media digital dan komunikasi · mengedit dan menyiarkan berita dalam bentuk tulisan, maren perianan...

20
TEMPLATE FOR COURSE ASSESSMENT COVER SHEET BMCO 3105 Disediakan Oleh: ELI AIMA SHAZILA BINTI AMRAN NUR HIDAYAH BINTI MD ARIFFIN NUR FAIZZATUL AIN BINTI MD FADIL NAUFAL BIN MD SAIDI No Matrik & HP/Whatssapp: 1628696 / 0192156220 1618738 / 0134117222 1618712 / 0123640484 1625931 / 0172061269 Tugasan #: LAPORAN I Tajuk Tugasan: LAPORAN PROJEK I (Video Kewartawanan di Studio) Course Coordinator/Facilitator: ASSOC. PROF. DR. ROSSENI DIN Tarikh Hantar: 16.11.2018 MARKS Marker’s Signature: Date: Student’s Signature: Date: 16.11.2018 MEDIA DIGITAL DAN KOMUNIKASI

Upload: lyxuyen

Post on 12-Apr-2019

249 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: MEDIA DIGITAL DAN KOMUNIKASI · mengedit dan menyiarkan berita dalam bentuk tulisan, Maren Perianan (2013). Ada juga ... Alasan mengapa hanya mereka yang terlatih sahaja yang diterima

TEMPLATE FOR COURSE ASSESSMENT COVER SHEET BMCO 3105

Disediakan Oleh: ELI AIMA SHAZILA BINTI AMRAN NUR HIDAYAH BINTI MD ARIFFIN

NUR FAIZZATUL AIN BINTI MD FADIL

NAUFAL BIN MD SAIDI

No Matrik & HP/Whatssapp: 1628696 / 0192156220 1618738 / 0134117222 1618712 / 0123640484 1625931 / 0172061269

Tugasan #: LAPORAN I

Tajuk Tugasan: LAPORAN PROJEK I – (Video Kewartawanan di Studio)

Course Coordinator/Facilitator: ASSOC. PROF. DR. ROSSENI DIN

Tarikh Hantar:

16.11.2018

MARKS

Marker’s Signature:

Date:

Student’s Signature:

Date: 16.11.2018

MEDIA DIGITAL DAN KOMUNIKASI

Page 2: MEDIA DIGITAL DAN KOMUNIKASI · mengedit dan menyiarkan berita dalam bentuk tulisan, Maren Perianan (2013). Ada juga ... Alasan mengapa hanya mereka yang terlatih sahaja yang diterima

2

1.0 PENGENALAN

Perkataan "warta" bermaksud "dihebahkan" dan "wan" membawa maksud "ahli".

Kerjaya sebagai seorang wartawan dalam industri media massa merangkumi surat khabar,

majalah, televisyen, radio dan internet. Seorang wartawan bertugas untuk mengumpulkan dan

menyebarkan maklumat tentang berita terkini, orang ternama, isu semasa, dan isu-isu yang

relevan. Wartawan juga termasuk pengarang, editor, pemberita, penyiar, pembaca berita dan

lain-lain. Ketika bertugas di lapangan, wartawan akan membawa telefon bimbit, kamera, buku

nota, pen, pita rakaman, perakam video dan lain-lain untuk membuat liputan dan mencari

berita. Wartawan perlu mencari berita, menulis dan melaporkan isu semasa, terkini dan masa

lalu dengan pantas kerana setiap patah perkataan orang yang ditemubual mestilah dicatat di

dalam buku nota. Buku nota tersebut yang akan menjadi saksi dan bahan bukti jika didakwa di

mahkamah. Namun kini, rakaman suara dan video juga akan menjadi bukti jika ada yang

mencuba untuk menyanggah berita tersebut. Bidang tugas seorang wartawan terbahagi kepada

dua iaitu, media cetak dan media elektronik penyiaran.

Media cetak merujuk sekumpulan bahan-bahan informasi yang dicetak di atas kertas

kerja untuk mencapai tujuan memberi motivasi sehingga tingkat perhatian dan perilaku

seseorang, menyampaikan informasi dan pengetahuan serta memberikan instruksi. Secara

umum fungsi medium cetak dapat dibagi kepada tiga klasifikasi iaitu, sebagai alat bantuan

belajar, bahan pelatihan, dan bahan informasi. Contoh media cetak ialah akhbar, majalah, buku,

dan sebagainya. Media elektronik penyiaran pula merujuk segala informasi atau data yang

dibuat, didistribusikan dan diakses menggunakan bentuk elektronik, tenaga elektromekanis

atau peralatan yang digunakan dalam komunikasi elektronik untuk tujuan penyiaran. Peralatan

umum yang digunakan adalah televisyen, radio, komputer dan sebagainya.

Anchors adalah sebahagian besar daripada video kewartawanan di studio. Di dalam

studio, anchors terbahagi kepada dua iaitu, penyampai radio dan penyampai berita. Hal ini

demikian kerana hanya penyampai berita dan penyampai radio sahaja yang bertugas di dalam

studio dan seringkali menggunakan video untuk mereka membuat liputan langsung, liputan

rasmi mahupun liputan khas. Studio adalah ruang tempat mereka bekerja yang digunakan untuk

menyiarkan acara radio atau televisyen. Pilihan studio pula merupakan medium atau tempat

yang dipilih oleh wartawan untuk menyiarkan berita dan maklumat kepada orang ramai.

Page 3: MEDIA DIGITAL DAN KOMUNIKASI · mengedit dan menyiarkan berita dalam bentuk tulisan, Maren Perianan (2013). Ada juga ... Alasan mengapa hanya mereka yang terlatih sahaja yang diterima

3

Oleh itu, pilihan studio ini terbahagi kepada dua pilihan iaitu melalui radio dan

televisyen. Hal ini kerana cara tersebut lebih berkesan untuk menyebarkan berita dengan lebih

pantas lebih-lebih lagi dengan kemajuan elektronik yang wujud pada era moden ini. Operasi di

studio akan lebih menfokuskan aktiviti atau rancangan yang dilakukan di dalam studio. Seperti

yang sedia kita maklum, aktiviti media dalam studio ini turut melibatkan proses grafik dan

kesan khas. Kewujudan wartawan memberikan masyarakat pilihan untuk membaca suatu

medium berita yang berkualiti.

2.0 PERSOALAN

i. Bagaimanakah video memainkan peranan dalam bidang kewartawanan di studio?

ii. Apakah kepentingan video kewartawanan di studio kepada masyarakat di dunia?

iii. Adakah maklumat yang disampaikan di studio dapat difahami oleh masyarakat dengan

mudah dan jelas?

3.0 OBJEKTIF

i. Mengenal pasti peranan video dalam bidang kewartawanan di studio.

ii. Menyenaraikan kepentingan video kewartawanan di studio kepada masyarakat di

dunia.

iii. Menentukan maklumat yang disampaikan di studio dapat difahami oleh masyarakat

dengan mudah dan jelas.

4.0 SOROTAN LITERATUR

Pengenalan

Wartawan warga merupakan mereka yang menjalankan tugasan kewartawanan tanpa

latihan kewartawanan yang formal. Sumber ini diperoleh daripada jurnal komunikasi Malaysia

jilid 32: 2 (2016). Namun, definisi ini tidak difahami secara mendalam oleh ramai pengkaji.

Ada yang mengkategorikan wartawan profesional sebagai wartawan warga apabila mereka

menyumbangkan berita dalam halaman blog dan media sosial.

Contohnya seperti kewartawanan masyarakat atau kewartawanan sivik yang kedua-

duanya diamalkan oleh wartawan profesional. Collaborative journalism juga merupakan satu

Page 4: MEDIA DIGITAL DAN KOMUNIKASI · mengedit dan menyiarkan berita dalam bentuk tulisan, Maren Perianan (2013). Ada juga ... Alasan mengapa hanya mereka yang terlatih sahaja yang diterima

4

konsep yang berasingan dan diamalkan oleh wartawan profesional dan bukan professional yang

bekerjasama antara satu sama lain. Begitu juga dengan kewartawanan penyertaan

(participatory journalism) yang membolehkan penyertaan pengguna berita dalam proses

membuat berita, tetapi proses ini masih dikawal oleh wartawan profesional dalam media arus

perdana, menurut Okoro et al. (2013). Kewartawanan warga juga tidak harus disamakan

dengan accidental journalist iaitu mereka yang berada di satu-satu tempat kejadian dan

merakamkan gambar dan video kejadian, dan kemudiannya rakaman dan gambar berkenaan

dimuatnaik ke halaman Facebook dan media sosial yang lain. Contoh kejadian adalah seperti

kes pembunuhan pengasas Arab- Malaysia Bank (sekarang AmBank Group), Hussain Ahmad

Najadi, 75, berhampiran kawasan parkir kereta di Lorong Ceylon, pada 29 Julai 2013. Video

rakaman selama 30 saat yang menunjukkan mayat mangsa dipangku oleh isterinya dimuatnaik

ke halaman sosial oleh seorang netizen, The Star (2013).

Netizen yang memuatnaik video berkenaan seharusnya tidak dirujuk sebagai wartawan

warga, tetapi hanyalah saksi kejadian yang kebetulan berada di tempat kejadian, membuat

rakaman atau mengambil gambar dan menerbitkan secara dalam talian menurut Ross &

Cormier (2010). Sebaliknya, wartawan warga adalah orang yang mengambil inisiatif sendiri

untuk melaporkan dan mengulas mengenai isu-isu yang mereka bimbang dan untuk itu, mereka

menggunakan alat-alat yang terdapat di Internet, menurut Ross & Cormier (2010). Individu

yang memuatnaik kes pembunuhan pengasas bank dalam talian itu seharusnya digelar sebagai

accidental journalist.

Menurut CEO halaman kewartawanan warga Malaysia (CJ.MY), Maren Perianan,

wartawan warga berfungsi dalam beberapa bentuk iaitu mendapatkan informasi, menulis,

mengedit dan menyiarkan berita dalam bentuk tulisan, Maren Perianan (2013). Ada juga

wartawan warga yang selesa untuk merakam, mengedit dan menyiarkan video sesuatu

kejadian. Kebiasaannya, video terhasil apabila berlakunya bencana alam seperti banjir, ribut,

kemalangan, ceramah, kejadian dan majlis tertentu dengan tujuan berkongsi dengan pembaca

yang lain.

Ada juga jenis wartawan warga yang merakamkan gambar dan kemudiannya

menyiarkan gambar-gambar berkenaan dengan kapsyen. Wartawan warga hanya melaporkan

apa yang berlaku dan dilarang untuk memberikan pendapat peribadi. Hasil tulisan wartawan

warga juga adalah dari sumber yang sahih dan benar. Wartawan warga juga akan mendapatkan

pandangan dari pelbagai pihak sebelum sesuatu artikel dihasilkan dan seterusnya hasil tulisan

Page 5: MEDIA DIGITAL DAN KOMUNIKASI · mengedit dan menyiarkan berita dalam bentuk tulisan, Maren Perianan (2013). Ada juga ... Alasan mengapa hanya mereka yang terlatih sahaja yang diterima

5

wartawan warga akan melalui proses suntingan sebelum disiarkan dalam halaman sesawang

CJ.MY. Proses inilah yang membezakan wartawan warga dengan penulis blog serta accidental

journalist secara nyata, menurt Maren Perianan (2013).

4.1 Definisi Wartawan dan Kewartawanan Warga

Kewartawanan warga atau citizen journalism merupakan satu gelaran baharu kepada

pengamal kewartawanan daripada masyarakat kepada masyarakat Rani Ann Balaraman &

Faridah Ibrahim (2013). Memberikan definisi yang tepat mengenai kewartawanan warga

adalah sukar kerana masing-masing organisasi media dan individu mempunyai pendapat

mereka yang tersendiri mengenai siapa itu wartawan warga dan apa itu kewartawanan warga.

Kewartawanan warga merupakan kata-kata yang mudah tetapi satu konsep yang kompleks,

(Bentley (2011). Definisi ini juga berubah mengikut peredaran masa. Kewartawanan warga

tidak mempunyai definisi yang lengkap, Lasica (2003). Mustahil untuk mengguna pakai

definisi yang agak sempit atau definisi yang lebih luas atau longgar, Goode (2009) kerana

kewartawanan warga mempunyai ruang yang luas bergantung kepada tujuan penggunaannya

dan ia adalah sukar untuk didefinisikan, Lewis et al. (2010). Sempadan untuk kewartawanan

warga belum jelas tetapi istilah ini sering digunakan untuk mewakili mereka yang bukan

profesional dan bukan amatur dalam penerbitan bahan berita, Odinga (2013).

Wartawan warga kini mengumpul, memproses, menyelidik, melapor, menganalisis dan

menyiarkan berita dan maklumat dengan menggunakan pelbagai peralatan IT melalui

kemudahan Internet. Ia umumnya bermula dengan pendekatan berasaskan halaman sesawang,

Bentley et al. (2006). Kewartawanan warga boleh dirujuk sebagai menggunakan alatan dengan

tujuan membuat laporan mengenai sesuatu peristiwa.

Kemudian, teks dan video dimuat naik terus ke World Wide Web, Badreya Al-Jenaibi

(2002). Konsep kewartawanan warga pada dasarnya dibahagikan kepada tanggungjawab untuk

nilai, etika, pendapat dan pilihan moral. Pembahagian tanggungjawab ini diagihkan sama rata

dalam kalangan pengguna dan wartawan, dan mereka adalah pelengkap antara satu sama lain.

Pengeluaran berita adalah proses interaktif yang melibatkan nilai-nilai, etika, pendapat dan

pilihan moral dalam kalangan wartawan sebagai panduan dengan pengguna sebagai wartawan

atau penyaring. Ia juga bermakna bahawa tafsiran realiti berlaku pada tahap pengguna dan tidak

lagi di peringkat pengeluar sebagaimana yang telah dilakukan oleh media massa pada hari ini,

Mahfud Anshori (2010).

Page 6: MEDIA DIGITAL DAN KOMUNIKASI · mengedit dan menyiarkan berita dalam bentuk tulisan, Maren Perianan (2013). Ada juga ... Alasan mengapa hanya mereka yang terlatih sahaja yang diterima

6

Presiden National Union of Journalists Malaysia (NUJ), Chew Cheng Sung

memberikan definisi kewartawanan warga sebagai seseorang yang menjalankan tugasan

kewartawanan dalam melaporkan sesuatu berita atau peristiwa tetapi individu berkenaan bukan

seorang wartawan sepenuh masa atau professional, Chew Cheng Sung (2012). Mereka ini

hanya berada di tempat kejadian atau tempat berlakunya berita ketika wartawan surat khabar

yang lain tiada di kawasan kejadian. Ia juga merujuk kepada seseorang yang mengutip

maklumat terhadap sesuatu kejadian dan membekalkan berita tersebut kepada media dalam

talian atau surat khabar, akan tetapi mereka tidak mempunyai gaji yang tetap. Ganjaran yang

mereka terima hanyalah berdasarkan berita yang mereka tulis dan berapa banyak berita yang

mereka tulis, Chew Cheng Sung (2012).

4.2 Sejarah Kewartawanan Warga di Malaysia

Malaysia mempunyai acuan kewartawanan warga yang tersendiri jika dibandingkan

dengan negara barat ataupun negara-negara Asia yang lain. Halaman portal berita

kewartawanan warga Malaysia atau CJ.MY merupakan halaman berita kewartawanan warga

pertama yang wujud di Malaysia secara rasmi untuk membolehkan rakyat di negara ini

berkongsi dan menyumbangkan informasi. CJ.MY wujud dari hasil usaha halaman portal

Malaysiakini yang menyedari bahawa ada berita yang berpotensi di luar sana tidak disiarkan

oleh media arus perdana.

Untuk membolehkan suara rakyat didengar oleh rakyat yang lain, Malaysiakini

mengorak langkah untuk melahirkan wartawan warga yang dapat memberikan maklumat yang

mereka gemari kepada masyarakat pembaca dengan mengadakan kursus kewartawanan warga,

Sharyn Lisa Shufiyan (2013).

Menurut Faridah Ibrahim (2016), idea di sebalik kursus ini adalah untuk melengkapkan

peserta, tanpa mengira latar belakang, dengan kemahiran kewartawanan dan membaiki

penulisan mereka serta mengasah kemahiran baharu seperti penggunaan video untuk bercerita,

dan mengendalikan kamera untuk merakamkan gambar. Objektif asas adalah untuk

mewujudkan wartawan warga yang baik, bertanggungjawab, beretika dan tidak berat sebelah.

Mereka juga diperkenalkan kepada dunia kewartawanan, etika yang akan membimbing mereka

dan ciri yang akan membezakan mereka daripada wartawan media tradisional. Wartawan

warga di Malaysia diberikan kemahiran asas kewartawanan dan diberikan kebebasan untuk

menghantar berita mereka ke halaman CJ.MY yang seratus peratus dikhaskan untuk

Page 7: MEDIA DIGITAL DAN KOMUNIKASI · mengedit dan menyiarkan berita dalam bentuk tulisan, Maren Perianan (2013). Ada juga ... Alasan mengapa hanya mereka yang terlatih sahaja yang diterima

7

memuatkan karya-karya wartawan warga sahaja. Halaman CJ.MY tidak menerima berita-

berita dari mereka yang tidak menghadiri bengkel yang dianjurkan. Situasi ini adalah berbeza

dengan negara lain seperti Korea Selatan yang terkenal dengan halaman sesawang Oh my News

yang menerima sumbangan dari pembacanya dari seluruh negara dan berita berkenaan

disiarkan tanpa melalui proses penyuntingan.

Alasan mengapa hanya mereka yang terlatih sahaja yang diterima hasil penulisan

mereka untuk disiarkan dalam CJ.MY adalah untuk mengelakkan pembaca di Malaysia

menerima fakta-fakta yang tidak benar yang seterusnya boleh menjadi penyumbang kepada

ancaman ketenteraman negara. Penerbitan berita yang berat sebelah dan tidak mencerminkan

prinsip kewartawanan juga cuba dielakkan oleh CJ.MY. Semua berita yang mempunyai sumber

yang sahih dan boleh dipercayai dan selagi berita berkenaan tidak menyentuh isu-isu sensitif

yang boleh membawa kepada tergugatnya keamanan negara, maka berita berkenaan akan

disiarkan, Maren Perianan (2013). Bengkel yang dianjurkan ini adalah latihan teori dan

praktikal yang direka untuk menukar orang biasa seperti guru, peguam, pelajar dan pesara

untuk bersikap adil, beretika dan berani melaporkan isu-isu yang membimbangkan mereka dan

masyarakat di sekeliling mereka. Lebih 80 bengkel latihan telah dijalankan di seluruh Malaysia

termasuk di Kelantan, Pulau Pinang, Perak, Kuala Lumpur, Johor, Sabah dan Sarawak.

Sejak pengenalan program ini, sebanyak 400 wartawan warga berjaya dilatih, 150

adalah pemberita aktif sehingga kini. CJ.MY yang pada asalnya dikenali sebagai komuniti kini

diberikan nama baru dan dikenali sebagai Citizen Journalism Malaysia atau CJ.MY dan

wartawan warga juga mempunyai tema mereka yang tersendiri iaitu "Wartawan Warga

Memperkasa Komuniti". Pada Jun 2012 pula, menyaksikan CJ.MY berdiri sendiri tanpa

naungan dari Malaysiakini. Malaysiakini dan CJ.MY telah menandatangani Memorandum

Persefahaman (MOU) yang menggariskan dengan teliti hubungan berterusan di antara

Malaysia.kini dan CJ.MY. MOU ini secara terang menyatakan CJ.MY kini merupakan entiti

bebas dan keputusan ini dibuat bagi membolehkan CJ.MY menjadi sebuah syarikat Sendirian

Berhad Maren Perianan (2013).

Sebagai sebuah organisasi yang berdiri sendiri, CJ.MY kini diterajui oleh Leow Beng

Hock dan pengarah operasinya ialah Maren Perianen dan disokong oleh 380 wartawan warga

yang terlatih dari seluruh Malaysia. Wartawan warga ini terdiri daripada pelbagai lapisan

masyarakat, iaitu dari kalangan pelajar semuda 19 tahun sehinggalah pesara yang telah berusia

70 tahun dan mempunyai minat untuk menulis dan mahukan pembaharuan dalam penulisan

Page 8: MEDIA DIGITAL DAN KOMUNIKASI · mengedit dan menyiarkan berita dalam bentuk tulisan, Maren Perianan (2013). Ada juga ... Alasan mengapa hanya mereka yang terlatih sahaja yang diterima

8

berunsur politik di negara ini, Maren Perianan (2013). Dari segi kajian ilmiah, kewartawanan

warga diberikan definisi dan gelaran mereka yang tersendiri. Bagaimanapun dari segi sudut

pandangan wartawan warga di Malaysia, apakah definisi yang diberikan oleh wartawan warga

kepada diri mereka? Mengapa mereka yang tidak mempunyai latar belakang kewartawanan

ingin memikul tanggungjawab ini dan apakah perjuangan mereka di Malaysia yang medianya

masih dikawal oleh pihak kerajaan?

4.3 Perbincangan dan Rumusan

Temu bual mendalam telah dilakukan oleh pengkaji kepada tiga orang wartawan warga

iaitu, Samantha Chow, Clarissa Say, dan Maryam Zainol yang aktif menyumbangkan berita

dalam halaman CJ.MY. Hasil temu bual dengan wartawan warga telah memberikan definisi

wartawan warga sebagai “sesiapa sahaja iaitu orang biasa yang cuba memberi berita yang tidak

diberikan perhatian oleh media tradisional dan berminat untuk menulis mengenai isu-isu

komuniti”. Wartawan warga juga menggelarkan diri mereka sebagai sukarelawan dan

berpendapat sesiapa sahaja yang berminat untuk membawa perubahan dalam komuniti boleh

menjadi wartawan warga. Wartawan warga juga berpendapat mereka mempunyai peranan

dalam menyampaikan informasi terutamanya mengenai isu-isu setempat kepada masyarakat,

menurut Sharyn Lisa Shufiyan (2013).

Golongan ini yang begitu bermotivasi dalam memberikan maklumat daripada pihak

akar umbi, bekerja tanpa sebarang bayaran dan melakukan tugasan kewartawanan dengan

motivasi sendiri. Wartawan warga juga berharap dengan sumbangan mereka ini satu hari nanti

mereka dapat membawa kepada kebebasan media di negara ini terutamanya dalam bidang

keagamaan dan sosial. Kewujudan wartawan warga ini turut memberikan masyarakat pilihan

untuk membaca satu lagi medium berita yang berkualiti. Akses kepada maklumat yang

berkualiti dan sahih daripada pelbagai media bagi setiap warganegara adalah penting,

Samsudin A. Rahim (2010). Kepelbagaian berita ini seterusnya boleh membawa perubahan

dalam minda dan tingkah laku yang positif dalam kalangan rakyat Malaysia terutamanya

netizen di negara ini.

Bagaimanapun, masa hadapan wartawan warga di negara ini sebenarnya banyak

bergantung kepada kemajuan teknologi dan internet di Malaysia. Wartawan warga dalam talian

di Malaysia boleh berkembang dengan selesa selagi kerajaan Malaysia masih mengamalkan

demokrasi di alam maya. Walaupun demokrasi di alam maya ini dipraktikkan kerana

Page 9: MEDIA DIGITAL DAN KOMUNIKASI · mengedit dan menyiarkan berita dalam bentuk tulisan, Maren Perianan (2013). Ada juga ... Alasan mengapa hanya mereka yang terlatih sahaja yang diterima

9

kepentingan ekonomi, Nor Azlin Bidin & Normah Mustaffa (2012), tetapi ia turut memberikan

peluang untuk kewartawanan warga berkembang di negara ini.

5.0 METODOLOGI

Terdapat beberapa kaedah pengajaran yang dilakukan dalam melaksanakan tugasan ini.

Kaedah yang digunakan adalah kaedah kepustakaan dan kaedah rujukan melalui laman

sesawang. Bagi kaedah kepustakaan, pengkaji menggunakan sumber sekunder yang

melibatkan buku-buku ilmiah, jurnal, makalah, akhbar dan bahan-bahan lain yang berkaitan

dengan tajuk kajian iaitu video kewartawanan di studio. Kaedah kepustakaan melibatkan

proses membaca teks yang diperoleh daripada Perpusatakaan Awam di Edu Hab Pagoh.

Kaedah kedua merupakan kaedah rujukan melalui laman sesawang. Kebanyakan

informasi dan maklumat dapat diperoleh dengan cepat melalui rujukan di laman sesawang bagi

menjalankan kajian. Tinjauan terhadap laman sesawang juga dapat membantu pengkaji

memuatnaik bahan rujukan dan memberi kemudahan untuk melayari laman web berkenaan

pada masa akan datang.

6.0 DAPATAN KAJIAN

Bahagian ini akan membincangkan mengenai video kewartawanan yang memberi

fokus kepada aspek studio. Dalam aspek studio, perkara-perkara yang akan dibincangkan

adalah berkaitan dengan anchors, pilihan studio, operasi studio serta grafik dan kesan khas.

6.1 ANCHORS

Anchors adalah sebahagian besar daripada dunia kewartawanan begitu juga bagi video

kewartawanan – studio. Di dalam studio, anchors terbahagi kepada dua iaitu penyampai radio

dan penyampai berita. Hal ini demikian kerana hanya penyampai berita dan penyampai radio

sahaja yang bertugas di dalam studio dan seringkali menggunakan video untuk mereka

membuat liputan langsung sama ada liputan rasmi mahupun liputan khas.

Penyampai radio atau dikenali juga dengan juruhebah radio adalah merupakan petugas

penyiaran radio yang disiarkan suaranya sahaja. Terdapat banyak tugas seorang penyampai

Page 10: MEDIA DIGITAL DAN KOMUNIKASI · mengedit dan menyiarkan berita dalam bentuk tulisan, Maren Perianan (2013). Ada juga ... Alasan mengapa hanya mereka yang terlatih sahaja yang diterima

10

radio. Contohnya adalah untuk memperkenalkan dan membincangkan pelbagai jenis genre

muzik, mengacarakan wawancara dengan menyambut panggilan pendengar, menyampaikan

berita, menyampaikan keadaan ramalan cuaca, pekembangan sukan atau lalu lintas dan

sebagainya.

Seterusnya, bagi penyampai berita pula, mereka adalah pengacu kepada segala berita

untuk disampaikan tidak kira sama ada dalam negara mahupun luar negara. Oleh itu, tugasnya

bukanlah sekadar sebagai penghibur seperti penyampai radio. Selain dari itu, pembaca berita

akan disiarkan suara dan gambarnya bagi tatapan para penonton yang bertujuan untuk

memperlihatkan lokasi, masa dan keadaan sesuatu kejadian itu berlaku. Bukan itu sahaja,

malah penyampai berita, gayanya lebih formal berbanding penyampai radio kerana mereka

perlu berhadapan dengan kamera yang penontonnya mencecah ke angka jutaan penonton pada

setiap hari. Namun begitu, kedua-duanya bertugas di dalam studio dan bertujuan untuk

menyampaikan informasi kepada pendengar mahupun penonton.

Page 11: MEDIA DIGITAL DAN KOMUNIKASI · mengedit dan menyiarkan berita dalam bentuk tulisan, Maren Perianan (2013). Ada juga ... Alasan mengapa hanya mereka yang terlatih sahaja yang diterima

11

6.2 PILIHAN STUDIO

Studio adalah ruang tempat bekerja yang digunakan untuk menyiarkan acara radio

atau televisyen. Pilihan studio pula merupakan medium atau tempat yang dipilih oleh seseorang

pemberita atau wartawan untuk menyiarkan berita dan maklumat kepada orang ramai. Oleh

itu, pilihan studio terbahagi kepada dua pilihan iaitu melalui radio dan televisyen. Hal ini

kerana cara ini lebih berkesan untuk menyebarkan berita dengan lebih pantas dan berkualiti

lebih-lebih lagi dengan kemajuan elektronik yang wujud pada era moden ini.

6.2.1 Radio

Radio merupakan sejenis komunikasi yang menggunakan gelombang elektromagnet

atau isyarat-isyarat radio untuk menghantar maklumat elektronik dari satu tempat ke satu

tempat yang lain tanpa menggunakan wayar. Radio juga merupakan medium yang tidak

kelihatan tetapi boleh didengari untuk memahami setiap mesej dan maklumat yang

disampaikan oleh wartawan.

Radio juga boleh dikenali sebagai medium peribadi dan mempunyai ciri-ciri tersendiri

kerana melibatkan imaginasi yang berbeza dengan televisyen serta memiliki gambarannya

tersendiri. Radio dapat menceritakan tentang keadaan yang berlaku tanpa melihatnya dan orang

ramai boleh mengetahui berita-berita kecemasan selain menonton televisyen. Di samping itu,

radio juga merupakan medium yang menggunakan kata-kata atau bunyi namun masih boleh

difahami oleh pendengar. Oleh itu, bahasa radio kelihatan hampir sama dengan ucapan

berbanding tulisan. Malaysia mempunyai lebih daripada 50 stesen radio tidak kira ia dimiliki

oleh kerajaan ataupun swasta.

Untuk stesen radio kerajaan, ia berada di bawah Radio Televisyen Malaysia. Frekuensi

berbeza mengikut kawasan dan ada juga stesen radio swasta yang tidak bersiaran ke seluruh

negara. Contohnya, 988 dan RED fm tidak bersiaran di Sabah dan Sarawak manakala di Johor

pendengar boleh mendengar siaran radio dari Singapura dan Indonesia. Radio Televisyen

Page 12: MEDIA DIGITAL DAN KOMUNIKASI · mengedit dan menyiarkan berita dalam bentuk tulisan, Maren Perianan (2013). Ada juga ... Alasan mengapa hanya mereka yang terlatih sahaja yang diterima

12

Malaysia (RTM) ialah stesen penyiaran awam milik kerajaan Malaysia yang memiliki dan

mengendalikan beberapa saluran radio dan saluran televisyen. RTM ini ditubuhkan pada 1

April 1946 ketika siaran radio diperkenalkan. Pada masa kini, RTM mengendalikan 8 saluran

radio nasional, 24 saluran radio negeri dan saluran radio daerah serta tiga saluran televisyen.

a) Radio Malaysia

Malaysia mempunyai lebih daripada 50 stesen radio, tidak kira ia dimiliki oleh kerajaan

atau swasta. Untuk stesen radio kerajaan, ia berada di bawah Radio Televisyen Malaysia.

Frekuensi adalah berbeza mengikut kawasan dan ada juga stesen radio swasta yang tidak

bersiaran ke seluruh negara. Dibawah ini, terdapat beberapa stesen radio kerajaan dan swasta.

Kerajaan

Stesen radio di bawah kerajaan terbahagi kepada nasional, negeri dan daerah. Contoh stesen

di bawah nasional ialah Radio Klasik, Nasional FM, KL FM, Traxx FM, Minnal FM. Stesen

di bawah negeri pula ialah Perlis FM, Kedah FM, Mutiara FM, Perak FM, Selangor FM

dan sebagainya. Sandakan FM, Tawau FM, Sibu FM dan Langkawi FM pula mewakili

stesen di bawah daerah.

Swasta

Stesen radio dibawah pengurusan swasta adalah seperti Hot FM, Era FM, Sinar, Suria FM,

MY, Hitz, Raaga, Radio Kenyalang, Radio Bay.

b. Radio Antarabangsa

Radio Antarabangsa China

Yahoo! Music Radio

Deezer

Groofveshark bersiaran di Amerika

Last.FM

Raute Musik. FM

Page 13: MEDIA DIGITAL DAN KOMUNIKASI · mengedit dan menyiarkan berita dalam bentuk tulisan, Maren Perianan (2013). Ada juga ... Alasan mengapa hanya mereka yang terlatih sahaja yang diterima

13

6.2.2 Televisyen

Televisyen (TV) ialah sejenis media telekomunikasi terkenal yang digunakan untuk

memancarkan dan menerima gambar bergerak, sama ada monokrom (hitam,putih) mahupun

berwarna dan lazimnya televisyen ini diiringi dengan bunyi. Selain itu, televisyen juga boleh

dimaksudkan sebagai peti televisyen, rancangan televisyen atau pancaran televisyen. Perkataan

televisyen pula terbentuk daripada gabungan perkataan “tele” dari bahasa Greek dan “visio”

dari bahasa Latin. Kemunculan televisyen ini sejak akhir 1930 –an khususnya sebagai sumber

hiburan dan berita. Pada tahun 1970-an pula munculnya pita video, cakera laser, DVD dan kini

Blu-ray yang menjadikan peti televisyen sebagai alat untuk menayangkan bahan rakaman.

Seterusnya, penyiaran TV ini biasanya disiarkan melalui pancaran radio dalam saluran-

saluran yang ditetapkan dalam jalur frekuensi 54-890 megahertz dan isyarat TV ini juga kini

dipancarkan dalam bentuk isyarat analog, tetapi kebelakangan ini penyiar awam mahupun

swasta kian beralih ke teknologi televisyen digital.

Sebuah peti televisyen biasanya terdiri daripada pelbagai litar elektronik di dalamnya,

termasuk litar penerima dan penyahkod isyarat penyiaran. Tambahan pula, sistem televisyen

juga digunakan untuk pantauan keselamatan, kawalan proses industri dan panduan senjata di

tempat-tempat yang sukar atau terlalu bahaya untuk diperhati dengan dekat yang dikenali

sebagai (CCTV). Kemudian, sesetengah peti televisyen yang mewah dan canggih dilengkapi

dengan port ethernet untuk menerima maklumat daripada internet.

Page 14: MEDIA DIGITAL DAN KOMUNIKASI · mengedit dan menyiarkan berita dalam bentuk tulisan, Maren Perianan (2013). Ada juga ... Alasan mengapa hanya mereka yang terlatih sahaja yang diterima

14

b) Televisyen Malaysia

i. Radio Television Malaysia (RTM)

Saluran televisyen yang terlibat di bawah Radio Televisyen Malaysia (RTM) ialah TV1, TV2

dan TVi.

ii. Media Prima

Saluran televisyen yang terlibat di bawah Media Prima ialah TV3, ntv7, 8TV dan TV9.

iii. Al-Hijrah Media Corporation

Saluran di bawah Al-Hijrah Media Corporation ini sudah semestinya TV Al-Hijrah.

iv. Astro

Saluran di bawah Astro pula ialah Astro Ria, Prima, Oasis, Citra, Warna, Awani, Bernama TV,

Astro Ceria dan Arena.

Page 15: MEDIA DIGITAL DAN KOMUNIKASI · mengedit dan menyiarkan berita dalam bentuk tulisan, Maren Perianan (2013). Ada juga ... Alasan mengapa hanya mereka yang terlatih sahaja yang diterima

15

b) Televisyen Antarabangsa

Rangkaian televisyen ini disiarkan ke seluruh dunia. Setiap negara dapat melihat saluran

mengikut bahasa yang telah diubah mengikut negara. Contohnya, ABS, CBN dan TFC

merupakan saluran televisyen yang digunakan di Filipina, manakala Abu Dhabi TV pula

digunakan untuk saluran Bahasa Arab.

Selain itu, Al Jazeera yang berpusat di Qatar juga merupakan saluran dalam Bahasa Arab

dan Arirang pula merupakan saluran Bahasa Inggeris yang berpusat di Korea Selatan.

Seterusnya, BBC (British Broadcasting Corporation) ialah saluran televisyen tertua di

dunia yang berpusat di United Kingdom. BBC World News memberikan berita dan info terkini

manakala BBC Entertaiment dan BBC Lifestyle menyiarkan hiburan umum in Eropah, Timur

Tengah dan Afrika. Siaran BBC didapati di Amerika Utara melalui rangkaian televisyen

tempatan iaitu BBC America, BBC Canada dan BBC Kids.

BFBS (British Forces Broadcasting Service) pula telah disiarkan kepada pusat British

Armed Forces di seluruh dunia melalui satelit. Selain itu, Cartoon Network ialah saluran kartun

yang direka khas untuk kanak-kanak dan saluran ini berpusat di USA.

Contoh seterusnya ialah Fox News. Fox News ini ialah saluran berita yang bersiaran

selama 24 jam. Di dalamnya tersedia berita yang memuatnaik kejadian yang sedang berlaku

dari semasa ke semasa. France 24 pula saluran Berita Inggeris dan Perancis yang berpusat di

Perancis manakala, saluran yang berpusat di Brazil ialah TV Globo International.

NHK World ialah saluran tempatan Jepun NHK versi antrabangsa yang disiarkan dalam

Bahasa Inggeris dan hanya berfokus pada berita. NHK World Premium pula merupakan saluran

berita, sukan, dan hiburan tempatan dalam bahasa Jepun. Zee TV ialah saluran hiburan

tempatan India, dan saluran ini digemari oleh peminat-peminat filem Hindustan. Saluran ini

disiarkan dalam bahasa Hindi.

6.3 OPERASI STUDIO

Operasi studio ini lebih menfokuskan kepada aktiviti atau rancangan yang dilakukan di

dalam studio. Menurut kamus pelajar edisi kedua, penyiaran bermaksud perbuatan atau hal

yang menyiarkan sesuatu. Proses penyampaian siaran dimulai dari penyampaian materi

Page 16: MEDIA DIGITAL DAN KOMUNIKASI · mengedit dan menyiarkan berita dalam bentuk tulisan, Maren Perianan (2013). Ada juga ... Alasan mengapa hanya mereka yang terlatih sahaja yang diterima

16

produksi, proses produksi, persiapan bahan siaran kemudian pemancaran sampai dengan

penerimaan siaran tersebut oleh pendengar di suatu tempat. (JB Wahyudi, 1994: 6)

Secara umumnya, wartawan penyiaran diperlukan di semua rangkaian televisyen besar

di seluruh dunia. Operasi studio ini melibatkan rangkaian televisyen dan radio yang dinilai di

Malaysia dan peringkat antarabangsa.

Sejarah penyiaran radio di Malaysia bermula pada tahun 1921, apabila seorang jurutera

elektrik kerajaan Johor, AL.Birch membawa masuk set radio yang pertama ke negara ini.

Beliau kemudiannya menubuhkan Persatuan Wireless Johor dan memulakan penyiaran

melalui gelombang 300 meter. Ini diikuti dengan penubuhan persatuan yang sama di Pulau

Pinang dan Persatuan Wayarles Tanah Melayu di Kuala Lumpur. Seperti yang dapat kita lihat

di negara ini, terdapat banyak siaran radio yang telah diwujudkan seperti siaran Gegar atau

siaran Era.fm. Setiap hari, siaran radio tersebut akan menyiarkan segmen tertentu yang

disampaikan oleh penyampai radio dari semasa ke semasa mengikut waktu yang telah

dijadualkan terlebih dahulu.

Contohnya, untuk stesen radio Gegar, mereka akan mengadakan segmen baharu setiap

minggu seperti memberitahu para pendengar tempat-tempat yang menarik sekitar Pantai Timur

& aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan sepanjang minggu serta memperdengarkan lagu-lagu

dialek Pantai Timur yang menjadi pilihan di negeri Kelantan, Terengganu mahupun Pahang.

Gegar (dahulu dikenali sebagai THR Gegar) ialah nama sebuah stesen radio komersial swasta

Malaysia yang pertama, terletak di Kuala Lumpur, Malaysia. THR Gegar juga menjadi satu-

satunya stesen radio yang memainkan sebahagian lagu daripada pelbagai bahasa seperti bahasa

Inggeris, Hindi dan dialek Pantai Timur. Bukan itu sahaja, THR Gegar juga menyajikan lagu-

lagu malar segar yang popular dari tahun 70-an, 80-an, 90-an hinggalah lagu-lagu terkini.

Dibarisi oleh penyampai baru dan lama, kombinasi personaliti penyampai-penyampai ini

memenuhi cita rasa semua pendengar dan nyatalah THR Gegar menjadi pilihan ramai kekal

sebagai Stesen Radio Melayu Pantai Timur No.1 bagi (THR Gegar) di Malaysia.

Tambahan pula, bidang penyiaran kemudiannya mengorak setapak lagi apabila

perkhidmatan televisyen diperkenalkan pada 31 Disember 1963 dari studio di Dewan Tunku

Abdul Rahman, Jalan Ampang. Operasi siaran kemudiannya berpindah ke Kompleks

Angkasapuri dan memulakan siaran pada 6 Oktober 1969. Enam hari selepas itu, iaitu pada 11

Oktober 1969, radio dan televisyen bergabung dan diletakkan di bawah Jabatan Penyiaran

Malaysia. Perkhidmatan Televisyen mengorak selangkah lagi apabila rangkaian kedua

Page 17: MEDIA DIGITAL DAN KOMUNIKASI · mengedit dan menyiarkan berita dalam bentuk tulisan, Maren Perianan (2013). Ada juga ... Alasan mengapa hanya mereka yang terlatih sahaja yang diterima

17

dilancarkan pada 17 November 1969. Saluran televisyen di Malaysia boleh didapati dalam

definisi tinggi piawai atau HD melalui pembekal perkhidmatan TV berbayar.

Stesen TV tempatan dapat menyediakan suapan piawai HD sebaik sahaja digitalisasi

sistem penyiaran televisyen dilakukan. Sesetengah saluran TV tempatan sudah menunjukkan

siaran di HD untuk majlis-majlis khas sejak 2008. Siaran percubaan pertama TV digital

bermula pada tahun 2006 oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM). Radio Televisyen Malaysia

1 atau RTM TV 1 atau RTM 1 pada 3 April 2006 merupakan stesen televisyen pemerintahan

terestrial nasional di Malaysia yang dimiliki oleh kerajaan Malaysia di bawah Kementerian

Komunikasi dan Multimedia Malaysia, dan dioperasikan oleh RTM. TV 1 dilancarkan pada 28

Disember 1963.

TV 1 menawarkan program pendidikan, informasi tempatan, buletin berita, dan

rancangan hiburan sama ada dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris. Ia merupakan saluran

televisyen yang pertama dan tertua di Malaysia TV 1 sebuah stesen televisyen popular RTM

telah menjenamakan saluran itu dengan imej dan nama baru kepada ‘Tetap Unggul’ mengganti

moto ‘Mewarnaimu (dahulu Saluran Perdana)’ oleh Menteri Penerangan Malaysia, Datuk

Paduka Abdul Kadir Sheikh Fadzir pada 1 April 2006 yang bertindak sebagai medium kepada

kerajaan dalam saluran yang berinformasi itu bagi menyampaikan isu semasa dan juga hiburan

seperti drama, rancangan muzik, dan sebagainya kepada rakyat Malaysia.

6.4 GRAFIK DAN KESAN KHAS

Seperti yang kita sedia maklum, aktiviti media dalam studio ini turut melibatkan proses

grafik dan kesan khas.

6.4.1 GRAFIK

Perkataan grafik ini sebenarnya berasal daripada perkataan Greek “graphikos” yang bermaksud

lukisan. Secara umumnya, grafik merupakan suatu bentuk komunikasi visual yang

menggunakan teks atau gambar dalam menyampaikan informasi atau mesej.

Secara teorinya, grafik ialah kombinasi gambar-gambar, lambang-lambang, simbol-

simbol, huruf-huruf, angka, perkataan, lukisan, lakaran yang dijadikan satu media untuk

Page 18: MEDIA DIGITAL DAN KOMUNIKASI · mengedit dan menyiarkan berita dalam bentuk tulisan, Maren Perianan (2013). Ada juga ... Alasan mengapa hanya mereka yang terlatih sahaja yang diterima

18

memberi konsep dan idea dari pengirim kepada sasarannya dalam proses menyampaikan

maklumat

Selain itu, penggunaan grafik pada masa ini diterapkan dalam media elektronik yang

disebut sebagai ‘grafik interaktif’ atau ‘grafik multimedia’.

Contoh penggunaan grafik ini boleh dilihat dalam penyampaian berita pada bahagian

kaji cuaca. Mereka menggunakan kombinasi gambar atau lambang bagi menjadikan

penyampaian tersebut lebih menarik.

6.4.2 KESAN KHAS

Kesan khas merupakan ilusi atau helah visual yang digunakan dalam industri filem,

televisyen, teater, permainan video dan simulator untuk mensimulasikan peristiwa yang

dibayangkan dalam sebuah cerita atau dunia maya. Umumnya, kesan khas ini terbahagi kepada

dua kategori iaitu kesan optik dan kesan mekanikal. Kesan optik (dikenali sebagai kesan

fotografi) adalah teknik di mana gambar atau bingkai filem dicipta secara fotografi, sama ada

"dalam kamera" menggunakan berbilang pendedahan, matte atau proses Schüfftan atau dalam

pasca pengeluaran menggunakan pencetak optik. Kesan mekanikal pula sering dimasukkan ke

dalam reka bentuk dan solek yang ditetapkan. Namun begitu, teknik kesan optik dan mekanikal

ini telah digantikan oleh teknik CGI.

Page 19: MEDIA DIGITAL DAN KOMUNIKASI · mengedit dan menyiarkan berita dalam bentuk tulisan, Maren Perianan (2013). Ada juga ... Alasan mengapa hanya mereka yang terlatih sahaja yang diterima

19

7.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, topik yang diberikan iaitu video kewartawan studio ini lebih

berfokuskan aktiviti yang dilakukan dalam studio. Terdapat empat perkara yang perlu diteliti

apabila membincangkan mengenai topik ini iaitu aspek anchors, pilihan studio, operasi studio

serta grafik dan kesan khas. Dalam hal ini, tugasan seperti ini sedikit sebanyak menambahkan

ilmu pengetahuan dan menarik minat untuk meneliti segenap ruang bagi topik ini.

Page 20: MEDIA DIGITAL DAN KOMUNIKASI · mengedit dan menyiarkan berita dalam bentuk tulisan, Maren Perianan (2013). Ada juga ... Alasan mengapa hanya mereka yang terlatih sahaja yang diterima

20

RUJUKAN

Rani Ann Balaraman & Faridah Ibrahim (2013). Kewartawanan dari warga kepada warga:

Punca kewujudan dan perkembangannya di Malaysia. Jurnal Komunikasi, 29(2), 175- 188

diambil dari http://journalarticle.ukm.my/10506/1/16481-46303-1-SM.pdf. Dimuat turun pada

9 November 2018

Goode, L. (2009). Social news, citizen journalism and democracy, New Media & Society 11(8):

1287-1305

Muhamad Farhan B Jamaludin, M. D. (2012). Esei Kewartawanan. Media & Hak Asasi diambil

dari https://ekspresiduabelas.wordpress.com/category/esei-kewartawanan/. Dimuat turun pada

11 November 2018

McQuail, D. 2010. Mass Communication Theory: An Introduction (6th Ed.). Thousand Oaks,

CA, US: Sage Publications

Ross, R. & Cormier, S.C. (2010). Handbook for citizen journalists. Denver, Colorado:

National Association of Citizen