nota elektronik teras ting. 2

10
Nota khb/khairi/smksg5u/2010 1.5 ELEKTRONIK a. Nama, simbol dan fungsi komponen elektronik Hasil Pembelajaran Mengenal pasti nama, fungsi dan simbol komponen elektronik. Mengenal pasti jenis perintang, suis, kapasitor dan transistor. Menyatakan unit asas komponen. Membaca nilai perintang tetap. Membanding beza antara komponen aktif dan komponen pasif. Perintang Boleh Ubah atau Perintang Boleh Laras Sejenis komponen elektronik yang digunakan untuk mengawal arus dan voltan yang boleh dilaras di antara sifar hingga nilai maksimum. Biasanya digunakan pada radio untuk mengawal suara dan televisyen untuk mengawal suara, warna dan kecerahan. Contohnya meter upaya(potentiometer) yang mempunyai tiga tamatan dan digunakan untuk mengawal voltan dalam litar. Versi yang lebih kecil dikenali sebagai pre-set. Pre-set dan Simbol Meter Upaya dan Simbol

Upload: cikgu-khairie

Post on 20-Jun-2015

39.126 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Nota Elektronik  Teras Ting. 2

Nota khb/khairi/smksg5u/2010

1.5 ELEKTRONIK

a. Nama, simbol dan fungsi komponen elektronik Hasil Pembelajaran

Mengenal pasti nama, fungsi dan simbol komponen elektronik.

Mengenal pasti jenis perintang, suis, kapasitor dan transistor.

Menyatakan unit asas komponen.

Membaca nilai perintang tetap.

Membanding beza antara komponen aktif dan komponen pasif.

Perintang Boleh Ubah atau Perintang Boleh Laras Sejenis komponen elektronik yang digunakan untuk mengawal arus dan voltan yang boleh dilaras di antara sifar hingga nilai maksimum. Biasanya digunakan pada radio untuk mengawal suara dan televisyen untuk mengawal suara, warna dan kecerahan. Contohnya meter upaya(potentiometer) yang mempunyai tiga tamatan dan digunakan untuk mengawal voltan dalam litar. Versi yang lebih kecil dikenali sebagai pre-set.

Pre-set dan Simbol

Meter Upaya

dan Simbol

Page 2: Nota Elektronik  Teras Ting. 2

Buzer Buzer menghasilkan bunyi apabila disambungkan ke punca bekalan dan digunakan sebagai penggera. Wayar penghubung pada buzer biasanya dalam kod warna hitam (negatif) dan merah (positif). Jika sambungannya salah, ia tidak akan berfungsi.

Buzer dan simbol Komponen Aktif dan Pasif Dalam komponen elektronik terdapat dua katogeri iaitu komponen aktif dan

komponen pasif.

Komponen aktif diperbuat dari semi-konduktor ( bahan separa pengalir)

seperti silikon atau germanium. Komponen ini boleh membentuk, mengawal

dan memproses isyarat elektrik. Contoh komponen aktif ialah transistor dan

diod.

Komponen pasif ialah peranti sokongan yang dapat membantu operasi

komponen aktif. Contoh komponen pasif ialah perintang dan kapasitor.

Page 3: Nota Elektronik  Teras Ting. 2

Nota khb/khairi/smksg5u/2010

b. Membaca dan menterjemah lukisan skematik Hasil Pembelajaran

Membaca dan menterjemah lukisan skematik kepada lukisan

bergambar

Menterjemah lukisan skematik atau lukisan bergambar untuk membuat

projek

Litar Elektronik Litar elektronik ialah gabungan beberapa komponen elektronik seperti yang

terdapat pada radio dan televisyen. Litar ini terdiri daripada litar skematik dan

litar bergambar.

Litar Skematik Litar skematik mengandungi susunan komponen-komponen elektronik dalam

bentuk simbol. Simbol ini memberi panduan untuk membuat pemilihan

komponen yang betul

Contoh Litar Skematik

Page 4: Nota Elektronik  Teras Ting. 2

Litar Bergambar Litar yang diterjemahkan daripada litar skematik dalam bentuk gambar komponen bagi membantu kerja pemasangan komponen elektronik dengan lebih mudah dan tepat.

Contoh litar bergambar menggunakan bod litar

c. Penghasilan Projek

i. Alatan Tangan

Hasil Pembelajaran

Mengenal pasti nama dan fungsi alatan tangan

Menyenggara alatan tangan

Set Alat Kepersisan (Precision Screw Driver) Permutar skru jenis ini biasanya dijual dalam set. Kegunaannya adalah khusus untuk menanggal dan mengetatkan skru-skru yang bersaiz kecil.

Set Alat Kepersisan

Page 5: Nota Elektronik  Teras Ting. 2

Nota khb/khairi/smksg5u/2010

Alat Penanggal Pateri (Desoldering Tool)

Digunakan untuk membuang pateri bagi menanggalkan komponen elektronik daripada papan litar..

Peletak Alat Pemateri (Soldering Holder) Digunakan untuk alat pemateri apabila tidak digunakan sewaktu kerja pematerian dilakukan.

Pemegang Papan Litar (Soldering Aid) Digunakan untuk mengapit papan litar dengan kemas sewaktu kerja pematerian dilakukan. Papan litar perlu dipegang supaya tidak bergerak untuk menghasilkan pematerian yang sempurna

Page 6: Nota Elektronik  Teras Ting. 2

ii. Memateri

Hasil Pembelajaran

Mengenal pasti kelengkapan dan bahan pematerian

Mengenal pasti komposisi bahan pateri

Memateri dengan tepat, kemas, kukuh dan selamat

Kelengkapan dan bahan pematerian

Alat pemateri elektrik digunakan untuk membuat pematerian kaki komponen,

tamatan komponen dan wayar pada bod litar dengan kemas dan kukuh.

Kadar kuasa alat pamateri elektrik yang biasa digunakan ialah 15 watt atau

25 watt.

Dawai pateri yang biasa digunakan untuk kerja elektronik ialah jenis

campuran timah dan plumbum. Komposisi campuran ialah 60/40 yang

bermaksud 60 % timah dan 40 % plumbum.

Semasa memateri pastikan :

Alat pemateri cukup panas dan bitnya bersih

Bod litar dan kaki komponen juga mesti bersih dan bebas daripada

lapisan oksida

* Perhatian: Fluks ( bahan lakur ) boleh digunakan untuk membersihkan

atau mengasingkan lapisan oksida daripada permukaan bod litar atau kaki

komponen.

Page 7: Nota Elektronik  Teras Ting. 2

Nota khb/khairi/smksg5u/2010

iii. Membuat projek

Hasil Pembelajaran

Membentuk kaki komponen

Memasang komponen seperti pada lukisan skematik atau lukisan

bergambar

Menyemak semula kedudukan komponen berpandukan litar skematik

atau bergambar

Memateri kaki atau tamatan komponen

Memotong kaki komponen yang berlebihan dengan kemas

Menguji projek yang telah siap dan membuat kerja pembaikan jika

perlu

Contoh membentuk kaki komponen elektronik

Menguji kefungsian projek yang telah siap dan membuat pembaikan

Betul Salah

Page 8: Nota Elektronik  Teras Ting. 2

( trouble shooting ) jika perlu. Garis panduan untuk mengenal pasti masalah projek yang tidak berfungsi

sepenuhnya adalah seperti berikut :

Pastikan tiada komponen yang tertinggal dengan merujuk litar

skematik atau bergambar yang disediakan

Pastikan bateri dalam keadaan baik atau berkuasa

Perhatikan sambungan bateri- penyambung bateri disambungkan

dengan betul pada punca positif atau punca negatif bateri.

Jika menggunakan suis, periksa sambungan pada tamatan ( buat

bypassing )

Memeriksa sambungan pematerian antara bod dan komponen

Pastikan tiada pateri yang melimpah antara balapan

Memastikan tiada berlaku litar pintas antara kaki- kaki komponen

Memeriksa keterusan balapan – tiada balapan yang terputus

Pastikan komponen yang mempunyai kekutuban dipasang dengan

betul

Jika menggunakan komponen seperti transistor, semak kedudukan

pemasangan kaki c, b, e berpandukan litar skematik

Jika menggunakan IC, pastikan ia dimasukkan ke dalam soket IC

mengikut nombor pin yang betul

Periksa nilai perintang dan kapasitor mengikut litar skematik atau

bergambar

Page 9: Nota Elektronik  Teras Ting. 2

Nota khb/khairi/smksg5u/2010

Contoh Satu Litar Skematik Projek Kawalan Lampu / Motor Menggunakan Sensor

Latihan 1. Komponen elektronik yang boleh dilaras kepada nilai yang

dikehendaki seperti mengawal suara, warna dan kecerahan.

A transistor C perintang boleh laras

B kapasitor elektrolitik D perintang tetap

Page 10: Nota Elektronik  Teras Ting. 2

2. Komponen yang mempunyai tiga tamatan dan digunakan untuk

mengawal voltan dalam litar

Kenyataan di atas adalah merujuk kepada…….

A kapasitor C reostat

B meter upaya D transistor

3. Apakah alatan yang digunakan untuk membuang timah pateri bagi

menanggalkan kaki komponen elektronik daripada papan litar?

A Alat penanggal pateri C Alat pemateri

B Playar muncung tirus D Penjalur wayar

4. Komponen elektronik yang boleh memproses isyarat elektrik ialah

A kapasitor C reostat

B perintang D transistor

5. Apakah komponen elektronik yang boleh menukarkan tenaga elektrik

kepada tenaga bunyi ?

A buzer C kapasitor

B transistor D perintang

6. Apakah alat yang digunakan untuk meletakkan alat pemateri sewaktu

sedang dipanaskan ?

A Alat penanggal pateri C Pemegang papan litar

B Pemegang alat pemateri D Set alat persisian