menora

41
MENORA Disediakan oleh: Alva anak Samjun Mohd Syazni.

Upload: alva-samjun

Post on 17-Dec-2015

36 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

Muzik Malaysia: MenoraSejarah, Alat Muzik

TRANSCRIPT

Menora

MenoraDisediakan oleh:Alva anak SamjunMohd Syazni.PENCERITAAN DAN WATAK DALAM MENORA

Pada suatu ketika dahulu terdapat seorang raja yang memerintah sebuah kerajaan di Thailand. Istananya terletak diantara Songkla atau Phatthalung. Raja tersebut mempunyai seorang anak tunggal iaitu Puteri Sri Mala. Puteri sangat suka bermain bersama kawan-kawannya semasa kecil. Dikatakan dia mempunyai ramai kawan semasa kecilnya kerana sifatnya yang peramah. Pada suatu hari, mereka bermain permainan baru dimana puteri akan duduk di atas sebuah kerusi dan kawan-kawan puteri dikehendaki memainkan muzik.Alatan yang digunakan pada ketika itu ialah tempurung kelapa, buluh, batu dan apa sahaja yang boleh menghaslkan bunyi. Semasa rakan-rakannya memainkan muzik, puteri akan menari sambil menyanyi. Mereka merasakan permainan itu sangat menyeronokkan sehingga mereka berjaya menghasilkan satu rentak muzik yang menarik. Pada ketika itu, lalu sekumpulan pemuda bertanyakan apa nama permainan yang dimainkan oleh mereka. Puteri memberi jawapan kepada pemuda tersebut iaitu MENORA. Di sini bermulalah dimana permainan ini mula mendapat nama. Namun, dari hari ke hari puteri leka dengan menari dan lupa pada tangguangjawab lain. Raja menegur puteri supaya mengambil tahu berkaitan hal-hal ehwal negara. Raja mula murka apabila puteri tidak mengendahkan nasihat dan tegurannya.Puteri serta kawan-kawannya dihalau keluar dari istana dan dihanyutkan mengunakan rakit sehingga mereka akhirnya berlabuh di sebuah pulau bernama pulau Si Chang atau pulau Kew. Di pulau inilah penempatan mereka yang baru. Bermula di pulau ini juga, tarian Menora semakin berkembang dimainkan mereka. Mereka bercucuk tanam di siang hari manakala pada sebelah malam pula Menora akan dimainkan. Puteri Sri Mala bermain Menora di pulau tersebut sehinggalah dia berkahwin dan melahirkan seorang putera yang diberi nama Thep Sing Horn. Puteri Sri Mala mula mendedahkan tarian Menora kepada anaknya sejak dari kecil lagi. Apabila puteranya meningkat dewasa, tarian ini dimainkan sepenuhnya oleh Putera Thep dan Puteri Sri Mala hanya menjadi pemerhati sahaja.

Pada suatu petang, Putera Thep terlelap di bawah sebuah pohon ketika dia sedang berehat. Putera Thep bermimpi bahawa turunnya seorang Dewa dari kayangan lalu mengajarkannya tentang 12 kisah. Kisah ini hendaklah dimainkan bersama tarian Menora. Apabila Putera Thep tersedar dari mimpi, dia cuba mengingati apa yang diperolehi dari mimpi tersebut. Selesai mengingat kesemua kisah tersebut, Putera Thep pulang ke rumah. Bermula dari itu, tarian ini mula diubah supaya dapat disesuaikan dengan kisah yang dimainkan. Jika dulu, hanya Sri Mala yang menari dan menyanyi, tetapi di zaman Putera Thep dia memerlukan lebih dari lima orang untuk menghasilkan lakonan yang baik.

Semenjak dari itu, tarian Menora mesti mempunyai satu atau lebih untuk menjadi Nang dan hendaklah mempunyai Tok Perang. Melalui perubahan yang dilakukan oleh Putera Thep, tarian Menora ini menjadi teramat popular di pulau tersebut dan pulau berdekatan. Tarian Menora ini terus menjadi bualan dari mulut ke mulut sehinggalah sampai kepada pengetahuan Raja. Raja tersebut adalah ayah kepada Sri Mala yang juga datuk kepada Putera Thep. Raja teringin melihat sendiri tarian Menora itu lalu mengarahkan pembesarnya membawa tarian tersebut ke istana.

Setelah dijemput untuk membuat persembahan di istana, Putera Thep dan rombonganya bertolak ke istana kecuali Sri Mala. Setelah sampai di istana, raja tidak tahu yang akan mempersembahkan tarian tersebut adalah cucunya sendiri begitu juga dengan Putera Thep. Setelah selesai melakukan persembahan, raja mula menanyakan di mana putera Thep mempelajari tarian tersebut. Putera Thep menceritakan tentang latar belakang keluarganya dan siapakah ibunya. Setelah raja mengetahui bahawa yang berada di hadapanya adalah cucunya sendiri, Raja begitu gembira dan menyesal kerana menghalau Sri Mala keluar dari istana dahulu. Bagi menebus kesalahannya, raja membawa semula Puteri Sri Mala dan Putera Thep untuk tinggal bersamanya.

Semasa tinggal di istanalah persembahan dan tarian semakin menarik kerana mendapat perkenan dan sokongan Raja. Tarian ini semakin diminati oleh masyarakat dan mula tersebar hingga ke seluruh Thailand. Ramai mereka yang telah berguru dengan Putera Thep antaranya ialah Si Lum Chei, Rean Thong, Khon Kew, Raja Prak Cit dan ramai lagi. Mereka inilah yang meneruskan lagi tarian Menora selepas Putera Thep.

Watak dalam tarian menora

Dalam Menora terdapat tiga watak utama iaitu Perwira, Srikandi dan Tok Perang. Tok Perang biasanya akan membawa dialog-dialog yang lucu. Kadangkala terdapat dua orang Tok Perang di dalam persembahan menora ini. Jika dahulu, watak perempuan dibawa oleh lelaki yang berambut panjang, tapi kini watak perempuan dimainkan oleh perempuan. Namun begitu, di Thailand, tarian Menora ini dikatakan hanya dimainkan oleh wanita sahaja. Manakala di negeri Kelantan dan Kedah, persembahan dimainkan oleh lelaki dan perempuan.Permainan Menora harus mempunyai Pak Sitong, Inang dan Perang. Watak-watak ini mungkin sama dengan watak-watak yang disebutkan tadi tetapi nama yang berbeza. Inang adalah watak dayang dan Perang pula adalah pengasuh dalam istana. Perang biasanya akan memakai Topeng dan membawa watak jenaka. TARIAN DALAM MENORA

TARIAN DALAM MENORATerdapat beberapa tarian di dalam persembahan menora ini. Adalah dipercayai pada asalnya,menora mempunyai 12 gerak tari dan posisi. Namun,lama kelamaan gerak tari ini semakin hilang berikutan tindakan ketua-ketua menora mencipta gerak tari yang baru bagi memenuhi selera masyarakat sezaman dan menyesuaikan dengan citarasa ketua kumpulan yang baru. Antara tarian yang biasa dimainkan dan dipersembahkan adalah seperti Tarian Masuk, Tarian Burung Kenari, Tarian Penjuru Besar ataupun Gerak Tari Jalan Angsa, Tarian Penjuru Kecil ataupun Gerak Tari Gajah Tarian Labah-labah yang menganyam sarangnya.

Gerak Tari MasukTarian Masuk adalah merujuk kepada gerak tari masuk gelanggang.

Gerak Tari Burung KinareeTarian Kinaree pula adalah hasil pengamatan peniruan gerak tari burung.

Tarian Pencak Besar (Jalan Angsa)Gerak Tari Pencak Besar adalah gerak tari jalan angsa

Tarian Penjuru Kecik ( Gerak Tari Gajah )Gerak Tari Penjuru Kecil berdasarkan gerak tari posisi

Gerak Tari Labah-labahGerak Tari Labah-labah menganyam sarangnya yang mana memerlukan stamina dan fleksibiliti yang tinggi untuk diaplikasikan gerak tarinya.

Gaya gerak tari oleh penari wanita yang memainkan watak inang biasanya tidak mengadap penonton tetapi mengadap raja yang berada di tengah-tengah pentas. Susunan tariannya adalah berbentuk bulatan. Terdapat lebih 100 gaya posisi dan pergerakan dalam menyampaikan sesuatu tarian menora yang bercirikan pengaruh hindu dan melayu. Setiap pergerakan seperti melangkah dan lentikan jari yang dipakaikan kuku besi dan sebagainya mempunyai maksud dan pengertiannya yang tertentu.Fungsi Posisi Tarian MenoraMenurut Dr. Ghause Nasaruddin daripada Pusat Seni Universiti Sains Malaysia yang mengatakan tarian menora menggunakan posisi yang mempunyai fungsi tertentu. Fungsinya adalah terdiri daripada tiga jenis iaitu:fungsi ritualfungsi dramatik struktur.Fungsi ritualadalah merujuk kepada fungsi mengadakan upacara pembukaan iaitu membuka dan tutup panggung serta upacara menyembah guru. Pergerakan yang ditekankan adalah menjurus kepada pergerakan tangan dan posisi badan. Pergerakan boleh dibahagikan kepada empat kelompok

Kelompok Pergerakan Gerak tari untuk hiburan adalah berbeza dengan gerak tari di dalam ritual keagamaan. Guru-guru menora diberikan kebebasan untuk mengatur dan menyusun gerak tari penarinya mengikut kreativiti mereka masing- masing.

JENIS ALAT MUZIKAHLI KUMPULAN MENORASebuah kumpulan menora terdapat 12 orang anggota iaitu 4 orang pelakon seorang gadis/lelaki dan 8 orang pemain muzik.Terdapat 6 jenis alat muzik yang mengiringi persembahan menora iaitu :

sebuah geduksepasang canaisebuah pi naisepasang gedombaksebuah cereksebuah kesi

GEDUKAlat membranophones. Sejenis gendang yang berbentuk barrel. lanya dibuat daripada blok kayu yang keras. Ukurannya ialah 12" panjang dan 10" panjang garisan pusat dan lilitnya pada bahagian kulit ialah 31" dan 33" lilitan pada pertengahan badan. Muka gendang itu dilitupi dengan kulit kerbau yang direntang dengan cekangnya. Kulit itu dilekatkan pada kayu dengan menggunakan paku payung. Cuma muka sebelah atas gendang itu sahaja yang digunakan. Di tengah-tengah badan gendang itu terdapat cincin besi di mana disambungkan dua batang kayu sebagai kakinya. Dengan itu, kedudukan gendang itu akan condong ke arah si pemukul. Keadaan yang condong ini akan menghasilkan getaran bunyi atau gema yang lebih kuat apabila gendang itu dipalu pada permukaan atasnya.

Untuk memukul atau memalukan gendang itu dua batang kayu pemalu atau pengetuk digunakan. lanya diperbuat daripada kayu biasa yang liat. Hujungnya berbentuk bulat. lanya digunakan secara pasangan, setiap satu untuk sebelah tangan. Si pemukul akan mengangkat selaras dengan dahinya. Bunyi gendang ini kencang dan bising.

CANANGAlat idiophones. Terdapat sepasang canang - salah satunya kecil sedikit daripada yang satu lagi. Setiap canang itu ada 4 lubang kecil pada lilitannya. Pada lubang ini dimasukkan tali dan ditegangkan di dalam sebuah kotak kayu. Pada dinding kotak kayu itu terdapat lubang-lubang di mana gemanya dapat keluar menerusinya. Sepasang pengetuk sepanjang 7 inci digunakan untuk memukul canang itu. Kayu pengetuk itu berbalut kain pada hujungnya. Paluan ini dikenakan pada bahagian yang membonjol. Salah satu daripadanya, bunyinya lebih tinggi daripada yang satu lagi. Panjang garisan pusat untuk canang tersebut ialah 6 inci dan satu lagi 7 inci. Pukulannya konstan dan berselangan. Tingginya lebih kurang 2 inci. Besar kotak kayu itu ialah 10 inci lebar dan 22 inci panjang dan tingginya 7 inci. Pukulannya konstan dan berselangan.

PI NAIAlat aerophones. 'Alat wood wind' yang diperbuat dari kayu yang halus urat-uratnya. Berbentuk bulat dan panjang.Panjangnya lebih kurang 14 inci. Pada bahagian 'tengahnya agak berbonjolsedikit. Bahagian dalamnya kosong. Terdapat 6 lubang dibadannya untuk kawalan tanal. Pada bahagian atasnya terdapat sebuah lubang yang kecil dimana diselitkan 'reed'. Pada reed tersebut terdapat satu tiub keluli yang panjangnya 2 inci dan daun-daun mengkuang yang kering diselitkan ke dalam tiub itu. Peniup pi nai akan memasukkan tiub reed itu ke dalam mulutnya dan meniupnya. Pemain pi nai mestilah pandai mengawal nafasnya. Cara meniup ialah menarik dan menghembus nafas dengan cepatnya. Peranan Pi Nai di dalam Menora adalah sebagai melodi.

GEDOMBAKGedombak juga adalah alat membranophone. lanya sejenis gendang berbentuk labu. Hanya sebelah sahaja permukaannya yang dilitupi kulit dan di sebelah lagi dibiarkan kosong. Selalunya kulit kambing digunakan untuk menutupi gendang ini. Bunyi dan kekuatan bunyinya dikawal dengan cara rnenekapkan tapak tangan pada permukaan yang kosong manakala jari tangan yang sebelah lagi akan mernukul permukaan yang berkulit. Kalau dilepaskan daripada menekap bunyinya agak longgar dan bergema tapi kalau ditekap, bunyinya agak kejap dan gemanya kukuh. Kulitnya dicekangkan dengan ikatan rotan. Gedombak akan diletak melintang semasa memainkannya. Adakalanya seseorang pemain akan memainkan dua gedombak serentak. Peranan gedombak ialah sebagai alat muzik pembantu. Panjang garisan lintang yang berkulit ialah 13 inci dan lilitan kulitnya ialah 37 inci. Luas permukaan yang kosong ialah 5 inci. Panjangnya ialah 19 inci.

KESIKesi atau Ching adalah sejenis alat idiofon. ianya dianggap penting di dalam permainan menora. Alat ini merupakan identiti muzik tradisional Thailand. Alat ini dimainkan secara berpasangan. ianya berbentuk piring yang berbonjol,tebal dan berat. Bunyinya jelas dan berdering.Ukuran garisan pusatnya ialah 5 inci. Kedua-dua kepingan ini disambungkan dengan tali yang terdapat pada bonjolan itu. lanya diperbuat daripada tembaga. Fungsi kesi ialah sebagai rentak. Kalau keduanya ditangkupkan bunyinya pendek. Tetapi kalau kedua-dua disentuhkan pada tebingnya, bunyinya berdering dan memanjang.

CEREKCerek ialah alat jenis idiophones. lanya terdiri daripada buluh kering yang diraut. Panjangnya lebih kurang 14 inci dan 1 inci lebar.Tebalnya 1 inci. Selalunya ianya dimainkan secara pasangan. Kedua-duanya diketuk antara satu sama lain untuk menghasilkan bunyian. Bentuk bunyinya bergantung pada tebal nipisnya cerek itu.

SUSUN ATUR ALAT MUZIK DALAM PERSEMBAHAN MENORA