melaka seantero duniamyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/4548/1/m121... · 2019-10-03 ·...

10

Upload: others

Post on 14-Feb-2020

11 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

DUNGANMELAKA SEANTERO DUNIABAB 1 :BAB 2:

BAB3 :

Sejarah Empayar Melaka Sepintas LaluNama-Nama Melaka Oi Luar Melaka

- : Nama-Nama Melaka di Malaysia- : Nama-Nama Melaka di Luar Negara

Melaka Oalam Konteks GlobalIndeks

: 01 -10

: 11 - 42: 43 - 54: 55 - 87: 88 - 89

SE ARAHEMPAY RMELAKA

SEPINTAS LAiD"Melaka juga adalah merupakan pusat perdagangan yang terpenting di AsiaTenggara

dan juga sebagai pusat penyebaran Islam di rantau ini"

BAB 1

~ J-\ Ai t: P : p

-BAB 1

EMPAYAR MELAKASEPINTAS LALU"Malaccawasthemost important commercialcentre in South-EastAsiaaswell as themain diffusion-centre ofIslam"

"Melaka juga adalah merupakan pusat perdaganganyang terpentingdiAsia Tenqqata danjuga seboqa!pusatpenyebaran Islam di rantau ini"

D.G.E Hal l

A History of South East Asia,

Macmillan& Co. Ltd.,

London (2nd edition), 1966

PENDAHULUANZaman keagungan Empayar Kesultanan Melayu Melaka dalam abad

ke-13 dan awal abad ke-16 adalah merupakan kemuncak ket inggian

tamadun Melayu dan Islam di Nusantara. lanya wujud semenjak

zaman kerajaan pra Islam yang bermula dengan Kerajaan Funan

di Indochina pada abad pertama hinggalah ke zaman kejatuhan

kerajaan-kerajaan Melayu dan Islam selepas Melaka di rantau ini

setelah kedatangan penjajah barat dalam abad ke-16 hinggalah ke­

19.

Sejarah Melayu menggambarkan Melaka sebagai sebuah Empayar

Melayu yang terkenal , teguh dan stabil di bawah satu susunan

pentadbiran tradisional yang teratur. Setelah Kerajaan Melayu

Melaka diasaskan pada 1262M, Melaka telah berkembang maju

dengan pesat dan kemudiannya telah menjadi pusat perdagangan

yang ulung di Timur.

SEJARA~ EMPAYAR MELAKA SEPINTAS LALU

MELAKA SEBAGAI PUSAT PENYEBARAN ISLAM

Melaka kemudiannya te lah menjadi pusat penyebaran Islam di

Asia Tenggara. Kedudukan agama Islam di Melaka semakin kukuh

dalam zaman Sultan Muzaffar Syah. Melaka telah mencapai zaman

kegemilangannya dalam zaman pemerintahan Sultan Mansur Syah.

Melaka pada zaman itu te lah menjadi pusat perdagangan bukan

sahaja di Nusantara tetapi juga di dunia sebelah Timur. Di bawah

pemerinta han Sultan Alauddin Riayat Syah perkem bangan Islam

telah mencapai ke kemuncak di mana pada masa itu Melaka telah

menjadi pusat penyebaran Islam dan pusat ilmu pengeta huan Islam

yang utama di Nusantara.

Pada zaman keagungan Kesultanan Melayu Melaka, Empayar Melaka

meliputi seluruh Semenanjung Ta nah Melayu, Selatan Thailand

.dan wi layah-wilayah timur Sumatera iaitu Kampar, Bengkalis,

Siak, Aru, Rokan, Siantan, Manjung, Inderagiri, Jambi, Lingga dan

Riau. Sementara itu negara-negara yang mempunyai hubungan

perdagangan deng an neger i Melaka selain daripada negeri-negeri

di Nusantara ialah Arab, Parsi, India, Siam, Burma, Farmosa, China

dan Jepun. Di dalam menjalankan pentadbiran dalam negeri dan

juga perdagangan luar, Melaka mempunyai Hukum Kanun Melaka

dan Undang-undang Laut Melaka. Kedua-dua undang-undang ini

ialah berunsurkan Islam.

Kedudukan Melaka sebagai pusat i1mu pengetahuan Islam yang

ulung di Nusantara tersebut adalah berkaitan rapat dengan usaha

dan minat raja-raja Melaka di dalam menja lankan kegiatan-kegiatan

Islam dan menggalakkan kehadiran ramai ulama-u lama dari

luar negeri. Malah terdapat ramai sultan-sultan sendiri berguru

dengan ulama-ulama itu sepert i mengikut buku Sejarah Melayu,

Sultan Mansur Syah yang berguru dengan Maulana Abu Ba kar dan

Sultan Mahmud Syah pula berguru dengan Khadhi Yusof. Dr. Syed

Muham mad Naquib AI-Attas menjelaskan

1.d..-l1a. bl1DfI:l Io~-:tuna

Pclim

1V!ru.IiS- ..;~

•BAB1

SEJARAH EMPAYAR MELAKA SEPINTAS LALU

•BAB 1

Matawang Ttmah Zaman Kesu/tanan Me/ayu Me/akaEhsan : Perbadanan Muzium Melaka

"hkatau dahulu mereka (raja-raja dan pembesar-pembesar) asyik

menggemari renungan, Ioya, dogengan khayal, kini mereka qiat

menganjurkan penul isan dan penafsiran ilmu-ilmu sejatah dan tasautsetta falsafah Islam"

Tom Pires dan de Godinho Eredia te lah mencatatkan kunjungan

ramai ulama dari Pasa i dan lain-lain tempat ke Melaka pada zaman

itu. Buku Sejarah Melayu te lah menyebut ulama-ulama yang pernah

datang ke Melaka adalah seperti Makhdum Sayyid Abdul Aziz,

Maulana Abu Bakar, Kadhi Menua, Kadhi Mu nawar Syah, Maulana

Sadar Johan dan lain-lain. Istana, rum ah-rumah pembesar, masj id

dan madrasah (surau) telah menjadi pusat pengaj ian Islam pada

masa itu.

Oi samping menjad i pusat pend idikan Islam, Istana juga menjadi

tempat menterjemah kitab-krtab mengenai Islam. Sejarah Melayu

telah menyebut beberapa buah kitab Islam yang terdapat di istana

Melaka,di antaranya ialah Hikayat Amir Hamzah,Hikayat Muhammad

Ali Hanafiah, Hikayat Iskandar Zulkarnain, Kitab Oarul Mazlum dan

lain-lain lagi.

Kerajaan Melayu Melaka pada zaman kegemilangannya telah

mengamalkan undang-undang Islam. Walaubagaimanapun dalam

sistem pemerintahan Melaka ini masih terdapat undang-un dang

tradisional dan Hindu-Buddha. Pelaksanaa n undang-undang Melaka

ini dapat dilihat di dalam Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang

Laut Melaka.

Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka ini

kemudiannya telah menjadi asas kepada undang-undang yang

digunakan di negeri -negeri di Tanah Melayu dan juga di negeri ­

negeri di Nusantara. Ini termasuklah di dalam undang-undang yang

digunakan oleh Kesultanan Brunei, Hukum Kanun Brunei, Undang­

undang 99 yang digunakan oleh Kesultanan Perak, Undang-undang

Riau yang digunakan oleh Kesultanan Riau, undang-undang yang

digunakan oleh Kesultanan Palembang dan juga Kesultanan Oemak

di Jawa serta neger i-negeri lain di Nusantara.

MELAKA SEBAGAI PUSAT PERDAGANGAN

Melaka telah menjad i pusat perdagangan yang terpent ing di

Nusantara dan dunia t imu r dan barat pada kurun ke-13 dan awal

PA L. , E P L L

ke-16 kerana kedudu kannya di antara Lautan Hindi dan China.

- Pelabuhan Melaka mencapai taraf bandar pelaburan antarabangsa

dan menjad i tumpuan pedagang-pedagang dar i Arab, Parsi, India,

China dan Pulau Ryukkyu (di Jepun) selain daripada negeri-negeri

di Nusantara. Menurut penu lis Portugis Duarto Barbosa, Melaka

digambarkan

':.....This city of Malacca is the richest seaportwith thegreatestnumber at

wholesalemerchantsand abundanceofshipping and tradethat can be

found in thewhole world...."

':.....Melaka adalah pelabuhan yang terkaya dengan jumlah peniaqa

borongyang terbesat dan jumlah perkapalan serta perdagangan yangterbanyakdi dunia...."

Seorang lagi penulis Portugis yang terkenal Tom Pires mula menu lis

"Whoever is lord ofMalacca hashand on the throat ofVenice."

"(Barang siapa menguasai Melaka, ia meletakkan tangannya di leherVenice)"

Sejarah Melayu memberi gambaran keagungan Empayar Melaka

dalam abad ke-13 awal ke-16 sebaga i ber ikut

':...makanegeriMelakapun besarlah. Makaseqala daqanq....sekaliannya

datanq ke Melaka....Maka masyurlah pada seqala negeri dari bawah

angin datang ke atas angin bahawa negeri Melaka terlalu besar....

Maka segala raja-raja sekalian pun datanglah ke Melaka menghadap

Sultan...Maka oleh baginda seqala raja-rajayang datang itu dihormati

baqitida, dan dipersalini baginda dengan pakaian yang mulia-mulia ...

sertadianugerahi intan permata, emas dan perak"

Barang- barang yang diperdagangkan di Melaka pad a zaman itu ialah

emas, perak, tembaga, besi, bijih timah, senjata, tembikar, pinggan­

mangkuk, kain (terrnasuk sutera). rernpah-ratus, kayu-kayan, barang­

barang binaan, barang-barang makanan (termasuk beras, gula dan

garam), kapur barus, kemenyan, minyak wangi, barang-barang

hiasan, batu permata, ubat-ubatan, bahan-bahan dadah dan lain­

lain.

BAB 1

s AH E PI-I M. E A I( T

LAUTCHINA

COCHIN CHINA

TEMASEK

""/

I

/

I

TELOK BENGGALA

LEMIRI

KEDUDUKAN EMPAYAR MELAKA DALAM NUSANTARA

ABAD KE 13-16Sumber Asal : Kesultanan Melayu Melaka, Muhammad Yusuff Hashim, DBP 1989

BAB 1

HALMAHERA

CERAM

LAUT BANDA

AMBOYNA

N SULU

UTJAWA

BAB 1

Keagungan Empayar Melaka bukan sahaja kerana kedudukan yang

strategiksebagai pusat perdagangan, tetapi juga kerana kewibawaan

sultan-sul tannya seperti Parameswara (Megat Iskandar Syah), Sultan

Muzaffar Syah, Sultan Mansur Syah dan Sultan Alauddin Riayat Syah.

Melaka juga mempunya i pembesar-pembesar yang bijaksana dan

taat setia seperti Bendaha Paduka Raja Tun Perak dan Laksamana

Hang Tuah.

DIASPORA MELAKA KE SEANTERO DUNIABangsa Melayu di dunia telah mempunyai tamadun manumsemenjak 5000 tahun sebelum Masihi. Wilayah dunia Melayu utama

yang dikenali Alam Melayu atau Gugusan Kepulauan Melayu atau

Nusantara meliputi negara-negara yang kini dikenali Malaysia,

Indonesia, Brunei, Singapura, Fi lipina dan selatan Thailand. Kawasan

ini telah diper luaskan hingga ke Kemboja, Farmosa, Hainan dan

Madagaskar. Kawasan keluarga Bahasa Melayu Polinesia pula

merangkumi kawasan dari Madagaskar, Nusantara dan kepulauan

Pasifik. Fakta-fakta ini menunjukkan bangsa Melayu adalah pribumi

di wilayah yang luas dan telah mempunyai tamadun sejak zama nberzaman. -

Kebangkitan Zaman Moden di Eropah telah memu lakan smpenjajahan Barat ke seluruh dunia. Sejarah penjajahan orang­

ora ng Barat di As iaTenggara telah bermula sejak abad ke-16 lagi. Oi

Semenanjung Tanah Melayu penjajahan Barattelah bermula dengan

kejatuhan Melaka ke tangan Portugis pada tahun 1511 M. Kemudian

Belanda telah mengusir Portugis di Melaka pada tahun 1641 M.

Belanda pula menyerahkan Melaka kepada Inggeris pada tahun

1824M. Oi samping itu Belanda pula telah menguasai kepulauan

yang kini di sebut Indonesia pada tahun 1641 M. Sepanyol pula telah

menguasai seluruh Filipina pada tahun 1876M.

Oiaspora atau migrasi (penghij rahan) bangsa Melayu telah berlaku

sejakzamanberzaman. Ba ngsa Melayuterkenalsebagaipengembara,

pelaut dan saudagar. Pada zaman kerajaan-kerajaan Melayu pra­

Islam semenjakabad pertama hinggalah abad ke-12terutama sekali

pada zaman kerajaan Srivijaya ramai orang Melayu dari Nusantara

telah berhijrah atau mengembara dan berdagang ke negara-negara

lain hinggalah India, Timur Tengah, Madagaska r, Afrika Selatan

dan Afrika Barat, di sebelah barat. Mereka juga mengembara dan

berdagang ke utaraseperti keMyammar,Kemboja,Vietnam,Farmosa,

China dan Jepun. Ke sebelah timu r pula orang-orang Melayu telah

mengembara dan berdagang ke kepulauan Pasifik hinggalah ke

Samoa, Tonga, Guam, Solomon, Hawaii, Tahiti dan Pulau Easter. Ke

selatan pula mereka telah mengembara atau berhijrah hingga ke

Australia dan New Zealand.

Setelah Islam masuk ke Asia Tenggara pada abad ke-I l banyak

kerajaan-kerajaan Islam telah muncul di rantau ini. Oi antaranya ialah

Empayar (Kesultanan) Melayu Melaka (1262-151 1M), Kesultanan

Johor-Riau (1511-1912M), Kesultanan Patani (Pattani) (1358-1902M),

Kerajaan-kerajaan Islam di Jawa, Filipina dan lain-lain. Oi antaranya

kerajaan-kerajaan Islam tersebut Kesultanan Melayu Melaka adalah

merupaka n kerajaan Melayu Is lam yang unggul pada abad ke­13 dan awal abad ke-16. Pada zaman keagungan Kesultanan

Melayu Melaka ini orang-orang Melayu bukan sahaja terus menjadi

pengembara dan saudagartetapi mereka juga menjadi pendakwah

Islam. Empayar Melaka yang meliputi seluruh Semenanjung Ta nah

A R ~ELAK S E T LA L U