menora

27
Menora Nurul Farahain Binti Abdul Jalil 2009839598 Fakulti Artistik dan Teknologi Kreatif CTF432 Malay Culture Heritage Prof Madya Rosini Jnit

Upload: nurul-farahain

Post on 29-Oct-2015

256 views

Category:

Documents


15 download

DESCRIPTION

SENI TARIAN MENORA YANG DIAMALKAN OLEH RAKYAT-RAKYAT TERDAHULU SEBAGAI SUATU HIBURAN DI KAMPUNG

TRANSCRIPT

Page 1: Menora

Menora

Nurul Farahain Binti Abdul Jalil

2009839598

Fakulti Artistik dan Teknologi Kreatif

CTF432 Malay Culture Heritage

Prof Madya Rosini Jnit

Page 2: Menora

Menora

Oleh

Nurul Farahain Binti Abdul Jalil

Abstrak

Nora atau lebih dikenali sebagai Menora, pada satu ketika dahulu merupakan saru persembahan

tetater yang sangat popular di Selatan Thailand. Perkataan Menora diambil melalui rujukan

kepada bentuk teater iaitu watak atau gelaran kepada pemain yang mahir dalam persembahan ini.

Menora juga merujuk kepada watak utama perempuan di dalam cerita Hindu Jataka yang

dikenali sebagai Manohara atau Menora.

Pengenalan

Asal usul Menora masih dalam dongengan dan misteri yang tidak ramai mengetahui

bagaimana kewujudannya dan dari mana asal usul kemunculannya. Salah satu versi cerita

tentangnya adalah tentang seorang puteri raja yang bernama Simala pada ketika itu sedang hamil

selepas memakan bunga tanjung. Dan mengetahui puteri tersebut mengandung tanpa bapa, raja

menjadi sangat murka kepada Simala. Ini adalah disebabkan Simala telah menyebabkan maruah

kaum kerabatnya jatuh dan malu atas insiden yang telah terjadi pada Simala. Kerana tidak

menahan malu kepada orang ramai raja menjatuhkan hukuman bunh terhadap Simala,

walaubagaimanapun hukuman tersebut telah dihalang oleh pemaisuri iaitu ibu kepada Simala.

Pemaisuri memujuk raja untuk tidak menjatuhkan hukuman yang berat ke atas Simala lalu

hukuman ke atas Simala ditukar kepada hukuman bunag negeri. Pada masa Simala telah dibunag

negeri, Simala telah melahirkan seorang putera yang bernama Tipsinghon. Pada waktu-waktu

lapang Tipsinghon telah diajar untuk menjalani latihan menari bagi memenuhi waktu lapangnya.

Page 3: Menora

Sekian lama raja telah membuang puteri Simala, raja sering jatuh sakit dan telah meminta

perubatan daripada ahli nujum yang terdapat di negeri tersebut. Menurut ahli nujum tersebut, jika

raja ingin menyembuhkan penyakitnya beliau haruslah membawa pulang puteri yang telah

dibuang negeri pada ketika dahulu. Maka raja menurut nasihat ahli nujum tersebut dan menyuruh

orang-orangnya untuk mencari kembali puteri Simala. Setelah pulang ke istananya semuala

Simala dan anaknya telah membuat satu persembahan yang begitu menarik kepada raja, atas

faktor itu raja telah memaafkan puteri Simala dan anaknya dan menerima semula kewujudan

mereka di negeri tersebut.

Terdapat juga cerita menora dalam versi lain tetapi kesemua cerita asal usul menora

mempunyai urutan cerita yang sama, iaitu kisah pemaisuri yang telah dibunag negeri oleh raja

negeri itu dan kemudiannya melahirkan anak setelah dibuang negeri dan beberapa tahun

kemudian kemabali ke istana atas permintaan raja, setelah sekembalinya ke istana permaisuri

mempersembahkan satu bentuk persembahan yang mampu menambat hati raja itu kembali dan

akhirnya permaisuri dimaafkan dan diterima kembali sebagai kaum kerabat kerajaan itu semula.

Dari Selatan Thailand, menora telah dibawa masuk ke dalam negeri Kelantan yang pada

waktu dahulunya sebelum berlakunya perjanjian Bangkok pada 1990, merupakan sebahagian

dari negara Thailand. Kerana perjajian Bangkok yang telah berlaku pada waktu itu negeri

Kelantan, Terengganu, Perlis dan Kedah telah diserahkan kembali kepada pihak British.

Disebabkan ini lah, tidak hanran bagi kita melihat kewujudan persembahan tarian yang

dahulunya terdapat di negara Selatan Thailand telag bertumbuh dan dipersembahkan di negeri-

negeri berkenaan.

Page 4: Menora

Pada tahun 1950 an menora telah mula di pentaskan di negeri-negeri yang telah tertakluk

dalam perjanjian Bangkok, persembahan menora ini juga pada waktu itu telah dipersembahkan

di negeri Pulau Pinang yang didapati mempunyai sejumlah yang besar penganut Buddha.

Kesemua persembahan yang dilakukan adalah berkaitan dengan beberapa perayaan dan pesta

Buddhisme seperti perayaan hari Wesak iaitu hari lahir Buddha atau semasa pesta pemujaan

berhala baru, atau juga upacara pemujaan berhala yang lain seperti Hari Thambun. Untuk

upacara seperti ini, menora akan dimainkan pa bula ke-6 atau ke-8 dengan mengikut kelendar

oang-orang thai, ia adalah bertujuan untuk memperingati roh si mati dan juga utukmemuja

semangat. Persembahan ini lazimnya akan dilakukan selama 3 malam dam selalunya akan

berakhir pada malam jumaat.

Selain daripada itu, menora juga boleh digunakan dalam persembahan bagi upacara

kesyukuran mebayar niat dan upacara menyembah kampung. Persembahan menora adalah

jaramg sekali digunakan untuk sebarang persembahan hiburan komersial. Kini menora

dipersembahkan untuk persembahan dalam upacara keagamaan.yang akan diadakan hanya

setahun sekali. Antara kumpulan persembahan menora yang masih wujud sehingga kini terdapat

di Kedah, Perlis dan Kelantan contohnya seperti Kumpulan Cahaya Bulan di Tumpat, Kumpulan

Epal Ella Kampung Aril dan beberapa buah kumpulan lagi di Jubakar dan Pengkalan Kubur,

kesemuanya di Kelantan. Manakala di Kedah pula terdapat kumpulan seperti Kumpulan Menora

Tok Din di Naka dan Kumpulan Menora Wat Siam Pedang Peliang di Kampung Baru, Pedang.

Di Perlis pula hanya terdapat sebuah sahaja kumpulan persembahan menora iaitu Kumpulan

menora Chit Chin di Jejawi.

Dalam sesebuah menora mempunyai setiap ketegori pemain antaranya seperti berikut:

1. Ahli muzik yang terdiri dalam 8 hingga 10 orang pemain.

2. 5 pelakon atau penari yang akan mempersembahkan teater tersebut.

3. 2 pelawak atau peran.

4. Beberapa orang pengasuh raja.

5. Seorang raja.

6. Seorang pemaisuri.

Lazimnya sekumpulan menora akan dipimpin oleh seorang guru yang juga merangkap sebagai

seorang bomoh yang dikenali sebagai Khana Menora.

Page 5: Menora

Di dalam persembahan menora terdapat 12 cerita yang sering dimainkan di dalam

persembahan, ia banyak mengisahkan tentang kepelbagaian tema tentang sejarah, legenda,

kelemahan dan kekuatan seorang manusia. Pengaliran setiap cerita yang dibawa boleh

diubahsuai mengikut keperluan tempatan.

CERITA – CERITA MENORA

Antara cerita yang dibawa oleh Kumpulan Menora Wat Siam Padang Peliang Pedang di

Kedah mempersembahkan 12 cerita antaranya adalah seperti berikut:

1. Peak Prod – cerita pahlawan Kedah.

2. Chau ho Say – mengisahkan asal usul Gunung Jerai di Kedah.

3. Lakanawong – cerita pahlawan Thai.

4. On thong – mengisahkan tetang cerita seekor binatang mas.

5. Chan tha kirukk – mengisahkan seorang isteri yang curang dan konflik antara suami

dengan kekasih keduanya.

6. Sindrad – membawa cerita tentang seorang suami yang mencari isterinya yang telah

dilarikan oleh seekor raksasa dan dengan pertolongan seekor burung dia berjaya

menyelamatkan isterinya. Unsur-unsur plot cerita ini hampir sama dengan kisah

Ramayana di mana Sita isteri kepada Ramayana diculik oleh Ravana dan diselamatkan

oleh seekor burung garuda.

7. Wo Seng – mengisahkan pertarungan antara beberapa orang putera untuk memiliki

hadiahyang merupakan seorang puteri jelita yang dilahirkan daripada bunga tanjung.

8. Khun Pheng dan Khun Chang – dipercayai sebagai cerita benar tentang konflik antara

Khun Pheng, seorang pahlawan dengan Khun Chang, seorang hartawan yang menyintai

seorang gadis.

9. Chaychid – mengisahkan seorang putera remaja dan perkelahian dan pembunuhan antara

isterinya.

10. Darawong – sebuah cerita yang mengisahkan tentang percintaan.

11. Chaukrey – sebuah cerita yang mengisahkan tentang seorang puteri menora.

12. Khrubuk – mengisahkan cerita seorang pahlawan Thai yang mempertahankan negaranya

daripada nacaman musuh luar.

Page 6: Menora

Antara cerita yang dibawa oleh Kumpulan menora Cahaya Bulan telah

mempersembahkan 12 cerita antaranya adalah seperti berikut:

1. Cahai Tat.

2. Prak na Wong.

3. Chan Ta Suwan – mengisahkan tentang pecurangan yang dilakukan oelh seorang isteri.

4. Prak Si Suthon – mengisahkan cerita Putera Suthon.

5. Wong seng – mengisahkan tentang pertarungan untuk mendapatkan seorang puteri jelita

yang dilahirkan melalui bunga tanjung.

6. Chen kurop.

7. Parrot (Prak Prod).

8. Che chit (Chay Chid) – mengisahkan tentang seorang putera remaja dan perkelahian dan

pembunuhan antara isterinya.

9. Lak Kena Wong – kisah tentang seorang pahlawan Thai.

10. Prai Nam Maha Wong.

11. Seng Thong – ia merupakan adaptasi daripada cerita Makyung iaitu Anak Raja Gondang.

12. Prom Matat.

Kumpulan – kumpulan yang berlainan boleh mengubahkan nama dan aliran cerita untuk

menyesuaikan dengan keadaan dan sensitivity tempatan, akan tetapi struktur plot utama dan tema

masih dikekalkan sama seperti yang asal.

Page 7: Menora

PENTAS

Pada waktu dahulu, menora dipentaskan di atas tanah dengan tikar mengkuang, kini

menora dipentaskan di atas sebuah pentas berukuran 20 kaki panjang, 18 kai lebar dan 5 kaki

tinggi dari tanah, dengan menggunakan bumbung berukuran 10 kaki tinggi dari paras pentas.

Sekeping tabir digunakan untuk dijadikan pemisah antara kawasan lakonan, runag rehat dan

tempat tukar pakaian. Di pentas tidak terdapat kain latar yang lain untuk menandakan tempat

kerana kesemua pertukaran tempat digambarkan melalui dialog.

Jika persembahan teater ini dijalankan di dalam kawasan berhala, upacara ritual akan

disingkatkan dan mentera tidak perlu dibacakan dengan panjang atau sepenuhnya ini adalah

kerana kesemua semangat berada disitu ini adalah disebabkan kawasan tersebut adalah kawasan

tempat yang suci.

PAKAIAN

Pakaian yang digunakan pada setiap kumpulan adalah berbeza dan disebabkan ini ia

membuatkan timbulnya perbezaan cara pemakaina yang begitu ketara antara kumpulan Selatan

Thailand dengan kumpulan di Utara Semenanjung Tanah Melayu. Cara pemakaian yang

digunakan oleh kumpulan di Selatan Thailand untuk persembahan teater ini ialah pakaian yang

halus dan serba lengkap seperti pakaian dalam drama tari khon, manakala kumpulan di Malaysia

pula menggunakan pemakaian yang mengikut ciri – ciri bercorak folk.

Page 8: Menora

Pakaian – pakaian yang digunakan untuk persembahan dibahagikan kepada pakaian

diraja dan pakaian – pakaian orang biasa. Pakaian raja merupakan pakaian yang serba lengkap

dan terhias cantik, raja akan memakai baju yang tidak berlengan yang akan mendedahkan

sebahagian dari dada dan sebahagian belakang badan. Sesetengah kumpulan, contohnya seperti

kumpulan dari Selatan Thailand, seorang raja akan memakai pakaian yang berlengan pendek dan

diperbuat daripada sutera Thai yang telah dihiasi debgab manik – manik yang berwarna – warni.

Di bahagian lehernya pula, raja akan memakai la yang lebih terhias dan diperbuat daripada baldu

dan dihiasi dengan manik. Sepasang epaulette akan dikenakan dibahagian bahu dan sepasang

seluar 3/4 panjang atau panjang biasa yang diperbuat daripada pelbagai jenis sutera Thai atau

satin. Seluar ini boleh dihiasi dengan manik atau dibiarkan tanpa sebarang hiasan padanya.

Pinggangnya akan dikenakan dengan sehelai kain yang bewarna dan tergantung sehingga ke

bahagian lutut. Sepasang sayap kinnaree atau lebih dikenali sebagai kuak klok diikat di bahagian

pinggang dan diarahkan di bahagian belakang.

Raja akan memakai mahkota yang dinamakan sebagai chopong atau sert yang berukiran

seperti pagoda dan diperbuat daripada kayuringan yang telah diukir dan dilorek dengan warna

serta dihiasi dengan manik dan batu permata. Aksesori yang digunakan termasuk cangar

(sambungan jari yang lentik) diperbuat daripada perak atau tembaga yang dipakai oleh watak –

watak utama. Aksesori lain adalah seperti gelang perak, besi dan pedang kayu yang berukuran 20

inci panjang dan 1 inci lebar.

Page 9: Menora

Watak pelakon perempuan utama atau lebih dikenali sebagai pemaisuri memakai pekaian

yang serupa dengan raja tetapi ia lebih tertutup atau pemaisuri akan mengenakan baju ketat yang

bermanik dan sehelai la dengan kain panjang sehingga ke pergelangan kaki. Sesetengah

kumpulan menora di Kelantan, pemaisuri akan memakai baju kebaya Melayu, epaulette, tali

pinggang dan juga hiasan kepala.

Peran pula memakai kombinasi pakaian tradisi dan moden. Bagi kumpulan menora di

Kedah mereka akan mengenakan pemakaian “T”, panung (sepasang seluar longgar dan

berkincup sehingga pada paras lutut), ikatan kain selendang di pinggang dan topeng. Manakala

bagi peran menora di Kelantan pula perannya akan mengenakan pekaian “T”, seluar panjang

biasa, selendang di pinggang dan kadang kala tiada topeng. Adakala peran yang tidak berbaju.

Setiap sorang akan digandingkan dengan sebilah parang.

Jin, raksasa dan dewa memakai topeng yang penuh dan berbeza dengan topeng yang hanya

ditutup suku iaitu topeng yang digunakan oleh peran. Dayang – dayang di dalam menora Kedah

memakai panung, bajudan kain selendang di pinggang , sementara di Kelantan mereka akan

memakai baju Melayu, iaitu baju dan sarung. Watak- watak manusia yang lain menggunakan

baju harian.

Page 10: Menora

WATAK

Terdapat empat jenis watak dalam persembahan menora :

1. Watak kayangan seperti dewa, gergasi, raksasa dan kinnaree

2. Watak diraja dan bangsawan seperti raja, permaisuri, dan para bangsawan lain.

3. Peran

4. Orang biasa seperti dayang, pesawah, nelayan, sami dan bomoh.

Raja lazimnya dimainkan oleh seorang pelakon yang mempunyai badan yang

tegap dan rupa paras muka yang menawan, suara yang menarik serta kebolehan menari dan

menyanyi dan mempunyai sekurang-kurangnya sepuluh tahun pengalaman berlakon dalam

menora. Ia merupakan ciri-ciri seorang pelakon yang ideal yang sukar diperolehi oleh mana-

mana pelakon teater. Selalunya pelakon yang berlakon sebagai raja adalah lebih tua,, air muka

sederhana dan bentuk badan yang memuaskan mempunyai suara yang menarik dan kebolehan

dalam menari dan menyanyi.

Sebelum dipilih untuk memegang watak utama sebagai raja, pelakon itu mestilah melalui

jangka masa latihan yang tertentu dan dia perlu menjalani upacara meletak kecopong latihan ini

akan dilakukan oleh guru menora untuk menandakan secara rasmi tarafnya sebagai watak utama.

Pelakon-pelakon lain juga perlu menjalani jangka latihan yang sama, terutamanya peran dan

permaisuri. Watak permaisuri dilakonkan oleh seorang perempuan yang cantik dan berkebolehan

menyanyi dan menari.

Peran yang selalunya ahli kanan sesebuah kumpulan mestilah cekap berjenaka, dan cekap

mengubahsuai dialog, gerak dan nyayian mengikut keperluan keadaan penonton. Peranan peran

selalunya menjadi tarikan kepada sesebuah persembahan menora dengan kecekapannya

berjenaka, dan memberi komentar secara lucu tentang keadaan sosial dan politik dan semasa.

Peran dalam menora merupakan watak yang akan bertanggungjawab untuk menjadi petanda

pembukaan cerita. Peran menora juga merupakan orang suruhan kepada raja. Peran juga

membawa babak lucu sebelum kisah yang dimainkan dimulakan. Peran juga bertanggungjawab

menaikkan watak lain yang terdapat dalam teater tersebut.

Page 11: Menora

MUZIK

Bersama-sama dialog dan tarian, muzik merupakan unsur intergral yang ketiga dalam

persembahan menora. Dengan menyediakan fungsi ritual, struktur dan dramatic, ia membentuk

jalinan ritma yang menggerakkan aksi dramatik. Ini diselenggarakan oleh sebuah kumpulan

muzik yang mengandungi alat-alat muzik seperti:

1. Aerophone

Pi, sebuah alat tiupan dalam kategori shawms yang panjangnya antara 13-18 inci. Ia

dibuat daripada kayu nangka atau kayu jati dan mempunyai pipit (double-reed) yang

diperbuat daripada daun teh atau mengkuang, serta mempunyai enam lubang. Pi

dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu, pipit, mali, dan batang. Alat yang hampir serupa

ialah serunai yang terdapat dalam kumpulan wayang kulit.

2. Membranophone

I. Tharp- sama dengan gedumbak yang badannya diperbuat daripada kayu nangka

dan mukanya ditutupi dengan kulit lembu. Seperti dalam kumpulan wayang kulit,

tharp dimainkan dengan tangan, tetapi tidak di dalam wayang kulit, adakala

kedua-dua gendang dimainkan oleh seorang ahli mizik. Nada tharp dihasilkan

denagan membezakan tutup buka lubang belakang dengan tangan atau lengan.

Apabila dua orang ahli muzik memain sepasang tharp, tutup buka lubang

dilakukan dengan tangan untuk membezakan nadanya. Tetapi jika seorang ahli

muzik memain sepasang tharp, sebiji tharp diletakkan di atas lantai di bawah kaki

kiri dan satu lagi diletakkan diatas paha kiri dengan mukanya mengarah ke

bawah. Di dalam keadaan begitu, tharp yang dibawah dibezakan nadanya dengan

tanagn, sementara sebiji lagi dengan lengan. Adakalanya sebilangan kumpulan

menggunakan sebiji tharp sahaja seperti yang berlaku di dalam kumpulan menora

Naka di Kedah.

II. Klong- atau geduk. Sebiji klong yang di buat daripada kayu nagnka denagn

kedua-duanya muka ditutup dengan kulit kambing. Ukurannya kecil sedikit

daripada geduk makyong atau wayang kulit, dan dimainkan dengan pasangan

pemukul kayu. Untuk menyenangkan permainannyal muka geduk dicondongkan

Page 12: Menora

kearah pemain dengan menggunakan dua kaki buluh yang di selitkan dibelakang

klong.

3. Idiophone

I. Mong- sepasang canang yang diapungkan di dalam kotak kayu empat segi

bujur.

II. Cing- serupa kesi wayang kulit tetapi kecil sedikit.

III. Cerik – kepingan buluh tiap-tiap satu antara 1 hingga 11/2 inci panjang.

Beberapa pasang cerik digunakan dan jumlahnya bergantung kepada

berapa ramai pemainya, termasuk korus semasa off-stage (berada di luar

pentas)

Dalam kumpulan muzik menorah, pi memainkan melodi gendang- klong dan tharp

menyediakan struktur ritma, sementara mong, cing, dan cerik membentuk struktur kolotomok.

Cerik dan cing mengetuk bit, sementara mong menandakan pertengahan atau penghujung setiap

ukuran.

Terdapat beberapa kumpulan di Kelantan yang menggabungkan kedu-dua unsur

makyung dan menorah dalam sebuah persembahan yang mempunyai jumlah alat muzik yang

lebih besar, iaitu:

Aerophone – sebatang serunai

Membranophone – sepasang geduk, sepasang grdumbak, dan sepasang gendang.

Idiophone – canang, cing, cerek, dan sepasang tetawak.

Sesetengah kumpulan pula menambahkan satu lagi alat iaitu klong atau gendang panjang

yang digunakan semasa selingan nyayian dan tarian di pertenghan persembahan.

Page 13: Menora

TARIAN

Tarian merupakan salah satu unsur intergral dalam persembahan menora. Seperti

muzik, tarian memenuhi fungsi ritual, structural, dan dramatic. Fungsi ritualnya dapat

dilihat semasa tarian permulaan wai kru dan tarian penutup untuk memuja semangat

menorah. Ia memenuhi fungsi struktur apabila tarian digunakan untuk menandakan

adegan (kesemua watak melakukan gerak tari di penghujug hampir kesemua adegan),

menanda dan dan mengiringi masuk keluar watak. Sebagai memenuhi fungsi dramatik,

tarian menyokong aksindramatik apabila ia menggambarkan pelbagai perasaan watak,

seperti riang, sedih dan komik.

Pelakuan dan gaya tarian ini berbeza mengikut cirri-ciri watak. Hero dan watak-

watak bangsawan dan watak halus melakukan gerak-geri lembut, mengalir dan indah,

sementara gerak-geri watak jahat seperti raksasa adalah besar dan kasar. Peran

melakukan pergerakkan komik, kasar dan `farcical`. Di samping itu, pergerakkan watak

utama lelaki lebih kuat daripada watak utama perempuan.

Terdapat dua belas pergerakan asas yang digunakan di dalam menora:

I. Me lan atau kanok

II. Rahu mencekup bulan

III. Gerak tari kinnari

IV. Gerak tari permulaan

V. Gajah menyeberang rintangan

VI. Posisi Phala

VII. Putik bunga teratai

VIII. Bunga teratai berkembang

IX. Bunga teratai sedang berkembang

X. Bunga teratai separuh kembang

XI. Labah-labah mengayam sarangnya

Kesemua abjad tari di atas di gunakan dalam persembahan menorah klasik yang

dipersembahkan oleh kumpulan dari selatan Thailand dan juga dari Bangkok.

Tetapi sesetengah kumpulan seperti Kumpulan Cahaya Bulan dari Tumpat di Kelantan

telah menyerap nama dan gerak tempatan ke dalam abjad tari persembahan menorah. Antaranya

ialah:

Page 14: Menora

I. Wai kru – sembah guru

II. Taka kwai- tanduk kerbau

III. Kwang dok mai- bunga

IV. Ta pa dien dong- kijang berjalan dalam hutan

V. Cang sang wanya-gajah lambung belalai

VI. Sap plat tong san- raksasa memanah

VII. Tha kinom-terbang

VIII. Ram tan hong- manusia berbadan burung

IX. Kratai com contra-arnab berlompat

Walaupun diberikan nama yang berlainan, sesetengah pergerakkan adalah sama, seperti

gajah lambung belalai dan bunga teratai berkembang.

Pada amnya, gerakan tari menora boleh di bahagikan kepada empat bahagian:

I. Pergerakan haiwan seperti gajah, arnab, rusa, angsa kerbau, dan juga pergerakan

serangga seperti labah-labah.

II. Pergerakan meniru bunga seperti bunga teratai yang dianggap sebagai bunga

keramat di dalam agama Buddha.

III. Pergerakan meniru aksi fizikal seperti terbang dan ayun.

IV. Pergerakan melambangkan cirri-ciri perwatakan seperti raksasa, kinnaree dan

pelawak.

Dalam persembahan menora, tarian utama yang ditarikan oleh Pak Situng diadakan pada

permulaan persembahan dan kemudian diikuti bersama oleh penari korus. Satu atau dua tarian

dipersembahkan di dalam cerita yang mempunyai adegan meraikan temasya seperti perkahwinan

dan pertabalan ataupun mengikut keperluan cerita. Tarian penutup di penghujung persembahan

adalah pendek dan berfungsi sebagai memuja dan berterima kasih kepada semangat menora.

Kesemua tarian lain adaalah untuk menyokong aksi dramatic, menandakan adegan, atau

mengiringi keluar masuk watak seperti peran atau raja.

Page 15: Menora

STRUKTUR PERSEMBAHAN

Terdapat empat bahagian dalam persembahan dalam setiap persembahan menora:

I. Wai kru- sembah guru

II. Wa rai na tret- tarian dan nyayian

III. Leu kamprat pleng ton- watak utama yang menyembah gendang

IV. Cabbot –cerita utama

Satu upacara ritual diadakan sebelum permulaan cerita untuk memujuk dan memuja

semangat supaya persembahan berjalan dengan selamat dan penonton serta pemain dilindungi

daripada perbuatan jahat.

Dalam upacara ini, selepas bomoh yang juga pemimpin kumpulan memasang lilin di tiap-

tiap penjuru pentas, dia akan membaca mantera memuji semangat di hadapan kesemua pemain

yang berkumpul di atas pentas. Bersama-sama mantera ini satu sajian yang mengandungi ayam,

nasi kunyit, nasi jawi,dadih dan buah-buahan disediakan untuk pemujaan semangat.

Upacara dimulakan dengan Wai kru, iaitu bahagian pertama persembahan yang

dikendalikan oleh bomoh atau guru menora. Satu sajian mengandungi bahan-bahan berikut

disediakan untuk upacara ini. Bahan-bahannya ialah sirih pinang, tiga batang lilin, seekor ayam,

lok kho (sejenis kuih), kenom kar (kuih merah), pulut, tebu,pisang, samsu, dan wang sebanyak

RM2.25 sen.

Bomoh atau tuk guru mengaturkan sajian dia atas para di tepi pentas dan dihadapannya

disusunkan pula alat-alat muzik seperti tap (gedumbak), klong (geduk), dan mong (sepasang

canang) dan ching-chap (kesi), dengan tap diletakkan di tengah. Tiga piak sirih pinang

diletakkan seperti berikut; sepiak di dalam tap, sepiak di dalam kain putih yang digantung dari

bumbung panggung, dan sepiak lagi di bawah pentas. Tiga batang lilin dan sebentuk gelang

tangan diletakkan di atas klong. Bomoh atau tuk guru kemudian menjampi dengan mantera yang

berikut :

Tang no kok na

Tang tua nala le rene ren

Lok wai nang troni

Page 16: Menora

Korus menjawab dengan,

Oh lanla penpe

Bomoh atau tok guru menyambung dengan menjampi mantera yang berikut:

Tange kong nam lam tangyam

Na paloni kok na wala

Prang ta sit padi onde

Long nappa di teen sai

Lek wai satsit lap sat

Ni ting to no hon numpra weha

Pada keseluruhannya jampi serapah mantera itu bertujuan untuk memujuk dan memuja

jin tanah dan semangat lain untuk menetukan kejayaan persembahan menorah. Sebagai tambahan

bomoh atau tuk guru memohon restu daripada semangat laut dan gunung sebelum mengakhiri

jampinya dengan menyebut semangat yang berikut :

Masamila, Prabun, Otomatarp, Tuk Wacuk, Pran Kan

Nora Seng Cam, Prayakeikoey, Praya Taomran, Protomacong

Protomali, Nang Promonluang, Menom Dok Mai.

Pengakhiran jampi serapah ini diikuti dengan satu selingan muzik yang dinamakan tabuh.

Bahagian kedua yang dikenali sebagai Wa rai na tret merupakan sebuah tarian bulatan

(tarian dua belas) yang ditarikan oleh kumpulan korus yang menyanyi sambil menari. Pada

penghujung tarian yang ditarikan selama 30 minit ini, kumpulan korus keluar dan duduk di sudut

yang di kenali sebagai rong nora.

Dalam bahagian ketigayang dikenali sebagai Len kamprat pleng ton, pelakon lelaki

utama yang memainkan peranan raja duduk berhadapan pemain gendang dan sajian semangat.

Page 17: Menora

Sambil pemain gendang klong dan tap bermain, pelakon utama menyanyi dan memuja semangat

gendang. Di akhir upacara ini pelakon itu bangun dan meminta penari, ahli muzik, dan para

penonton mencadangkan cerita yang mahu di persembahkan. Selepas cerita itu di pilih, pelakon

utama memulakan persembahan.

Di dalam kumpulan lain, pelakon utama menarikan sebuah tarian yang di namakan ten-

rum neung (tarian pertama) dan sambil menari dia mengumumkan cerita yang akan dipentaskan

pada malam itu. Ini diikuti dengan tarianoleh raja dan permaisuri sambil mereka menceritakan

scenario cerita tersebut, umpamanya mendapatkan nama yang sesuai untuk anak mereka

daripada bomoh diraja.

Cabbot , bahagian terakhir, merupakan persembahan cerita untuk malam itu. Ia bermula

dengan pengenalan watak-watak utama dan diikuti oleh peran. Cerita berikutnya diselang seli

dengan tarian, nyayian, dan lawak jenaka dan di dalam sebilangan persembahan komersial,

sebuah tarian rakyat dipersembahlkan di pertengahan cerita semasa intermission.

Cabbot mengandungi lima bahagian dramatic. Di dalam bahagian pertama,raja akan

mengumumkan satu masalah seperti menolong seorang puteri di dalam kecemasan atau

mengatasi halangan perkahwinan puteranya dengan seorang puteri yang paling cantik. Raja

mengarahkan kedu-dua peran nuntuk mengambil sebarang tindakan untuk mencapai onjektif ini.

Kesulitan mula muncul dalam bahagian kedua, apabila kedu-dua peran menemui

halangan ke arah mencapai objektif raja. Langkah yang mereka ambil untuk mengatasi masalah

ini akan mecetuskan kesulitan lain pula. Mereka kembali untuk melaporkan.kepada raja yang

member arahan lain bagaimana hendak menyelesaikan masalah itu untuk mencapai objektif.

Bahagian berikutnya menunjukan peran secra bersendirian atau bersama-sama dengan

raja berangkat untuk mengatasi kesulitan ini. Adegan-adegan lucu peran yang tinggal

bersendirian untuk berceloteh sesama sendriri.

Dalam bahagian dramatic yang berikut, kumpulan raja bersiap untuk menyerang musuh

mereka dalam satu perlawanan antara kuasa baik dan kuasa jahat. Sebelum menempuh

peperangan, raja bertapa untuk mendapat restu dan pertolongan Tuhan.

Page 18: Menora

Bahagian kelima menandakan kemenangan kuasa baik mengtasi kuasa jahat yang

membolehkan raja mencapai objektifnya dan rakyat serta bala tentera berpesta.

Sebuah tarian ritual yang bernama khorp dipersembahkan di penghujung cerita sebagai

tanda kesyukuran kepada semangat yang telah member kejayaan pada persembahan ini. Dan ini

diikuti dengan upacara menutup panggung.

Seperti juga dalam teater makyung, pengaliran cerita dalam persenbahan menora

dicampur aduk dengan adegan-adegan komik dan lucu dan tarian yang kadangkala di panjangkan

sebagai menyokong aksi dramatic. Sebenarnya , pemain akan mengikut kehendak penonton.

Jikalau penonton begutu tertarik sekali dengan adegan komik, peran akan akan menyambung

adegan lucu tentang keadaan politik atau social pada masa sekarang. Tetapi apabila persembahan

diadakan khas untuk upacara ritual seperti pembukaan berhala, perjalanan cerita dan aksi

dramatic dikendalikan dengan rapid an tersusun. Menora walaupun berasal daripada Thai, tetapi

menyesuiakan persembahannya dengan keadaan dan unsur-unsur tempatan seperti cerita dan

lagenda serta alat-alat muzik Melayu untuk menggambarkan identity kemalaysiaannya. Teater

menora merupakan contoh interaksi budaya antara Negara yang dahulunya membantuk sebuah

rantau budaya, iaitu dunia Melayu lama.

Page 19: Menora

BIBLIOGRAFI

Aliran pemikiran pendidikan Malaysia, Retrieved (2008 Mei 16). From the World Wide Web:

http://www.Muzik @ pendidikan.org

Mak yong, wayang kulit and menora, Retrieved (2009 July 10). From the World Wide Web:

http://www.The Star Online Blog. Mht

Seni menora, Retrieved (2010 March 9). From the World Wide Web:http://www.resam-

melayu.com

Mohd Anis Mohd Nor. (1999). Dance and dance teater. Kuala Lumpur:

Performing arts.

Eko Santosa, Heru Subagiyo, .(2008) . seni teater . Kuala lumpur:

Seni teater.

Mohamed Ghose Nasaruddin. (2000). Teater radisional melayu. Kuala Lumpur:

Dewan bahasa dan pustaka.