nota penerangan tc 2020 · harta tanah baru beroperasi atau menukar tarikh tutup akaunnya, sila isi...

14
TAMBAHAN / PINDAAN Ruang Perkara Muka Surat A11a & A11b Layak menuntut insentif di bawah seksyen 127 3 A19 Tertakluk kepada sekatan faedah di bawah seksyen 140C 4 A20a Tertakluk di bawah Pemberitahuan Pelaporan mengikut Negara (CbCR) 4 / 5 A20b Pemberitahuan sebagai entiti pelapor / bukan entiti pelapor telah dikemukakan 5 A20c Pemberitahuan telah dikemukakan pada atau sebelum hari terakhir tahun kewangan pelaporan 5 A21 Mempunyai akaun kewangan di institusi kewangan di luar Malaysia 5 B10 & BA10D Hadiah wang dalam bentuk wakaf 7 NOTA PENERANGAN TC 2020 Unit Amanah / Amanah Harta Tanah

Upload: others

Post on 09-Nov-2020

11 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: NOTA PENERANGAN TC 2020 · harta tanah baru beroperasi atau menukar tarikh tutup akaunnya, sila isi tarikh mula dan tutup tempoh asas yang betul di ruang A7. Contoh 1: Unit amanah

TAMBAHAN / PINDAAN

Ruang Perkara Muka Surat

A11a & A11b Layak menuntut insentif di bawah seksyen 127

3

A19 Tertakluk kepada sekatan faedah di bawah seksyen 140C

4

A20a Tertakluk di bawah Pemberitahuan Pelaporan mengikut Negara (CbCR)

4 / 5

A20b Pemberitahuan sebagai entiti pelapor / bukan entiti pelapor telah dikemukakan

5

A20c Pemberitahuan telah dikemukakan pada atau sebelum hari terakhir tahun kewangan pelaporan

5

A21 Mempunyai akaun kewangan di institusi kewangan di luar Malaysia

5

B10 & BA10D Hadiah wang dalam bentuk wakaf 7

NOTA PENERANGAN

TC 2020

Unit Amanah /

Amanah Harta

Tanah

Page 2: NOTA PENERANGAN TC 2020 · harta tanah baru beroperasi atau menukar tarikh tutup akaunnya, sila isi tarikh mula dan tutup tempoh asas yang betul di ruang A7. Contoh 1: Unit amanah

- 1 -

Nota ini bertujuan membantu unit amanah / amanah harta tanah untuk melengkapkan Borang TC bagi Tahun Taksiran 2020. Sila baca nota ini dengan teliti supaya pengisian dan pengisytiharan semua punca pendapatan bagi Tahun Taksiran 2020 adalah benar, betul dan lengkap. Ketetapan Umum No. 7/2013 dan 7/2014 berkenaan unit amanah (termasuk amanah harta tanah) boleh diperoleh untuk rujukan di Portal Rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), http://www.hasil.gov.my.

Nota ini perlu dibaca bersekali dengan Panduan Pengiraan (Helaian-helaian Kerja) Dan Maklumat Lain (Lampiran-lampiran) Untuk Selain Syarikat Dan Selain Individu yang boleh diperoleh di portal rasmi LHDNM > http://www.hasil.gov.my > Laman Utama > Borang > Muat Turun Borang > Selain Syarikat Dan Selain Individu.

Semua rekod, dokumen dan helaian kerja tidak perlu disertakan semasa pengembalian Borang TC KECUALI bagi kes pembayaran balik yang mana helaian kerja berikut perlu dikemukakan:-

(i) Helaian Kerja HK-6 mengenai tolakan cukai di bawah seksyen 110 (lain-lain); dan

(ii) Helaian Kerja HK-8 / HK-9 (jika berkenaan) berhubung dengan potongan cukai yang telah dibuat di negara asing.

Rekod, dokumen dan helaian kerja yang digunakan dalam pengiraan hendaklah disimpan selama tujuh (7) tahun bermula daripada akhir tahun dalam mana borang nyata tersebut telah dikemukakan kepada Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri, untuk rujukan dan semakan sekiranya diperlukan kelak.

Bahagian C, CA dan D perlu diisi dengan nilai sen manakala amaun di bahagian lain hanya perlu mengambil kira nilai ringgit sahaja.

Contoh: Pendapatan Bercukai (ruang C1) RM 2,180,246.65 Cukai Kena Dibayar (ruang C7) RM 865,927.93

MAKLUMAT ASAS

dan Isikan maklumat yang berkenaan sebagaimana didaftarkan.

KEDUDUKAN CUKAI

Untuk mempercepatkan pemprosesan borang nyata, unit amanah / amanah harta tanah dinasihatkan supaya mengisi Bahagian ini dengan betul berdasarkan pengiraan cukai yang telah dibuat sehingga Bahagian D di muka surat 8 Borang TC 2020. Isikan satu petak sahaja dengan menandakan ‘X’ dalam petak yang berkenaan.

BAHAGIAN A: MAKLUMAT UNIT AMANAH / AMANAH HARTA TANAH

Ruang Perkara Keterangan

A1 Mastautin di Malaysia Isikan ‘1’ dalam petak yang disediakan sekiranya unit amanah / amanah harta tanah bermastautin di Malaysia atau ‘2’ jika tidak.

A2

Negara mastautin Sila rujuk kod negara di muka surat 13 nota penerangan ini atau senarai penuh di Lampiran E.

Contoh:

A3 Jenis Amanah Nyatakan jenis amanah. Isikan ‘1’ sekiranya amanah tersebut adalah unit amanah, ‘2’ bagi amanah harta tanah atau ‘3’ bagi jenis amanah selain daripada unit amanah / amanah harta tanah.

A4 Tarikh mula beroperasi Tarikh unit amanah / amanah harta tanah bermula operasi.

A5 No. majikan Nombor rujukan E majikan (jika berkenaan).

A6 Tempoh perakaunan Tarikh mula dan tutup tempoh perakaunan unit amanah / amanah harta tanah. Sila rujuk contoh-contoh di ruang A7

1 2

A1 hingga A21

Jika unit amanah / amanah harta tanah bermastautin di Malaysia, masukkan kod negara yang berkenaan seperti berikut:-

PENDAPATAN BERCUKAI C1 <>_>>_>>_>>?

, , , 2 1 8 0 2 4 6

CUKAI KENA DIBAYAR C7 ->>_>>_>>_>?

, , , . 8 6 5 9 2 7 9 3

<?

M Y

Page 3: NOTA PENERANGAN TC 2020 · harta tanah baru beroperasi atau menukar tarikh tutup akaunnya, sila isi tarikh mula dan tutup tempoh asas yang betul di ruang A7. Contoh 1: Unit amanah

- 2 -

A7 Tempoh asas Tempoh asas bagi tahun taksiran semasa. Jika unit amanah / amanah harta tanah baru beroperasi atau menukar tarikh tutup akaunnya, sila isi tarikh mula dan tutup tempoh asas yang betul di ruang A7.

Contoh 1: Unit amanah / amanah harta tanah yang baru beroperasi

Akaun pertama: 1.5.2019 hingga 31.3.2020 (11 bulan) Akaun kedua: 1.4.2020 hingga 31.3.2021 (12 bulan) Ruang A6 dan A7 perlu diisi seperti berikut:- Tahun Tempoh Tempoh Taksiran Perakaunan Asas 2020 01/05/2019 - 31/03/2020 01/05/2019 - 31/03/2020 (11 bulan) 2021 01/04/2020 - 31/03/2021 01/04/2020 - 31/03/2021 (12 bulan)

Contoh 2: Unit amanah / amanah harta tanah yang baru beroperasi

Akaun pertama: 1.2.2019 hingga 30.4.2020 (15 bulan) Akaun kedua: 1.5.2020 hingga 30.4.2021 (12 bulan) Isi A6 dan A7 seperti berikut:- Tahun Tempoh Tempoh Taksiran Perakaunan Asas 2020 01/02/2019 - 30/04/2020 01/02/2019 - 30/04/2020 (15 bulan) 2021 01/05/2020 - 30/04/2021 01/05/2020 - 30/04/2021 (12 bulan)

Contoh 3: Pertukaran tempoh perakaunan

Akaun sedia ada: 1.3.2018 hingga 28.2.2019 (12 bulan) Akaun berikutnya: 1.3.2019 hingga 31.12.2019 (10 bulan) 1.1.2020 hingga 31.12.2020 (12 bulan) Ruang A6 dan A7 perlu diisi seperti berikut:- Tahun Tempoh Tempoh Taksiran Perakaunan Asas 2019 01/03/2018 - 28/02/2019 01/03/2018 - 28/02/2019 (12 bulan) 2020 01/03/2019 - 31/12/2020 01/03/2019 - 31/12/2020 (22 bulan)

Contoh 4: Pertukaran tempoh perakaunan

Akaun sedia ada: 1.7.2018 hingga 30.6.2019 (12 bulan) Akaun berikutnya: 1.7.2019 hingga 31.5.2021 (23 bulan) 1.6.2021 hingga 31.5.2022 (12 bulan) Isi Ruang A6 dan A7 seperti berikut:- Tahun Tempoh Tempoh Taksiran Perakaunan Asas 2019 01/07/2018 - 30/06/2019 01/07/2018 - 30/06/2019 (12 bulan) 2020 01/07/2019 - 30/06/2020 (12 bulan) 2021 01/07/2020 - 31/05/2021 (11 bulan) 2022 01/06/2021 - 31/05/2022 01/06/2021 - 31/05/2022 (12 bulan)

Contoh 5: Pertukaran tempoh perakaunan

Akaun sedia ada: 1.1.2018 hingga 31.12.2018 (12 bulan)

Akaun berikutnya: 1.1.2019 hingga 31.5.2019 ( 5 bulan)

1.6.2019 hingga 31.5.2020 (12 bulan)

Isi Ruang A6 dan A7 seperti berikut:-

Tahun Tempoh Tempoh

Taksiran Perakaunan Asas

2018 01/01/2018– 31/12/2018 01/01/2018 – 31/12/2018 (12 bulan)

2019 01/01/2019 - 31/05/2019 01/01/2019 - 31/05/2019 ( 5 bulan)

2020 01/06/2019 - 31/05/2020 01/06/2019 - 31/05/2020 (12 bulan)

A8 Penyimpanan rekod Ini merujuk kepada penyimpanan rekod yang mencukupi seperti dikehendaki dalam peruntukan Akta Cukai Pendapatan 1967 (ACP 1967).

Tandakan ‘1’ dalam petak untuk ‘Ya’ sekiranya mematuhi atau ‘2’ jika tidak.

01/07/2019 - 31/05/2021

Page 4: NOTA PENERANGAN TC 2020 · harta tanah baru beroperasi atau menukar tarikh tutup akaunnya, sila isi tarikh mula dan tutup tempoh asas yang betul di ruang A7. Contoh 1: Unit amanah

- 3 -

A9 Kelulusan pengecualian cukai

Isikan ‘1’ (‘Ya’) jika unit amanah / amanah harta tanah telah mendapat kelulusan pengecualian cukai; atau ‘2’ (‘Tidak’) sekiranya permohonan untuk pengecualian cukai tidak / belum diluluskan atau unit amanah / amanah harta tanah tidak membuat permohonan untuk pengecualian cukai.

A10 No. kelulusan pengecualian cukai

Nombor kelulusan pengecualian cukai (jika ada).

A11a

Layak menuntut insentif di bawah seksyen 127

Merujuk kepada insentif (contohnya pengecualian) di bawah peruntukan perenggan 127(3)(b) atau subseksyen 127(3A) ACP 1967 yang layak dituntut mengikut warta Kerajaan atau surat kelulusan Menteri. 1 = Perenggan 127(3)(b) ACP 1967 Pengecualian yang diberikan oleh Menteri Kewangan kepada mana- mana kelas orang daripada mematuhi mana-mana peruntukan Akta Cukai Pendapatan 1967 secara umum atau berkenaan mana-mana pendapatan. 2 = Subseksyen 127(3A) ACP 1967 Pengecualian yang diberikan oleh Menteri Kewangan kepada mana- mana orang tertentu daripada mematuhi mana-mana peruntukan Akta Cukai Pendapatan 1967 secara umum atau berkenaan mana- mana pendapatan. 3 = Tidak berkenaan

(i) Tandakan ‘X’ dalam petak bagi jenis / jenis-jenis insentif yang:

layak dinikmati dan tuntutan dibuat bagi tahun semasa; atau

layak dinikmati tetapi tuntutan tidak dapat dibuat bagi tahun semasa atas sebab seperti ketiadaan pendapatan.

(ii) Tandakan ‘X’ dalam petak ‘Tidak berkenaan’ sekiranya:-

tidak layak menuntut insentif;

permohonan insentif tidak diluluskan oleh Menteri; atau

tidak berkenaan.

A11b

Jika ruang A11a = 1 dan / atau 2

Jika A11a = 1 dan / atau 2, kemukakan maklumat yang diperlukan seperti berikut:

i. No. P.U. (A) / No. Kelulusan Insentif

Nyatakan nombor P.U. (A) warta Kerajaan atau nombor surat

kelulusan Menteri Kewangan bagi insentif berkenaan.

Contoh: Tuntutan insentif perenggan 127(3)(b) : P.U. (A) 325/2011 Nombor surat kelulusan subseksyen 127 (3A) : CP 270/2020 Pengisian adalah seperti berikut:

ii. Amaun Pendapatan Dikecualikan

Amaun daripada pengiraan.

Warta Kerajaan / surat kelulusan Menteri hendaklah disimpan untuk rujukan / semakan LHDNM sekiranya diperlukan kelak.

Bil. No. P.U. (A) / No. Kelulusan Insentif

i. PUA 325/2011

ii. CP 270/2020

A12 Alamat berdaftar Unit Amanah / Amanah Harta Tanah

Alamat berdaftar seperti dalam surat ikatan amanah, jika ada.

Page 5: NOTA PENERANGAN TC 2020 · harta tanah baru beroperasi atau menukar tarikh tutup akaunnya, sila isi tarikh mula dan tutup tempoh asas yang betul di ruang A7. Contoh 1: Unit amanah

- 4 -

A12A Alamat surat-menyurat Unit Amanah / Amanah Harta Tanah

Alamat yang digunakan untuk berurusan dengan LHDNM.

A13 Alamat di mana rekod Unit Amanah / Amanah Harta Tanah disimpan

Isikan ‘1’ sekiranya rekod dan dokumen unit amanah / amanah harta tanah disimpan di alamat berdaftar seperti di ruang A12; atau ‘2’ jika disimpan di alamat surat-menyurat seperti di ruang A12A. Isikan ‘3’ jika tidak disimpan di alamat seperti di ruang A12 dan A12A.

A14 Alamat lain Nyatakan alamat di mana rekod unit amanah / amanah harta tanah disimpan sekiranya ruang A13 = 3.

A15 Maklumat Pemegang Amanah / Pengurus Dana

Isikan ruang A15a hingga ruang A15d berkenaan maklumat pemegang amanah dan pengurus dana. Sekiranya unit amanah / amanah harta tanah mempunyai lebih daripada seorang pemegang amanah / pengurus dana, sila senaraikan mengikut format daripada ruang A15a hingga ruang A15d dan kemukakan bersama Borang TC.

A16 Nama bank Nyatakan nama bank di mana unit amanah / amanah harta tanah

mempunyai akaun bank.

Untuk tujuan pembayaran balik secara elektronik, sila pastikan maklumat bagi ruang A16 hinga A18 adalah betul.

A17 No. akaun bank Nombor akaun unit amanah / amanah harta tanah di bank berkenaan

seperti dinyatakan di ruang A16.

A18 No. pengenalan bank Merujuk kepada nombor pengenalan yang diberikan oleh bank atau nombor yang digunakan oleh pemegang akaun [organisasi perniagaan seperti kumpulan wang, peguam, amanah, koperasi dan sebagainya yang tidak mempunyai nombor pendaftaran syarikat / perniagaan kerana tidak tertakluk kepada pendaftaran dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)]. Selain daripada nama pemegang akaun bank dan nombor akaun bank, nombor ini digunakan oleh bank sebagai tambahan kunci untuk semakan dan pengesahan bagi tujuan pembayaran balik lebihan cukai melalui EFT.

A19 Tertakluk kepada sekatan faedah di bawah seksyen 140C

Sekiranya tertakluk kepada sekatan faedah di bawah seksyen 140C, isikan ‘1’ dalam petak untuk ‘Ya’ dan isi juga maklumat seperti dikehendaki dalam jadual berikut.

Isikan ‘2’ dalam petak untuk ‘Tidak’ jika tidak berkenaan / tidak terpakai.

Amaun cukai – EBITDA

Pengiraan cukai - EBITDA merujuk kepada formula seperti dinyatakan dalam Kaedah-Kaedah Cukai Pendapatan (Sekatan Ke Atas Kebolehpotongan Faedah) 2019 [P.U. (A) 175/2019].

Contoh pengiraan boleh dirujuk dalam Restriction on Deductibility of Interest Guidelines [Section 140C, Income Tax Act 1967] (hanya dalam versi Bahasa Inggeris sahaja) di Portal Rasmi LHDNM:

http://lampiran1.hasil.gov.my/pdf/pdfam/RDIG_05072019.pdf

atau

Laman Utama > Antarabangsa > Restriction on Deductibility of Interest Guidelines [Section 140C, Income Tax Act 1967]

Page 6: NOTA PENERANGAN TC 2020 · harta tanah baru beroperasi atau menukar tarikh tutup akaunnya, sila isi tarikh mula dan tutup tempoh asas yang betul di ruang A7. Contoh 1: Unit amanah

- 5 -

A20a

Tertakluk di bawah Pemberitahuan Pelaporan mengikut Negara (CbCR)

Mana-mana entiti konstituen suatu kumpulan MNE yang tertakluk kepada

subperenggan 6(1) atau subperenggan 6(2) Kaedah-Kaedah Cukai

Pendapatan (Pelaporan Mengikut Negara) 2016 serta Kaedah-Kaedah

Cukai Pendapatan (Pelaporan Mengikut Negara) (Pindaan) 2017 (dirujuk

sebagai Kaedah CbCR) hendaklah memaklumkan identiti dan mastautin

cukai entiti pelapor pada atau sebelum hari terakhir tahun kewangan

pelaporan kepada Ketua Pengarah secara bertulis.

Entiti konstituen yang tertakluk kepada Kaedah CbCR perlu mengisi sama

ada:

‘1’ (‘Ya’) sebagai entiti pelapor;

‘2’ (‘Ya’) sebagai bukan entiti pelapor; atau

‘3’ (‘Tidak’) jika TIDAK tertakluk kepada Kaedah CbCR atau tidak berkenaan

Jika M15a = ‘1’ (‘Ya’) atau ‘2’ (‘Ya’), isi juga ruang A20b.

Entiti bukan pelapor merujuk kepada entiti konstituen kumpulan

perbadanan multinasional yang bermastautin di Malaysia atau

establismen tetap di Malaysia yang bukan entiti pelapor di bawah

subperenggan 6(2) Kaedah CbCR.

Rujuk:

Kaedah-Kaedah Cukai Pendapatan (Pelaporan Mengikut Negara) 2016

serta Kaedah-Kaedah Cukai Pendapatan (Pelaporan Mengikut

Negara)(Pindaan) 2017.

Undang-undang dan peraturan serta panduan berkaitan pelaporan

CbCR di Portal Rasmi LHDNM:

http://www.hasil.gov.my > Antarabangsa

A20b Pemberitahuan sebagai entiti pelapor / bukan entiti pelapor telah dikemukakan

Ruang ini perlu dilengkapkan sekiranya A20a = ‘1’ (‘Ya’) atau ‘2’ (‘Ya’).

Isi ‘1’ (‘Ya’) jika pemberitahuan sebagai entiti pelapor atau bukan entiti

pelapor telah dikemukakan.

Isikan ‘2’ (‘Tidak’) jika pemberitahuan berkenaan belum atau tidak

dikemukakan.

Jika A20b = ‘1’ (‘Ya’), isi juga ruang A20c.

A20c

Pemberitahuan telah dikemukakan pada atau sebelum hari terakhir tahun kewangan pelaporan

Ruang ini hendaklah diisi sekiranya A20b = ‘1’ (‘Ya’).

Isikan ‘1’ (‘Ya’) jika pemberitahuan telah dikemukakan pada atau sebelum

hari terakhir tahun kewangan pelaporan kepada LHDNM.

Isi ‘2’ (‘Tidak’) sekiranya pemberitahuan dikemukakan selepas hari terakhir tahun kewangan kepada LHDNM.

A21 Mempunyai akaun kewangan di institusi kewangan di luar Malaysia

Tandakan ‘1’ jika syarikat mempunyai “akaun kewangan” di institusi

kewangan di luar Malaysia atau ‘2’ jika tidak ada / tidak berkenaan. Rujuk

maklumat di bawah sebelum membuat pilihan:

Pengisytiharan ini bertujuan untuk memastikan pematuhan terhadap

undang-undang percukaian Malaysia, selaras dengan komitmen Malaysia

terhadap Pertukaran Automatik Maklumat Akaun Kewangan dengan

Negara-negara Pejanji. Di bawah komitmen tersebut, Malaysia akan

menerima maklumat berkenaan akaun kewangan yang disimpan di luar

negara oleh pemastautin cukai Malaysia.

Walaubagaimanapun, status mempunyai akaun kewangan di luar negara

bukanlah petunjuk bahawa berlakunya ketidakpatuhan cukai.

"Akaun Kewangan" merujuk kepada akaun kewangan yang disenggara

Page 7: NOTA PENERANGAN TC 2020 · harta tanah baru beroperasi atau menukar tarikh tutup akaunnya, sila isi tarikh mula dan tutup tempoh asas yang betul di ruang A7. Contoh 1: Unit amanah

- 6 -

oleh institusi kewangan di luar Malaysia yang merangkumi:

i) Akaun Depositori

• Akaun simpanan, akaun semasa dan akaun deposit lain.

ii) Akaun Jagaan (Custodial)

• Akaun (selain daripada Kontrak Insurans atau Kontrak Anuiti) untuk

manfaat orang lain yang memegang sebarang instrumen kewangan

atau kontrak untuk pelaburan.

iii) Kontrak Insurans Nilai Tunai

• Kontrak Insurans Nilai Tunai ialah satu kontrak insurans yang mana

pemegang polisi berhak menerima pembayaran semasa penyerahan

atau penamatan kontrak. Kontrak insurans juga akan menjadi

Kontrak Insurans Nilai Tunai apabila pemegang polisi boleh

meminjam di bawah kontrak tersebut. Ia adalah produk pelaburan

yang mempunyai unsur insurans hayat di dalamnya. Elemen

insurans hayat biasanya kecil berbanding dengan elemen pelaburan.

iv) Kontrak Anuiti

• Kontrak di mana pihak yang menawarkannya bersetuju untuk

membuat pembayaran untuk jangka masa yang ditentukan secara

keseluruhan atau sebahagian dengan merujuk kepada jangka hayat

satu atau lebih individu; atau

• Kontrak yang mana dianggap sebagai kontrak anuiti di bawah

undang-undang, peraturan atau praktis di Malaysia di mana kontrak

itu dibuat dan pihak yang menawarkan bersetuju untuk membuat

pembayaran dalam satu jangkamasa tertentu.

v) Kepentingan Ekuiti dan Hutang dalam Entiti Pelaburan

Maklumat lebih lanjut berhubung Pertukaran Maklumat Akaun Kewangan Automatik dengan Negara Pejanji boleh didapati di Portal Rasmi LHDNM, http://www.hasil.gov.my > Antarabangsa > Pertukaran Maklumat Automatik (AEOI) > Standard Pelaporan Bersama (CRS).

BAHAGIAN B: PENDAPATAN BERKANUN, JUMLAH PENDAPATAN DAN PENDAPATAN BERCUKAI

Jika A1 = 1, isi Bahagian B dan C bagi unit amanah / amanah harta tanah yang BERMASTAUTIN di Malaysia. Bahagian BA dan CA tidak perlu diisi.

B1 DIVIDEN

Pendapatan berkanun daripada dividen yang boleh dikenakan cukai (jika ada).

Page 8: NOTA PENERANGAN TC 2020 · harta tanah baru beroperasi atau menukar tarikh tutup akaunnya, sila isi tarikh mula dan tutup tempoh asas yang betul di ruang A7. Contoh 1: Unit amanah

- 7 -

B2 FAEDAH DAN DISKAUN

Faedah dan Diskaun

Faedah dan diskaun dikenakan cukai KECUALI faedah dan diskaun yang diterima oleh unit amanah berkaitan dengan:-

(a) sekuriti atau bon yang dikeluarkan atau dijamin oleh kerajaan; (b) debentur atau Sekuriti Islam, selain daripada stok pinjaman boleh tukar, yang diluluskan oleh

Suruhanjaya Sekuriti; atau (c) Bon Simpanan Malaysia yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia.

Pendapatan faedah yang terbit dari Malaysia dan dibayar atau dikredit oleh mana-mana bank atau institusi kewangan berlesen di bawah Akta Bank dan Institusi-institusi Kewangan 1989 atau Akta Bank Islam 1983 adalah dikecualikan daripada cukai.

Amaun E dari Helaian Kerja HK-5 (faedah).

B3 SEWA, ROYALTI DAN PREMIUM

Sewa

Penerimaan daripada sewaan rumah, rumah kedai, tanah, loji, mesin, perabot dan lain-lain. Di samping perbelanjaan hasil yang dibenarkan sebagai tolakan, amanah harta tanah boleh menuntut perbelanjaan modal yang layak di bawah peruntukan seksyen 63A ACP 1967.

Amaun F dari Helaian Kerja HK-4A.

Royalti

‘Royalty’ includes any sum paid as consideration for, or derived from:

a) the use of, or the right to use in respect of, any copyrights, software, artistic or scientific works, patents, designs or models, plans, secret processes or formulae, trademarks or other like property or rights;

b) the use of, or the right to use, tapes for radio or television broadcasting, motion picture films, films or video tapes or other means of reproduction where such films or tapes have been or to be used or reproduced in Malaysia, or other like property or rights;

c) the use of, or the right to use, know-how or information concerning technical, industrial, commercial or scientific knowledge, experience or skill;

d) the reception of, or the right to receive, visual images or sounds, or both, transmitted to the public by satellite, cable, fibre optic or similar technology;

e) the use of, or the right to use, visual images or sounds, or both, in connection with television broadcasting or radio broadcasting transmitted by satellite, cable, fibre optic or similar technology;

f) the use of, or the right to use, some or all of the part of the radio frequency spectrum specified in a relevant licence;

g) a total or partial forbearance in respect of:

(i) the use of, or the granting of the right to use, any such property or right as is mentioned in paragraph (a) or (b) or any such knowledge, experience or skill as is mentioned in paragraph (c);

(ii) the reception of, or the granting of the right to receive, any such visual images or sounds as are mentioned in paragraph (d);

(iii) the use of, or the granting of the right to use, any such visual images or sounds as are mentioned in paragraph (e); or

(iv) the use of, or the granting of the right to use, some or all such part of the spectrum specified in a spectrum licence as is mentioned in paragraph (f); or

h) the alienation of any property, know-how or information as mentioned in paragraph (a), (b) or (c).

Amount H from Working Sheet HK-5.

B4 ANUITI DAN BAYARAN BERKALA LAIN

Anuiti

Jumlah yang ditetapkan mengikut syarat-syarat pelaburan yang melayakkan pelabur menerima bayaran tahunan, sama ada untuk selama-lamanya atau sesuatu tempoh.

Bayaran berkala lain

Bayaran yang dibuat berulang kali pada masa-masa tertentu.

Page 9: NOTA PENERANGAN TC 2020 · harta tanah baru beroperasi atau menukar tarikh tutup akaunnya, sila isi tarikh mula dan tutup tempoh asas yang betul di ruang A7. Contoh 1: Unit amanah

- 8 -

B5 APA-APA PEROLEHAN ATAU KEUNTUNGAN LAIN

Pendapatan lain yang tidak termasuk dalam kategori di atas.

Helaian Kerja HK-6 perlu dikemukakan bersama Borang TC sekiranya pendapatan ini melayakkan unit amanah / amanah harta tanah menuntut bayaran balik seperti di ruang C7 berhubung tolakan cukai seksyen 110 (lain-lain).

B7 PERBELANJAAN DIBENARKAN UNTUK UNIT AMANAH DI BAWAH SEKSYEN 63B

Saraan pengurus, perbelanjaan mengendalikan daftar pemegang unit, pendaftaran saham, kesetiausahaan, fi audit dan perakaunan, caj telefon, kos percetakan dan alat tulis serta pos yang tidak dibenarkan sebagai tolakan di bawah subseksyen 33(1) ACP 1967, boleh dituntut di bawah seksyen 63B akta yang sama.

B9 hingga B14 DERMA / HADIAH / SUMBANGAN / ZAKAT

Hadiah wang kepada Kerajaan / Kerajaan Negeri / pihak berkuasa tempatan

[Subseksyen 44(6) ACP 1967]

Hadiah wang kepada institusi / organisasi / tabung yang diluluskan

Hadiah artifak, manuskrip atau lukisan

Hadiah artifak, manuskrip atau lukisan kepada Kerajaan atau Kerajaan Negeri berdasarkan pada nilai yang ditentukan oleh Jabatan Muzium Malaysia atau Arkib Negara. [Subseksyen 44(6A) ACP 1967]

Hadiah wang untuk kemudahan perpustakaan atau kepada perpustakaan

Hadiah wang yang tidak melebihi RM20,000 bagi menyediakan kemudahan perpustakaan awam, perpustakaan sekolah dan institusi pendidikan tinggi dengan syarat, tuntutan bagi perbelanjaan yang sama tidak dibuat di bawah perenggan 34(6)(g) ACP 1967 dalam mengira pendapatan larasan perniagaan. [Subseksyen 44(8) ACP 1967].

Hadiah lukisan kepada Balai Seni Lukis Negara atau balai seni lukis negeri

Hadiah lukisan berdasarkan pada nilai yang ditentukan oleh Balai Seni Lukis Negara atau mana-mana balai seni lukis negeri. [Subseksyen 44(11) ACP 1967]

Zakat perniagaan

Amaun yang boleh dituntut adalah terhad kepada 2.5% daripada Pendapatan Agregat di B6. [Subseksyen 44(11A) ACP 1967]

BAHAGIAN C: CUKAI KENA DIBAYAR / DIBAYAR BALIK

C2 CARA PENGIRAAN CUKAI

Contoh:

Pendapatan bercukai di ruang B15: RM 2,180,246

Cukai atas RM 2,180,246 pada kadar 24% = RM 523,259.04

Masukkan jumlah cukai di ruang C2a Borang TC.

Terhad kepada 10% daripada B6

Hadiah wang kepada institusi / organisasi / tabung yang diluluskan oleh Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri. [Subseksyen 44(6) dan proviso, ACP 1967]

Hadiah wang bagi aktiviti sukan yang diluluskan oleh Menteri Kewangan [Subseksyen 44(11B) dan proviso, ACP 1967]

Hadiah wang atau kos sumbangan manfaat bagi projek berkepentingan negara yang diluluskan oleh Menteri Kewangan

[Subseksyen 44(11C) dan proviso, ACP 1967]

Hadiah wang dalam bentuk wakaf Hadiah wang dalam bentuk wakaf kepada pihak berkuasa agama / badan agama / university awam atau hadiah wang dalam bentuk endowmen kepada universiti awam [Subseksyen 44(11D) dan proviso, ACP 1967]

Page 10: NOTA PENERANGAN TC 2020 · harta tanah baru beroperasi atau menukar tarikh tutup akaunnya, sila isi tarikh mula dan tutup tempoh asas yang betul di ruang A7. Contoh 1: Unit amanah

- 9 -

C3 TOLAKAN CUKAI SEKSYEN 110 (LAIN-LAIN)

Sila buat pengiraan di Helaian Kerja HK-6 untuk tolakan cukai seksyen 110 ke atas pendapatan lain yang berkenaan. Pindah dari Amaun B dari Helaian Kerja HK-6.

Tolakan cukai seksyen 110 (lain-lain) TIDAK termasuk bayaran cukai pegangan yang tertakluk di bawah seksyen 107A ACP 1967.

Sertakan dokumen berkenaan bersama Helaian Kerja HK-6 sekiranya unit amanah / amanah harta tanah layak menuntut pembayaran balik.

C4 PELEPASAN CUKAI SEKSYEN 132

Pelepasan cukai berhubung dengan pendapatan yang dibawa masuk ke Malaysia, di mana cukai telah dikenakan di negara asal yang telah memeterai perjanjian pengelakan pencukaian dua kali (PPPDK) dengan Malaysia.

Rujuk Lampiran F untuk senarai negara-negara yang telah memeterai PPPDK dengan Malaysia.

Senaraikan pendapatan, cukai yang dipotong di negara asing dan pengiraan pelepasan di bawah seksyen 132 di Helaian Kerja HK-8. Pindahkan amaun B dari Helaian Kerja HK-8 ke ruang ini.

Simpan dokumen asal mengenai pendapatan dan cukai yang dikenakan di negara asal dengan teratur untuk tujuan semakan.

Rujuk kepada peruntukan Jadual 7 ACP 1967 untuk membuat pengiraan kredit.

C5 PELEPASAN CUKAI SEKSYEN 133

Pelepasan cukai berhubung dengan pendapatan yang dibawa masuk ke Malaysia, di mana cukai telah dikenakan di negara asal yang TIDAK memeterai perjanjian pengelakan pencukaian dua kali (PPPDK) dengan Malaysia

Senaraikan pendapatan, cukai yang dipotong di negara asing dan pengiraan pelepasan di bawah seksyen 133 di Helaian Kerja HK-9. Pindahkan amaun B dari Helaian Kerja HK-9 ke ruang ini.

Simpan dokumen asal berkenaan pendapatan dan cukai yang dikenakan di negara asal dengan teratur untuk tujuan semakan.

Rujuk kepada peruntukan Jadual 7 ACP 1967 untuk membuat pengiraan kredit.

BAHAGIAN BA: PENDAPATAN BERKANUN, JUMLAH PENDAPATAN DAN PENDAPATAN BERCUKAI

Jika A1 = 2, isi Bahagian BA dan CA bagi unit amanah / amanah harta tanah yang TIDAK BERMASTAUTIN di Malaysia. Bahagian B dan C tidak perlu diisi.

BA1 hingga BA15 Sila rujuk penerangan untuk Bahagian B (kecuali faedah dan royalti) dari muka surat 6 hingga 8 Nota Penerangan ini.

Bagi unit amanah / amanah harta tanah yang tidak bermastautin di Malaysia, pendapatan faedah, royalti, pendapatan kelas khas di bawah seksyen 4A dan pendapatan lain yang berkenaan adalah dikenakan cukai atas jumlah kasarnya pada kadar selain daripada 24%.

BA16 hingga BA16d Pendapatan kasar yang tertakluk kepada kadar cukai lain

Bahagian ini merangkumi pendapatan seperti faedah, royalti, pendapatan kelas khas di bawah seksyen 4A dan pendapatan lain yang tertakluk kepada kadar cukai selain daripada 24%. Jenis pendapatan ini dikenakan cukai atas jumlah kasarnya pada kadar yang ditetapkan dalam Perjanjian Pengelakan Pencukaian Dua Kali (PPPDK - Sila rujuk Lampiran F) atau ACP 1967, jika tiada PPPDK.

Sekiranya pendapatan tersebut melayakkan unit amanah / amanah harta tanah menuntut bayaran balik seperti di ruang CA5 berhubung tolakan cukai seksyen 110 (lain-lain), Helaian Kerja HK-6 perlu dikemukakan bersama Borang TC.

BA16a Faedah

Isikan jumlah pendapatan kasar faedah yang dikenakan cukai.

BA16b Royalti

Masukkan jumlah pendapatan kasar royalti yang dikenakan cukai.

BA16c Pendapatan kelas khas di bawah seksyen 4A

Page 11: NOTA PENERANGAN TC 2020 · harta tanah baru beroperasi atau menukar tarikh tutup akaunnya, sila isi tarikh mula dan tutup tempoh asas yang betul di ruang A7. Contoh 1: Unit amanah

- 10 -

Pendapatan kelas khas terdiri daripada amaun yang diterima sebagai:

balasan bagi perkhidmatan yang diberi berkaitan dengan penggunaan harta atau hak-hak yang dipunyai oleh, atau pemasangan atau pengendalian apa-apa loji, mesin-mesin atau alat-alat lain yang dibeli daripada seseorang bukan pemastautin;

balasan bagi nasihat, bantuan atau perkhidmatan yang diberikan berkaitan dengan pengurusan atau pentadbiran bagi mana-mana duga niaga, usaha, projek atau skim yang bercorak saintifik, perindustrian atau komersial; atau

sewa atau bayaran lain yang dibuat di bawah mana-mana perjanjian atau peraturan bagi penggunaan mana-mana harta alih.

Rujukan: Ketetapan Umum No. 11/2018 dan Akta Kewangan 2018 (Akta 812)

BA16d Pendapatan lain

Pendapatan lain yang tidak termasuk dalam kategori di atas. Masukkan jumlah kasar pendapatan lain yang dikenakan cukai pada kadar selain daripada 24%.

BAHAGIAN CA: CUKAI KENA DIBAYAR / DIBAYAR BALIK

CA1 hingga CA1g PENGIRAAN JUMLAH CUKAI YANG DIKENAKAN

Contoh: Unit amanah / amanah harta tanah bermastautin di Singapura

Kadar Cukai Cukai Yang Dikenakan

Jumlah di ruang BA15: RM 105,500 24% RM 25,320.00

Pendapatan kasar faedah di ruang BA16a: RM 80,300 15% RM 12,045.00

Pendapatan kasar royalti di ruang BA16b: RM 250,000 10% RM 25,000.00

Darab amaun pendapatan bercukai dari ruang BA15 dengan kadar cukai 24% dan masukkan hasil pengiraannya di ruang CA2a Borang TC seperti berikut:-

Pengiraan Cukai Kadar (%) Cukai Yang Dikenakan

CUKAI ATAS KADAR 24% (BA15 x 24%) 24%

Pendapatan Kasar Yang Tertakluk Kepada Kadar Cukai Lain

Amaun pendapatan bercukai dari ruang BA16a hingga ruang BA16d yang tertakluk kepada kadar cukai selain daripada 24%, dimasukkan ke ruang CA1b hingga ruang CA1g (yang mana berkenaan) mengikut kadar cukai seperti ditetapkan dalam Perjanjian Pengelakan Pencukaian Dua Kali (PPPDK - Sila rujuk Lampiran F atau ACP 1967, jika tiada PPPDK.

Pengiraan Cukai Kadar (%) Cukai Yang Dikenakan

Pendapatan kasar tertakluk kepada kadar cukai lain

10%

15%

CA3 TOLAKAN CUKAI SEKSYEN 110 (LAIN-LAIN)

Sila buat pengiraan di Helaian Kerja HK-6 untuk tolakan cukai seksyen 110 ke atas pendapatan lain yang berkenaan. Pindah dari Amaun B dari Helaian Kerja HK-6.

Tolakan cukai seksyen 110 (lain-lain) TIDAK termasuk bayaran cukai pegangan yang tertakluk di bawah seksyen 107A ACP 1967.

Sertakan dokumen berkenaan bersama Helaian Kerja HK-6 sekiranya unit amanah / amanah harta tanah layak menuntut pembayaran balik.

CA2a ->>_>>_>>_>?

, , , . 2 5 3 2 0 0 0

CA2d

CA2f

->>_>>_>>_>?

, , , . 2 5 0 0 0 0 0

->>_>>_>>_>?

, , , . 1 2 0 4 5 0 0

<>_>>_>>_>>?

, , , 2 5 0 0 0 0

<>_>>_>>_>>?

, , , 8 0 3 0 0

Page 12: NOTA PENERANGAN TC 2020 · harta tanah baru beroperasi atau menukar tarikh tutup akaunnya, sila isi tarikh mula dan tutup tempoh asas yang betul di ruang A7. Contoh 1: Unit amanah

- 11 -

BAHAGIAN D: KEDUDUKAN CUKAI

Cukai kena dibayar adalah dari ruang C6 bagi badan amanah yang BERMASTAUTIN di Malaysia atau ruang CA4 jika TIDAK BERMASTAUTIN. Masukkan amaun bayaran ansuran yang telah dibuat bagi pendapatan tahun semasa ke ruang D2. Jika masih ada baki cukai yang kena dibayar seperti di ruang D3, bayaran boleh dibuat melalui:-

i) Bank yang dilantik - Maklumat boleh diperoleh di http://www.hasil.gov.my.

Kaunter CIMB Bank Bhd. (CIMB), Public Bank Bhd. (PBB), Malayan Banking Bhd. (Maybank), Affin Bank

Berhad (ABB), RHB Bank Berhad (RHB), Bank Simpanan Nasional (BSN) dan Bank Rakyat dengan

menggunakan slip bayaran yang disediakan oleh pihak bank.

Perbankan internet CIMB, PBB, Maybank, Hong Leong Bank, Citibank, RHB, Alliance Bank Malaysia

Berhad, BSN dan perbankan telefon Maybank.

Auto Teller Machine (ATM) CIMB, PBB & Maybank dan Mesin Deposit Tunai Maybank.

ii) ByrHASiL di Portal Rasmi LHDNM, https://byrhasil.hasil.gov.my/.

Bayaran melalui FPX (Financial Process Exchange) di https://byrhasil.hasil.gov.my/fpx.php.

Bayaran melalui kad kredit Visa, Mastercard & American Express di

https://byrhasil.hasil.gov.my/creditcard/.

iii) Kaunter bayaran LHDNM di Pusat Bayaran Kuala Lumpur, Cawangan Kota Kinabalu dan Cawangan

Kuching atau pos.

Cek, kiriman wang dan draf bank hendaklah dipalang dan dibayar kepada Ketua Pengarah Hasil

Dalam Negeri.

Gunakan Slip Pengiriman Bayaran (CP207) yang boleh diperoleh di http://www.hasil.gov.my.

Bayaran melalui pos hendaklah dihantar secara berasingan daripada borang nyata. Bayaran TUNAI

tidak boleh dibuat melalui pos.

iv) Pos Malaysia Berhad - Kaunter dan Pos Online.

PERINGATAN Selepas selesai pengiraan cukai dari Bahagian B atau BA hingga Bahagian D, unit amanah / amanah harta tanah diingatkan supaya mengisi bahagian ‘Kedudukan Cukai’ di muka surat 1 Borang TC 2020 dengan menandakan ‘X’ dalam satu petak yang berkenaan sahaja.

BAHAGIAN E: PENDAPATAN TAHUN KEBELAKANGAN YANG BELUM DILAPORKAN

Pendapatan yang diterima berkenaan sesuatu tahun terdahulu yang belum dilaporkan. Gunakan lampiran berasingan sekiranya ruangan yang disediakan tidak mencukupi.

BAHAGIAN F: PELUPUSAN ASET DI BAWAH AKTA CUKAI KEUNTUNGAN HARTA TANAH 1976

F1

Melupuskan aset di bawah Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976.

Merujuk kepada aset yang boleh dikenakan cukai di bawah Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976.

Sekiranya ada melupuskan aset, isikan ‘1’ untuk ‘Ya’ dan isi juga ruang F2.

Isi ‘2’ untuk ‘Tidak’ jika tidak berkenaan.

F2 Melaporkan pelupusan tersebut kepada LHDNM

Isikan ‘1’ (‘Ya’) jika telah melaporkan pelupusan berkenaan kepada LHDNM atau ‘2’ (‘Tidak’) jika belum.

Sekiranya belum dilaporkan, sila hubungi cawangan LHDNM yang mengendalikan fail cukai pendapatan unit amanah / amanah harta tanah berkenaan (pelupus). Untuk maklumat lanjut, sila layari Portal Rasmi LHDNM, http://www.hasil.gov.my.

Page 13: NOTA PENERANGAN TC 2020 · harta tanah baru beroperasi atau menukar tarikh tutup akaunnya, sila isi tarikh mula dan tutup tempoh asas yang betul di ruang A7. Contoh 1: Unit amanah

- 12 -

BAHAGIAN G: MAKLUMAT PENDAPATAN UNIT AMANAH / AMANAH HARTA TANAH

G1 MAKLUMAT CUKAI PEGANGAN

Isikan ‘1’ dalam petak untuk ‘Ya’ sekiranya syarikat membuat bayaran dalam tempoh asas yang tertakluk kepada cukai pegangan di bawah seksyen 107A, 109, 109A, 109B, 109F dan 109G.

Isikan ‘2’ dalam petak untuk ‘Tidak’ jika tidak berkenaan.

Jenis-jenis cukai pegangan adalah seperti berikut:

Cukai pegangan di bawah seksyen 107A

Bahagian perkhidmatan kontrak yang dibayar kepada kontraktor bukan pemastautin.

Kadar cukai pegangan:

10% atas jumlah kasar [Perenggan 107A(1)(a) ACP 1967]

Tambah

3% atas jumlah kasar [Perenggan 107A(1)(b) ACP 1967]

(Peraturan dan prosedur membuat bayaran kepada Unit / Cawangan Pungutan LHDNM hendaklah dipatuhi).

Cukai pegangan di bawah seksyen 109

Faedah atau royalti yang dibayar kepada bukan pemastautin.

Kadar cukai seperti yang ditetapkan dalam Bahagian II, Jadual 1 ACP 1967

Faedah – 15% atas jumlah kasar. Royalti – 10% atas jumlah kasar.

kecuali jika terdapat kadar berbeza yang ditetapkan dalam Perjanjian Pengelakan Pencukaian Dua Kali (Rujuk Lampiran F).

Cukai pegangan di bawah seksyen 109A

Bayaran kepada penghibur awam untuk perkhidmatan yang dilaksanakan di Malaysia.

Kadar cukai seperti ditetapkan dalam Bahagian II Jadual 1 ACP 1967 iaitu 15% atas jumlah kasar.

Cukai pegangan di bawah seksyen 109B

Bayaran jenis kelas khas di bawah seksyen 4A ACP 1967 yang dibayar kepada bukan pemastautin.

Kadar cukai seperti ditetapkan dalam Bahagian V Jadual 1 ACP 1967 iaitu 10% atas jumlah kasar kecuali jika terdapat kadar berbeza yang ditetapkan dalam Perjanjian Pengelakan Pencukaian Dua Kali.

(Rujuk Lampiran F)

Cukai pegangan di bawah seksyen 109F

Bayaran yang dibuat kepada bukan pemastautin.

Kadar cukai seperti ditetapkan dalam Bahagian XIII Jadual 1 ACP 1967 iaitu 10% atas jumlah kasar

perolehan atau keuntungan di bawah perenggan 4(f) yang diperoleh dari Malaysia.

Cukai pegangan di bawah seksyen 109G

Sumbangan yang dikeluarkan oleh seseorang individu (pencarum) daripada Skim Persaraan Swasta sebelum

mencapai umur 55 tahun.

Kadar cukai seperti ditetapkan dalam Bahagian XVI Jadual 1 ACP 1967 iaitu 8% atas setiap ringgit

sumbangan yang dikeluarkan.

G2 TOLAKAN KHAS PERBELANJAAN MODAL YANG LAYAK BAGI PENDAPATAN SEWA DI BAWAH SEKSYEN 63A ATAU TOLAKAN KHAS PERBELANJAAN YANG DIBENARKAN DI BAWAH SEKSYEN 63B

G2a Seksyen 63A Amanah harta tanah layak mendapat potongan khas jika aset yang berkaitan perbelanjaan modal yang layak, telah dimiliki dan digunakan oleh amanah tersebut pada akhir tempoh asas. Helaian Kerja HK-4A boleh dirujuk untuk cara pengiraannya.

G2b Seksyen 63B Unit amanah / amanah harta tanah layak mendapat potongan khas bagi perbelanjaan yang dibenarkan dengan menggunakan formula yang ditetapkan. Sila rujuk Helaian Kerja HK-13 untuk cara pengiraannya.

BAHAGIAN H: MAKLUMAT KEWANGAN UNIT AMANAH / AMANAH HARTA TANAH

H1 ke H40 Masukkan butiran seperti disediakan dalam Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan serta Kunci Kira-Kira bagi tahun semasa.

Page 14: NOTA PENERANGAN TC 2020 · harta tanah baru beroperasi atau menukar tarikh tutup akaunnya, sila isi tarikh mula dan tutup tempoh asas yang betul di ruang A7. Contoh 1: Unit amanah

- 13 -

BAHAGIAN J: MAKLUMAT PENDAPATAN YANG DIKECUALIKAN

Bahagian ini hanya perlu diisi sekiranya unit amanah / amanah harta tanah mempunyai punca pendapatan yang dikecualikan cukai pendapatan dalam tahun semasa.

AKUAN

Borang nyata yang tidak ditandatangani akan dianggap tidak lengkap dan tidak akan diproses. Surat Pemberitahuan Borang Nyata Tidak Lengkap akan dikeluarkan kepada tuan sebagai makluman. Penggunaan cap tandatangan tidak dibenarkan. Penalti akan dikenakan jika berlaku kelewatan dalam mengemukakan semula borang nyata tersebut kepada LHDNM.

MAKLUMAT FIRMA DAN TANDATANGAN ORANG YANG MENYEDIAKAN BORANG NYATA INI

Nombor kelulusan ejen cukai adalah nombor kelulusan yang diberikan kepada ejen cukai yang diluluskan di bawah subseksyen 153(3) ACP 1967.

Bahagian ini perlu diisi dan ditandatangani oleh ejen / wakil cukai yang menyediakan borang nyata berkenaan.

KOD NEGARA

Berikut adalah kod bagi sebahagian daripada negara-negara yang dikenal pasti. Rujuk Lampiran E untuk senarai yang lengkap.

Negara Kod Negara Kod Negara Kod

Australia AU Iran (Islamic R.O.) IR Philippines PH

Bangladesh BD Iraq IQ Saudi Arabia SA

Brunei BN Japan JP Singapore SG

Cambodia KH Korea, D.P.R. KP South Africa ZA

Canada CA Korea, R.O. KR Sri Lanka LK

China CN Laos, D.P.R. LA Taiwan TW

Denmark DK Malaysia MY Thailand TH

Hong Kong HK Myanmar MM United Kingdom GB

India IN New Zealand NZ United States US

Indonesia ID Pakistan PK Vietnam VN

Nota: R.O. = Republic of; D.P.R. = Democratic People’s Republic of