muka 12 mingguan malaysia ahad 3 april 2011 · pdf filediberi peluang untuk mengikuti kursus...

1
Oleh NORIZAN ABDUL MUHID Gambar AZLI AHAD BUAT julung kalinya, Institut Kemahiran MARA (IKM) Jasin, ter- pilih sebagai tuan ru - mah bagi perlumbaan kereta yang dijadual berlangsung pada 9 hingga 12 Jun depan Pengarahnya, Ismil Mt Zain menjelaskan, perlumbaan yang dike- nali sebagai IPMArace itu diadakan untuk memastikan IKM Jasin meningkatkan kekuatan pasukan sama ada bagi kategori per- lumbaan mahupun persembahan kereta. Menurutnya, setakat ini hampir 18 pasukan yang mewakili institut kema- hiran di bawah MARA telah menge- sahkan penyertaan dan ia bakal diada- kan di Litar Lumba Antarabangsa Melaka, Air Keroh. “Pada pertandingan lalu, IKM Jasin telah berjaya menjadi naib juara per- lumbaan dan mendapat tempat kedua bagi kategori rekaan terbaik. “Pada pertandingan kali ini, pihak kami menghantar seramai 20 wakil terdiri daripada tenaga pengajar dan pelajar dari jurusan automotif di IKM Jasin,” jelasnya. Objektif utama penganjuran per- lumbaan adalah bagi memberi pelu- ang kepada pelajar mengaplikasikan semua kemahiran teknikal automotif yang dipelajari khusus untuk meng- hasilkan jentera kereta lumba selain bertujuan meningkatkan inovasi daya cipta kepada pelajar termasuk tenaga pengajar supaya lebih kreatif. Menurut Ismil lagi, per- lumbaan yang akan berlang- sung selama empat hari itu menwarkan hadiah menarik dan lumayan kepada peme- nang yang dibahagikan kepa- da beberapa kategori utama. “Hadiah pertandingan ini dibahagikan kepada tiga kat- egori iaitu, pemenang perta- ma akan membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM3,000 beserta trofi dan sijil penyertaan. “Tempat kedua pula, ha- diah wang tunai bernilai RM2,000 beserta trofi dan sijil, manakala tempat ketiga pula akan membawa pulang wang tunai RM1,000 beserta trofi dan sijil peny- ertaan,” jelasnya. Sementara itu, bagi kategori reka cipta dan inovasi pula, penyertaannya dikhususkan kepada institusi yang bernaung di bawah MARA sahaja. Pemenang pertama bagi kategori ini akan membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM2,000, di tempat kedua pula akan menerima wang tunai RM1,000 beserta trofi dan sijil penyertaan. Manakala juara keseluruhan per- tandingan tersebut pula akan meng- gondol hadiah wang tunai bernilai RM3,000 selain trofi dan sijil penyer- taan. Oleh ABDUL RAZAK DIN RAMAI beranggapan melanjutkan pen- gajian di Institut Kemahiran MARA (IKM) dan Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) hanya untuk menjadikan seseorang itu mendapat kemahiran yang mampu untuk menjana pendapatan kecil sahaja. Sebenarnya, tanggapan anda itu silap sama sekali kerana dengan mengikuti kursus kemahiran di IKM kini anda sebe- narnya telah selangkah ke hadapan untuk memasuki gerbang pengajian dan memper- oleh kemahiran bukan sahaja di dalam neg- eri malah ke peringkat antarabangsa walaupun anda mempunyai syarat kelaya- kan yang sederhana. Ini kerana, Program Kemahiran dan Teknikal anjuran MARA melangkah setapak lagi bukan sahaja melahirkan mereka yang berkemahiran malah mereka boleh pergi jauh lagi dengan melanjutkan pengajian di luar negara dengan pada awalnya berbekal- kan sijil kejuruteraan dari IKM. Bukan itu sahaja, kini jika sekiranya mer- eka mahu bekerja di luar negara mereka pun boleh menggunakan sijil kemahiran IKM kerana kelulusan tersebut telah diteri- ma untuk bekerja di samping melanjutkan pengajian di peringkat sarjana muda dan sarjana di beberapa buah negara. “Beberapa buah negara sudah mengikti- raf kemahiran yang diperoleh oleh pelajar- pelajar IKM oleh sebab itu mereka dengan mudah dapat pekerjaan di negara berke- naan di samping menawarkan gaji yang lumayan,” kata Pengarah Bahagian Kemahiran dan Teknikal MARA, Mohd Azemi Yusoff kepada Utusan Malaysia di pejabatnya di sini. Katanya, antara negara yang mengiktiraf kelayakan pelajar-pelajar dari IKM ialah seperti Amerika Syarikat, Jerman, Jepun, Korea Selatan, Thailand dan beberapa neg- ara lagi. Beliau berkata, antara kemahiran yang mendapat pasaran pekerjaan di luar negara kini ialah dalam bidang minyak dan gas, bio perubatan, herba, penerbangan, pembi- naan, kejuruteraan dan pelbagai lagi. “Ini bermakna walaupun pada permu- laannya anda memiliki tiga kredit dalam SPM memasuki IKM, anda sebenarnya boleh membuat diploma atau menyam- bung pengajian di Universiti Kuala Lumpur (UNiKL) di samping meneruskan pengajian lagi di luar negara. “Kini MARA menyediakan pengajian di peringkat lebih tinggi seperti di Perancis, Amerika Syarikat, Jepun dan Korea sehing- ga ke peringkat sarjana jika seseorang pela- jar itu mempunyai daya kompetensi yang tinggi dalam pengajian dan kemahiran yang diperoleh mereka,” katanya. Mohd Azemi berkata, MARA akan meng- hantar sekurang-kurangnya 30 tenaga pen- gajar KKTM setahun ke luar negara untuk mengikuti kursus kemahiran tinggi dalam industri-industri yang diperlukan dalam negara dan di luar negara. Katanya, pusat pengajian berkenaan ialah seperti di University of Strathclyde Glasgow untuk kursus kejuruteraan elektrik dan mekanikal, University of West England, Bristol dalam bidang kejuruteraan elek- tronik, Heriot Watt University dalam bidang kejuruteraan elektrik dan mekan- ikal, Staffordshire University dalam keju- ruteraan elektronik dan Northumbria University, kejuruteraan penyelenggaraan bangunan. Institut Universitaire De Technologis De Nice dan Universite De Nice-Sophia Antipolis serta Institut Universitaire De Technologie De Toulon, Universite Du Sud Taoulon Var dalam bidang mekanikal dan elektrikal. Di Jerman, MARA menghantar pelajarnya ke University of Karlsruhe, German dalam bidang mekanikal dan Purdue University, Amerika Syarikat dalam bidang mekanikal, elektrikal dan pengurusan bangunan. Strategi untuk memperkenalkan program kemahiran MARA ke peringkat antarabang- sa dimulakan melalui program Higher National Diploma (HND) yang ditawarkan di KKTM Petaling Jaya dengan kerjasama Edexcel, United Kingdom. Beliau berkata, MARA juga mewujudkan program lanjutan bagi tenaga pengajar IKM dan Kolej Kemahiran Tinggi MARA iaitu dengan menghantar mereka ke Seoul Institute For Vocational Training In Advance Technology di Korea dalam bidang ‘Master Craftsman In Electronic’. Program latihan kemahiran di luar negara ini adalah untuk pembangunan jurulatih pakar. Ia bertujuan untuk melahirkan ‘Global Competence Worker’. Seramai 10 tenaga pengajar dari IKM Lumut, Jasin, TSYA dan Kota Kinabalu dihantar ke Korea Selatan untuk kursus berkaitan automotif. Bagi Program Master Craftsman Training (Perabot), di Jepara, Indonesia, lima orang tenaga pengajar telah mengikuti program tersebut. Di samping itu katanya, Skim Tindikan Tenaga Pengajar Lepasan Diploma IKM/ KKTM ke universiti terkemuka iaitu 21 orang pelajar melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah di universiti di luar negara iaitu ke Jerman, United Kingdom dan Perancis. Satu lagi kursus ialah ‘artificial limb’ atau prostetik di Prostheses Foundation of H.R.H Princess Mother Chiang Mai, Thailand membabitkan lapan orang tenaga pengajar KKTM Ledang dalam bidang bio medical. “Kursus persediaan ini diadakan selama empat bulan di Malaysia dan selebihnya di luar negara. Ini membuktikan bahawa anda masih berpeluang mengikuti pengajian di luar negara melalui IKM walaupun keputusan peperiksaan anda perolehi sederhana,” katan- ya. Katanya, syarat penting untuk mengikuti kursus di luar negara ini ialah anda perlu lulus ujian matematik dan bahasa Inggeris. “Apa yang penting pelajar-pelajar yang keluar dari IKM ini mempunyai nilai kom- ersial yang tinggi dan mereka bukan sahaja boleh bekerja sendiri tetapi boleh diambil bekerja di syarikat-syarikat kereta terke- muka negara seperti Proton, Perodua, Naza dan sebagainya,” katanya Mohd Azemi berkata, Bahagian Pendidikan dan Latihan Kemahiran MARA juga akan menganjurkan Pertandingan Kereta Lumba Ciptaan Pelajar IKM yang akan diadakan di Litar Air Keruh Melaka tahun ini. Katanya, sebanyak 24 buah kereta lumba akan mengambil bahagian hasil ciptaan pelajar dengan 12 daripadanya telah pun disiapkan. “Pihak MARA menyediakan enjin moto- sikal untuk menggerakkan kereta lumba berkenaan manakala badan kereta serta komponen lain hasil ciptaan pelajar itu sendiri. “Kita akan memastikan kereta lumba ciptaan mereka mempunyai nilai komersial tersendiri sebelum dibenarkan bertanding,” katanya. Beliau berkata, melalui penganjuran ini juga diharap ia dapat menarik perhatian syarikat-syarikat kereta terkemuka negara untuk melihat secara dekat hasil kerja ino- vatif dan kreatif pelajar-pelajar IKM. Mohd Azemi berkata, MARA juga akan mengadakan Pameran Inovasi dan Produk Ciptaan Pelajar yang dijangka diadakan November ini. Katanya, pameran ini akan mengetengah- kan ciptaan pelajar dalam bidang-bidang kemahiran yang diperlukan oleh negara. Ia akan dilaksanakan di KKTM Beranang. Menurutnya, satu lagi program menarik yang akan dilaksanakan oleh MARA ialah dengan mengadakan konvokesyen perdana KKTM/IKM yang akan diadakan pada 15 hingga 17 September ini dengan menghim- punkan 2,500 lulusan di samping 5,000 ibu bapa dalam enam sesi penganugerahan sijil masing-masing. Lulusan IKM/KKTM berpeluang ke universiti antarabangsa KKTM Rembau tawar kursus multimedia digital, animasi IKM Jasin kenal pasti formula kereta lumba IPMArace 2011 di litar Melaka MUKA 12 MINGGUAN MALAYSIA AHAD 3 APRIL 2011 Kini MARA menyediakan pengajian di peringkat lebih tinggi seperti di Perancis, Amerika Syarikat, Jepun dan Korea sehingga ke peringkat sarjana jika seseorang pelajar itu mempunyai daya kompetensi yang tinggi dalam pengajian dan kemahiran yang diperoleh mereka MOHD AZEMI YUSOFF Pengarah Bahagian Kemahiran dan Teknikal MARA Oleh MOHAMMAD YASIR JAAFAR Gambar ABD RAZAK AID SEJAK ia diwujudkan pada 2008, Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM), Rembau menjadi satu-satunya pusat latihan teknikal menawarkan kursus multimedia digital, animasi termasuk seni reka- bentuk di peringkat diploma khusus bagi golongan bumi- putera. Antara kursus yang dita- warkan di kolej berkenaan adalah seperti Diploma Reka Bentuk Fesyen, Diploma Digital Filem dan Animasi, Diploma Reka Bentuk Perabot, Diploma Reka Bentuk Media Digital dan Diploma Reka Bentuk Dalaman. Pengarah KKTM Rembau, Md. Khalil Mohamad berkata, kesemua kursus sepenuh masa selama 36 bulan itu dibuka kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV) termasuk pelatih Institut Kemahiran Malaysia (IKM) dengan syarat kemasukan minima. “Daripada 10 KKTM di seluruh negara, KKTM Rembau merupakan cawangan tung- gal yang menawarkan lima kursus dalam bidang seni reka termasuk pengajian pem- buatan filem digital, animasi dan seni reka grafik. “Tetapi apa yang lebih menarik adalah syarat kemasukannya amat minima, di mana pemohon hanya perlu memiliki tiga kredit dalam subjek Bahasa Melayu, Pendidikan Seni, Seni Visual/ Lukisan Kejuruteraan atau mana-mana mata pelajaran dalam kumpulan Teknologi/ Vokasional / Kemanusiaan,” katanya ketika ditemui di sini hari ini. Jelasnya, pelajar yang ter- pilih bakal menikmati pelba- gai kemudahan serta kelebi- han yang disediakan oleh pihak KKTM. “Mereka yang terpilih amat beruntung kerana mer- eka bukan sahaja tidak perlu membayar yuran pengajian, malah diberikan elaun sara diri sebanyak RM265 sebulan termasuk penginapan dan makan minum,” ujarnya. Dari aspek pembelajaran pula, Md. Khalil memberitahu, pihaknya turut menyediakan bahan-bahan asas bagi mereka menjalank- an projek serta kerja kursus yang ditetap- kan. “Ini bagi membantu penuntut mengu- rangkan beban untuk menanggung kos pembelian bahan asas bagi menjalankan kerja kursus yang diminta,” katanya. Tambah Md Khalil, buat masa ini, KKTM Rembau mempunyai seramai 286 penuntut yang mengikuti lima kursus berkenaan membabitkan seramai 62 orang tenaga pen- gajar. “Di sini, kami lebih menitik beratkan aspek pembelajaran secara praktikal, di mana 60 peratus latihan praktikal, manaka- la 40 peratus melibatkan pembelajaran secara teori. “Ini penting bagi penuntut kerana ia akan memberi impak yang besar apabila mereka keluar mencari kerja selepas mena- matkan pengajian kelak,” jelasnya. RATA-RATA penuntut Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM), Rembau melahir- kan rasa syukur dan bertuah kerana diberi peluang untuk mengikuti kursus yang diminati di kolej berkenaan. Menurut Muhamad Zainudin Mohd Nadzri, 20, dia amat berterima kasih kepada pihak Majlis Amanah Rakyat (MARA) kerana diberi tempat untuk melanjutkan pengajiannya ke peringkat diploma. “Peluang ini tidak akan saya sia-sia- kan kerana KKTM telah banyak mem- bantu kami dari pelbagai aspek teruta- manya dari segi pembelajaran dan kewangan. “Kami bukan sahaja tidak perlu membayar sebarang yuran pengajian, malah kami juga diberikan elaun bulan- an sebanyak RM265,’’ katanya yang mengikuti kursus Diploma Reka Bentuk Perabot. Bagi Norshahirah Mohammad Hanifah, 20, KKTM telah membuka peluang untuk dirinya melanjutkan pengajian ke tahap yang lebih tinggi, meskipun gagal mendapat keputusan cemerlang di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). “Banyak tempat pengajian yang saya cuba mohon tetapi gagal memandang- kan keputusan SPM yang diperoleh dulu tidak berapa baik,’’ jelas penuntut Diploma Seni Reka Bentuk Fesyen yang bercita-cita untuk melanjutkan penga- jian ke peringkat ijazah di luar negara. Seorang penuntut, Muhamad Fazli Abdullah, 21, berkata dia akan menggu- nakan peluang belajar itu sebaik mung- kin untuk berjaya. “Di sini, kemudahan pembelajaran yang disediakan lengkap dan apa yang lebih penting tenaga pengajarnya amat berpengalaman dan banyak membantu dalam apa jua aspek. “Pengalaman mereka amat berharga kerana ramai di antara mereka sudah bertahun bergiat dalam industri,’’ jelas penuntut Diploma Seni Reka Media Digital yang juga pernah mewakili Malaysia dalam pertandingan reka grafik di Bangkok, Thailand pada tahun lalu. Penuntut Diploma Reka Bentuk Dalaman, Nurul Muna Jamaluddin, 21 berkata, kesemua kursus yang ditawar- kan di KKTM Rembau berkait rapat antara satu sama lain. “Ini amat memudahkan pembelaja- ran kami, kerana kami memerlukan antara satu sama lain, sebagai contoh, kerja kursus atau projek akan dapat dihasilkan dengan lebih kualiti jika ele- men bidang ini digabungkan. “Selain itu kita juga boleh mendapat- kan idea serta kreativiti dari rakan lain untuk menghasilkan kerja bermutu,’’ katanya. Seorang lagi penuntut, Nurul Huda Mohd. Zulkunine, 20, berkata KKTM merupakan pusat latihan teknikal yang banyak memberi manfaat kepada golongan bumiputera. “Semuanya ditanggung di sini, apa yang perlu kita buat hanyalah berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapat- kan ilmu seterusnya mencatatkan keputusan yang cemerlang. “Antara kelebihan lain adalah dari segi tenaga pengajarnya, mereka ini amat memahami dan adakalanya boleh dijadikan sebagai rakan untuk berkong- si pandangan,’’ kata penuntut Diploma Filem Digital dan Animasi. Mengembangkan kreativiti pelajar SEBAHAGIAN pelajar jurusan reka bentuk media digital berbincang mengenai rekaan yang dibuat menggunakan komputer riba di Kolej Kemahiran Tinggi Mara, Rembau. MD. KHALIL MOHAMAD PENGURUS Projek Perlumbaan IPMArace 2011, Abdullah Seman berkata, pihaknya telah mengenal- pasti formula inovasi, reka bentuk enjin, spesifikasi kereta lumba yang belum lagi digunakan oleh institusi pengajian tinggi awam atau swasta dalam IPMArace 2011. Katanya, hasil dari formula itu telah berjaya meng- hasilkan dua kereta lumba yang akan dibawa oleh IKM Jasin yang 100 peratus dihasilkan oleh pelajar sendiri. “Penglibatan tenaga pengajar hanyalah memberi idea,’’ katanya. Katanya, sehingga kini 18 pasukan telah mengesah- kan menyertai pertandingan dan dijangka 25 pasukan akan mengambil bahagian dalam perlumbaan itu nanti. Beliau berkata, IKM Jasin terpilih menjadi tuan rumah kejohanan kerana institusi berkenaan pernah mendapat tempat kedua dalam kejohanan Varsiti Utem tahun lalu. “Kejohanan perlumbaan ini julung kali diadakan oleh Institusi Pendidikan MARA (IPMA),” katanya. Menurutnya, objektif pertandingan itu untuk mem- beri peluang dan landasan kepada pelajar-pelajar IKM untuk mempraktikkan kemahiran automotif yang dipelajari mereka sepanjang berada di institusi berke- naan. “IKM Jasin akan pastikan penglibatan pelajar dalam pertandingan seperti itu tidak hanya di peringkat dalam negara tetapi di peringkat antarabangsa,’’ katanya. “Pihaknya yakin pelajar institusi itu mampu menca- pai prestasi terbaik yang diperlukan pada pertandingan itu berdasarkan kemampuan IKM Jasin menduduki naib juara keseluruhan Varsiti Utem tahun lalu. Sebelum ini, penglibatan pertama mereka dalam per- lumbaan litar ialah di eimarace UTM Skudai tahun lalu dengan mendapat tempat sepuluh teratas. Perlumbaan IPMArace 2011 diadakan dengan kerjasa- ma Kerajaan Negeri Melaka dan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Maklumat lanjut mengenai pertandingan itu boleh didadapati di http://ipma.blogspot.com. ISMIL MT ZAIN PELAJAR dan pensyarah dari pelbagai jurusan berganding bahu menjayakan projek IPMArace 2011 bersama kereta formula pelajar di IKM Jasin.

Upload: dangbao

Post on 20-Feb-2018

236 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: MuKa 12 MINGGUAN MALAYSIA AHAD 3 APRIL 2011 · PDF filediberi peluang untuk mengikuti kursus yang diminati di kolej berkenaan. Menurut muhamad Zainudin ohd Nadzri, 20, dia amat berterima

Oleh NOrizaN abdul MuhidGambar azli ahad

Buat julung kalinya, I n s t it u t Ke m a h i r a n MaRa (IKM) Jasin, ter­pilih sebagai tuan ru ­mah bagi perlumbaan kereta yang dijadual berlangsung pada 9 hingga 12 Jun depan

Pengarahnya, Ismil Mt Zain menjelaskan, perlumbaan yang dike­nali sebagai IPMarace itu diadakan untuk memastikan IKM Jasin meningkatkan kekuatan pasukan sama ada bagi kategori per­lumbaan mahupun persembahan kereta.

Menurutnya, setakat ini hampir 18 pasukan yang mewakili institut kema­hiran di bawah MaRa telah menge­sahkan penyertaan dan ia bakal diada­kan di Litar Lumba antarabangsa Melaka, air Keroh.

“Pada pertandingan lalu, IKM Jasin telah berjaya menjadi naib juara per­lumbaan dan mendapat tempat kedua bagi kategori rekaan terbaik.

“Pada pertandingan kali ini, pihak kami menghantar seramai 20 wakil terdiri daripada tenaga pengajar dan pelajar dari jurusan automotif di IKM Jasin,” jelasnya.

Objektif utama penganjuran per­lumbaan adalah bagi memberi pelu­ang kepada pelajar mengaplikasikan semua kemahiran teknikal automotif yang dipelajari khusus untuk meng­hasilkan jentera kereta lumba selain bertujuan meningkatkan inovasi daya

cipta kepada pelajar termasuk tenaga pengajar supaya lebih kreatif.

Menurut Ismil lagi, per­lumbaan yang akan berlang­sung selama empat hari itu menwarkan hadiah menarik dan lumayan kepada peme­nang yang dibahagikan kepa­da beberapa kategori utama.

“Hadiah pertandingan ini dibahagikan kepada tiga kat­egori iaitu, pemenang perta­ma akan membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM3,000 beserta trofi dan sijil penyer taan.

“tempat kedua pula, ha ­diah wang tunai bernilai

RM2,000 beserta trofi dan sijil,

manakala tempat ketiga pula akan m e m b aw a p u l a ng w a ng t u n a i RM1,000 beserta trofi dan sijil peny­ertaan,” jelasnya.

Sementara itu, bagi kategori reka cipta dan inovasi pula, penyertaannya dikhususkan kepada institusi yang bernaung di bawah MaRa sahaja.

Pemenang pertama bagi kategori ini akan membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM2,000, di tempat kedua pula akan menerima wang tunai RM1,000 beserta trofi dan sijil penyertaan.

Manakala juara keseluruhan per­tan dingan tersebut pula akan meng­gondol hadiah wang tunai bernilai RM3,000 selain trofi dan sijil penyer­taan.

Oleh abdul razaK diN

Ramai beranggapan melanjutkan pen­gajian di Institut Kemahiran MaRa (IKM) dan Kolej Kemahiran tinggi MaRa (KKtM) hanya untuk menjadikan seseorang itu mendapat kemahiran yang mampu untuk menjana pendapatan kecil sahaja.

Sebenarnya, tanggapan anda itu silap sama sekali kerana dengan mengikuti kursus kemahiran di IKM kini anda sebe­narnya telah selangkah ke hadapan untuk memasuki gerbang pengajian dan memper­oleh kemahiran bukan sahaja di dalam neg­eri malah ke peringkat antarabangsa walaupun anda mempunyai syarat kelaya­kan yang sederhana.

Ini kerana, Program Kemahiran dan teknikal anjuran MaRa melangkah setapak lagi bukan sahaja melahirkan mereka yang berkemahiran malah mereka boleh pergi jauh lagi dengan melanjutkan pengajian di luar negara dengan pada awalnya berbekal­kan sijil kejuruteraan dari IKM.

Bukan itu sahaja, kini jika sekiranya mer­eka mahu bekerja di luar negara mereka pun boleh menggunakan sijil kemahiran IKM kerana kelulusan tersebut telah diteri­ma untuk bekerja di samping melanjutkan pengajian di peringkat sarjana muda dan sarjana di beberapa buah negara.

“Beberapa buah negara sudah mengikti­raf kemahiran yang diperoleh oleh pelajar­pelajar IKM oleh sebab itu mereka dengan mudah dapat pekerjaan di negara berke­naan di samping menawarkan gaji yang lumayan,” kata Pengarah Bahagian Kemahiran dan teknikal MaRa, Mohd azemi Yusoff kepada utusan Malaysia di pejabatnya di sini.

Katanya, antara negara yang mengiktiraf kelayakan pelajar­pelajar dari IKM ialah seperti amerika Syarikat, Jerman, Jepun, Korea Selatan, thailand dan beberapa neg­ara lagi.

Beliau berkata, antara kemahiran yang

mendapat pasaran pekerjaan di luar negara kini ialah dalam bidang minyak dan gas, bio perubatan, herba, penerbangan, pembi­naan, kejuruteraan dan pelbagai lagi.

“Ini bermakna walaupun pada permu­laannya anda memiliki tiga kredit dalam SPM memasuki IKM, anda sebenarnya boleh membuat diploma atau menyam­bung pengajian di universiti Kuala Lumpur (uNiKL) di samping meneruskan pengajian lagi di luar negara.

“Kini MaRa menyediakan pengajian di peringkat lebih tinggi seperti di Perancis, amerika Syarikat, Jepun dan Korea sehing­ga ke peringkat sarjana jika seseorang pela­jar itu mempunyai daya kompetensi yang tinggi dalam pengajian dan kemahiran yang diperoleh mereka,” katanya.

Mohd azemi berkata, MaRa akan meng­hantar seku rang­kurangnya 30 tenaga pen­gajar KKtM setahun ke luar negara untuk mengikuti kursus kemahiran tinggi dalam industri­industri yang diperlukan dalam

negara dan di luar negara.Katanya, pusat pengajian berkenaan ialah

seperti di university of Strathclyde Glasgow untuk kursus kejuruteraan elektrik dan mekanikal, university of West England, Bristol dalam bidang kejuruteraan elek­tronik, Heriot Watt university dalam bidang kejuruteraan elektrik dan mekan­ikal, Staffordshire university dalam keju­ruteraan elektronik dan Northumbria university, kejuruteraan penyelenggaraan bangunan.

Institut universitaire De technologis De Nice dan universite De Nice­Sophia anti po lis serta Institut universitaire De tech no logie De toulon, universite Du Sud taoulon Var dalam bidang mekanikal dan elektrikal.

Di Jerman, MaRa menghantar pelajarnya ke university of Karlsruhe, German dalam bidang mekanikal dan Purdue university, amerika Syarikat dalam bidang mekanikal, elektrikal dan pengurusan bangunan.

Strategi untuk memperkenalkan program kemahiran MaRa ke peringkat antarabang­sa dimulakan melalui program Higher National Diploma (HND) yang ditawarkan di KKtM Petaling Jaya dengan kerjasama Edexcel, united Kingdom.

Beliau berkata, MaRa juga mewujudkan program lanjutan bagi tenaga pengajar IKM dan Kolej Kemahiran tinggi MaRa iaitu dengan menghantar mereka ke Seoul Institute For Vocational training In advance technology di Korea dalam bidang ‘Master Craftsman In Electronic’.

Program latihan kemahiran di luar negara ini adalah untuk pembangunan jurulatih pakar. Ia bertujuan untuk melahirkan ‘Global Competence Worker’. Seramai 10 tenaga pengajar dari IKM Lumut, Jasin, tSYa dan Kota Kinabalu dihantar ke Korea Selatan untuk kursus berkaitan automotif.

Bagi Program Master Craftsman training (Perabot), di Jepara, Indonesia, lima orang tenaga pengajar telah mengikuti program tersebut.

Di samping itu katanya, Skim tindikan tenaga Pengajar Lepasan Diploma IKM/KKtM ke universiti terkemuka iaitu 21 orang pelajar melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah di universiti di luar negara iaitu ke Jerman, united Kingdom dan Perancis.

Satu lagi kursus ialah ‘artificial limb’ atau prostetik di Prostheses Foundation of H.R.H Princess Mother Chiang Mai, thailand membabitkan lapan orang tenaga pengajar KKtM Ledang dalam bidang bio medical.

“Kursus persediaan ini diadakan selama empat bulan di Malaysia dan selebihnya di luar negara. Ini membuktikan bahawa anda ma sih berpeluang mengikuti pengajian di luar negara melalui IKM walaupun keputusan peperiksaan anda perolehi sederhana,” katan­ya.

Katanya, syarat penting untuk mengikuti kursus di luar negara ini ialah anda perlu lulus ujian matematik dan bahasa Inggeris.

“apa yang penting pelajar­pelajar yang keluar dari IKM ini mempunyai nilai kom­ersial yang tinggi dan mereka bukan sahaja boleh bekerja sendiri tetapi boleh diambil bekerja di syarikat­syarikat kereta terke­muka negara seperti Proton, Perodua, Naza dan sebagainya,” katanya

Mohd azemi berkata, Bahagian Pendi di kan dan Latihan Kemahiran MaRa juga akan menganjurkan Pertandingan Kereta Lumba Ciptaan Pelajar IKM yang akan diadakan di Litar air Keruh Melaka tahun ini.

Katanya, sebanyak 24 buah kereta lumba akan mengambil bahagian hasil ciptaan pelajar dengan 12 daripadanya telah pun disiapkan.

“Pihak MaRa menyediakan enjin moto­sikal untuk menggerakkan kereta lumba berkenaan manakala badan kereta serta komponen lain hasil ciptaan pelajar itu sendiri.

“Kita akan memastikan kereta lumba ciptaan mereka mempunyai nilai komersial tersendiri sebelum dibenarkan bertanding,” katanya.

Beliau berkata, melalui penganjuran ini juga diharap ia dapat menarik perhatian syarikat­syarikat kereta terkemuka negara untuk melihat secara dekat hasil kerja ino­vatif dan kreatif pelajar­pelajar IKM.

Mohd azemi berkata, MaRa juga akan mengadakan Pameran Inovasi dan Produk Ciptaan Pelajar yang dijangka diadakan November ini.

Katanya, pameran ini akan mengetengah­kan ciptaan pelajar dalam bidang­bidang kemahiran yang diperlukan oleh negara. Ia akan dilaksanakan di KKtM Beranang.

Menurutnya, satu lagi program menarik yang akan dilaksanakan oleh MaRa ialah dengan mengadakan konvokesyen perdana KKtM/IKM yang akan diadakan pada 15 hingga 17 September ini dengan menghim­punkan 2,500 lulusan di samping 5,000 ibu bapa dalam enam sesi penganugerahan sijil masing­masing.

Lulusan IKM/KKTM berpeluang ke universiti antarabangsa

KKTM Rembau tawar kursus multimedia digital, animasi

IKM Jasin kenal pasti formula kereta lumba

IPMArace 2011 di litar Melaka

MuKa 12 • MINGGUAN MALAYSIA AHAD 3 APRIL 2011

Kini MARA menyediakan pengajian di peringkat lebih

tinggi seperti di Perancis, Amerika Syarikat, Jepun dan Korea sehingga ke peringkat sarjana jika seseorang pelajar itu mempunyai daya kompetensi yang tinggi dalam pengajian dan kemahiran yang diperoleh mereka

– MOhd azEMi YuSOFF Pengarah bahagian Kemahiran dan Teknikal Mara

Oleh MOhaMMad YaSir JaaFarGambar abd razaK aid

SEJaK ia diwujudkan pada 2008, Kolej Kemahiran tinggi Mara (KKtM), Rembau menjadi satu­satunya pusat latihan teknikal menawarkan kursus multimedia digital, animasi termasuk seni reka­bentuk di peringkat diploma khusus bagi golongan bumi­putera.

antara kursus yang dita­warkan di kolej berkenaan adalah seperti Diploma Reka Bentuk Fesyen, Diploma Digital Filem dan animasi, Diploma Reka Bentuk Perabot, Diploma Reka Bentuk Media Digital dan Diploma Reka Bentuk Dalaman.

Pengarah KKtM Rembau, Md. Khalil Mohamad berkata, kesemua kursus sepenuh masa selama 36 bulan itu dibuka kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV) termasuk pelatih Institut Kemahiran Malaysia (IKM) dengan syarat kemasukan minima.

“Daripada 10 KKtM di seluruh negara, KKtM Rembau merupakan cawangan tung­gal yang menawarkan lima kursus dalam bidang seni reka termasuk pengajian pem­buatan filem digital, animasi dan seni reka

grafik. “tetapi apa yang lebih menarik adalah

syarat kemasukannya amat minima, di mana pemohon hanya perlu memiliki tiga kredit dalam subjek Bahasa Melayu,

Pendidikan Seni, Seni Visual/ Lukisan Kejuruteraan atau mana­mana mata pelajaran dalam kumpulan teknologi/ Vokasional / Kemanusiaan,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Jelasnya, pelajar yang ter­pilih bakal menikmati pelba­gai kemudahan serta kelebi­han yang disediakan oleh pihak KKtM.

“Mereka yang terpilih amat beruntung kerana mer­eka bukan sahaja tidak perlu membayar yuran pengajian, malah diberikan elaun sara

diri sebanyak RM265 sebulan termasuk penginapan dan makan minum,” ujarnya.

Dari aspek pembelajaran pula, Md. Khalil memberitahu, pihaknya turut menyediakan bahan­bahan asas bagi mereka menjalank­an projek serta kerja kursus yang ditetap­kan.

“Ini bagi membantu penuntut mengu­rangkan beban untuk menanggung kos pembelian bahan asas bagi menjalankan kerja kursus yang diminta,” katanya.

tambah Md Khalil, buat masa ini, KKtM Rembau mempunyai seramai 286 penuntut yang mengikuti lima kursus berkenaan membabitkan seramai 62 orang tenaga pen­gajar.

“Di sini, kami lebih menitik beratkan aspek pembelajaran secara praktikal, di

mana 60 peratus latihan praktikal, manaka­la 40 peratus melibatkan pembelajaran secara teori.

“Ini penting bagi penuntut kerana ia akan memberi impak yang besar apabila mereka keluar mencari kerja selepas mena­matkan pengajian kelak,” jelasnya.

Rata-Rata penuntut Kolej Kemahiran tinggi Mara (KKtM), Rembau melahir­kan rasa syukur dan bertuah kerana diberi peluang untuk mengikuti kursus yang diminati di kolej berkenaan.

Menurut muhamad Zainudin mohd Nadzri, 20, dia amat berterima kasih kepada pihak Majlis amanah Rakyat (MaRa) kerana diberi tempat untuk melanjutkan pengajiannya ke peringkat diploma.

“Peluang ini tidak akan saya sia­sia­kan kerana KKtM telah banyak mem­bantu kami dari pelbagai aspek teruta­manya dari segi pembelajaran dan kewangan.

“Kami bukan sahaja tidak perlu membayar sebarang yuran pengajian, malah kami juga diberikan elaun bulan­an sebanyak RM265,’’ katanya yang mengikuti kursus Diploma Reka Bentuk Perabot.

Bagi Norshahirah mohammad Hanifah, 20, KKtM telah membuka peluang untuk dirinya melanjutkan pengajian ke tahap yang lebih tinggi, meskipun gagal mendapat keputusan cemerlang di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Banyak tempat pengajian yang saya cuba mohon tetapi gagal memandang­kan keputusan SPM yang diperoleh dulu tidak berapa baik,’’ jelas penuntut Diploma Seni Reka Bentuk Fesyen yang bercita­cita untuk melanjutkan penga­jian ke peringkat ijazah di luar negara.

Seorang penuntut, muhamad Fazli abdullah, 21, berkata dia akan menggu­nakan peluang belajar itu sebaik mung­kin untuk berjaya.

“Di sini, kemudahan pembelajaran yang disediakan lengkap dan apa yang lebih penting tenaga pengajarnya amat berpengalaman dan banyak membantu dalam apa jua aspek.

“Pengalaman mereka amat berharga kerana ramai di antara mereka sudah bertahun bergiat dalam industri,’’ jelas penuntut Diploma Seni Reka Media Digital yang juga pernah mewakili Malaysia dalam pertandingan reka grafik di Bangkok, thailand pada tahun lalu.

Penuntut Diploma Reka Bentuk Dalaman, Nurul muna Jamaluddin, 21 berkata, kesemua kursus yang ditawar­kan di KKtM Rembau berkait rapat antara satu sama lain.

“Ini amat memudahkan pembelaja­ran kami, kerana kami memerlukan antara satu sama lain, sebagai contoh, kerja kursus atau projek akan dapat dihasilkan dengan lebih kualiti jika ele­men bidang ini digabungkan.

“Selain itu kita juga boleh mendapat­kan idea serta kreativiti dari rakan lain untuk menghasilkan kerja bermutu,’’ katanya.

Seorang lagi penuntut, Nurul Huda mohd. Zulkunine, 20, berkata KKtM merupakan pusat latihan teknikal yang banyak memberi manfaat kepada golongan bumiputera.

“Semuanya ditanggung di sini, apa yang perlu kita buat hanyalah berusaha bersungguh­sungguh untuk mendapat­kan ilmu seterusnya mencatatkan keputusan yang cemerlang.

“antara kelebihan lain adalah dari segi tenaga pengajarnya, mereka ini amat memahami dan adakalanya boleh dijadikan sebagai rakan untuk berkong­si pandangan,’’ kata penuntut Diploma Filem Digital dan animasi.

Mengembangkan kreativiti pelajar

SEbahaGiaN pelajar jurusan reka bentuk media digital berbincang mengenai rekaan yang dibuat menggunakan komputer riba di Kolej Kemahiran Tinggi Mara, rembau.

Md. Khalil MOhaMad

PENGuRuS Projek Perlumbaan IPMarace 2011, abdullah Seman berkata, pihaknya telah mengenal­pasti formula inovasi, reka bentuk enjin, spesifikasi kereta lumba yang belum lagi digunakan oleh institusi pengajian tinggi awam atau swasta dalam IPMarace 2011.

Katanya, hasil dari formula itu telah berjaya meng­hasilkan dua kereta lumba yang akan dibawa oleh IKM Jasin yang 100 peratus dihasilkan oleh pelajar sendiri.

“Penglibatan tenaga pengajar hanyalah memberi idea,’’ katanya.

Katanya, sehingga kini 18 pasukan telah mengesah­kan menyertai pertandingan dan dijangka 25 pasukan akan mengambil bahagian dalam perlumbaan itu nanti.

Beliau berkata, IKM Jasin terpilih menjadi tuan rumah kejohanan kerana institusi berkenaan pernah mendapat tempat kedua dalam kejohanan Varsiti utem tahun lalu.

“Kejohanan perlumbaan ini julung kali diadakan oleh Institusi Pendidikan MaRa (IPMa),” katanya.

Menurutnya, objektif pertandingan itu untuk mem­beri peluang dan landasan kepada pelajar­pelajar IKM untuk mempraktikkan kemahiran automotif yang dipelajari mereka sepanjang berada di institusi berke­naan.

“IKM Jasin akan pastikan penglibatan pelajar dalam pertandingan seperti itu tidak hanya di peringkat dalam negara tetapi di peringkat antarabangsa,’’ katanya.

“Pihaknya yakin pelajar institusi itu mampu menca­pai prestasi terbaik yang diperlukan pada pertandingan itu berdasarkan kemampuan IKM Jasin menduduki naib juara keseluruhan Varsiti utem tahun lalu.

Sebelum ini, penglibatan pertama mereka dalam per­lumbaan litar ialah di eimarace utM Skudai tahun lalu dengan mendapat tempat sepuluh teratas.

Perlumbaan IPMarace 2011 diadakan dengan kerjasa­ma Kerajaan Negeri Melaka dan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Maklumat lanjut mengenai pertandingan itu boleh didadapati di http://ipma.blogspot.com.

iSMil MT zaiN

PElaJar dan pensyarah dari pelbagai jurusan berganding bahu menjayakan projek iPMarace 2011 bersama kereta formula pelajar di iKM Jasin.