merentas desa

Upload: jumardi-muhlis

Post on 09-Jan-2016

252 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

gvb

TRANSCRIPT

PROGRAM LARIAN MERENTAS DESA ANJURAN PISMP AMBILAN JANUARI 2013REFLEKSI

REFLEKSI INDIVIDUNama:Nur Hidayah binti John

No Kad Pengenalan:930722-12-6280

Kumpulan / Opsyen

:PISMP Pendidikan Jasmani

Refleksi Program Larian Merentas Desa Anjuran PISMP Ambilan Januari 2013

Pada tahun pengajian ini, pihak maktab telah menawarkan mata pelajaran gerak kerja kokurikulum yang merangkumi Pengelolaan Merentas Desa kepada semua guru pelatih PISMP semester 5. Bagi kali ini, kami perlu mengikuti gerko olahraga ini pada setiap hari selasa dari pukul 7.30pagi hingga 10.30 pagi bersama beberapa unit yang lain iaitu Pra Arab dan Pengajian Islam. Kami diajar oleh pensyarah dalam unit gerko iaitu En.Musah. Sebagai seorang guru pelatih yang mengambil Pendidikan Jasmani sebagai matapelajaran mejor, gerko olahraga ini membantu saya meningkatkan pengetahuan saya berkaitan dengan olahraga. Semasa mengikuti gerko olahraga ini, saya mempelajari cara-cara mengajar dan melatih pelajar untuk mengikuti sesuatu permainan atau lebih dikenali sebagai olahraga. Sepanjang sesi gerko olahraga ini, saya juga telah mengetahui cara-cara pengolahan sesuatu acara sukan mahupun acara merentas desa dengan mengikuti prosedur yang betul dan selamat. Selain itu, salah satu aktiviti yang kami perlu rancang dan laksana mengikut proforma kursus ini adalah, acara Merentas Desa dan Sukan Tahunan. Kami diminta untuk merancang aktiviti-aktiviti ini untuk semua guru palatih maktab ini. Setelah semua ketua unit berbincang antara satu sama lain, kami diminta untuk mengadakan satu mesyuarat pelantikan Jawatankuasa Induk bagi Program Merentas desa. Seterusnya jawatankuasa induk ini akan menyediakan kertas kerja. Akhirnya satu mesyuarat agong yang melibatkan 246 guru pelatih telah didadakan di dalam Dewan Asajaya untuk membincangkan dan melantik beberapa orang ajk Induk dan saya telah diberi kepercayaan untuk memegang jawatan sebagai Timbalan Pengerusi bagi Program Merentas Desa bagi Tahun 2015 Anjuran PISMP 1113.Dengan jiwa yang besar saya menerima jawatan tersebut dan serta merta mula memikirkan apa yang perlu dilaksanakan lebih awal kerana tempoh masa untuk pengajuran Program Merentas Desa adalaah terhad. Saya dan Pengerusi iaiti Jackwarior Jackol iaitu rakan sekelas saya sendiri mengambil langkah pertama iaitu membentuk jawatankuasa kecil bagi beberapa tugas yang perlu ada didalam pengajuran ini. Antaranya ialah ajk keselamatan, laluan dan checkpoint, perhubungan, siaraya, peralatan , usher dan sebagainya. Sebanyak 19 Jawatankuasa yang perlu kami bentuk bagi melicinkan program ini. Ketua saya telah memilih ketua dan penolong bagi setiap jawatankuasa manakala saya diberi kepercayaan untuk memilih ahli bagi setiap jawatankuasa tersebut. Dalam tempoh sehari yang saya ambil bagi membentuk dan menilai setiap ahli bagi setiap jawatankuasa yang perlu. Ini kerana jumlah guru pelatih yang terlalu ramai iaitu seramai 246 orang perlu diagihkan samarata. Selain itu, saya juga telah melakukan beberapa perjumpaan kecil bersama dengan ajk induk dan perjumpaan yang melibatkan ketua dan penolong jawatankuasa kecil. Dapart saya katakan bahawa setiap minggu akan ada perjumpaan yang diadakan oleh pengerusi Program Merentas Desa. Dalam perjumpaan tersebut kami akan membincangkan keperluan, kekangan, kelebihan dan cara menyelesaikan masalah sepanjang proses program merentas desa ini dijalankan. Ada kalanya saya terpaksa menghadiri 2 atau 3 perjumpaan dalam sehari disebabkan kesibukan program lain. Dalam tempoh yang sama saya juga memegang jawatan sebagai setiausaha didalam kelas. Kelas kami yang agak sibuk dengan pengurusan program lawatan ilmiah di Kuala Lumpur dalam tempoh yang terdekat dengan anjuran Merentas Desa telah membuatkan saya kekadang tertekan. Bidang tugas saya sebagai setiausaha yang sibuk dengan pengurusan surat menyurat dan perhubungan dengan pihak luar dan atasan menyebabkan komitmen saya dalam tugas timbalan pengerusi merentas desa menjadi lebih sukar. Namun satu tanggungjawab yang diberi adalah satu amanah besar yang perlu dijaga dan sebagai seorang bakal guru kita perlu bijak mengatur masa serta emosi kita semasa menjalankan tugas.Sebagai timbalan pengerusi, saya adalah orang terdekat yang akan membantu menyelesaikan setiap masalah yang dialami ketua pengerusi bagi program ini. Antara masalah yang dihadapi adalah mencari tarikh yang sesuai untuk anjuran program merentas desa dilaksanakan. Untuk menetapkan tarikh yang sesuai kami dikehendaki untuk sentiasa berkolaborasi dengan pihak gerko iaitu pensyarah pembimbing kami. Disebabkan beberapa pensyarah pembimbing juga mempunyai komitmen yang lain, adakalanya kami terpaksa menunggu pensyarah pembimbing didalam jabatan unit gerko untuk meminta beberapa pendapat dan persetujuan. Antara aspek yang perlu kami pertikaikan semasa menetapkan tarikh program merentas desa adalah kehadiran sasaran peserta merentas desa, tidak bertindih tarikh dengan program rasmi IPG dan dilaksanakan bukan pada waktu kuliah. Terdapat beberapa tarikh yang telah dipilih iaitu pertama pada 28 Mac 2015, namun ditolak disebabkan pada waktu itu, peperiksaan KOAM bagi satu Malaysia. Tarikh yang kedua ialah pada 4 April 2015 iaitu hari kemuncak Kejohanan Olahraga Tahunan, namun terdapat beberapa orang pensyarah tidak bersetuju dengan tarikh tersebut kerana merasakan akan kepayahan untuk beberapa pensyarah lain untuk menghadirinya. Manakala tarikh yang ketiga pula ialah pada 1-2 Oktober 2015 iaitu pada waktu Mini Olimpik GSTT. Namun kelemahan tarikh tersebut anjuran program larian merentas desa ini perlu dilaksanakan sebelum tarikh peperiksaan bagi semester ini. Akhirnya setelah membuat beberapa pertimbangan dengan pensyarah pembimbing, pengerusi KOT 2015 dan jawatankuasa induk Program Merentas Desa 2015 kami telah sebulat kata untuk memilih tarikh 7 Mac 2015 bersamaan dengan tarikh bagi hari kedua kursus KOAM yang dilaksanakan pada sebelah pagi iaitu bermula jam 6.20 Pagi sehingga 12.00 Tengahari. Manakala kursus KOAM akan bersambung pada jam 2.00 Petang sehingga 6.30 Petang didewan Asajaya.Dalam tempoh seminggu kami proses pelaksanaan anjuran ini dan semestinya tempoh yang sangat terhad bagi satu pengelolaan program merentas desa. Saya dan rakan jawatankuasa lain mengambil tempoh tersebut sebagai satu cabaran bagi kami dan mencuba melaksanakannya dengan jayanya. Bermula malam isnin sehingga malam khamis satu perjumpaan akan dilaksanakan bagi melihat dan menilai perkembangan perjalanan bagi setiap bidang tugas yang telah dilantik. Antara masalah terbesar yang kami hadapi adalah pengurusan kewangan. Berdasarkan taklimat dari pensyarah pembimbing, kertas kerja yang telah dihantar hanya akan dapat dibentang pada mesyuarat Bajet iaitu pada hari khamis iaitu pada 5 Mac 2014. Peratus bagi kelulusan kewangan yang dipohon agfak rendah dan kami telah mengambil inisiatif lain iaitu dengan meminta setiap pengelola program ini untuk memberikan wang sebanyak rm10 setiap seorang bagi menampung beberapa bajet yang diperlukan seperti menyediakan nombor peserta, makan minum peserta, vvip dan sebagainya.Pada hari kemuncak penganjuran merentas desa ini dilaksanakan, saya yang merupakan salah seorang individu yang sentiasa terlibat dalam larian merentas desa yang dianjurkan di IPG ini mengambil keputusan untuk tidak turun bertanding dan hanya memberi komitmen yang tinggi dengan jawatan yang diberi dan mencuba menjayakannya sehingga satu post mortem terakhir diadakan. Saya merasakan agak sedikit kecewa melihat rakan lain dapat turun bertanding kerana bagi saya bersukan adalah salah satu bidang hidup saya yang lain. Semasa penganjuran dilaksanakan tidak terlalu banyak kelemahan yang saya lihat dan merasa agak bangga dengan komitmen setiap jawatan yang telah dilantik keran dapat menjalankan tugasnya dengan baik. Kemuncak program merentas desa iaitu majlis perasmian dan penutupan program pengarah IPGKTAR iaitu Puan Hamsiah Binti Abdullah Masni menyatakan pengajuran kami telah dilaksankan dengan jayanya dan saya merasa sangat bangga denga berpuas hati.Antara nilai baik yang saya perolehi sepanjang program ini dilaksanakan adalah percaya pada kebolehan diri sendiri. Saya merupakan individu yang kurang popular dalam bidang kepimpinan di IPG ini, oleh sebab itu saya agak terkejut apabila nama saya disahut untuk memeggang jawatan sebagai timbalan pengerusi Program Larian Merentas Desa. Saya sering bertanya kepada diri saya, apakah saya boleh dan mampu membuktikan kebolehan saya untuk memimpin sesuatu program besar. Disebabkan pertanyaan tersebutlah saya sentiasa mencuba untuk melakukan sesuatu yang membanggakan dan sesuatu usaha yang mampu membantu kepayahan orang lain. Terbukti kejayaan pengajuran ini pada hari ini, dimana ramai rakan yang menghadiri program larian ini menyatakan syabas dan tahniah pada penganjuran kali ini.Nilai yang kedua ialah sentiasa positif, walaupun saya sibuk dengan beberapa perkara lain, saya sentiasa memikirkannya dari sudut yang positif. Saya sering berkata kepada diri saya sendiri bahawa keadaan seperti inilah yang bakal saya hadapi apabila menjadi seorang guru nanti. Adakalanya saya kan merasa agak tertekan dan emosi sukar dikawal. Oleh itu saya perlu bijak dan mampu mengatasi semua masalah tersebut dengan cara yang tenang dan positif. Antara cara yang saya lakukan apabila mengalami tekanan saya akan bersukan, sembayang dan menghubungi keluarga saya untuk mendapatkan emosi yang stabil, dapat saya katakan kaedah tersebut sangat berkesan kepada diri saya.Nilai lain yang saya perolehi ialah sentiasa sabar, walaupun kekangan yang saya dan rakan saya hadapi terutama sekali berkaitan dengan pengurusan kawangan dan tempoh masa yang terhad, saya sentiasa dinasihatkan oleh rakan, pensyarah dan keluarga agar sentiasa bersabar dengan ujian yang dihadapi kerana saya yakin suatu ujian yang diberi tidak akan melebihi had keupayaan seseorang itu. Kata-kata itu yang selalu saya pegang serta merta memotivasikan saya untuk terus bersabar dengan semua ujian dan masalah yang dihadapi. Kesimpulan bagi refleksi ini, saya berharap agar saya dapat mengaplikasikan semua pengalaman yang telah saya perolehi dan saya pelajari sepanjang saya menuntut ilmu di IPG ini dan mampu menjadi seorang guru yang serba boleh dalam semua aspek samaada dari segi pengurusan akademik mahupun pengurusan kurikulum. Saya mengharapkan satu keberkatan dalam setiap usaha yang dilalui sepanjang saya berusaha menuntut ilmu di bumi Pendidikan ini dan mampu menjadi ajen pembagunan model insan yang berguna untuk negara serta berjaya dunia dan akhirat. Disediakan oleh

________________________(NUR HIDAYAH BINTI JOHN)1