minit mesyuarat skim pinjaman buku teks kali pertama 2012

7
MINIT MESYUARAT SKIM PINJAMAN BUKU TEKS KALI PERTAMA 2012 Tarikh : 17 Januari 2012 Masa : 1.30 tengah hari Tempat : Bilik Mesyuarat SKBE Kehadiran : 1. En. Mohamad Nasir bin Rejab (PK HEM) 2. Pn. Asmah Hanim binti Che Ani (Setiausaha SPBT) 3. Pn. Nizam Bee bt Abdul Majed (Penolong Setiausaha SPBT) 4. En. Abd Jamil b. Mohamad 5. Pn. Fatimah Zahrah bt Md Noor 6. Pn. Maisarah bt Ismail 7. Pn. Mazleen bt Mahdzan 8. Pn. Naimah bt Mohd Isa 9. Pn. Rozita bt Morat 10. Pn. Siti Mariam bt Abdul Razak Tidak hadir bersebab: 1. Pn. Noriyah bt Abdul Rahman (Mesyuarat) 2. Pn. Rohazemah bt Lateh (Cuti Rehat) 3. Pn. Normala bt Abu Seman (Mesyuarat di JPN) 4. Pn. Rosnita bt Khamis (Mesyuarat di JPN) Agenda 1: Ucapan Pengerusi 1.1 En. Mohamad Nasir b. Rejab memaklumkan beliau mewakili Pn. Noriyah bt Abdul Rahman selaku pengerusi pada mesyuarat kali ini. Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua guru dan mengucapkan terima kasih. 1.2 Pengerusia memaklumkan terdapat beberapa program baru yang akan dibincangkan bagi menambah aktiviti Unit SPBT. 1.3 Pengerusi juga melahirkan hasrat untuk bertanding bagi anugerah BOSS tahun ini. Harapan pengerusi agar semua AJK

Upload: asniem-ca

Post on 24-May-2015

14.949 views

Category:

Education


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Minit mesyuarat skim pinjaman buku teks kali pertama 2012

MINIT MESYUARAT SKIM PINJAMAN BUKU TEKS KALI PERTAMA 2012

Tarikh : 17 Januari 2012

Masa : 1.30 tengah hari

Tempat : Bilik Mesyuarat SKBE

Kehadiran :

1. En. Mohamad Nasir bin Rejab (PK HEM)2. Pn. Asmah Hanim binti Che Ani (Setiausaha SPBT)3. Pn. Nizam Bee bt Abdul Majed (Penolong Setiausaha SPBT)4. En. Abd Jamil b. Mohamad5. Pn. Fatimah Zahrah bt Md Noor6. Pn. Maisarah bt Ismail7. Pn. Mazleen bt Mahdzan8. Pn. Naimah bt Mohd Isa9. Pn. Rozita bt Morat10. Pn. Siti Mariam bt Abdul Razak

Tidak hadir bersebab:

1. Pn. Noriyah bt Abdul Rahman (Mesyuarat)2. Pn. Rohazemah bt Lateh (Cuti Rehat)3. Pn. Normala bt Abu Seman (Mesyuarat di JPN)4. Pn. Rosnita bt Khamis (Mesyuarat di JPN)

Agenda 1: Ucapan Pengerusi

1.1 En. Mohamad Nasir b. Rejab memaklumkan beliau mewakili Pn. Noriyah bt Abdul Rahman selaku pengerusi pada mesyuarat kali ini. Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua guru dan mengucapkan terima kasih.

1.2 Pengerusia memaklumkan terdapat beberapa program baru yang akan dibincangkan bagi menambah aktiviti Unit SPBT.

1.3 Pengerusi juga melahirkan hasrat untuk bertanding bagi anugerah BOSS tahun ini. Harapan pengerusi agar semua AJK dapat memberikan kerjasama agar Unit SPBT dapat beroperasi dengan lancar dan cemerlang.

1.4 Pengerusi memaklumkan bilangan pelajar SKBE semasa ialah 268. Bagi pertukaran dalam negeri pelajar dibenarkan membawa bersama-sama buku teks.

Untuk makluman: Semua AJK

Page 2: Minit mesyuarat skim pinjaman buku teks kali pertama 2012

Agenda 2: Pelantikan AJK 2012

2.1 Pelantikan AJK Unit SPBT bagi tahun 2012 adalah seperti berikut:

PengerusiPuan Noriyah Abd. Rahman Naib PengerusiEncik Mohamad Nasir Rejab SetiausahaPuan Asmah Hanim Che Ani Penolong SetiausahaPuan Nizam Bee Abdul Majid Ahli JawatankuasaPuan Maisarah IsmailPuan Siti Mariam Abdul RazakPuan Rohazemah LatehPuan Mazleen MahdzanPuan Rozita MoratEncik Abdul Jamil MohamadPuan Rosnita KamisPuan Normala Abu SemanPuan Fatimah Zahrah Md NoorPuan Naimah Mohd Isa

Untuk makluman: Semua AJK

Page 3: Minit mesyuarat skim pinjaman buku teks kali pertama 2012

Agenda 3: Takwim Unit SPBT 2012

3.1 Takwim Unit SPBT 2012 adalah seperti berikut:

Bil. Perkara Tarikh Tindakan

1. Gotong-royong membersihkan dan

mengemaskini sudut di dalam bilik SPBT.

11 Januari 2012 Kelab SPBT

1. Serahan fail SPBT-G kepada guru kelas

untuk dikemaskini

17 Januari 2012 Guru Kelas

2. Mesyuarat Unit SPBT kali 1 17 Januari 2012 Setiausaha SPBT

3. Spot Check Buku Teks 30 Januari 2012 AJK SPBT

4. Pelupusan buku teks dan aktiviti 11 Februari 2012 Setiausaha SPBT

5. Kemaskini fail dan stok 16 Februari 2012 Setiausaha SPBT

6. Program “Cintailah Buku Teks Kita”

1. Bacaan Ikrar

2. Pertandingan poster

3. Kempen membalut buku teks

3 Mac 2012 Setiausaha SPBT

7. Spot Check Buku Teks 29 Mac 2012 AJK SPBT

8. Tempahan buku teks BTBTR190 2013 9 April 2012 Setiausaha SPBT

9. Spot Check Buku Teks 8 Mei 2012 AJK SPBT

10. Kemaskini fail dan stok 14 Jun 2012 Setiausaha SPBT

11. Spot Check Buku Teks 6 Julai 2012 AJK SPBT

12. Mesyuarat Unit SPBT kali 2 12 Julai 2012 Setiausaha SPBT

13. Cop dan kemaskini buku teks 2013 25 Julai 2012 Kelab SPBT

14. Mesyuarat Unit SPBT kali 3 18 Oktober 2012 Setiausaha SPBT

15. Memungut buku teks 2012 1 November 2012 Setiausaha SPBT

dan Guru Kelas

16. Penyediaan buku teks 2013 5 November 2012 Setiausaha SPBT

Untuk tindakan: Semua AJK

Page 4: Minit mesyuarat skim pinjaman buku teks kali pertama 2012

3.2 Pengerusi mencadangkan “Kempen Membaca Buku Teks”. Kempen ini akan berjalan selama seminggu dan murid-murid akan membawa dan membaca buku teks pada waktu persekolahan termasuklah pada waktu rehat. Tarikh kempen akan ditetapkan kemudian.

Untuk tindakan: Setiausaha SPBT

3.3 Pengerusi juga mengesyorkan untuk diadakan sudut aktiviti Unit SPBT di dalam BOSS bagi mewarwarkan kepada warga sekolah tentang aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan. Laporan aktiviti bagi sudut ini hendaklah dibuat secara laporan bergambar.

Untuk tindakan: Setiausaha SPBT

3.4 Program “Cintailah Buku Teks Kita” yang dijadualkan pada 3 Mac 2012 akan menjemput Penyelia SPBT untuk hadir bagi melancarkan minggu tersebut.

Untuk tindakan: Setiausaha SPBT

3.5 Setiausaha SPBT memaklumkan tentang Borang SPBT G yang telah diedarkan kepada AJK haruslah dikemaskini dan dihantar selepas cuti Tahun Baru Cina.

Untuk tindakan: Semua AJK

3.6 Pemantauan atau ‘Spot Check’ akan dilaksanakan sebanyak 4 kali tahun ini. Melibatkan semua kelas. Pengerusi telah membuat penetapan pada jadual pemantauan. Pemantauan tahun satu dan dua ialah pada 30 Januari 2012, tahun tiga dan empat pada 29 Mac 2012, tahun lima dan enam pada 8 Mei 2012. Pemantauan yang keempat adalah melibatkan pesalahlaku yang diambil namanya pada pemantauan kali pertama.

Untuk tindakan: Semua AJK

3.7 Setiausaha SPBT memaklumkan tentang kriteria yang akan diambil kira di dalam pemantauan: Membalut buku teks, Tiada sebarang contengan, Menampal bahagian koyak dan menulis nama dan kelas pada buku dan membawa buku mengikut jadual.

Untuk tindakan: Semua AJK

Agenda 4: Hal-hal Lain

4.1 Pn. Nizam Bee bt Abdul Majed bertanyakan tentang kewajaran membekalkan buku teks Matematik dan Sains edisi Bahasa Inggeris kepada murid tahun empat. Pengerusi memaklumkan tentang keputusan Guru Besar tentang penggunaan buku teks edisi Bahasa Malaysia sahaja. Walaubagaimanapun, setiausaha SPBT diminta menyemak stok buku teks edisi Bahasa Inggeris supaya cukup jika keadaan memerlukan.

Untuk tindakan: Setiausaha SPBT

Page 5: Minit mesyuarat skim pinjaman buku teks kali pertama 2012

4.2 En. Abdul Jamil b. Mohamad bertanyakan tentang bilangan buku teks tahun empat. Setiausaha SPBT memaklumkan terdapat 13 buah kesemuanya.

4.3 Pn. Rozita bt Morad memaklumkan bahawa buku teks murid kelasnya banyak yang terkoyak. Pengerusi memaklumkan agar beliau membuat senarai dan bilangan buku teks yang diperlukan untuk tindakan sewajarnya.

4.4 Pengerusi membuat tinjauan adakan perlunya kepada pengawas SPBT. Pn. Rozita bt Morad mengesahkan tentang perkara ini dan pengerusi bersetuju untuk mewujudkan jawatan tersebut. Seramai 4 orang murid tahun enam dan 2 orang murid tahun lima akan dilantik pada tahun ini.

Untuk tindakan: Unit HEM

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.30 petang.

 

Disediakan oleh:

(ASMAH HANIM BT CHE ANI)Setiausaha SPBTSekolah Kebangsaan Behor Empiang,Kangar Perlis.

Disemak oleh:

(MOHD NASIR BIN REJAB)Penolong Kanan HEM,Sekolah Kebangsaan Behor Empiang,Kangar Perlis.