menggambar thn 4

Upload: hayatun-syamila-mohd-mansor

Post on 29-Oct-2015

177 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

RPH SENI

TRANSCRIPT

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)PENDIDIKAN SENI VISUAL TAHUN 2013

Mata pelajaran : Pendidikan Seni VisualKelas : 4 AnggerikTarikh : 15 April 2013Bilangan Murid : .. /.. orang muridBidang : MenggambarTajuk : Berkelah di tepi pantaiMasa : 11.30 pagi 12.20 tengahari (60 minit)Objektif pengajaran dan pembelajaran : Pada akhir pengajaran, murid dapat ;1) Menghasilkan lukisan berkelah di tepi pantai.2) Mempelbagaikan idea pemilihan warna dan susunan yang menarik.3) Meningkatkan pengetahuan dan mengaplikasikan elemen asas seni lukis dalam lukisan.

Alat dan bahan : Kertas lukisan, pensel, pensel warna, krayon.Bahan Bantu Mengajar (BBM) : Contoh lukisan berkelah di tepi pantai, lagu, pembesar suara.Pengetahuan Sedia Ada : Murid pernah melihat permandangan di tepi pantai. Murid mempunyai pengalaman berkelah di tepi pantai.Penerapan Nilai : Kreativiti, kekemasan, kerjasama, kebersihan dan kerajinan.Strategi Pengajaran : Konstruktivisme - murid membina pengetahuan secara aktif berdasarkan pengalaman sedia ada berkenaan permandangan di tepi pantai.

KBKK : Menjana idea dan mencirikan watak serta objek di dalam lukisan serta membuat pemilihan warna yang sesuai dan menarik.

LANGKAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN :

LANGKAH/MASA

ISI KANDUNGANPENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN GURU & MURIDSTRATEGI P&P / ABM/ NILAI

Set Induksi(5 minit) Guru menyoal pengalaman sedia ada murid Mengenai berkelah di tepi pantai.

Guru menyoal murid di hadapan kelas. Murid menjawab soalan guru berdasarkan pengalaman sedia ada mereka.Penerapan nilai : Kerjasama

Langkah 1(10 minit)Pengenalan kepada tajuk Menunjukkan gambar tepi pantai Situasi sebuah keluarga sedang berkelah di tepi pantai

Guru menunjukkan gambar tepi pantai dan memperkenalkan murid kepada tajuk. Guru menunjukkan gambar situasi sebuah keluarga sedang berkelah di tepi pantai dan meminta murid menyatakan aktiviti watak dalam gambar. Murid menyatakan aktiviti yang dilakukan oleh watak.Penerapan nilai : Kerjasama.

BBM : Gambar situasi.

Strategi Pengajaran:Konstruktivisme

Langkah 2(10 minit)Edaran alat dan bahan serta tunjuk langkah-langkah bagi menghasilkan lukisan permandangan.

Langkah-langkah:1. Lakar sebuah gambarberdasarkan tajuk berkelah di tepi pantai menggunakan pensel.2. Warnakan bahagian latar dan objek yang jauh terlebih dahulu3. Warnakan objek yang dekat dengan lebih jelas. Guru mengedarkan alat kepada setiap murid Guru menunjukkan langkah untuk menghasilkan lukisan permandangan di hadapan kelas. Murid mendengar arahan serta melihat langkah-langkah yang ditunjukkan oleh guru.

Alat dan bahan : Kertas lukisan, pensel, pensel warna dan krayon.

Penerapan nilai :Kerjasama.

Langkah 3(30 minit)Proses penghasilan lukisan

1. Murid melakar di atas kertas lukisan.2. Murid mewarnakan latar belakang.3. Murid mewarnakan objek bahagian hadapan.

Guru memantau sambil membantu murid yang memerlukan bantuan semasa menyiapkan karya tersebut. Murid menghasilkan lukisan.

Alat dan bahan : Kertas lukisan, pensel, pensel warna dan krayon.

Strategi pembelajaran : Konstruktivisme.

KBKK : Menjana idea dan mencirikan watak serta objek di dalam lukisan serta membuat pemilihan warna yang sesuai dan menarik.

Penerapan nilai : Kerajinan, kreativiti, kerajinan dan kerjasama.

Penutup (5 minit)Sesi apresiasi dan penilaian.

Pengetahuan murid mengenai lukisan permandangan. Dapat mengapresiasikan lukisan sendiri dan rakan. Guru meminta beberapa orang murid ke hadapan untuk membuat ulasan karya. Penilaian dibuat berdasarkan tiga tahap iaitu : Baik Sederhana Lemah Murid membuat ulasan di hadapan kelas. Murid diminta untuk mengemaskan meja dan alatan serta bahan yang telah digunakan.Penerapan nilai :Kerjasama, kebersihan.

Hasil karya murid..

Ulasan guru pembimbing / pensyarah :