moe.gov.my program cuti... · web viewperingkat ijazah sarjana serta 3 tahun (6 semester) bagi...

7
PENAWARAN KEMUDAHAN PENAJAAN/CUTI BELAJAR BERGAJI PENUH PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TAHUN 2018 Latar Belakang Pelaksanaan Program Penajaan/Cuti Belajar di Kementerian Pendidikan Malaysia. KPM menawarkan program penajaan/Cuti Belajar kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) untuk mengikuti pengajian di peringkat pascasiswazah (Ijazah Sarjana dan Kedoktoran) bertujuan untuk membangunkan warga pendidik yang kompeten bagi memenuhi keperluan strategik pendidikan negara demi memartabatkan Profesion Keguruan selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) Tahun 2013-2025. Pemberian penajaan atau kemudahan Cuti Belajar juga merupakan satu bentuk penganugerahan dan pengiktirafan kepada PPP yang menunjukkan prestasi cemerlang dan berpotensi untuk menyumbangkan idea baharu serta kreatif dan berinovasi khusus dalam bidang yang diperlukan oleh Kementerian. Setiap tahun, perancangan penajaan dan kelulusan Cuti Belajar bagi PPP adalah diselaraskan oleh Bahagian Pendidikan Guru (BPG) serta Bahagian Tajaan Pendidikan (BT) bertepatan dengan Perancangan Strategik Penajaan Dalam Pembangunan Profesionalisme PPP “Strategic Canvas”. Antara program yang ditawarkan adalah Cuti Belajar Bergaji Penuh Dengan Biasiswa (CBBP DB), Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB) dan Hadiah Latihan Persekutuan Separuh Masa/Sambilan (HLPS). CBBP DB dan

Upload: ngothien

Post on 10-Mar-2018

231 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: moe.gov.my Program Cuti... · Web viewperingkat Ijazah Sarjana serta 3 tahun (6 semester) bagi pengajian peringkat Ijazah Kedoktoran. Di bawah program CBBP DB, PPP yang berjaya akan

PENAWARAN KEMUDAHAN PENAJAAN/CUTI BELAJAR BERGAJI PENUH PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN,

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TAHUN 2018

Latar Belakang Pelaksanaan Program Penajaan/Cuti Belajar di Kementerian Pendidikan Malaysia.

KPM menawarkan program penajaan/Cuti Belajar kepada Pegawai

Perkhidmatan Pendidikan (PPP) untuk mengikuti pengajian di peringkat

pascasiswazah (Ijazah Sarjana dan Kedoktoran) bertujuan untuk

membangunkan warga pendidik yang kompeten bagi memenuhi keperluan

strategik pendidikan negara demi memartabatkan Profesion Keguruan selaras

dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) Tahun 2013-2025.

Pemberian penajaan atau kemudahan Cuti Belajar juga merupakan satu

bentuk penganugerahan dan pengiktirafan kepada PPP yang menunjukkan

prestasi cemerlang dan berpotensi untuk menyumbangkan idea baharu serta

kreatif dan berinovasi khusus dalam bidang yang diperlukan oleh

Kementerian. Setiap tahun, perancangan penajaan dan kelulusan Cuti

Belajar bagi PPP adalah diselaraskan oleh Bahagian Pendidikan Guru (BPG)

serta Bahagian Tajaan Pendidikan (BT) bertepatan dengan Perancangan

Strategik Penajaan Dalam Pembangunan Profesionalisme PPP “Strategic

Canvas”.

Antara program yang ditawarkan adalah Cuti Belajar Bergaji Penuh Dengan

Biasiswa (CBBP DB), Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB)

dan Hadiah Latihan Persekutuan Separuh Masa/Sambilan (HLPS). CBBP DB

dan CBBP TB merupakan program yang dibuka tawarannya kepada PPP

untuk mengikuti pengajian secara sepenuh masa di Universiti Awam di

dalam dan luar negara. PPP yang berjaya ditawarkan program ini layak

diberikan Cuti Belajar Bergaji Penuh sebagaimana yang diperuntukkan di

dalam Perintah Am Bab ‘C’ Perkara 36 iaitu selama 2 tahun (4 semester) bagi

Page 2: moe.gov.my Program Cuti... · Web viewperingkat Ijazah Sarjana serta 3 tahun (6 semester) bagi pengajian peringkat Ijazah Kedoktoran. Di bawah program CBBP DB, PPP yang berjaya akan

pengajian di peringkat Ijazah Sarjana serta 3 tahun (6 semester) bagi

pengajian peringkat Ijazah Kedoktoran.

Di bawah program CBBP DB, PPP yang berjaya akan menerima penajaan

yuran pengajian serta elemen biasiswa sepanjang tempoh pengajian.

Manakala, CBBP TB pula tidak menawarkan sebarang elemen biasiswa

sama ada pembiayaan yuran pengajian ataupun biasiswa sepanjang tempoh

pengajian.

Selain itu, KPM turut menawarkan satu program khas di bawah CBBP DB

iaitu Sarjana Kaunseling (Dalam Penyalahgunaan Dadah) atau lebih dikenali sebagai SPADA. Program SPADA ini adalah usahasama

Kementerian dengan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti

Malaysia Sabah (UMS) untuk mempertingkatkan kemahiran guru kaunseling

khususnya dalam menangani masalah penagihan dadah dalam kalangan

pelajar sekolah. Pegawai yang ditawarkan program ini akan mengikuti

pengajian selama 2 tahun atau empat (4) semester.

HLPS pula adalah program penajaan yang ditawarkan kepada PPP yang

berhasrat atau sedang melanjutkan pengajian secara separuh masa atau

sambilan di universiti awam. Tempoh penajaan yang diberikan kepada

pegawai adalah maksimum sehingga 3 tahun (6 semester) bagi pengajian

peringkat Sarjana dan sehingga 5 tahun (10 semester) bagi pengajian

peringkat Kedoktoran. PPP yang menerima tawaran HLPS berkelayakan

untuk menerima penajaan Yuran Pengajian, Elaun Buku dan Elaun Tesis.

Page 3: moe.gov.my Program Cuti... · Web viewperingkat Ijazah Sarjana serta 3 tahun (6 semester) bagi pengajian peringkat Ijazah Kedoktoran. Di bawah program CBBP DB, PPP yang berjaya akan

PELAKSANAAN PENAWARAN PENAJAAN/CUTI BELAJAR BAGI TAHUN 2018

Bagi tahun 2018, KPM membuka permohonan penajaan/Cuti Belajar kepada

PPP untuk melanjutkan pengajian dalam bidang dan pengkhususan

berdasarkan ketetapan dan keperluan KPM. (Sila rujuk Lampiran A – Senarai Bidang Pengajian Program Penajaan/Cuti Belajar Bergaji Penuh Tahun 2018). PPP perlu memastikan bidang yang dimohon adalah berkaitan

dengan kelayakan akademik yang telah dimiliki, kesesuaian opsyen atau

pengalaman perkhidmatan serta perancangan peningkatan kerjaya pada

masa akan datang. PPP juga harus mematuhi ketetapan KPM untuk

mengikuti pengajian dalam dua (2) pilihan mod pengajian iaitu Mod

Campuran (Kerja Kursus Dengan Disertasi/Tesis) atau Mod Penyelidikan

Sepenuhnya bagi pengajian Ijazah Sarjana serta Mod Penyelidikan

Sepenuhnya bagi Pengajian Ijazah Kedoktoran.

PPP yang berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan boleh

mengemukakan permohonan secara dalam talian melalui Sistem e-

Penawaran di laman sesawang KPM yang dijangka akan dibuka pada Februari 2018. (Sila rujuk LAMPIRAN B – Carta Alir Permohonan Program Penajaan/Cuti Belajar Bergaji Penuh Tahun 2018). PPP yang

berhasrat untuk memohon kemudahan penajaan/Cuti Belajar digalakkan

untuk membuat persediaan dan perancangan awal termasuk mengenalpasti

universiti-universiti yang menawarkan bidang pengajian yang ingin dimohon

(bidang perlu selaras dengan ketetapan KPM sewaktu penawaran dibuka)

dan pensyarah yang berkelayakan serta berkepakaran untuk dilantik sebagai

penyelia sewaktu pengajian kelak.

KPM akan meneliti dan memilih PPP yang terbaik dan memenuhi kriteria

yang ditetapkan untuk dipanggil temuduga. Sehubungan itu, PPP yang

berjaya dipanggil temuduga dinasihatkan untuk membuat persediaan yang

Page 4: moe.gov.my Program Cuti... · Web viewperingkat Ijazah Sarjana serta 3 tahun (6 semester) bagi pengajian peringkat Ijazah Kedoktoran. Di bawah program CBBP DB, PPP yang berjaya akan

baik sebelum menghadiri temuduga termasuk membuat permohonan kemasukan ke Universiti Awam Dalam Negara bagi peringkat Sarjana dan Kedoktoran atau Universiti terkemuka Luar Negara yang ditetapkan KPM bagi peringkat Kedoktoran berdasarkan bidang yang dimohon bagi

mengelak kegagalan mendapat tempat untuk kemasukkan sesi September

2018 sekiranya berjaya ditawarkan penajaan/Cuti Belajar kelak.

Selain itu, PPP perlu menyediakan KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN (dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris untuk pengajian Dalam Negara dan Bahasa Inggeris bagi pengajian Luar Negara) yang berkualiti dan ASLI bersesuaian dengan bidang yang dimohon beserta SLAID pembentangan untuk diserahkan kepada BT dan dibawa semasa sesi temuduga.

PPP yang berjaya temuduga akan menerima Surat Tawaran Bersyarat dan

WAJIB menghadiri Program Persediaan bagi suatu tempoh yang akan

ditentukan oleh pihak KPM serta LULUS ujian bertulis yang diadakan semasa

Program Persediaan tersebut. Kegagalan PPP untuk menghadiri Program

Persediaan berkenaan boleh mengakibatkan penawaran terbatal.

PPP yang menerima kemudahan penajaan/Cuti Belajar adalah terikat dengan

kontrak perkhidmatan dan tertakluk kepada terma-terma yang terkandung di

dalam perjanjian. Selain itu, PPP bertanggungjawab terhadap pengajian dan

WAJIB menamatkan pengajian dalam tempoh Cuti Belajar yang diluluskan

(Graduate On Time (GOT)).

Sepanjang tempoh Cuti Belajar yang diluluskan, PPP akan mengisi Jawatan

Latihan Bahagian Tajaan Pendidikan (BT), KPM dan BT merupakan Ketua

Jabatan baharu yang berperanan untuk menguruskan hal-hal perkhidmatan

PPP sepanjang tempoh tersebut. Tempoh Cuti Belajar ini juga layak diambil

kira bagi tujuan perkiraan faedah-faedah persaraan. Selain itu, diingatkan

Page 5: moe.gov.my Program Cuti... · Web viewperingkat Ijazah Sarjana serta 3 tahun (6 semester) bagi pengajian peringkat Ijazah Kedoktoran. Di bawah program CBBP DB, PPP yang berjaya akan

bahawa PPP boleh dipertimbangkan untuk kenaikan pangkat (Time-Based

Berdasarkan Kecemerlangan) dalam tempoh mengikuti kursus tersebut

sekiranya telah memenuhi syarat dalam skim perkhidmatan berkenaan.

PPP akan kembali berkhidmat setelah tamat tempoh Cuti Belajar sekaligus

perlu memanfaatkan sepenuhnya ilmu dan kepakaran yang dimiliki untuk

kemajuan diri dan organisasi (pulangan ke atas pelaburan). PPP yang

melapor diri akan ditempatkan ke dalam ekosistem pendidikan mengikut

keperluan semasa Kementerian serta bersesuaian dengan bidang kepakaran

dan kekosongan tempat bagi membolehkan KPM melaksanakan

perancangan pembangunan sumber manusia secara berkesan.

Setelah memahami maklumat program penajaan/Cuti Belajar ini, PPP yang

berminat perlu meneliti dan memahami syarat-syarat permohonan (rujuk Lampiran C - Syarat-Syarat Permohonan Penajaan/Cuti Belajar Bergaji Penuh Tahun 2018) terlebih dahulu sebelum memohon.

Untuk sebarang perkembangan terkini dan pertanyaan mengenai perkara ini,

boleh layari facebook Bahagian Tajaan Pendidikan atau emel ke:

[email protected] atau hubungi 03- 8321 7100/7138.

Bahagian Tajaan PendidikanKementerian Pendidikan Malaysia