negeri sabah pekeliling perkhidmatan negeri · pdf filesatu buku panduan bertajuk...

2
NEGERI SABAH [Bil. JKM. CC.501/19/] PEKELILING PERKHIDMATAN NEGERI SABAH BIL. 4/1993 SISTEM BARU PENILAIAN PRESTASI ANGGOTA PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA, BORANG-BORANG PENILAIAN DAN PANDUAN PELAKSANAANNYA 1. TUJUAN 1.1 Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan untuk melaksanakan Sistem Baru Penilaian Prestasi Anggota Perkhidmatan Awam Negeri berkuatkuasa mulai dan 1 Januari1993. 2. LATAR BELAKANG 2.1 Kerajaan Negeri Sabah telahpun bersetuju untuk melaksanakan Sistem Saraan Baru yang berkuatkuasa pada I Januari 1992. Di antara beberapa perubahan besar dalam perkhidmatan yang diperkenalkan dalam Sistem Saraan Baru ialah tentang penilaian prestasi kepada semua anggota perkhidmatan awam. Kini borang-borang penilaian prestasi telahpun diedarkan dan pemakaiannya berkuatkuasa mulai tahun 1993 ini. 3. ISI KANDUNGAN PEKELILING PERKHIDMATAN BIL. 4 TAHuN 1992 3.1 Sejauhmana berkenaan, isi kandungan Pekeliling Perkhidmatan (Persekutuan) Bil. 4 Tahun 1992 adalah diterimapakai bagi anggota sektor awam di Negeri Sabah., 4. GARIS PANDUAN 4.1 Penggunaan Borang-borang baru penilaian prestasi, adalah satu perkara baru bagi semua Ketua-ketua Jabatan, untuk melaksanakan sistem Penilaian Prestasi dengan sempurna, maka satu buku panduan bertajuk "Panduan Pelaksanaan Sistem Penilaian Prestasi Perkhidmatan Awam Malaysia" ada disediakan sebagai bahan rujukan dan panduan. Buku panduan berkenaan boleh didapati daripada Jabatan Cetak Kerajaan Negeri Sabah. Setiap Kementerian, Jabatan Badan-badan Berkanun, Pihak Berkuasa Tempatan, Pejabat-pejabat Daerah dan Pejabat Daerah Kecil, dibekalkan dengan satu naskah buku panduan tersebut. Sekiranya agensi Datuk/Tuan/Puan menghendaki lebih daripada satu naskah, sila buat tempahan daripada Jabatan Cetak Kerajaan Negeri. Borang-borang Penilaian Prestasi yang Baru dan Borang Sasaran Kerja Tahunan (SKT) boleh juga didapati daripada Jabatan Cetak Kerajaan Negeri. 5. PEMAKAIAN 5.1 Pekeliling Perkhidmatan ini dipanjangkan juga kepada semua perkhidmatan Badan-badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan. 6. BORANG SASARAN KERJA TAHUNAN (SKT) 6.1 Saya ingin menegaskan di sini bahawa setiap agensi/jabatan hendaklah,seberapa segera yang boleh menetapkan Sasaran Kerja Tahunan bagi agensi masing-masing. Oleh itu,

Upload: hakhanh

Post on 06-Feb-2018

267 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: NEGERI SABAH PEKELILING PERKHIDMATAN NEGERI · PDF filesatu buku panduan bertajuk "Panduan Pelaksanaan Sistem Penilaian Prestasi Perkhidmatan Awam Malaysia" ada disediakan sebagai

NEGERI SABAH

[Bil. JKM. CC.501/19/]

PEKELILING PERKHIDMATAN NEGERI SABAH BIL. 4/1993

SISTEM BARU PENILAIAN PRESTASI ANGGOTA PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA,BORANG-BORANG PENILAIAN DAN PANDUAN PELAKSANAANNYA

1. TUJUAN

1.1 Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan untuk melaksanakan Sistem Baru Penilaian PrestasiAnggota Perkhidmatan Awam Negeri berkuatkuasa mulai dan 1 Januari1993.

2. LATAR BELAKANG

2.1 Kerajaan Negeri Sabah telahpun bersetuju untuk melaksanakan Sistem Saraan Baru yangberkuatkuasa pada I Januari 1992. Di antara beberapa perubahan besar dalam perkhidmatanyang diperkenalkan dalam Sistem Saraan Baru ialah tentang penilaian prestasi kepadasemua anggota perkhidmatan awam. Kini borang-borang penilaian prestasi telahpundiedarkan dan pemakaiannya berkuatkuasa mulai tahun 1993 ini.

3. ISI KANDUNGAN PEKELILING PERKHIDMATAN BIL. 4 TAHuN 1992

3.1 Sejauhmana berkenaan, isi kandungan Pekeliling Perkhidmatan (Persekutuan) Bil. 4 Tahun1992 adalah diterimapakai bagi anggota sektor awam di Negeri Sabah.,

4. GARIS PANDUAN

4.1 Penggunaan Borang-borang baru penilaian prestasi, adalah satu perkara baru bagi semuaKetua-ketua Jabatan, untuk melaksanakan sistem Penilaian Prestasi dengan sempurna, makasatu buku panduan bertajuk "Panduan Pelaksanaan Sistem Penilaian Prestasi PerkhidmatanAwam Malaysia" ada disediakan sebagai bahan rujukan dan panduan. Buku panduanberkenaan boleh didapati daripada Jabatan Cetak Kerajaan Negeri Sabah. SetiapKementerian, Jabatan Badan-badan Berkanun, Pihak Berkuasa Tempatan, Pejabat-pejabatDaerah dan Pejabat Daerah Kecil, dibekalkan dengan satu naskah buku panduan tersebut.Sekiranya agensi Datuk/Tuan/Puan menghendaki lebih daripada satu naskah, sila buattempahan daripada Jabatan Cetak Kerajaan Negeri. Borang-borang Penilaian Prestasi yangBaru dan Borang Sasaran Kerja Tahunan (SKT) boleh juga didapati daripada Jabatan CetakKerajaan Negeri.

5. PEMAKAIAN

5.1 Pekeliling Perkhidmatan ini dipanjangkan juga kepada semua perkhidmatan Badan-badanBerkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan.

6. BORANG SASARAN KERJA TAHUNAN (SKT)

6.1 Saya ingin menegaskan di sini bahawa setiap agensi/jabatan hendaklah,seberapa segera yangboleh menetapkan Sasaran Kerja Tahunan bagi agensi masing-masing. Oleh itu,

Page 2: NEGERI SABAH PEKELILING PERKHIDMATAN NEGERI · PDF filesatu buku panduan bertajuk "Panduan Pelaksanaan Sistem Penilaian Prestasi Perkhidmatan Awam Malaysia" ada disediakan sebagai

Datuk/Tuan/Puan hendaklah mengutamakan pelaksanaan borang Sasaran Kerja Tahunan(SKT).

7. AM

7.1 Segala keraguan ke atas pelaksanaan Sistem Baru Penilaian Prestasi ini hendaklah ditujuk kePejabat Perjawatan Negeri Jabatan Ketua Menteri.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA DENGAN BERSIH CEKAP DAN AMANAH"

(DATUK S SIPAUN, J.P)Setiausaha Kerajaan Negeri.

JABATAN KETUA MENTERI,88502 KOTA KINABALU.

Tarikh: 23 April 1993.

Diedarkan kepada: Semua Setiausaha Tetap, KementerianSemua Ketua Jabatan NegeriSemua Ketua Pengurusan Badan Berkanun NegeriSemua Ketua Pengurusan Kuasa Tempatan NegeriSemua Pegawai DaerahSemua Penolong Pegawai Daerah, Daerah Kecil