nbos 01.10.2015

Upload: mohammad-hafiz

Post on 07-Jan-2016

72 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

nbos

TRANSCRIPT

  • JABATAN PENDIDIKAN NEGERI KEDAH DARUL AMAN K O M P L E K S P E N D I D I K A N , J A L A N S T A D I U M 0 5 6 0 4 A L O R S E T A R K E D A H D A R U L A M A N

    No. TELEFON

    No. FAKS

    LAMAN W E B

    04-740 4000 04-740 4342 www.jpn.moe.gov.myijpnkedah

    Ruj. Kami JPK.03-04/3435/NBOS-PPG.KPM/02

    Tarikh 30 September 2015

    Semua Pegawai Pendidikan Daerah

    Tuan/Puan,

    PERLANJUTAN TEMPOH PERLANTIKAN PEKERJA SAMBILAN HARIAN (PSH) BAGI PELAKSANAAN STRATEGI LAUTAN BIRU KEBANGSAAN - PEMANTAPAN PROFESION GURU (NBOS- PPG) NEGERI KEDAH TAHUN 2016

    Dengan hormatnya diarah merujuk kepada perkara di atas dan surat daripada Bahagian

    Sumber Manusia, Kementerian Pendidikan Malaysia rujukan KPMSP.500-3/5/4 Jld.4 (2)

    bertarikh 30 September 2015 berkaitan. Salinan surat disertakan untuk makluman.

    2. Susulan kepada persetujuan Urusetia NBOS-PPG untuk melanjutkan tempoh

    kontrak PSH bagi tempoh 3 bulan mulai 01 Oktober 2015 hingga 31 Disember 2015, pihak tuan dikehendaki mengambil tindakan berikut:

    2.1 Semua Pejabat Pendidikan Daerah dikehendaki menyemak dan mengesahkan senarai nama calon sedia dilantik yang akan diperaku oleh Guru Besar/Pengetua untuk dilanjutkan tempoh kontrak PSH mengikut

    format di Lampiran A bagi jawatan Pembantu Tadbir Gred N17 dan Lampiran B bagi jawatan Juruteknik Komputer Gred FT17.

    2.2 Sekiranya terdapat calon sedia dilantik yang tidak diperakukan perlanjutan

    tempoh kontrak, pihak tuan hendaklah memberi penjelasan mengapa tidak

    diperakukan. Pihak tuan juga hendaklah mengemukakan nama calon

    pengganti bersama dengan resume dan sijil yang berkaitan daripada senarai calon simpanan sekiranya ada dengan menggunakan format seperti di

    Lampiran C bagi urusan perlantikan baru.

  • 3. Semua maklumat di perenggan 2.1 dan 2.2 hendaklah dikemukakan kepada Unit

    Perjawatan dan Perkhidmatan selewat-lewatnya pada 06 Oktober 2015 (Selasa) dengan kadar SEGERA bagi melancarkan proses perlantikan.

    4. Pihak tuan/puan diminta menghantar maklumat berkenaan ke

    [email protected] dan sekiranya memerlukan maklumat lanjut boleh berhubung

    dengan Pn. Noorul Hanim Binti Jamaludin di talian 04-7404020, Pn. Ruhayah Binti Idris

    di talian 04-7404191, En. Mohd Sobri Bin Ibni Hajar di talian 04-7404192 dan

    Pn. Siti Najwanis Binti Zainun di talian 04-7404186.

    5. Kerjasama dan perhatian dari pihak tuan/puan amatlah dihargai dalam mematuhi

    penetapan keputusan agar urusan perlaksanaan berjalan lancar.

    Sekian, terima kasih.

    " BERKHIDMAT UNTUK NEGARA" " KEDAH AMAN MAKMUR, BERSAMA MEMCAU TRANSFORMASI"

    Saya yano-menurut perintah.

    (SAIDI BIN SHAARI)

    Ketua Sektor,

    Sektor Khidmat Pengurusan Dan Pembangunan

    b.p Pengarah Pendidikan Negeri Kedah

    Jabatan Pendidikan Negeri Kedah Darul Aman

  • KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA , ^ (Ministry Of Education Malaysia) ^MW^ K E M E N T E R I A N BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA WtMj PENDIDIKAN (Human Resource Management Division) ^JJ^r M A L A Y S I A ARAS 1-5 DAN 12-14, BLOK E12, KOMPLEKS E

    PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 1^" I'ntZ 62604 PUTRAJAYA L a ^ ^ ^ . http://www.moe.gov.my

    Ruj. Kami : KPMSP.500-3/5/4 Jld.^ (a.) Tarikh : "JOSeptember2015

    SENARAI EDARAN SEPERTI DI LAMPIRAN

    Tuan, -^^^^^B^^

    PELANJUTAN TEMPOH PELANTIKAN PEKERJA SAMBILAN HARIAN (PSH) BAGI PELAKSANAAN STRATEGI LAUTAN BIRU KEBANGSAAN-PEMANTAPAN PROFESION GURU (NBOS-PPG) KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2015 SAIDIBIN SHAARI

    Ketua SBMOT

    Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

    2. Sebagaimana pihak tuan sedia maklum, Program NBOS-PPG bagi tahun 2015 telah diperluaskan ke semua sekolah di negeri Melaka dan Kedah dengan penempatan 1,940 orang PSH di sekolah-sekolah yang terlibat mulai 1 Januari 2015 bagi tempoh 3 bulan. Untuk makluman tuan, pihak Urusetia NBOS-PPG bersetuju untuk melanjutkan tempoh kontrak PSH bagi tempoh 3 bulan mulai 1 Oktober sehinqqa 31 Disember 2015.

    3. Sehubungan dengan itu, pihak tuan diminta untuk mengambil tindakan sewajarnya bagi memastikan pelanjutan tempoh pelantikan 1,940 orang PSH diuruskan dengan teratur selaras dengan peraturan di dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2011 bagi memastikan kelancaran pelaksanaan program NBOS-PPG.

    4. Sekiranya pihak tuan memerlukan maklumat lanjut, pihak tuan boleh berhubung dengan Encik Mohd Amin Bin Nawawi di talian 03-8872 1543. Kerjasama yang pihak tuan berikan dalam hal ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

    Sekian.

    "BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

    Saya yang menurut perintah,

    (JAMIL BIN^AKON) Bahagian Pengurusan Sumber Manusia b.p.: Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia

    RakyatDldahulukm, Pencapalan Dtatamakan

  • s.k.

    TSUBK (SM)

    TSUB (SM) J

    TSUB (SM) K

    KPSU (SM) T/W

    SENARAI EDARAN

    Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Melaka Jalan Istana 75450 Bukit Beruang MELAKA (u.p.: Puan Rozana Binti Ismail)

    Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Kedah Kompleks Pendidikan, Jalan Stadium 05604 Alor Setar KEDAH (u.p.: Encik Saidi Bin Shaari)