merungkai isu kewangan fahami huraian jual beli nilai

1
ADLI YASHIR KUCHIT [email protected] RENCANA ALIRAN tunai merupakan antara cabaran yang sering dihadapi syarikat kecil dan sederhana (SME) dalam menjalankan perniagaan. Kebanyakan SME perlukan aliran tunai yang positif untuk membayar gaji pekerja atau membiayai pembelian aset, peralatan atau sum- ber untuk memenuhi pesanan pelanggan mereka. Malangnya keadaan ekonomi yang tidak me- nentu dan profil syarikat yang kecil menyukar- kan banyak SME untuk mendapatkan modal op- erasi. Syarikat sedemikian lazimnya sukar mendap- atkan dana modal dari institusi kewangan tradis- ional seperti bank kerana kesukaran memenuhi kriteria kredit yang ditetapkan sesebuah bank. Satu cara syarikat itu mendapat dana untuk meneruskan perniagaan ialah menerusi pengump- ulan dana umum atau crowdfunding. Satu contoh wadah crowdfunding yang me- manfaatkan struktur Murabaha ialah Kapital Boost. Ketua Pegawai Operasi Kapital Boost, Cik Norliana Hamber berkata: “Kapital Boost adalah wadah P2P yang mem- bantu SME mendapatkan akses ke modal kerja jangka pendek untuk perniagaan mereka. Kami menggunakan dua struktur, salah satunya adalah Murabaha.” Menurut beliau, sejak dimulakan pada 2015, Kapital Boost telah berjaya mengumpulkan pen- danaan sebanyak $21.7 juta menerusi 326 kem- pen crowdfunding. Pulangan yang diagihkan kepada pelabur ialah sekitar 12 hingga 15 peratus setahun. Sebagai contoh, sebuah syarikat pembekal gas runcit di Indonesia memerlukan $50,000 untuk membeli bekalan gas untuk dijual kepada penggu- na rumah. Kapital Boost akan mengumpulkan sejumlah pelabur, masing-masing boleh membuat pelabu- ran minimum sebanyak $200. Jumlah pelaburan individu itu akan dikumpul- kan hingga jumlah dana, dalam contoh ini $50,000, dapat dikumpulkan. Kumpulan pelabur itu kemudiannya akan membeli aset yang diperlukan syarikat pembekal gas dan menjual semula aset itu kepada syarikat itu dengan keuntungan, dan kesemuanya dibayar pada satu tarikh yang ditetapkan di masa hada- pan. Berbekalkan aset itu, syarikat akan dapat me- menuhi tempahan pelanggannya dan pulangan yang diraih daripada tempahan itu kelak akan di- gunakan untuk membayar balik pelabur. Menerangkan lanjut, Cik Norliana berkata pendanaan yang diusahakan Kapital Boost ber- dasarkan projek. “Syarikat datang mendapatkan khidmat kami adalah syarikat yang layak dan ada juga syarikat yang tidak layak mendapatkan pinjaman bank. “Namun kami perhatikan kebanyakannya ada- lah syarikat yang tidak layak mendapatkan pinja- man bank kerana mereka tidak dapat memenuhi kriteria kredit yang dikenakan pihak bank,” jelas beliau Sebagai khidmat usaha wajar dan menangani risiko pelaburan, Kapital Boost akan membuat pe- nilaian terhadap syarikat yang memerlukan dana. Sebagai contoh ia memilih syarikat yang mem- punyai tempahan pelanggan yang perlu dipenuhi. Ini dapat dilihat menerusi purchase order atau rekod tempahan pembelian daripada pelanggan. Kapital Boost juga memeriksa status kewan- gan syarikat bagi memastikan syarikat berupaya membuat bayaran kepada pelabur di akhir tem- poh perjanjian. Pelabur pula boleh memilih daripada pelbagai permintaan dana yang disebut sebagai kempen untuk membuat pelaburan. Setiap kempen misalnya menetapkan tempoh pelaburan dan pulangan yang ditawarkan di akhir tempoh tersebut. Dalam semua pelaburan, ada risikonya. Begitu juga dengan pelaburan yang ditawar- kan menerusi wadah Kapital Boost. Sebagai contoh, pelanggan syarikat mungkin memerlukan lebih banyak masa untuk mem- bayar tempahan yang dibuat, menyebabkan syarikat lewat membayar balik pulangan dan modal kepada pelabur. Bagi mengurangkan risiko pelaburan Kapital Boost melaksanakan beberapa cara termasuk mendapatkan jaminan peribadi daripada pemega- ng saham utama syarikat tersebut. Dalam mana-mana pelaburan, pelabur perlu meneliti risiko dan membuat pertimbangan sewa- jarnya. DALAM urus niaga melibatkan barangan berharga tinggi seperti har- tanah, tidak ramai pembeli yang mempunyai wang tunai untuk melu- naskan pembelian tersebut. Bagi mendapatkan pinjaman, bank lazimnya mengenakan faedah dan mengenakan syarat kredit yang agak ketat. Bagi syarikat yang tidak mempun- yai dana tunai apakah antara hurai- an yang menawarkan kemudahan mendapatkan pendanaan dan yang tidak melibatkan pembayaran fae- dah atau duit bunga. Menjelaskan Ustaz Mohd Kamal Mokhtar, Penasihat Syariah May- bank Islamic Berhad berkata kon- trak Murabaha yang ditawarkan bank Islam lazimnya digunakan un- tuk pembelian barangan berharga tinggi seperti rumah, kereta, mesin kilang dan bermacam lagi. Pembelian secara Murabaha Murabaha dalam segi bahasa ber- makna “Saling mendapat untung”. Kedua pihak yang sedang beruru- san memperolehi keuntungan daripa- da perjanjian yang mereka lakukan. Perjanjian itu biasanya berkaitan dengan jual beli. Penjual akan mendapat untung daripada hasil jualan manakala pem- beli mendapat untung dengan mem- perolehi barangan yang diperlukan. Pembeli boleh membuat bayaran secara ansuran jika dia tidak mem- punyai wang yang cukup untuk membayar secara tunai. Murabaha adalah kontrak yang popular dalam seluruh kontrak-kon- trak yang terdapat dalam kewangan Islam. Ia juga merupakan kontrak yang terbanyak digunakan dalam institusi kewangan Islam. Biasanya Murabaha digunakan ketika pelanggan memerlukan ba- rangan yang berharga tinggi dan per- lu membayarnya secara ansuran un- tuk waktu yang agak panjang. Syarat-syarat Murabaha Dalam kontrak Murabaha, bebe- rapa syarat perlu disempurnakan iaitu: Harga asal barang yang dibeli perlu diketahui dan nyata Keuntungan yang diambil oleh penjual perlu jelas Jangka waktu pembayaran ser- ta jumlah yang harus dibayar setiap bulan perlu dipersetujui dan jelas Tiada tambahan bayaran yang boleh dikenakan setelah perjanjian dimeterai. Proses pembelian secara Muraba- ha akan melibatkan 3 pihak: Penjual Pembeli Pembiaya (Bank Islam) Contoh adalah dalam pembelian perabot mahal. Pembeli telah berke- nan untuk membeli sebuah perabot kayu jati yang berharga $5,000. Pembeli bertemu dengan pihak Bank Islam untuk mendapatkan pembiayaan sebanyak $5,000 mela- lui kontrak Murabaha. Pihak Bank Islam akan beli pera- bot yang diinginkan dan kemudian akan jual kepada pembeli. Bank Islam akan membuat perjan- jian dengan pembeli mengenai keun- tungan yang akan diambil oleh pi- hak bank dan tempoh yang akan dibayar oleh pembeli. Pembeli akan dilantik dahulu oleh pihak bank sebagai wakil dalam proses pemilihan perabot dan pem- belian. Bila proses pembelian sudah sem- purna, bank Islam akan membuat ba- yaran kepada penjual. Sepanjang tempoh pembayaran oleh pembeli, tiada kos tambahan atau bayaran tambahan yang boleh dikenakan oleh pihak bank kepada pembeli. Bayaran tambahan ke atas pem- beli akan dikira sebagai riba yang di- haramkan. Berdasarkan kepada syarat-sya- rat yang ketat ini, beberapa isu telah timbul dari segi perlaksanaan kon- trak. Masalah lambat bayar Jika setiap pihak melaksanakan tanggungjawab masing-masing, ma- ka kontrak ini akan berjalan dengan lancar. Namun, ada segelintir pembeli yang tidak dapat membayar meng- ikut jadual yang telah ditetapkan. Perkara ini akan menyebabkan kerugian pada pihak bank kerana perlu ketepikan sejumlah wang yang dikenali sebagai “provision” (perun- tukan) untuk memenuhi prosedur dalam segi perakaunan yang berda- sarkan Piawaian Laporan Kewangan Antarabangsa (IFRS). Peruntukan yang perlu dilakukan oleh pihak bank akan menimbulkan kerugian kerana sebahagian wang perlu diketepikan dan tidak boleh di- gunakan oleh pihak bank. Soalannya adalah: Bolehkah Bank Islam kenakan “Yuran lambat bayar” kepada pelanggan yang ga- gal membuat bayaran yang telah di- tetapkan? Adakah “Yuran Bayaran Lewat” ini dikira sebagai “riba”? Ini kerana ia adalah bayaran tambahan daripa- da jumlah yang telah disepakati dari- pada pinjaman yang telah diambil oleh pembeli. Pakar pengamal Kewangan Islam telah membuat keputusan untuk membenarkan “Yuran Bayaran Le- wat” dikenakan di atas sebab dan syarat berikut: Pelanggan telah gagal menunai- kan tanggungjawab yang telah diper- setujui dalam kontrak jual beli. Jika “Yuran lambat bayar” tidak dikenakan, maka ramai pelanggan tidak akan ambil endah dalam menu- naikan tanggungjawab mereka keti- ka membuat pembayaran. Ini akan menjejas prestasi bank Is- lam dan secara menyeluruh menje- jas industri Kewangan Islam. Pihak bank Islam hanya boleh mengambil jumlah “wang pentadbi- ran sebenar” sahaja, dan bakinya perlu diberi kepada pihak yang me- merlukan seperti badan-badan keba- jikan. Jumlah wang yang terkumpul dari “Yuran Bayaran Lewat ” ini ada- lah agak besar dan telah dapat disa- lurkan kepada badan-badan kebaji- kan seperti madrasah, rumah anak yatim dan juga persatuan amal. Pihak bank Islam tidak dibenar- kan untuk mengiklankan wang yang disalurkan kepada badan-badan ke- bajikan dan tidak boleh ambil seba- rang publisiti sama sekali daripada sumbangan ini. MERUNGKAI ISU KEWANGAN BERSAMA Struktur Murabaha buka akses dana untuk SME, peluang pelaburan individu Fahami huraian jual beli nilai tinggi tanpa duit bunga tanyaBH SISTEM kewangan yang semakin rumit dalam dunia yang tidak menentu akan mem- buka pelbagai persoalan bagi warga. Apakah pelaburan yang wajar anda pertimbang- kan? Adakah anda mempunyai simpanan persaraan yang mencukupi? Bagaimana an- da memastikan anak-anak dapat berdaya tahan dari sudut kewangan di masa depan? Jika anda mempunyai persoalan berhubung kewangan, kirimkan kepada kami. Wartawan Berita Harian/Minggu dengan kerjasama pakar dan pengamat kewangan akan menawarkan jawapan untuk anda. Kami juga mengalu-alukan maklum balas, sumbangan pandangan serta pengamatan pakar dan pengamat berhubung topik ke- wangan untuk disiarkan dalam ruangan ini. Kirimkan soalan atau sumbangan wacana berhubung kewangan kepada: [email protected] “Murabaha dalam segi bahasa bermakna “Saling mendapat untung”. Kedua pihak yang sedang berurusan memperolehi keuntungan daripada perjanjian yang mereka lakukan. Perjanjian itu biasanya berkaitan dengan jual beli. Penjual akan mendapat untung daripada hasil jualan manakala pembeli mendapat untung dengan memperolehi barangan yang diperlukan. Pembeli boleh membuat bayaran secara ansuran jika dia tidak mempunyai wang yang cukup untuk membayar secara tunai. Murabaha adalah kontrak yang termudah dalam seluruh kontrak-kontrak yang terdapat dalam kewangan Islam.” – Ustaz Mohd Kamal Mokhtar, Penasihat Syariah Maybank Islamic Berhad “ Kapital Boost adalah wadah P2P yang membantu SME mendapatkan akses ke modal kerja jangka pendek untuk perniagaan mereka. Kami menggunakan dua struktur, salah satunya adalah Murabaha.” – Cik Norliana Hamber, Ketua Pegawai Operasi Kapital Boost PERLUKAN MODAL: Sebuah syarikat pembekal gas runcit di Indonesia yang memerlukan sekitar $50,000 untuk membeli gas telah menggunakan wadah Kapital Boost untuk mendapatkan dana. – Foto fail HURAIAN PEMBELIAN NILAI TINGGI: Warga wajar memahami huraian yang ditawarkan untuk memudahkan pembelian barangan harga tinggi tanpa melibatkan kaedah faedah. – Foto ISTOCKPHOTO 10 Berita Minggu | 8 Ogos 2021

Upload: others

Post on 05-Apr-2022

13 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: MERUNGKAI ISU KEWANGAN Fahami huraian jual beli nilai

ADLI YASHIR [email protected]

RENCANA

ALIRAN tunai merupakan antara cabaran yang sering dihadapi syarikat kecil dan sederhana (SME) dalam menjalankan perniagaan.

Kebanyakan SME perlukan aliran tunai yang positif untuk membayar gaji pekerja atau membiayai pembelian aset, peralatan atau sum-ber untuk memenuhi pesanan pelanggan mereka.

Malangnya keadaan ekonomi yang tidak me-nentu dan profil syarikat yang kecil menyukar-kan banyak SME untuk mendapatkan modal op-erasi.

Syarikat sedemikian lazimnya sukar mendap-atkan dana modal dari institusi kewangan tradis-ional seperti bank kerana kesukaran memenuhi kriteria kredit yang ditetapkan sesebuah bank.

Satu cara syarikat itu mendapat dana untuk meneruskan perniagaan ialah menerusi pengump-ulan dana umum atau crowdfunding.

Satu contoh wadah crowdfunding yang me-manfaatkan struktur Murabaha ialah Kapital Boost.

Ketua Pegawai Operasi Kapital Boost, Cik Norliana Hamber berkata:

“Kapital Boost adalah wadah P2P yang mem-bantu SME mendapatkan akses ke modal kerja jangka pendek untuk perniagaan mereka. Kami menggunakan dua struktur, salah satunya adalah Murabaha.”

Menurut beliau, sejak dimulakan pada 2015, Kapital Boost telah berjaya mengumpulkan pen-danaan sebanyak $21.7 juta menerusi 326 kem-pen crowdfunding.

Pulangan yang diagihkan kepada pelabur ialah sekitar 12 hingga 15 peratus setahun.

Sebagai contoh, sebuah syarikat pembekal gas runcit di Indonesia memerlukan $50,000 untuk membeli bekalan gas untuk dijual kepada penggu-na rumah.

Kapital Boost akan mengumpulkan sejumlah pelabur, masing-masing boleh membuat pelabu-ran minimum sebanyak $200.

Jumlah pelaburan individu itu akan dikumpul-kan hingga jumlah dana, dalam contoh ini $50,000, dapat dikumpulkan.

Kumpulan pelabur itu kemudiannya akan membeli aset yang diperlukan syarikat pembekal gas dan menjual semula aset itu kepada syarikat itu dengan keuntungan, dan kesemuanya dibayar pada satu tarikh yang ditetapkan di masa hada-pan.

Berbekalkan aset itu, syarikat akan dapat me-menuhi tempahan pelanggannya dan pulangan

yang diraih daripada tempahan itu kelak akan di-gunakan untuk membayar balik pelabur.

Menerangkan lanjut, Cik Norliana berkata pendanaan yang diusahakan Kapital Boost ber-dasarkan projek.

“Syarikat datang mendapatkan khidmat kami adalah syarikat yang layak dan ada juga syarikat yang tidak layak mendapatkan pinjaman bank.

“Namun kami perhatikan kebanyakannya ada-lah syarikat yang tidak layak mendapatkan pinja-man bank kerana mereka tidak dapat memenuhi kriteria kredit yang dikenakan pihak bank,” jelas beliau

Sebagai khidmat usaha wajar dan menangani risiko pelaburan, Kapital Boost akan membuat pe-nilaian terhadap syarikat yang memerlukan dana.

Sebagai contoh ia memilih syarikat yang mem-punyai tempahan pelanggan yang perlu dipenuhi.

Ini dapat dilihat menerusi purchase order atau rekod tempahan pembelian daripada pelanggan.

Kapital Boost juga memeriksa status kewan-gan syarikat bagi memastikan syarikat berupaya membuat bayaran kepada pelabur di akhir tem-poh perjanjian.

Pelabur pula boleh memilih daripada pelbagai permintaan dana yang disebut sebagai kempen untuk membuat pelaburan.

Setiap kempen misalnya menetapkan tempoh pelaburan dan pulangan yang ditawarkan di akhir tempoh tersebut.

Dalam semua pelaburan, ada risikonya. Begitu juga dengan pelaburan yang ditawar-

kan menerusi wadah Kapital Boost.Sebagai contoh, pelanggan syarikat mungkin

memerlukan lebih banyak masa untuk mem-bayar tempahan yang dibuat, menyebabkan syarikat lewat membayar balik pulangan dan modal kepada pelabur.

Bagi mengurangkan risiko pelaburan Kapital Boost melaksanakan beberapa cara termasuk mendapatkan jaminan peribadi daripada pemega-ng saham utama syarikat tersebut.

Dalam mana-mana pelaburan, pelabur perlu meneliti risiko dan membuat pertimbangan sewa-jarnya.

DALAM urus niaga melibatkan barangan berharga tinggi seperti har-tanah, tidak ramai pembeli yang mempunyai wang tunai untuk melu-naskan pembelian tersebut.

Bagi mendapatkan pinjaman, bank lazimnya mengenakan faedah dan mengenakan syarat kredit yang agak ketat.

Bagi syarikat yang tidak mempun-yai dana tunai apakah antara hurai-an yang menawarkan kemudahan mendapatkan pendanaan dan yang tidak melibatkan pembayaran fae-dah atau duit bunga.

Menjelaskan Ustaz Mohd Kamal Mokhtar, Penasihat Syariah May-bank Islamic Berhad berkata kon-trak Murabaha yang ditawarkan bank Islam lazimnya digunakan un-tuk pembelian barangan berharga tinggi seperti rumah, kereta, mesin kilang dan bermacam lagi.

Pembelian secaraMurabaha

Murabaha dalam segi bahasa ber-makna “Saling mendapat untung”.

Kedua pihak yang sedang beruru-san memperolehi keuntungan daripa-da perjanjian yang mereka lakukan. Perjanjian itu biasanya berkaitan dengan jual beli.

Penjual akan mendapat untung

daripada hasil jualan manakala pem-beli mendapat untung dengan mem-perolehi barangan yang diperlukan.

Pembeli boleh membuat bayaran secara ansuran jika dia tidak mem-punyai wang yang cukup untuk membayar secara tunai.

Murabaha adalah kontrak yang popular dalam seluruh kontrak-kon-trak yang terdapat dalam kewangan Islam.

Ia juga merupakan kontrak yang terbanyak digunakan dalam institusi kewangan Islam.

Biasanya Murabaha digunakan ketika pelanggan memerlukan ba-rangan yang berharga tinggi dan per-lu membayarnya secara ansuran un-tuk waktu yang agak panjang.

Syarat-syaratMurabaha

Dalam kontrak Murabaha, bebe-rapa syarat perlu disempurnakan iaitu:

◆ Harga asal barang yang dibeli perlu diketahui dan nyata

◆ Keuntungan yang diambil oleh penjual perlu jelas

◆ Jangka waktu pembayaran ser-ta jumlah yang harus dibayar setiap bulan perlu dipersetujui dan jelas

◆ Tiada tambahan bayaran yang boleh dikenakan setelah perjanjian dimeterai.

Proses pembelian secara Muraba-ha akan melibatkan 3 pihak:

◆ Penjual◆ Pembeli◆ Pembiaya (Bank Islam)

Contoh adalah dalam pembelian perabot mahal. Pembeli telah berke-nan untuk membeli sebuah perabot kayu jati yang berharga $5,000.

Pembeli bertemu dengan pihak Bank Islam untuk mendapatkan

pembiayaan sebanyak $5,000 mela-lui kontrak Murabaha.

Pihak Bank Islam akan beli pera-bot yang diinginkan dan kemudian akan jual kepada pembeli.

Bank Islam akan membuat perjan-jian dengan pembeli mengenai keun-tungan yang akan diambil oleh pi-hak bank dan tempoh yang akan dibayar oleh pembeli.

Pembeli akan dilantik dahulu oleh pihak bank sebagai wakil dalam proses pemilihan perabot dan pem-belian.

Bila proses pembelian sudah sem-purna, bank Islam akan membuat ba-yaran kepada penjual.

Sepanjang tempoh pembayaran oleh pembeli, tiada kos tambahan atau bayaran tambahan yang boleh dikenakan oleh pihak bank kepada pembeli.

Bayaran tambahan ke atas pem-beli akan dikira sebagai riba yang di-haramkan.

Berdasarkan kepada syarat-sya-rat yang ketat ini, beberapa isu telah timbul dari segi perlaksanaan kon-trak.

Masalah lambat bayarJika setiap pihak melaksanakan

tanggungjawab masing-masing, ma-ka kontrak ini akan berjalan dengan lancar.

Namun, ada segelintir pembeli yang tidak dapat membayar meng-ikut jadual yang telah ditetapkan.

Perkara ini akan menyebabkan kerugian pada pihak bank kerana perlu ketepikan sejumlah wang yang dikenali sebagai “provision” (perun-tukan) untuk memenuhi prosedur dalam segi perakaunan yang berda-sarkan Piawaian Laporan Kewangan Antarabangsa (IFRS).

Peruntukan yang perlu dilakukan oleh pihak bank akan menimbulkan kerugian kerana sebahagian wang

perlu diketepikan dan tidak boleh di-gunakan oleh pihak bank.

Soalannya adalah: Bolehkah Bank Islam kenakan “Yuran lambat bayar” kepada pelanggan yang ga-gal membuat bayaran yang telah di-tetapkan?

Adakah “Yuran Bayaran Lewat” ini dikira sebagai “riba”? Ini kerana ia adalah bayaran tambahan daripa-da jumlah yang telah disepakati dari-pada pinjaman yang telah diambil oleh pembeli.

Pakar pengamal Kewangan Islam telah membuat keputusan untuk membenarkan “Yuran Bayaran Le-wat” dikenakan di atas sebab dan syarat berikut:

Pelanggan telah gagal menunai-kan tanggungjawab yang telah diper-setujui dalam kontrak jual beli.

Jika “Yuran lambat bayar” tidak dikenakan, maka ramai pelanggan tidak akan ambil endah dalam menu-naikan tanggungjawab mereka keti-ka membuat pembayaran.

Ini akan menjejas prestasi bank Is-lam dan secara menyeluruh menje-jas industri Kewangan Islam.

Pihak bank Islam hanya boleh mengambil jumlah “wang pentadbi-ran sebenar” sahaja, dan bakinya perlu diberi kepada pihak yang me-merlukan seperti badan-badan keba-jikan.

Jumlah wang yang terkumpul dari “Yuran Bayaran Lewat ” ini ada-

lah agak besar dan telah dapat disa-lurkan kepada badan-badan kebaji-kan seperti madrasah, rumah anak yatim dan juga persatuan amal.

Pihak bank Islam tidak dibenar-

kan untuk mengiklankan wang yang disalurkan kepada badan-badan ke-bajikan dan tidak boleh ambil seba-rang publisiti sama sekali daripada sumbangan ini.

MERUNGKAI ISU KEWANGAN

BERSAMA

Struktur Murabaha buka akses dana untuk SME, peluang pelaburan individu

Fahami huraian jual beli nilai tinggi tanpa duit bunga

tanyaBH

SISTEM kewangan yang semakin rumit dalam dunia yang tidak menentu akan mem-buka pelbagai persoalan bagi warga. Apakah pelaburan yang wajar anda pertimbang-kan?

Adakah anda mempunyai simpanan persaraan yang mencukupi? Bagaimana an-da memastikan anak-anak dapat berdaya tahan dari sudut kewangan di masa depan?

Jika anda mempunyai persoalan berhubung kewangan, kirimkan kepada kami. Wartawan Berita Harian/Minggu dengan kerjasama pakar dan pengamat kewangan akan menawarkan jawapan untuk anda. Kami juga mengalu-alukan maklum balas, sumbangan pandangan serta pengamatan pakar dan pengamat berhubung topik ke-wangan untuk disiarkan dalam ruangan ini. Kirimkan soalan atau sumbangan wacana berhubung kewangan kepada: [email protected]

“Murabaha dalam segi bahasa bermakna “Saling mendapat untung”.

Kedua pihak yang sedang berurusan memperolehi keuntungan daripada

perjanjian yang mereka lakukan. Perjanjian itu biasanya berkaitan dengan jual beli.

Penjual akan mendapat untung daripada hasil jualan manakala pembeli mendapat untung dengan memperolehi barangan yang diperlukan.

Pembeli boleh membuat bayaran secara ansuran jika dia tidak mempunyai wang yang cukup untuk membayar secara tunai.

Murabaha adalah kontrak yang termudah dalam seluruh kontrak-kontrak yang terdapat dalam kewangan Islam.”

– Ustaz Mohd Kamal Mokhtar, Penasihat Syariah Maybank Islamic Berhad

“ Kapital Boost adalah wadah P2P yang membantu SME mendapatkan

akses ke modal kerja jangka pendek untuk perniagaan mereka. Kami menggunakan dua struktur, salah satunya adalah Murabaha.”

– Cik Norliana Hamber, Ketua Pegawai Operasi Kapital Boost

PERLUKAN MODAL: Sebuah syarikat pembekal gas runcit di Indonesia yang memerlukan sekitar $50,000 untuk membeli gas telah menggunakan wadah Kapital Boost untuk mendapatkan dana. – Foto fail

HURAIAN PEMBELIAN NILAI TINGGI: Warga wajar memahami huraian yang ditawarkan untuk memudahkan pembelian barangan harga tinggi tanpa melibatkan kaedah faedah. – Foto ISTOCKPHOTO

10 Berita Minggu | 8 Ogos 2021