mohd lutfi bin arshad - fp.utm.my · general form four students of sekolah menengah teknik kulim,...

21
APLIKASI GAYA BELAJAR (PENGURUSAN MASA, KEMAHIRAN MEMBACA, KEMAHIRAN MENCATAT NOTA, MENGULANGKAJI PELAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERKUMPULAN) PELAJAR TINGKATAN EMPAT KEJURUTERAAN AWAM DI NEGERI KEDAH MOHD LUTFI BIN ARSHAD UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: duongkhanh

Post on 06-Apr-2019

223 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: MOHD LUTFI BIN ARSHAD - fp.utm.my · General form four students of Sekolah Menengah Teknik Kulim, Sekolah Menengah Teknik Jalan ... Oleh itu pelajar memerlukan satu gaya belajar yang

APLIKASI GAYA BELAJAR (PENGURUSAN MASA, KEMAHIRAN

MEMBACA, KEMAHIRAN MENCATAT NOTA, MENGULANGKAJI

PELAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERKUMPULAN) PELAJAR

TINGKATAN EMPAT KEJURUTERAAN AWAM

DI NEGERI KEDAH

MOHD LUTFI BIN ARSHAD

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: MOHD LUTFI BIN ARSHAD - fp.utm.my · General form four students of Sekolah Menengah Teknik Kulim, Sekolah Menengah Teknik Jalan ... Oleh itu pelajar memerlukan satu gaya belajar yang
Page 3: MOHD LUTFI BIN ARSHAD - fp.utm.my · General form four students of Sekolah Menengah Teknik Kulim, Sekolah Menengah Teknik Jalan ... Oleh itu pelajar memerlukan satu gaya belajar yang
Page 4: MOHD LUTFI BIN ARSHAD - fp.utm.my · General form four students of Sekolah Menengah Teknik Kulim, Sekolah Menengah Teknik Jalan ... Oleh itu pelajar memerlukan satu gaya belajar yang

APLIKASI GAYA BELAJAR (PENGURUSAN MASA, KEMAHIRAN

MEMBACA, KEMAHIRAN MENCATAT NOTA, MENGULANGKAJI

PELAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERKUMPULAN) PELAJAR

TINGKATAN EMPAT KEJURUTERAAN AWAM

DI NEGERI KEDAH

MOHD LUTFI BIN ARSHAD

FAKULTI PENDIDIKAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

2004

Page 5: MOHD LUTFI BIN ARSHAD - fp.utm.my · General form four students of Sekolah Menengah Teknik Kulim, Sekolah Menengah Teknik Jalan ... Oleh itu pelajar memerlukan satu gaya belajar yang

ii

Page 6: MOHD LUTFI BIN ARSHAD - fp.utm.my · General form four students of Sekolah Menengah Teknik Kulim, Sekolah Menengah Teknik Jalan ... Oleh itu pelajar memerlukan satu gaya belajar yang

iii

DEDIKASI

Diabadikan buat insan-insan yang tersayang

Buat ibu dan ayah

Yang dihormati, dikasihi dan disayangi

Doa,jasa dan pengorbanan kalian akan ku kenang selamanya

Terima kasih atas didikan yang diberi

Buat isteri dan anakku Tersayang

Pengorbanan dan kesabaran kalian amat ku sanjungi

Dorongan yang diberikan meyakinkan impian

Kejayaan ini adalah kejayaan kita bersama

Setelah mengharungi detik yang berlalu

Buat ahli keluarga yang di kasihi

Teruskan arah perjuangan kalian

Segala pengorbanan, sumbangan bakti kalian

Akan ku kenang selamanya

Buat teman-teman yang mengenali diri ini

Terima kasih

Atas persahabatan kita selama ini

Semoga beroleh kejayaan bersama

Semoga hidup kita diberkati Allah s.w.t sentiasa

Amin!.

Page 7: MOHD LUTFI BIN ARSHAD - fp.utm.my · General form four students of Sekolah Menengah Teknik Kulim, Sekolah Menengah Teknik Jalan ... Oleh itu pelajar memerlukan satu gaya belajar yang

iv

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah s.w.t., selawat dan salam ke atas junjungan

besar Nabi Muhammad s.a.w. kerana dengan izinNya memberi kekuatan dan ketabahan

hati saya dalam menyempurnakan Projek Sarjana Muda (PSM) ini dengan jayanya.

Persediaan dan perancangan yang rapi amat perlu untuk melihat kejayaan projek

ini kerana kejayaan tidak akan datang secara kebetulan, sebaliknya ia perlu dicari dan

dikejar. Walau bagaimanapun kejayaan ini tidak akan dapat dicapai tanpa tunjuk ajar,

bantuan, kerjasama, sokongan, galakan dan pengorbanan beberapa orang tertentu di

sekeliling saya. Justeru itu di kesempatan ini saya ingin mengucapkan ribuan terima

kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Encik Adnan bin Ahmad selaku penyelia

yang begitu banyak membimbing dan membantu dengan idea-idea bernas. Ucapan

terima kasih juga ditujukan kepada rakan-rakan seperjuangan serta semua pihak samada

yang terlibat secara langsung atau tidak langsung, yang banyak memberi sokongan dan

dorongan semasa menyiapkan projek ini.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih juga dirakamkan kepada

Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri Kedah, Pengetua-

pengetua, guru-guru serta pelajar-pelajar tingkatan 4 Pengajian Kejuruteraan Awam di

Sekolah-sekolah Menengah Teknik yang terlibat kerana telah memberi keizinan dan

kerjasama kepada pengkaji untuk menjalankan kajian di sekolah-sekolah berkenaan.

Kepada semua yang terlibat semoga segala jasa kalian diberi ganjaran dari Allah

S.W.T. Amin.

Page 8: MOHD LUTFI BIN ARSHAD - fp.utm.my · General form four students of Sekolah Menengah Teknik Kulim, Sekolah Menengah Teknik Jalan ... Oleh itu pelajar memerlukan satu gaya belajar yang

v

ABSTRAK

Pencapaian sederhana dalam matapelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam di

Negeri Kedah perlu diberi perhatian oleh semua pihak. Kajian ini bertujuan untuk

mengetahui amalan gaya belajar pelajar. Untuk itu satu kajian telah di jalankan ke atas

pelajar-pelajar tingkatan empat Pengajian Kejuruteraan Awam di tiga buah sekolah yang

menawarkan matapelajaran tersebut.Antara sekolah yang tepilih itu ialah Sekolah

Menengah Teknik Kulim, Sekolah Menengah Teknik Jalan Stadium dan Sekolah

Menengah Teknik Alor Star. Kajian ini dibataskan kepada lima aspek iaitu pengurusan

masa, kemahiran membaca, kemahiran mencatat nota, kemahiran mengulangkaji

pelajaran dan amalan pembelajaran bekumpulan. Instrumen yang digunakan dalam kajian

ini ialah set soal selidik yang terbahagi kepada dua bahagian A melibatkan latar belakang

responden dan bahagian B melibatkan responden terhadap persoalan kajian. Data yang

diperolehi dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS (Statistical Packages For Social

Science) version 11.0 dalam bentuk kekerapan, peratusan dan min. Hasil kajian

mendapati tahap kefahaman pelajar terhadap gaya pembelajaran berkesan yang

digunakan berada pada tahap sederhana sahaja. Secara kesuluruhannya, hasil dapatan

daripada kajian ini boleh membantu untuk kajian seterusnya dan mampu meningkatkan

lagi mutu pencapaian pelajar-pelajar pada masa yang terdekat

Page 9: MOHD LUTFI BIN ARSHAD - fp.utm.my · General form four students of Sekolah Menengah Teknik Kulim, Sekolah Menengah Teknik Jalan ... Oleh itu pelajar memerlukan satu gaya belajar yang

vi

ABSTRACT

The average performance of Pengajian Kejuruteraan Awam subject in Kedah

should be concerned by all parties. This is to know the way student’s studying. General

form four students of Sekolah Menengah Teknik Kulim, Sekolah Menengah Teknik Jalan

Stadium and Sekolah Menengah Teknik Alor Star were chosen. This study based on five

aspects that are thing reading, writing, review and group studying. Two sets of instrument

were used that are set A is to know about the students background and set B is to know

how student’s response on certain analysis. The data received is by analyzed uses SPSS

(Statistical Packages For Social Science) version 11.0 in frequency, percentage and min.

Overall, student’s understand on study method is only average. This study can be used as

a reference an will improve student’s performance in future.

Page 10: MOHD LUTFI BIN ARSHAD - fp.utm.my · General form four students of Sekolah Menengah Teknik Kulim, Sekolah Menengah Teknik Jalan ... Oleh itu pelajar memerlukan satu gaya belajar yang

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL x

SENARAI SINGKATAN xi

SENARAI LAMPIRAN xii

I PENDAHULUAN 1

1.0 Pengenalan 1

1.1 Latarbelakang Masalah 3

1.2 Pernyataan Masalah 5

1.3 Objektif Kajian 5

1.4 Persoalan Kajian 6

1.5 Kepentingan Kajian 6

1.6 Batasan Kajian 7

1.7 Definisi Istilah 8

II SOROTAN PENULIS 10

2.0 Pengenalan 10

Page 11: MOHD LUTFI BIN ARSHAD - fp.utm.my · General form four students of Sekolah Menengah Teknik Kulim, Sekolah Menengah Teknik Jalan ... Oleh itu pelajar memerlukan satu gaya belajar yang

viii

2.1 Objektif Matapelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam: 11

2.2 Kandungan Sukatan Matapelajaran Pengajian

Kejuruteraan Awam 12

2.3 Gaya Pembelajaran 12

2.4 Teknik pengurusan masa dalam pembelajaran. 14

2.5 Teknik kemahiran membaca dalam pembelajaran 16

2.6 Teknik kemahiran mencatat nota dalam pembelajaran 18

2.7 Kemahiran mengulangkaji pelajaran yang betul. 20

2.8 Kemahiran pembelajaran berkumpulan 22

III METODOLOGI 26

3.0 Pengenalan 26

3.1 Kaedah Kajian 26

3.2 Populasi Kajian 27

3.3 Instrumen Kajian 27

3.4 Kaedah Pengumpulan Data 28

3.5 Kajian Rintis 29

3.6 Kajian Sebenar 29

3.7 Analsis Data 30

IV ANALISIS DATA 32

4.0 Pengenalan 32

4.1 Persoalan Kajian 33

4.2 BAHAGIAN A : Analisis Profail Dan Gaya Pembelajaran

Berkesan Responden. 33

4.3 BAHAGIAN B : Dapatan Kajian 35

4.4.1 Dapatan Persoalan Kajian 1 36

Page 12: MOHD LUTFI BIN ARSHAD - fp.utm.my · General form four students of Sekolah Menengah Teknik Kulim, Sekolah Menengah Teknik Jalan ... Oleh itu pelajar memerlukan satu gaya belajar yang

ix

4.4.2 Dapatan Persoalan Kajian 2 38

4.4.3 Dapatan Persoalan Kajian 3 39

4.4.4 Dapatan Persoalan Kajian 4 41

4.4.5 Dapatan Persoalan Kajian 5 43

4.4.6 Penutup 46

V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 47

5.0 Pengenalan 47

5.1 Perbincangan Kajian 47

5.1.1 Amalan Pengurusan Masa Dalam Pembelajaran

Dengan Teratur. 48

5.1.2 Amalan Kemahiran Membaca Dalam Pembelajaran. 50

5.1.3 Amalan Kemahiran Mencatat Nota Dalam Pembelajaran. 51

5.1.4 Amalan Kemahiran Mengulangkaji Pelajaran Secara

Sistematik. 52

5.1.5. Kemahiran Pembelajaran Berkumpulan Di kalangan Pelajar .53

5.2. Rumusan 55

5.3 Cadangan 57

5.4 Kajian Lanjutan 58

5.5 Penutup 59

BIBLIOGRAFI

LAMPIRAN A - E

Page 13: MOHD LUTFI BIN ARSHAD - fp.utm.my · General form four students of Sekolah Menengah Teknik Kulim, Sekolah Menengah Teknik Jalan ... Oleh itu pelajar memerlukan satu gaya belajar yang

x

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL PERKARA MUKA SURAT

1.1 Analisa keputusan SPM 2001 dan 2002 matapelajaran PKA 4

3.3 Taburan Iten Soal Selidik 27

3.3.1 Skal Likert Dengan Markah Skor 28

3.7.1 Tahap Penilaian Responden Berdasarkan Min 30

3.7.2 Pengelasan Dimensi Persoalan Kajian dan Peratus 31

4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 33

4.2 Taburan Responden Mengikut Bangsa 34

4.3 Taburan Responden Mengikut Tempat Tinggal 34

4.4 Bilangan Responden Mengikut Gaya Belajar Berkesan 35

4.5 Min dan bilangan (peratus) item-item pengurusan masa 36 4.6 Min dan bilangan (peratus) item-item kemahiran membaca 38 4.7 Min dan bilangan (peratus) item-item mencatat nota 39 4.8 Min dan bilangan (peratus) item-item kemahiran ulangkaji 41 4.9 Min dan bilangan (peratus) item-item pembelajaran berkumpulan 43

Page 14: MOHD LUTFI BIN ARSHAD - fp.utm.my · General form four students of Sekolah Menengah Teknik Kulim, Sekolah Menengah Teknik Jalan ... Oleh itu pelajar memerlukan satu gaya belajar yang

xi

SENARAI SINGKATAN

FPM : Falsafah Pendidikan Negara

KBSR : Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah

KBSM : Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

PMR : Penilaian Menengah Rendah

PKA : Pengajian Kejuruteraan Awam

KPM : Kementerian Pendidikan Malaysia

JPT : Jabatan Pendidikan Teknikal

SMT : Sekolah Menengah Teknik

SMV : Sekolah Menengah Vokasional

IPTA : Institusi Pengajian Tinggi Awam

JPN : Jabatan Pendidikan Negeri Kedah

SPM : Sijil Pelajaran Malaysia

BPPDP : Bahagian Pembangunan dan Penyelidikan

Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia

SPSS : (Statistical Packages For Social Science)

Page 15: MOHD LUTFI BIN ARSHAD - fp.utm.my · General form four students of Sekolah Menengah Teknik Kulim, Sekolah Menengah Teknik Jalan ... Oleh itu pelajar memerlukan satu gaya belajar yang

xii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN PERKARA MUKA SURAT

A Surat Pengesahan Penyelidikan UTM 63

B Surat Kebenaran EPRD 64

C Surat Kebenaran Jabatan Pendidikan Negeri Kedah 65

D Pengesahan Pakar Bidang 66

E Soal Selidik 67

i. Bahagian A

ii. Bahagian B

Page 16: MOHD LUTFI BIN ARSHAD - fp.utm.my · General form four students of Sekolah Menengah Teknik Kulim, Sekolah Menengah Teknik Jalan ... Oleh itu pelajar memerlukan satu gaya belajar yang

BAB 1

PENGENALAN

1.0 Pengenalan

Setiap masyarakat di dunia menyedari kepentingan pendidikan. Sejarah

membuktikan sejak zaman dahulu lagi para ibu bapa, pendidik dan ahli psikologi sentiasa

melibatkan diri dalam proses pembelajaran. Para pelajar didedahkan dengan pelbagai

disiplin pelajaran. Pelbagai agama yang menjadi anutan masyarakat di dunia, khasnya

agama Islam amat mementingkan pendidikan. Agama Islam mengingatkan umatnya

berkenaan kepentingan penyelidikan. Pendidikan perlu dimulakan seawal usia kanak-

kanak atau bayi yang masih dalam kandungan.Dalam agama Islam menuntut ilmu

merupakan satu perkara yang sangat dituntut sebagaimana sabda Rasullullah S.A.W.

bermaksud :

“Menuntut ilmu itu wajib ke atas muslimin dan muslimat”

(Diriwayatkan oleh Ibnu Majah)

Falsafah Pendidikan Negara (FPN) mengungkapkan, Pendidikan di Malaysia

ialah satu usaha yang berterusan kearah memperkembangkan potensi individu secara

menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmoni dan seimbang

daripada segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan

kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu dan

berpengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai

kesejahteraan diri dan memberi sumbangan kepada keharmonian dan kemakmuran

masyarakat dan negara (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1990).

Page 17: MOHD LUTFI BIN ARSHAD - fp.utm.my · General form four students of Sekolah Menengah Teknik Kulim, Sekolah Menengah Teknik Jalan ... Oleh itu pelajar memerlukan satu gaya belajar yang

2

Liputan kurikulum masa kini yang mengambil kira Prinsip Rukun Negara dan

FPN diterjemahkan dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan

Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Apabila diteliti dengan lebih

mendalam, kurikulum KBSR menunjukkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran adalah

bercorak pendidikan asas. (Mohd Daud Hamzah, 1993) Matlamat KBSR adalah

memperkembangkan individu pelajar secara menyeluruh yang merangkumi aspek intelek,

rohani, emosi, jasmani, bakat, akhlak, sosial dan nilai estetika. Matlamat pendidikan

sekolah menengah pula ialah membentuk rakyat Malaysia yang berperibadi unggul

berasaskan perkembangan potensi individu sebagai insan yang patuh kepada Tuhan.

(Pusat Perkembangan Kurikulum, 1987) Liputan kedua-dua kurikulum tersebut

menunjukan terdapatnya daya usaha untuk menyediakan setiap individu pelajar pada

masa hadapan. Pengembangan pembelajaran yang bersesuaian bagi memenuhi usaha-

usaha tersebut perlu mengambil kira peringkat pertumbuhan pelajar secara individu.

(Connell, 1981)

Menurut Slavin (1994) pembelajaran ialah proses mental atau fizikal yang

membawa kepada perubahan dalam tingkahlaku. Kebijaksanaan bukan sesuatu elemen

statik tetapi adalah suatu sistem dinamik terbuka yang sentiasa berkembang sepanjang

hayat. Kebanyakan proses pembelajaran yang siknifikan adalah daripada apa yang telah

kita lakukan iaitu melalui tindakan dan pemerhatian. Menurut Honey dan Mumford

(1992) pembelajaran telah berlaku apabila manusia boleh mempamerkan sesuatu yang

baru samada dalam bentuk pemahaman, kesedaran atau pun kemahiran.

Dalam proses pembelajaran ini terdapat beberapa kecenderungan yang dimiliki

dan diamalkan oleh individu. Kecenderungan ini termasuk kecenderungan untuk melalui

pengalaman semasa mempelajari sesuatu, kecenderungan untuk mengimbas kembali,

kecenderungan untuk mempastikan implimentasi. Kecenderungan ini adalah sebahagian

daripada proses pembelajaran yang telah dijelaskan oleh Honey dan Mumford (1992).

Sebagai satu proses sepanjang hayat umpama satu gelungan spring yang melingkar tanpa

Page 18: MOHD LUTFI BIN ARSHAD - fp.utm.my · General form four students of Sekolah Menengah Teknik Kulim, Sekolah Menengah Teknik Jalan ... Oleh itu pelajar memerlukan satu gaya belajar yang

3

penghujungnya. Tahap-tahap kecenderungan ini dapat menjelaskan bagaimana proses

sesuatu pembelajaran dapat mempengaruhi gaya pembelajaran seseorang individu.

1.1 Latarbelakang Masalah

Pengalaman yang dilalui oleh seseorang itu amat penting di dalam proses

pembelajaran. Ianya amat berguna untuk membawa perubahan kepada sikap dan tingkah

laku seorang pelajar di dalam menghadapi satu pembelajaran (Sulaiman, 1996).

Dalam konteks ini, pelajar-pelajar perlu mengetahui serta mengamalkan sistem

atau gaya pembelajaran yang betul. Dalam usaha untuk mempertingkatkan prestasi

pelajar, pelbagai usaha di ambil oleh pihak sekolah antaranya seperti motivasi pelajar,

ceramah teknik menjawab soalan dengan mengundang penceramah-penceramah yang

berpengalaman luas dalam bidang ini.

Gaya pembelajaran yang berbeza apabila digunakan dengan baik akan

mendatangkan hasil yang berharga. Jika pelajar tidak mengetahui dan tidak menyedari di

mana letaknya kekuatan belajar masing-masing mereka akan ketinggalan. Menurut Ainon

dan Abdullah (1994) salah satu faktor yang mempengaruhi prestasi akademik pelajar

ialah gaya mereka belajar.

Peperiksaan SPM merupakan peristiwa penting bagi pelajar tingkatan lima di

alam persekolahan. Oleh itu pelajar memerlukan satu gaya belajar yang bersistematik.

Keazaman dan kesungguhan yang kuat akan dapat menggandingkan semua matapelajaran

akademik merupakan ciri penting bagi menjamin kejayaan mereka dalam sebarang

peperiksaan.

Kecemerlangan pelajar menjadi harapan pelbagai pihak terutamanya ibubapa,

pihak sekolah dan ahli masyarakat Keputusan yang di keluarkan oleh Lembaga

Peperiksaan Malaysia setiap tahun menunjukkan perubahan samada bertambah baik atau

Page 19: MOHD LUTFI BIN ARSHAD - fp.utm.my · General form four students of Sekolah Menengah Teknik Kulim, Sekolah Menengah Teknik Jalan ... Oleh itu pelajar memerlukan satu gaya belajar yang

4

merosot. Pelajar cemerlang biasanya dianggap mengamalkan gaya pembelajaran yang

baik dan sentiasa menjadi perhatian pihak media bertanyakan resepi pembelajaran.

Pengajian Kejuruteraan Awam (PKA) yang dijalankan di sekolah-sekolah

menengah teknik di seluruh Malaysia tidak terkecuali dalam analisa keputusan

peperiksaan apabila diumumkan. Keberkesanan kurikulum ini diukur melalui ujian yang

dijalankan setelah proses pembelajaran berlaku. Dan ujian yang dijalankan sentiasa

menguji kebolehan dan pencapaian pelajar , yang mana pencapaian banyak dikaitkan

dengan cara atau gaya pelajar menangani sesuatu topik dalam pelajaran. Berikut adalah

analisa keputusan SPM 2001 dan 2002 matapelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam di

tiga buah Sekolah Menengah Teknik (SMT) di negeri Kedah (Jabatan Pendidikan Negeri

Kedah, 2003).

Jadual : Analisa keputusan SPM 2001 dan 2002 matapelajaran Pengajian

Kejuruteraan Awam di tiga buah SMT di negeri Kedah

Sekolah SPM 1A 2A 3B 4B 5C 6C 7D 8D 9E T.H. CALON

2001 13 20 17 20 13 16 3 2 1 0 105 SMT Alor Star 2002 2 4 14 28 25 19 8 4 1 1 105

2001 0 2 2 5 0 7 12 6 1 0 35 SMT Jln.Stadium 2002 3 2 6 10 4 4 3 0 0 0 32

2001 2 2 3 8 17 23 33 26 2 0 116 SMT Kulim 2002 0 5 17 28 40 23 15 2 1 0 131

Daripada Analisa SPM 2000 dan 2001 di atas pengkaji merasakan pencapaian

sederhana ( kawasan yang digelapkan adalah terlalu tinggi dan keputusan cemerlang amat

kurang). Data menunjukkan pencapaian sederhana (51%) dan (15%) cemerlang pada

tahun 2001 manakala tahun 2002 pencapaian sederhana sebanyak (60%) dan cemerlang

hanya (5%) daripada jumlah calon yang mengambil peperiksaan. Menurut Hunt (1981)

gaya pembelajaran boleh merujuk kepada syarat-syarat pendidikan yang membolehkan

pembelajaran paling berkesan berlaku. Oleh itu bolehlah dikatakan gaya pembelajaran

amat abstark dan berbeza di antara individu ( Ee Ah Meng, 1994).

Page 20: MOHD LUTFI BIN ARSHAD - fp.utm.my · General form four students of Sekolah Menengah Teknik Kulim, Sekolah Menengah Teknik Jalan ... Oleh itu pelajar memerlukan satu gaya belajar yang

5

1.2 Pernyataan Masalah

Gaya pembelajaran harus sesuai dan tepat bagi memenuhi kehendak pelajar dan

grid ujian atau peperiksaan. Sesuatu aktiviti pembelajaran yang berjaya bergantung

kepada kesediaan pelajar memilih operasi yang wajar,mengekalkan pengeluaran operasi

tersebut dan mengeluarkan sejumlah usaha ke arah matlamat yang di kehendaki (

Mohd.Daud Hamzah, 1990 ).

Oleh yang demikian pengkaji ingin mengetahui apakah gaya pembelajaran yang

diamalkan oleh pelajar-pelajar tingkatan empat Pengajian Kejuruteraan Awam.

1.3 Objektif Kajian Ojektif kajian ini adalah untuk:-

1.3.1 Mengenalpasti amalan pengurusan masa pembelajaran di kalangan pelajar

pelajar tingkatan empat PKA

1.3.2 Mengenalpasti amalan kemahiran membaca dalam pembelajaran di kalangan

pelajar-pelajar tingkatan empat PKA

1.3.3 Mengenalpasti amalan kemahiran mencatat nota dalam pembelajaran di

kalangan pelajar-pelajar tingkatan empat PKA

1.3.4 Mengenalpasti amalan kemahiran mengulangkaji pelajaran secara sistematik

di kalangan pelajar-pelajar tingkatan empat PKA

1.3.5 Mengenalpasti amalan pembelajaran berkumpulan dikalangan pelajar-pelajar

tingkatan empat PKA

Page 21: MOHD LUTFI BIN ARSHAD - fp.utm.my · General form four students of Sekolah Menengah Teknik Kulim, Sekolah Menengah Teknik Jalan ... Oleh itu pelajar memerlukan satu gaya belajar yang

6

1.4 Persoalan Kajian

Konsep pembelajaran dan kaedah belajar yang betul merupakan faktor yang

penting untuk menentukan kejayaan dan kecemerlangan individu dalam pelajaran. Mohd.

Yunus (1990), kaedah ini akan membantu pelajar menyaksikan masalah pencapaian

akademik supaya pelajar dapat menikmati kejayaan cemerlang. Tegasnya kaedah

pembelajaran yang baik dan betul hendaklah dipelajari, kemudian di praktikkan secara

berterusan oleh setiap pelajar. Dengan menggunakan kaedah seperti ini masa dan tenaga

dapat dimanfaatkan secara secara optimum untuk mencatatkan keputusan yang

cemerlang.

Oleh itu pengkaji ingin mengetahui :

1.4.1 Adakah pelajar-pelajar tingkatan empat PKA mengamalkan pengurusan masa

pembelajaran dengan teratur ?

1.4.2 Adakah pelajar-pelajar tingkatan empat PKA mengamalkan kemahiran

membaca dalam pembelajaran ?

1.4.3 Adakah pelajar-pelajar tingkatan empat PKA mengamalkan kemahiran

mencatat nota dalam pembelajaran ?

1.4.4 Adakah pelajar-pelajar tingkatan empat PKA mengamalkan kemahiran

mengulangkaji pelajaran secara sistematik ?

1.4.5 Adakah amalan pembelajaran berkumpulan di kalangan pelajar tingkatan

empat PKA dipraktikan ?