mesyting4'15

4

Click here to load reader

Upload: allen-rodriguez

Post on 21-Dec-2015

226 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

hgdfgeg

TRANSCRIPT

Page 1: MesyTing4'15

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ST THERESA08000 SUNGAI PETANI, KEDAH

NO TEL : 044212266 NO FAX: 044255549EMAIL: [email protected]

Ruj : SMKST/30/001/1 Tarikh : 13 April 2015

Kepada:

Guru Kanan Matapelajaran dan Semua Guru Akademik Tingkatan 4

Tuan/Puan,

Mesyuarat Peningkatan Prestasi Tingkatan Empat Kali Kedua 2015

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Mesyuarat tersebut akan diadakan pada ketetapan berikut: Tarikh : 14.04.2015 (Selasa) Masa : 1.50 petang Tempat : Bilik Multimedia

3. Agenda mesyuarat : 3.1 Perutusan Pengerusi 3.2 Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat yang lalu 3.3 Perkara-perkara Berbangkit 3.4 Program Peningkatan Prestasi Tingkatan 4 2015

3.5 Hal-Hal Lain

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”“KEDAH AMAN MAKMUR: BERSAMA MEMACU TRANSFORMASI”

Saya yang menurut perintah,

……………………………(ZURAIDA BT ZAINOL)SetiausahaProgram Peningkatan Prestasi Tingkatan Empat

Page 2: MesyTing4'15

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ST. THERESA08000 SUNGAI PETANI, KEDAH DARUL AMAN

Minit Mesyuarat Peningkatan Prestasi Tingkatan Empat 1/2015

Tarikh : 2 Februari 2015

Masa : 1.50 pagi – 3.00 petang

Tempat : Bilik APD

Pengerusi : En. Dass a/l Velaisamy

Kehadiran :

1. En. Dass a/l Velaisamy (Penolong Kanan HEM)2. Cik Lim Teik Gin (GKM Bahasa)3. En. Subramaniam a/l Perinan (GKM Tek & Vok)4. Pn. Rajeswery a/p Muniandy5. Pn. Nor Hayati Binti Ahmed6. Pn. Saraspathy a/p Visvanathan7. Pn. Rozita Binti Abu Halipah8. Pn. Azaitul Faizah Binti Awaluddin9. Pn. Shobashini a/p Sangaram10. Pn. Ng Chia Hooi11. En. Wong Poh Wah 12. En. Ku Ahmad Yusop Bin Ku Ahmad Khir13. Tn. Hj. Mohd Nasir Bin Mohd Zain14. Cik Teh Bee Hua15. Pn. Tee Geok Lan16. Pn. Lim Bee Hoon17. Pn. Haliza Yani Binti Abd. Halim18. Pn. Manonmani a/p Kathirvelan19. Pn. Salmah Binti Syed Mohamad20. Cik Cheah Lay Kian21. Pn. Zuriati Binti Berahan22. Pn. Nasriah Binti Saad23. Cik Zuraida Binti Zainol

I. Perutusan Pengerusi1. Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua guru akedemik Tingkatan 4 ke Mesyuarat

Peningkatan Prestasi Tingkatan 4 kali Pertama 2015.Makluman: Semua Guru

Page 3: MesyTing4'15

II. Perancangan Program Peningkatan Prestasi Tingkatan 4 20152. Pengerusi memaklumkan program peningkatan prestasi tingkatan empat akan dibuat

sama seperti program untuk tingkatan lima.3. Program Jaya Waris dan Aku Janji dicadangkan akan dibuat selepas Ujian 1 (Mac) ini.

Pengerusi mengingatkan guru supaya berkempen kepada murid agar waris mereka hadir pada hari tersebut.

4. Guru subjek perlu menyampaikan prestasi murid kepada warisnya agar waris tahu tahap prestasi anak mereka, terutamanya murid dari kelas belakang.

5. Pengerusi menyampaikan pesanan Pengetua iaitu beliau mengharapkan P&P yang berkesan dapat dilakukan. Di antaranya, ialah memastikan murid belajar dan faham, mengenal pasti murid yang lemah dan rancang aktiviti susulan untuk mereka serta memastikan murid tidak duduk belajar dalam satu kaum sahaja.

Makluman: Semua GuruIII. Penetapan KPI Tingkatan 4

6. Semua guru subjek perlu tentukan KPI setiap muridnya berdasarkan Ujian 1 yang telah pun dijalankan.

7. Semua GKM dan Ketua Panitia perlu menyediakan analisis untuk semua subjek.

Tindakan: Semua Guru

IV. Hal-hal Lain8. Masih terdapat rungutan penempatan kelas di tingkatan empat dimana ada segelintir

waris yang datang merayu agar anaknya dinaikkan kelas.9. Pn. Haliza Yani dan En. Wong Poh Wah mencadangkan agar murid-murid Tingkatan 4

disaringkan terlebih dahulu sebelum mereka memasuki Tingkatan 5. Saringan ini boleh dibuat berdasarkan peperiksaan pertengahan tahun mereka.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.00 petang.

Disediakan oleh,

…………………………..(ZURAIDA BT ZAINOL)Setiausaha Peningkatan Prestasi Tingkatan 4