nyatakan satu persoalan kajian

4
8/19/2019 Nyatakan SATU Persoalan Kajian http://slidepdf.com/reader/full/nyatakan-satu-persoalan-kajian 1/4 NyatakanSATUpersoalankajian. CadangkanSATUrekabentukkajiankuantitatif untuk menyelidik persoalan kajian tersebut. Untuk rekabentuk yang dicadangkan: a) Terangkanrekabentukkajiantersebut secaraterperinci dari segi perlaksanaannya untuk menjawab persoalan kajian tersebut. Persoalankajian: “Adakahmurid-muridyangdiajar menggunakankaedahpengajaran yang baru memperolehipencapaian yang lebih tinggidalam Bahasa Inggeris berbandingmurid-murid yang diajar menggunakan kaedahbiasa?” Rekabentuk kajian yang sesuai bagai persoalan kajian ini ialah kajian eksperimen, iaitu kajian yang melibatkan sekurang-kurangnya satu variabeltak bersandar,secara sengajadimanipulasikanoleh pengkaji.Kajian inidibuatuntukmenentukansebab kepada sesuatu kesan,iaitu seseorang murid memperolehipencapaian cemerlang dalam Bahasa Inggeris adakah disebabkan kaedah pengajaran gurunya? Kajian eksperimenbolehdijalankanberdasarkanrekabentuktak-berkumpulan-kawalan, dan reka bentuk berkumpulan-kawalan.Dalam reka bentuk tak-berkumpulan-kawalan, kajiandijalankankeatassatukumpulansubjekkajiansahajamelibatkan“ujianpra-uji pos-satu kumpulan” dan“siri masa”: i. Ujianpra-uji pos-satukumpulanSubjekkajiandiberikanujianprasebelum rawatan, danujianpos selepas rawatan. Contohnya, ujian(ujianpra) BahasaInggeris diberikan sebelum murid-muriddiajar olehgurudengankaedahtertentu(rawatan), danujianpos (menggunakan ujianpra yang sama) diberikanselepas guru mengajar. ii. Siri masaData kajian dikutip daripada subjek kajian yang sama beberapa kali selepas rawatan diberikan.Contohnya,selepas murid-murid diajardengan menggunakan

Upload: farzaana

Post on 07-Aug-2018

222 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Nyatakan SATU Persoalan Kajian

8/19/2019 Nyatakan SATU Persoalan Kajian

http://slidepdf.com/reader/full/nyatakan-satu-persoalan-kajian 1/4

Nyatakan SATU persoalan kajian. Cadangkan SATU reka bentuk kajian kuantitatif untuk

menyelidik persoalan kajian tersebut. Untuk reka bentuk yang dicadangkan:

a) Terangkan reka bentuk kajian tersebut secara terperinci dari segi perlaksanaannya

untuk menjawab persoalan kajian tersebut.

Persoalan kajian: “Adakah murid-murid yang diajar menggunakan kaedah pengajaran

yang baru memperolehi pencapaian yang lebih tinggi dalam Bahasa Inggeris

berbanding murid-murid yang diajar menggunakan kaedah biasa?”

Reka bentuk kajian yang sesuai bagai persoalan kajian ini ialah kajian eksperimen, iaitu

kajian yang melibatkan sekurang-kurangnya satu variabel tak bersandar, secara

sengaja dimanipulasikan oleh pengkaji. Kajian ini dibuat untuk menentukan sebab

kepada sesuatu kesan, iaitu seseorang murid memperolehi pencapaian cemerlang

dalam Bahasa Inggeris adakah disebabkan kaedah pengajaran gurunya? Kajian

eksperimen boleh dijalankan berdasarkan reka bentuk tak-berkumpulan-kawalan, dan

reka bentuk berkumpulan-kawalan. Dalam reka bentuk tak-berkumpulan-kawalan,

kajian dijalankan ke atas satu kumpulan subjek kajian sahaja melibatkan “ujian pra-uji

pos-satu kumpulan” dan “siri masa”:

i. Ujian pra-uji pos-satu kumpulan Subjek kajian diberikan ujian pra sebelum rawatan,

dan ujian pos selepas rawatan. Contohnya, ujian(ujian pra) Bahasa Inggeris diberikan

sebelum murid-murid diajar oleh guru dengan kaedah tertentu(rawatan), dan ujian pos

(menggunakan ujian pra yang sama) diberikan selepas guru mengajar.

ii. Siri masa Data kajian dikutip daripada subjek kajian yang sama beberapa kali selepas

rawatan diberikan. Contohnya, selepas murid-murid diajar dengan menggunakan

Page 2: Nyatakan SATU Persoalan Kajian

8/19/2019 Nyatakan SATU Persoalan Kajian

http://slidepdf.com/reader/full/nyatakan-satu-persoalan-kajian 2/4

kaedah tertentu, mereka diberi ujian bulanan selama enam bulan. Markah murid-murid

ini dikutip dan dianalisis.

b) Huraikan kelebihan dan kelemahan reka bentuk kajian tersebut.

a. Kelebihan

i. Reka bentuk ini boleh digunakan oleh pengkaji untuk membandingkan keberkesanan

kaedah pengajaran baru dengan kaedah biasa.

ii. Kajian ini membantu guru meningkatkan penggunaan kaedah pengajaran yang

berkesan

. iii. Program pengukuhan dan pemulihan dapat dijalankan untuk meningkatkan

penguasaan murid-murid.

b. Kelemahan Reka bentuk ini mungkin gagal membuktikan bahawa perubahan yang

berlaku, misalnya peningkatan markah murid-murid adalah disebabkan oleh rawatan,

iaitu kaedah mengajar guru. Terdapat faktor lain contohnya kelas tuisyen yang turut

mempengaruhi kesan rawatan terhadap murid-murid.

c) Cadangkan bagaimana reka bentuk kajian tersebut boleh dijalankan untuk

meningkatkan kesahan dapatan kajian. Reka bentuk crossover boleh dijalankan untuk

mengatasi masalah bias dan meningkatkan kesahan dapatan kajian. Subjek kajian

menerima dua rawatan secara berurutan, iaitu rawatan kedua diberikan selepas

rawatan pertama. Rawatan pertama merupakan rawatan sebenar iaitu kaedah

mengajar, manakala rawatan kedua dianggap rawatan kawalan iaitu kelas tuisyen. Hasil

kedua-kedua rawatan ini diukur dan dibanding untuk menentukan kesan rawatan

Page 3: Nyatakan SATU Persoalan Kajian

8/19/2019 Nyatakan SATU Persoalan Kajian

http://slidepdf.com/reader/full/nyatakan-satu-persoalan-kajian 3/4

sebenar. Selain itu reka bentuk eksperimen berkumpulan-kawalan boleh juga

digunakan. Subjek kajian dibahagikan kepada dua kumpulan secara rawak, di mana

satu kumpulan(kumpulan eksperimen) diberikan rawatan sebenar iaitu kaedah

mengajar, manakala satu lagi kumpulan(kumpulan kawalan) diberikan rawatan kawalan

iaitu kelas tuisyen. Ukuran terhadap variabel dibuat sebelum dan selepas rawatan

diberikan. Perbezaan antara ukuran subjek kumpulan eksperimen dan subjek kumpulan

kawalan dibandingkan. Subjek kajian yang dibahagikan secara rawak, sama ada

kepada kumpulan eksperimen atau kumpulan kawalan, akan mengurangkan bias dan

meningkatkan kesahan dapatan kajian.

Andaikan anda ingin menjalankan satu kajian untuk memerhati tingkah laku pelajar-pelajar anda

dalam makmal komputer selama dua minggu. Sebagai seorang pengkaji, Jawab soalan-soalan

berikut:

a) Cadangkan SATU tingkah laku yang ingin diperhatikan.

Page 4: Nyatakan SATU Persoalan Kajian

8/19/2019 Nyatakan SATU Persoalan Kajian

http://slidepdf.com/reader/full/nyatakan-satu-persoalan-kajian 4/4

Tingkah laku yang ingin diperhatikan ialah tingkah laku lima orang pelajar dalam mematuhi

peraturan penggunaan makmal komputer.

b) Jelaskan alat kajian yang boleh digunakan untuk memantau tingkah laku ini.

Alat kajian yang boleh digunakan untuk memantau tingkah laku ini ialah pemerhatian

berstruktur. Tingkah laku pelajar-pelajar akan diperhatikan dari segi mematuhi peraturan

penggunaan makmal komputer seperti larangan-larangan makan atau minum, membuat bising,

merosakkan peralatan, mengubah setting pada desktop, dan mengubah kedudukan perabot.

Tingkah laku pelajar sama ada menggunakan komputer mengikut tatacara yang betul atau

sebaliknya juga akan diperhatikan.

c) Jelaskan langkah-langkah untuk penganalisisan data untuk kajian ini. Data kajian dianalisis

seperti berikut:

i. Tahap pra-analisis Data pemerhatian setiap pelajar disemak, dilengkapkan dan disusun. Data

dikodkan dan dikenalpasti mengikut kategori tingkah laku dan tema.

ii. Tahap kemasan data Data dimasukkan ke dalam komputer dalam bentuk teks mengikut

struktur pemerhatian. Data yang telah ditranskripsikan dalam word processing dipermudahkan

dan berfokus mengikut persoalan kajian.

iii. Tahap pameran data Data dipamerkan dalam bentuk jadual, lembaran tanda dan rumusan.

Tindakan tambahan dibuat berdasarkan data yang telah dianalisis.

iv. Tahap verifikasi data Triangulasi data digunakan untuk verifikasi data pemerhatian sebelum

kesimpulan dibuat. Proses dokumentasi semua proses penyelidikan dinyatakan dengan tepat.

v. Tahap Dapatan Menyemak maklumat yang diperolehi dan merumuskan dapatan kajian.