nota bukit kepong

Upload: thean-hock

Post on 09-Apr-2018

237 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/8/2019 Nota Bukit Kepong

    1/5

    SINOPSIS

    Novel ini dikembangkan dengan pengutaraan peristiwa daruratpada tahun 1948. Salah satu tindakan yang

    dibuat ialah pembesaranpasukan polis. Othman Yusof dan Kassim Berjaya mengikuti latihan diKuala Lumpur selama

    enam bulan sebelum dilantik menjadi konstabelpolis. Sebelum menghadiri latihan, Othman ditunangkan denganLimah.

    Mereka dinikahkan setelah Othman tamat latihan.

    Limah menyertai suaminya yang bertugas di Pagoh. Pada suatuhari, Limah, Leha, dan Mek Mah menaiki bas ke

    Muar. Bas yang dinaikimereka ditahan pengganas komunis. Harta benda penumpangdirampas, kemudian penumpang-

    penumpang dipaksa menanggalkanpakaian; dan bas itu dibakar. Mangsa-mangsa itu pergi ke KampungRaja untukmendapatkan bantuan.

    Lektuan di kawasan itu semakin agresif. Bukit Kepong tidakberkecuali. Penghulu Ali Mustapha memohon

    anggota polisditempatkan semula di Bukit Kepong. Permohonan itu diluluskan.Sementara itu, Aziz Tompok, Saibun dan

    Harun Nuik berjayamembunuh dua orang pengganas komunis yang cuba mengganggumereka di dalam hutan. Ekoran

    peristiwa itu, Unit PengawalKeselamatan Kampung dan Unit Parang Panjang ditubuhkan di BukitKepong. Penghulu Ali

    berusaha keras menggagalkan dakyah komunisMelayu pimpinan Madera.

    Sarjan Jamil mengetuai Balai Polis Bukit Kepong yang telahdinaikkan tarafnya. Wongli dan Tucksai serta orang-orang

    mereka telahmengugut dan menyeksa ibu dan isteri Saibun. Rumah Saibun dibakar.Semua isi rumah itu terkorban.

    Tindakan komunis berlaku serentakdengan gerakan kemerdekaan dan usaha Inggeris menyelamatkankepentingan

    mereka. Banyak pembunuhan dilakukan.

    Lans Koperal Jidin dan Othman mematahkan percubaan Ahlammenghantar makanan kepada komunis. Sebagaiakibatnya, isteriAhlam diseksa oleh Kwanpin. Kwanpin bergabung dengan Lektuan danChanfei untuk menyerang Balai

    Polis Labis. Usaha itu digagalkan olehInspektor Chin, Inspektor Majid, dan Leftenan Brown. Lans Koperal Jidin, Othman ,

    Yusof, EPC Ahmad Khalid dan EPCMohd Top ditukarkan ke Balai Polis Bukit Kepong. Limah, yang sedangmengandung,

    dihantar ke kampung. Pada suatu petang, Othmanternampak akan beberapa tanda pelik. Ketika sedang minum di

    sebuahkedai, Othman melihat seorang pemuda Cina memerhatikan balai polisyang dilawati OCPD Pagoh, Inspektor J.J.

    Raj Jr. Pada masa itu, orangCina sedang menyambut Tahun Baru Cina.

    Lektuan kembali dari mengintip. Strategi serangan dibincangkandengan Changfei, Lausan, dan Pengtuan. Tucksa

    dan Ahmeng dihantarke balai polis untuk mengintip. Waktu sudah tengah malam. Ahmengmendakwa anaknya mati

    kerana terjatuh ke dalam telaga. Suasanakecoh berlaku di tempat kawalan kampung. Isteri Awang Tui hendakbersalin.

    Bidan terpaksa dicari. Salakan anjing menimbulkan tandatanya pengawal kampung. EPC Jaafar ternampak akan

    lembagamanusia lalu menyuruhnya memperkenalkan dirinya. Bunyi tembakanberlaku. Lebih kurang 180 orang komunis

    menyerang Balai Polis BukitKepong yang hanya mempunyai 18 anggota.Pihak polis menentang musuh mereka dengan berani walaupunseorang demi seorang menemui ajal mereka.

    Anak-anak buahPenghulu Ali gagal membantu kerana dipintas oleh pengganaskomunis. Apabila kekuatan polis

    berkurangan, pengganas komunismemgeluarkan isteri-isteri dan anak-anak polis yang masih hidup.Kompleks polis itu

    dibakar. Yusof Rono dan EPC Ahmad Khalid yangluka parah berjaya menyelamatkan diri mereka daripada

    terbakar.Sebelum keluar dari bangunan yang terbakar itu, Othmanmemindahkan Lans Koperal Jidin ke tempat selamat.

    Kaki dan tanganOthman terkena akan tembakan tetapi dia terselamat kerana sempatmenyorok di bawah lubuk sungai.

    Setelah pengganas komunis meninggalkan kawasan itu, merekayang masih hidup mencari anggota keluarga

    masing-masing. Jamilahmenjumpai ayahnya, Abu Bakar Daud yang luka parah. Anak-anakbuah Penghulu Ali tiba untuk

    memberikan pertolongan. Tidak lamakemudian tiba pula anggota-anggota polis pimpinan Inspektor J.J. Raj Jr.Othman,

    Abu Bakar, Yusof Rono, EPC Ahmad Khalid, Lans Koperal Jidindibawa dengan bot ke hospital Muar. Lans Koperal Jidin

    meninggaldunia dalam perjalanan.Limah, yang telah melahirkan seorang anak lelaki, menjadi gilaapabila diberitahu bahawa suaminya, Othman

    telah dibunuh.Kepulangan Othman tidak memberi kesan kepadanya. Othmanditukarkan ke Alor Setar. Dia meletakkan

    jawatan dan menjadi penorehgetah apabila penyakit Limah semakin buruk. Kaki Othman pulaterpaksa dipotong apabila

    penyakit yang dideritai sebagai akibatserangan pengganas itu mula menular. Kekesalan terhadap layananyang diberi

    kepada pejuang sepertinya daripada pelbagai pihakmendorong Othman menjadi manusia yang tidak mahu

    bergantungpada orang lain

    Tema

  • 8/8/2019 Nota Bukit Kepong

    2/5

    Novel ini mengungkapkan tema perjuangan dan keberanian anggota polis berserta penduduk kampungMukim Bukit

    Kepong dalam mempertahankan kompleks polis serta Mukim Bukit Kepong daripadaserangan komunis sewaktu

    berlakunya darurat di Tanah Melayu. Keistimewaan perjuangan dankeberanian mereka ini agak luar biasa. Keistimewaan

    ini bukan sahaja terpamer menerusi keberanianluar biasa 18 anggota polis dan penduduk kampung Bukit Kepong, malah

    terpamer menerusikekentalan semangat juang mereka. Hal ini terbukti apabila mereka mampu bertahan sehingga

    empatjam dalam usaha mempertahankan Balai Polis Bukit Kepong.

    PersoalanJasa yang tidak dihargai

    Jasa dan pengorbanan Othman seakan-seakan tidak dihargai selepas peristiwa tragis itu.Semasa beliau berada di

    hospital, hanya pada hari-hari permulaan sahaja beliau diziarahi, tetapipada minggu kedua tiada sesiapa yang

    melawatnya.

    Semangat kerjasama

    Ini terbukti apabila kerjasama yang diberikan oleh polis dan penduduk Mukim Bukit Kepongdalam mendepani dakyah

    dan kejahatan pengganas komunis. Dalam hal ini, penduduk MukimBukit Kepong telah menubuhkan Unit Pengawal

    Keselamatan Kampung dan Unit ParangPanjang untuk mendepani karenah komunis. Mereka juga telah berusaha

    membantu anggotapolis semasa komunis menyerang Balai Polis Bukit Kepong.

    Sikap tidak prihatin

    Ini dapat dilihat menerusi kesukaran Othman mendapatkan bantuan kaki palsu daripada pihak-pihak berwajib walaupun

    beliau telah memberikan sumbangan yang besar terhadap keamanannegara. Othman juga mengalami kesukaran dalam

    mendapatkan pekerjaan selepas berhentidaripada perkhidmatan polis. Permohonannya tidak diendahkan oleh pihak

    swasta mahupunkerajaan. Akhir sekali, watak ini hidup merempat sementara menunggu saat-saat kematian.

    Keberanian

    Mereka bertempur selama hampir empat jam. Walaupun ada anggota polis yang terbunuh atautercedera, perjuangan

    tetap diteruskan. Mereka lebih rela mati berjuang daripada menyerahkalah kepada pengganas komunis.Othman Yusof

    dan rakan-rakannya yang berjumlah 18 orangtetap berani menghadapi serangan komunis yang berjumlah hampir 200

    orang.

    Othman Yusof

    - Berasal dari Kulim, Kedah

    - Anak kepada Pak Yusof dan Mak Piah serta tunang kepada Limah

    - Bertubuh gempal, tingginya sederhana, dan berkulit cerah

    - Bekerja sebagai penoreh getah sebelum berkhidmat sebagai seorang polis

    - Seorang yang berdikari kerana dia tidak mengharapkan bantuan orang lain walaupun daripada

    - anak kandungnya sendiri. Dia meneruskan hidupnya bersendirian sehingga akhir hayat.

    Sedia berkorban nyawa demi kesejahteraan agama, bangsa dan negara. Dia pasrah walaupun

    sebelah kakinya kudung kerana terkena tembakan pengganas komunis dalam peristiwa berdarah di Bukit Kepong

    - Memiliki semangat juang dan keberanian yang tinggi. Beliau bersama anggota polis serta warga Bukit Kepong telah

    menafikan kemenangan mutlak pengganas komunis kerana banyak juga pengganas yang terkorbandan cedera.- Seorang yang bertanggungjawab. Ini dapat dilihat apabila kesedarannya untuk menganggotai

    pasukan polis demi menjaga keharmonian negara. Malah beliau bersedia untuk ditukarkan ke Bukit Kepong

    - Othman juga seorang yang penyayang. Semasa berada di Bukit Kepong, beliau sering mengutus

    surat kepada isterinya, Limahyang berada di kampung. Beliau juga amat mengambil berat tentang keadaan Limah ketika

    Limah sedang mengandung.

    Limah

    - Limah merupakan anak kepada Mak Jah dan Lebai Karim

    - Dia isteri Othman Yusof dan memiliki seorang anak lelaki hasil daripada perkahwinannya

  • 8/8/2019 Nota Bukit Kepong

    3/5

    - Dia taat kepada suami. Contohnya, dia sanggup mengikut suaminya bertugas di Pagoh, Johor dan meminta izin

    suaminya sebelum keluar dari rumah

    - Pandai mengaji. Buktinya, dia mengajar anak-anak polis di berek itu mengaji ketika tinggal di

    Pagoh.

    - Dia juga seorang yang penyayang. Contohnya, dia menjadi sasau dan menangis tidak henti-henti setelah mengetahui

    tentang berita kematian suaminya.

    Penghulu Ali Mustapha

    - Wakil penduduk di Mukim Bukit Kepong- Pemimpin yang dihormati di mukimnya dan juga oleh kakitangan pejabat kerajaan di Muar

    - Seorang yang berani. Beliau mencabar pengganas komunis yang mahu mengembangkan ideology komunisme di

    Bukit Kepong

    Plot

    Permulaan

    Dimulakan dengan konflik keganasan komunis yang merampas wang, barang kemas, dan barang-barang dari

    penumpang yang sedang dalam perjalanan pulang ke Pagoh. Mereka meminta semuapenumpang berbogel lalu

    membakar bas tersebut.

    Klimaks

    Berlaku ketika pertempuran antara 18 anggota polis dan sebahagian warga Bukit Kepong dengan

    pengganas komunis yang menyerang kompleks polis di Mukim Bukit Kepong.

    Peleraian

    Pihak polis dan warga Bukit Kepong mengalami kekalahan. Kompleks polis di Bukit Kepong musnahdan banyak anggota

    polis yang terkorban. Kekalahan itu dianggap sebagai kekalahan dalamkemenangan kerana pengganas komunis terpaksa

    berhempas-pulas untuk mengalahkan mereka.Malah, terdapat juga pengganas komunis yang cedera dan terkorban.

    Cerita ini diakhiri dengan kisahkesengsaraan Othman Yusof yang hidup melarat kerana mengalami kecacatan di kaki

    kirinya sebagaiakibat terkena akan tembakan sewaktu menentang pengganas komunis di kampung Bukit Kepong.

    Teknik Plot

    Unsur saspens

    Unsur ini boleh diperhatikan ketika pertempuran antara 18 anggota polis berserta warga Bukit Kepongdengan

    pengganas komunis. Peristiwa ini banyak mengundang kematian dan kecederaan di pihakanggota polis serta warga Buki

    Kepong. Bahagian ini dikatakan mengandungi unsur saspens keranapembaca solah-olah tidak sabar untuk mengetahui

    pasukan yang menang dalam pertempuran itu danbagaimanakah nasib pejuang-pejuang yang terlibat dalam

    pertarungan itu.

    Latar Tempat

    Kampung Keladi, Kulim.

    Iaitu tempat kelahiran Othman.

    Pagoh.

    Tempat Othman mula-mula berkhidmat.

    Rumah Pasung Sungai Petani.

    Tempat ketika Othman menjalani temu duga dan akhirnya berjaya terpilih untuk mengikuti latihan kepolisian.

  • 8/8/2019 Nota Bukit Kepong

    4/5

    Sungai Muar.

    Alat perhubungan utama penduduk mukim tersebut.

    Latar Masyarakat

    Masyarakat yang memiliki semangat juang yang tinggi.

    Mereka sanggup berjuang menentang pengganas komunis walaupun sedar akan bahaya yang akan menimpa mereka.

    Masyarakat yang bekerjasama.

    Pasukan pengawal kampung dan penduduk kampung bekerjasama memadamkan api , merawatmangsa yang cedera,

    mencari mangsa yang terbakar, di samping menyediakan makanan sertaminuman.

    Masyarakat yang terpengaruh dengan perjuangan komunis.

    Kebanyakan anak muda Cina terpengaruh dengan perjuangan yang sia-sia.

    Latar Masa

    - Masa yang melatari novek ini ialah sekitar tahun 1948, iaitu pada zaman darurat

    - Sepanjang Othman menjalani kursus polis- Ketika bas yang dinaiki oleh Limah dari Pagoh di rompak oleh pengganas komunis

    - Sewaktu peristiwa tragis berdarah berlaku di Balai Polis Bukit Kepong.

    Nilai

    Kasih sayang

    Othman sangat menyayangi isterinya, Limah sehingga sanggup meletakkan jawatan

    apabilasakit jiwa yang dialami oleh Lemah semain serius.

    Kesabaran.

    Othman tetap bersabar apabila menghadapi peristiwa yang meyayat hati, iaitu isterinya

    menjadi gila kerana terkejut menerima berita kematiannya.

    Keberanian.

    Othman dan semua anggota di Rumah Pasung Bukit Kepong tetap berani menentang

    pengganas komunis sehingga ke titisan darah yang terakhir, walaupun bilangan anggota polis

    sedikit.

    Tolong-menolong.

    Orang kampung saling membantu dan menolong mangsa yang tercedera atau

    yang mengalami kejutan akibat daripada serangan komunis.

    Kerajinan.Semasa menjadi penoreh, Othman menjalankan kerjanya dengan tekun dan semasa

    menjadi polis, dia menjalankan tugasnya dengan rajin dan berdedikasi.

    Berdirikari.

    Sifat ini tergambar pada watak Limah. Dia yang selama ini tinggal bersama-sama

    dengan ibu bapanya, dapat hidup secara berdikari di berek polis setelah menjadi isteri Othman.

    Malah, dia mengajar kanak-kanak mengaji untuk mengisi masa lapangnya.

    Pengorbanan.

    Sebelum membenarkan Othman bercuti selama sebulan, OSPC Strathern telah

  • 8/8/2019 Nota Bukit Kepong

    5/5

    mengucapkan terima kasih atas pengorbanan Othman dan memberikan derma peribadi sebanyak seratus ringgit kepada

    beliau.

    Saling menghormati. Nilai ini boleh dilihat pada watak semua anggota polis di rumah Pasung

    Bukit Kepong.

    Anggota pangkat bawahan menghormati Sarjan Jamil sebagai ketua mereka

    manakala Sarjan Jamil pula menghormati semua anak buahnya itu.

    Ketaatan.

    Nilai ini jelas terpancar pada watak semua anggota polis. Walaupun sibuk bertugas,mereka tetap menunaikan solat.

    Kebijaksanaan.

    Apabila melihat ramai rakannya yang terkorban, Othman menyerang pengganas

    komunis dengan menggunakan dua laras senjata, walaupun terpaksa berlari ke sana ke mari.

    Tindakannya itu, adalah untuk mengelirukan pangganas komunis sehingga mereka menganggap

    bahawa bilangan anggota polis masih banyak.

    Semangat cint akan negara / Patriotik.

    Semua anggota polis dan orang kampung memiliki sengat

    nasionalisme yang tinggi sehingga mereka sanggup mengangkat senjata untuk menentang

    pangganas komunis.

    Pengajaran

    Kita mestilah mempunyai semangat juang dan keberanian yang tinggi.

    Anggota polis serta warga Bukit Kepong bertempur mati-matian walaupun terpaksa berdepan

    dengan bilangan musuh yang berlipat ganda banyaknya.

    Kita haruslah bersifat setiakawan.

    Keserasian yang wujud antara mereka telah melambatkan kemenangan komunis. Malah, pihak

    komunis juga gagal memproleh kemenangan mutlak kerana banyak juga antara pengganas tersebut yang tercedera danterkorban.

    Kita haruslah bersedia berkorban dalam segenap aspek demi mewujudkan keamanan dan

    kesejahteraan Negara.

    Sebagai contoh, Othman sanggup meninggalkan kampong halamannya dan berhijrah ke Pagoh dan seterusnya ke Bukit

    Kepong demi berkhidmat untuk negara.

    Janganlah sesekali kita memperdagangkan tanah air kita untuk kepentingan peribadi.

    Perbuatan

    Madera dan Kandar yang telah memperdagangkan tanah air kita kepada pengganas komunis semata-semata untuk

    memperoleh kepentingan peribadi adalah suatu perbuatan yang tidak bermoral.

    Kita mestilah menyuntik semangat nasionalisme yang tinggi ke dalam diri kita

    Warga Bukit Kepong dan anggota polis memiliki semangat nasionalisme yang tinggi sehingga

    sanggup mengetepikan kepentingan peribadi.