minit mesyuarat pembentukan jawatankuasa penaja alumni sek keb jengka 11

5
MINIT MESYUARAT PEMBENTUKAN JAWATANKUASA PENAJA ALUMNI SEK.KEB. FELDA JENGKA 11 (MESYUARAT JAWATANKUASA PENAJA) Tarikh : 11 JULAI 2013 Masa : 11.00 PAGI Tempat : BILIK GERAKAN SK LKTP JENGKA 11 Kehadiran : 1.Haji. Ahmad Thirmizir bin M. Hashim 2.En. Habibunnajar bin Hj. Yusuf 3.Pn. Hasenah bt Hussin 4.Pn. Norhayati bt Omar 5.Cik Noorfaezah bt M d Zahari 6.Pn. Hjh Morni bt Mohd Noor 7.En. Suffian bin Jantan Ahmad Mispar 8.En. Shahizam bin Said 9.Pn. Noraini bt Ahmad 10.En. Azmi bin Hussin 11.Pn. Sharija bt Maamor 12.Pn. Wan Salmi bt Wan Nadzri 13.Cik Nik Suraya bt Ismail 14.En. Aswadi bin Ghazali 15. Pn. Suhazlina bt Mohamed Shamsudin 16.Hj. Zamri bin Jamil Tidak Hadir.

Upload: nama-aque-oyienz

Post on 28-Nov-2015

82 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

minit mesyuarat

TRANSCRIPT

Page 1: Minit Mesyuarat Pembentukan Jawatankuasa Penaja Alumni Sek Keb Jengka 11

MINIT MESYUARAT PEMBENTUKAN JAWATANKUASA PENAJA ALUMNI SEK.KEB. FELDA JENGKA 11

(MESYUARAT JAWATANKUASA PENAJA)

Tarikh : 11 JULAI 2013

Masa : 11.00 PAGI

Tempat : BILIK GERAKAN SK LKTP JENGKA 11

Kehadiran :

1.Haji. Ahmad Thirmizir bin M. Hashim

2.En. Habibunnajar bin Hj. Yusuf

3.Pn. Hasenah bt Hussin

4.Pn. Norhayati bt Omar

5.Cik Noorfaezah bt M d Zahari

6.Pn. Hjh Morni bt Mohd Noor

7.En. Suffian bin Jantan Ahmad Mispar

8.En. Shahizam bin Said

9.Pn. Noraini bt Ahmad

10.En. Azmi bin Hussin

11.Pn. Sharija bt Maamor

12.Pn. Wan Salmi bt Wan Nadzri

13.Cik Nik Suraya bt Ismail

14.En. Aswadi bin Ghazali

15. Pn. Suhazlina bt Mohamed Shamsudin

16.Hj. Zamri bin Jamil

Tidak Hadir.

17.Hj. Md Kail bin Mohd Noor

18.En. Aspanizam bin Ariffin

19.Pn. Ruzilah bt Ghazali

Page 2: Minit Mesyuarat Pembentukan Jawatankuasa Penaja Alumni Sek Keb Jengka 11

Agenda 1

Kata-kata aluan dari penasihat Alumni

Haji Ahmad Thirmizir bin M. Hashim selaku penasihat Alumni SK LKTP Jengka 11 menzahirkan penghargaan dan mengalukan kedatangan semua bekas pelajar yang sudi meluangkan masa pada hari tersebut. Beliau juga menyatakan perasaan yang terharu dengan sokongan yang diberikan semua bekas-bekas pelajar yang masih setia berhubungan dengan pihak sekolah. Beliau menegaskan tentang kebaikan penubuhan Alumni kepada aktiviti sekolah dan pelajar sekarang. Beliau juga berharap dengan penubuhan ini,dapat membantu dari segi kewangan dan tenaga kepada semua aktiviti sekolah yang akan dijalankan.

Agenda 2

Perlantikan AJK Penaja Alumni.

Haji Ahmad Thirmizir bin M. Hashim seterusnya menyerahkan majlis kepada Saudara Habibunnajar bin Hj. Yusof sebagai wakil beliau untuk mempengerusikan perlantikan Ajk Penaja Alumni dan membincangkan agenda seterusnya. Atas nasihat Haji Ahmad Thirmizir, perlantikan AJK kali ini juga boleh melibatkan mereka yang tidak hadir pada hari itu dengan syarat mereka itu dipersetujui dan di ketahui kebolehannya oleh semua. Hasil perbincangan yang telus dan teratur maka terbentuk lah AJK Penaja Alumni SK LKTP Jengka 11 seperti di bawah:

STRUKTUR ORGANISASI

Penasihat

Hj Ahmad Thirmizir bin M. Hashim

Pengerusi

Encik Habibunnajar bin Hj. Yusof Puan Hasenah bt Hussin

Setiausaha

Puan Norhayati bt Omar Cik Noorfaezah bt M d Zahari

Bendahari

Puan Hjh Morni bt Mohd Noor Puan Sharija bt Maamor

Page 3: Minit Mesyuarat Pembentukan Jawatankuasa Penaja Alumni Sek Keb Jengka 11

Jawatankuasa Kecil :

Biro Publisiti

Encik Suffian bin Jantan Ahmad Mispar Encik Shahizam bin Said

Biro Pendidikan

Haji Md Kail bin Hj. Mohd Noor Hj. Zamri bin Jamil

Biro Data dan Maklumat

Puan Wan Salmi bt Wan Nadzri Cik Nik Suraya bt Ismail Encik Aswadi bin Ghazali

Biro Ekonomi

Puan Noraini bin Ahmad Encik Azmi bin Hussin

Biro Kebajikan

Puan Suhazlina binti Mohamed Shamsudin Encik Aspanizam bin Ariffin Puan Ruzilah binti Ghazali

Agenda 3

Progam Alumni yang terdekat.

Haji Ahmad Thirmizir mencadangkan supaya AJK yang baru dibentuk ini menjalankan sekurang-kurangnya dua program yang terdekat. Satu program adalah untuk mengumpulkan semua bekas pelajar SK LKTP Jengka 11 dari semua batch buat julung kalinya. Mengadakan Mesyuarat Agung Alumni. Dan satu lagi program adalah melibatkan Alumni dengan pelajar SK LKTP Jengka 11 sekarang seperti ‘sirih pulang ke gagang’. Perkara ini akan dibincangkan dengan lebih lanjut setelah Alumni SK LKTP Jengka 11 ini telah di daftarkan secara rasminya.

Agenda 4

Usul yang dibawa dan diminta pertimbangan dari semua ahli mesyuarat.

Sebelum mesyuarat berakhir semua ahli mesyuarat diminta untuk mengemukakan sekurang-kurangnya satu usul yang membawa kebaikan kepada Alumni dan boleh diguna pakai kelak. Antara usul mereka adalah ;

Page 4: Minit Mesyuarat Pembentukan Jawatankuasa Penaja Alumni Sek Keb Jengka 11

Norhayati : Saudari Norhayati menyarankan agar program perjumpaan/’gathering’ semua bekas pelajar SMASKP di jadikan acara wajib dua tahun sekali. Tambah beliau lagi, ini dapat memastikan keberlangsungan persatuan ini sekali gus merapatkan ukhwah yang telah lama terpisah.

Morni : Selaku bendahari beliau telah meyarankan agar yuran sebanyak RM30.00 setahun di kenakan kepada setiap ahli persatuan. Perkara ini telah dipersetujui oleh semua ahli mesyuarat setelah perbincangan yang agak panjang.

Suffian : Saudara Suffian mencadangkan supaya diwujudkan kad keahlian atau Pelekat Kereta bagi setiap ahli persatuan. Perkara ini kedengaran menarik tetapi ia perlu dipertimbangkan sewajarnya kerana ia memakan kos.

Noorfaezah : Saudari Faezah menyentuh tentang perkara yang sama iaitu tentang akaun persatuan. Saudari Faezah juga menyarankan agar semua yuran persatuan dan derma dapat di salurkan atau dimasukkan terus ke dalam akaun tersebut.

Shahizam : Beliau berharap agar semua program yang bakal di jalankan oleh persatuan akan mendatangkan faedah dari segi kewangan dan tenaga. Oleh itu semua ahli persatuan perlu bijak merebut setiap peluang yang ada dalam setiap program bagi menambah dana persatuan. Beliau juga menambah agar semua program yang bakal di jalankan oleh persatuan Alumni kali ini mendatangkan faedah dan keuntungan kepada semua pihak sama ada yang menganjurkan program atau mereka yang menyertai program tersebut.

Agenda 5

Penutupan.

Pengerusi mesyuarat Saudara Habibunnajar mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada setiap kerjasama yang diberikan oleh semua ahli mesyuarat. Beliau juga mengharapkan agar AJK yang baru terbentuk ini dapat meneruskan aspirasi dan sekali gus melaksanakan impian kita semua bagi menubuhkan secara rasminya Alumni SK LKTP Jengka 11. Mesyuarat ditangguhkan pada lebih kurang jam 1.15 petang.

Disediakan Oleh; Disemak dan disahkan Oleh;

…………………………………………….. ……………………………………………

PUAN NORHAYATI BT OMAR HJ.AHMAD THIRMIZIR B. M. HASHIM

Setiausaha Alumni SK LKTP Jengka 11 Penasihat Alumni SK LKTP Jengka 11