nature and nurture

12
NATURE AND NURTURE ( FAKTOR BAKA DAN PERSEKITARAN ) KAMI: •NUR ATHIRAH •NUR AFIFAH •NUR AFIRA FARHANA •RABIATUL ADAWIYAH

Upload: filaifa

Post on 11-Jun-2015

3.201 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Asas pendidikan awal kanak-kanak

TRANSCRIPT

Page 1: Nature and nurture

NATURE AND NURTURE( FAKTOR BAKA DAN

PERSEKITARAN )

KAMI:•NUR ATHIRAH•NUR AFIFAH•NUR AFIRA FARHANA•RABIATUL ADAWIYAH

Page 2: Nature and nurture

PENGENALAN•Faktor baka dan persekitaran memainkan peranan penting dalam kehidupan kita.•Baka merujuk kepada ciri-ciri biologi atau gen-gen yang diperturunkan melalui ibubapa kepada anak-anaknya.•Pertumbuhan dan perkembangan dipengaruhi oleh faktor genetik individu tersebut, misalnya saiz dan bentuk badan, ketinggian, rambut dan warna mata.•Ibubapa yang cerdas akan melahirkan anak yang juga cerdas.•Ibubapa yang mempunyai emosi yang kurang stabil dan bersifat pemarah akan melahirkan anak yang agresif dan autokratik.

Page 3: Nature and nurture

• Persekitaran merujuk kepada semua pengalaman seseorang individu akan hadapi di rumah, bersama jiran, sekolah dan masyarakat.

• Ia juga termasuk pengalaman sebelum dan selepas kelahiran.

• Pengalaman sebelum lahir merangkumi pemakanan dan kesihatan ibu, gaya hidup ibu, serta usia dan keadaan emosinya.

• Pemakanan, taraf sosio ekonomi, tahap pendidikan keluarga, rakan sebaya, sekolah, masyarakat, tempat ibadat, media dan persekitaran dunia menyumbang kepada pengalaman selepas kelahiran seseorang individu.

• Baka (nature) dan persekitaran (nurture) adalah faktor-faktor utama yang menjadikan ketidaksamaan kadar perkembangan manusia dan wujudnya perbezaan individu di antara satu sama lain.

Page 4: Nature and nurture

FAKTOR BAKA ( NATURE )PENGARUH GENETIK

• Gregor Mendel (1822-1889) kajian pengaruh genetik ke atas pertumbuhan dan perkembangan manusia.

• Setelah kajian dibuat, beliau mendapati faktor baka penting sebagai penentu ciri-ciri anaknya.

• Faktor baka dikenali sebagai gen yang terdiri daripada nukleoprotein ( yang menentukan baka atau ciri keturunan )

Page 5: Nature and nurture

• Nukleoprotein : berupa benang halus terdapat dalam nukleus sel sperma ( jantan ) dan sel ovum ( betina ) manusia.

• Semasa proses persenyawaan, percantuman sel sperma (gamet jantan ) dengan sel ovum ( gamet betina) bersama membentuk zigot yang mula mendapat 23 kromosom daripada ibu bapa masing-masing.

• Proses pertukaran diantara kromosom daripada ibu bapanya berlaku dan menjadi ciri-ciri baka tersendiri kemudian diwarisi oleh bayi yang akan dilahirkan.

Page 6: Nature and nurture

• Thomas J. Bouchard, Jr. : Kesan baka ke atas trait-trait psikologi menyokong pengaruh baka ke atas trait-trait seperti kecerdasan emosi.

PERBEZAAN FIZIKAL

• Kajian menunjukkan bahawa ciri-ciri fizikal luaran, khasnya warna rambut dan organ deria diwarisi oleh gen-gen ibu bapa.

Page 7: Nature and nurture

PERBEZAAN MENTAL ( kognitif )

• Ahli psikologi Galton (1865), Goddard (1890), Newman (1937) dan Sheldon (1962) : membuktikan bahawa setiap individu mempunyai kecerdasan dan kebolehan intelek yang berbeza dengan rakan sebayanya.

• Contohnya : prestasi pelajar dalam kelas.

PERBEZAAN EMOSI

• Kajian ahli-ahli psikologi : emosi seseorang individu diwarisi daripada baka ibu bapa.

• Contoh : ibu bapa yang mempunyai emosi yang kurang stabil dan bersifat pemarah akan melahirkan anak yang agresif dan autokratik.

Page 8: Nature and nurture

FAKTOR PERSEKITARAN ( NURTURE )• Teori Ekologi (2004), Eric Bronfenbrenner (1917) :

memfokuskan pengaruh sosiobudaya persekitaran terhadap perkembangan individu dari lahir hingga dewasa.

• Teori Ekologi Bronferbenner terdapat 5 jenis sistem.• Mikrosistem• Mesosistem• Eksosistem• Makrosistem• Kronosistem

Page 9: Nature and nurture

Mikrosistem

• Persekitaran di mana kebanyakan masa kanak-kanak berinteraksi secara langsung dengan ibu bapa, rakan sebaya, guru-guru dan orang-orang dewasa lain dalam rumaah, sekolah serta dalam persekitaran.

• Mereka ini memainkan peranan yang tidak kurang penting dalam perkembangan kanak-kanak.

Page 10: Nature and nurture

Mesosistem

• Merujuk kaitan-kaitan antara 2 mikrosistem, iaitu perhubungan keluarga dengan sekolah, perhubungan keluarga dengan rakan sebaya anak mereka, perhubungan sekolah dengan organisasi berkuasa dan sebagainya.

• Menurut Bronfenbenner : Kanak-kanak yang diberikan galakan untuk berinteraksi dan berkomunikasi dalam mesosistem ini menunjukkan prestasi yang lebih baik dari kanak-kanak yang kekurangan peluang.

Page 11: Nature and nurture

Eksosistem

• Melibatkan suatu sistem yang melibatkan persekitaran luar yang mana kanak-kanak memainkan peranan secara pasif, tetapi perkembangan mereka dipengaruhi dengan tindakan ahli-ahli dalam eksosistem ini.

Makrosistem

• Suatu sistem mengenai pengaruh elemen-elemen sosiobudaya dan kedudukan sosioekonomi terhadap perkembangan kanak-kanak.

Page 12: Nature and nurture

• Merangkumi faktor-faktor seperti jantina, etnik, adat resam, nilai-nilai serta kedudukan sosioekonomi yang mempengaruhi perkembangan kanak-kanak.

Kronosistem

• Pengaruh keadaan sosiohistorikal dan peristiwa-peristiwa terhadap kanak-kanak dalam sesuatu zaman tertentu.

• Contoh : Perkembangan ICT terhadap kanak-kanak mengikut zaman.