menora

10
MZU3117 Muzik Malaysia TAJUK 10 Muzik Bentuk Tarian Utama - Menora Sinopsis Dalam tajuk ini anda akan mempelajari tentang Menora Hasil Pembelajaran 1. Menghuraikan ciri-ciri muzik yang diperdengarkan dari segi melodi, harmoni, irama, tekstur, bentuk, dinamik dan warna ton. (1.2) 2. Menganalisis repertoire muzik dari segi sejarah dan asal-usul. (1.6) 3. Mengenal pasti, mengklasifikasi dan membanding beza alat muzik yang digunakan dari segi fungsi dan jenis. (1.5) 4. Menghayati pelbagai jenis muzik tradisi tempatan. (3.2) Kerangka Tajuk Rajah 1: Kerangka Menora 54 Alat-alat Ensembel Menora Konteks (Elemen Menora) Menora

Upload: amran-aris

Post on 15-Apr-2017

510 views

Category:

Education


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: MENORA

MZU3117 Muzik Malaysia

TAJUK 10 Muzik Bentuk Tarian Utama - Menora

SinopsisDalam tajuk ini anda akan mempelajari tentang Menora

Hasil Pembelajaran

1. Menghuraikan ciri-ciri muzik yang diperdengarkan dari segi melodi, harmoni, irama, tekstur, bentuk, dinamik dan warna ton. (1.2)

2. Menganalisis repertoire muzik dari segi sejarah dan asal-usul. (1.6)

3. Mengenal pasti, mengklasifikasi dan membanding beza alat muzik yang digunakan dari segi fungsi dan jenis. (1.5)

4. Menghayati pelbagai jenis muzik tradisi tempatan. (3.2)

Kerangka Tajuk

Rajah 1: Kerangka Menora

54

Alat-alat Ensembel MenoraKonteks (Elemen Menora)

Menora

Page 2: MENORA

MZU3117 Muzik Malaysia

10.1 Pengenalan

Menora merupakan satu bentuk teater tari rakyat yang berasal dari Selatan

Thailand. Namun begitu, menora juga dipersembahkan di semenanjung Malaysia

dan Kelantan. Bentuk teater ini terdiri daripada unsur ritual, gerak tari yang

diolah,muzik instrumental, nyanyian, cerita dan lakonan.

10.2 Konteks (Elemen Menora)

Terdapat pelbagai elemen menora yang menjadi asas kepada

persembahan menora, antaranya ialah:

1. Panggung2. Tarian Menora3. Penggunaan cerita4. Perwatakan5. Kostum Menora

10.2.1 Panggung

Merupakan tempat sesebuah persembahan diadakan. Dahulunya, tiada

pentas khas untuk menora kerana pemain menora merantau dan menyampaikan

persembahan di halaman sahaja. Kini, menora dipersembahkan di panggung yang

berbumbung.

Gambar 1: Penari menora melakukan persembahan di panggung

55

Page 3: MENORA

MZU3117 Muzik Malaysia

10.2.2 Tarian Menora

Tarian ini terdiri daripada gaya gerak tari tertentu yang digabungkan

antaranya ialah gerak tari sembah guru (taa wai khruu), tanduk kerbau (taa khor

khwaay), bunga mengembang (taa bua thuum) dan buka tari (bert taa). Kini,

pelbagai gerak tari ciptaan terhasil sehinggakan 12 posisi asas menora yang asal

sukar dikenalpasti dalam persembahan.

10.2.3 Penggunaan Cerita

Elemen ini menerengkan jalan cerita persembahan. Dahulunya terdapat 12

buah cerita asal tetapi kini, pelbagai cerita direka mengikut kesesuaian. Antara

cerita- cerita dalam menora ialah: Nang Menora (Phrak Si Suthon),Sang Thong,

Chang Kurop, Khrai Thong/ Chala Wan, Laksana Wong/Lak Kena Wong, Phra Rot/

Rothasen dan Phrak Ampai Mani.Penggunaan cerita bergantung pada ketua

rombongan, jumlah ahli dan kelancaran ahli rombongan. Namun begitu,

penggunaan cerita makyung juga diterapkan dalam persembahan menora di

Kelantan.

10.2.4 Perwatakan

Perwatakan merupakan gambaran sifat, perangai dan budi perkerti yang

dibawa oleh pelakon. Dahulunya, persembahan menora hanya terdiri daripada 3

orang pelakon lelaki iaitu perwira (hero) puteri (heroin) dan peran (pelawak). Watak

sampingan tidak dilakonkan dan hanya disebut dalam penceritaan. Kini, watak

perwira dan peran masih lagi dilakonkan oleh lelaki manakala puteri dilakonkan

oleh perempuan. Watak-watak sampingan juga dilakonkan untuk memeriahkan lagi

persembahan.

56

Page 4: MENORA

MZU3117 Muzik Malaysia

10.2.5 Kostum Menora

Menurut lagenda, kostum menora yang dipakai oleh perwira/pemain menora

utama berasal dari pakaian raja iaitu mahkota diraja (sert atau kecopong di

Kelantan), baju manik yang bersilang (sang wang), gelang tangan (kamlai kean)

loket pada tali pinggang (phan neng). Dahulunya, pemain tidak memakai baju

didalam kostumdan menitik beratkan unsur tarian tapi kini pemakaian t- shirt

diadaptasikan dan lebih menitik beratkan unsur lakonan.Di Kelantan, terdapat juga

pemain utama menora memakai pakaian formal seperti baju kemeja berlengan

panjang,kot dan tali leher. Namun, terdapatjuga pemain menora utama yang masih

mengekalkan tradisi kostum tetapi mahkota menora ditukarkan dengan mahkota

makyung dan watak lain memakai kostum berunsur budaya Melayu seperti baju

Melayu, Kebaya dan lain-lain.

Gambar 2: Pakaian pemain menora semasa persembahan

Anda dikehendaki mencari bahan dari pelbagai sumber bagi mendapat maklumat berkaitan Menora.

57

Page 5: MENORA

MZU3117 Muzik Malaysia

10.3 Alat-alat Ensembel Menora

Ensemble Menora yang lengkap dikenali sebagai khruang dontrii dan dimain

oleh sekumpulan pemain muzik yang dikenali sebagai luuk khuu atau nak dontrii.

Ensemble ini terdiri daripada:

1. Sebuah geduk (klong)

2. Sepasang gedombak (tab)

3. Sepasang canang (mong)

4. Sebuah kesi atau ching

5. Sebatang serunai Thai (pi)

6. Beberapa (tiada had) pasang buluk krek (trek atau khrap)

Lima jenis lagu digunakan dalam persembahan menora iaitu :

1. Pleeng khab naa man

- Nyanyian lagu puitis oleh pemain menora di belakang tirai panggung.

2. Pleeng naa thread atau naa krek

- Lagu yang dinyanyikan secara puitis dengan iringan krek dan cing

tanpa tarian

3. Pleeng rai thread atau rai krek

- Lagu puitis tetapi seni katanya lebih puitis dari lagu naa thread.

4. Pleeng tab

- Lagu puitis sama seperti rai thread tetapi dinyanyikan sambil menari.

5. Pleeng tone

- Lagu instrumental dengan tarian.

6. Lagu wayang kulit (Kelantan)

- Digunakan berleluasa di Kelantan sehingga diadaptasikan dalam

makyung dan menora

58

Page 6: MENORA

MZU3117 Muzik Malaysia

10.3.1 Geduk (klong)Geduk merupakan sejenis alat membranofon berbentuk tong pendek,

mempunyai 2 muka berkulit kambing betina atau anak kambing dan diperbuat

daripada kayu nangka.

10.3.2 Gedumbak (tab)Gedumbak merupakan sejenis alat membranofon berbentu piala, berkaki

dan diperbuat dari kayu nangka.Muka piala ditutup dengan kulit kambing di

Malaysia manakal kulit monyet atau kucing digunakan di Thailand. Manakala

sebelah hujung kaki dibiarkan terbuka.Gedumbak di Kelantan dimainkan tidak

diikat manakala di Thailand gedumbak diikat. Gedumbak yang kecil (anak)

dikenali sebagai tab phoor atau gedumbak jantan di Kelantan dan luuk chap di

Thailand. Manakala gedumbak besar (ibu) dikenali sebagai tab mae atau

gedumbak betina di Kelantan dan luuk term di Thailand.

Gambar 3: Geduk Gambar 4: Gedumbak

59

Page 7: MENORA

MZU3117 Muzik Malaysia

10.3.3 MongMong seakan-akan canang dimainkan berpasangan dalam sebuah kotak.

Dahulunya, mong berbentuk bujur dan diperbuat dari besi. Kini, mong bebrbentuk

bulat, berbusut dan diperbuat dari tembaga.

10.3.4 KesiKesi atau ching iaitu alat idiofon yang diperbuat daripada tembaga atau

campuran perak dan tembaga.Dahulunya, saiz kesi besar iaitu garis pusat 5cm

dan kini, lebih kecil iaitu garis 3.7cm.

Gambar 5: Mong Gambar 6: Kesi

10.3.5 Serunai Thai (Pi)Serunai Thai (Pi) merupakan alat erofon yang memainkan melodi ensemble

yang diperbuat dari kayu nangka (6 atau 8 lubang jari) dan mempunyai rid (pipit)

dari 4 atau 6 atau 8 lapisan daun.

10.3.6 KrekKrek merupakan alat idiofon yang mengawal tempo dalam ensembel

menora. Di Thailand, krek dikenali sebagai khrap atau trek. Terdapat 2 jenis krek

iaitu khrap phuang diperbuat daripada kayu keras serta diikat 10 keping sekali dan

khrap khuu yang diperbuat daripada buluh tua. Hanya krap khuu digunakan di

Malaysia

60

Page 8: MENORA

MZU3117 Muzik Malaysia

Gambar 7: Serunai Thai (Pi) Gambar 8: Krek

Bincangkan dalam kumpulan secara OLL

Simpankan hasil perbincangan dalam folio anda.

RUJUKAN

Matusky, Patricia dan Tan Sooi Beng (1997). Muzik Malaysia: Tradisi Klasik, Rakyat dan Sinkretik. Pulau Pinang: The Asian Centre.

Matusky, Patricia dan Tan Sooi Beng (1997). Pengantar Muzik Malaysia, Buku 1, Pulau Pinang: The Asian Centre.

61