malaysia dewan negara aturan urusan · pdf filehari rabu, 15 disember 2010, pukul 10.00 pagi...

21
MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT NASKHAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA http://www.parlimen.gov.my HARI RABU, 15 DISEMBER 2010, PUKUL 10.00 PAGI Bil. 22 MENGANGKAT SUMPAH PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN 1. PN-1233-L11235 Puan Usha Nandhini a/p S. Jayaram minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan :- (a) bagaimanakah pihak Kementerian membantu golongan wanita yang terjejas dari segi kedudukan ekonomi yang disebabkan oleh krisis ekonomi global; dan (b) langkah-langkah bagi meningkatkan penglibatan kaum wanita dalam "tenaga kerja" negara. 2. PN-1233-L11179 Dato' Dr. Firdaus bin Haji Abdullah minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN DAN KESEJAHTERAAN BANDAR menyatakan kemajuan yang dicapai setakat ini dalam usaha pembangunan kembali kawasan Kampung Baru, Kuala Lumpur. 3. PN-1233-L10852 Puan Hajah Zainun binti A. Bakar minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan adakah Kementerian bercadang memperluaskan Program Bumi Hijau membabitkan tanaman sayur- sayuran dan buah-buahan di kawasan perumahan di bandar dan pinggir bandar seluruh negara bagi membantu ekonomi keluarga dan mengurangkan beban kenaikan harga barang. 4. PN-1233- L10966 Dato' Dr. Yeow Chai Thiam minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan ketika ini, majoriti pembantu rumah asing yang bekerja di Malaysia adalah warga Indonesia. Adakah Kerajaan bercadang untuk mendapatkan khidmat pembantu rumah dari negara Asia yang lain.

Upload: hoangthien

Post on 04-Feb-2018

232 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN · PDF fileHARI RABU, 15 DISEMBER 2010, PUKUL 10.00 PAGI ... wanita dalam "tenaga kerja" negara. ... status tindakan dan pendakwaan ke atas 20 kertas

MALAYSIA

DEWAN NEGARA

ATURAN URUSAN MESYUARAT

NASKHAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA http://www.parlimen.gov.my

HARI RABU, 15 DISEMBER 2010, PUKUL 10.00 PAGI

Bil. 22

MENGANGKAT SUMPAH

PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

1. PN-1233-L11235 Puan Usha Nandhini a/p S. Jayaram minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan :-

(a) bagaimanakah pihak Kementerian membantu golongan

wanita yang terjejas dari segi kedudukan ekonomi yang disebabkan oleh krisis ekonomi global; dan

(b) langkah-langkah bagi meningkatkan penglibatan kaum

wanita dalam "tenaga kerja" negara.

2. PN-1233-L11179 Dato' Dr. Firdaus bin Haji Abdullah minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN DAN KESEJAHTERAAN BANDAR menyatakan kemajuan yang dicapai setakat ini dalam usaha pembangunan kembali kawasan Kampung Baru, Kuala Lumpur.

3. PN-1233-L10852

Puan Hajah Zainun binti A. Bakar minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan adakah Kementerian bercadang memperluaskan Program Bumi Hijau membabitkan tanaman sayur-sayuran dan buah-buahan di kawasan perumahan di bandar dan pinggir bandar seluruh negara bagi membantu ekonomi keluarga dan mengurangkan beban kenaikan harga barang.

4. PN-1233- L10966

Dato' Dr. Yeow Chai Thiam minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan ketika ini, majoriti pembantu rumah asing yang bekerja di Malaysia adalah warga Indonesia. Adakah Kerajaan bercadang untuk mendapatkan khidmat pembantu rumah dari negara Asia yang lain.

Page 2: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN · PDF fileHARI RABU, 15 DISEMBER 2010, PUKUL 10.00 PAGI ... wanita dalam "tenaga kerja" negara. ... status tindakan dan pendakwaan ke atas 20 kertas

AUM DN 15/12/2010

2

5. PN-1233-L10730 Puan Hajah Mumtaz binti Md. Nawi minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan bagaimana Kerajaan memastikan harga alat ganti kenderaan persendirian dijual pada harga berpatutan dengan mutu kerana jumlah pengguna kenderaan atas jalan melebihi 3 juta buah di negara kita dan adakah Kerajaan bercadang untuk meletakkan harganya dalam barang kawalan.

6. PN-1233-L10742

Datuk Hajah Wan Hazani binti Wan Mohd Nor minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah tindakan terhadap satu badan atau pertubuhan tertentu mengeluarkan gelaran seperti Dato' atau Tan Sri dari luar negara seperti Indonesia dan Filipina dan apakah ia mendapat pengiktirafan Kerajaan Malaysia.

7. PN-1233-L11296

Tuan Ahmad bin Hussin minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan apakah strategi-strategi yang akan dilaksanakan bagi pengurusan sampah yang lebih baik dan apakah Kerajaan bercadang untuk memberi tong sampah percuma bagi setiap rumah bagi menggalakkan kitaran semula.

8. PN-1233-L11172

Dato' Mustafa Kamal bin Mohd. Yusoff minta MENTERI KESIHATAN menyatakan jumlah doktor-doktor yang telah meletak jawatan dari perkhidmatan Kerajaan dari 2007 hingga sekarang dan apakah sebab utama mereka ini berhenti dari perkhidmatan Kerajaan.

9. PN-1233-L11133

Dr. Malasingam a/l Muthukumaru minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan langkah-langkah Kementerian dalam mengawal harga barang terutama dalam kawalan harga gula, sama ada Kementerian sedar atau tidak bahawa ramai pengusaha restoran cepat menaikkan harga jika terdapat kenaikan harga gula khasnya, tetapi gagal menurunkan harga jika pengguna membuat pesanan pada barang makanan yang tidak melibatkan penggunaan gula seperti teh, kopi dan sebagainya.

10. PN-1233-L10778

Ir. Haji Zamri bin Haji Yusuf minta PERDANA MENTERI menyatakan status tindakan dan pendakwaan ke atas 20 kertas siasatan yang telah disiapkan oleh SPRM berhubung Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2008, begitu juga dengan 3 pegawai yang telah dicaj semasa siasatan, serta 4 pegawai kanan yang dicadangkan tindakan disiplin berhubung penyelewengan yang dilaporkan.

Page 3: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN · PDF fileHARI RABU, 15 DISEMBER 2010, PUKUL 10.00 PAGI ... wanita dalam "tenaga kerja" negara. ... status tindakan dan pendakwaan ke atas 20 kertas

AUM DN 15/12/2010

3

11. PN-1233-L10862 Tuan Muhammad Olian b Abdullah minta MENTERI PELAJARAN menyatakan apakah terdapat perancangan untuk membuka Sekolah Menengah yang berhampiran dengan perkampungan Orang Asli di mana pada masa kini hanya terdapat sekolah rendah sahaja di kawasan perkampungan Orang Asli.

12. PN-1233-L10758

Tuan Haji Ahamat@Ahamad bin Yusop minta PERDANA MENTERI menyatakan :-

(a) jumlah kumpulan ajaran sesat dan pengikut-pengikut

mereka yang telah dikenal pasti masih menjalankan kegiatan-kegiatan secara nyata mahupun secara senyap-senyap; dan

(b) apakah tindakan-tindakan yang telah diambil terhadap

mereka yang masih menjalankan aktiviti-aktiviti yang boleh menggugat akidah umat Islam di negara ini.

13. PN-1233-L10992

Puan Hajah Noriah binti Mahat minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan apakah kriteria sesebuah kereta diiktiraf sebagai kereta kebangsaan dan apakah hala tuju syarikat pengeluar kereta nasional, PROTON selepas mengeluarkan 'Inspira'.

14. PN-1233-L11037

Puan Doris Brodie minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan setakat manakah pemantauan Kementerian dalam memastikan bot-bot ekspres dan bot-bot laju yang beroperasi di sungai-sungai di Sarawak menepati piawaian keselamatan dan layak beroperasi bagi mengelakkan tragedi di Sungai Inap, Bintulu yang mengorbankan 13 nyawa daripada berulang.

15. PN-1233-L11124

Datuk Akbar bin Ali minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan :-

(a) apakah ‘output’, ‘outcome’ dan impak pelbagai Kementerian

dalam memajukan taraf hidup para petani, penternak dan nelayan bagi tempoh 2005-2009; dan

(b) apakah kaedah baru yang dirancang untuk memperbaiki

sistem agihan bantuan seperti subsidi, insentif dan geran agar ianya lebih menetapi kumpulan sasar, tidak perlu ketirisan dan lebih menjimatkan kos lagi dan jika ada, bilakah ianya akan dilaksanakan.

Page 4: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN · PDF fileHARI RABU, 15 DISEMBER 2010, PUKUL 10.00 PAGI ... wanita dalam "tenaga kerja" negara. ... status tindakan dan pendakwaan ke atas 20 kertas

AUM DN 15/12/2010

4

16. PN-1233-L11046 Dato' Haji Idris bin Haji Buang minta MENTERI KESIHATAN menyatakan apakah langkah-langkah Kerajaan untuk memperluaskan perkhidmatan 'Klinik 1Malaysia' dari klinik statik kepada klinik secara bergerak (mobile clinic) seperti menggunakan bas, van, 'express boat' supaya lebih ramai rakyat khususnya di rantau persisiran dan pedalaman yang penduduknya berselerakan dapat diberi manfaatnya.

17. PN-1233-L10912

Dato' Azian bin Osman minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan persediaan Kementerian mengecuali atau mengurangkan yuran pengajian di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) kepada rakyat Malaysia berumur lebih 40 tahun yang hendak melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana dan doktor falsafah (PhD) selaras dengan pelaksanaan program MyBrain15.

18. PN-1233-L11374

Tuan Pau Chiong Ung minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan :-

(a) adakah pihak Kementerian bercadang untuk memberi

bantuan kewangan kepada anak-anak luar nikah atau ibu-ibu muda yang terdiri daripada pelajar di bawah umur yang sudah mempunyai anak-anak luar nikah ini; dan

(b) berapakah jumlah sebenar ibu-ibu muda di bawah umur ini

yang mendaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat di seluruh negara.

19. PN-1233-L11384

Datin Paduka Datuk Nor Hayati Binti Tan Sri Dato' Seri Onn minta MENTERI KEWANGAN menyatakan langkah-langkah Kementerian bagi membendung trend golongan muda sekarang yang diisytiharkan muflis gara-gara kegagalan membayar bil hospital yang tinggi, kredit kad dan ansuran bulanan kenderaan.

20. PN-1233-L10897

Dr. S. Ramakrishnan minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN DAN KESEJAHTERAAN BANDAR menyatakan mengapa Kerajaan menyokong pemaju meneruskan projek pembinaan kondominium 26 tingkat di kawasan Bukit Gasing yang mendapat bantahan daripada penduduk di situ yang mendakwa pembangunan di kawasan itu akan meningkatkan kepadatan perumahan di samping mengganggu alam flora dan fauna. Adakah Kerajaan tidak mengambil apa-apa pengajaran daripada kejadian tanah runtuh yang terjadi di Bukit Antarabangsa yang mengorbankan banyak nyawa.

Page 5: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN · PDF fileHARI RABU, 15 DISEMBER 2010, PUKUL 10.00 PAGI ... wanita dalam "tenaga kerja" negara. ... status tindakan dan pendakwaan ke atas 20 kertas

AUM DN 15/12/2010

5

21. PN-1233-L11320 Datuk Haji Shamsudin bin Mehat minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan sejauh manakah peningkatan penggunaan pengangkutan awam bandar sejak 3 tahun lalu dan apakah faktor-faktor yang menyebabkan peningkatan tersebut.

22. PN-1233-L10941

Tuan Lee Cheam Choon minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan adakah menjadi suatu kesalahan jika majikan dan pekerja sama-sama bersetuju tidak membuat caruman kepada PERKESO dan KWSP.

23. PN-1233-L11334

Tuan Mohd. Khalid bin Ahmad minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan status terkini dan jadual pelaksanaan Akta Perdagangan Strategik 2010 (Strategic Trade Act).

24. PN-1233-L11265

Tunku Abdul Aziz bin Tunku Ibrahim minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan perolehan kelengkapan di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh dan usaha-usaha membangunkan keupayaan polis.

25. PN-1233-L11380

Datuk Paul Kong Sing Chu minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan ladang-ladang kelapa sawit di negara ini kini menghadapi masalah kekurangan pekerja yang serius sehingga menyebabkan 30% daripada buah kelapa sawit yang terhasil tidak dipetik. Baru-baru ini sebuah korporat besar kelapa sawit mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan di mana Ketua Pegawai Eksekutifnya memaklumkan pemegang-pemegang sahamnya bahawa negara ini kehilangan keuntungan sebanyak RM10 bilion disebabkan masalah ini. Apakah usaha Kerajaan untuk menyelesaikan masalah yang serius ini.

26. PN-1233-L10930 Tuan Mohamad Ezam bin Mohd Nor minta PERDANA MENTERI menyatakan sejauh manakah pendekatan telah dilaksanakan bagi menilai semula dan memantapkan sistem pusingan kerja di kalangan kakitangan yang terdedah kepada rasuah (hot job rotation) supaya gejala itu dapat dibendung sekali gus mengembalikan kepercayaan rakyat kepada sektor berkenaan.

27. PN-1233-L10888 Dr. S. Ramakrishnan minta MENTERI KEWANGAN menyatakan adakah Kerajaan akan mengenakan "windfall tax" kepada syarikat-syarikat galian bertujuan untuk memelihara alam sekitar akibat daripada aktiviti tersebut atau adakah syarikat-syarikat ini ada menyediakan sejumlah wang untuk menggantikan atau memulihara alam sekitar demi untuk generasi masa hadapan. Khususnya apabila harga barang naik di pasaran antarabangsa dan mereka mengaut keuntungan yang berlipat kali ganda.

Page 6: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN · PDF fileHARI RABU, 15 DISEMBER 2010, PUKUL 10.00 PAGI ... wanita dalam "tenaga kerja" negara. ... status tindakan dan pendakwaan ke atas 20 kertas

AUM DN 15/12/2010

6

28. PN-1233-L10873 Tan Sri Datuk Dr. Jins bin Shamsudin minta MENTERI PELAJARAN menyatakan tidakkah Kementerian bercadang untuk mengadakan kokurikulum, pementasan drama berunsurkan Sejarah untuk meningkatkan ilmu pengetahuan bidang sejarah sebagai subjek wajib lulus di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

29. PN-1233-L11395

Datin Paduka Datuk Nor Hayati Binti Tan Sri Dato' Seri Onn minta PERDANA MENTERI menyatakan :-

(b) berapa banyak kes-kes tertunggak di Mahkamah Syariah

seluruh negara bagi tempoh 5 tahun (2005-2010) mengikut jenis-jenis kes dan apakah punca utama yang menyebabkan berlakunya kes-kes tertunggak; dan

(b) apakah usaha-usaha Kerajaan bagi mengatasi masalah ini

dan sejauh mana usaha yang telah dilakukan dalam tempoh 5 tahun lalu.

30. PN-1233-L11054

Puan Doris Brodie minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan inisiatif yang telah diambil oleh Kementerian dalam usaha membantu SME kosmetik tempatan bagi merealisasikan hasrat menjadikan Malaysia sebagai hub utama kosmetik halal di peringkat antarabangsa.

31. PN-1233-L11010

Datuk Maijol bin Mahap minta MENTERI PELAJARAN menyatakan apakah perancangan dan program Kementerian untuk membangunkan sukan di daerah-daerah sejak ia mengambil alih tugas tersebut daripada Kementerian Belia dan Sukan lebih kurang 3 tahun yang lalu kerana setakat ini persatuan-persatuan sukan di daerah-daerah dan rakyat keseluruhannya tidak nampak pergerakan ke arah itu.

32. PN-1233-L10896

Dato' Azian bin Osman minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah projek-projek permulaan dan peluang perniagaan yang sedang rancak dirunding dalam Program Transformasi Ekonomi (ETP) akan dinikmati sepenuhnya rakyat di peringkat akar umbi.

33. PN-1233-L11314

Datuk Haji Shamsudin bin Mehat minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan sama ada kajian telah dibuat ke atas sumber tenaga yang berasaskan "geo-thermal" sebagai sumber tenaga boleh diperbaharui (RE) memandangkan penggunaan tenaga ini selari dengan aspirasi Kerajaan untuk meningkatkan penggunaan teknologi hijau di negara ini pada masa hadapan.

Page 7: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN · PDF fileHARI RABU, 15 DISEMBER 2010, PUKUL 10.00 PAGI ... wanita dalam "tenaga kerja" negara. ... status tindakan dan pendakwaan ke atas 20 kertas

AUM DN 15/12/2010

7

34. PN-1233-L10926 Tuan Lee Cheam Choon minta MENTERI PELAJARAN menyatakan Kerajaan secara dasarnya bersetuju akan mengakui kelayakan sijil "Unified Examination Certificate". Bilakah pihak Kementerian akan mengumumkan pengiktirafan kelayakan sijil tersebut.

35. PN-1233-L11327

Tuan Mohd. Khalid bin Ahmad minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah tindakan-tindakan yang akan diambil terhadap Kerajaan-Kerajaan Negeri yang telah didapati gagal untuk membayar hutang kepada Kerajaan Persekutuan.

36. PN-1233-L10803

Tuan Haji Muhamad Yusof bin Husin minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan adakah Kerajaan merancang sistem tanaman dan pengeluaran buah-buahan seperti durian, rambutan, dan sebagainya yang mempunyai musim berasingan di setiap negeri.

37. PN-1233-L10701 Puan Hajah Mumtaz binti Md. Nawi minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah peruntukan pembangunan yang dibayar kepada Kerajaan Negeri Kelantan daripada RMK 6, 7, 8 dan 9, dan kepada Jabatan Pembangunan Persekutuan dalam tempoh yang sama, serta nyatakan kesan ekonomi dan sosial akibat tertunggaknya 118 projek infrastruktur di Kelantan.

38. PN-1233-L11241

Puan Usha Nandhini a/p S. Jayaram minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan apakah rasional di sebalik penggunaan perkataan 'International' pada nama kolej-kolej swasta yang semakin berleluasa ketika ini dan apakah ia benar-benar melambangkan taraf antarabangsa kolej tersebut. Bagaimanakah pihak Kementerian memantau kualiti serta akreditasi kursus yang ditawarkan di IPTS-IPTS negara.

39. PN-1233-L11340

Tuan Mohd. Khalid bin Ahmad minta MENTERI PELAJARAN menyatakan sejauh manakah publisiti telah diberikan dan apakah sambutan pelajar-pelajar lulusan SPM yang telah mengambil mata pelajaran Book-Keeping dan Akaun terhadap program London Chamber of Commerce and Industry (LCCI) SPM Double Certification yang telah dilancar bersama Kementerian sejak tahun 2008.

40. PN-1233-L10870

Tuan Ng Fook Heng minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan sejauh manakah kerjasama yang telah dijalankan dalam memastikan cell atau jaringan anti-keganasan (counter-terrorist) telah dimanfaatkan dengan negara-negara lain serta apakah kerjasama yang telah diberikan oleh negara-negara berkenaan.

Page 8: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN · PDF fileHARI RABU, 15 DISEMBER 2010, PUKUL 10.00 PAGI ... wanita dalam "tenaga kerja" negara. ... status tindakan dan pendakwaan ke atas 20 kertas

AUM DN 15/12/2010

8

41. PN-1233-L10709 Dato' Zaitun binti Mat minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan apakah langkah-langkah Kementerian bagi mewujudkan lebih banyak Politeknik Premier selain tiga Politeknik Premier setakat ini daripada 27 politeknik seluruh negara serta nyatakan Program Tranformasi Politeknik selaras dengan keperluan Model Baru Ekonomi (MBE).

42. PN-1233-L11102

Datuk Haji Rizuan bin Abd Hamid minta PERDANA MENTERI menyatakan bagaimanakah usaha Kerajaan ke arah negara berpendapatan tinggi dapat memberi faedah dan manfaat kepada rakyat golongan berpendapatan rendah dalam tempoh pendek dua tahun pertama RMK-10.

43. PN-1233-L10810

Tuan Haji Muhamad Yusof bin Husin minta MENTERI PELAJARAN menyatakan jumlah pelajar sekolah rendah dan menengah yang tercicir sehingga Oktober 2010 mengikut kaum dan negeri dan apakah langkah-langkah yang diambil bagi mengatasi masalah tersebut.

44. PN-1233-L11072

Dr. Syed Husin Ali minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan tindak balas kepada surat Human Rights Watch bertarikh 8 September 2010 oleh Phil Robertson berhubung dengan Rang Undang-undang Anti Pemerdagangan Orang (Pindaan) 2010.

45. PN-1233-L11192

Dato' Dr. Firdaus bin Haji Abdullah minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan langkah-langkah yang diambil dan pihak yang bertanggung jawab untuk memastikan kolej-kolej swasta dan IPTS mematuhi pelbagai syarat dan peraturan yang diwajibkan sama ada dari sudut kepentingan dan kebajikan pelajar seperti maklumat yang salah mengenai kursus yang ditawarkan mahupun dari sudut dasar-dasar Kerajaan seperti syarat pengajaran kursus Bahasa Malaysia. Berapakah bilangan IPTS yang telah dikenakan tindakan kerana tidak mematuhi peraturan berkenaan dan apakah jenis-jenis tindakan itu.

46. PN-1233-L10821

Tuan Ng Fook Heng minta PERDANA MENTERI menyatakan berapa lamakah masa diambil oleh JAKIM untuk mengeluarkan sijil halal kepada SME. Berapakah harga untuk setiap sijil dan berapakah jumlah sijil yang diperlukan untuk pengeluaran satu jenis produk, contohnya sos cili.

47. PN-1233-L11017

Datuk Chandrasekar Suppiah minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan sejauh manakah agenda dan program teknologi hijau dan kesejahteraan alam berjaya dilaksanakan semenjak pengumuman belanjawan Perdana Menteri telah diumumkan khusus untuk sektor ini.

Page 9: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN · PDF fileHARI RABU, 15 DISEMBER 2010, PUKUL 10.00 PAGI ... wanita dalam "tenaga kerja" negara. ... status tindakan dan pendakwaan ke atas 20 kertas

AUM DN 15/12/2010

9

48. PN-1233-L10857 Puan Hajah Zainun binti A. Bakar minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan bidang kemahiran insaniah (soft skills) yang diberikan kepada graduan bagi meningkatkan kebolehpasaran graduan dan nyatakan sejauh manakah peningkatan kebolehan insaniah ini mampu mendapat peluang pekerjaan kepada graduan berkenaan.

49. PN-1233-L10829

Datuk Hajah Fatimah binti Hamat minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN DAN KESEJAHTERAAN BANDAR menyatakan apakah langkah yang diambil Kerajaan bagi meningkatkan kecekapan sistem pengangkutan awam di Pusat Pentadbiran Putrajaya dan adakah Kerajaan bercadang mengadakan perkhidmatan kereta api, komuter atau LRT bagi menghubungkan Putrajaya dengan stesen utama seperti KL Sentral bagi kemudahan orang awam.

50. PN-1233-L11364

Dato' Daljit Singh Dalliwal minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan status terkini ranking atau sistem penarafan untuk balai-balai polis di seluruh negara. Apakah kriteria yang digunakan oleh Kementerian bagi menentukan ranking balai-balai polis tersebut.

51. PN-1233-L10696 Dato' Zaitun binti Mat minta MENTERI KEWANGAN menyatakan sejauh manakah pembabitan syarikat dalam melaksanakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) dan memberi impak besar untuk menyelesaikan masalah sosial dan sebagainya.

52. PN-1233-L10965

Dato' Dr. Yeow Chai Thiam minta MENTERI PELAJARAN menyatakan apakah pandangan Kerajaan terhadap pelajar-pelajar yang sedang belajar mengabaikan pelajaran mereka tetapi aktif di dalam bidang jualan langsung.

53. PN-1233-L10836

Datuk Hajah Fatimah binti Hamat minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan bilangan wanita yang menceburi bidang perniagaan francais melalui dana khas RM50 juta serta nyatakan bidang perniagaan francais berkenaan.

54. PN-1233-L10716

Puan Hajah Mumtaz binti Md. Nawi minta PERDANA MENTERI menyatakan perancangan jangka panjang, bajet dan skop yang diperuntukkan kepada PERMATA Remaja memandangkan sebelum ini PERMATA khusus untuk kanak-kanak dan sejauh manakah pertindihan dengan peranan dan fungsi di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan Kementerian Pelajaran.

Page 10: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN · PDF fileHARI RABU, 15 DISEMBER 2010, PUKUL 10.00 PAGI ... wanita dalam "tenaga kerja" negara. ... status tindakan dan pendakwaan ke atas 20 kertas

AUM DN 15/12/2010

10

55. PN-1233-L11166 Dato' Mustafa Kamal bin Mohd. Yusoff minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan sejauh manakah kejayaan program "Satu Kampung, Satu Platun" dan "Satu Keluarga, Satu Sukarelawan" yang telah dilaksanakan oleh RELA.

56. PN-1233-L11122

Dr. Malasingam a/l Muthukumaru minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan bahawa sedarkah Kementerian bahawa dalam kes penceraian atau tidak bersekedudukan oleh suami dan isteri, anak-anak mereka yang masih di bawah umur 7 tahun ini dijadikan sebagai perisai emosi (emotional shield) dalam menangani masalah kedua ibu bapa. Apakah Kementerian bercadang untuk menggubal undang-undang agar hak kanak-kanak ini tidak tergugat langsung dalam perbezaan pendapat oleh pasangan sedemikian.

57. PN-1233-L11108

Dr. Syed Husin Ali minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan peratusan penuntut sekolah-sekolah pendidikan khas yang melanjutkan pelajaran ke universiti dan institusi pengajian tinggi mana yang paling banyak menerima mereka.

58. PN-1233-L11369 Tuan Pau Chiong Ung minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan :-

(a) adakah minyak diesel bersubsidi nelayan disalahgunakan

oleh mana-mana pihak memandangkan masih terdapat aduan kekurangan minyak diesel bersubsidi walaupun Kerajaan telah pun mengeluarkan banyak peruntukan untuk subsidi minyak diesel; dan

(b) sekiranya ya, siapakah yang menyalahgunakan minyak

diesel bersubsidi dan adakah sebarang kelemahan mekanisme pengagihan minyak diesel bersubsidi untuk nelayan serta bagaimanakah pihak Kementerian untuk mengatasinya.

59. PN-1233-L10980

Dato' Abdul Rahim bin Abdul Rahman minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN DAN KESEJAHTERAAN BANDAR menyatakan jumlah unit rumah yang telah dibina setakat ini di bawah Projek Bantuan Perumahan Bandar dan sejauh manakah keberkesanannya dalam mencapai visi setinggan sifar di Kuala Lumpur pada tahun 2020.

Page 11: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN · PDF fileHARI RABU, 15 DISEMBER 2010, PUKUL 10.00 PAGI ... wanita dalam "tenaga kerja" negara. ... status tindakan dan pendakwaan ke atas 20 kertas

AUM DN 15/12/2010

11

60. PN-1233-L10845 Puan Hajah Zainun binti A. Bakar minta MENTERI KEWANGAN menyatakan sejauh manakah pembinaan Menara Warisan Merdeka oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB) tidak membazir malah menguntungkan dari segi pelaburan hartanah serta nyatakan impak dari segi ekonomi dan peluang pekerjaan dan tidak hanya menjadi ikon sahaja.

61. PN-1233-L11228 Puan Usha Nandhini a/p S. Jayaram minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan :-

(a) bilangan ibu tunggal terkini mengikut pecahan etnik dan juga

pecahan umur; dan

(b) apakah program Kementerian bagi membantu golongan ini terutamanya program jangka panjang.

62. PN-1233-L11223

Tuan Haji Ahmad Rusli bin Haji Iberahim minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan sejauh manakah penglibatan negara ke arah pengukuhan kerjasama antarabangsa khususnya dalam bantuan kemanusiaan khususnya di negara-negara ASEAN.

63. PN-1233-L11289

Tuan Ahmad bin Hussin minta PERDANA MENTERI menyatakan sejauh manakah keberkesanan inisiatif-inisiatif yang telah diambil oleh Kerajaan untuk membasmi rasuah selaras dengan NKRA dan apakah trend penglibatan rasuah di kalangan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) sejak 5 tahun yang lepas.

64. PN-1233-L11022

Datuk Maijol bin Mahap minta MENTERI PELAJARAN menyatakan bagaimanakah Kementerian dapat memastikan bahawa perisian subjek Sejarah yang mana akan menjadi mata pelajaran wajib di peringkat SPM adalah "inclusive" dan bukan hanya mengenai masyarakat dan parti politik tertentu sahaja di Malaysia.

65. PN-1233-L10796

Tuan Haji Muhamad Yusof bin Husin minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan untuk mengatasi kenaikan harga barang-barang keperluan harian yang tidak seimbang dengan pendapatan rakyat.

66. PN-1233-L10841

Datuk Hajah Fatimah binti Hamat minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan bilangan kes warga asing melarikan gadis tempatan ke negara asal mereka serta nyatakan tindakan Kerajaan bagi membendung kes berkenaan khususnya yang melibatkan gadis bawah umur.

Page 12: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN · PDF fileHARI RABU, 15 DISEMBER 2010, PUKUL 10.00 PAGI ... wanita dalam "tenaga kerja" negara. ... status tindakan dan pendakwaan ke atas 20 kertas

AUM DN 15/12/2010

12

67. PN-1233-L11201 Dato' Mohammed Najeeb bin Abdullah minta PERDANA MENTERI menyatakan sejauh manakah tindakan yang telah diambil terhadap mana-mana pemimpin politik atau individu yang sewenang-wenangnya mengeluarkan fatwa yang mengelirukan umat Islam demi untuk kepentingan politik atau peribadi tertentu.

68. PN-1233-L11217

Tuan Haji Ahmad Rusli bin Haji Iberahim minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan dasar-dasar yang jelas Kerajaan kepada syarikat gergasi minyak dalam memastikan peruncitan petrol, diesel dan gas memenuhi kehendak pengguna di bandar dan di luar bandar.

69. PN-1233-L11157

Dato' Mustafa Kamal bin Mohd. Yusoff minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan berapakah kes keganasan rumah tangga yang telah dilaporkan serta didakwa di mahkamah dan nyatakan statistik dari tahun 2007 hingga Jun 2010.

70. PN-1233-L10787 Ir. Haji Zamri bin Haji Yusuf minta MENTERI KESIHATAN menyatakan :-

(a) sama ada Kerajaan Malaysia pernah disaman oleh

pengeluar rokok dunia disebabkan kawalan ketat yang diimplementasikan dan memastikan keseragaman piawai antarabangsa dalam bentuk kawalan; dan

(b) jenis penyakit yang berkaitan secara langsung dari tabiat

merokok. 71. PN-1233-L11285

Datuk Haji Shamsudin bin Mehat minta MENTERI PELAJARAN menyatakan butiran terperinci (seperti kos, proses pemilihan, kelayakan, pengalaman, dan sebagainya) dalam pengambilan 375 guru Bahasa Inggeris dari luar negara seperti dari Britain dan Australia untuk melatih guru-guru Bahasa Inggeris tempatan dan berapa lamakah jangkaan kontrak guru-guru dari luar negara ini.

72. PN-1233-L11358 Dato' Daljit Singh Dalliwal minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan :-

(a) apakah langkah-langkah yang sedang diambil oleh

Kementerian untuk melindungi anak-anak kita daripada taktik pemasaran produk-produk makanan segera dan alat mainan yang begitu agresif; dan

Page 13: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN · PDF fileHARI RABU, 15 DISEMBER 2010, PUKUL 10.00 PAGI ... wanita dalam "tenaga kerja" negara. ... status tindakan dan pendakwaan ke atas 20 kertas

AUM DN 15/12/2010

13

(b) apakah langkah-langkah yang sedang diambil oleh Kementerian untuk menjamin keselamatan dan harga yang berpatutan bagi makanan tersebut untuk jangka masa yang panjang.

73. PN-1233-L11271

Tunku Abdul Aziz bin Tunku Ibrahim minta PERDANA MENTERI menyatakan supaya keputusan undi pos dalam pilihan raya diumumkan sebelum hari pengundian sebenar.

74. PN-1233-L10985

Puan Hajah Noriah binti Mahat minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan perancangan modal insan terutama bagi golongan umur tiga puluhan agar mempunyai ilmu dan kemahiran kerjaya dan kekeluargaan dan apakah perancangan untuk membantu keluarga muda Islam dan pengendalian pengasuh anak dan bayi semasa kedua ibu bapa keluar mencari rezeki.

75. PN-1233-L10770

Ir. Haji Zamri bin Haji Yusuf minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan komitmen Kerajaan melalui rancangan jangka panjang agar pembangunan luar bandar turut menjamin kebajikan dan kesejahteraan masyarakat Siam yang minoriti dalam negara agar dapat menerima nikmat pembangunan sama seperti kaum lain, serta apakah insentif khusus yang disediakan melalui perancangan Bajet 2011.

76. PN-1233-L11202

Dato' Mohammed Najeeb bin Abdullah minta PERDANA MENTERI menyatakan langkah-langkah yang akan diperkenalkan oleh SPR bagi mententeramkan keadaan semasa pilihan raya terutama semasa pilihan raya kecil.

77. PN-1233-L11073

Datuk Haji Rizuan bin Abd Hamid minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN DAN KESEJAHTERAAN BANDAR menyatakan tidakkah pihak DBKL bercadang untuk memperbesarkan terowong kecil dekat Sri Perdana lama yang menghubungi Jalan Duta ke Muzium Negara bagi mengurangkan kesesakan dari persimpangan bertingkat Jalan Semantan ke terowong ini.

78. PN-1233-L11081

Datuk Akbar bin Ali minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan :-

(a) apakah jenis dan nilai sumbangan CSR tahunan TNB

(misalnya untuk agama Islam dan Buddha, sukan, amal dan lain-lain) yang diberikan kepada NGO dan seumpamanya bagi tempoh 2000 hingga 30 November 2010; dan

Page 14: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN · PDF fileHARI RABU, 15 DISEMBER 2010, PUKUL 10.00 PAGI ... wanita dalam "tenaga kerja" negara. ... status tindakan dan pendakwaan ke atas 20 kertas

AUM DN 15/12/2010

14

(b) berapakah nilai pengiklanan yang dibayar oleh TNB mengikut media (misalnya TV1, TV3, The Star, Berita Harian, Utusan Malaysia dan lain-lain) bagi tempoh 2000 hingga 30 November 2010.

79. PN-1233-L10942

Tuan Mohamad Ezam bin Mohd Nor minta PERDANA MENTERI menyatakan :-

(a) apakah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)

telah memulakan siasatan berikutan media melaporkan berlaku penyelewengan kuasa dalam Yayasan Selangor melibatkan kos penganjuran majlis sambutan ulang tahun ke-40 mencecah RM800,000; dan

(b) apakah SPRM akan turut menyiasat Perbadanan Kemajuan

Negeri Selangor (PKNS) berikutan kes yang didakwa salah laku pengurusannya melibatkan pembayaran sewa bangunan sementara mencecah RM9.6 juta dan kos sebanyak RM520,000 bagi majlis makan malam sempena perkahwinan Angkasawan Negara pertama.

80. PN-1233-L10727

Datuk Hajah Wan Hazani binti Wan Mohd Nor minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah tindakan drastik yang telah diambil terhadap syarikat pengangkutan bas yang mengambil pemandu tanpa lesen dan banyak melakukan kesalahan jalan raya.

81. PN-1233-L11352

Tan Sri Datuk Tee Hock Seng minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan langkah-langkah Kerajaan menjalankan kajian lalu lintas serta meningkatkan taraf perkhidmatan KTM Komuter dan LRT Rapid KL sebagai langkah mengurangkan impak ke atas sistem infrastruktur di kawasan persekitaran Bandar Tasik Selatan Kuala Lumpur memandangkan pembukaan Terminal Pengangkutan Bersepadu (Integrated Transport Terminal - ITT) hujung tahun 2010.

82. PN-1233-L11092

Datuk Haji Rizuan bin Abd Hamid minta PERDANA MENTERI menyatakan bagaimanakah Kerajaan merancang untuk menarik dan mengekalkan modal insan yang berwibawa melalui 'Talent Corporation' yang ditubuhkan dari segi eko-sistem politik, ekonomi dan sosial yang konduksif.

83. PN-1233-L11153

Dato' Dr. Firdaus bin Haji Abdullah minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan bilangan orang-orang asing yang menyalahgunakan visa pelancong dengan menghilangkan diri hingga tidak dapat dikesan sama ada telah meninggalkan negeri ini, begitu juga mereka yang mendapat visa pelajar tetapi melakukan kerja-kerja lain terutama kerja-kerja maksiat.

Page 15: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN · PDF fileHARI RABU, 15 DISEMBER 2010, PUKUL 10.00 PAGI ... wanita dalam "tenaga kerja" negara. ... status tindakan dan pendakwaan ke atas 20 kertas

AUM DN 15/12/2010

15

84. PN-1233-L10871 Tuan Ng Fook Heng minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan sejauh manakah kejayaan referendum (selepas 20 tahun) yang dijalankan di Myanmar dan sejauh manakah negara ASEAN dapat memainkan peranan mereka dalam "Preventive Diplomacy" ke atas peranan Myanmar dalam ASEAN.

85. PN-1233-L11040

Datuk Akbar bin Ali minta PERDANA MENTERI menyatakan :-

(a) bilangan labs yang ditubuhkan untuk menyediakan NEM, NKRA dan NKEA. Siapakah juru perundingannya dan berapakah kos yang telah dibayar kepada mereka serta kos-kos lain yang terlibat, jika ada; dan

(b) bilangan peserta bagi setiap labs berkenaan, komposisi

mereka, kaedah mereka dipilih dan sejauh manakah mereka itu sesungguhnya, dari sudut statistik, adalah mewakili masyakat majmuk Malaysia (statistically representative of Malaysia plural society) termasuklah berlainan fahaman ekonomi (different school of economic thoughts).

Page 16: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN · PDF fileHARI RABU, 15 DISEMBER 2010, PUKUL 10.00 PAGI ... wanita dalam "tenaga kerja" negara. ... status tindakan dan pendakwaan ke atas 20 kertas

AUM DN 15/12/2010

16

ATURAN URUSAN MESYUARAT DAN USUL-USUL

1. (D.R. 36/2010) Rang Undang-undang Perbekalan 2011 - Menyambung

semula Perbahasan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang” (14 Disember 2010) [ Kementerian Kewangan ]

2. PN-1233-U10878

Tan Sri Datuk Dr. Jins bin Shamsudin akan mencadangkan:-

“Bahawa Dewan ini menyanyikan lagu Negaraku selepas doa dibacakan setiap kali sidang Parlimen Dewan Negara dan Dewan Rakyat berlangsung, sesuai dengan prinsip perkara kedua Rukun Negara, Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara.” (Perdana Menteri)

3. PN-1233-U11281

Tunku Abdul Aziz bin Tunku Ibrahim akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mendesak agar pihak Kerajaan menubuhkan sebuah Suruhanjaya Bebas Diraja dengan pesuruhjaya terdiri daripada pihak-pihak yang benar-benar bebas dan memahami undang-undang bagi menyiasat segala aspek keselamatan jalan raya yang banyak mengancam nyawa rakyat biasa disebabkan oleh salah pengurusan pihak berkuasa." (Menteri Pengangkutan)

4. PN-1233-U10976

Dr. S. Ramakrishnan akan mencadangkan:- "Bahawa Dewan ini mendesak agar pihak Kerajaan menggubal Undang-undang Kebebasan Maklumat bagi membolehkan rakyat Malaysia menikmati hak untuk mendapatkan maklumat selaras dengan kehendak dan prinsip-prinsip demokrasi. Hak rakyat untuk mendapatkan maklumat adalah penting bagi membolehkan rakyat untuk memeriksa dan membendung penyalahgunaan kuasa oleh kakitangan Kerajaan dalam hal-hal pentadbiran Kerajaan terutamanya keputusan-keputusan Kerajaan yang mempunyai implikasi secara langsung dan tidak langsung terhadap rakyat jelata.

Page 17: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN · PDF fileHARI RABU, 15 DISEMBER 2010, PUKUL 10.00 PAGI ... wanita dalam "tenaga kerja" negara. ... status tindakan dan pendakwaan ke atas 20 kertas

AUM DN 15/12/2010

17

Oleh itu, saya mengambil kesempatan melalui mesyuarat di Dewan Negara ini untuk menampilkan usul penggubalan undang-undang bagi tujuan membolehkan rakyat Malaysia untuk mengambil bahagian dalam pentadbiran dan hal-hal Kerajaan terutamanya dalam proses membuat keputusan-keputusan sejajar dengan prinsip demokrasi (participatory democracy) dan kepentingan awam (public interest). Rakyat Malaysia mengalu-alukan satu Kerajaan yang telus dan bertanggungjawab maka penggubalan undang-undang ini adalah mustahak. Undang-undang ini akan membenarkan akses kepada dokumen-dokumen sesebuah agensi Kerajaan dan dokumen-dokumen rasmi Kementerian atau Kerajaan. Maka disarankan supaya Kerajaan mengambil serius penggubalan undang-undang ini dan mengambil segala langkah-langkah untuk merealisasikan undang-undang ini di Malaysia yang mana undang-undang begini telah pun diperkenalkan di Negara-negara Komanwel yang lain.”

(Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi)

5. PN-1233-U10977

Dr. S. Ramakrishnan akan mencadangkan:- “Bahawa Dewan ini mendesak agar pihak Kerajaan menggubal Undang-undang Perhubungan Kaum (Race Relations Act) bagi menyingkirkan perkauman di sektor awam, di sektor swasta, di dalam bidang pelajaran di peringkat universiti dam matrikulasi, di dalam proses pengambilan ‘tender’ Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Kerajaan Tempatan. Tujuan utama undang-undang ini adalah untuk mempromosi perhubungan perkauman yang baik dan sihat di antara semua kaum di Malaysia dengan menyingkirkan ketidak seimbangan perkauman dan diskriminasi. Oleh itu, disarankan supaya Kerajaan prihatin dan memandang serius terhadap gejala diskriminasi dan ketidak seimbangan perkauman di dalam sektor-sektor ini. Undang-undang ini boleh dikuasakan dan diberi mandat untuk memastikan bahawa agensi-agensi Kerajaan Negeri, Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Tempatan, syarikat-syarikat swasta, Syarikat-syarikat ‘GLCs’ Kerajaan dan institut pengajian tinggi tempatan (IPT) memperkenalkan program ‘race quality’ yang berdasarkan merit di dalam semua aspek pekerjaan terutamanya di dalam aspek pengambilan tenaga kerja dan pengambilan pelajar, promosi, latihan dan peluang pembelajaran di dalam negeri dan di luar negara. Dalam masa yang sama Kerajaan perlu menubuhkan satu Suruhanjaya Perhubungan Perkauman di bawah undang-undang ini bagi memastikan penguatkuasaan dan implimentasi undang-undang perhubungan perkauman.”

(Perdana Menteri)

Page 18: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN · PDF fileHARI RABU, 15 DISEMBER 2010, PUKUL 10.00 PAGI ... wanita dalam "tenaga kerja" negara. ... status tindakan dan pendakwaan ke atas 20 kertas

AUM DN 15/12/2010

18

RISALAT-RISALAT YANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT (DEWAN NEGARA)

TAHUN

2010

RISALAT/DOKUMEN TARIKH

DIBENTANGKAN

ST.47 Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan (Labuan FSA) Bagi Tahun 2009.

15 Disember 2010

ST.96 Akta Ektradisi 1992 Perintah Ekstradisi (Republik India) 2010

15 Disember 2010

ST.97 Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) Bagi Tahun 2009.

15 Disember 2010

ST.98 Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Universiti Putra Malaysia (UPM) Bagi Tahun 2009.

15 Disember 2010

ST.99 Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (SMIDEC) Bagi Tahun 2009

15 Disember 2010

ST.100 Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Bagi Tahun 2009.

15 Disember 2010

ST.101 Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Lembaga Tabung Haji Bagi Tahun 2009

15 Disember 2010

ST.105 Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Kumpulan Wang Biasiswa Pengajian Tinggi Raja-Raja dan Yang di-Pertua- Yang di-Pertua Negeri Bagi Tahun 2009

15 Disember 2010

ST.107 Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) Bagi Tahun 2009

15 Disember 2010

ST.108 Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Perbadanan Labuan Bagi Tahun 2009

15 Disember 2010

ST.127 Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Lembaga Pelabuhan Kemaman Bagi Tahun 2009

15 Disember 2010

Page 19: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN · PDF fileHARI RABU, 15 DISEMBER 2010, PUKUL 10.00 PAGI ... wanita dalam "tenaga kerja" negara. ... status tindakan dan pendakwaan ke atas 20 kertas

AUM DN 15/12/2010

19

TAHUN 2010

RISALAT/DOKUMEN

TARIKH DIBENTANGKAN

ST.128 Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan

Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang Dan Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (Teluk Ewa) Bagi Tahun 2009

15 Disember 2010

ST.130 Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Lembaga Jurukur Tanah Semenanjung Malaysia Bagi Tahun 2009

15 Disember 2010

ST.131 Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Lembaga Lada Malaysia (MPB) Bagi Tahun 2009

15 Disember 2010

ST.132 Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) Bagi Tahun 2009.

15 Disember 2010

ST.133 Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam Bagi Tahun 2009

15 Disember 2010

ST.134 Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Perbadanan Harta Intelek Malaysia Bagi Tahun 2009

15 Disember 2010

ST.135 Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) Bagi Tahun 2009

15 Disember 2010

ST.136 Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) Bagi Tahun 2009

15 Disember 2010

ST.137 Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) Bagi Tahun 2009

15 Disember 2010

ST.138 Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) Bagi Tahun 2009

15 Disember 2010

ST.139 Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Majlis Amanah Rakyat (MARA) Bagi Tahun 2009

15 Disember 2010

Page 20: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN · PDF fileHARI RABU, 15 DISEMBER 2010, PUKUL 10.00 PAGI ... wanita dalam "tenaga kerja" negara. ... status tindakan dan pendakwaan ke atas 20 kertas

AUM DN 15/12/2010

20

TAHUN 2010

RISALAT/DOKUMEN

TARIKH DIBENTANGKAN

ST.140 Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan

Lembaga Koko Malaysia Bagi Tahun 2009

15 Disember 2010

ST.141

Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) Bagi Tahun 2009.

15 Disember 2010

ST.142 Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Suruhanjaya Tenaga Bagi Tahun 2009.

15 Disember 2010

ST.143 Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Lembaga Pertubuhan Peladang Bagi Tahun 2009

15 Disember 2010

ST.144 Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian (MARDI) Bagi Tahun 2009

15 Disember 2010

ST.145 Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Yayasan Pelajaran Pertubuhan Peladang MADA (YPPPM) Bagi Tahun 2009

15 Disember 2010

ST.146 Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) Bagi Tahun 2009.

15 Disember 2010

ST.147 Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) Bagi Tahun 2009

15 Disember 2010

ST.148 Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Bagi Tahun 2009

15 Disember 2010

ST.149 Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia Bagi Tahun 2009

15 Disember 2010

ST.150 Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Bagi Tahun 2009

15 Disember 2010

ST.151 Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Bagi Tahun 2009

15 Disember 2010

Page 21: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN · PDF fileHARI RABU, 15 DISEMBER 2010, PUKUL 10.00 PAGI ... wanita dalam "tenaga kerja" negara. ... status tindakan dan pendakwaan ke atas 20 kertas

AUM DN 15/12/2010

21

TAHUN 2010

RISALAT/DOKUMEN

TARIKH DIBENTANGKAN

ST.152 Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bagi Tahun 2009

15 Disember 2010

ST.153 Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) Bagi Tahun 2009

15 Disember 2010

ST.154 Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia Bagi Tahun 2009

15 Disember 2010

ST.155 Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Bagi Tahun 2009

15 Disember 2010

ST.156 Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) Bagi Tahun 2009

15 Disember 2010

ST.157 Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Lembaga Getah Malaysia Bagi Tahun 2009

15 Disember 2010

ST.158 Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan RRIM-Consult Corporation (RRIMCORP) Bagi Tahun 2009

15 Disember 2010