minit mesyuarat penuh majlis perbandaran subang … · 2020. 9. 24. · minit mesyuarat penuh...

31
Mesyuarat Penuh Majlis Perbandaran Subang Jaya Bil. 6 Tahun 2020 _________________________________________________________________________________________________ 29 Julai 2020 1 Ruj. Fail : MPSJ/KHP/100 6/1/1Jld 7( ) MINIT MESYUARAT PENUH MAJLIS PERBANDARAN SUBANG JAYA BIL. 6 TAHUN 2020 Tarikh : 29 Julai 2020 (Rabu) Masa : 10.00 pagi Tempat : Bilik Mesyuarat Kenanga, Aras 2, Ibu Pejabat, Majlis Perbandaran Subang Jaya Kehadiran : Seperti di Lampiran A 1.0 BACAAN DOA Mesyuarat dimulakan dengan bacaan doa oleh YM Raja Mohd Ashraf bin Raja Chik, Penolong Pengarah Khidmat Pengurusan, Majlis Perbandaran Subang Jaya. 2.0 PERUTUSAN PENGERUSI Puan Yang Dipertua memulakan mesyuarat dengan mengucapkan salam kepada semua yang hadir dan memaklumkan bahawa mesyuarat kali ini merupakan Mesyuarat Penuh MPSJ Bil. 6/2020.

Upload: others

Post on 23-Jan-2021

12 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: MINIT MESYUARAT PENUH MAJLIS PERBANDARAN SUBANG … · 2020. 9. 24. · MINIT MESYUARAT PENUH MAJLIS PERBANDARAN SUBANG JAYA BIL. 6 TAHUN 2020 Tarikh : 29 Julai 2020 (Rabu) Masa :

Mesyuarat Penuh Majlis Perbandaran Subang Jaya Bil. 6 Tahun 2020

_________________________________________________________________________________________________

29 Julai 2020 1

Ruj. Fail : MPSJ/KHP/100 – 6/1/1Jld 7( )

MINIT MESYUARAT PENUH

MAJLIS PERBANDARAN SUBANG JAYA

BIL. 6 TAHUN 2020

Tarikh : 29 Julai 2020 (Rabu)

Masa : 10.00 pagi

Tempat : Bilik Mesyuarat Kenanga,

Aras 2, Ibu Pejabat,

Majlis Perbandaran Subang Jaya

Kehadiran : Seperti di Lampiran A

1.0 BACAAN DOA

Mesyuarat dimulakan dengan bacaan doa oleh YM Raja Mohd Ashraf

bin Raja Chik, Penolong Pengarah Khidmat Pengurusan, Majlis

Perbandaran Subang Jaya.

2.0 PERUTUSAN PENGERUSI

Puan Yang Dipertua memulakan mesyuarat dengan mengucapkan

salam kepada semua yang hadir dan memaklumkan bahawa

mesyuarat kali ini merupakan Mesyuarat Penuh MPSJ Bil. 6/2020.

Page 2: MINIT MESYUARAT PENUH MAJLIS PERBANDARAN SUBANG … · 2020. 9. 24. · MINIT MESYUARAT PENUH MAJLIS PERBANDARAN SUBANG JAYA BIL. 6 TAHUN 2020 Tarikh : 29 Julai 2020 (Rabu) Masa :

Mesyuarat Penuh Majlis Perbandaran Subang Jaya Bil. 6 Tahun 2020

_________________________________________________________________________________________________

29 Julai 2020 2

Seterusnya beliau menyampaikan beberapa perkara seperti yang

berikut :

i) Tayangan gambar pelaksanaan program/aktiviti yang telah

berlangsung sepanjang bulan Julai 2020.

ii) Pemakluman pengisytiharan kepentingan peribadi bagi Mesyuarat

Penuh. Semua ahli mesyuarat di wajib mengisytiharkan

kepentingan peribadi ke atas sebarang keputusan yang

dibincangkan dan hendaklah berkecuali dengan menyatakan

kepentingan dan berundur diri seketika semasa perbincangan.

Selaras dengan keputusan Mesyuarat MMKN bil 21/2018, Ahli

Majlis diminta mengisi borang Pengisytiharan Kepentingan Ahli

Mesyuarat setiap kali mesyuarat diadakan.

iii) Pemakluman larangan menggunakan peralatan komunikasi

semasa mesyuarat berlangsung.

iv) Puan Pengerusi berkongsi pengetahuan berkaitan menstimulasi

ekonomi tempatan. Beliau memaklumkan bahawa kesan daripada

penularan pandemik COVID-19, ekonomi dunia kini menghadapi

krisis yang terburuk sejak zaman Kemelesetan Ekonomi atau

Great Depression pada tahun 1930-an. Kadar pengangguran

dijangka akan meningkat kepada dua angka di Amerika Syarikat,

India, Kanada, Sepanyol dan China. Konflik perdagangan serta

pergolakan politik di beberapa negara juga akan memburukkan

Page 3: MINIT MESYUARAT PENUH MAJLIS PERBANDARAN SUBANG … · 2020. 9. 24. · MINIT MESYUARAT PENUH MAJLIS PERBANDARAN SUBANG JAYA BIL. 6 TAHUN 2020 Tarikh : 29 Julai 2020 (Rabu) Masa :

Mesyuarat Penuh Majlis Perbandaran Subang Jaya Bil. 6 Tahun 2020

_________________________________________________________________________________________________

29 Julai 2020 3

lagi keadaan. Ini sekaligus memberi kesan yang lebih negatif

kepada ekonomi dunia.

Seperti negara-negara lain, Malaysia juga menghadapi cabaran

yang agak getir. Kadar pengangguran di Malaysia adalah di

paras 3.9 peratus atau sekitar 610,000 orang pada bulan Mac

2020. Mengikut unjuran Jabatan Perangkaan Malaysia pada 14

Mei 2020, kadar pengangguran dijangka akan meningkat kepada

5.5 peratus atau lebih 860,000 orang penganggur untuk

keseluruhan tahun 2020. Dengan mengambil kira situasi yang

mencabar ini, ekonomi Malaysia dijangka menguncup pada suku

kedua tahun ini berikutan usaha pembendungan penularan

wabak COVID-19 yang masih berjalan di peringkat global dan

dalam negara.

Untuk menangani situasi semasa ekonomi dan meringankan

beban yang ditanggung oleh rakyat, Kerajaan telah

memperkenalkan pakej-pakej rangsangan ekonomi, termasuk

Pakej PRIHATIN dan PRIHATIN PKS Tambahan.

Selain itu, Kerajaan juga memperkenalkan Pelan Jana Semula

Ekonomi Negara atau secara ringkasnya PENJANA dengan tema

“Bersama Menjana Ekonomi”. Di bawah PENJANA, Kerajaan

telah mengenalpasti 3 teras utama iaitu:

Pertama:Memperkasakan Rakyat (Empower people);

Kedua:Melonjakkan Perniagaan (Propel businesses); dan

Ketiga:Merangsang Ekonomi (Stimulate the economy)

Page 4: MINIT MESYUARAT PENUH MAJLIS PERBANDARAN SUBANG … · 2020. 9. 24. · MINIT MESYUARAT PENUH MAJLIS PERBANDARAN SUBANG JAYA BIL. 6 TAHUN 2020 Tarikh : 29 Julai 2020 (Rabu) Masa :

Mesyuarat Penuh Majlis Perbandaran Subang Jaya Bil. 6 Tahun 2020

_________________________________________________________________________________________________

29 Julai 2020 4

Persatuan Pihak Berkuasa Tempatan Malaysia (MALA) dengan

kerjasama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

(KPKT) telah menganjurkan WEBINAR: Mestimulasi Ekonomi

Tempatan - Pasca Covid 19 pada 20 Julai 2020 (Isnin). Webinar

dipengerusikan oleh Presiden MALA, Dato’ Ar. Yew Tung Seang

dan empat panel mewakili Majlis Daerah, Majlis Perbandaran dan

Majlis Bandaraya serta United Cities and Local Governments Asia

Pacific (UCLG-ASPAC).

Puan Pengerusi memaklumkan bahawa beliau telah dijemput

menjadi moderator bagi WEBINAR bersama ahli-ahli panel

jemputan yang terdiri daripada YBhg. Dato’ Haji Norazman bin

Abd. Ghani, Yang Dipertua Majlis Daerah Gua Musang, Tuan

Mohd Zamri bin Mohd Esa, Yang Dipertua Majlis Perbandaran

Port Dickson, YBrs Tuan Morshidi Frederick, Setiausaha

Bandaraya, Majlis Bandaraya Miri Sarawak, Dr. Bernadia Irawati

Tjandradewi, Secretary General, UCLS ASPAC dan YBhg. Dato’

Seri Maimunah binti Mohd Sharif, Pengarah Eksekutif United

Nations Human Settlements Programme (UN‐Habitat).

WEBINAR merupakan satu platform untuk berkongsi amalan-

amalan terbaik Pihak Berkuasa Tempatan dalam tempoh Perintah

Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) terutama dari segi

langkah-langkah penjanaan semula ekonomi tempatan yang

terjejas sepanjang tempoh PKP. Program WEBINAR yang julung-

julung kali diadakan ini telah menarik minat hampir 1023 peserta

Page 5: MINIT MESYUARAT PENUH MAJLIS PERBANDARAN SUBANG … · 2020. 9. 24. · MINIT MESYUARAT PENUH MAJLIS PERBANDARAN SUBANG JAYA BIL. 6 TAHUN 2020 Tarikh : 29 Julai 2020 (Rabu) Masa :

Mesyuarat Penuh Majlis Perbandaran Subang Jaya Bil. 6 Tahun 2020

_________________________________________________________________________________________________

29 Julai 2020 5

yang terdiri daripada pelbagai PBT seluruh Malaysia dan dilayari

secara maya.

Ekoran penularan pandemik COVID-19, banyak perkara telah

mendorong ke arah digitalisasi seperti mengadakan mesyuarat

secara maya, e-dagang, transaksi tanpa tunai dan banyak lagi.

PBT selaku Third Tier Government yang paling dekat dengan

masyarakat perlu memainkan peranan lebih aktif serta proaktif

sebagai platform bagi menerajui transformasi ke arah ekonomi

digital.

Semua PBT perlu berusaha dan menggembleng tenaga serta

sumber untuk membantu bandar masing-masing dalam

merangsang dan menstimulasi ekonomi pada peringkat pemulihan

ini. Kita juga perlu memanfaatkan keupayaan, kekuatan dan

sumber daya untuk merangsang ekonomi tempatan khususnya

dalam membantu rakyat yang terlibat dalam sektor ekonomi mikro.

Keterlibatan berterusan bersama-sama industri juga penting yang

mana PBT perlu membuka peluang kepada sektor-sektor yang

terjejas seperti pelancongan, pembinaan, penjajaan dan juga

syarikat multinasional (MNC).

Mereka perlu diberi peluang untuk berkongsi masalah yang

dihadapi serta memberi input dan cadangan berkaitan bantuan

atau sokongan yang diperlukan daripada PBT.

Page 6: MINIT MESYUARAT PENUH MAJLIS PERBANDARAN SUBANG … · 2020. 9. 24. · MINIT MESYUARAT PENUH MAJLIS PERBANDARAN SUBANG JAYA BIL. 6 TAHUN 2020 Tarikh : 29 Julai 2020 (Rabu) Masa :

Mesyuarat Penuh Majlis Perbandaran Subang Jaya Bil. 6 Tahun 2020

_________________________________________________________________________________________________

29 Julai 2020 6

PBT juga perlu mengoptimumkan kemudahan dan infrastruktur

sedia ada melalui konsep kerjasama awam dan swasta untuk

menjana semula ekonomi dan membantu masyarakat tempatan.

Majlis menjadi pemudah kepada peniaga utk mereka pulih dengan

cepat.

Selain itu, kita juga perlu mempercepatkan projek infrastruktur

sedia ada supaya sektor pembinaan dapat memulakan kerja-kerja

dengan secepat mungkin. PBT juga perlu memudah cara dan

mempercepatkan sebarang proses untuk membantu peniaga

dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP)

bagi merancakkan lagi ekonomi tempatan.

Tambahan lagi, PBT juga perlu bersedia untuk menyediakan

ekosistem yang mampu mencipta dan meningkatkan peluang

pekerjaan dan produktiviti dengan disokong inovasi teknologi serta

menggalakkan keusahawanan. PBT boleh memperkenalkan

inisiatif digitalisasi seperti platform dalam talian untuk

pembelajaran dan memasarkan produk perniagaan melalui e-

bazar atau kerjasama dengan pelbagai platform sedia ada.

v) Pemakluman berkaitan dasar Kebenaran Merancang terhad bagi

perubahan material bangunan (kediaman) untuk tujuan kegunaan

pusat jagaan warga emas.

Garis Panduan Perancangan Fizikal Bagi Warga Emas (GP031-A)

2018 yang disediakan oleh Plan@Malaysia telah diterima pakai

Page 7: MINIT MESYUARAT PENUH MAJLIS PERBANDARAN SUBANG … · 2020. 9. 24. · MINIT MESYUARAT PENUH MAJLIS PERBANDARAN SUBANG JAYA BIL. 6 TAHUN 2020 Tarikh : 29 Julai 2020 (Rabu) Masa :

Mesyuarat Penuh Majlis Perbandaran Subang Jaya Bil. 6 Tahun 2020

_________________________________________________________________________________________________

29 Julai 2020 7

oleh Jawatankuasa Perancang Negeri Selangor Bil.3/2019

bertarikh 20 Ogos 2019 dan Mesyuarat Perbandaran Subang Jaya

pada 26 Februari 2020.

Garis Panduan ini menyatakan jenis bangunan (Kediaman) rumah

berkembar dan rumah sesebuah dibenarkan untuk tujuan

kegunaan Pusat Jagaan Warga Emas. Manakala rumah teres (Lot

Pepenjuru) tidak dinyatakan.

Rancangan Tempatan Majlis Perbandaran Subang Jaya

(Pengubahan 2) (RTMPSJ (P2)) 2020 dan Draf Rancangan

Tempatan Subang Jaya (DRTSJ) 2035 pula menyatakan jenis

bangunan kediaman iaitu rumah berkembar, rumah sesebuah dan

rumah teres (Lot Pepenjuru sahaja) dibenarkan untuk tujuan

kegunaan Pusat Jagaan Warga Emas.

Oleh itu, Mesyuarat Jawatankuasa OSC Bil.12/2020 bertarikh 21

Julai 2020 telah dimaklumkan bahawa dasar Majlis membenarkan

rumah teres (Lot Pepenjuru) untuk kegunaan pusat jagaan warga

emas seperti yang terkandung di dalam RTMPSJ (P2)2020 dan

DRTSJ 2035.

vi) Pemakluman berkaitan dasar Kebenaran Merancang terhad bagi

perubahan material bangunan (kedai pejabat / rumah kedai /

kedai) untuk tujuan kegunaan keagamaan.

Page 8: MINIT MESYUARAT PENUH MAJLIS PERBANDARAN SUBANG … · 2020. 9. 24. · MINIT MESYUARAT PENUH MAJLIS PERBANDARAN SUBANG JAYA BIL. 6 TAHUN 2020 Tarikh : 29 Julai 2020 (Rabu) Masa :

Mesyuarat Penuh Majlis Perbandaran Subang Jaya Bil. 6 Tahun 2020

_________________________________________________________________________________________________

29 Julai 2020 8

Mesyuarat Jawatankuasa OSC Perancangan Dan Pembangunan

Bil. 12/2020 bertarikh 21 Julai 2020 telah bersetuju bahawa

kegunaan keagamaan di bangunan perniagaan jenis kedai

pejabat, rumah kedai dan kedai tidak dibenarkan mengubah reka

bentuk dan fasad bangunan sedia ada menjadi reka bentuk dan

fasad bangunan rumah ibadat. Ubah suai dalaman bangunan yang

minima dibenarkan tertakluk kepada semakan di peringkat

kelulusan pelan bangunan.

vii) Selain daripada itu, Puan Yang Dipertua turut berkongsi tentang

situasi semasa kes demam denggi. Sehingga minggu epid 29

terdapat sebanyak 4594 kes demam denggi dilaporkan di

kawasan pentadbiran MPSJ.

Terdapat 14 lokaliti hospot di kawasan pentadbiran MPSJ iaitu di

USJ 3/1, Batu 14 (Jalan Tembusu, Bakau, Masjid, Meranti),

Taman Puchong Utama 7 Court 2, Taman Saujana Puchong SP3

(Rumah Kedai), Bandar Bukit Puchong (Vista Prima), Taman

Tasik Prima 4, Taman Lestari Putra (LEP 4), Taman Serdang

Perdana (South City Condo / Condo Perdana Selatan), Taman

Serdang Raya (Jalan SR 7), Taman Serdang Jaya 7 (PKNS Blok

1-11), Taman Bukit Serdang 12 (Vista Serdang), Taman Sri

Serdang 2 (Flat Ikan Blok 1-4), Taman Serdang Perdana SP 5

(Skyvillas) dan Taman Sri Serdang 3 (Jalan 18/30-18/44 & 18/46).

Page 9: MINIT MESYUARAT PENUH MAJLIS PERBANDARAN SUBANG … · 2020. 9. 24. · MINIT MESYUARAT PENUH MAJLIS PERBANDARAN SUBANG JAYA BIL. 6 TAHUN 2020 Tarikh : 29 Julai 2020 (Rabu) Masa :

Mesyuarat Penuh Majlis Perbandaran Subang Jaya Bil. 6 Tahun 2020

_________________________________________________________________________________________________

29 Julai 2020 9

Ahli mesyuarat dimohon supaya mengingatkan masyarakat

supaya mengamalkan aspek kebersihan dengan mencari dan

memusnahkan tempat pembiakan nyamuk aedes di sekitar premis

masing masing.

viii) Pemakluman berkaitan kes covid 19, sehingga 27 Julai 2020

terdapat 8,904 kes Covid 19 dengan 124 kematian di seluruh

Malaysia. Alhamdulillah, kawasan MPSJ masih lagi di dalam zon

Hijau. Statistik taburan kes di Negeri Selangor mengikut daerah

daripada 14 – 27 Julai 2020.

Daerah Bilangan Kes

Petaling 1 (kawasan MBSA)

Hulu Langat 2

Gombak 2

Klang 0

Kuala Selangor 0

Sepang 3

Kuala Langat 0

Sabak Bernam 0

Hulu Selangor 0

Walau bagaimanapun, masyarakat dingatkan supaya terus

menjaga kesihatan diri dan keluarga. Masyarakat perlu elakkan 3S

iaitu sesak, sempit dan sembang dekat serta mengamalkan 3W

iaitu Wash (kerap basuh tangan/guna handsanitizer), Wear

Page 10: MINIT MESYUARAT PENUH MAJLIS PERBANDARAN SUBANG … · 2020. 9. 24. · MINIT MESYUARAT PENUH MAJLIS PERBANDARAN SUBANG JAYA BIL. 6 TAHUN 2020 Tarikh : 29 Julai 2020 (Rabu) Masa :

Mesyuarat Penuh Majlis Perbandaran Subang Jaya Bil. 6 Tahun 2020

_________________________________________________________________________________________________

29 Julai 2020 10

(digalak memakai pelitup mulut dan hidung), Warn (tidak

bersalaman, etika batuk/bersin, disinfeksi, periksa suhu badan).

ix) Puan Pengerusi memaklumkan tentang pelantikan Ahli Majlis

Baharu MPSJ. Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor Darul

Ehsan bil. 23/2020 telah meluluskan pelantikan Ahli Majlis dan

MPSJ bakal menerima 3 orang Ahli Majlis baharu berkuatkuasa

1 Ogos 2020 sehingga 31 Disember 2022. Ahli Majlis baharu ialah

Encik Muhammad Fauzan bin Rosli daripada parti AMANAH,

Encik Mohamad Syafik bin Mohamad dan Puan Aniza binti

Jamaludin daripada PKR.

Majlis Angkat Sumpah Ahli Majlis baharu akan diadakan pada

7 Ogos 2020 (Jumaat), pukul 9.00 pagi bertempat di bilik Yang

Dipertua dan akan disaksikan oleh Parti WHIP.

x) Puan Yang Dipertua turut berkongsi berkenaan informasi program

yang akan dilaksanakan sepanjang bulan Ogos 2020 seperti yang

berikut :

a) Kempen Jom Kibar, Terima Kasih Malaysia sempena

sambutan bulan kemerdekaan yang ke-63.

Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) akan mengadakan

Kempen ‘Jom Kibar, Terima Kasih Malaysia’ Sempena

Page 11: MINIT MESYUARAT PENUH MAJLIS PERBANDARAN SUBANG … · 2020. 9. 24. · MINIT MESYUARAT PENUH MAJLIS PERBANDARAN SUBANG JAYA BIL. 6 TAHUN 2020 Tarikh : 29 Julai 2020 (Rabu) Masa :

Mesyuarat Penuh Majlis Perbandaran Subang Jaya Bil. 6 Tahun 2020

_________________________________________________________________________________________________

29 Julai 2020 11

Sambutan Bulan Kemerdekaan Yang Ke 63 bermula pada 1

Ogos 2020 (Sabtu) sehingga 16 September 2020 (Rabu).

Kempen ini bertujuan untuk memupuk semangat patriotik di

kalangan komuniti sekaligus menjadi platform kepada

komuniti bagi menzahirkan ucapan terima kasih kepada

negara di dalam kejayaan membendung penularan

pandemik Covid-19.

Kempen ini terbahagian kepada dua kategori utama iaitu

Jawatankuasa Penduduk (JKP) MPSJ dan individu di bawah

pentadbiran MPSJ.

Pelbagai hadiah menarik menanti pemenang dimana tempat

pertama bagi kategori JKP MPSJ adalah sebanyak

RM 2,000.00, kedua RM 1,500.00, ketiga RM1,000.00 dan

anugerah khas juri RM 500.00. Sebanyak 50 hadiah

cabutan bertuah bagi kategori individu di bawah pentadbiran

MPSJ akan disediakan yang dianggarkan hampir RM

50,000.00. Kempen ini juga melibatkan rakan sinergi yang

akan turut sama menyokong program ini.

b) Program kutipan caj beg plastik Negeri Selangor Peringkat

MPSJ

MPSJ telah melaksanakan Program Kutipan Caj Beg Plastik

Negeri Selangor melalui Pekeliling SPBT BIL. 6/2019

bermula Disember 2019.

Page 12: MINIT MESYUARAT PENUH MAJLIS PERBANDARAN SUBANG … · 2020. 9. 24. · MINIT MESYUARAT PENUH MAJLIS PERBANDARAN SUBANG JAYA BIL. 6 TAHUN 2020 Tarikh : 29 Julai 2020 (Rabu) Masa :

Mesyuarat Penuh Majlis Perbandaran Subang Jaya Bil. 6 Tahun 2020

_________________________________________________________________________________________________

29 Julai 2020 12

Sebanyak 5 kategori premis perniagaan wajib berdaftar

dengan MPSJ bagi membenarkan pengenaan caj

pencemaran RM0.20 dikenakan kepada pelanggan bagi

setiap helaian beg plastik yang dibekalkan.

Sehingga 24 Julai 2020, pendaftaran premis perniagaan

adalah seperti berikut:

PERKARA JUMLAH

Pasaraya besar (Supermarket / Hypermarket) 15

Pasar raya / pasar mini / kedai serbaneka /

kedai rangkaian 209

Restoran / kafeteria / kedai makan 69

Farmasi/ barangan kesihatan / penjagaan diri 48

Lain-lain (contoh: kedai aksesori / kedai

pakaian, dll. 56

JUMLAH 397

Premis perniagaan yang telah berdaftar akan diberikan sijil

pendaftaran di mana pengusaha wajib mempamerkan sijil

tersebut di kaunter bayaran premis masing-masing.

Merujuk Pekeliling SPBT Bil 6/2019 setiap PBT telah diarah

mewujudkan Akaun Amanah Kutipan Caj Beg Plastik Negeri

Selangor. Serahan kutipan sebanyak 60% akan diserahkan

kepada Tabung Amanah kerajaan Negeri Selangor

manakala 40% akan disalurkan ke Akaun Amanah MPSJ.

Page 13: MINIT MESYUARAT PENUH MAJLIS PERBANDARAN SUBANG … · 2020. 9. 24. · MINIT MESYUARAT PENUH MAJLIS PERBANDARAN SUBANG JAYA BIL. 6 TAHUN 2020 Tarikh : 29 Julai 2020 (Rabu) Masa :

Mesyuarat Penuh Majlis Perbandaran Subang Jaya Bil. 6 Tahun 2020

_________________________________________________________________________________________________

29 Julai 2020 13

Jumlah serahan sehingga 24 Julai 2020, bagi kutipan caj

beg plastik bagi bulan Januari hingga Jun 2020 adalah

sebanyak RM 243,543.15.

3.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT PENUH MAJLIS

PERBANDARAN SUBANG JAYA BIL. 5/2020

Minit Mesyuarat Penuh Majlis Perbandaran Subang Jaya Bil. 5/2020

bertarikh 24 Jun 2020 (Rabu) disahkan tanpa sebarang pindaan.

4.0 MAKLUM BALAS MESYUARAT PENUH MAJLIS PERBANDARAN

SUBANG JAYA BIL. 5/2020

Maklum balas Mesyuarat Penuh Majlis Perbandaran Subang Jaya Bil.

5/2020 bertarikh 24 Jun 2020 (Rabu) disahkan tanpa sebarang

pindaan.

5.0 PEMBENTANGAN LAPORAN MESYUARAT JAWATANKUASA

5.1 Laporan Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat (OSC)

Perancangan dan Pembangunan Majlis Perbandaran Subang

Jaya Bil.11/2020 bertarikh 8 Julai 2020

---------------------------------------------------------------------------------------

Setelah meneliti dan berbincang, mesyuarat telah bersetuju

menerima laporan dan keputusan yang terkandung dalam laporan

tersebut.

Page 14: MINIT MESYUARAT PENUH MAJLIS PERBANDARAN SUBANG … · 2020. 9. 24. · MINIT MESYUARAT PENUH MAJLIS PERBANDARAN SUBANG JAYA BIL. 6 TAHUN 2020 Tarikh : 29 Julai 2020 (Rabu) Masa :

Mesyuarat Penuh Majlis Perbandaran Subang Jaya Bil. 6 Tahun 2020

_________________________________________________________________________________________________

29 Julai 2020 14

5.2 Laporan Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat (OSC)

Perancangan dan Pembangunan Majlis Perbandaran Subang

Jaya Bil.12/2020 bertarikh 21 Julai 2020

---------------------------------------------------------------------------------------

Setelah meneliti dan berbincang, mesyuarat telah bersetuju

menerima laporan dan keputusan yang terkandung dalam

laporan tersebut dengan cadangan seperti yang berikut:

Bil Para &

M/Surat

Ahli

Majlis Perkara Pindaan / Cadangan

1. Para 7.1

& m/s 65

Encik

Yap Kok

Weng

Cadangan

kelulusan pelan

kerja tanah bagi

membina sebuah

rumah banglo 3

tingkat dan 1

tingkat bawah

tanah di atas lot

66278, Jalan Le

2/6, Lake Edge,

47610 Puchong,

Mukim Petaling,

Daerah Petaling,

Selangor Darul

Ehsan.

Untuk : Neo Eng

Hui

Beliau inginkan

penjelasan berkenaan

perkara iv : perlu

mendapatkan ulasan

daripada pihak JPS

Selangor. Pihak JPS

telah memberikan

maklum balas dalam

mesyuarat.

Maklum balas :

Puan Yang Dipertua

meminta syarat b (iv) :

perlu mendapatkan

ulasan daripada pihak

JPS Selangor digugurkan

kerana pihak JPS telah

Page 15: MINIT MESYUARAT PENUH MAJLIS PERBANDARAN SUBANG … · 2020. 9. 24. · MINIT MESYUARAT PENUH MAJLIS PERBANDARAN SUBANG JAYA BIL. 6 TAHUN 2020 Tarikh : 29 Julai 2020 (Rabu) Masa :

Mesyuarat Penuh Majlis Perbandaran Subang Jaya Bil. 6 Tahun 2020

_________________________________________________________________________________________________

29 Julai 2020 15

Bil Para &

M/Surat

Ahli

Majlis Perkara Pindaan / Cadangan

memberikan ulasan

semasa mesyuarat.

Tindakan :

Jabatan Kejuruteraan

2. Para

6.12 m/s

55

Encik

Yap Kok

Weng

Permohonan

Kebenaran

Merancang

Pendirian

Bangunan bagi

Cadangan

Pembangunan

Perniagaan Untuk

Triumph Bliss

Sdn. Bhd. (Co.

No:885448-X)

Beliau inginkan

penjelasan berkenaan

keputusan mesyuarat

kerana sepatutnya tidak

diluluskan sambungan

Kebenaran Merancang.

Maklum balas :

Mesyuarat bersetuju

untuk memberikan

lanjutan tarikh Kebenaran

Merancang Mutlak untuk

tempoh moratorium

selama 3 bulan bermula

29 Oktober 2020

sehingga 29 Januari

2021.

Tindakan : Jabatan

Perancangan Bandar

Page 16: MINIT MESYUARAT PENUH MAJLIS PERBANDARAN SUBANG … · 2020. 9. 24. · MINIT MESYUARAT PENUH MAJLIS PERBANDARAN SUBANG JAYA BIL. 6 TAHUN 2020 Tarikh : 29 Julai 2020 (Rabu) Masa :

Mesyuarat Penuh Majlis Perbandaran Subang Jaya Bil. 6 Tahun 2020

_________________________________________________________________________________________________

29 Julai 2020 16

Bil Para &

M/Surat

Ahli

Majlis Perkara Pindaan / Cadangan

3. Encik

Tai

Cheng

Heng

Beliau memaklumkan

bahawa kawasan

pembangunan ini kerap

menghadapi masalah

banjir kilat. Beliau

meminta agar satu kajian

dilaksanakan bagi

mengatasi masalah yang

membelenggu penduduk

sekitar.

Maklum balas :

Mesyuarat bersetuju agar

dilaksanakan satu

Mesyuarat Khas bagi

perbincangan lanjut

masalah tersebut.

Tindakan : Jabatan

Kejuruteraan /

Jabatan Perancangan

Bandar

Page 17: MINIT MESYUARAT PENUH MAJLIS PERBANDARAN SUBANG … · 2020. 9. 24. · MINIT MESYUARAT PENUH MAJLIS PERBANDARAN SUBANG JAYA BIL. 6 TAHUN 2020 Tarikh : 29 Julai 2020 (Rabu) Masa :

Mesyuarat Penuh Majlis Perbandaran Subang Jaya Bil. 6 Tahun 2020

_________________________________________________________________________________________________

29 Julai 2020 17

5.3 Laporan Mesyuarat Jawatankuasa Kawalan Perniagaan

Majlis Perbandaran Subang Jaya Bil.5/2020 bertarikh 8 Julai

2020

---------------------------------------------------------------------------------------

Setelah meneliti dan berbincang, mesyuarat telah bersetuju

menerima laporan dan keputusan yang terkandung dalam laporan

tersebut.

5.4 Laporan Mesyuarat Jawatankuasa Kewangan Majlis

Perbandaran Subang Jaya Bil. 6/2020 bertarikh 15 Julai 2020

---------------------------------------------------------------------------------------

Setelah meneliti dan berbincang, mesyuarat telah bersetuju

menerima laporan dan keputusan yang terkandung dalam laporan

tersebut.

5.5 Laporan Mesyuarat Jawatankuasa Kesihatan dan

Kesejahteraan Bandar Majlis Perbandaran Subang Jaya Bil.

4/2020 bertarikh 15 Julai 2020

---------------------------------------------------------------------------------------

Setelah meneliti dan berbincang, mesyuarat telah bersetuju

menerima laporan dan keputusan yang terkandung dalam

laporan tersebut dengan cadangan seperti yang berikut:

Page 18: MINIT MESYUARAT PENUH MAJLIS PERBANDARAN SUBANG … · 2020. 9. 24. · MINIT MESYUARAT PENUH MAJLIS PERBANDARAN SUBANG JAYA BIL. 6 TAHUN 2020 Tarikh : 29 Julai 2020 (Rabu) Masa :

Mesyuarat Penuh Majlis Perbandaran Subang Jaya Bil. 6 Tahun 2020

_________________________________________________________________________________________________

29 Julai 2020 18

Bil Para &

M/Surat

Ahli

Majlis Perkara Pindaan / Cadangan

1. Para

7.2.2 &

m/s 11

Encik

Mohan

Singh a/l

Surtar

Singh

Hal-hal Lain

Pemasangan

papan tanda notis

larangan

meminum

minuman keras,

merokok dan

menghisap vape

di taman

permainan

Beliau memohon

penjelasan samada

perkara ini

menggunakan

peruntukan JKP atau

MPSJ.

Maklum balas :

Puan Yang Dipertua

mengalu-alukan

sekiranya JKP ingin

menggunakan

peruntukan JKP.

Makluman

5.6 Laporan Mesyuarat Jawatankuasa Infrastruktur,

Pengangkutan dan Kemudahan Awam Majlis Perbandaran

Subang Jaya Bil. 4/2020 bertarikh 16 Julai 2020

---------------------------------------------------------------------------------------

Setelah meneliti dan berbincang, mesyuarat telah bersetuju

menerima laporan dan keputusan yang terkandung dalam

laporan tersebut dengan cadangan seperti yang berikut:

Page 19: MINIT MESYUARAT PENUH MAJLIS PERBANDARAN SUBANG … · 2020. 9. 24. · MINIT MESYUARAT PENUH MAJLIS PERBANDARAN SUBANG JAYA BIL. 6 TAHUN 2020 Tarikh : 29 Julai 2020 (Rabu) Masa :

Mesyuarat Penuh Majlis Perbandaran Subang Jaya Bil. 6 Tahun 2020

_________________________________________________________________________________________________

29 Julai 2020 19

Bil Para &

M/Surat Ahli Majlis Perkara Pindaan / Cadangan

1. Para

7.8.8 &

m/s 22

Encik

Thamilarasu

Sandayan

Status

pegambilalihan

kolam tadahan

dan masalah

banjir

Beliau ingin penjelasan

berkaitan isu status

pengambilalihan kolam

tadahan di Bluewater

Estate serta masalah

banjir di kawasan sekitar.

Maklum balas :

Puan Yang Dipertua

meminta isu tersebut

dibawa dan

dibincangkan dengan

lebih lanjut dalam

Mesyuarat

Jawatankuasa

Infrastruktur,

Pengangkutan dan

Kemudahan Awam

Tindakan :

Jabatan Kejuruteraan

2. Para

7.6.2 &

m/s 18

Encik Yap

Kok Weng

Hal-hal lain –

Projek

kawalan banjir

Beliau meminta pindaan

minit bagi perkara

berikut:

Page 20: MINIT MESYUARAT PENUH MAJLIS PERBANDARAN SUBANG … · 2020. 9. 24. · MINIT MESYUARAT PENUH MAJLIS PERBANDARAN SUBANG JAYA BIL. 6 TAHUN 2020 Tarikh : 29 Julai 2020 (Rabu) Masa :

Mesyuarat Penuh Majlis Perbandaran Subang Jaya Bil. 6 Tahun 2020

_________________________________________________________________________________________________

29 Julai 2020 20

Bil Para &

M/Surat Ahli Majlis Perkara Pindaan / Cadangan

i) Perkara 7.6.2 –

pembetulan nilai

projek kawalan banjir

RM 1.5 juta kepada

RM 4 juta.

ii) Perkara 7.6.4 –

perkataan belai

kepada beliau.

Maklum balas:

Puan Yang Dipertua

meminta urus setia

Mesyuarat

Jawatankuasa

Infrastruktur,

Pengangkutan dan

Kemudahan Awam

membuat pindaan ke

atas minit mesyuarat

seperti yang diminta.

Tindakan : Jabatan

Kejuruteraan

Page 21: MINIT MESYUARAT PENUH MAJLIS PERBANDARAN SUBANG … · 2020. 9. 24. · MINIT MESYUARAT PENUH MAJLIS PERBANDARAN SUBANG JAYA BIL. 6 TAHUN 2020 Tarikh : 29 Julai 2020 (Rabu) Masa :

Mesyuarat Penuh Majlis Perbandaran Subang Jaya Bil. 6 Tahun 2020

_________________________________________________________________________________________________

29 Julai 2020 21

5.7 Laporan Mesyuarat Jawatankuasa Perkhidmatan dan ICT

Majlis Perbandaran Subang Jaya Bil. 4/2020 bertarikh

22 Julai 2020

---------------------------------------------------------------------------------------

Setelah meneliti dan berbincang, mesyuarat telah bersetuju

menerima laporan dan keputusan yang terkandung dalam laporan

tersebut.

6.0 PEMBENTANGAN KERTAS KERJA

6.1 Kertas Usahasama Pihak MPSJ-Maybank Menerusi Platform

Perniagaan Atas Talian (Online) (Sama-sama Lokal)

(Kertas Mesyuarat Bil.12/6/2020)

Kertas kerja ini disediakan oleh Jabatan Pelesenan dan

dibentangkan oleh Pengarah Pelesenan.

Keputusan Mesyuarat :

Setelah meneliti dan berbincang, mesyuarat bersetuju dan

meluluskan kertas kerja usahasama pihak MPSJ-Maybank

menerusi platform perniagaan atas talian (online) (sama-sama

lokal).

Tindakan : Jabatan Pelesenan

Page 22: MINIT MESYUARAT PENUH MAJLIS PERBANDARAN SUBANG … · 2020. 9. 24. · MINIT MESYUARAT PENUH MAJLIS PERBANDARAN SUBANG JAYA BIL. 6 TAHUN 2020 Tarikh : 29 Julai 2020 (Rabu) Masa :

Mesyuarat Penuh Majlis Perbandaran Subang Jaya Bil. 6 Tahun 2020

_________________________________________________________________________________________________

29 Julai 2020 22

6.2 Kertas Garis Panduan Permohonan Kebenaran Merancang

Perubahan Material Kegunaan Bangunan Industri Kepada

Pusat Makanan (Premis Makanan) Di Majlis Perbandaran

Subang Jaya

(Kertas Mesyuarat Bil. 13/6/2020)

Kertas kerja ini disediakan oleh Jabatan Perancangan Bandar

dan dibentangkan oleh Pengarah Perancangan Bandar.

Keputusan Mesyuarat :

Setelah meneliti dan berbincang, mesyuarat bersetuju

menangguhkan kertas cadangan ini.

Tindakan : Jabatan Perancangan Bandar

6.3 Makluman Menerimapakai Garis Panduan Perancangan

Menara dan Struktur Sistem Pemancar Komunikasi di Negeri

Selangor 2019 di Kawasan Pentadbiran Majlis Perbandaran

Subang Jaya

(Kertas Mesyuarat Bil. 14/6/2020)

Kertas kerja ini disediakan oleh Jabatan Perancangan Bandar

dan dibentangkan oleh Pengarah Perancangan Bandar.

Page 23: MINIT MESYUARAT PENUH MAJLIS PERBANDARAN SUBANG … · 2020. 9. 24. · MINIT MESYUARAT PENUH MAJLIS PERBANDARAN SUBANG JAYA BIL. 6 TAHUN 2020 Tarikh : 29 Julai 2020 (Rabu) Masa :

Mesyuarat Penuh Majlis Perbandaran Subang Jaya Bil. 6 Tahun 2020

_________________________________________________________________________________________________

29 Julai 2020 23

Keputusan Mesyuarat :

Setelah meneliti dan berbincang, mesyuarat bersetuju dan

meluluskan Kertas Cadangan Garis Panduan Perancangan

Menara dan Struktur Sistem Pemancar Komunikasi di Negeri

Selangor 2019 di Kawasan Pentadbiran Majlis Perbandaran

Subang Jaya.

Tindakan : Jabatan Perancangan Bandar

6.4 Garis Panduan Pemasangan Papan Iklan Luaran Jenis Lumi

Majlis Perbandaran Subang Jaya

(Kertas Mesyuarat Bil. 15/6/2020)

Kertas kerja ini disediakan oleh Jabatan Perancangan Bandar

dan dibentangkan oleh Pengarah Perancangan Bandar.

Keputusan Mesyuarat :

Setelah meneliti dan berbincang, mesyuarat bersetuju dan

meluluskan Garis Panduan Pemasangan Papan Iklan Luaran

Jenis Lumi Majlis Perbandaran Subang Jaya.

Tindakan : Jabatan Perancangan Bandar

Page 24: MINIT MESYUARAT PENUH MAJLIS PERBANDARAN SUBANG … · 2020. 9. 24. · MINIT MESYUARAT PENUH MAJLIS PERBANDARAN SUBANG JAYA BIL. 6 TAHUN 2020 Tarikh : 29 Julai 2020 (Rabu) Masa :

Mesyuarat Penuh Majlis Perbandaran Subang Jaya Bil. 6 Tahun 2020

_________________________________________________________________________________________________

29 Julai 2020 24

6.5 Kertas Garis Panduan Perancangan Penubuhan Pusat

Penjagaan Ibu Bersalin dan Bayi Majlis Perbandaran Subang

Jaya

(Kertas Mesyuarat Bil. 16/6/2020)

Kertas kerja ini disediakan oleh Jabatan Perancangan Bandar

dan dibentangkan oleh Pengarah Perancangan Bandar.

Keputusan Mesyuarat :

Setelah meneliti dan berbincang, mesyuarat bersetuju dan

meluluskan Kertas Cadangan Garis Panduan Perancangan

Penubuhan Pusat Penjagaan Ibu Bersalin dan Bayi Majlis

Perbandaran Subang Jaya.

Tindakan : Jabatan Perancangan Bandar

6.6 Kertas Dasar Program Pemutihan Premis Perniagaan Tanpa

Kebenaran di Kampung Tradisi dan Kampung Baru di atas

Tanah Persendirian (Tanah Pertanian dan Tanah Bangunan)

dan Rizab Kerajaan di Kawasan Majlis Perbandaran Subang

Jaya

(Kertas Mesyuarat Bil. 17/6/2020)

Kertas kerja ini disediakan oleh Jabatan Perancangan Bandar

dan dibentangkan oleh Pengarah Perancangan Bandar.

Page 25: MINIT MESYUARAT PENUH MAJLIS PERBANDARAN SUBANG … · 2020. 9. 24. · MINIT MESYUARAT PENUH MAJLIS PERBANDARAN SUBANG JAYA BIL. 6 TAHUN 2020 Tarikh : 29 Julai 2020 (Rabu) Masa :

Mesyuarat Penuh Majlis Perbandaran Subang Jaya Bil. 6 Tahun 2020

_________________________________________________________________________________________________

29 Julai 2020 25

Keputusan Mesyuarat :

Setelah meneliti dan berbincang, mesyuarat bersetuju dan

meluluskan Kertas Dasar Program Pemutihan Premis Perniagaan

Tanpa Kebenaran di Kampung Tradisi dan Kampung Baru di atas

Tanah Persendirian (Tanah Pertanian dan Tanah Bangunan) dan

Rizab Kerajaan di Kawasan Majlis Perbandaran Subang Jaya

dengan tambahan 2 lokasi Kampung Batu 14 Puchong dan

Kampung Serdang Lama.

Tindakan : Jabatan Perancangan Bandar

6.7 Kertas Cadangan Pengemaskinian Senarai Terkini Keahlian

Mesyuarat Jawatankuasa Dan Zon Jawatankuasa Penduduk

(JKP) Majlis Perbandaran Subang Jaya

(Kertas Mesyuarat Bil. 18/6/2020)

Kertas kerja ini disediakan oleh Jabatan Khidmat Pengurusan dan

dibentangkan oleh Timbalan Pengarah Khidmat Pengurusan.

Keputusan Mesyuarat :

Setelah meneliti dan berbincang, mesyuarat bersetuju dengan

pengemaskinian senarai terkini keahlian Mesyuarat Jawatankuasa

Page 26: MINIT MESYUARAT PENUH MAJLIS PERBANDARAN SUBANG … · 2020. 9. 24. · MINIT MESYUARAT PENUH MAJLIS PERBANDARAN SUBANG JAYA BIL. 6 TAHUN 2020 Tarikh : 29 Julai 2020 (Rabu) Masa :

Mesyuarat Penuh Majlis Perbandaran Subang Jaya Bil. 6 Tahun 2020

_________________________________________________________________________________________________

29 Julai 2020 26

dan zon Jawatankuasa Penduduk (JKP) Majlis Perbandaran

Subang Jaya.

Tindakan : Jabatan Khidmat Pengurusan /

Jabatan Pembangunan Masyarakat

7.0 PEMBENTANGAN USUL

7.1 Usul dibentangkan oleh Encik Yap Kok Weng berkenaan

pembaharuan Kebenaran Merancang Sekolah Swasta sedia ada

di kawasan lot kilang.

Keputusan Mesyuarat :

Setelah meneliti dan berbincang, mesyuarat memutuskan bahawa

pembukaan sekolah baharu dalam kawasan industri tidak

dibenarkan di masa hadapan. Sekolah sedia ada di kawasan

industri akan diberi tempoh masa untuk memberi peluang kepada

pentadbir mencari kawasan baharu yang lebih bersesuaian.

Pertimbangan pembaharuan Kebenaran Merancang bagi sekolah

sedia ada akan dibincangkan dalam mesyuarat yang bersesuaian

dan dipertimbangkan mengikut kes.

Tindakan : Jabatan Perancangan Bandar

Page 27: MINIT MESYUARAT PENUH MAJLIS PERBANDARAN SUBANG … · 2020. 9. 24. · MINIT MESYUARAT PENUH MAJLIS PERBANDARAN SUBANG JAYA BIL. 6 TAHUN 2020 Tarikh : 29 Julai 2020 (Rabu) Masa :

Mesyuarat Penuh Majlis Perbandaran Subang Jaya Bil. 6 Tahun 2020

_________________________________________________________________________________________________

29 Julai 2020 27

8.0 PENUTUP

Puan Pengerusi mengucapkan terima kasih dan mesyuarat

ditangguhkan pada jam 12.30 tengah hari.

Tarikh Disediakan : 29 Julai 2020

″ SELANGOR MAJU BERSAMA "

″ MESRA, CEKAP DAN BERINTEGRITI "

Disediakan oleh;

……………………………………................................

(HJ. MOHD FADZIL BIN MAHAT), A.M.N., A.M.S.

Pengarah Jabatan Perbendaharaan

MAJLIS PERBANDARAN SUBANG JAYA

Disahkan oleh;

………………………………........................

(TPr. NORAINI BINTI ROSLAN), S.I.S., P.P.T

Yang Dipertua

MAJLIS PERBANDARAN SUBANG JAYA

Page 28: MINIT MESYUARAT PENUH MAJLIS PERBANDARAN SUBANG … · 2020. 9. 24. · MINIT MESYUARAT PENUH MAJLIS PERBANDARAN SUBANG JAYA BIL. 6 TAHUN 2020 Tarikh : 29 Julai 2020 (Rabu) Masa :

Mesyuarat Penuh Majlis Perbandaran Subang Jaya Bil. 6 Tahun 2020

_________________________________________________________________________________________________

29 Julai 2020 28

LAMPIRAN A

HADIR

1. Puan Noraini binti Roslan, S.I.S., P.P.T - Pengerusi

Yang Dipertua

2. Tuan Hj. Mohd Fadzil bin Mahat, A.M.N, A.M.S - Setiausaha

Pengarah, Jabatan Perbendaharaan. Mesyuarat

3. Encik Yap Kok Weng - Ahli Majlis

4. Encik Mohd Saifullah bin Mohd Zulkifli - Ahli Majlis

5. Ar. Kamarul Hisham bin Hj. Yeop Hashim - ″

6. Encik M Anbarasan a/l Murugesu - ”

7. Encik Mohd Fitri bin Jamaludin - ”

8. Encik Keshminder Singh a/l K.Karam Singh - ″

9. Encik Thomas Low Yew Sin - ″

10. Encik Mohan Singh a/l Surtar Singh - ″

11. Encik Mehanatan a/l Embamurthi - ″

12. Encik Chia Yew Ken - ″

13. Encik Tai Cheng Heng - ″

14. Encik Thamilarasu Sandayan - ″

Page 29: MINIT MESYUARAT PENUH MAJLIS PERBANDARAN SUBANG … · 2020. 9. 24. · MINIT MESYUARAT PENUH MAJLIS PERBANDARAN SUBANG JAYA BIL. 6 TAHUN 2020 Tarikh : 29 Julai 2020 (Rabu) Masa :

Mesyuarat Penuh Majlis Perbandaran Subang Jaya Bil. 6 Tahun 2020

_________________________________________________________________________________________________

29 Julai 2020 29

15. Encik Wong Yii Seang - ″

16. Encik Lee Jen Uyin - ″

17. Encik Abbas Salimmi bin Che Adzmi @ Azmi - ″

18. Encik Koh Eng Kee - ”

19. Encik Thong Kim Fatt - ”

TURUT HADIR (PEGAWAI MPSJ)

1. Ir. Rosli bin Mohammad Yunus, P.J.K.

Pengarah, Jabatan Kejuruteraan

2. Encik Ismail bin Muhamad, A.I.S

Pengarah, Jabatan Perancangan Bandar

3. Encik Ismail bin Salim

Pengarah, Jabatan Penguatkuasaan

4. Dr. Roslan bin Mohamed Hussin, A.M.S.

Pengarah, Jabatan Kesihatan

5. Puan Hjh Anita binti Abd Jalil, P.P.T.

Pengarah, Jabatan Undang-Undang

6. Puan Hjh. Aida binti Omar

Pengarah, Jabatan Penilaian Dan Pengurusan Harta

7. Puan Hjh. Sharifah Rohaida binti Abd. Rahman, P.J.K.

Pengarah, Jabatan Hasil

Page 30: MINIT MESYUARAT PENUH MAJLIS PERBANDARAN SUBANG … · 2020. 9. 24. · MINIT MESYUARAT PENUH MAJLIS PERBANDARAN SUBANG JAYA BIL. 6 TAHUN 2020 Tarikh : 29 Julai 2020 (Rabu) Masa :

Mesyuarat Penuh Majlis Perbandaran Subang Jaya Bil. 6 Tahun 2020

_________________________________________________________________________________________________

29 Julai 2020 30

8. Puan Azura binti Mohd Don

Pengarah, Jabatan Pengurusan Alam Sekitar

9. Encik Nor Azmi bin Hj. Mohd Rosli, P.P.T.

Pengarah, Jabatan Bangunan

10. Encik Muhammad Azli bin Miswan

Pengarah, Jabatan Pelesenan

11. Encik Samzol bin Saat

Pengarah, Jabatan Teknologi Maklumat

12. Puan Hjh. Noraziah binti Ali, P.J.K.

Pengarah, Jabatan Audit Dalam

13. Encik Nazarudin bin Mashtuki

Pengarah, Jabatan Kontrak & Ukur Bahan

14. Cik Rozdiana binti Mohd Rosmi

Pengarah, Jabatan OSC

15. Sr Mohd Marwan bin Khalilludin

Pengarah, Jabatan COB

16. Puan Azlina binti Mat Salim

Penolong Pengarah Kanan, Jabatan Landskap

17. Puan Emilia binti Nasir

Penolong Pengarah, Unit Integiriti

18. Puan Rubaizah binti Mohamed Noh

Timbalan Pengarah, Jabatan Pembangunan Masyarakat

Page 31: MINIT MESYUARAT PENUH MAJLIS PERBANDARAN SUBANG … · 2020. 9. 24. · MINIT MESYUARAT PENUH MAJLIS PERBANDARAN SUBANG JAYA BIL. 6 TAHUN 2020 Tarikh : 29 Julai 2020 (Rabu) Masa :

Mesyuarat Penuh Majlis Perbandaran Subang Jaya Bil. 6 Tahun 2020

_________________________________________________________________________________________________

29 Julai 2020 31

TIDAK HADIR (DENGAN MAAF)

1. Tuan Haji Mohd Zulkurnain bin Che Ali, A.M.N., A.M.S.

Setiausaha Perbandaran

2. Puan Kavitha a/p Chandragesan - Ahli Majlis

3. Puan Ng Seow Chen - ″

4. Encik Muhammad Zaki bin Yusof

Pengarah, Jabatan Pembangunan Masyarakat

5. Encik Azfarizal bin Abdul Rashid

Timbalan Pengarah, Jabatan Korporat dan Pengurusan Strategik

URUS SETIA

1. Puan Nik Zalina binti Megat Muda

Timbalan Pengarah, Jabatan Khidmat Pengurusan

2. Puan Mazura binti Mohamad

Penolong Pengarah, Jabatan Khidmat Pengurusan

3. Puan Juliana binti Jaafar

Penolong Pegawai Tadbir Kanan, Jabatan Khidmat Pengurusan