maulidur rasul

2
Maulidur Rasul: Cintailah Rasulullah Dengan Sebenar-benar Cinta By media on February 1, 2012 0 Sayidina Hasan Al-Basri berkata: “Wahai sekalian kaum muslimin! Kalau kayu boleh rindu untuk berjumpa dengan Rasulullah SAW, maka kamu sekalian lebih patut untuk merindui Baginda.” Kata-kata ini berdasarkan hadis riwayat Imam Bukhari dari Jabir bin Abdullah bercerita; “Dahulu Nabi SAW ketika berkhutbah pada hari Jumaat, akan bersandar pada sebuah pokok kurma, lalu seorang wanita atau seorang lelaki Ansar berkata: “Ya Rasulullah! Sudikah tuan kami buatkan untukmu sebuah mimbar? Baginda menjawab: Ya, jika kamu mahu.” Maka, mereka membuatkan untuknya sebuah mimbar. Seketika itu, terdengar tangisan yang muncul dari pokok kurma tadi, umpama tangisan seorang bayi. Baginda turun dari mimbar dan memeluknya sehingga tangisan itu reda umpama redanya tangisan seorang bayi (yakni ketika ditimang oleh ibunya). Nabi SAW bersabda; “Pokok itu menangis kerana ia terbiasa mendengar zikir di sana. (Fathul Bari Syrah Sahih al-Bukhari) Betapa sedihnya pokok kurma itu kerana berpisah dengan sentuhan jasad Nabi SAW . Perasaan rindunya diungkapkan dengan tangisan yang kedengaran di sebalik pokok yang kaku itu. Jika kita melihat akan diri kita sebagai seorang manusia yang punya akal dan hati, sudah semestinya kita menzahirkan rasa kerinduan yang lebih mendalam terhadap Baginda yang menyinari hidup kita dengan sinaran iman dan Islam. Sejauh mana kita telah menghidupkan sunnah Baginda dalam kehidupan kita? Sejauh mana kita telah menyempurnakan akhlak kita sebagai seorang muslim sejajar dengan akhlak yang ditunjukkan oleh Baginda? Dan sejauh

Upload: hilmi68

Post on 15-Dec-2015

214 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

maulidurrasul

TRANSCRIPT

Page 1: Maulidur Rasul

Maulidur Rasul: Cintailah Rasulullah Dengan Sebenar-benar CintaBy media on February 1, 2012

0

Sayidina Hasan Al-Basri berkata: “Wahai sekalian kaum muslimin! Kalau kayu boleh rindu untuk

berjumpa dengan Rasulullah SAW, maka kamu sekalian lebih patut untuk merindui Baginda.”

Kata-kata ini berdasarkan hadis riwayat Imam Bukhari dari

Jabir bin Abdullah bercerita; “Dahulu Nabi SAW ketika berkhutbah pada hari Jumaat, akan

bersandar pada sebuah pokok kurma, lalu seorang wanita atau seorang lelaki Ansar berkata:

“Ya Rasulullah! Sudikah tuan kami buatkan untukmu sebuah mimbar? Baginda menjawab: Ya,

jika kamu mahu.” Maka, mereka membuatkan untuknya sebuah mimbar. Seketika itu, terdengar

tangisan yang muncul dari pokok kurma tadi, umpama tangisan seorang bayi. Baginda turun dari

mimbar dan memeluknya sehingga tangisan itu reda umpama redanya tangisan seorang bayi

(yakni ketika ditimang oleh ibunya). Nabi SAW bersabda; “Pokok itu menangis kerana ia terbiasa

mendengar zikir di sana. (Fathul Bari Syrah Sahih al-Bukhari)

Betapa sedihnya pokok kurma itu kerana berpisah dengan sentuhan jasad Nabi SAW . 

Perasaan rindunya diungkapkan dengan tangisan yang kedengaran di sebalik pokok yang kaku

itu. Jika kita melihat akan diri kita sebagai seorang manusia yang punya akal dan hati,  sudah

semestinya kita menzahirkan rasa kerinduan yang lebih mendalam terhadap Baginda yang

menyinari hidup kita dengan sinaran iman dan Islam. Sejauh mana kita telah menghidupkan

sunnah Baginda dalam kehidupan kita? Sejauh mana kita telah menyempurnakan akhlak kita

sebagai seorang muslim sejajar dengan akhlak yang ditunjukkan oleh Baginda? Dan sejauh

mana kita mengingati dan merindui Baginda sebagaimana kerinduan yang dipamerkan Baginda

kepada umatnya sebelum bertemu dengan Allah SWT?

Biarlah kerinduan dan ingatan terhadap Baginda hidup dalam hati kita sepanjang masa bukan

hanya ketika sambutan maulidurrasul sahaja. “…Apa yang diberikan Rasul kepadamu maka

terimalah. Dan apa yang dilarangnya bagimu maka tinggalkan…” (59:7). Oleh itu, bertindaklah

selaras dengan kecintaan kita kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Moga-moga kita

tergolong di kalangan mereka yang memperoleh syafaat Baginda di akhirat kelak insyaAllah.

Page 2: Maulidur Rasul