modul membuat poster

Download Modul Membuat Poster

If you can't read please download the document

Upload: cclia-kho

Post on 02-Jul-2015

200 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

UNIT 1 : MENGHASILKAN POSTER DENGAN MENGGUNAKAN FITUR-FITURObjektif Selepas mengikuti unit pembelajaran ini, murid dapat: Membuat penilaian terhadap hasil-hasil grafik Mengikuti langkah-langkah dan prosuder penghasilan poster menggunakan fiturfitur yang ditetapkan Sebelum memulakan aktiviti, guru akan menunjukkan beberapa contoh grafik yang telah dihasilkan dan meminta pelajar memberi komen tentang grafik-grafik tersebut. ( Rujuk lampiran ) Aktiviti 1 Buka perisian Adobe Photoshop dan buat satu fail baru dan tetapkan setingnya seperti berikut. Name : Poster Resolution : 72 pixels/inch Preset Sizes : 640 X 480 Mode : CMYK Color Width : 640 pixels Contents : White Height : 480 pixel Selepas itu save fail anda.

Buka fail buku.jpg dan masukkan gambar tesebut ke dalam kanvas poster. Terdapat banyak cara yang boleh digunakan untuk memasukkan gambar buku tersebut ke dalam kanvas poster. Salah satu caranya ialah dengan menseretkan gambar buku dari kanvas buku tersebut terus ke dalam kanvas poster. Sebelum itu pastikan anda telah mengaktifkan ikon Move Tool. Untuk memastikan gambar berada pada tetap ditengah-tengah kanvas, tekan kekunci Shift sebelum meletakkan gambar buku yang diseret ke dalam kanvas poster. Cara lain yang dapat digunakan ialah dengan membuat pilihan dengan menekan kekunci Ctrl dan kekunci huruf A secara serentak pada gambar buku. Kemudian tekan kekunci Ctrl dan kekunci huruf C secara serentak. Seterusnya aktifkan kanvas poster dan tekan kekunci Ctrl dan kekunci huruf V secara serentak. Apa yang anda buat sebenarnya ialah anda menyalin gambar dari kanvas buku dan menampalkan ia ke dalam kanvas poster.

Kanvas Buku

Kanvas Poster

1

Anda akan dapati paparan anda seperti berikut

Dengan menggunakan ikon Magic Wand Tool, kita akan membuang bahagianbahagian yang tidak diperlukan seperti di bawah ini. Buat pilihan seperti di bawah dan tekan kekunci delete.

Seterusnya klik pada Image > Adjustments > Brightness/Contrast. Tetapkan setingnya seperti berikut.

Apa yang kita sedang buat ialah kita cuba mencerahkan buku tersebut dengan menggunakan fitur Brightness/Contrast.

2

namakan layer1 kepada buku.

Salin layer buku dengan memilih Layer > Duplicate Layer dan klik ok.

kita akan dapati layer buku tadi telah disalinkan dan layer yang disalinkan itu automatik dinamakan dengan buku copy. Dengan mengaktifkan layer buku copy, pilih Filter > Blur > Gaussian dan setkan radiusnya kepada 30 pixels dan kilk ok.

3

Kemudian seretkan layer buku copy supaya ia berada di bawah layer buku.

apa yang dapat anda perhatikan ? Aktiviti 2 Buka fail glob.jpg dan masukkan gambar glob itu ke dalam kanvas poster. Namakan layer tersebut kepada glob. Seret dan letakkan layar glob di atas layer buku copy. Kemudian gunakan Magic Wand Tool untuk membuang latar belakang pada gambar glob tersebut. Seterusnya kecilkan saiz glob dengan memilih Edit > Transform > Scale dan settingnya dari Kepada kekunci enter. Letakkan gambar glob kepada kedudukan seperti berikut. dan kemudian tekan

4

kemudian pilih Layer > Layer Style > Drop Shadow dan tetapkan setingnya seperti berikut dan klik ok.

Apa yang dapat anda perhatikan pada gambar glob berikut ? Seterusnya dengan menggunakan ikon Elliptical Marquee Tool buat satu pilihan seperti berikut.

Tanpa mengganggu pilihan tersebut pilih Select > Inverse (atau menekan kekunci Shift, Ctrl dan I secara serentak) kemudian tekan kekunci Delete. Anda akan dapati keadaan glob anda adalah seperti berikut. 5

Aktiviti 3 Buka fail bunga.jpg masukkan gambar bunga tersebut kanvas poster dan namakan layer tersebut dengan bunga. Pada panel Layer, seret dan letakkan layer bunga ini di atas layer glob. Kecilkan saiz gambar bunga kepada 40 % (rujuk aktiviti 2) Seterusnya gunakan ikon Magic Wand Tool untuk membuang latar belakang gambar bunga tersebut.

Kemudian pilih Layer > Layer Style > Drop Shadow dan tetapkan setingnya seperti berikut

6

Keterangan tambahan: kita hanya perlu mengubah seting untuk Drop Shadow sahaja. Bagi Inner shadow, Outer Glow dan Inner Glow kita hanya perlu klik sekali pada kotak sebelah kanan untuk memastikan tanda di aktifkan.

seterusnya buat satu layer baru dan namakan layer tersebut dengan lubang. Dan letakkan layer lubang ini di bawah layer bunga.

Dengan mengaktifkan layer lubang, buat satu pilihan dengan menggunakan ikon Elliplical Marquee Tool seperti di bawah dan warnakan ia dengan warna hitam.

Aktiviti 4 Buka fail molekul.jpg pindahkan gambar molekul tersebut ke dalam kanvas poster dan namakan layer tersebut dengan molekul. Pada panel Layer, seret dan letakkan layer molekul ini di atas layer bunga. Seterusnya gunakan ikon Magic Wand Tool untuk membuang latar belakang gambar molekul tersebut.

Kecilkan saiz gambar molekul kepada 70 % (rujuk aktiviti 2) Letakkan kedudukan molekul seperti berikut 7

Kemudian pilih Layer > Layer Style > Drop Shadow dan tetapkan settingnya seperti berikut

Aktiviti 5 Buka fail harimau.gif dan pindahkan gambar tersebut ke dalam kanvas poster dan namakan ia dengan harimau dan pastikan layer harimau ini berada di atas layer molekul. Jika kita lihat gambar harimau ini, ia mempunyai latar belakang yang tidak sekata. Jika kita menggunakan ikon Magic Wand Tool ianya akan menyukarkan kita. Jadi di sini dicadangkan kita menggunakan ikon Polygonal Lasso Tool. Minta bantuan guru anda jika anda menghadapi masalah.

8

Kecilkan saiz gambar harimau tersebut dengan skala 40 % .Pindahkan gambar harimau itu kepada kedudukan seperti berikut

9

Seterusnya buat satu salinan layer harimau dan biarkan nama layer tersebut sebagai harimau copy. Pindahkan layer harimau copy dan letakkan di bawah layer harimau. Dengan mengaktifkan layer harimau copy, pilih Filter > Blur > Motion Blur dan tetapkan setingnya seperti berikut dan klik ok

Apa yang dapat anda perhatikan ? Langkah seterusnya ialah kita akan memotong sebahagian kaki harimau tersebut seolah-olah sebahagian kakinya berada di dalam buku. Langkah yang perlu kita lakukan ialah membuat satu pilihan menggunakan Rectangular Marquee Tool dan meletakkan pilihan itu pada kedudukan seperti berikut.

10

Tanpa mengganggu pilihan tersebut, aktifkan layer harimau kemudian tekan kekunci delete dan aktifkan pula layer harimau copy dan tekan kekunci delete. Hasil yang sepatutnya anda akan dapat ialah seperti berikut

Seterunya aktifkan pula layer harimau dan pilih Layer > Layer Style > Drop Shadow dan tetapkan setingnya seperti berikut dan klik ok.

Aktiviti 6 Buka fail kapal terbang.jpg dan pindahkan gambar tersebut ke dalam kanvas poster dan namakan ia dengan kapal terbang dan pastikan layer kapal terbang ini berada di atas layer harimau. Untuk gambar kapal terbang ini, gunakan kemahiran yang telah anda pelajari sebelum ini untuk membuang latar belakangnya.

Cadangan: Anda boleh menggunakan Magic Wand Tool bersama Polygonal Lasso Tool dan juga Eraser Tool. Gunakan Zoom Tool untuk memudahkan kerja anda.

11

Tahniah, anda telah berjaya membuang latar belakang kapal terbang tersebut dengan baik . Dengan mengaktifkan layer kapal terbang pada panel layer pilih Edit > Transform > Flip Horizontal dan tetapkan setingnya seperti berikut.

dan letakkan gambar kapal terbang tersebut pada kedudukan seperti berikut

Kemudian buat satu salinan layer kapal terbang dan namakan ia dengan kapal terbang copy. Seret dan letakkan layer kapal terbang copy di bawah layer kapal terbang.

dengan mengaktifkan layer kapal terbang copy, pilih Filter > Blur > Motion Blur dan tetap seting seperti berikut dan klik ok.

Kemudian pada panel layer kita tukarkan Opacity bagi layer kapal terbang copy kepada 70% rujuk gambarajah berikut.

12

Aktiviti 7 Buka fail langit.jpg dan pindah gambar langit itu ke dalam kanvas poster. Namakan layer tersebut dengan langit. Seret dan letakkan layer tersebut di bawah layer buku copy.

Anda akan dapat lihat keadaan pada poster tersebut ialah seperti berikut

13

Aktiviti 7 Pilih ikon Horizontal Type Tool dan taipkan perkataan Membaca Menambah Ilmu Pilih jenis tulisan Century Gothic, warna putih dan seting yang lain adalah seperti di bawah

Seret dan letakkan layer tulisan ini pada kedudukan yang paling atas sekali iaitu di atas layer kapal terbang. Kemudian pilih Layer > Layer Style > Drop Shadow dan setingnya adalah seperti berikut

Alihkan kedudukan tulisan anda itu seperti di bawah

Tahniah ! anda telah berjaya menghasilkan satu poster dengan menggunakan perisiaan Adobe Photoshop. Savekan fail anda.

14

Aktiviti 8 Anda boleh mencantikkan poster anda dengan menambahkan lagi gambar-gambar yang lain seperti gambar aci dan gambar mikroskop. Cuba anda masukkan ia dan letakkan seperti berikut.

Anda boleh menambah bahan-bahan lain lagi seperti gambar,tulisan dan corakcorak yang sesuai untuk memantapkan lagi poster anda

15

Lampiran: Contoh-contoh grafik

16