menerangi pedalaman sarawak€¦ · masa depan yang lebih cerah untuk anak-anak kita, dengan...

1
Power to Grow www.sarawakenergy.com.my Menerangi Pedalaman Sarawak Masa depan yang lebih cerah untuk anak-anak kita, dengan memaskan mereka mempunyai akses kepada bekalan elektrik 24 jam yang stabil Liputan Bekalan Elektrik Luar Bandar Jumlah Isi Rumah Yang Telah Dibekalkan Elektrik 109,717 2016 2017 2009 56% 87% 90% Pelan Induk Tenaga Luar Bandar RES Skim Bekalan Elektrik Luar Bandar Hibrid Solar/Mini Hidro Hibrid SARES Skim Bekalan Elektrik Alternaf Luar Bandar RPSS Skim Bekalan Tenaga Luar Bandar Cara elektrifikasi konvensional dengan menyambungkan garisan grid yang sedia ada ke kawasan pedalaman. Telah ba ke tahap krikal di mana garisan grid yang sedia ada sudah dak dapat disambung lagi. Merupakan penyelesaian untuk kampong-kampung yang dak dapat disambungkan ke grid dalam masa yang terdekat. Menggunakan bekalan elektrik boleh diperbaharui dari sistem solar atau hidro dengan penjanakuasa diesel. Penyelesaian pantas dengan menyediakan sistem solar atau hidro untuk kampung-kampung di kawasan terpencil. Sistem melibatkan komuni di mana penerimanya menggunakan tenaga elektrik dengan percuma. Pendekatan baharu di samping RES yang menyambung talian transmisi dan pencawang baru di kawasan luar bandar. Menyambung talian transmisi yang sedia ada ke kawasan pedalaman. Lanskap Sarawak merangkumi sungai-sungai yang berliku, hutan hujan yang tebal dan bentuk mukabumi yang bergunung-ganang Antara cabaran yang dihadapi oleh pasukan Bekalan Elektrik Luar Bandar untuk menerangi kampung-kampung yang terpencil Belum dibekalkan elektrik Sudah dibekalkan elektrik Status Pembekalan Elektrik Tahun 2009 lalu, liputan bekalan elektrik untuk populasi luar bandar hanya merangkumi 56% keka liputan keseluruhan bekalan elektrik domesk negeri pada 79%. Hari ini, liputan bekalan tenaga elektrik populasi luar bandar mencecah 90%, sekaligus meningkatkan liputan keseluruhan kepada hampir 95%. Pertumbuhan pesat ini jadi kenyataan hasil usaha bersepadu, kerjasama dan komitmen bagi menyediakan bekalan elektrik kepada semua penduduk Sarawak. Dalam pada itu, Kementerian Uli Sarawak (MoU), dengan kerjasama Sarawak Energy, mensasarkan untuk menghubungkan lebih daripada 30,000 lagi isi rumah luar bandar dalam usaha untuk mencapai pembekalan elektrik penuh menjelang tahun 2025. Hampir separuh daripada populasi Sarawak berada di kawasan luar bandar, menempa bandar-bandar kecil, pekan-pekan, kampung-kampung serta rumah-rumah panjang yang melipu lanskap geografi negeri yang luas, sungai-sungai yang berliku, hutan hujan yang tebal dan bentuk muka bumi yang bergunung-ganang. Visi Kerajaan Negeri adalah untuk memaskan semua komuni luar bandar, termasuk komuni hulu sungai yang terpencil dapat dihubungkan dengan bekalan tenaga elektrik 24 jam. Justeru, fokus pembekalan elektrik luar bandar ini adalah untuk memperluaskan grid ke kawasan-kawasan yang boleh dicapai, manakala sistem tunggal digunakan sebagai sumber tenaga elektrik alternaf bagi wilayah-wilayah yang terlalu terpencil untuk dihubungkan dengan grid, agar komuni-komuni ini dak lagi menggunakan penjana elektrik diesel yang mahal dan mengeluarkan bunyi bising. Pembekalan elektrik luar bandar di Malaysia mula meningkat dalam tahun 2009 apabila ia dijadikan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) oleh Kerajaan Persekutuan. Sejak itu, sejumlah RM3.5bilion telah dibelanjakan di Sarawak di bawah Skim Bekalan Elektrik Luar Bandar (RES) bagi menerangi lebih 102,000 isi rumah luar bandar sehingga tahun 2016, manakala lebih 100,000 rumah lagi di lebih 4,000 buah kampung yang bertaburan menjelang September 2017. Strategi Liputan Pembekalan Elektrik Penuh Luar Bandar Di bawah Pelan Induk Tenaga Luar Bandar yang telah diperkenalkan pada tahun 2015 lalu, satu strategi diwujudkan untuk membekalkan elektrik kepada isi rumah luar bandar. Ini menyaksikan pendekatan yang lebih bersungguh dan teratur dalam pelaksanaannya. Pelan ini bertujuan meningkatkan pengeluaran elektrik luar bandar melalui pelbagai program yang dibiayai oleh kerajaan. Pelan ini termasuk peluasan rangkaian pengagihan elektrik bervoltan nggi dari grid sedia ada di bawah RES; RPSS di dalam memanjangkan rangkaian transmisi Voltan Tinggi (EHV) ke kawasan-kawasan luar bandar; manakala hibrid dan SARES untuk system alternaf boleh diperbaharui bagi kawasan-kawasan amat terpencil. Pelaksanaan serentak program-program ini berupaya mempercepatkan pelan pembekalan elektrik kerajaan, selaku pemangkin pembangunan luar bandar bagi merapatkan jurang di antara komuni luar bandar dan bandar, serta membolehkan agenda ekonomi digital negeri sampai ke komuni-komuni luar bandar sekaligus membantu merealisasikan visi Sarawak untuk menjadi negeri maju menjelang 2030. Kira-kira 5,000 isi rumah luar bandar yang sudah mempunyai akses melalui jalan raya atau berada berhampiran dengan Grid Negeri akan diberi bekalan elektrik di bawah RES. Sementara 18,000 isi rumah lagi hanya akan menerima bekalan elektrik sebaik wujud kemudahan untuk ke kampung-kampung ini. Bagi isi rumah selebihnya yang berada di kawasan amat terpencil di negeri ini, satu inisiaf melibatkan komuni iaitu Skim Bekalan Elektrik Alternaf Luar Bandar (SARES) dilaksanakan untuk menggalakkan liputan penuh ke komuni-komuni terpencil di negeri ini. Skim yang bernilai RM500 juta ini bakal menerangi 8,700 isi rumah di antara tempoh 2016-2020, melibatkan pembinaan system alternaf yang menggunakan hidro mikro atau teknologi solar. Sejak skim ini dilancarkan, sebanyak 1,400 isi rumah berjaya mendapat bekalan elektrik. Skim Bekalan Elektrik Luar Bandar Skim Bekalan Elektrik Luar Bandar (RES) merupakan strategi untuk mengembangkan Grid Negeri yang sedia ada menerusi pembinaan ang-ang dan talian-talian bekalan agihan elektrik ke kawasan-kawasan yang belum mendapat bekalan elektrik. Pelanggan di luar bandar boleh memohon RES di pejabat-pejabat Residen dan Daerah masing-masing. Kementerian Uli berndak sebagai penyelaras projek ini, manakala Sarawak Energy pula menyediakan sokongan teknikal, selain memantau kontraktor-kontraktor yang dilank oleh kerajaan, menguji dan membuat pemasangan sebelum mengambil alih operasi dan penyelenggaraan. Projek RES biasanya mengambil masa 10-18 bulan untuk disiapkan. Bagaimanapun, ia boleh melangkaui tempoh itu jika mbul isu-isu melibatkan kelulusan tanah daripada tuan-tuan tanah atau cabaran berkaitan bentuk muka bumi. Justeru itu, untuk memudahkan pelaksanaan projek, sesi dialog diadakan dengan komuni terlibat bagi memberi penjelasan tentang skop projek, proses serta prosedur yang perlu dilalui untuk menerima bekalan tenaga elektrik.

Upload: others

Post on 26-Jan-2021

7 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • Power to Growwww.sarawakenergy.com.my

    Menerangi Pedalaman Sarawak

    Masa depan yang lebih cerah untuk anak-anak kita, dengan memastikan mereka mempunyai akses kepada bekalan elektrik 24

    jam yang stabil

    Liputan Bekalan ElektrikLuar Bandar

    Jumlah Isi Rumah Yang TelahDibekalkan Elektrik

    109,717

    2016

    2017

    2009 56%

    87%

    90%

    Pelan Induk Tenaga

    Luar Bandar

    RESSkim Bekalan Elektrik Luar Bandar

    HibridSolar/Mini Hidro Hibrid

    SARESSkim Bekalan Elektrik Alternatif

    Luar Bandar

    RPSSSkim Bekalan Tenaga

    Luar Bandar

    Cara elektrifikasi konvensional dengan menyambungkan garisan grid yang sedia ada ke kawasan pedalaman.

    Telah tiba ke tahap kritikal di mana garisan grid yang sedia ada sudah tidak dapat disambung lagi.

    Merupakan penyelesaian untuk kampong-kampung yang tidak dapat disambungkan ke grid dalam masa yang terdekat.

    Menggunakan bekalan elektrik boleh diperbaharui dari sistem solar atau hidro dengan penjanakuasa diesel.

    Penyelesaian pantas dengan menyediakan sistem solar atau hidro untuk kampung-kampung di

    kawasan terpencil.

    Sistem melibatkan komuniti di mana penerimanya menggunakan tenaga

    elektrik dengan percuma.

    Pendekatan baharu di samping RES yang menyambung talian transmisi dan pencawang baru

    di kawasan luar bandar.

    Menyambung talian transmisi yang sedia ada ke kawasan pedalaman.

    Lanskap Sarawak merangkumi sungai-sungai yang berliku, hutan hujan yang tebal dan bentuk mukabumi yang bergunung-ganang

    Antara cabaran yang dihadapi oleh pasukan Bekalan Elektrik Luar Bandar untuk menerangi kampung-kampung yang terpencil

    Belum dibekalkan elektrikSudah dibekalkan elektrik

    Status Pembekalan Elektrik

    Tahun 2009 lalu, liputan bekalan elektrik untuk populasi luar bandar hanya merangkumi 56% ketika liputan keseluruhan bekalan elektrik domestik negeri pada 79%. Hari ini, liputan bekalan tenaga elektrik populasi luar bandar mencecah 90%, sekaligus meningkatkan liputan keseluruhan kepada hampir 95%. Pertumbuhan pesat ini jadi kenyataan hasil usaha bersepadu, kerjasama dan komitmen bagi menyediakan bekalan elektrik kepada semua penduduk Sarawak.

    Dalam pada itu, Kementerian Utiliti Sarawak (MoU), dengan kerjasama Sarawak Energy, mensasarkan untuk menghubungkan lebih daripada 30,000 lagi isi rumah luar bandar dalam usaha untuk mencapai pembekalan elektrik penuh menjelang tahun 2025. Hampir separuh daripada populasi Sarawak berada di kawasan luar bandar, menempati bandar-bandar kecil, pekan-pekan, kampung-kampung serta rumah-rumah panjang yang meliputi lanskap geografi negeri yang luas, sungai-sungai yang berliku, hutan hujan yang tebal dan bentuk muka bumi yang bergunung-ganang.

    Visi Kerajaan Negeri adalah untuk memastikan semua komuniti luar bandar, termasuk komuniti hulu sungai yang terpencil dapat dihubungkan dengan bekalan tenaga elektrik 24 jam. Justeru, fokus pembekalan elektrik luar bandar ini adalah untuk memperluaskan grid ke kawasan-kawasan yang boleh dicapai, manakala sistem tunggal digunakan sebagai sumber tenaga elektrik alternatif bagi wilayah-wilayah yang terlalu terpencil untuk dihubungkan dengan grid, agar komuniti-komuniti ini tidak lagi menggunakan penjana elektrik diesel yang mahal dan mengeluarkan bunyi bising.

    Pembekalan elektrik luar bandar di Malaysia mula meningkat dalam tahun 2009 apabila ia dijadikan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) oleh Kerajaan Persekutuan. Sejak itu, sejumlah RM3.5bilion telah dibelanjakan di Sarawak di bawah Skim Bekalan Elektrik Luar Bandar (RES) bagi menerangi lebih 102,000 isi rumah luar bandar sehingga tahun 2016, manakala lebih 100,000 rumah lagi di lebih 4,000 buah kampung yang bertaburan menjelang September 2017.

    Strategi Liputan Pembekalan Elektrik Penuh Luar BandarDi bawah Pelan Induk Tenaga Luar Bandar yang telah diperkenalkan pada tahun 2015 lalu, satu strategi diwujudkan untuk membekalkan elektrik kepada isi rumah luar bandar. Ini menyaksikan pendekatan yang lebih bersungguh dan teratur dalam pelaksanaannya. Pelan ini bertujuan meningkatkan pengeluaran elektrik luar bandar melalui pelbagai program yang dibiayai oleh kerajaan. Pelan ini termasuk peluasan rangkaian pengagihan elektrik bervoltan tinggi dari grid sedia ada di bawah RES; RPSS di dalam memanjangkan rangkaian transmisi Voltan Tinggi (EHV) ke kawasan-kawasan luar bandar; manakala hibrid dan SARES untuk system alternatif boleh diperbaharui bagi kawasan-kawasan amat terpencil.

    Pelaksanaan serentak program-program ini berupaya mempercepatkan pelan pembekalan elektrik kerajaan, selaku pemangkin pembangunan luar bandar bagi merapatkan jurang di antara komuniti luar bandar dan bandar, serta membolehkan agenda ekonomi digital negeri sampai ke komuniti-komuniti luar bandar sekaligus membantu merealisasikan visi Sarawak untuk menjadi negeri maju menjelang 2030.

    Kira-kira 5,000 isi rumah luar bandar yang sudah mempunyai akses melalui jalan raya atau berada berhampiran dengan Grid Negeri akan diberi bekalan elektrik di bawah RES. Sementara 18,000 isi rumah lagi hanya akan menerima bekalan elektrik sebaik wujud kemudahan untuk ke kampung-kampung ini.

    Bagi isi rumah selebihnya yang berada di kawasan amat terpencil di negeri ini, satu inisiatif melibatkan komuniti iaitu Skim Bekalan Elektrik Alternatif Luar Bandar (SARES) dilaksanakan untuk menggalakkan liputan penuh ke komuniti-komuniti terpencil di negeri ini. Skim yang bernilai RM500 juta ini bakal menerangi 8,700 isi rumah di antara tempoh 2016-2020, melibatkan pembinaan system alternatif yang menggunakan hidro mikro atau teknologi solar. Sejak skim ini dilancarkan, sebanyak 1,400 isi rumah berjaya mendapat bekalan elektrik.

    Skim Bekalan Elektrik Luar BandarSkim Bekalan Elektrik Luar Bandar (RES) merupakan strategi untuk mengembangkan Grid Negeri yang sedia ada menerusi pembinaan tiang-tiang dan talian-talian bekalan agihan elektrik ke kawasan-kawasan yang belum mendapat bekalan elektrik. Pelanggan di luar bandar boleh memohon RES di pejabat-pejabat Residen dan Daerah masing-masing. Kementerian Utiliti bertindak sebagai penyelaras projek ini, manakala Sarawak Energy pula menyediakan sokongan teknikal, selain memantau kontraktor-kontraktor yang dilantik oleh kerajaan, menguji dan membuat pemasangan sebelum mengambil alih operasi dan penyelenggaraan.

    Projek RES biasanya mengambil masa 10-18 bulan untuk disiapkan. Bagaimanapun, ia boleh melangkaui tempoh itu jika timbul isu-isu melibatkan kelulusan tanah daripada tuan-tuan tanah atau cabaran berkaitan bentuk muka bumi. Justeru itu, untuk memudahkan pelaksanaan projek, sesi dialog diadakan dengan komuniti terlibat bagi memberi penjelasan tentang skop projek, proses serta prosedur yang perlu dilalui untuk menerima bekalan tenaga elektrik.