Dickson, Negeri Sembilan.

2

4 Julai 2013YH Dato’ Ahamad Sabki Bin Mahmood, Ketua Pengarah Perikanan

Malaysia menyerahkan bendera Jabatan Perikanan kepada Encik

Abdullah Jaafar, Ketua Kontigen Sukan sempena Karnival Sukan

MOA 2013 di Ibu Pejabat Perikanan, Putrajaya.

29 Jun 2013YB Dato’ Sri Ismail Sabri Bin Yaakob, Menteri Pertanian dan

Industri Asas Tani Malaysia melepaskan benih ikan sempena

Program Gegar 1-Perikanan & Pelepasan Benih Ikan Peringkat

Kebangsaan – “Selamatkan Ikan Patin Sungai Pahang” di

Temerloh, Pahang.

4 Julai 2013YB Dato’ Sri Ismail Sabri Bin Yaakob, Menteri Pertanian dan

Industri Asas Tani Malaysia menyampaikan cenderahati kepada

Encik Abdullah Jaafar, Ketua Kontigen Sukan Jabatan Perikanan

Malaysia sempena Karnival Sukan MOA 2013 di UPM Serdang,

Selangor. (ber

sam

bung

ke

muk

a su

rat 3

)

Page 3: Ogos 2013 AMANAT Ketua Pengarah ... file3 terutama yang berpendapatan rendah. Teori ekonomi mengatakan, masalah ketidakcukupan makanan akan berlaku apabila jumlah permintaan yang melebihi

3

terutama yang berpendapatan rendah. Teori ekonomi

mengatakan, masalah ketidakcukupan makanan akan berlaku

apabila jumlah permintaan yang melebihi penawaran. Kadar

pertambahan penduduk dunia yang lebih cepat berbanding

dengan produktiviti akan menimbulkan pelbagai masalah untuk

mengagihkan sumber yang terhad. Penduduk dunia pada tahun

2050 dijangka meningkat kepada 9.6 bilion orang di mana

Malaysia akan mempunyai seramai 43 juta orang pada tahun

tersebut. Pihak FAO meramalkan bahawa dengan kadar

pengeluaran sekarang (jika tidak ditingkatkan), harga makanan

akan meningkat. Sehubungan itu isu ini telah menjadi masalah

global dan hangat diperbincangkan di mana-mana forum dunia.

Justeru, usaha kita adalah mengadakan kempen untuk

meningkatkan produktiviti dan pendapatan pengusaha serta

mengurangkan golongan miskin dalam bidang pertanian.Perkara

ini telah ditekankan oleh YB Menteri Pertanian dan Industri Asas

Tani yang baharu iaitu Dato’ Sri ismail Sabri Bin Yaakob. Agenda

ini akan mejadi KPI Jabatan Perikanan dengan menggalakkan

penyertaan swasta dalam projek-projek perikanan. Jabatan juga

menjayakan Program Azam Tani bagi membantu kumpulan sasar

melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu seperti ilmu pengurusan

projek, kewangan, penggunaan teknologi dan lain-lain dalam

usaha meningkatkan pendapatan mereka.

Cabaran kepada kita juga adalah menyediakan pelapis iaitu belia-

belia dengan ilmu dalam bidang perikanan. Belia-belia ini akan

menggantikan kita kelak. Justeru, mereka disarankan menyertai

kursus-kursus yang disediakan oleh Jabatan Perikanan seperti

ilmu pelayaran, penggunaan pukat, pengendalian bot,

pengendalian hasil tangkapan, pemprosesan, akuakultur dan lain-

lain. MyAgrosis juga ditubuhkan bagi menggalakkan kumpulan

siswazah menyertai bidang perikanan.

Sehubungan itu, marilah kita memperkasakan kemahiran masing-

masing dalam bidang penyelidikan, kejuruteraan, biosekuriti,

pengurusan sumber, perlindungan sumber, pengurusan

maklumat, komunikasi bagi memastikan industri perikanan

berdaya maju.

Sekian, wassalam.

(DATO’ AHAMAD SABKI BIN MAHMOOD)

Ketua Pengarah

Jabatan Perikanan Malaysia

Putrajaya

AMANAT Ketua Pengarah Perikanan(sambungan dari muka surat 1)

1 Ogos 2013 YH Dato’ Ahamad Sabki Bin Mahmood, Ketua Pengarah Perikanan

Malaysia menyampaikan sijil kepada Ketua-ketua Daerah Perikanan

sempena Program Pentauliahan Ketua Daerah Perikanandi Ibu

Pejabat Perikanan Malaysia, Putrajaya

(sambungan dari muka surat 2)

1 Ogos 2013YBhg. Datuk Hashim Bin Abdullah, Ketua Setiausaha Kementerian

Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia menyampaikan bantuan

kepada kakitangan sempena Majlis Berbuka Puasa Jabatan

Perikanan Malaysia di Dewan Serbaguna, Kementerian Pertanian

dan Industri Asas Tani, Putrajaya.

13 Julai 2013YB Dato’ Sri Ismail Sabri Bin Yaakob, Menteri Pertanian dan Industri

Asas Tani Malaysia menyampaikan jaket keselamatan sempena

Program Penyerahan Bantuan “Touch Point” di Kuala Besut,

Terengganu.

(bersambung ke muka surat 4)

Page 4: Ogos 2013 AMANAT Ketua Pengarah ... file3 terutama yang berpendapatan rendah. Teori ekonomi mengatakan, masalah ketidakcukupan makanan akan berlaku apabila jumlah permintaan yang melebihi

i) Pekeliling Perbendaharaan Bil. 6 Tahun 2013

Tajuk : Peruntukan dan Pengakaunan Perbelanjaan, Hasil

dan Akaun Amanah Bagi Tahun 2013 Berikutan

Penyusunan Semula Kementerian

Tujuan : Pekeliling Perbendaharaan (PP) ini bertujuan untuk

menjelaskan peraturan mengenai pengurusan

perbelanjaan, perakaunan, hasil dan akaun amanah

untuk tahun 2013 bagi kementerian yang terlibat

dengan penyusunan semula kementerian berkuat

kuasa mulai 16 Mei 2013.

Tarikh : 25 Jun 2013

Maklumat lanjut sila layari laman sesawang:

http//www.treasury.gov.my

ii) Pekeliling Perbendaharaan Bil.7 Tahun 2013

Tajuk : Tatacara dan Peraturan Mengenai Pengurusan

Pendahuluan Pelbagai

Tujuan : Pekeliling Perbendaharaan (PP) ini bertujuan untuk

menjelaskan tatacara dan peraturan mengenai

pengurusan Pendahuluan Pelbagai bagi melicinkan

proses permohonan dan memperkemaskan akaun-

akaun berkenaan.

Tarikh : 2 Julai 2013

Maklumat lanjut sila layari laman sesawang:

http//www.treasury.gov.my

iii) Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 4 Tahun 2013

Tajuk : Tatacara Perolehan Bagi Penganjuran Majlis/ Acara

Rasmi Kerajaan dan Jamuan Keraian Rasmi

Kerajaan

Tujuan : Surat Pekeliling Perbendaharaan (SPP)ini bertujuan

untuk memaklumkan kepada Kementerian /

Jabatan/ Badan Berkanun (Agensi) mengenai

tatacara perolehan secara rundingan terus bagi

perolehan perkhidmatan penganjuran majlis atau

acara rasmi kerajaan secara pakej dan

perkhidmatan katering bagi jamuan keraian rasmi

kerajaan.

Tarikh : 6 Ogos 2013

Maklumat lanjut sila layari laman sesawang:

http//www.treasury.gov.my

iv) Surat Arahan Perbendaharaan

Tajuk : Penggantian Model Kereta Rasmi jawatan Proton

Perdana Executive dan Proton Inspira Kepada

Honda Accord

Tujuan : Surat Arahan Perbendaharaan (SAP) ini bertujuan

memaklumkan bahawa kerajaan telah memutuskan

supaya model Proton Perdana Executive yang

diperuntukkan bagi kegunaan Anggota Pentadbiran,

Yang di-Pertua dan Timbalan Yang di-Pertua

Dewan Negara/ Dewan Rakyat, Hakim dan

Pegawai Perkhidmatan Awam Gred Utama/ Khas A

dan ke atas atau yang setaraf, diganti dengan

model Honda Accord 2.4L. Kerajaan juga bersetuju

supaya model Proton Inspira yang diperuntukkan

bagi kegunaan Pegawai Perkhidmatan Awam Gred

Utama/ Khas B dan C atau setaraf, diganti dengan

model Honda Accord 2.0 L.

Tarikh : 18 Januari 2013

DARI PERBENDAHARAAN

4

20 Ogos 2013YB Dato’ Tajuddin Bin Abdul Rahman, Timbalan Menteri

Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia menyampaikan sijil

kepada Encik Ahmad Tarmidzi Ramly, Pengarah Bahagian

Kejuruteraan, Jabatan Perikanan Malaysia sempena Majlis

Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang di MAEPS,

Serdang, Selangor.

23 Ogos 2013YH Dato’ Ahamad Sabki Bin Mahmood, Ketua Pengarah

Perikanan Malaysia berucap sempena Majlis Sambutan Hari

Raya Aidilfitri Jabatan Perikanan Malaysia 2013 di Ibu Pejabat

Perikanan Malaysia, Putrajaya.

(sambungan dari muka surat 3)

Page 5: Ogos 2013 AMANAT Ketua Pengarah ... file3 terutama yang berpendapatan rendah. Teori ekonomi mengatakan, masalah ketidakcukupan makanan akan berlaku apabila jumlah permintaan yang melebihi

Ikan Mirip ManusiaMemang aneh di dunia ini, ada ikan menyerupai manusia atau

binatang-binatang lain. Ini semua menunjukkan kebesaran AllahSubhanahuwata’ala. Cuba perhatikan imej-imej ikan berikut:-

5

Page 6: Ogos 2013 AMANAT Ketua Pengarah ... file3 terutama yang berpendapatan rendah. Teori ekonomi mengatakan, masalah ketidakcukupan makanan akan berlaku apabila jumlah permintaan yang melebihi

1.Limau Nipis Wangikan RambutHiris beberapa biji limau nipis dan gosokkan ke seluruh

kepala. Biarkan beberapa minit dan selepas itu bilas dengan air.

Selain dari mewangikan rambut, limau nipis juga boleh

menghilangkan rasa pening dan menyejukkan kepala.

2. Khasiat Air BerasAir cucian beras banyak faedahnya. Ia boleh digunakan untuk

mencuci muka supaya kelihatan lebih bersih dan bebas dari

minyak. Pastikan, bilas dengan air bersih selepas mencuci muka.

Air beras juga boleh menyuburkan pokok bunga dan melebatkan

bunga.

3. Rawatan Lepas BersalinUntuk merawat perut selepas bersalin – parut dua ketul halia

sederhana besar dan campurkan dua sudu cuka. Sapukan

di sekeliling pinggang. Selepas itu lilitkan bengkung seperti

biasa. Ia dapat mengelakkan kulit perut dari pecah dan calar.

4. Madu Lebah Ubat Sakit MataMasalah sakit mata seperti

mata berair, mata kemerahan

dan jangkitan kuman dapat

diatasi dengan menggunakan

madu lebah. Caranya ialah

dengan mencuci mata dengan

air, kemudian sapu atau

titiskan beberapa titik madu ke

dalam mata. Selepas itu pejamkan mata selama lima minit

sebelum mencucinya dengan air biasa. Lakukan dua atau tiga

kali sehari. Insya-Allah mata akan pulih seperti biasa.

5. Elak Mata Pedih Kerana BawangSetiap kali menghiris bawang

merah, pasti mata pedih

dan berair. Untuk mengatasi

masalah ini, rendamkan

dahulu bawang ke dalam

air garam kira-kira sepuluh

minit selepas kulitnya dikupas.

Kemudian barulah dihiris.

6. Kangkung Kilatkan Rambut Untuk kilatkan rambut, ramas

kangkung dengan sedikit air sehingga

hancur dan berlendir. Kemudian

sapukan pada rambut dan bungkus

dengan tuala. Biarkan selama satu jam

sebelum dibilas dengan air bersih.

Lakukan dua kali dalam seminggu.

7. Daun Nangka Empukkan DagingUntuk memudahkan daging empuk, masukkan beberapa helai

daun nangka ke dalam rebusan daging.

8. Hilangkan Pahit Pucuk BetikPucuk betik celur sememangnya pahit. Untuk menghilang-

kannya, masukkan beberapa helai daun jambu batu atau

dua tiga biji buah pinang masak ketika mencelurnya.

9. Serbuk Kayu Suburkan Pokok BungaSatu lagi cara untuk menyuburkan pokok bunga ialah dengan

menggaulkan seberapa banyak serbuk kayu bersama tanah.

Kemudian bolehlah digunakan untuk menanam pokok bunga.

10. Bayam Ubat Banyak PenyakitBayam mengandungi banyak

zat yang diperlukan oleh

badan. Ia mengandungi

protein, selulus, karotin, asid

oksalik, kalsium, fosforus,

serta vitamin B1, B2 dan

C. Kandungan zat besinya

yang tinggi, membolehkan

ia menyembuhkan penyakit

kurang darah (anaemia), meredakan tekanan darah tinggi

dan sembelit. Ia juga boleh membantu penghadaman.

11. Kacang Tanah Rendahkan Tekanan DarahKacang tanah kaya dengan

kandungan lemak, vitamin A, B, E

dan K serta lesitin, kolina, asid

amino dan kalsium. Minyak kacang

tanah boleh merendahkan tekanan

darah tinggi dan kolestrol dalam

darah. Ia juga baik untuk mengubati

penyakit susah tidur (insomnia).

12. Biji Asam Jawa Penawar Bisa Lipan/Lebah. Untuk mengubati bisa sengatan lipan atau lebah, tumbuk biji

asam jawa sehingga halus. Tempelkan pada bahagian

yang disengat. Insya-Allah dalam beberapa saat sahaja,

rasa sakit akan hilang. (ber

sam

bung

ke

muk

a su

rat 7

)

6

Page 7: Ogos 2013 AMANAT Ketua Pengarah ... file3 terutama yang berpendapatan rendah. Teori ekonomi mengatakan, masalah ketidakcukupan makanan akan berlaku apabila jumlah permintaan yang melebihi

13. Asam Jawa dan Garam Meredakan Benjol

Sekiranya kepala anda benjol kerana dipukul, bancuhkan asam

jawa dan garam bersama air sehingga pekat. Sapukan air

bancuhan itu ke bahagian yang benjol. Insya-Allah dalam masa

15 minit, benjolan itu akan mengecil dan hilang.

14. Pelbagai Cara Untuk Sembuhkan BatukTerdapat banyak cara untuk mengubat penyakit batuk.

Antaranya ialah dengan memarut seperempat biji buah pala dan

campurkan dengan air limau nipis dan satu sudu kecil minyak

kayu putih. Setelah itu gosok dibelakang badan pesakit. Ramuan

ini hanya untuk sekali guna sahaja. Lakukan rawatan seperti ini

dua kali sehari selama tiga hari berturut-turut. Insya-Allah,

penyakit batuk akan segera sembuh.

15. Daun Lidah Buaya Ubati Batuk BerterusanBatuk boleh menyebabkan badan pesakit menjadi kurus dan

pesakit tidak dapat tidur lena. Jika berlanjutan, ambil isi daun

lidah buaya dan hiris kecil-kecil iaitu 20 gram. Kemudian

campurkan sedikit madu dan minum dua kali sehari selama

lebih kurang tujuh hari. Pesakit perlu berpantang iaitu jangan

makan terlalu banyak makanan manis dan juga makanan

pedas, jangan kurang tidur, jangan masukkan jari ke dalam

mulut serta perbanyakkan gizi (zat) dalam makanan seharian.

16. Penawar PengsanSekiranya anda terjumpa seseorang yang pengsan atau tidak

sedarkan diri, segeralah ambil segelas air dan bacakan ‘Ayat

Kursi’ sebanyak sebelas kali. Sapukan air itu ke muka, kepala

dan badannya. Kemudian tiup pada telinganya sambil menyebut

namanya (jika tahu namanya). Buatlah dengan tenang dan

penuh sabar. Insya-Allah, dia akan sedar dari pengsan.

17. Teras Pokok Sepang Hilangkan Bengkak Buah Dada

Khusus bagi wanita, sekiranya selalu terasa sakit atau bengkak

di pangkal buah dada, atasilah dengan petua ini. Ambil kayu

atau teras pokok sepang. Asah dengan sedikit air dan

campurkan sedikit kapur sirih. Sapulah ramuan tersebut

berulang kali. Seelok-eloknya dilakukan pada waktu malam.

18. Bengkak Di Bawah TelingaPenyakit ini sebenarnya bermusim dan mudah berjangkit. Jika

ada di antara keluarga anda terkena penyakit ini, asah kayu

sepang dan campur sedikit kapur sirih. Sapukan pada keliling

telinga. Atau ambil sedikit nila dan cuka makan. Campurkan

kedua-dua bahan itu dan sapu di sekeliling telinga yang

bengkak. Insya-Allah, bengkak tersebut akan beransur hilang.

19. Minyak Kelapa Mencantikkan BetisWanita yang inginkan betis yang cantik, halus dan licin

hendaklah menyapukan minyak kelapa setiap pagi selepas

mandi dan urutkan perlahan-lahan. Anda juga boleh mengurut

betis anda dua atau tiga hari sekali dengan menggunakan

hampas kelapa yang telah diperah santannya. Setelah itu urutlah

lagi dengan air hingga menjadi bersih.

20. Kacang Hijau Penawar Urat Betis MenonjolSelalunya wanita hamil akan mengalami keadaan di mana urat

betisnya akan menonjol dan

ia akan berterusan sehingga

sudah bersalin. Rebus

segenggam kacang hijau

sehingga mendidih. Sebelum

kacang hijau itu pecah kulitnya,

dan air rebusan tinggal segelas,

padamkan api. Minumlah air

rebusan kacang itu bersama

kacangnya setiap pagi dan malam sebelum tidur. Sebelum tidur,

angkat kaki anda ke atas setinggi mungkin dengan bantuan alat

selama lebih kurang 10 minit. Lakukan setiap malam. Insya-Allah,

urat betis anda pulih seperti biasa.

Kayu sepang Teras pokok sepang

(sambungan dari muka surat 6)

7

Page 8: Ogos 2013 AMANAT Ketua Pengarah ... file3 terutama yang berpendapatan rendah. Teori ekonomi mengatakan, masalah ketidakcukupan makanan akan berlaku apabila jumlah permintaan yang melebihi

Dalam melaksanakan pelbagai tugas seharian yang semakin mencabar,

sudah pasti kita akan menghadapi rintangan dan cabaran yang

memerlukan kita sentiasa dalam keadaan sabar dan tenang. Namun

begitu, bebanan kerja yang di luar jangka yang amat berat menyebabkan kita

berada dalam kedaan yang tidak terurus sehingga boleh menimbulkan tekanan

atau “stress”.

Sebagai warga kerja Jabatan Perikanan yang sentiasa menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab dan

amanah, sudah tentu kita tidak mahu perasaan tekanan yang berlebihan ini menganggu urusan kerja kita seharian.

Oleh itu, salah satucara yang sesuai untuk menangani persekitaran kerja ini ialah dengan mengamalkan senyuman.

Amalan senyum ketika menjalankan tugas perlu diterapkan oleh oleh penjawat awam selari dengan amalan mesra

pelanggan dan berbudi bahasa terutamanya para petugas barisan hadapan yang berurusan secara langsung

dengan orang ramai. Ia sekaligus dapat memuaskan hati orang ramai dan pelanggan serta memastikan

perkhidmatan awam sentiasa disenangi oleh orang ramai.

Bagi memastikan amalan ini dapat dipraktikkan dan diamalkan secara

menyeluruh, kerajaan telah menggariskan langkah-langkah kearah

meningkatkan perkhidmatan agensi-agensi sektor awam yang mesra

pelanggan melalui usaha-usaha memantapkan amalan senyuman dalam

sistem penyampaian.

Kajian mendapati bahawa amalan senyum dan ketawa merupakan senaman

berbentuk joging dalaman yang dapat merangsang tubuh badan sekaligus

memberikan manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan hormon-hormon

lain. Apabila kita tersenyum, badan turut tersenyum dan menganggap kita

gembira. Selain itu senyuman juga merendahkan tekanan darah, menambahkan kemasukan oksigen dalam darah

dan secara tidak langsung ia merangsang proses penyembuhan sesuatu penyakit. Dalam ajaran Islam sendiri

mengatakan senyuman itu merupakan satu sedekah dan sebagai penawar kepada penyakit rohani yang kronik.

Kepada semua warga kerja Jabatan Perikanan Malaysia,

senyuman ini tidak memerlukan modal, hanya sekelumit rasa

ikhlas yang boleh memaniskan senyuman itu. Senyuman ikhlas

yang diberikan mampu menyerikan hati insan lain. Mungkin juga

mampu menyejukkkan hati yang sedang marah. Oleh itu, wahai

warga kerja Jabatan Perikanan yang budiman jadikanlah

senyuman sebagai budaya hidup bermasyarakat yang harmoni.

“Kempen Senyum” yang dilancarkan oleh Perdana Menteri dan

juga di peringkat Jabatan Perikanan, hendaklah diamalkan

janganlah hendaknya kempen akan hanya tinggal kempen sahaja

dan tidak dipraktikkan secara berterusan.

Senyuman Ikhlas Membentuk Peribadi

Oleh: Rubani Muet

Pejabatan Perikanan Negeri Johor

([email protected])

8

Page 9: Ogos 2013 AMANAT Ketua Pengarah ... file3 terutama yang berpendapatan rendah. Teori ekonomi mengatakan, masalah ketidakcukupan makanan akan berlaku apabila jumlah permintaan yang melebihi

9