minit mesyuarat literasi dan numerasi

Upload: zainab-afina

Post on 06-Apr-2018

253 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • 8/2/2019 Minit Mesyuarat Literasi Dan Numerasi

    1/3

    MINIT MESYUARAT LITERASI DAN NUMERASI (LINUS) KALI PERTAMA 2012

    Tarikh : 02/02/2012

    Hari : Khamis

    Masa : 01.15 petang

    Tempat :Bilik Gerakan SKSA

    Agenda yang dibincangkanialah:

    2.1 Perutusan Guru Besar/PK Pentadbiran

    Ucapan terima kasih kerana hadir.Beliau menegaskan peri pentingnya guru-guru

    memberi penekanan dalam permasalahan ini da nmengharapkan agar mencapai

    sifar linus pada awal tahun tiga dan selewat-lewatnya akhir tahun tiga.Beliau

    juga mengucapkan tahniah kepada semua guru yang terlibat kerana dapat

    bekerjasama memenuhi kehendak jabatan dalam mengisi maklumbalas terhadap

    keputusan saringan secara on- line.

    2.2 Pelantikan AJK Linus

    Terdapat beberapa orang ahli barusepertiPn. Ramlah (MatematikTahun 1), Pn.

    Hjh. Samsiah(BM Tahun 1) danPn.Amnah (BM Tahun 3). Pn. Hjh. Nik Yah

    berharap mereka dapat mengajar dengan ikhlas dengan tujuan untuk membasmi

    Linus tegar dan linus.Gunalah berbagai kaedah atau teknik pengajaran yang

    sesuai asalkan objektif NKRA tercapai.

    Tindakan: Guru-guru tahun 1,2dan 3

    2.3 Program Linus

    Oleh kerana murid tahun 1 seramai 69 dan kelas tidak boleh dipecahkan kepada

    3, Pn. Farhanah berharap program kelas intervensi perlu dirancangkan selepas

    saringan linus nanti.

    Tindakan: Guru Matematikdan BM tahun 1

    Bagi murid- murid tahun 2, walaupun seramai 6 orang berada di dalam

    pengawasan Pn.Jamilah (kelas pemulihan), mereka perlu diberi perhatian di

    dalam bilik darjah bersama-sama murid lain dari aspek latihan membaca dan

    menulis kerana dalam masa yang sama mereka mereka turut dinilai dalam KSSR.Tindakan: Guru matapelajaran

    2.4 Pencerapan dan pemantauan

    Pegawai-pegawai dari PPD, JPN dan NKRA sendiri akan membuat lawatan dari

    masa kesemasa ke sekolah-sekolah di seluruh Malaysia. Oleh itu, guru-guru

    haruslah bersedia sebagaimana yang sepatutnya.

  • 8/2/2019 Minit Mesyuarat Literasi Dan Numerasi

    2/3

    Guru-guru sepatutnya menggunakan modul linus yang disediakan bagi

    mengurangkan jumlah murid Linus peringkat awal lagi.

    Dari segi rekod mengajar, guru-guru perlu ada senarai nama murid linus dan

    mengenalpasti murid tersebut manakala headcount linus ditampalkan di

    belakang buku rekod mengajar

    Rancangan harian pula perlumengikuti contoh yang sudah didedahkan dalam

    ceramah LDP pada November lalu.Bagi kelas bercampur pula perlu ditambah

    aktivt iliterasi/numerasi di bawah aktiviti pembelajaran KSSR.

    Tindakan: Guru BM dan Matematik

    2.5 Tangga Ilmu.

    Guru-guru tahun 1 sepatutnya menambahbaik papan kenyataan linu s dengan

    pengisian ilmu yang menarik dan bermakna.Begitu juga dengan sudut-sudut

    dinding yang menjadi sasaran matapelajar-pelajar tahun satu.Pengisian ilmu

    meliputi semuapelajaran yang difikirkan perlu dan bermanfaat kepada murid.

    Tindakan: Semua guru matapelajaran

    2.6 Aktiviti Linus

    Aktiviti linus literasi dan Numerasi perlu dimasukkan bersama-sama aktiviti

    panitia BM dan Matematik .Ketua panitia sepatutny amengambil tahudan

    mengambil caknakerana ini adalah program besa rkerajaan (NKRA)

    Tindakan: Ketua Panitia dan guru-guru AJK Linus

    2.7 Hal-hal lain.

    Pn. Wan Hamidah menjelaskan bahawa jadual harian BM beliau sekarang didarjah 2P dan 3C.Oleh itu, Puan Wan Amnah yang mengambilalih kela s 3P perlu

    mengenalpasti murid-murid yang sudah melepas ilinus tetapi masih lemah

    berbanding dengan murid perdana.

    Puan Jamilah berharap guru-guru lain perlu memberi perhatian kepada 6

    orang murid linus yang mengikuti kelas pemulihan semasa berada di dalam bilik

    darjah kerana dalam masa yang sama mereka juga mengikuti KSSR.

    PK Pentadbiran berharap agar guru-guru dapat bekerjasama bagi membasmi

    linus pada selewatnya akhir tahun 3.

  • 8/2/2019 Minit Mesyuarat Literasi Dan Numerasi

    3/3

    Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.00 petang.

    Disediakan oleh: Disahkan oleh:

    ..

    (Farhanah bt. Ab. Rahman) (Pn.Hjh. Nik Yah bt.Mahamood)S/U PanitiaBahasaMelayuSKSA. PK Pentadbiran SKSA