modul syair nuri 3

11
Tingkatan : 4 Masa : 40 Minit Tajuk : Syair Si Burung Nuri Tiga Aspek : Bentuk Syair Menghasilkan Syair Genre : Puisi Tradisional Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat; i. Menghuraikan gaya bahasa bagi Syair Si Burung Nuri Tiga ii. Mencipta serangkap syair bertemakan nasihat Hasil Pembelajaran Utama : 5.0 Menganalisis puisi. 9.0 Menghasilkan dan mempersembahkan puisi Hasil Pembelajaran Khusus : 5.1 Menghuraikan bentuk puisi yang dikaji 9.3 Menulis puisi menggunakan bahasa puitis Pengisian Kurikulum i. Ilmu : Pendidikan Moral /Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan ii. Nilai Kemanusiaan : bertanggungjawab dan bijaksana iii. Kemahiran Bernilai Tambah : Kecerdasan Pelbagai - Muzik 1

Upload: laura-lenn

Post on 29-Nov-2015

199 views

Category:

Documents


25 download

TRANSCRIPT

Page 1: Modul Syair Nuri 3

Tingkatan : 4Masa : 40 Minit

Tajuk : Syair Si Burung Nuri Tiga

Aspek : Bentuk SyairMenghasilkan Syair

Genre : Puisi Tradisional

Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat;

i. Menghuraikan gaya bahasa bagi Syair Si Burung Nuri Tigaii. Mencipta serangkap syair bertemakan nasihat

Hasil Pembelajaran Utama : 5.0 Menganalisis puisi.9.0 Menghasilkan dan mempersembahkan puisi

Hasil Pembelajaran Khusus : 5.1 Menghuraikan bentuk puisi yang dikaji9.3 Menulis puisi menggunakan bahasa puitis

Pengisian Kurikulum

i. Ilmu : Pendidikan Moral /Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraanii. Nilai Kemanusiaan : bertanggungjawab dan bijaksanaiii. Kemahiran Bernilai Tambah : Kecerdasan Pelbagai - Muzikiv. Pendekatan : Berfokusv. Aktiviti : Perbincangan, Kerja berpasangan dan nyanyian

1

Page 2: Modul Syair Nuri 3

Langkah Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Penilaian Formatif Catatan

Set Induksi a) Guru menunjukkan gambar burung Nuri dan bunga

Cempakab) Guru memperdengarkan rakaman syair Si Burung

Nuri Tiga

c) Guru meminta murid menyebut nama watak yang terdapat dalam syair tersebut

d) Guru menjelaskan kegunaan puisi pada zaman dahulu dan manfaatnya..

Murid dapat mengemukakan 3 watak

Gambar Burung Nuri dan Bunga cempaka

Rakaman Syair Si Burung Nuri

KBTKemahiran Berfikir

Langkah 1 a) Guru meminta dua orang murid melagukan Syair si Burung Nuri mengikut kreativiti masing-masing.

b) Guru menjelaskan elemen gaya bahasa yang terdapat dalam sesebuah puisi.

c) Guru meminta murid mengemukakan definisi bagi setiap gaya bahasa yang dikemukakan

Dua orang murid melagukan syair

Murid dapat mengemukakan 6 gaya bahasa

Teknik mestamu

Gaya bahasa- sinkope- inversi- hiperbola- perlambangan- anafora- epifora

KBTKemahiran Berfikir- menganalisis

Lampiran 1

2

Page 3: Modul Syair Nuri 3

Langkah 2 a) Guru mengedarkan LPG tentang syair.

b) Secara berpasangan, guru meminta murid menggunakan teknik Bedah Karya bagi menganalisis gaya bahasa syair

c) Guru meminta 2 orang murid membentangkan hasil perbincangan mereka di hadapan kelas.

d) Guru menyemak kerja murid-murid yang lain dan memberi kata-kata pengukuhan terhadap kerja murid.

Murid dapat menyenaraikan gaya bahasa

Lampiran 2

KBTKemahiran Berfikir - menganalisis

Langkah 3 a) Guru meminta murid secara berpasangan mencipta satu rangkap syair bertemakan “Nasihat”

b) Guru meminta murid melagukan syair ciptaan mereka dengan gaya dan intonasi masing-masing.

Murid mencipta satu rangkap syair

Kerja kumpulan

Lampiran 3Contoh syair “Nasihat”

KBKKKinestetik

Penutup a) Guru merumuskan hasil pengajaran dan hasil tugasan kumpulan murid..

b) Guru memberikan beberapa soalan sebagai pengukuhan untuk menguji pemahaman murid.

Murid menjawab soalan kuiz.

Lampiran 4Soalan kuiz

3

Page 4: Modul Syair Nuri 3

Burung Nuri

4

Page 6: Modul Syair Nuri 3

LAMPIRAN 1Soalan: Berikan definisi bagi setiap gaya bahasa yang berikut:

Bil Gaya Bahasa Definisi

1 Sinkope

2 inversi

3 Hiperbola

4 Perlambangan

5 anafora

6 epifora

6

Page 7: Modul Syair Nuri 3

LAMPIRAN 2

Tersebutlah pula suatu zaman,Adalah konon sebuah taman,

Perbuatan indah terlalu nyamanDi situlah tempat Cempaka budiman.

Rajawali burung yang nyata,Kedua dengan Burung Dewata,Cenderawasih marah berkata,

Rupanya seperti gambar dipeta.

Diperbuatnya pula kota batu,Di tengahnya ada kolam suatu,

Terlalu indah tamannya itu,Berbagai-bagai jenis ada di situ.

Timbangkan perak tembaga suasa,Bertatahkan awan berbunga beraksa,

Rajawali burung angkasa,Ia berkawal senantiasa.

Di sanalah tempat Cempaka Warna,Di dalam jambangan tanah kencana,

Sekalian kuntum ada di sana,Tamannya dewa indera laksana.

Sungguhpun wangi Cempaka Mulia,Baunya seperti bunga bunia,Jika sekadar Si Bunga Raya,

Tiada dapat melawan dia.

Tatkala sudah terbit bulan,Cempaka bermain pergi berjalan,Bersyair kepada si Bunga Culan,Mengapakah hatiku terlalu rawan.

Serta mendengar madahnya itu,Sekalian tunduk berdiam tentu,

Seraya menyahut tanjungnya pintu,Alamat apa gerangan itu.

Lalu bersyair Si Bunga Cina,Janganlah kita dapat bencana,Ayuh Cempaka yang bijaksana,Fikirkan juga dengan sempurna.

Bermadah pula Si Bunga Gambir,Ia berpantun sambil berfikir,

Bukannya sahaya berkata sindir,Sekalian untung dengan takdir.

Sangatlah murka Si Burung Upana,Jangan diturut Gambir yang hina,Jikalau sudah datang bencana,Sesal pun tiada akan berguna.

7

Page 8: Modul Syair Nuri 3

LAMPIRAN 3

Contoh syair bertemakan nasihat

8

Wahai anakku bonda bermadah,Hidup di dunia harus amanah,

Kuatkan amalmu dengan ibadah,Moga hidupmu beroleh inayah.

Page 9: Modul Syair Nuri 3

LAMPIRAN 4

SOALAN KUIZ

Siapakah Rajawali?

Mengapakah Cempaka berhati rawan?

Siapakah yang memarahi Si Bunga Gambir?

Mengapakah Si Bunga Culan tunduk terdiam?

Apakah maksud tanah kencana?

9