negeri perlis · laporan bendahari menerangkan kedudukan kewangan kerajaan negeri serta memberi...

100
JABATAN AUDIT NEGARA MALAYSIA PENYATA KEWANGAN KERAJAAN NEGERI DAN PRESTASI KEWANGAN AGENSI NEGERI PERLIS LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 2016

Upload: others

Post on 19-Feb-2020

15 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: NEGERI PERLIS · Laporan Bendahari menerangkan kedudukan kewangan Kerajaan Negeri serta memberi ringkasan urus niaga kewangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2016. 1.4. Penyata Kedudukan

JABATAN AUDIT NEGARA MALAYSIANo. 15, Aras 1-5, Persiaran Perdana, Presint 2, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62518 Putrajaya.| Tel : +603 8889 9000 | Faks : +603 8888 9721

JABATAN AUDIT NEGARAMALAYSIA

PENYATA KEWANGAN KERAJAAN NEGERI DAN PRESTASI KEWANGAN AGENSI

NEGERI PERLIS

LAPORANKETUAAUDITNEGARA 2016

Page 2: NEGERI PERLIS · Laporan Bendahari menerangkan kedudukan kewangan Kerajaan Negeri serta memberi ringkasan urus niaga kewangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2016. 1.4. Penyata Kedudukan
Page 3: NEGERI PERLIS · Laporan Bendahari menerangkan kedudukan kewangan Kerajaan Negeri serta memberi ringkasan urus niaga kewangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2016. 1.4. Penyata Kedudukan

RAHSIA

RAHSIA

LAPORAN

KETUA AUDIT NEGARA

PENYATA KEWANGAN KERAJAAN NEGERI

DAN PRESTASI KEWANGAN AGENSI

NEGERI PERLIS TAHUN 2016

Jabatan Audit Negara Malaysia

Page 4: NEGERI PERLIS · Laporan Bendahari menerangkan kedudukan kewangan Kerajaan Negeri serta memberi ringkasan urus niaga kewangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2016. 1.4. Penyata Kedudukan
Page 5: NEGERI PERLIS · Laporan Bendahari menerangkan kedudukan kewangan Kerajaan Negeri serta memberi ringkasan urus niaga kewangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2016. 1.4. Penyata Kedudukan

KANDUNGAN

Page 6: NEGERI PERLIS · Laporan Bendahari menerangkan kedudukan kewangan Kerajaan Negeri serta memberi ringkasan urus niaga kewangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2016. 1.4. Penyata Kedudukan
Page 7: NEGERI PERLIS · Laporan Bendahari menerangkan kedudukan kewangan Kerajaan Negeri serta memberi ringkasan urus niaga kewangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2016. 1.4. Penyata Kedudukan

LKAN PENYATA KEWANGAN NEGERI PERLIS 2016 | iii

PERKARA MUKA SURAT

KATA PENDAHULUAN vii

INTISARI LAPORAN xi

BAHAGIAN I - PENGESAHAN PENYATA KEWANGAN KERAJAAN NEGERI PERLIS BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2016

Pendahuluan 3

Objektif dan Metodologi Pengauditan 4

Pengesahan Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Perlis Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2016

4

BAHAGIAN II - ANALISIS KEWANGAN KERAJAAN NEGERI

Latar Belakang 9

Kedudukan Kewangan Kerajaan Negeri 9

Kumpulan Wang Disatukan 9

Akaun Hasil Disatukan 10

Akaun Pinjaman Disatukan 18

Akaun Amanah Disatukan 19

Penyata Prestasi Kewangan 24

Penyata Akaun Memorandum 25

Nota Kepada Penyata Kewangan 28

Rumusan dan Syor Audit 31

BAHAGIAN III - RANCANGAN PEMBANGUNAN KERAJAAN NEGERI

Pencapaian Pelaksanaan Projek Pembangunan RMKe-11

Rumusan

35

37

BAHAGIAN IV - PENYERAHAN, PENGESAHAN, PEMBENTANGAN PENYATA KEWANGAN DAN PRESTASI KEWANGAN AGENSI NEGERI

Pendahuluan 41

Pengauditan Penyata Kewangan 41

Kedudukan Penyerahan Penyata Kewangan 41

Pengesahan Penyata Kewangan 42

Page 8: NEGERI PERLIS · Laporan Bendahari menerangkan kedudukan kewangan Kerajaan Negeri serta memberi ringkasan urus niaga kewangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2016. 1.4. Penyata Kedudukan

LKAN PENYATA KEWANGAN NEGERI PERLIS 2016 | iv

PERKARA MUKA SURAT

Pembentangan Penyata Kewangan 42

Prestasi Kewangan 42

Rumusan dan Syor Audit 50

BAHAGIAN V - PEMBENTANGAN LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA DAN MESYUARAT JAWATANKUASA KIRA-KIRA WANG AWAM NEGERI

Pembentangan Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Penyata

Kewangan Kerajaan Negeri dan Aktiviti Jabatan/Agensi serta Pengurusan

Syarikat Kerajaan Negeri 55

Mesyuarat Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam Negeri 55

PENUTUP 59

LAMPIRAN

I Laporan Ketua Audit Negara 63

II Pernyataan Pegawai Kewangan Negeri dan Bendahari Negeri 64

III Penyata Kedudukan Kewangan 65

IV Penyata Penerimaan dan Pembayaran Wang Tunai 66

V Penyata Prestasi Kewangan 67

VI Penyata Akaun Memorandum 68

VII Nota Kepada Penyata Kewangan 69

Page 9: NEGERI PERLIS · Laporan Bendahari menerangkan kedudukan kewangan Kerajaan Negeri serta memberi ringkasan urus niaga kewangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2016. 1.4. Penyata Kedudukan

KATA PENDAHULUAN

Page 10: NEGERI PERLIS · Laporan Bendahari menerangkan kedudukan kewangan Kerajaan Negeri serta memberi ringkasan urus niaga kewangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2016. 1.4. Penyata Kedudukan
Page 11: NEGERI PERLIS · Laporan Bendahari menerangkan kedudukan kewangan Kerajaan Negeri serta memberi ringkasan urus niaga kewangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2016. 1.4. Penyata Kedudukan

LKAN PENYATA KEWANGAN NEGERI PERLIS 2016 | vii

1. Laporan Ketua Audit Negara mengenai Penyata Kewangan Kerajaan dan

Prestasi Kewangan Agensi Negeri Tahun 2016 Negeri Perlis mengandungi laporan bagi

Pengesahan Penyata Kewangan Kerajaan Negeri, Analisis Kewangan Kerajaan Negeri,

Rancangan Pembangunan Kerajaan Negeri, Penyerahan, Pengesahan, Pembentangan

Penyata Kewangan dan Prestasi Kewangan Agensi Negeri serta Pembentangan

Laporan Ketua Audit Negara dan Mesyuarat Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam

Negeri. Laporan mengenai Pengurusan Kewangan Jabatan/Agensi yang biasanya

dilaporkan dalam Laporan ini telah dilaporkan di dalam Laporan Ketua Audit Negara

mengenai Pengurusan Aktiviti/Kewangan Jabatan/Agensi dan Pengurusan Syarikat

Kerajaan Negeri Perlis Tahun 2016 Siri 1.

2. Perkara 106 dan 107 Perlembagaan Persekutuan dan Akta Audit 1957

menghendaki Ketua Audit Negara mengaudit Penyata Kewangan Kerajaan

Persekutuan/Negeri/Agensi dan mengemukakan Laporan mengenainya kepada Seri

Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku

Raja Perlis. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong akan menitahkan supaya

Laporan itu dibentangkan di Parlimen manakala Kebawah Duli Yang Maha Mulia

Tuanku Raja Perlis akan memperkenankan untuk dibentangkan di Dewan Undangan

Negeri Perlis.

3. Laporan mengenai Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Perlis Tahun 2016

disediakan hasil daripada pengauditan yang dijalankan di Pejabat Perbendaharaan

Negeri dan beberapa Jabatan/Agensi Negeri sepanjang tahun 2016. Bagi tujuan

pengesahan Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Perlis Tahun 2016, pengauditan

terhadap sistem perakaunan dan dokumen yang berkaitan dengan terimaan dan

bayaran telah dijalankan di Pejabat Perbendaharaan Negeri.

4. Pengauditan dijalankan adalah bertujuan untuk memberi pendapat sama ada

Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Perlis bagi tahun berkenaan menggambarkan

kedudukan yang benar dan saksama serta rekod perakaunan mengenainya telah

diselenggarakan dengan teratur dan kemas kini. Pengauditan adalah dibuat dengan

berpandukan kepada Akta Audit 1957 dan piawaian pengauditan yang diluluskan serta

International Standards of Supreme Audit Institutions (ISSAI) 1000.

Page 12: NEGERI PERLIS · Laporan Bendahari menerangkan kedudukan kewangan Kerajaan Negeri serta memberi ringkasan urus niaga kewangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2016. 1.4. Penyata Kedudukan

LKAN PENYATA KEWANGAN NEGERI PERLIS 2016 | viii

5. Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pegawai

Jabatan/Agensi Negeri Perlis yang telah memberikan kerjasama kepada pegawai saya

sepanjang pengauditan dijalankan. Saya juga ingin melahirkan penghargaan dan terima

kasih kepada pegawai saya yang telah berusaha gigih serta memberikan sepenuh

komitmen untuk menyiapkan Laporan ini.

(TAN SRI DR. MADINAH BINTI MOHAMAD)

Ketua Audit Negara

Malaysia

Putrajaya

11 Oktober 2017

Page 13: NEGERI PERLIS · Laporan Bendahari menerangkan kedudukan kewangan Kerajaan Negeri serta memberi ringkasan urus niaga kewangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2016. 1.4. Penyata Kedudukan

INTISARI LAPORAN

Page 14: NEGERI PERLIS · Laporan Bendahari menerangkan kedudukan kewangan Kerajaan Negeri serta memberi ringkasan urus niaga kewangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2016. 1.4. Penyata Kedudukan
Page 15: NEGERI PERLIS · Laporan Bendahari menerangkan kedudukan kewangan Kerajaan Negeri serta memberi ringkasan urus niaga kewangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2016. 1.4. Penyata Kedudukan

LKAN PENYATA KEWANGAN NEGERI PERLIS 2016 | xi

BAHAGIAN I - PENGESAHAN PENYATA KEWANGAN KERAJAAN NEGERI PERLIS BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2016

1. Pada keseluruhannya, Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Perlis tahun 2016 telah menunjukkan gambaran yang benar dan saksama terhadap kedudukan kewangan Kerajaan Negeri Perlis bagi tahun berakhir 31 Disember 2016. Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Perlis bagi tahun berakhir 31 Disember 2016 telah dapat disahkan kerana rekod dan dokumen sokongan adalah mencukupi untuk mengesahkan semua butiran dalam Penyata Kedudukan Kewangan, Penyata Penerimaan dan Pembayaran Wang Tunai, Penyata Prestasi Kewangan, Penyata Akaun Memorandum dan Nota Kepada Penyata Kewangan.

BAHAGIAN II - ANALISIS KEWANGAN KERAJAAN NEGERI

2. Secara keseluruhannya, kedudukan kewangan Kerajaan Negeri Perlis pada 31 Disember tahun 2016 adalah kurang memuaskan. Baki Kumpulan Wang Disatukan telah meningkat sejumlah RM2.92 juta menjadi RM19.59 juta. Defisit Akaun Hasil Disatukan terus meningkat sejumlah RM22.42 juta menjadi RM406.98 juta. Kutipan hasil bagi tahun 2016 meningkat sejumlah RM22.25 juta menjadi RM109.93 juta, manakala perbelanjaan mengurus menurun sejumlah RM2.79 juta menjadi RM132.35 juta. Hutang Awam Kerajaan Negeri meningkat sejumlah RM2.44 juta menjadi RM394.34 juta. Tunggakan bayaran balik pinjaman yang diterima daripada Kerajaan Persekutuan meningkat sejumlah RM14.43 juta menjadi RM219.59 juta. Akaun Belum Terima meningkat sejumlah RM3.34 juta menjadi RM26.75 juta manakala Tunggakan Bayaran Balik Pinjaman daripada Agensi Negeri meningkat sejumlah RM3.74 juta menjadi RM79.09 juta.

BAHAGIAN III - RANCANGAN PEMBANGUNAN KERAJAAN NEGERI

3. Prestasi pelaksanaan projek pembangunan bagi tahun 2016 adalah sangat baik. Sejumlah RM37.61 juta daripada RM41.55 juta peruntukan pembangunan yang diluluskan bagi tahun 2016 telah dibelanjakan oleh enam (6) Jabatan/Pejabat. Sebanyak 836 daripada 841 projek pembangunan yang dirancang telah siap dilaksanakan pada tahun 2016, manakala empat (4) projek dalam pelaksanaan dan satu (1) projek ditangguhkan.

Page 16: NEGERI PERLIS · Laporan Bendahari menerangkan kedudukan kewangan Kerajaan Negeri serta memberi ringkasan urus niaga kewangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2016. 1.4. Penyata Kedudukan

LKAN PENYATA KEWANGAN NEGERI PERLIS 2016 | xii

BAHAGIAN IV - PENYERAHAN, PENGESAHAN, PEMBENTANGAN PENYATA KEWANGAN DAN PRESTASI KEWANGAN AGENSI NEGERI

4. Penyediaan dan penyerahan Penyata Kewangan Tahun 2016 oleh Agensi Negeri kepada Jabatan Audit Negara adalah baik. Setakat 30 Jun 2017, semua Agensi Negeri telah memberikan komitmen yang baik dengan mengemukakan Penyata Kewangan Tahun 2016 kepada Jabatan Audit Negara untuk tujuan pengauditan. Penyata Kewangan Agensi Negeri Tahun 2015 telah dikeluarkan Laporan Ketua Audit Negara melibatkan enam (6) Laporan Tanpa Teguran dan dua (2) Laporan Berteguran. Sebanyak tujuh (7) Penyata Kewangan Tahun 2015 bagi tujuh (7) Agensi Negeri telah dibentangkan di Dewan Undangan Negeri Perlis.

5. Tiga (3) Agensi Negeri mencatatkan defisit dalam Penyata Pendapatan danPerbelanjaan Tahun 2016. Majlis Perbandaran Kangar (MPK) mencatatkan defisit tertinggi berjumlah RM13.90 juta, diikuti Yayasan Islam Perlis (YIPs) berjumlah RM2.13 juta dan Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis (PPANPs) berjumlah RM0.04 juta. Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis (PKENPs) mencatatkan surplus tertinggi berjumlah RM6.25 juta, diikuti Majlis Sukan Negeri Perlis (MSNPs) berjumlah RM0.77 juta. MPK dan YIPs mencatatkan lebihan dalam Aset Semasa Bersih tertinggi masing-masing berjumlah RM12.55 juta dan RM7.06 juta, manakala PKENPs mencatatkan Liabiliti Semasa Bersih berjumlah RM20.74 juta. Tunggakan bayaran balik pinjaman Kerajaan oleh PKENPs berjumlah RM83.50 juta atau 70.8% daripada keseluruhan Liabiliti Semasanya yang berjumlah RM117.89 juta.

BAHAGIAN V - PEMBENTANGAN LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA DAN MESYUARAT JAWATANKUASA KIRA-KIRA WANG AWAM NEGERI

6. Laporan Ketua Audit Negara mengenai Penyata Kewangan Kerajaan Negeri dan Akaun Agensi Negeri Perlis bagi tahun 2015 telah dibentangkan di Dewan Undangan Negeri Perlis pada 11 April 2017. Pada tahun 2016, Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam Negeri Perlis (Jawatankuasa) telah bermesyuarat sebanyak tiga (3) kali, iaitu pada 24 Jun 2016, 8 November 2016 dan 17 November 2016 bagi membincangkan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Tahun 2014 Siri 1 dan Siri 3, LKAN Penyata Kewangan Kerajaan Negeri dan Pengurusan Kewangan Jabatan/Agensi Negeri Perlis Tahun 2014. Laporan Jawatankuasa ini kemudiannya telah dibentangkan di Dewan Undangan Negeri Perlis pada 6 Disember 2016.

Page 17: NEGERI PERLIS · Laporan Bendahari menerangkan kedudukan kewangan Kerajaan Negeri serta memberi ringkasan urus niaga kewangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2016. 1.4. Penyata Kedudukan

BAHAGIAN I PENGESAHAN PENyATA KEwANGAN

KERAjAAN NEGERI BAGI TAHUN BERAKHIR

31 DISEmBER 2016

Page 18: NEGERI PERLIS · Laporan Bendahari menerangkan kedudukan kewangan Kerajaan Negeri serta memberi ringkasan urus niaga kewangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2016. 1.4. Penyata Kedudukan
Page 19: NEGERI PERLIS · Laporan Bendahari menerangkan kedudukan kewangan Kerajaan Negeri serta memberi ringkasan urus niaga kewangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2016. 1.4. Penyata Kedudukan

LKAN PENYATA KEWANGAN NEGERI PERLIS 2016 | 3

PENGESAHAN PENYATA KEWANGAN KERAJAAN NEGERI PERLIS BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2016

1. PENDAHULUAN

1.1. Seksyen 16(1), Akta Tatacara Kewangan, 1957 menghendaki Pihak Berkuasa

Kewangan Negeri menyediakan Penyata Kewangan secepat mungkin selepas

penutupan akaun bagi tahun berkenaan. Penyata tersebut hendaklah dikemukakan

kepada Ketua Audit Negara dalam tempoh tujuh (7) bulan selepas berakhirnya tahun

kewangan berkenaan untuk diaudit seperti diperuntukkan di bawah Seksyen 9, Akta

Audit 1957.

1.2. Selaras dengan peruntukan undang-undang tersebut, Pegawai Kewangan

Negeri telah mengemukakan Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Perlis bagi tahun

berakhir 31 Disember 2016 kepada Jabatan Audit Negara pada 10 Januari 2017.

Penyata tersebut melaporkan semua urus niaga kewangan asas tunai bagi tahun

2016 berkaitan dengan sumber dan penggunaan wang awam. Penyata tersebut

mengandungi Penyata Kedudukan Kewangan, Penyata Penerimaan dan Pembayaran

Wang Tunai, Penyata Prestasi Kewangan, Penyata Akaun Memorandum dan Nota

Kepada Penyata Kewangan.

1.3. Laporan Bendahari menerangkan kedudukan kewangan Kerajaan Negeri serta

memberi ringkasan urus niaga kewangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2016.

1.4. Penyata Kedudukan Kewangan menunjukkan pegangan Wang Awam Kerajaan

terdiri daripada wang tunai dan pelaburan yang dipegang bagi Kumpulan Wang

Disatukan melalui Akaun Hasil Disatukan, Akaun Pinjaman Disatukan dan Akaun

Amanah Disatukan. Selaras dengan asas perakaunan tunai ubah suai yang diguna

pakai oleh Kerajaan Negeri, hanya pelaburan yang dipegang bagi maksud amanah

tertentu dilaporkan dalam Penyata Kedudukan Kewangan. Pelaburan lain pula

dilaporkan dalam Penyata Akaun Memorandum.

1.5. Penyata Penerimaan dan Pembayaran Wang Tunai menunjukkan penerimaan

dan pembayaran bagi tahun 2016. Penerimaan adalah terdiri daripada hasil,

pinjaman, penerimaan modal dan penerimaan lain seperti amanah dan deposit.

Pembayaran pula adalah untuk membiayai perbelanjaan mengurus, pembangunan,

modal dan bayaran balik pinjaman.

1.6. Penyata Prestasi Kewangan menunjukkan lebihan atau kurangan hasil

keseluruhan berbanding jumlah perbelanjaan mengurus dan pembangunan serta

Page 20: NEGERI PERLIS · Laporan Bendahari menerangkan kedudukan kewangan Kerajaan Negeri serta memberi ringkasan urus niaga kewangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2016. 1.4. Penyata Kedudukan

LKAN PENYATA KEWANGAN NEGERI PERLIS 2016 | 4

sumber pembiayaannya. Penyata ini juga menunjukkan pergerakan dana dalam

Pinjaman, Terimaan Balik Pinjaman dan Pelbagai Terimaan serta Perubahan Tunai,

Pelaburan dan Amanah.

1.7. Penyata Akaun Memorandum adalah penyata yang menunjukkan sebahagian

aset kewangan dan liabiliti Kerajaan Negeri yang tidak ditunjukkan dalam Penyata

Kedudukan Kewangan. Aset Kerajaan Negeri terdiri daripada Pinjaman Boleh Dituntut

dan Pelaburan. Manakala Liabiliti terdiri daripada Hutang Awam iaitu pinjaman yang

diterima daripada Kerajaan Persekutuan.

1.8. Nota Kepada Penyata Kewangan pula memberi penerangan dan maklumat

terperinci mengenai jumlah yang ditunjukkan dalam penyata kewangan.

2. OBJEKTIF DAN METODOLOGI PENGAUDITAN

2.1. Pengauditan terhadap Penyata Kewangan Kerajaan Negeri bagi tahun berakhir

31 Disember 2016 adalah untuk memberi pendapat sama ada penyata tersebut telah

menggambarkan kedudukan kewangan yang benar dan saksama serta rekod

perakaunan yang berkaitan telah diselenggarakan dengan teratur dan kemas kini.

2.2. Pengauditan terhadap sistem perakaunan dan dokumen dijalankan secara

berterusan sepanjang tahun 2016. Teguran Audit mengenainya telah dibangkitkan

dengan pihak Perbendaharaan Negeri dan Jabatan Negeri melalui surat pemerhatian

Audit sebaik sahaja pengauditan selesai dijalankan.

2.3. Exit Conference bersama YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis,

YB Pegawai Kewangan Negeri Perlis dan Ketua-Ketua Jabatan/Agensi Negeri telah

diadakan pada 4 Mei 2017.

3. PENGESAHAN PENYATA KEWANGAN KERAJAAN NEGERI PERLIS BAGI

TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2016

3.1. Pengauditan Penyata Kewangan Kerajaan Negeri telah dilaksanakan mengikut

Akta Audit 1957 dan piawaian pengauditan yang diluluskan serta International

Standards of Supreme Audit Institutions (ISSAI) 1000. Akta dan piawaian tersebut

menghendaki pengauditan dirancang dan dilaksanakan bagi mendapat kepastian

yang munasabah sama ada penyata kewangan adalah bebas daripada kesilapan dan

ketinggalan yang ketara. Pengauditan itu termasuk memeriksa rekod secara semak

uji, menyemak bukti yang menyokong angka dan memastikan penzahiran yang

mencukupi dalam persembahan penyata kewangan.

Page 21: NEGERI PERLIS · Laporan Bendahari menerangkan kedudukan kewangan Kerajaan Negeri serta memberi ringkasan urus niaga kewangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2016. 1.4. Penyata Kedudukan

LKAN PENYATA KEWANGAN NEGERI PERLIS 2016 | 5

3.2. Persembahan Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Perlis bagi tahun 2016

adalah selaras dengan Piawaian Perakaunan Kerajaan yang dikeluarkan oleh Jabatan

Akauntan Negara Malaysia pada bulan Disember 2011. Pada pendapat Audit,

Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Perlis pada keseluruhannya menunjukkan

gambaran yang benar dan saksama mengenai kedudukan kewangan Kerajaan

Negeri bagi tahun berakhir 31 Disember 2016 dan rekod perakaunannya telah

diselenggarakan dengan teratur dan kemas kini. Laporan Ketua Audit Negara

mengenai Penyata Kewangan Kerajaan Negeri yang disertakan bersama dengan

Pernyataan Pegawai Kewangan Negeri dan Bendahari Negeri, Penyata Kedudukan

Kewangan, Penyata Penerimaan dan Pembayaran Wang Tunai, Penyata Prestasi

Kewangan, Penyata Akaun Memorandum dan Nota Kepada Penyata Kewangan

adalah seperti di Lampiran I hingga Lampiran VII.

Page 22: NEGERI PERLIS · Laporan Bendahari menerangkan kedudukan kewangan Kerajaan Negeri serta memberi ringkasan urus niaga kewangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2016. 1.4. Penyata Kedudukan
Page 23: NEGERI PERLIS · Laporan Bendahari menerangkan kedudukan kewangan Kerajaan Negeri serta memberi ringkasan urus niaga kewangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2016. 1.4. Penyata Kedudukan

BAHAGIAN II ANALISIS KEwANGAN

KERAjAAN NEGERI

Page 24: NEGERI PERLIS · Laporan Bendahari menerangkan kedudukan kewangan Kerajaan Negeri serta memberi ringkasan urus niaga kewangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2016. 1.4. Penyata Kedudukan
Page 25: NEGERI PERLIS · Laporan Bendahari menerangkan kedudukan kewangan Kerajaan Negeri serta memberi ringkasan urus niaga kewangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2016. 1.4. Penyata Kedudukan

LKAN PENYATA KEWANGAN NEGERI PERLIS 2016 | 9

ANALISIS KEWANGAN KERAJAAN NEGERI

4. LATAR BELAKANG

Jabatan Audit Negara di samping mengesahkan Penyata Kewangan Kerajaan Negeri

Perlis Tahun 2016, juga membuat analisis terhadap data kewangan bagi menilai tahap

prestasi kewangan Kerajaan Negeri. Analisis yang dijalankan adalah berdasarkan

kepada Penyata Kedudukan Kewangan, Penyata Penerimaan dan Pembayaran Wang

Tunai, Penyata Prestasi Kewangan, Penyata Akaun Memorandum dan Nota Kepada

Penyata Kewangan.

4.1. KEDUDUKAN KEWANGAN KERAJAAN NEGERI

Penyata Kewangan Kerajaan Negeri ini menunjukkan pegangan Wang Awam

di bawah Kumpulan Wang Disatukan. Wang Awam terdiri daripada Wang Tunai dan

Pelaburan yang dipegang bagi Kumpulan Wang Disatukan melalui Akaun Hasil

Disatukan, Akaun Pinjaman Disatukan dan Akaun Amanah Disatukan.

4.2. KUMPULAN WANG DISATUKAN

4.2.1. Kumpulan Wang Disatukan terdiri daripada tiga (3) akaun iaitu Akaun Hasil

Disatukan, Akaun Pinjaman Disatukan dan Akaun Amanah Disatukan. Pada tahun

2016, Kumpulan Wang Disatukan mencatat peningkatan berjumlah RM2.92 juta

atau 17.5% kepada RM19.59 juta berbanding RM16.67 juta pada tahun 2015.

Kedudukan Kumpulan Wang Disatukan pada tahun 2015 dan 2016 adalah seperti

di Jadual 4.1.

JADUAL 4.1 KEDUDUKAN KUMPULAN WANG DISATUKAN PADA TAHUN 2015 DAN 2016

BIL. BUTIRAN

TAHUN PERUBAHAN

2015 (RM Juta)

2016 (RM Juta) (RM Juta) (%)

1. Akaun Hasil Disatukan -384.56 -406.98 -22.42 5.8

2. Akaun Pinjaman Disatukan 0.00 0.00 0.00 0.0

3. Akaun Amanah Disatukan terdiri daripada: 401.23 426.57 25.34 6.3

i) Kumpulan Wang Amanah Kerajaan:

Kumpulan Wang Pembangunan 23.92 12.94 -10.98 -45.9

Kumpulan Wang Amanah Bekalan Air 0.10 0.00 -0.10 -100.0

Pelbagai Kumpulan Wang Amanah Kerajaan 277.96 320.12 42.16 15.2

ii) Kumpulan Wang Amanah Awam 62.47 51.43 -11.04 -17.7

iii) Akaun Wang Deposit 36.78 42.08 5.30 14.4

JUMLAH 16.67 19.59 2.92 17.5

Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri

Page 26: NEGERI PERLIS · Laporan Bendahari menerangkan kedudukan kewangan Kerajaan Negeri serta memberi ringkasan urus niaga kewangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2016. 1.4. Penyata Kedudukan

LKAN PENYATA KEWANGAN NEGERI PERLIS 2016 | 10

4.2.2. Kedudukan Kumpulan Wang Disatukan bagi tahun 2012 hingga 2016 adalah

seperti di Jadual 4.2.

JADUAL 4.2 KEDUDUKAN KUMPULAN WANG DISATUKAN BAGI TAHUN 2012 HINGGA 2016

BIL. BUTIRAN

TAHUN

2012 (RM Juta)

2013 (RM Juta)

2014 (RM Juta)

2015 (RM Juta)

2016 (RM Juta)

1. Akaun Hasil Disatukan -207.29 -242.56 -307.26 -384.56 -406.98

2. Akaun Pinjaman Disatukan 0.00 0.00 0.00 0.00 0.00

3. Akaun Amanah Disatukan terdiri daripada: 249.91 342.45 350.12 401.23 426.57

i) Kumpulan Wang Amanah Kerajaan:

Kumpulan Wang Pembangunan 11.73 27.96 14.05 23.92 12.94

Kumpulan Wang Amanah Bekalan Air -28.14 -31.09 0.10 0.10 0.00

Pelbagai Kumpulan Wang Amanah Kerajaan

106.81 107.25 243.64 277.96 320.12

ii) Kumpulan Wang Amanah Awam 115.81 201.07 53.47 62.47 51.43

iii) Akaun Wang Deposit 43.70 37.26 38.86 36.78 42.08

JUMLAH 42.62 99.89 42.86 16.67 19.59

Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri bagi Tahun 2012 hingga 2016

4.3. AKAUN HASIL DISATUKAN

4.3.1. Akaun Hasil Disatukan merupakan penyata yang mengakaunkan semua urus

niaga terimaan hasil dan perbelanjaan mengurus Kerajaan Negeri. Akaun ini

ditubuhkan mengikut Perkara 97 dan Perkara 98, Perlembagaan Persekutuan dan

Seksyen 7(a), Akta Tatacara Kewangan 1957.

4.3.2. Pada tahun 2016, Akaun Hasil Disatukan Kerajaan Negeri mencatatkan defisit

berjumlah RM22.42 juta, penurunan sejumlah RM54.88 juta atau 71.0% berbanding

defisit RM77.30 juta pada tahun 2015. Defisit ini berpunca daripada perbelanjaan

mengurus berjumlah RM132.35 juta, iaitu melebihi kutipan hasil berjumlah

RM109.93 juta. Baki defisit Akaun Hasil Disatukan meningkat sejumlah RM22.42 juta

atau 5.8% menjadi RM406.98 juta berbanding RM384.56 juta pada tahun 2015.

Kedudukan Akaun Hasil Disatukan pada tahun 2015 dan 2016 adalah seperti

di Jadual 4.3.

Page 27: NEGERI PERLIS · Laporan Bendahari menerangkan kedudukan kewangan Kerajaan Negeri serta memberi ringkasan urus niaga kewangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2016. 1.4. Penyata Kedudukan

LKAN PENYATA KEWANGAN NEGERI PERLIS 2016 | 11

JADUAL 4.3 AKAUN HASIL DISATUKAN PADA TAHUN 2015 DAN 2016

BUTIRAN

TAHUN PERUBAHAN

2015 (RM Juta)

2016 (RM Juta) (RM Juta) (%)

Baki Pada 1 Januari -307.26 -384.56 -77.30 25.2

Hasil 87.68 109.93 22.25 25.4

Perbelanjaan Mengurus 135.14 132.35 -2.79 -2.1

Pindahan Ke Dalam Kumpulan Wang Pembangunan 29.84 0.00 -29.84 -100.0

Defisit -77.30 -22.42 54.88 -71.0

BAKI PADA 31 DISEMBER -384.56 -406.98 -22.42 5.8

Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri bagi Tahun 2015 dan 2016

4.3.3. Prestasi Akaun Hasil Disatukan pada tahun 2012 hingga 2016 adalah

seperti di Jadual 4.4 dan Carta 4.1.

JADUAL 4.4 AKAUN HASIL DISATUKAN PADA TAHUN 2012 HINGGA 2016

BUTIRAN

TAHUN

2012 (RM Juta)

2013 (RM Juta)

2014 (RM Juta)

2015 (RM Juta)

2016 (RM Juta)

Baki Pada 1 Januari -173.34 -207.29 -242.56 -307.26 -384.56

Hasil 127.35 143.82 168.04 87.68 109.93

Perbelanjaan Mengurus 130.32 146.15 229.45 135.14 132.35

Pindahan ke Kumpulan Wang Pembangunan 30.98 32.94 3.29 29.84 0.00

Defisit -33.95 -35.27 -64.70 -77.30 -22.42

BAKI PADA 31 DISEMBER -207.29 -242.56 -307.26 -384.56 -406.98

Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri bagi Tahun 2012 hingga 2016

CARTA 4.1 AKAUN HASIL DISATUKAN PADA TAHUN 2012 HINGGA 2016

Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri bagi Tahun 2012 hingga 2016

127.3

5

143.8

2

168.0

4

87.6

8

109.9

3

161.3

0

179.0

9

232.7

4

164.9

8

132.3

5

-207.29 -242.56

-307.26

-384.56 -406.98

-500

-420

-340

-260

-180

-100

-20

60

140

220

2012 2013 2014 2015 2016

RM Juta

Tahun

Hasil

Perbelanjaan Mengurus (termasuk pindahan ke dalam Kumpulan Wang Pembangunan)

Akaun Hasil Disatukan

Page 28: NEGERI PERLIS · Laporan Bendahari menerangkan kedudukan kewangan Kerajaan Negeri serta memberi ringkasan urus niaga kewangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2016. 1.4. Penyata Kedudukan

LKAN PENYATA KEWANGAN NEGERI PERLIS 2016 | 12

4.3.4. Analisis trend bagi tahun 2013 hingga 2015 mendapati defisit Akaun

Hasil Disatukan mencatat peningkatan berturut-turut untuk tempoh lima (5) tahun.

Pada tahun 2016, Kerajaan Negeri mencatatkan defisit Akaun Hasil Disatukan yang

tertinggi pernah direkodkan iaitu berjumlah RM406.98 juta.

4.3.5. Hasil

4.3.5.1. Akaun Hasil Disatukan mengandungi tiga (3) kategori hasil iaitu Hasil

Cukai, Hasil Bukan Cukai dan Terimaan Bukan Hasil. Pada tahun 2016, hasil

yang dikutip oleh Kerajaan Negeri berjumlah RM109.93 juta atau 156.4%

berbanding anggaran yang diluluskan berjumlah RM70.28 juta. Prestasi kutipan

hasil berbanding anggaran Kerajaan Negeri bagi tahun 2016 adalah seperti

di Jadual 4.5.

JADUAL 4.5 PRESTASI KUTIPAN HASIL BERBANDING

ANGGARAN KERAJAAN NEGERI BAGI TAHUN 2016

BIL. BUTIRAN HASIL

TAHUN 2016

(%) ANGGARAN (RM Juta)

SEBENAR (RM Juta)

1. Hasil Cukai 16.93 19.44 114.8

2. Hasil Bukan Cukai 24.67 20.50 83.1

3. Terimaan Bukan Hasil 28.68 69.99 244.0

JUMLAH 70.28 109.93 156.4

Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri bagi Tahun 2016

4.3.5.2. Pada keseluruhannya, hasil yang dikutip oleh Kerajaan Negeri pada

tahun 2016 berjumlah RM109.93 juta, iaitu meningkat sejumlah RM22.25 juta

atau 25.4% berbanding RM87.68 juta pada tahun 2015 seperti yang ditunjukkan

di Jadual 4.6.

JADUAL 4.6

KUTIPAN HASIL KERAJAAN NEGERI BAGI TAHUN 2015 DAN 2016

BIL. KATEGORI

TAHUN PENURUNAN

2015 (RM Juta)

2016 (RM Juta) (RM Juta) (%)

1. Hasil Cukai 13.55 19.44 5.89 43.5

2. Hasil Bukan Cukai 30.20 20.50 -9.70 -32.1

3. Terimaan Bukan Hasil 43.93 69.99 26.06 59.3

JUMLAH 87.68 109.93 22.25 25.4

Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri bagi Tahun 2015 dan 2016

4.3.5.3. Analisis Audit mendapati lima (5) butiran hasil yang mencatatkan

peningkatan ketara bagi tahun 2016 berbanding 2015 adalah seperti

di Jadual 4.7.

Page 29: NEGERI PERLIS · Laporan Bendahari menerangkan kedudukan kewangan Kerajaan Negeri serta memberi ringkasan urus niaga kewangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2016. 1.4. Penyata Kedudukan

LKAN PENYATA KEWANGAN NEGERI PERLIS 2016 | 13

JADUAL 4.7 PENINGKATAN HASIL YANG KETARA BAGI TAHUN 2016 BERBANDING 2015

BIL. BUTIRAN HASIL

TAHUN PENINGKATAN

PUNCA 2015 (RM Juta)

2016 (RM Juta) (RM Juta) (%)

1. Pemberian Berdasarkan Kurangan Hasil

8.51 40.14 31.63 371.7

Pertambahan terimaan geran daripada Kerajaan Persekutuan disebabkan defisit hasil pada tahun 2015.

2. Sewa Bangunan Yang Lain

1.28 6.30 5.02 392.2 Terimaan bayaran tunggakan sewa bangunan di Wang Ulu daripada UniMAP.

3. Cukai Tanah Semasa 10.07 14.59 4.52 44.9 Kenaikan kadar cukai tanah mulai tahun 2016.

4. Cukai Tanah Tahun Pertama

0.06 1.15 1.09 1,816.7 Peningkatan jumlah pemberian dan permohonan tanah.

5. Cukai Tanah -Tunggakan 0.82 1.43 0.61 74.4 Peningkatan jumlah pembayaran oleh pemilik tanah.

Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri bagi Tahun 2015 dan 2016

4.3.5.4. Sementara itu, lima (5) butiran hasil yang mencatatkan penurunan

ketara bagi tahun 2016 berbanding 2015 adalah seperti di Jadual 4.8.

JADUAL 4.8 PENURUNAN HASIL YANG KETARA BAGI TAHUN 2016 BERBANDING 2015

BIL. BUTIRAN HASIL

TAHUN PENURUNAN

PUNCA 2015 (RM Juta)

2016 (RM Juta) (RM Juta) (%)

1. Premium Tanah Yang Lain

8.08 1.55 -6.53 -80.8 Pengurangan jumlah kes perolehan tanah untuk pembangunan.

2. Bayaran Perkhidmatan Yang Lain

2.98 0.73 -2.25 -75.5 Kod hasil baharu diwujudkan oleh Jabatan Tanah Dan Galian Negeri Perlis.

3. Pemberian Pertambahan Hasil Bahagian 1

2.97 - -2.97 -100.0 Kerajaan Persekutuan tidak menyalurkan geran pada tahun semasa.

4. Denda dan Hukuman 2.00 - -2.00 -100.0 Tiada denda dan hukuman dikenakan.

5. Bayaran Pelbagai Permit Yang Lain

1.86 0.57 -1.29 -69.4 Projek Koridor Utara di Rimba Mas ditamatkan.

Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri bagi Tahun 2015 dan 2016

4.3.5.5. Analisis perbandingan bagi tahun 2012 hingga 2016 menunjukkan

peningkatan kutipan hasil bagi tahun 2013 dan 2014 manakala menurun bagi

tahun 2015 dan meningkat semula bagi tahun 2016. Kedudukan kutipan hasil

bagi tahun 2012 hingga 2016 adalah seperti di Jadual 4.9 dan Carta 4.2.

Page 30: NEGERI PERLIS · Laporan Bendahari menerangkan kedudukan kewangan Kerajaan Negeri serta memberi ringkasan urus niaga kewangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2016. 1.4. Penyata Kedudukan

LKAN PENYATA KEWANGAN NEGERI PERLIS 2016 | 14

JADUAL 4.9 KUTIPAN HASIL KERAJAAN NEGERI BAGI TAHUN 2012 HINGGA 2016

BIL. KATEGORI

TAHUN

2012 (RM Juta)

2013 (RM Juta)

2014 (RM Juta)

2015 (RM Juta)

2016 (RM Juta)

1. Hasil Cukai 12.49 12.47 12.49 13.55 19.44

2. Hasil Bukan Cukai 47.62 62.27 79.03 30.20 20.50

3. Terimaan Bukan Hasil 67.24 69.08 76.52 43.93 69.99

JUMLAH 127.35 143.82 168.04 87.68 109.93

Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri bagi Tahun 2012 hingga 2016

CARTA 4.2

KUTIPAN HASIL KERAJAAN NEGERI BAGI TAHUN 2012 HINGGA 2016

Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri bagi Tahun 2012 hingga 2016

4.3.5.6. Penyumbang utama hasil Kerajaan Negeri bagi tahun 2016 terdiri

daripada Geran Pemberian Kerajaan Persekutuan, Cukai Tanah Semasa, Sewa

Bangunan, Permit Batu Kapur dan Premium Tanah. Kesemua hasil ini

menyumbang sejumlah RM95.70 juta atau 87.1% daripada keseluruhan hasil

dalam tahun 2016 berbanding RM63.45 juta pada tahun 2015 dengan

peningkatan sejumlah RM32.25 juta atau 50.8%. Analisis trend penyumbang

utama hasil Kerajaan Negeri bagi tahun 2012 hingga 2016 menunjukkan Geran

Pemberian Kerajaan Persekutuan adalah penyumbang utama diikuti dengan

Premium Tanah Yang Lain dan Cukai Tanah Semasa. Penyumbang hasil utama

Kerajaan Negeri untuk tempoh dua (2) tahun dan analisis trend bagi tempoh

lima (5) tahun adalah seperti di Jadual 4.10 dan Jadual 4.11.

12.4

9

12.4

7

12.4

9

13.5

5

19.4

4 47.6

2

62.2

7

79.0

3

30.2

0

20.5

0 6

7.2

4

69.0

8

76.5

2

43.9

3

69.9

9

127.35 143.82 168.04

87.68 109.93

0

1

10

100

2012 2013 2014 2015 2016

RM Juta

Tahun

Hasil Cukai Hasil Bukan Cukai Terimaan Bukan Hasil Jumlah Hasil

Page 31: NEGERI PERLIS · Laporan Bendahari menerangkan kedudukan kewangan Kerajaan Negeri serta memberi ringkasan urus niaga kewangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2016. 1.4. Penyata Kedudukan

LKAN PENYATA KEWANGAN NEGERI PERLIS 2016 | 15

JADUAL 4.10 PENYUMBANG HASIL UTAMA KERAJAAN NEGERI BAGI TAHUN 2015 DAN 2016

BIL. BUTIRAN HASIL

TAHUN PERUBAHAN

2015 (RM Juta)

2016 (RM Juta) (RM Juta) (%)

1. Geran Pemberian Kerajaan Persekutuan 39.67 69.02 29.35 74.0

2. Cukai Tanah Semasa 10.07 14.59 4.52 44.9

3. Sewa Bangunan 1.28 6.30 5.02 392.2

4. Permit Batu Kapur 4.35 4.24 -0.11 -2.5

5. Premium Tanah 8.08 1.55 -6.53 -80.8

JUMLAH 63.45 95.70 32.25 50.8

Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri bagi Tahun 2015 dan 2016

JADUAL 4.11 ANALISIS TREND PENYUMBANG UTAMA

HASIL KERAJAAN NEGERI BAGI TAHUN 2012 HINGGA 2016

BIL. BUTIRAN HASIL

TAHUN

2012 (RM Juta)

2013 (RM Juta)

2014 (RM Juta)

2015 (RM Juta)

2016 (RM Juta)

1. Geran Pemberian Kerajaan Persekutuan 62.72 65.35 60.53 39.67 69.02

2. Cukai Tanah Semasa 8.43 8.77 8.88 10.07 14.59

3. Sewa Bangunan 4.70 2.15 4.27 1.28 6.30

4. Permit Batu Kapur - - - 4.35 4.24

5. Premium Tanah 10.76 23.55 42.44 8.08 1.55

JUMLAH 86.61 99.82 116.12 63.45 95.70

Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri bagi Tahun 2012 hingga 2016

4.3.6. Perbelanjaan Mengurus

4.3.6.1. Perbelanjaan mengurus terdiri daripada Perbelanjaan Tanggungan

dan Perbelanjaan Perbekalan. Perbelanjaan Tanggungan adalah perbelanjaan

khusus mengikut Perkara 98 Perlembagaan Persekutuan, iaitu yang

dipertanggungkan pada Kumpulan Wang Disatukan seperti bayaran pencen,

ganjaran, pampasan dan pembayaran balik hutang awam. Perbelanjaan

Perbekalan pula adalah seperti yang diperuntukkan mengikut Perkara 100 dan

101 Perlembagaan Persekutuan bagi membiayai aktiviti dan pengurusan harian

Kerajaan Negeri. Pada tahun 2016, perbelanjaan mengurus Kerajaan Negeri

berjumlah RM132.35 juta atau 88.3% berbanding anggaran berjumlah

RM149.81 juta (tidak termasuk anggaran pindahan ke dalam Kumpulan Wang

Pembangunan berjumlah RM8.78 juta). Prestasi Perbelanjaan mengurus

berbanding anggaran Kerajaan Negeri pada tahun 2016 adalah seperti

di Jadual 4.12.

Page 32: NEGERI PERLIS · Laporan Bendahari menerangkan kedudukan kewangan Kerajaan Negeri serta memberi ringkasan urus niaga kewangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2016. 1.4. Penyata Kedudukan

LKAN PENYATA KEWANGAN NEGERI PERLIS 2016 | 16

JADUAL 4.12 PRESTASI PERBELANJAAN MENGURUS SEBENAR

BERBANDING ANGGARAN KERAJAAN NEGERI BAGI TAHUN 2016

BIL. BUTIRAN

PERBELANJAAN MENGURUS

TAHUN 2016

(%) Anggaran (RM Juta)

Sebenar (RM Juta)

1. Emolumen 48.63 44.90 92.3

2. Perkhidmatan dan Bekalan 63.20 59.63 94.4

3. Aset 2.35 1.53 65.1

4. Pemberian dan Kenaan Bayaran Tetap 33.94 24.62 72.5

5. Perbelanjaan Lain 1.69 1.67 98.8

JUMLAH 149.81 132.35 88.3

Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri bagi Tahun 2016

4.3.6.2. Pada tahun 2016, perbelanjaan mengurus Kerajaan Negeri telah

menurun sejumlah RM2.79 juta atau 2.1% menjadi RM132.35 juta berbanding

RM135.14 juta bagi tahun 2015 adalah seperti di Jadual 4.13.

JADUAL 4.13 PERBELANJAAN MENGURUS BAGI TAHUN 2015 DAN 2016

BIL. BUTIRAN

PERBELANJAAN MENGURUS

TAHUN PERUBAHAN

2015 (RM Juta)

2016 (RM Juta) (RM Juta) (%)

1. Emolumen 43.45 44.90 1.45 3.3

2. Perkhidmatan dan Bekalan 63.77 59.63 -4.14 -6.5

3. Aset 3.12 1.53 -1.59 -51.0

4. Pemberian dan Kenaan Bayaran Tetap 24.26 24.62 0.36 1.5

5. Perbelanjaan Lain 0.54 1.67 1.13 209.3

JUMLAH 135.14 132.35 -2.79 -2.1

Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri bagi Tahun 2015 dan 2016

4.3.6.3. Penurunan ketara perbelanjaan mengurus bagi tahun 2016

berbanding 2015 adalah seperti di Jadual 4.14.

JADUAL 4.14 PENURUNAN KETARA

PERBELANJAAN MENGURUS BAGI TAHUN 2016 BERBANDING 2015

BIL. BUTIRAN

PERBELANJAAN MENGURUS

TAHUN PENURUNAN

PUNCA 2015 (RM Juta)

2016 (RM Juta) (RM Juta) (%)

1. Perhubungan dan Utiliti

14.87 8.36 6.51 43.8 Pemberhentian bayaran bil elektrik bagi Syarikat Air Perlis Sdn. Bhd.

2. Faedah dan Dividen Hutang

5.46 1.67 3.79 69.4 Pengurangan caruman kepada NGO.

3. Harta Modal-Harta Modal Yang Lain

1.99 0.75 1.24 62.3 Pengurangan pembelian aset kenderaan.

4.

Faedah-Faedah Kewangan Yang lain

1.46 0.29 1.17 80.1 Pemberhentian caruman kepada Syarikat Air Perlis Sdn. Bhd.

Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Tahun 2015 dan 2016

Page 33: NEGERI PERLIS · Laporan Bendahari menerangkan kedudukan kewangan Kerajaan Negeri serta memberi ringkasan urus niaga kewangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2016. 1.4. Penyata Kedudukan

LKAN PENYATA KEWANGAN NEGERI PERLIS 2016 | 17

4.3.6.4. Sementara itu, peningkatan ketara perbelanjaan mengurus bagi

tahun 2016 berbanding 2015 adalah seperti di Jadual 4.15.

JADUAL 4.15 PENINGKATAN KETARA

PERBELANJAAN MENGURUS BAGI TAHUN 2016 BERBANDING 2015

BIL. BUTIRAN

PERBELANJAAN MENGURUS

TAHUN PENINGKATAN

PUNCA 2015 (RM Juta)

2016 (RM Juta) (RM Juta) (%)

1. Elaun Tetap 10.21 12.2 1.99 19.5 Pelarasan dan kenaikan Imbuhan Tetap Perumahan pegawai Gred 40 dan ke bawah.

2. Pencen 4.18 5.89 1.71 41.0 Pelarasan pencen ADUN/ Terbitan.

3.

Perkhidmatan Ikhtisas dan Perkhidmatan Lain Yang Diiktiraf

21.83 23.48 1.65 7.6 Pertambahan bayaran gaji pegawai sambilan dan kontrak.

4. Pemberian Dalam Negeri

14.53 16.05 1.52 10.5 Bayaran Gantian Cuti Rehat kepada pesara.

Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri bagi Tahun 2015 dan 2016

4.3.6.5. Analisis perbandingan perbelanjaan mengurus bagi tahun 2012

hingga 2016 menunjukkan peningkatan bagi tahun 2013 hingga 2014 dan

menurun bagi tahun 2015 dan 2016. Kedudukan perbelanjaan mengurus bagi

tahun 2012 hingga 2016 adalah seperti di Jadual 4.16 dan Carta 4.3.

JADUAL 4.16 PERBELANJAAN MENGURUS KERAJAAN NEGERI BAGI TAHUN 2012 HINGGA 2016

BIL. BUTIRAN

PERBELANJAAN MENGURUS

TAHUN

2012 (RM Juta)

2013 (RM Juta)

2014 (RM Juta)

2015 (RM Juta)

2016 (RM Juta)

1. Emolumen 38.23 39.59 42.78 43.45 44.90

2. Perkhidmatan dan Bekalan 46.39 50.47 55.98 63.77 59.63

3. Aset 3.23 2.55 47.53 3.12 1.53

4. Pemberian dan Kenaan Bayaran Tetap

41.92 53.40 82.99 24.26 24.62

5. Perbelanjaan Lain 0.55 0.14 0.17 0.54 1.67

JUMLAH 130.32 146.15 229.45 135.14 132.35

Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri bagi Tahun 2012 hingga 2016

Page 34: NEGERI PERLIS · Laporan Bendahari menerangkan kedudukan kewangan Kerajaan Negeri serta memberi ringkasan urus niaga kewangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2016. 1.4. Penyata Kedudukan

LKAN PENYATA KEWANGAN NEGERI PERLIS 2016 | 18

CARTA 4.3 PERBELANJAAN MENGURUS KERAJAAN NEGERI BAGI TAHUN 2012 HINGGA 2016

Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri bagi Tahun 2012 hingga 2016

4.4. AKAUN PINJAMAN DISATUKAN

4.4.1. Akaun Pinjaman Disatukan ditubuhkan mengikut kehendak Seksyen

7(b), Akta Tatacara Kewangan 1957. Akaun ini digunakan untuk mengakaunkan

semua pinjaman yang diterima daripada Kerajaan Persekutuan sebelum

dipindahkan ke dalam Akaun Kumpulan Wang tertentu. Pada tahun 2016, Kerajaan

Negeri menerima pinjaman berjumlah RM4.10 juta daripada Kerajaan Persekutuan

untuk membiayai Program Pengurangan Air Tak Terhasil. Wang pinjaman ini

kemudiannya telah disalurkan kesemuanya kepada Syarikat Air Perlis Sdn. Bhd.

(SAP). Kedudukan baki Akaun Pinjaman Disatukan pada tahun 2015 dan 2016

adalah seperti di Jadual 4.17.

JADUAL 4.17

BAKI AKAUN PINJAMAN DISATUKAN PADA TAHUN 2015 DAN 2016

BUTIRAN

TAHUN PENINGKATAN

2015 (RM Juta)

2016 (RM Juta) (RM Juta) (%)

Baki Pada 1 Januari 0.00 0.00 0.00 0.0

Terimaan 2.05 4.10 2.05 100.0

Bayaran 2.05 4.10 2.05 100.0

Baki Pada 31 Disember 0.00 0.00 0.00 0.0

Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri bagi Tahun 2015 dan 2016

38.2

3

39.5

9

42.7

8

43.4

5

44.9

0

46.3

9

50.4

7

55.9

8

63.7

7

59.6

3

3.2

3

2.5

5

47.5

3

3.1

2

1.5

3

41.9

2

53.4

0

82.9

9

24.2

6

24

.62

0.5

5

0.1

4

0.1

7

0.5

4

1.6

7

130.32 146.15 229.45

135.14 132.35

0

2

40

2012 2013 2014 2015 2016

RM Juta

Tahun

Emolumen Perkhidmatan dan Bekalan

Aset Pemberian dan Kenaan Bayaran Tetap

Perbelanjaan Lain Jumlah Perbelanjaan Mengurus

Page 35: NEGERI PERLIS · Laporan Bendahari menerangkan kedudukan kewangan Kerajaan Negeri serta memberi ringkasan urus niaga kewangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2016. 1.4. Penyata Kedudukan

LKAN PENYATA KEWANGAN NEGERI PERLIS 2016 | 19

4.4.2. Kedudukan baki Akaun Pinjaman Disatukan pada tahun 2012 hingga 2016

adalah seperti di Jadual 4.18.

JADUAL 4.18 KEDUDUKAN BAKI AKAUN PINJAMAN DISATUKAN PADA TAHUN 2012 HINGGA 2016

BIL. PINJAMAN

TAHUN

2012 (RM Juta)

2013 (RM Juta)

2014 (RM Juta)

2015 (RM Juta)

2016 (RM Juta)

1. Projek Bekalan Air 0.00 0.00 0.00 0.00 0.00

2. Projek Perumahan Awam Kos Rendah 0.00 0.00 0.00 0.00 0.00

3. Projek Badan Berkanun Negeri 0.00 0.00 0.00 0.00 0.00

4. Projek Pelbagai 0.00 0.00 0.00 0.00 0.00

Jumlah 0.00 0.00 0.00 0.00 0.00

Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri bagi Tahun 2012 hingga 2016

4.5. AKAUN AMANAH DISATUKAN

Akaun Amanah Disatukan adalah sebahagian daripada Kumpulan Wang Disatukan

yang diwujudkan di bawah Seksyen 7(c), Akta Tatacara Kewangan 1957. Ia terdiri

daripada tiga (3) kumpulan wang iaitu Kumpulan Wang Amanah Kerajaan, Kumpulan

Wang Amanah Awam dan Akaun Wang Deposit. Akaun ini menguruskan semua wang

yang diterima dan dibelanjakan mengikut terma amanah tersebut. Pada akhir tahun

2016, baki Akaun Amanah Disatukan berjumlah RM426.57 juta berbanding

RM401.23 juta pada tahun 2015, iaitu peningkatan sejumlah RM25.34 juta atau 6.3%.

4.5.1. Kumpulan Wang Amanah Kerajaan

Kumpulan Wang Amanah Kerajaan ditubuhkan di bawah peruntukan Seksyen 10,

Akta Tatacara Kewangan 1957 untuk maksud tertentu. Ia terdiri daripada tiga (3)

kumpulan wang iaitu Kumpulan Wang Pembangunan, Kumpulan Wang Amanah

Bekalan Air dan Pelbagai Kumpulan Wang Amanah. Kumpulan wang ini berbentuk

pusingan dan pembayarannya tidak melebihi had peruntukan yang diluluskan oleh

Dewan Undangan Negeri Perlis.

4.5.1.1. Kumpulan Wang Pembangunan

a. Kumpulan Wang Pembangunan ditubuhkan di bawah Akta Kumpulan Wang

Pembangunan Tahun 1966 (Akta 70). Sumber kewangan bagi kumpulan

wang ini terdiri daripada pemberian Kerajaan Persekutuan dan pindahan

Akaun Pinjaman Disatukan. Kumpulan Wang Pembangunan hanya boleh

dibelanjakan bagi maksud yang ditentukan oleh Akta sahaja.

b. Terimaan kumpulan wang pada tahun 2016 yang berjumlah RM26.63 juta

adalah terdiri daripada Geran Pemberian Tahap Pembangunan, Ekonomi

dan Kesejahteraan Hidup daripada Kerajaan Persekutuan berjumlah

RM23.31 juta serta terimaan ansuran dan bayaran balik pinjaman

Page 36: NEGERI PERLIS · Laporan Bendahari menerangkan kedudukan kewangan Kerajaan Negeri serta memberi ringkasan urus niaga kewangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2016. 1.4. Penyata Kedudukan

LKAN PENYATA KEWANGAN NEGERI PERLIS 2016 | 20

Perumahan Awam Kos Rendah berjumlah RM3.32 juta. Perbelanjaan

pembangunan pada tahun 2016 berjumlah RM37.61 juta menunjukkan

penurunan sejumlah RM15.76 juta atau 29.5% berbanding RM53.37 juta

pada tahun 2015. Baki terkumpul Kumpulan Wang Pembangunan pada

tahun 2016 berjumlah RM12.94 juta telah menurun sejumlah RM10.98 juta

atau 45.9% berbanding RM23.92 juta pada tahun 2015. Penurunan ini

disebabkan Kerajaan Negeri tidak menerima Geran Pemberian

Pertambahan Hasil daripada Kerajaan Persekutuan dan tidak membuat

pindahan/caruman daripada Akaun Hasil Disatukan. Baki Kumpulan Wang

Pembangunan pada tahun 2016 berbanding 2015 adalah seperti

di Jadual 4.19.

JADUAL 4.19

BAKI KUMPULAN WANG PEMBANGUNAN PADA TAHUN 2015 DAN 2016

BUTIRAN

TAHUN PERUBAHAN

2015 (RM Juta)

2016 (RM Juta) (RM Juta) (%)

Baki Pada 1 Januari 14.05 23.92 9.87 70.2

Penerimaan 63.24 26.63 -36.61 -57.9

Perbelanjaan 53.37 37.61 -15.76 -29.5

Surplus/Defisit 9.87 -10.98 -20.85 -211.2

Baki Pada 31 Disember 23.92 12.94 -10.98 -45.9

Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri bagi Tahun 2015 dan 2016

c. Peruntukan kewangan bagi perbelanjaan pembangunan pada tahun 2016

adalah berjumlah RM41.55 juta dan sejumlah RM37.61 juta atau 90.52%

telah dibelanjakan. Jabatan Kerja Raya mencatatkan penurunan

perbelanjaan yang tertinggi berjumlah RM11.80 juta atau 60.9% kepada

RM7.57 juta berbanding RM19.37 juta pada tahun 2015. Kedudukan

perbelanjaan pembangunan mengikut Jabatan/Pejabat pada tahun 2016

berbanding 2015 adalah seperti di Jadual 4.20.

JADUAL 4.20 PERBELANJAAN PEMBANGUNAN PADA TAHUN 2015 DAN 2016

BIL. JABATAN/PEJABAT

TAHUN PERUBAHAN

2015 (RM Juta)

2016 (RM Juta) (RM Juta) (%)

1. Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri 18.26 13.22 -5.04 -27.6

2. Jabatan Pengairan dan Saliran 6.97 8.63 1.66 23.8

3. Jabatan Kerja Raya 19.37 7.57 -11.80 -60.9

4. Jabatan Pertanian 5.00 4.79 -0.21 -4.2

5. Jabatan Perkhidmatan Veterinar 1.31 2.02 0.71 54.2

6. Jabatan Perhutanan 2.46 1.38 -1.08 -43.9

JUMLAH 53.37 37.61 -15.76 -29.5

Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri bagi Tahun 2015 dan 2016

Page 37: NEGERI PERLIS · Laporan Bendahari menerangkan kedudukan kewangan Kerajaan Negeri serta memberi ringkasan urus niaga kewangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2016. 1.4. Penyata Kedudukan

LKAN PENYATA KEWANGAN NEGERI PERLIS 2016 | 21

4.5.1.2. Kumpulan Wang Amanah Bekalan Air

a. Kumpulan Wang Amanah Bekalan Air ditubuhkan di bawah Seksyen 3(1)

Akta 230 (Akta Kumpulan Wang Bekalan Air). Tujuan penubuhannya adalah

untuk membiayai perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan pembangunan

serta penyenggaraan bekalan air. Pada tahun 2016, Kerajaan Negeri telah

menutup Akaun Kumpulan Wang Amanah Bekalan Air kerana telah

mencapai maksud penubuhannya dan tidak diperlukan lagi. Kerajaan Negeri

telah menyerahkan kepada Syarikat Air Perlis Sdn. Bhd. untuk pengurusan

air negeri mulai 1 Januari 2015. Baki wang berjumlah RM0.10 juta telah

diselaraskan ke dalam Akaun Hasil Disatukan pada tahun 2016 dan

Kumpulan Wang Amanah Bekalan Air ini ditutup pada 2 Disember 2016.

4.5.1.3. Pelbagai Kumpulan Wang Amanah Kerajaan

Pelbagai Kumpulan Wang Amanah Kerajaan ditubuhkan di bawah Seksyen 10

Akta Tatacara Kewangan 1957. Akaun ini terdiri daripada Akaun Penyelesaian

Kerajaan, Akaun Perniagaan, Akaun Pinjaman, Kumpulan Wang Luar Jangka

dan Pelbagai Kumpulan Wang. Pada akhir tahun 2016, baki akaun ini meningkat

sejumlah RM42.16 juta atau 15.2% kepada RM320.12 juta berbanding

RM277.96 juta pada tahun 2015.

a. Kumpulan Wang Amanah Penyelenggaraan Jalanraya

i. Kumpulan Wang Amanah Penyelenggaraan Jalanraya diwujudkan oleh

Kerajaan Negeri pada tahun 2014 mengikut Seksyen 10, Akta Tatacara

Kewangan 1957. Tujuan Kumpulan Wang Amanah ini adalah untuk

merekod pemberian Kerajaan Persekutuan bagi membiayai kos

penyenggaraan jalan raya Negeri yang dilaksanakan oleh Jabatan Kerja

Raya (JKR), Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Perlis (JPS), Pejabat

Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) dan Majlis Perbandaran Kangar

(MPK). Jumlah pemberian berdasarkan peruntukan Perkara 109(1)(b),

Perlembagaan Persekutuan adalah dengan mendarabkan kos purata

menyenggara sekilometer jalan Negeri mengikut standard minimum yang

ditentukan oleh Kerajaan Persekutuan, selepas berunding dengan Majlis

Kewangan Negara, dengan jumlah perbatuan jalan-jalan Negeri yang

didaftarkan pada 31 Disember dalam tahun kewangan yang terdahulu.

ii. Mengikut Sistem Maklumat Rekod Jalanraya Malaysia (MARRIS), jalan

raya Negeri yang disenggara oleh JKR, JPS, SUK dan MPK pada

tahun 2016 adalah sepanjang 2,396.832 kilometer seperti yang

didaftarkan dalam Sistem MARRIS pada 31 Disember 2016. Terimaan

pemberian penyenggaraan jalan raya pada tahun 2016 telah meningkat

sejumlah RM1.74 juta atau 6.0% kepada RM30.67 juta berbanding

RM28.93 juta pada tahun 2015. Sejumlah RM31.13 juta atau 101.5%

Page 38: NEGERI PERLIS · Laporan Bendahari menerangkan kedudukan kewangan Kerajaan Negeri serta memberi ringkasan urus niaga kewangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2016. 1.4. Penyata Kedudukan

LKAN PENYATA KEWANGAN NEGERI PERLIS 2016 | 22

telah dibelanjakan dengan pecahan perbelanjaan oleh JKR berjumlah

RM21.06 juta, JPS berjumlah RM5.03 juta, SUK menerusi Unit

Pentadbiran Daerah (UPD) berjumlah RM4.64 juta dan Unit Perumahan

dan Kerajaan Tempatan (UPKT) berjumlah RM0.40 juta. Baki akaun ini

pada akhir tahun 2016 adalah berjumlah RM111.43 juta berbanding

RM111.89 juta pada tahun 2015, iaitu pengurangan berjumlah

RM0.46 juta atau 0.4%. Kedudukan terimaan dan perbelanjaan Akaun

Amanah ini bagi tahun 2012 hingga 2016 adalah seperti di Jadual 4.21.

JADUAL 4.21 BAKI KUMPULAN WANG AMANAH

PENYELENGGARAAN JALANRAYA PADA TAHUN 2012 HINGGA 2016

TAHUN

BAKI PADA 1 JANUARI

TERIMAAN DARIPADA KERAJAAN

PERSEKUTUAN

PERBELANJAAN SEMASA

BAKI PADA 31

DISEMBER PENGGUNAAN

(RM Juta) (RM Juta) (RM Juta) (RM Juta) (%)

2012 64.30 22.24 7.15 79.39 32.1

2013 79.39 27.12 14.05 92.46 51.8

2014 92.46 28.09 11.22 109.33 39.9

2015 109.33 28.93 26.37 111.89 91.2

2016 111.89 30.67 31.13 111.43 101.5

Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri bagi Tahun 2012 hingga 2016

b. Akaun Pendahuluan Daripada Kerajaan Persekutuan

Akaun Pendahuluan daripada Kerajaan Persekutuan merekodkan terimaan dan

pembayaran yang dibuat oleh Kerajaan Negeri kepada Kerajaan Persekutuan.

Pendahuluan yang diterima ini digunakan untuk membiayai perbelanjaan

mengurus dan pembangunan Kerajaan Negeri. Pada akhir tahun 2016,

baki Akaun Pendahuluan daripada Kerajaan Persekutuan meningkat sejumlah

RM46.0 juta atau 34.1% kepada RM180.82 juta berbanding RM134.82 juta

pada tahun 2015. Peningkatan ini disebabkan penerimaan pendahuluan baharu

berjumlah RM63.0 juta dan bayaran balik melalui off-set oleh Kerajaan

Persekutuan berjumlah RM17.0 juta terhadap pemberian geran tahunan.

Kedudukan baki pendahuluan pada tahun 2016 adalah yang tertinggi direkodkan

oleh Kerajaan Negeri. Kedudukan baki Akaun Pendahuluan daripada

Kerajaan Persekutuan bagi tahun 2012 hingga 2016 adalah seperti

di Carta 4.4.

Page 39: NEGERI PERLIS · Laporan Bendahari menerangkan kedudukan kewangan Kerajaan Negeri serta memberi ringkasan urus niaga kewangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2016. 1.4. Penyata Kedudukan

LKAN PENYATA KEWANGAN NEGERI PERLIS 2016 | 23

CARTA 4.4 BAKI AKAUN PENDAHULUAN DARIPADA

KERAJAAN PERSEKUTUAN PADA TAHUN 2012 HINGGA 2016

Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri bagi Tahun 2012 hingga 2016

4.5.1.4. Kumpulan Wang Amanah Awam

a. Kumpulan Wang Amanah Awam ditubuhkan di bawah Seksyen 9, Akta

Tatacara Kewangan 1957 yang terdiri daripada Kumpulan Wang Khas

Kerajaan Negeri dan Wang Amanah yang diterima bagi maksud tertentu.

Pengurusan akaun ini dibuat mengikut Arahan Amanah yang diluluskan oleh

Pegawai Kewangan Negeri.

b. Pada tahun 2016, baki Kumpulan Wang Amanah Awam menurun sejumlah

RM11.04 juta atau 17.7% kepada RM51.43 juta berbanding RM62.47 juta

pada tahun 2015. Penurunan ini antaranya disebabkan oleh penutupan dua

(2) akaun amanah berjumlah RM3.81 juta dan perbelanjaan tahun semasa.

Pada tahun 2016, Kerajaan Negeri telah mewujudkan lima (5) Akaun

Amanah baru iaitu, Akaun Amanah Aktiviti Dakwah dan Kemasyarakatan;

Akaun Amanah Tadika Islam Perlis; Akaun Amanah Imam Pelapis Negeri

Perlis; serta Akaun Amanah Penyelaras Pentadbiran Masjid Daerah (PPMD)

dan Fasilitator Pusat Khidmat Keluarga Islam, Sosial dan Komuniti (PKKSK)

yang masing-masing di bawah seliaan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam

Negeri Perlis manakala Akaun Amanah Penganjuran Perlis Marathon diselia

oleh Pejabat Perbendaharaan Negeri. Butiran lanjut lima (5) Akaun Amanah

yang baharu diwujudkan ini adalah seperti di Jadual 4.22.

74.82 64.82

104.82

134.82

180.82

0

30

60

90

120

150

180

210

2012 2013 2014 2015 2016

RM Juta

Tahun

2012 2013 2014 2015 2016

Page 40: NEGERI PERLIS · Laporan Bendahari menerangkan kedudukan kewangan Kerajaan Negeri serta memberi ringkasan urus niaga kewangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2016. 1.4. Penyata Kedudukan

LKAN PENYATA KEWANGAN NEGERI PERLIS 2016 | 24

JADUAL 4.22 AKAUN AMANAH YANG BAHARU DIWUJUDKAN PADA TAHUN 2016

BIL. NAMA AKAUN AMANAH TUJUAN BAKI PADA

31 DISEMBER 2016 (RM Juta)

1. Akaun Amanah Aktiviti Dakwah dan Kemasyarakatan

Menerima peruntukan kewangan dan membuat pembayaran sagu hati kepada mualaf selepas bersyahadah.

0.04

2. Akaun Amanah Tadika Islam Perlis Menerima sumbangan wang dan membuat bayaran bagi pengurusan tadika.

0.04

3. Akaun Amanah Imam Pelapis Negeri Perlis

Menerima wang dan membuat pembayaran elaun bulanan Imam Pelapis di Negeri Perlis.

0.03

4.

Akaun Amanah Penyelaras Pentadbiran Masjid Daerah (PPMD) Dan Fasilitator Pusat Khidmat Keluarga Islam, Sosial dan Komuniti (PKKSK)

Menerima peruntukan kewangan dan membuat bayaran berkaitan penyelarasan PPMD dan PKKSK di Negeri Perlis.

0.11

5. Akaun Amanah Penganjuran Perlis Marathon

Menerima dan mengeluarkan wang daripada Kerajaan Persekutuan, sektor swasta, individu dan lain-lain sumbangan bagi menjalankan projek/ program/ aktiviti yang berkaitan dengan penganjuran Perlis Marathon.

0.13

Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri bagi Tahun 2016

c. Pada tahun 2016, Kerajaan Negeri telah menutup Akaun Amanah Sukan

Paralimpiad XVII dan Akaun Amanah Pengurusan Syarikat Air Perlis kerana

telah mencapai maksud penubuhannya serta tidak diperlukan lagi. Baki

wang dalam Akaun Amanah Sukan Paralimpiad XVII yang berjumlah

RM3,349 telah dimasukkan ke dalam Akaun Hasil Disatukan. Manakala

sejumlah RM3.81 juta dari Akaun Amanah Pengurusan Syarikat Air Perlis

telah dikembalikan kepada Syarikat Air Perlis Sdn. Bhd.

4.6. PENYATA PRESTASI KEWANGAN

4.6.1. Penyata Prestasi Kewangan menunjukkan lebihan atau kurangan hasil

berbanding perbelanjaan mengurus dan pembangunan serta sumber

pembiayaannya. Penyata ini juga menunjukkan pergerakan dana bagi Pinjaman

Dalam Negeri, Terimaan Balik Pinjaman dan Pelbagai Terimaan serta Perubahan

Tunai, Pelaburan dan Amanah.

4.6.2. Pada tahun 2016, Penyata Prestasi Kewangan mencatatkan defisit

RM60.03 juta, iaitu penurunan sejumlah RM70.64 juta atau 54.1% berbanding

RM130.67 juta pada tahun 2015. Ia merupakan catatan defisit terendah yang

direkodkan oleh Kerajaan Negeri dalam tempoh lima (5) tahun. Hasil Kerajaan

Negeri adalah berjumlah RM109.93 juta manakala perbelanjaan mengurus dan

pembangunan berjumlah RM169.96 juta. Hasil Kerajaan Negeri meningkat sejumlah

RM22.25 juta atau 25.4% kepada RM109.93 juta berbanding RM87.68 juta pada

tahun 2015. Perbelanjaan mengurus tahun semasa berjumlah RM132.35 juta

menunjukkan penurunan sejumlah RM2.79 juta atau 2.1% berbanding

Page 41: NEGERI PERLIS · Laporan Bendahari menerangkan kedudukan kewangan Kerajaan Negeri serta memberi ringkasan urus niaga kewangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2016. 1.4. Penyata Kedudukan

LKAN PENYATA KEWANGAN NEGERI PERLIS 2016 | 25

RM135.14 juta pada tahun 2015. Perbelanjaan pembangunan juga mencatatkan

penurunan sejumlah RM15.76 juta atau 29.5% kepada RM37.61 juta berbanding

RM53.37 juta pada tahun 2015. Tiada pindahan wang ke dalam Kumpulan Wang

Pembangunan pada tahun 2016 berbanding RM29.84 juta pada tahun 2015.

4.6.3. Kerajaan Negeri menampung defisit tersebut melalui Geran Pemberian

Tahap Pembangunan, Ekonomi dan Kesejahteraan Hidup daripada Kerajaan

Persekutuan berjumlah RM23.31 juta, Terimaan Ansuran Perumahan Awam dan

Jualan Perumahan Awam Kos Rendah berjumlah RM3.32 juta, selain perubahan

dalam wang tunai, pelaburan dan Kumpulan Wang Amanah yang berjumlah

RM33.40 juta. Kedudukan Penyata Prestasi Kewangan pada tahun 2015 dan 2016

adalah seperti di Jadual 4.23.

JADUAL 4.23 KEDUDUKAN PENYATA PRESTASI KEWANGAN PADA TAHUN 2015 DAN 2016

BUTIRAN

TAHUN PERUBAHAN

2015 (RM Juta)

2016 (RM Juta) (RM Juta) (%)

Hasil 87.68 109.93 22.25 25.4

Perbelanjaan Mengurus 135.14 132.35 -2.79 -2.1

Perbelanjaan Pembangunan 53.37 37.61 -15.76 -29.5

Pindahan ke dalam Kumpulan Wang Pembangunan 29.84 0.00 -29.84 -100.0

DEFISIT -130.67 -60.03 70.64 -54.1

Kurangan dibiayai oleh:

Terimaan Balik Pinjaman dan Pelbagai Terimaan 63.24 26.63 -36.61 -57.9

Perubahan Tunai dan Amanah 67.43 33.40 -34.03 -50.5

JUMLAH 130.67 60.03 -70.64 -54.1

Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri bagi Tahun 2015 dan 2016

4.7. PENYATA AKAUN MEMORANDUM

Penyata Akaun Memorandum ialah penyata yang menunjukkan aset dan liabiliti

Kerajaan Negeri yang boleh dilupus atau dilunaskan pada masa akan datang serta tidak

dilaporkan dalam Penyata Kedudukan Kewangan. Penyata ini terdiri daripada Penyata

Akaun Memorandum Aset dan Penyata Akaun Memorandum Liabiliti. Penyata Akaun

Memorandum Aset menunjukkan kedudukan pinjaman yang boleh dituntut daripada

Agensi Negeri, pelaburan dan deposit berkanun. Manakala Penyata Akaun

Memorandum Liabiliti menunjukkan baki hutang awam Kerajaan Negeri kepada

Kerajaan Persekutuan yang belum diselesaikan pada penutupan tahun kewangan dan

pelbagai liabiliti.

4.7.1. Pinjaman Boleh Dituntut

4.7.1.1. Pinjaman Boleh Dituntut adalah pinjaman yang diberikan oleh

Kerajaan Negeri kepada Agensi Negeri dengan menggunakan sumber Kerajaan

Negeri atau pinjaman yang diperoleh daripada Kerajaan Persekutuan. Pada

Page 42: NEGERI PERLIS · Laporan Bendahari menerangkan kedudukan kewangan Kerajaan Negeri serta memberi ringkasan urus niaga kewangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2016. 1.4. Penyata Kedudukan

LKAN PENYATA KEWANGAN NEGERI PERLIS 2016 | 26

tahun 2016, baki Pinjaman Boleh Dituntut meningkat sejumlah RM3.72 juta atau

3.6% kepada RM106.37 juta berbanding RM102.65 juta pada tahun 2015.

Ia merupakan Pinjaman Boleh Dituntut yang dikeluarkan kepada Perbadanan

Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis (PKENPs) dan Syarikat Air Perlis Sdn. Bhd.

(SAP). Pada tahun 2016, PKENPs membuat pembayaran balik pinjaman

berjumlah RM0.38 juta manakala SAP menerima pinjaman berjumlah

RM4.10 juta. Bagaimanapun, perjanjian pinjaman kepada SAP berjumlah

RM6.15 juta masih belum meterai. Tiada pinjaman baharu diberikan kepada

PKENPs pada tahun 2016.

4.7.1.2. Analisis perbandingan baki pinjaman boleh dituntut pada tahun 2012

hingga 2016 menunjukkan peningkatan pada tahun 2013, 2014 dan 2016 tetapi

menurun pada tahun 2015. Kedudukan baki Pinjaman Boleh Dituntut pada

tahun 2012 hingga 2016 adalah seperti di Jadual 4.24.

JADUAL 4.24 BAKI PINJAMAN BOLEH DITUNTUT OLEH

KERAJAAN NEGERI PADA TAHUN 2012 HINGGA 2016

BIL. AGENSI NEGERI

TAHUN

2012 (RM Juta)

2013 (RM Juta)

2014 (RM Juta)

2015 (RM Juta)

2016 (RM Juta)

1. Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis 98.44 99.61 103.50 100.60 100.22

2. Syarikat Air Perlis Sdn. Bhd. 0.00 0.00 0.00 2.05 6.15

JUMLAH 98.44 99.61 103.50 102.65 106.37

Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri bagi Tahun 2012 hingga 2016

4.7.2. Hutang Awam

4.7.2.1. Kerajaan Negeri dari semasa ke semasa ada menerima pinjaman

daripada Kerajaan Persekutuan untuk membiayai projek pembangunan. Pada

tahun 2016, baki hutang awam Kerajaan Negeri kepada Kerajaan Persekutuan

meningkat sejumlah RM2.44 juta atau 0.6% kepada RM394.34 juta berbanding

RM391.90 juta (dinyatakan semula) pada tahun 2015. Peningkatan ini

disebabkan Kerajaan Negeri menerima pinjaman baru berjumlah RM4.10 juta

untuk membiayai Program Mengurangkan Kadar Kehilangan Air Tak Terhasil

Perlis dan pembayaran balik hutang awam berjumlah RM1.66 juta. Pembayaran

tersebut terdiri daripada bayaran pokok berjumlah RM1.26 juta dan faedah

pinjaman berjumlah RM0.40 juta. Kedudukan baki hutang awam Kerajaan

Negeri pada tahun 2016 berbanding 2015 adalah seperti di Jadual 4.25.

Page 43: NEGERI PERLIS · Laporan Bendahari menerangkan kedudukan kewangan Kerajaan Negeri serta memberi ringkasan urus niaga kewangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2016. 1.4. Penyata Kedudukan

LKAN PENYATA KEWANGAN NEGERI PERLIS 2016 | 27

JADUAL 4.25 KEDUDUKAN BAKI HUTANG AWAM

KERAJAAN NEGERI PADA TAHUN 2016 BERBANDING 2015

BIL. BUTIRAN PINJAMAN

TAHUN PERUBAHAN

2015 (RM Juta)

2016 (RM Juta) (RM Juta) (%)

1. Sektor Bekalan Air 151.52 155.62 4.10 2.7

2. Sektor Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis 132.50 130.84 -1.66 -1.3

3. Sektor Perumahan Awam Kos Rendah 87.97 87.97 0.00 0.0

4. Sektor Pelbagai 19.91 19.91 0.00 0.0

JUMLAH 391.90 394.34 2.44 0.6

Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri bagi Tahun 2015 dan 2016

4.7.2.2. Baki hutang awam Kerajaan Negeri pada tahun 2016 berjumlah

RM394.34 juta berbanding RM357.26 juta yang dilaporkan dalam Penyata

Kewangan Kerajaan Persekutuan Tahun 2016. Perbezaan sejumlah

RM37.08 juta adalah disebabkan Kerajaan Negeri mengambil kira faedah

berjumlah RM51.60 juta sebagai hutang awam dan pembayaran yang dibuat

terhadap faedah tersebut berjumlah RM14.52 juta.

4.7.2.3. Analisis perbandingan baki hutang awam Kerajaan Negeri pada

tahun 2012 hingga 2016 menunjukkan peningkatan berterusan bagi tempoh

lima(5) tahun. Kedudukan baki hutang awam Kerajaan Negeri bagi tahun 2012

hingga 2016 adalah seperti di Jadual 4.26.

JADUAL 4.26 KEDUDUKAN BAKI HUTANG AWAM

KERAJAAN NEGERI PADA TAHUN 2012 HINGGA 2016

BIL. BUTIRAN PINJAMAN

TAHUN

2012 (RM Juta)

2013 (RM Juta)

2014 (RM Juta)

2015 (RM Juta)

2016 (RM Juta)

1. Sektor Bekalan Air 144.23 146.64 149.10 151.52 155.62

2. Sektor Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis

112.54 113.91 118.45 132.50 130.84

3. Sektor Perumahan Awam Kos Rendah 71.59 68.54 68.54 87.97 87.97

4. Sektor Pelbagai 14.80 25.59 19.91 19.91 19.91

JUMLAH 343.16 354.68 356.00 391.90 394.34

Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri bagi Tahun 2012 hingga 2016

4.7.2.4. Tunggakan bayaran balik hutang awam, termasuk jumlah pokok dan

faedah Kerajaan Negeri kepada Kerajaan Persekutuan pada tahun 2016

meningkat sejumlah RM14.43 juta atau 7.0% menjadi RM219.59 juta berbanding

RM205.16 juta pada tahun 2015. Peningkatan ini disebabkan Kerajaan Negeri

hanya membuat bayaran balik hutang berjumlah RM1.66 juta atau 0.75%

daripada keseluruhan hutang yang sepatutnya dibayar berjumlah

RM221.25 juta. Analisis perbandingan baki tunggakan bayaran balik hutang

awam pada tahun 2012 hingga 2016 menunjukkan peningkatan setiap tahun.

Page 44: NEGERI PERLIS · Laporan Bendahari menerangkan kedudukan kewangan Kerajaan Negeri serta memberi ringkasan urus niaga kewangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2016. 1.4. Penyata Kedudukan

LKAN PENYATA KEWANGAN NEGERI PERLIS 2016 | 28

Baki tunggakan pada tahun 2016 adalah yang tertinggi direkodkan oleh

Kerajaan Negeri. Kedudukan baki tunggakan bayaran balik hutang awam bagi

tahun 2012 hingga 2016 adalah seperti di Jadual 4.27.

JADUAL 4.27 KEDUDUKAN BAKI TUNGGAKAN BAYARAN

BALIK HUTANG AWAM PADA TAHUN 2012 HINGGA 2016

BIL. PINJAMAN

TAHUN

2012 (RM Juta)

2013 (RM Juta)

2014 (RM Juta)

2015 (RM Juta)

2016 (RM Juta)

1. Sektor Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis

97.87 102.80 104.46 107.25 109.70

2. Sektor Perumahan Awam Kos Rendah 50.55 52.92 55.50 53.97 56.56

3. Sektor Bekalan Air 20.24 27.41 35.10 43.04 51.52

4. Sektor Pelbagai 7.06 6.32 0.00 0.90 1.81

JUMLAH 175.72 189.45 195.06 205.16 219.59

Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri bagi Tahun 2012 hingga 2016

4.8. NOTA KEPADA PENYATA KEWANGAN

Nota Kepada Penyata Kewangan adalah sebahagian daripada Penyata Kewangan

Kerajaan Negeri Perlis. Ia memberi penerangan dan maklumat terperinci mengenai

amaun yang ditunjukkan dalam Penyata Kedudukan Kewangan, Penyata Penerimaan

dan Pembayaran Wang Tunai, Penyata Prestasi Kewangan, Penyata Akaun

Memorandum dan maklumat tambahan lain seperti peristiwa yang berlaku selepas

tarikh Penyata Kedudukan Kewangan dan angka perbandingan.

4.8.1. Akaun Belum Terima

Akaun Belum Terima (ABT) ditafsirkan sebagai sejumlah wang yang sepatutnya

telah diterima oleh Kerajaan Negeri pada sesuatu tempoh tetapi belum diterima

berdasarkan bil yang dikeluarkan. Garis Panduan bagi menyelenggara dan

melaporkan Akaun Belum Terima dijelaskan oleh Pekeliling Perbendaharaan

Malaysia WP 10.6. Pegawai Pengawal yang bertanggungjawab dikehendaki

menyediakan Laporan ABT dua (2) kali setahun iaitu pada 30 Jun dan 31 Disember.

Laporan tersebut perlu dikemukakan kepada Bendahari Negeri dan sesalinan

kepada Jabatan Audit Negara, selewat-lewatnya pada 31 Ogos dan

31 Januari tahun berikutnya. Akaun Belum Terima Kerajaan Negeri yang utama

terdiri daripada Tunggakan Hasil dan Tunggakan Bayaran Balik Pinjaman Boleh

Dituntut.

4.8.1.1. Tunggakan Hasil

a. Tunggakan Hasil adalah hasil atau pendapatan daripada hasil cukai, hasil

bukan cukai dan terimaan bukan hasil yang sepatutnya diterima tetapi belum

diterima oleh Kerajaan Negeri. Pada tahun 2016, tunggakan hasil Kerajaan

Negeri telah meningkat sejumlah RM3.34 juta atau 14.3% menjadi

Page 45: NEGERI PERLIS · Laporan Bendahari menerangkan kedudukan kewangan Kerajaan Negeri serta memberi ringkasan urus niaga kewangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2016. 1.4. Penyata Kedudukan

LKAN PENYATA KEWANGAN NEGERI PERLIS 2016 | 29

RM26.75 juta berbanding RM23.41 juta pada tahun 2015. Tunggakan hasil

yang tertinggi disumbangkan oleh cukai tanah, jualan air dan bayaran

ansuran jualan Perumahan Awam Kos Rendah. Tunggakan hasil Kerajaan

Negeri mengikut Jabatan pada tahun 2016 berbanding 2015 adalah seperti

di Jadual 4.28.

JADUAL 4.28 TUNGGAKAN HASIL KERAJAAN NEGERI

MENGIKUT JABATAN PADA TAHUN 2016 BERBANDING 2015

BIL. JABATAN/PEJABAT

TAHUN PERUBAHAN

2015 (RM Juta)

2016 (RM Juta) (RM Juta) (%)

1. Jabatan Tanah Dan Galian (Cukai Tanah) 9.68 13.37 3.69 38.1

2. Jabatan Kerja Raya (Jualan Air) 7.75 7.75 0.00 0.0

3. Pejabat SUK (Ansuran Rumah) 5.86 5.48 -0.38 -6.5

4. Pejabat SUK (Sewa Gerai) 0.12 0.13 0.01 8.3

5. Jabatan Perhutanan (Permit Dusun) 0.00 0.02 0.02 0.00

JUMLAH 23.41 26.75 3.34 14.3

Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri bagi Tahun 2015 dan 2016

b. Analisis perbandingan tunggakan hasil pada tahun 2012 hingga 2016

mencatatkan penurunan pada tahun 2013 dan 2015 tetapi meningkat pada

tahun 2014 dan 2016 seperti di Carta 4.5.

CARTA 4.5 KEDUDUKAN TUNGGAKAN HASIL

KERAJAAN NEGERI PADA TAHUN 2012 HINGGA 2016

Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri bagi Tahun 2012 hingga 2016

4.8.1.2. Tunggakan Bayaran Balik Pinjaman Boleh Dituntut

a. Tunggakan Bayaran Balik Pinjaman Boleh Dituntut merangkumi bayaran

balik pinjaman yang matang tetapi belum diterima daripada Agensi Negeri.

Pada tahun 2016, PKENPs sepatutnya membuat bayaran balik pinjaman

kepada Kerajaan Negeri berjumlah RM79.47 juta yang terdiri daripada

bayaran anuiti tahun semasa berjumlah RM4.12 juta dan tunggakan bayaran

24.57 22.84 23.73 23.41

26.75

0

10

20

30

2012 2013 2014 2015 2016

RM Juta

Tahun

2012 2013 2014 2015 2016

Page 46: NEGERI PERLIS · Laporan Bendahari menerangkan kedudukan kewangan Kerajaan Negeri serta memberi ringkasan urus niaga kewangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2016. 1.4. Penyata Kedudukan

LKAN PENYATA KEWANGAN NEGERI PERLIS 2016 | 30

balik pinjaman tahun sebelumnya berjumlah RM75.35 juta. Bagaimanapun,

PKENPs hanya membuat bayaran balik pinjaman berjumlah RM0.38 juta

pada tahun semasa menyebabkan tunggakan bayaran balik pinjamannya

meningkat kepada RM79.09 juta. Kedudukan Tunggakan Bayaran Balik

Pinjaman Boleh Dituntut pada tahun 2016 adalah seperti di Jadual 4.29.

JADUAL 4.29

KEDUDUKAN TUNGGAKAN BAYARAN BALIK PINJAMAN BOLEH DITUNTUT PADA TAHUN 2016

AGENSI NEGERI

TUNGGAKAN BAYARAN

BALIK PINJAMAN

PADA 1.1.2016 (RM Juta)

ANUITI TAHUN

2016

(RM Juta)

JUMLAH PATUT DIJELASKAN PADA TAHUN

2016 (RM Juta)

JUMLAH DIJELASKAN PADA TAHUN

2016

(RM Juta)

TUNGGAKAN BAYARAN

BALIK PINJAMAN

PADA 31.12.2016 (RM Juta)

Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis

75.35 4.12 79.47 0.38 79.09

Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri bagi Tahun 2016

b. Pada tahun 2016, prestasi bayaran balik pinjaman oleh PKENPs adalah

tidak memuaskan. PKENPs tidak membuat bayaran balik pinjaman mengikut

jumlah dan tempoh yang ditetapkan. Baki pinjaman pada tahun 2016

berjumlah RM100.22 juta manakala tunggakan bayaran balik pinjaman

meningkat RM3.74 juta atau 5.0% menjadi RM79.09 juta. Analisis

perbandingan baki Tunggakan Bayaran Balik Pinjaman Boleh Dituntut bagi

tahun 2012 hingga 2016 menunjukkan peningkatan baki tunggakan bayaran

balik pinjaman secara berterusan pada setiap tahun. Kedudukan Tunggakan

Bayaran Balik Pinjaman Boleh Dituntut pada tahun 2012 hingga 2016 adalah

seperti di Jadual 4.30.

JADUAL 4.30 KEDUDUKAN TUNGGAKAN BAYARAN BALIK

PINJAMAN BOLEH DITUNTUT PADA TAHUN 2012 HINGGA 2016

AGENSI NEGERI

TAHUN

2012 (RM Juta)

2013 (RM Juta)

2014 (RM Juta)

2015 (RM Juta)

2016 (RM Juta)

Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis

70.27 72.60 74.13 75.35 79.09

Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri bagi Tahun 2012 hingga 2016

Page 47: NEGERI PERLIS · Laporan Bendahari menerangkan kedudukan kewangan Kerajaan Negeri serta memberi ringkasan urus niaga kewangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2016. 1.4. Penyata Kedudukan

LKAN PENYATA KEWANGAN NEGERI PERLIS 2016 | 31

4.9. RUMUSAN DAN SYOR AUDIT

4.9.1. Secara keseluruhannya, analisis Audit mendapati kedudukan kewangan

Kerajaan Negeri Perlis pada tahun 2016 adalah kurang memuaskan di mana:

Baki Kumpulan Wang Disatukan pada 31 Disember 2016 telah meningkat

sejumlah RM2.92 juta menjadi RM19.59 juta;

Kutipan hasil pada tahun 2016 meningkat sejumlah RM22.25 juta menjadi

RM109.93 juta manakala perbelanjaan mengurus (termasuk pindahan ke

Kumpulan Wang Pembangunan) dan perbelanjaan pembangunan menurun

sejumlah RM48.39 juta menjadi RM169.96 juta. Bagaimanapun, jumlah

kutipan hasil tersebut masih tidak dapat menampung sepenuhnya

perbelanjaan mengurus dan pembangunan;

Akaun Hasil Disatukan mencatatkan defisit berjumlah RM22.42 juta

menyebabkan defisit Kumpulan Wang Terkumpul Akaun Hasil Disatukan

meningkat menjadi RM406.98 juta. Ini merupakan defisit yang tertinggi

dicatatkan oleh Kerajaan Negeri;

Hutang Awam Kerajaan Negeri telah meningkat sejumlah RM2.44 juta

menjadi RM394.34 juta; dan

Tunggakan bayaran balik hutang awam kepada Kerajaan Persekutuan

meningkat sejumlah RM14.43 juta menjadi RM219.59 juta. Tunggakan

bayaran balik pinjaman oleh PKENPs juga mencatatkan peningkatan

sejumlah RM3.74 juta menjadi RM79.09 juta.

4.9.2. Bagi memperkukuhkan lagi kedudukan kewangan, Kerajaan Negeri Perlis

hendaklah menuntut tunggakan bayaran balik pinjaman daripada PKENPs dan

berusaha meningkatkan kutipan hasil termasuk tunggakan hasil di samping mengawal

perbelanjaan.

Page 48: NEGERI PERLIS · Laporan Bendahari menerangkan kedudukan kewangan Kerajaan Negeri serta memberi ringkasan urus niaga kewangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2016. 1.4. Penyata Kedudukan
Page 49: NEGERI PERLIS · Laporan Bendahari menerangkan kedudukan kewangan Kerajaan Negeri serta memberi ringkasan urus niaga kewangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2016. 1.4. Penyata Kedudukan

BAHAGIAN III RANcANGAN PEmBANGUNAN

KERAjAAN NEGERI

Page 50: NEGERI PERLIS · Laporan Bendahari menerangkan kedudukan kewangan Kerajaan Negeri serta memberi ringkasan urus niaga kewangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2016. 1.4. Penyata Kedudukan
Page 51: NEGERI PERLIS · Laporan Bendahari menerangkan kedudukan kewangan Kerajaan Negeri serta memberi ringkasan urus niaga kewangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2016. 1.4. Penyata Kedudukan

LKAN PENYATA KEWANGAN NEGERI PERLIS 2016 | 35

RANCANGAN PEMBANGUNAN KERAJAAN NEGERI

5. PENCAPAIAN PELAKSANAAN PROJEK PEMBANGUNAN RMKe-11

5.1. Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11) Negeri Perlis meliputi tempoh lima (5) tahun (2016 - 2020). Melalui pelaksanaan projek baharu dan sambungan daripada Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10) Negeri Perlis, RMKe-11 Negeri Perlis adalah seiring sebagai penggerak pembangunan Negeri Perlis. Sistem pemantauan yang cekap dan berkesan terhadap projek pembangunan ini adalah penting untuk menjamin pelaksanaan yang lancar dan konsisten di semua peringkat.Penyelesaian yang cekap dan berkesan perlu ada bagi memastikan semua program dan projek pembangunan yang dilaksanakan mencapai objektif yang ditetapkan.

5.2. Bagi menjayakan RMKe-11 Negeri Perlis, sejumlah RM499.73 juta telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri bagi tempoh lima (5) tahun (2016 - 2020) untuk melaksanakan pelbagai projek pembangunan oleh enam (6) buah Agensi Negeri.Jabatan Kerja Raya telah diluluskan peruntukan pembangunan yang tertinggi berjumlah RM280.18 juta (56.1%), diikuti Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri berjumlah RM93.95 juta (18.8%) dan Jabatan Pengairan dan Saliran berjumlah RM46.0 juta (9.2%). Keseluruhan peruntukan yang telah dibelanjakan pada RMKe-11sehingga 31 Disember 2016 adalah berjumlah RM37.61 juta, iaitu 7.5% berbanding RM499.73 juta yang diluluskan. Peruntukan pembangunan yang telah diluluskan berbanding perbelanjaan sebenar sepanjang RMKe-11 yang berakhir pada 31 Disember 2016 adalah seperti di Jadual 5.1.

JADUAL 5.1 PERUNTUKAN PEMBANGUNAN YANG DILULUSKAN BERBANDING PERBELANJAAN

SEBENAR SEPANJANG RMKE-11 YANG BERAKHIR PADA 31 DISEMBER 2016

BIL. JABATAN/PEJABATPERUNTUKAN

YANGDILULUSKAN

(RM Juta)

PERBELANJAANSEBENAR(RM Juta)

PENCAPAIANPERBELANJAAN

(%)

1. Jabatan Kerja Raya 280.18 7.57 2.7

2. Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri 93.95 13.22 14.1

3. Jabatan Pengairan Dan Saliran 46.00 8.63 18.8

4. Jabatan Pertanian 43.72 4.79 10.9

5. Jabatan Perkhidmatan Veterinar 19.05 2.02 10.6

6. Jabatan Perhutanan 16.83 1.38 8.2

JUMLAH 499.73 37.61 7.5Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri bagi Tahun 2016

Page 52: NEGERI PERLIS · Laporan Bendahari menerangkan kedudukan kewangan Kerajaan Negeri serta memberi ringkasan urus niaga kewangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2016. 1.4. Penyata Kedudukan

LKAN PENYATA KEWANGAN NEGERI PERLIS 2016 | 36

5.3. Prestasi Perbelanjaan Pembangunan RMKe-11 Tahun 2016

Pada tahun 2016, peruntukan kewangan yang diluluskan oleh Kerajaan Negeri berjumlah RM41.55 juta dan sejumlah RM37.61 juta atau 90.5% daripadanya telah dibelanjakan oleh enam (6) Jabatan/Pejabat. Tiga (3) daripada enam (6) Jabatan/Pejabat telah mencapai prestasi perbelanjaan melebihi 90%. Prestasiperbelanjaan pembangunan di bawah RMKe-11 bagi tahun 2016 adalah seperti di Jadual 5.2.

JADUAL 5.2 PRESTASI PERBELANJAAN PEMBANGUNAN DI BAWAH RMKE-11 BAGI TAHUN 2016

BIL. JABATAN/PEJABATPERUNTUKAN

YANG DILULUSKAN

(RM Juta)

PERBELANJAAN

(RM Juta)

PENCAPAIAN PERBELANJAAN

(%)

1. Jabatan Pertanian 4.79 4.79 100.0

2. Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri 13.38 13.22 98.8

3. Jabatan Pengairan dan Saliran 8.90 8.63 97.0

4. Jabatan Perhutanan 1.78 1.38 77.5

5. Jabatan Kerja Raya 9.94 7.57 76.2

6. Jabatan Perkhidmatan Veterinar 2.76 2.02 73.2

Jumlah 41.55 37.61 90.5Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri bagi Tahun 2016

5.4. Prestasi Pelaksanaan Projek Pembangunan RMKe-11 Tahun 2016

5.4.1. Pada tahun 2016, sebanyak 841 projek pembangunan RMKe-11 telah dirancang untuk dilaksanakan oleh enam (6) Jabatan/Pejabat. Sejumlah 836 projek telah siap dilaksanakan dan mengikut jadual, empat (4) projek dalam pelaksanaan manakala satu (1) projek telah ditangguhkan. Status pencapaian pelaksanaan projek pembangunan RMKe-11 bagi tahun 2016 adalah seperti di Jadual 5.3 dan Carta 5.1.

JADUAL 5.3 STATUS PELAKSANAAN PROJEK PEMBANGUNAN RMKE-11 BAGI TAHUN 2016

BIL. JABATAN/PEJABATBIL.

PROJEK TAHUN 2016

PROJEK SIAP DILAKSANAKAN

PROJEKDALAM

PELAKSANAANPROJEK

DITANGGUHKAN

1. Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri 445 444 1 -

2. Jabatan Kerja Raya 16 13 2 1

3. Jabatan Pengairan dan Saliran 73 73 - -

4. Jabatan Pertanian 224 224 - -

5. Jabatan Perhutanan 73 73 - -

6. Jabatan Perkhidmatan Veterinar 10 9 1 -

JUMLAH 841 836 4 1 Sumber: Unit Perancang Ekonomi Negeri dan Penyata Kewangan Kerajaan Negeri bagi Tahun 2016

Page 53: NEGERI PERLIS · Laporan Bendahari menerangkan kedudukan kewangan Kerajaan Negeri serta memberi ringkasan urus niaga kewangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2016. 1.4. Penyata Kedudukan

LKAN PENYATA KEWANGAN NEGERI PERLIS 2016 | 37

CARTA 5.1 STATUS PELAKSANAAN PROJEK PEMBANGUNAN RMKE-11 BAGI TAHUN 2016

Sumber: Unit Perancang Ekonomi Negeri dan Penyata Kewangan Kerajaan Negeri bagi Tahun 2016

5.4.2. Projek Pembinaan Istana Raja Muda telah ditangguhkan pelaksanaannya pada tahun 2016 kerana dalam proses penyediaan pelan reka bentuk untuk kelulusan.

5.5. RUMUSAN

Pada keseluruhannya, prestasi perbelanjaan dan pelaksanaan projek pembangunan di bawah RMKe-11 yang berakhir pada 31 Disember 2016 adalah baik kerana sejumlah RM37.61 juta atau 90.5% daripada keseluruhan peruntukan pembangunan yang diluluskan berjumlah RM41.55 juta telah dibelanjakan. Sejumlah 836 atau 99.4% daripada keseluruhan 841 projek yang dirancang telah siap dilaksanakan pada tahun 2016. Sejumlah empat (4) projek atau 0.5% sedang dalam pelaksanaan dan satu (1) projek atau 0.1% telah ditangguhkan.

Projek Siap Dilaksanakan

836 Projek(99.4%)

Projek Dalam Pelaksanaan

Empat (4) Projek(0.5%)

Projek DitangguhkanSatu (1) Projek

(0.1%)

Page 54: NEGERI PERLIS · Laporan Bendahari menerangkan kedudukan kewangan Kerajaan Negeri serta memberi ringkasan urus niaga kewangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2016. 1.4. Penyata Kedudukan
Page 55: NEGERI PERLIS · Laporan Bendahari menerangkan kedudukan kewangan Kerajaan Negeri serta memberi ringkasan urus niaga kewangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2016. 1.4. Penyata Kedudukan

BAHAGIAN IV PENyERAHAN, PENGESAHAN,

PEmBENTANGAN PENyATA KEwANGAN DAN PRESTASI KEwANGAN

AGENSI NEGERI

Page 56: NEGERI PERLIS · Laporan Bendahari menerangkan kedudukan kewangan Kerajaan Negeri serta memberi ringkasan urus niaga kewangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2016. 1.4. Penyata Kedudukan
Page 57: NEGERI PERLIS · Laporan Bendahari menerangkan kedudukan kewangan Kerajaan Negeri serta memberi ringkasan urus niaga kewangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2016. 1.4. Penyata Kedudukan

LKAN PENYATA KEWANGAN NEGERI PERLIS 2016 | 41

BAHAGIAN IV PENYERAHAN, PENGESAHAN, PEMBENTANGAN PENYATA KEWANGAN DAN PRESTASI KEWANGAN AGENSI NEGERI

6. PENDAHULUAN

Mengikut Akta Audit 1957, Ketua Audit Negara dikehendaki menjalankan pengauditan Penyata Kewangan Agensi Negeri seperti Badan Berkanun Negeri, Majlis Agama Islam dan Pihak Berkuasa Tempatan. Pengauditan dilaksanakan bagi mengesah dan memastikan penyata kewangan adalah bebas daripada kesalahan dan ketinggalan yang ketara serta memberi pendapat sama ada penyata itu menggambarkan kedudukan yang benar dan saksama berpandukan Akta dan piawaian yang diluluskan.

6.1. PENGAUDITAN PENYATA KEWANGAN

6.1.1. Pada tahun 2015, Penyata Kewangan bagi satu (1) Badan Berkanun Negeri, dua (2) Kumpulan Wang dan satu (1) Majlis Agama Islam telah diaudit sendiri oleh Ketua Audit Negara manakala tiga (3) Penyata Kewangan bagi Badan Berkanun Negeri dan satu (1) Pihak Berkuasa Tempatan diaudit oleh Firma Audit Swasta (FAS). Pelantikan FAS berasaskan kepada peruntukan Seksyen 7(3), Akta Audit 1957 yang memberi kuasa kepada Ketua Audit Negara untuk melantik pihak yang berkebolehan menjalankan pengauditan bagi pihak beliau.

6.1.2. Bagi memastikan FAS menjalankan pengauditan selaras dengan arahan yang ditetapkan, Jabatan Audit Negara memantau sebelum, semasa dan selepas pengauditan dilaksanakan. Sebelum pengauditan dijalankan, FAS dikehendaki menyediakan Memorandum Perancangan Audit. Melalui memorandum ini, Jabatan Audit Negara dapat memastikan FAS mempunyai pendekatan dan skop Audit yang menyeluruh dan mencukupi untuk menjalankan pengauditan. Di akhir pengauditan, FAS dikehendaki mengemukakan penemuan Audit berserta fail kertas kerja, senarai terperinci dan laporan juruaudit mengenai penyata kewangan yang diaudit. Fail kertas kerja akan disemak bagi memastikan perkara yang dibangkitkan mempunyai bukti audit yang mencukupi dan memuaskan. Prestasi FAS akan dinilai dan diambil kira semasa membuat keputusan untuk ditawarkan bagi kerja pengauditan penyata kewangan seterusnya.

6.2. KEDUDUKAN PENYERAHAN PENYATA KEWANGAN

6.2.1. Semua Penyata Kewangan Badan Berkanun Negeri, Majlis Agama Islam dan Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah diserahkan kepada Jabatan Audit Negara untuk diaudit mengikut tempoh seperti yang telah ditetapkan oleh undang-undang. Pada bulan Januari 2009, Surat Pekeliling Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis telah

Page 58: NEGERI PERLIS · Laporan Bendahari menerangkan kedudukan kewangan Kerajaan Negeri serta memberi ringkasan urus niaga kewangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2016. 1.4. Penyata Kedudukan

LKAN PENYATA KEWANGAN NEGERI PERLIS 2016 | 42

dikeluarkan, meminta semua Agensi Negeri membentangkan Penyata Kewangan yang telah diaudit dalam Dewan Undangan Negeri pada tahun berikutnya. Bagi memastikan ia dilaksanakan, Penyata Kewangan hendaklah disediakan dan diserahkan kepada Ketua Audit Negara sebelum 30 April tahun berikutnya.

6.2.2. Setakat 30 Jun 2017, kesemua lapan (8) Penyata Kewangan Tahun 2016 Agensi Negeri dan Kumpulan Wang telah diterima oleh Jabatan Audit Negara untuk tujuan pengauditan.

6.3. PENGESAHAN PENYATA KEWANGAN

6.3.1. Setakat 30 Jun 2017, kesemua lapan (8) Penyata Kewangan Agensi Negeri bagi tahun 2015 telah dikeluarkan Laporan Ketua Audit Negara melibatkan empat (4) Penyata Kewangan Badan Berkanun Negeri, dua (2) Penyata Kewangan Kumpulan Wang, satu (1) Penyata Kewangan Majlis Agama Islam dan satu (1) Penyata Kewangan Pihak Berkuasa Tempatan. Sebanyak enam (6) penyata kewangan telah diberi Laporan Ketua Audit Negara Tanpa Teguran dan dua (2) lagi telah diberi Laporan Ketua Audit Negara Berteguran, iaitu Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis dan Yayasan Islam Perlis.

6.3.2. Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis (PKENPs) diberikan Laporan Ketua Audit Negara Berteguran disebabkan penyata kewangan syarikat subsidiari tidak disedia dan disatukan dengan penyata kewangan PKENPs. Penghutang berjumlah RM3.80 juta tidak dapat disahkan oleh Juruaudit syarikat subsidiari, defisit Dana Pemegang Saham berjumlah RM3.92 juta di tiga (3) buah syarikat subsidiari dan penilaian semula aset terhadap sebuah syarikat subsidiari bercanggah dengan Piawaian Perakaunan Private Entity Reporting Standards 15 (PERS 15). Yayasan Islam Perlis turut diberikan Laporan Ketua Audit Negara Berteguran kerana wujud keraguan untuk agensi meneruskan operasi disebabkan ketiadaan sumber pendapatan tetap serta Pendahuluan kepada Anak Syarikat dan Pelbagai Penghutang yang terus meningkat berjumlah RM24.38 juta.

6.4. PEMBENTANGAN PENYATA KEWANGAN

Perkara 107(2), Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan supaya Laporan Ketua Audit Negara mengenai penyata kewangan yang telah disahkan hendaklah dibentangkan di Dewan Undangan Negeri Perlis. Setakat 30 Jun 2017, lima (5) Agensi Negeri dan dua (2) Kumpulan Wang telah membentangkan Penyata Kewangan Tahun 2015 yang telah disahkan di Dewan Undangan Negeri Perlis.

6.5. PRESTASI KEWANGAN

Analisis prestasi kewangan Agensi Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan yang merangkumi penggunaan geran pembangunan dan operasi dilaporkan seperti berikut:

Page 59: NEGERI PERLIS · Laporan Bendahari menerangkan kedudukan kewangan Kerajaan Negeri serta memberi ringkasan urus niaga kewangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2016. 1.4. Penyata Kedudukan

LKAN PENYATA KEWANGAN NEGERI PERLIS 2016 | 43

6.5.1. Analisis Kedudukan Kewangan Agensi Negeri

6.5.1.1. Pada tahun 2016, Agensi Negeri mencatatkan surplus pendapatan berjumlah RM5.07 juta setelah mengambil kira pendapatan berjumlah RM36.12 juta dan perbelanjaan berjumlah RM31.05 juta. Agensi Negeri mencatatkan Aset Semasa Bersih berjumlah RM0.75 juta setelah mengambil kira Aset Semasa berjumlah RM127.13 juta dan Liabiliti Semasa berjumlah RM126.38 juta. Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis (PKENPs) mencatatkan surplus pendapatan semasa tertinggi berjumlah RM6.25 juta dan diikuti Majlis Sukan Negeri Perlis (MSN) berjumlah RM0.77 juta. Yayasan Islam Perlis (YIPs) mencatatkan defisit pendapatan semasa tertinggi berjumlah RM2.13 juta dan diikuti Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis (PPANPs) berjumlah RM0.04 juta. PKENPs mencatatkan Liabiliti Semasa Bersih tertinggi berjumlah RM20.74 juta. Aset Semasa Bersih tertinggi dicatatkan oleh YIPs berjumlah RM7.06 juta, diikuti oleh Lembaga Pemegang Amanah Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Perlis berjumlah RM6.76 juta dan PPANPs berjumlah RM5.94 juta. Prestasi kewangan Agensi Negeri bagi tahun berakhir 31 Disember 2016 adalah seperti di Jadual 6.1.

JADUAL 6.1PRESTASI KEWANGAN AGENSI NEGERI BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2016

BIL. AGENSI NEGERI

PENYATA PENDAPATAN BAGI TAHUNBERAKHIR 31 DISEMBER 2016

LEMBARAN IMBANGAN PADA31 DISEMBER 2016

PENDAPATAN(RM Juta)

PERBELANJAAN(RM Juta)

SURPLUS/ (DEFISIT)(RM Juta)

ASETSEMASA(RM Juta)

LIABILITISEMASA(RM Juta)

ASET/(LIABILITI) SEMASABERSIH

(RM Juta)

1. Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis 26.14 19.89 6.25 97.15 117.89 -20.74

2. Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis 3.19 3.23 -0.04 6.60 0.66 5.94

3. Yayasan Islam Perlis 1.95 4.08 -2.13 14.87 7.81 7.06

4. Majlis Sukan Negeri Perlis 4.60 3.83 0.77 1.09 0.00 1.09

5.Lembaga Pemegang Amanah Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Perlis

0.23 0.02 0.21 6.78 0.02 6.76

6.Kumpulan Wang Hadiah Pelajaran Rakyat (Bukan Melayu) Negeri Perlis

0.01 0.00 0.01 0.64 0.00 0.64

JUMLAH 36.12 31.05 5.07 127.13 126.38 0.75 Sumber: Penyata Kewangan Agensi Negeri bagi Tahun 2016

6.5.1.2. Analisis Aset

Pada tahun 2016, Agensi Negeri merekodkan aset berjumlah RM324.17 juta, iaitu penurunan sejumlah RM9.45 juta atau 2.8% berbanding RM333.62 juta pada tahun 2015. Aset Bukan Semasa berjumlah RM197.04 juta manakala Aset Semasa berjumlah RM127.13 juta. YIPs mencatatkan penurunan dalam asetnya berjumlah RM14.05 juta atau 23.3% menjadi RM46.22 juta berbanding

Page 60: NEGERI PERLIS · Laporan Bendahari menerangkan kedudukan kewangan Kerajaan Negeri serta memberi ringkasan urus niaga kewangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2016. 1.4. Penyata Kedudukan

LKAN PENYATA KEWANGAN NEGERI PERLIS 2016 | 44

RM60.27 juta pada tahun 2015. Penurunan ini antaranya disebabkan hapus kira terhadap pendahuluan kepada syarikat subsidiari berjumlah RM12.30 juta dan pengurangan dalam saham siar harga berjumlah RM1.54 juta. PKENPs mencatatkan peningkatan dalam asetnya berjumlah RM4.27 juta atau 1.7% menjadi RM257.74 juta berbanding RM253.47 juta pada tahun 2015. Peningkatan ini antaranya disebabkan pertambahan dalam pelaburan hartanah yang berjumlah RM14.81 juta. Jumlah aset Agensi Negeri yang utama pada tahun 2015 dan 2016 adalah seperti di Carta 6.1.

CARTA 6.1 JUMLAH ASET AGENSI NEGERI PADA TAHUN 2015 DAN 2016

Sumber: Penyata Kewangan Agensi Negeri bagi Tahun 2015 dan 2016

6.5.1.3. Analisis Pelaburan

Pada tahun 2016, pelaburan Agensi Negeri berjumlah RM110.60 juta, iaitu meningkat sejumlah RM5.0 juta atau 4.7% berbanding RM105.60 juta pada tahun 2015. Peningkatan ini antaranya disebabkan PKENPs membuat tambahan dalam pelaburan hartanah berjumlah RM14.81 juta. Pelaburan yang dibuat oleh Agensi Negeri ini terdiri daripada pelaburan dalam syarikat subsidiari, syarikat bersekutu, syarikat usaha sama, hartanah, saham siar harga dan saham amanah adalah seperti di Carta 6.2.

253.

47

60.2

7

11.3

0

257.

74

46.2

2

11.2

0

2.00

100.00

PKENPs YIPs PPANPs

RM Juta

Agensi

2015 2016

Page 61: NEGERI PERLIS · Laporan Bendahari menerangkan kedudukan kewangan Kerajaan Negeri serta memberi ringkasan urus niaga kewangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2016. 1.4. Penyata Kedudukan

LKAN PENYATA KEWANGAN NEGERI PERLIS 2016 | 45

CARTA 6.2 JENIS PELABURAN AGENSI NEGERI PADA TAHUN 2016

Sumber: Penyata Kewangan PKENPs dan YIPs bagi Tahun 2016

6.5.1.4. Analisis Liabiliti

Pada tahun 2016, liabiliti Agensi Negeri meningkat sejumlah RM0.16 juta atau

0.1% menjadi RM156.07 juta berbanding RM155.91 juta pada tahun 2015.

PPANPs mencatatkan peningkatan liabiliti tertinggi iaitu RM0.35 juta atau

112.9% menjadi RM0.66 juta, diikuti YIPs berjumlah RM0.28 juta atau 3.7%

menjadi RM7.81 juta. Peningkatan tersebut antaranya disebabkan

pertambahan dalam Pelbagai Pemiutang PPANPs berjumlah RM0.37 juta

menjadi RM0.64 juta. Peningkatan dalam liabiliti YIPs pula disebabkan

tambahan overdraf bank berjumlah RM0.20 juta menjadi RM2.06 juta.

Pengurangan dalam jumlah liabiliti PKENPs pula antaranya disebabkan

penyusutan pinjaman kerajaan bukan semasa berjumlah RM3.41 juta menjadi

RM21.88 juta. Jumlah liabiliti Agensi Negeri pada tahun 2015 dan 2016 seperti

di Jadual 6.2.

JADUAL 6.2 JUMLAH LIABILITI AGENSI NEGERI PADA TAHUN 2015 DAN 2016

BIL.

AGENSI NEGERI

TAHUN PERUBAHAN

2015

(RM Juta)

2016

(RM Juta) (RM Juta) (%)

1. Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis 148.05 147.58 -0.47 -0.3

2. Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis 0.31 0.66 0.35 112.9

3. Yayasan Islam Perlis 7.53 7.81 0.28 3.7

4. Majlis Sukan Negeri Perlis 0.00 0.00 0.00 0.0

5. Lembaga Pemegang Amanah Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Perlis

0.02 0.02 0.00 0.0

6. Kumpulan Wang Hadiah Pelajaran Rakyat (Bukan Melayu) Negeri Perlis

0.00 0.00 0.00 0.0

JUMLAH 155.91 156.07 0.16 0.1

Sumber: Penyata Kewangan Agensi Negeri bagi Tahun 2015 dan 2016

Pelaburan Saham Siar Harga & Amanah - RM5.46

Juta (4.9%)

Pelaburan Syarikat Usahasama - RM0.40 Juta

(0.4%)

Pelaburan Syarikat Subsidiari -

RM7.15 Juta (6.5%)

Pelaburan Syarikat Bersekutu -

RM8.61 Juta (7.8%)

Pelaburan Hartanah - RM88.98 Juta

(80.5%)

Page 62: NEGERI PERLIS · Laporan Bendahari menerangkan kedudukan kewangan Kerajaan Negeri serta memberi ringkasan urus niaga kewangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2016. 1.4. Penyata Kedudukan

LKAN PENYATA KEWANGAN NEGERI PERLIS 2016 | 46

6.5.1.5. Analisis Nisbah

Nisbah Hutang mengukur peratus dana Liabiliti Semasa dari sumber pinjaman, overdraf bank, pendahuluan dan pemiutang yang digunakan untuk membiayai/memperoleh aset. Analisis Audit mendapati Nisbah Hutang PKENPs pada kadar 45.7% manakala YIPs pada kadar 16.9%. Ini menunjukkan bahawa sebahagian besar aset PKENPs dan YIPs diperoleh daripada punca hutang/pinjaman. PPANPs mencatatkan Aliran Tunai Bersih berjumlah RM6.54 juta manakala Lembaga Pemegang Amanah Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Perlis (Biasiswa) berjumlah RM5.64 juta. Ia menunjukkan bahawa PPANPs dan Biasiswa mempunyai pegangan wang tunai yang tinggi pada akhir tahun 2016. PKENPs mencatatkan Nisbah Cepat pada kadar 0.6 yang memberi gambaran tidak mampu melunaskan kesemua tanggungan semasanya dalam tempoh masa singkat. Penilaian terhadap analisis kecairan dan kestabilan mendapati PKENPs menunjukkan prestasi kewangan yang berisiko kerana mencatatkan Modal Kerja berbaki negatif serta mencatatkan Nisbah Semasa dan Nisbah Cepat kurang daripada satu (1) seperti di Jadual 6.3.

JADUAL 6.3ANALISIS KECAIRAN DAN KESTABILAN AGENSI NEGERI PADA TAHUN 2016

BIL. AGENSI NEGERINISBAH SEMASA

NISBAH CEPAT

MODAL KERJA

(RM Juta)

ALIRAN TUNAI

BERSIH(RM Juta)

NISBAH HUTANG

(%)

1.Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis

0.8 0.6 -20.74 3.14 45.7

2.Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis

10.0 9.9 5.94 6.54 5.9

3. Yayasan Islam Perlis 1.9 1.9 7.06 0.64 16.9

4. Majlis Sukan Negeri Perlis 1.1 1.1 1.09 1.09 0.0

5.Lembaga Pemegang Amanah Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Perlis

339.0 339.0 6.76 5.64 0.3

6.Kumpulan Wang Hadiah Pelajaran Rakyat (Bukan Melayu) Negeri Perlis

640.0 640.0 0.64 0.52 0.0

Sumber: Penyata Kewangan Agensi Negeri bagi Tahun 2016

6.5.2. Prestasi Anak Syarikat Agensi Negeri

6.5.2.1. Analisis Pelaburan Dalam Syarikat

Pada tahun 2016, pelaburan PKENPs dalam syarikat berjumlah RM8.98 juta manakala YIPs berjumlah RM7.18 juta. PKENPs telah membuat peruntukan rosot nilai dalam pelaburan anak syarikat berjumlah RM5.30 juta pada tahun semasa. Analisis pelaburan pada kos dalam anak syarikat, syarikat bersekutu dan syarikat usaha sama adalah seperti di Jadual 6.4.

Page 63: NEGERI PERLIS · Laporan Bendahari menerangkan kedudukan kewangan Kerajaan Negeri serta memberi ringkasan urus niaga kewangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2016. 1.4. Penyata Kedudukan

LKAN PENYATA KEWANGAN NEGERI PERLIS 2016 | 47

JADUAL 6.4ANALISIS PELABURAN PADA KOS DALAM ANAK SYARIKAT, SYARIKAT BERSEKUTU

DAN SYARIKAT USAHA SAMA OLEH AGENSI NEGERI PADA TAHUN 2016 PERKARA BILANGAN

Anak Syarikat (Pelaburan > 50%) 18

Syarikat Bersekutu (Pelaburan < 50%) 7

Syarikat Usahasama (Pelaburan = 50%) 1

JUMLAH SYARIKAT 26

TAMBAHAN PELABURAN PADA TAHUN 2016 (RM Juta) -

PERUNTUKAN ROSOT NILAI PADA TAHUN 2016 (RM Juta) 5.30

JUMLAH PELABURAN KESELURUHAN (RM Juta) 16.16Sumber: Penyata Kewangan PKENPs dan YIPs Tahun 2016

6.5.2.2. Status Anak Syarikat

Analisis Audit mendapati PKENPs dan YIPs telah melabur dalam 18 anak syarikat di mana 13 anak syarikat berstatus aktif manakala lima (5) berstatus dorman/dalam proses penggulungan seperti di Jadual 6.5.

JADUAL 6.5 BILANGAN ANAK SYARIKAT PKENPs DAN

YIPs YANG AKTIF DAN DORMAN PADA TAHUN 2016

BIL. AGENSI NEGERI

BILANGAN ANAK SYARIKAT(EKUITI LEBIH DARIPADA 50%)

STATUS AKTIF

STATUS DORMAN / PENGGULUNGAN

JUMLAH ANAK

SYARIKAT1. Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis 10 4 14

2. Yayasan Islam Perlis 3 1 4

JUMLAH 13 5 18Sumber: Penyata Kewangan PKENPs dan YIPs bagi Tahun 2016

6.5.2.3. Analisis Surplus/Defisit Terkumpul Syarikat

a. Pada tahun 2016, sebanyak lima (5) anak syarikat yang aktif di bawah PKENPs telah mencatatkan surplus terkumpul berjumlah RM29.07 juta manakala lima (5) anak syarikat mencatatkan defisit terkumpul berjumlah RM29.93 juta. Anak syarikat yang mencatatkan surplus terkumpul tertinggi ialah Pens Industries Sdn. Bhd. berjumlah RM24.21 juta dan Perlis Comm. Sdn. Bhd. berjumlah RM4.20 juta. Anak syarikat yang mencatatkan defisit terkumpul tertinggi pula adalah Pens Holdings Sdn. Bhd. berjumlah RM15.55 juta, Putra Palace Sdn. Bhd. berjumlah RM6.58 juta dan Perlis Marine Engineering Sdn. Bhd. berjumlah RM6.23 juta. Lima (5) anak syarikat mencatatkan surplus pada tahun semasa berjumlah RM4.53 juta manakala lima (5) anak syarikat mencatatkan defisit berjumlah RM4.41 juta. Analisis surplus dan defisit terkumpul anak syarikat PKENPs bagi tahun kewangan 2016 adalah seperti di Jadual 6.6.

Page 64: NEGERI PERLIS · Laporan Bendahari menerangkan kedudukan kewangan Kerajaan Negeri serta memberi ringkasan urus niaga kewangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2016. 1.4. Penyata Kedudukan

LKAN PENYATA KEWANGAN NEGERI PERLIS 2016 | 48

JADUAL 6.6 ANALISIS SURPLUS/DEFISIT TERKUMPUL

ANAK SYARIKAT PKENPs BAGI TAHUN KEWANGAN 2016

ANAK SYARIKAT PKENPs SURPLUS/(DEFISIT)

TERKUMPUL (RM)

Pens Industries Sdn. Bhd. 24,208,384

Perlis Comm Sdn. Bhd. 4,195,018

Rumpun Teras Sdn. Bhd. 528,520

Modern Spectrum Sdn. Bhd. 77,279

Perlis Property Sdn. Bhd. 56,458

Pens Holdings Sdn. Bhd. -15,551,029

Putra Palace Sdn. Bhd. -6,577,285

Perlis Marine Engineering Sdn. Bhd. -6,233,116

Hotel Brasmana Sdn. Bhd. -1,249,899

Perlis NCER Trading Sdn. Bhd. -318,100

Jumlah -863,770

Sumber: Penyata Kewangan Anak Syarikat PKENPs bagi Tahun 2016

b. Bagi YIPs, hanya dua (2) daripada tiga (3) anak syarikat yang aktif

menyediakan Penyata Kewangan tahun 2016, manakala sebuah lagi dalam

proses penyediaan. Sebuah anak syarikat mencatatkan keuntungan pada

tahun semasa berjumlah RM49,368 manakala sebuah lagi mencatatkan

kerugian berjumlah RM23,955. Keuntungan terkumpul kedua-dua anak

syarikat ini bagi tahun kewangan 2016 berjumlah RM271,751 adalah seperti

di Jadual 6.7.

JADUAL 6.7 ANALISIS SURPLUS/DEFISIT TERKUMPUL

ANAK SYARIKAT YIPs BAGI TAHUN KEWANGAN 2016

ANAK SYARIKAT YIPs SURPLUS/(DEFISIT)

TERKUMPUL (RM)

Infostas Engineering Sdn. Bhd. 271,125

Karun Mestika Sdn. Bhd. 626

Jumlah 271,751

Sumber: Penyata Kewangan Anak Syarikat YIPs bagi Tahun 2016

c. Pada pendapat Audit, Lembaga Pengarah PKENPs hendaklah sentiasa

memantau prestasi kewangan anak syarikat dan mengkaji semula pelaburan

dalam syarikat yang berstatus dorman dan menghadapi kerugian terkumpul.

Ini adalah untuk memastikan anak syarikat sentiasa berdaya maju dan

pelaburan dalam syarikat tersebut dapat memberi pulangan kepada

PKENPs. Terma rujukan pinjaman anak syarikat hendaklah disediakan

dengan jelas termasuk bayaran balik kepada PKENPs dalam tempoh masa

yang dipersetujui bersama. Lembaga Pengarah YIPs pula hendaklah

Page 65: NEGERI PERLIS · Laporan Bendahari menerangkan kedudukan kewangan Kerajaan Negeri serta memberi ringkasan urus niaga kewangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2016. 1.4. Penyata Kedudukan

LKAN PENYATA KEWANGAN NEGERI PERLIS 2016 | 49

memastikan kesemua penyata kewangan anak syarikat dikemukakan untuk disatukan dengan penyata kewangan YIPs pada setiap tahun.

6.5.3. Prestasi Kewangan Pihak Berkuasa Tempatan

6.5.3.1. Pada tahun 2016, Majlis Perbandaran Kangar (MPK) mencatat defisit bagi Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan berjumlah RM13.90 juta berbanding defisit RM1.21 juta pada tahun 2015. MPK merekodkan pendapatan berjumlah RM26.93 juta dengan perbelanjaan berjumlah RM40.83 juta. Pendapatan utama MPK diperoleh daripada kutipan Cukai Taksiran berjumlah RM14.43 juta dan terimaan bantuan tahunan daripada Kerajaan Persekutuan berjumlah RM3.32 juta. Perbelanjaan utama pula terdiri daripada pembayaran bil perkhidmatan kepada Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) berjumlah RM17.50 juta, bayaran emolumen berjumlah RM11.03 juta serta bayaran perkhidmatan dan bekalan berjumlah RM9.62 juta. Aset Semasa Bersih MPK telah menyusut sejumlah RM15.10 juta atau 54.6% menjadi RM12.55 juta berbanding RM27.65 juta pada tahun 2015. Penyusutan ini disebabkan perbelanjaan terakru yang direkodkan kepada SWCorp berjumlah RM17.50 juta. Prestasi kewangan MPK pada tahun 2016 adalah seperti di Jadual 6.8.

JADUAL 6.8 PRESTASI KEWANGAN MPK BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2016

PIHAKBERKUASA TEMPATAN

PENYATA PENDAPATANDAN PERBELANJAANSEHINGGA 31.12.2016

LEMBARAN IMBANGANPADA 31.12.2016

PENDAPATAN PERBELANJAAN DEFISIT ASETSEMASA

LIABILITISEMASA

ASETBERSIHSEMASA

(RM Juta) (RM Juta) (RM Juta) (RM Juta) (RM Juta) (RM Juta)

Majlis Perbandaran Kangar 26.93 40.83 -13.90 42.17 29.62 12.55

Sumber: Penyata Kewangan MPK bagi Tahun 2016

6.5.3.2. Analisis Tunggakan Cukai Taksiran

a. Tunggakan Cukai Taksiran dan Cukai Perkhidmatan MPK telah meningkat sejumlah RM2.96 juta atau 25.8% menjadi RM14.43 juta pada tahun 2016 berbanding RM11.47 juta pada tahun 2015. Tunggakan Cukai Taksiran pada tahun 2012 hingga 2016 adalah seperti di Jadual 6.9.

Page 66: NEGERI PERLIS · Laporan Bendahari menerangkan kedudukan kewangan Kerajaan Negeri serta memberi ringkasan urus niaga kewangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2016. 1.4. Penyata Kedudukan

LKAN PENYATA KEWANGAN NEGERI PERLIS 2016 | 50

JADUAL 6.9 TUNGGAKAN CUKAI TAKSIRAN DAN CUKAI PERKHIDMATAN

MAJLIS PERBANDARAN KANGAR PADA TAHUN 2012 HINGGA 2016

BUTIRAN

TAHUN

2012

(RM Juta)

2013

(RM Juta)

2014

(RM Juta)

2015

(RM Juta)

2016

(RM Juta)

Tunggakan Cukai 9.60 9.90 10.58 11.47 14.43

Sumber: Penyata Kewangan MPK bagi Tahun 2012 hingga 2016

b. Peningkatan ini disebabkan pertambahan bilangan pemilik premis yang tidak

membayar Cukai Taksiran mengikut jumlah dan tempoh masa ditetapkan.

MPK tidak mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap pemilik premis

yang mempunyai tunggakan Cukai Taksiran menyebabkan jumlahnya

semakin meningkat pada setiap tahun.

6.6. RUMUSAN DAN SYOR AUDIT

6.6.1. Pada keseluruhannya, prestasi penyerahan Penyata Kewangan Tahun 2016

oleh Agensi Negeri kepada Jabatan Audit Negara untuk diaudit adalah baik.

Semua Agensi Negeri telah menyerahkan Penyata Kewangan Tahun 2016 untuk

diaudit sebelum 30 April 2017;

Semua Penyata Kewangan Tahun 2015 yang disahkan telah dibentangkan

di Dewan Undangan Negeri Perlis;

6.6.2. Prestasi kewangan Agensi Negeri pada tahun 2016 adalah baik manakala

prestasi kewangan MPK adalah tidak memuaskan;

Agensi Negeri mencatatkan surplus dalam Penyata Pendapatan dan

Perbelanjaan Tahun 2016 keseluruhannya berjumlah RM5.07 juta;

PKENPs mencatatkan surplus tertinggi berjumlah RM6.25 juta manakala YIPs

mencatatkan defisit tertinggi berjumlah RM2.13 juta;

Dalam tempoh singkat, PKENPs tidak mampu menjelaskan kesemua

Tanggungan Semasanya kerana merekodkan Liabiliti Semasa Bersih berjumlah

RM20.74 juta;

YIPs mencatatkan Aset Semasa Bersih yang tertinggi iaitu berjumlah

RM7.06, diikuti dengan Biasiswa berjumlah RM6.76 juta dan PPANPs berjumlah

RM5.94 juta; dan

Page 67: NEGERI PERLIS · Laporan Bendahari menerangkan kedudukan kewangan Kerajaan Negeri serta memberi ringkasan urus niaga kewangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2016. 1.4. Penyata Kedudukan

LKAN PENYATA KEWANGAN NEGERI PERLIS 2016 | 51

MPK mencatatkan defisit berjumlah RM13.90 juta manakala Aset Bersih Semasa berjumlah RM12.55 juta. Tunggakan Cukai Taksiran dan Cukai Perkhidmatan berjumlah RM14.43 juta;

6.6.3. Bagi meningkatkan pengurusan dan prestasi kewangan Agensi Negeri danMPK, berikut adalah syor Audit:

Agensi Negeri yang menerima Laporan Ketua Audit Negara Berteguran perlu mengambil tindakan untuk memperbetulkan kelemahan yang dibangkitkan bagi memastikan perkara yang sama tidak berulang;

PKENPs dan YIPs hendaklah memastikan semua anak syarikatnya menyediakan Penyata Kewangan mengikut peraturan perakaunan yang berkuatkuasa serta disatukan dengan Penyata Kewangannya bagi mengelakkan memperoleh Laporan Ketua Audit Negara Berteguran setiap tahun atas sebab yang sama;

PKENPs hendaklah berusaha meningkatkan prestasi kewangannya dengan mempelbagaikan aktiviti ekonominya bagi membolehkan ia meningkatkan pendapatan dan melunaskan tunggakan bayaran balik pinjaman; dan

MPK hendaklah mengambil tindakan proaktif untuk memungut tunggakan cukai taksiran dengan menggunakan peruntukan yang disediakan melalui Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171).

Page 68: NEGERI PERLIS · Laporan Bendahari menerangkan kedudukan kewangan Kerajaan Negeri serta memberi ringkasan urus niaga kewangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2016. 1.4. Penyata Kedudukan
Page 69: NEGERI PERLIS · Laporan Bendahari menerangkan kedudukan kewangan Kerajaan Negeri serta memberi ringkasan urus niaga kewangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2016. 1.4. Penyata Kedudukan

BAHAGIAN V PEmBENTANGAN

LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA DAN mESyUARAT jAwATANKUASA

KIRA-KIRA wANG AwAm NEGERI

Page 70: NEGERI PERLIS · Laporan Bendahari menerangkan kedudukan kewangan Kerajaan Negeri serta memberi ringkasan urus niaga kewangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2016. 1.4. Penyata Kedudukan
Page 71: NEGERI PERLIS · Laporan Bendahari menerangkan kedudukan kewangan Kerajaan Negeri serta memberi ringkasan urus niaga kewangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2016. 1.4. Penyata Kedudukan

LKAN PENYATA KEWANGAN NEGERI PERLIS 2016 | 55

BAHAGIAN V

PEMBENTANGAN LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA DAN MESYUARAT JAWATANKUASA KIRA-KIRA WANG AWAM NEGERI

7. PEMBENTANGAN LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA MENGENAI

PENYATA KEWANGAN KERAJAAN NEGERI DAN AKTIVITI

JABATAN/AGENSI SERTA PENGURUSAN SYARIKAT KERAJAAN NEGERI

Mengikut Perkara 107(2), Perlembagaan Persekutuan, Laporan Ketua Audit Negara

mengenai Akaun Kerajaan Negeri yang telah diaudit hendaklah dibentangkan seberapa

segera di Dewan Undangan Negeri. Laporan Ketua Audit Negara mengenai Penyata

Kewangan Kerajaan Negeri dan Pengurusan Kewangan Jabatan/Agensi Negeri Perlis

Tahun 2014 berserta Laporan Ketua Audit Negara mengenai Aktiviti Jabatan/Agensi

dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Perlis Tahun 2014 Siri 3 dan Tahun 2015

Siri 1 telah dibentangkan di Dewan Undangan Negeri Perlis pada 3 Ogos 2016.

8. MESYUARAT JAWATANKUASA KIRA-KIRA WANG AWAM NEGERI

Bagi tempoh bulan Januari 2016 hingga 30 April 2017, Jawatankuasa Kira-kira Wang

Awam Negeri (Jawatankuasa) telah bermesyuarat sebanyak empat (4) kali, iaitu pada

24 Jun 2016, 8 November 2016, 17 November 2016 dan 23 Mac 2017. Laporan

Jawatankuasa yang telah diadakan bagi tahun 2016 ini kemudiannya telah

dibentangkan di Dewan Undangan Negeri Perlis pada 6 Disember 2016. Perkara yang

dibincangkan adalah seperti di Jadual 8.1.

JADUAL 8.1 PERKARA YANG DIBINCANGKAN DALAM

JAWATANKUASA KIRA-KIRA WANG AWAM NEGERI PERLIS

BIL. TARIKH PERKARA YANG DIBINCANGKAN JABATAN/AGENSI NEGERI

1 24 Jun 2016

LKAN 2014 Siri 1 – Pengurusan Pengeluaran Bahan Batuan dan Mineral

Jabatan Tanah dan Galian Negeri Perlis

LKAN 2014 Siri 1 – Pengurusan Projek Pembangunan Industri Buah-buahan

Jabatan Pertanian Negeri Perlis

LKAN 2014 Siri 1 – Pengurusan Hotel Putra Brasmana Sdn. Bhd.

Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis

2 8 November 2016

LKAN Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Perlis Tahun 2014

Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Perlis

Majlis Perbandaran Kangar

LKAN 2014 Siri 3 – Pengurusan Bakau Jaya Development Sdn. Bhd.

Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis

3 17 November 2016 LKAN 2014 Siri 3 – Pengurusan Harta Wakaf Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis

4 23 Mac 2017

LKAN 2015 Siri 1 – Pengurusan Kuota Bumiputera Bagi Projek Perumahan Swasta

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis

Jabatan Tanah dan Galian Negeri Perlis

LKAN 2015 Siri 1 – Pengurusan Rumpun Teras Sdn. Bhd.

Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis

Sumber: Jabatan Audit Negara

Page 72: NEGERI PERLIS · Laporan Bendahari menerangkan kedudukan kewangan Kerajaan Negeri serta memberi ringkasan urus niaga kewangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2016. 1.4. Penyata Kedudukan
Page 73: NEGERI PERLIS · Laporan Bendahari menerangkan kedudukan kewangan Kerajaan Negeri serta memberi ringkasan urus niaga kewangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2016. 1.4. Penyata Kedudukan

PENUTUP

Page 74: NEGERI PERLIS · Laporan Bendahari menerangkan kedudukan kewangan Kerajaan Negeri serta memberi ringkasan urus niaga kewangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2016. 1.4. Penyata Kedudukan
Page 75: NEGERI PERLIS · Laporan Bendahari menerangkan kedudukan kewangan Kerajaan Negeri serta memberi ringkasan urus niaga kewangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2016. 1.4. Penyata Kedudukan

LKAN PENYATA KEWANGAN NEGERI PERLIS 2016 | 59

PENUTUP

Pada umumnya, tahap penyediaan dan penyerahan Penyata Kewangan Kerajaan

Negeri dan Agensi Negeri bagi tahun 2016 adalah baik. Bagaimanapun, kedudukan

kewangan Kerajaan Negeri pada 31 Disember 2016 adalah kurang memuaskan

berbanding tahun sebelumnya. Prestasi kewangan Badan Berkanun Negeri dan Pihak

Berkuasa Tempatan juga pada tahap kurang memuaskan. Manakala prestasi

pelaksanaan projek RMKe-11 pada tahun 2016 adalah amat baik kerana 99.4% projek

telah siap dilaksanakan dan mengikut jadual. Prestasi kewangan Kerajaan Negeri masih

boleh dimantapkan lagi dan disyorkan tindakan penambahbaikan seperti berikut:

a. Kerajaan Negeri disaran meneruskan usaha mengamalkan perbelanjaan secara

berhemat, mengurangkan tunggakan hasil/ Pinjaman Boleh Dituntut dan membuat

bayaran balik pinjaman mengikut jadual yang ditetapkan supaya kedudukan

kewangan berada dalam kedudukan yang lebih kukuh. Projek pembangunan

hendaklah dirancang dan dilaksanakan dengan cekap dan berkesan bagi

meningkatkan kemakmuran Negeri dan kesejahteraan rakyat.

b. Ketua Jabatan/Ketua Agensi perlu mempertingkatkan penglibatan secara hands on

dalam urusan kewangan. Sistem check and balance perlu diwujudkan, mengadakan

pemantauan secara berterusan, spot check dan penilaian secara berkala terhadap

kerja yang dilaksanakan oleh pegawai termasuk memberi latihan untuk

meningkatkan kemahiran dan keupayaan pegawai.

c. Jabatan/Agensi perlu mempertingkatkan keberkesanan fungsi Unit Audit Dalam

(UAD). Antaranya dengan memastikan anggota UAD mendapat latihan dan

bimbingan yang secukupnya, menyediakan perancangan audit tahunan supaya

pengauditan dapat dilaksanakan mengikut keutamaan, penilaian dibuat secara

objektif dan bebas, bukan sahaja berkaitan dengan aspek kawalan dalaman,

malahan pengurusan risiko dan tadbir urus organisasi, melaporkan penemuan yang

signifikan serta mengesyorkan cadangan yang memberi impak kepada organisasi.

JABATAN AUDIT NEGARA

Putrajaya

11 Oktober 2017

Page 76: NEGERI PERLIS · Laporan Bendahari menerangkan kedudukan kewangan Kerajaan Negeri serta memberi ringkasan urus niaga kewangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2016. 1.4. Penyata Kedudukan
Page 77: NEGERI PERLIS · Laporan Bendahari menerangkan kedudukan kewangan Kerajaan Negeri serta memberi ringkasan urus niaga kewangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2016. 1.4. Penyata Kedudukan

LAmPIRAN

Page 78: NEGERI PERLIS · Laporan Bendahari menerangkan kedudukan kewangan Kerajaan Negeri serta memberi ringkasan urus niaga kewangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2016. 1.4. Penyata Kedudukan
Page 79: NEGERI PERLIS · Laporan Bendahari menerangkan kedudukan kewangan Kerajaan Negeri serta memberi ringkasan urus niaga kewangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2016. 1.4. Penyata Kedudukan

LKAN PENYATA KEWANGAN NEGERI PERLIS 2016 | 63

Lampiran I

LKAN PENYATA KEWANGAN NEGERI PERLIS 2016 | 63

LampiraLirLan I

Lampiran I

Page 80: NEGERI PERLIS · Laporan Bendahari menerangkan kedudukan kewangan Kerajaan Negeri serta memberi ringkasan urus niaga kewangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2016. 1.4. Penyata Kedudukan

LKAN PENYATA KEWANGAN NEGERI PERLIS 2016 | 64

Lampiran II

Page 81: NEGERI PERLIS · Laporan Bendahari menerangkan kedudukan kewangan Kerajaan Negeri serta memberi ringkasan urus niaga kewangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2016. 1.4. Penyata Kedudukan

LKAN PENYATA KEWANGAN NEGERI PERLIS 2016 | 65

Lampiran III

Page 82: NEGERI PERLIS · Laporan Bendahari menerangkan kedudukan kewangan Kerajaan Negeri serta memberi ringkasan urus niaga kewangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2016. 1.4. Penyata Kedudukan

LKAN PENYATA KEWANGAN NEGERI PERLIS 2016 | 66

Lampiran IV

Page 83: NEGERI PERLIS · Laporan Bendahari menerangkan kedudukan kewangan Kerajaan Negeri serta memberi ringkasan urus niaga kewangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2016. 1.4. Penyata Kedudukan

LKAN PENYATA KEWANGAN NEGERI PERLIS 2016 | 67

Lampiran V

Page 84: NEGERI PERLIS · Laporan Bendahari menerangkan kedudukan kewangan Kerajaan Negeri serta memberi ringkasan urus niaga kewangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2016. 1.4. Penyata Kedudukan

LKAN PENYATA KEWANGAN NEGERI PERLIS 2016 | 68

Lampiran VI

Page 85: NEGERI PERLIS · Laporan Bendahari menerangkan kedudukan kewangan Kerajaan Negeri serta memberi ringkasan urus niaga kewangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2016. 1.4. Penyata Kedudukan

LKAN PENYATA KEWANGAN NEGERI PERLIS 2016 | 69

Lampiran VII

Page 86: NEGERI PERLIS · Laporan Bendahari menerangkan kedudukan kewangan Kerajaan Negeri serta memberi ringkasan urus niaga kewangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2016. 1.4. Penyata Kedudukan

LKAN PENYATA KEWANGAN NEGERI PERLIS 2016 | 70

Page 87: NEGERI PERLIS · Laporan Bendahari menerangkan kedudukan kewangan Kerajaan Negeri serta memberi ringkasan urus niaga kewangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2016. 1.4. Penyata Kedudukan

LKAN PENYATA KEWANGAN NEGERI PERLIS 2016 | 71

Page 88: NEGERI PERLIS · Laporan Bendahari menerangkan kedudukan kewangan Kerajaan Negeri serta memberi ringkasan urus niaga kewangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2016. 1.4. Penyata Kedudukan

LKAN PENYATA KEWANGAN NEGERI PERLIS 2016 | 72

Page 89: NEGERI PERLIS · Laporan Bendahari menerangkan kedudukan kewangan Kerajaan Negeri serta memberi ringkasan urus niaga kewangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2016. 1.4. Penyata Kedudukan

LKAN PENYATA KEWANGAN NEGERI PERLIS 2016 | 73

Page 90: NEGERI PERLIS · Laporan Bendahari menerangkan kedudukan kewangan Kerajaan Negeri serta memberi ringkasan urus niaga kewangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2016. 1.4. Penyata Kedudukan

LKAN PENYATA KEWANGAN NEGERI PERLIS 2016 | 74

Page 91: NEGERI PERLIS · Laporan Bendahari menerangkan kedudukan kewangan Kerajaan Negeri serta memberi ringkasan urus niaga kewangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2016. 1.4. Penyata Kedudukan

LKAN PENYATA KEWANGAN NEGERI PERLIS 2016 | 75

Page 92: NEGERI PERLIS · Laporan Bendahari menerangkan kedudukan kewangan Kerajaan Negeri serta memberi ringkasan urus niaga kewangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2016. 1.4. Penyata Kedudukan

LKAN PENYATA KEWANGAN NEGERI PERLIS 2016 | 76

Page 93: NEGERI PERLIS · Laporan Bendahari menerangkan kedudukan kewangan Kerajaan Negeri serta memberi ringkasan urus niaga kewangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2016. 1.4. Penyata Kedudukan

LKAN PENYATA KEWANGAN NEGERI PERLIS 2016 | 77

Page 94: NEGERI PERLIS · Laporan Bendahari menerangkan kedudukan kewangan Kerajaan Negeri serta memberi ringkasan urus niaga kewangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2016. 1.4. Penyata Kedudukan

LKAN PENYATA KEWANGAN NEGERI PERLIS 2016 | 78

Page 95: NEGERI PERLIS · Laporan Bendahari menerangkan kedudukan kewangan Kerajaan Negeri serta memberi ringkasan urus niaga kewangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2016. 1.4. Penyata Kedudukan

DICETAK OLEHPERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHADKUALA LUMPUR, 2017www.printnasional.com.myemail: [email protected].: 03-92366895 Faks: 03-92224773

Page 96: NEGERI PERLIS · Laporan Bendahari menerangkan kedudukan kewangan Kerajaan Negeri serta memberi ringkasan urus niaga kewangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2016. 1.4. Penyata Kedudukan
Page 97: NEGERI PERLIS · Laporan Bendahari menerangkan kedudukan kewangan Kerajaan Negeri serta memberi ringkasan urus niaga kewangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2016. 1.4. Penyata Kedudukan
Page 98: NEGERI PERLIS · Laporan Bendahari menerangkan kedudukan kewangan Kerajaan Negeri serta memberi ringkasan urus niaga kewangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2016. 1.4. Penyata Kedudukan
Page 99: NEGERI PERLIS · Laporan Bendahari menerangkan kedudukan kewangan Kerajaan Negeri serta memberi ringkasan urus niaga kewangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2016. 1.4. Penyata Kedudukan
Page 100: NEGERI PERLIS · Laporan Bendahari menerangkan kedudukan kewangan Kerajaan Negeri serta memberi ringkasan urus niaga kewangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2016. 1.4. Penyata Kedudukan

JABATAN AUDIT NEGARA MALAYSIANo. 15, Aras 1-5, Persiaran Perdana, Presint 2, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62518 Putrajaya.| Tel : +603 8889 9000 | Faks : +603 8888 9721

JABATAN AUDIT NEGARAMALAYSIA

PENYATA KEWANGAN KERAJAAN NEGERI DAN PRESTASI KEWANGAN AGENSI

NEGERI KELANTAN

LAPORANKETUAAUDITNEGARA 2016